Khamis, 8 Januari 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Isu Pembinaan Kuil Besar Di Presint 20, Ini Jawapan ‘Putrajaya’

Posted: 08 Jan 2015 11:00 PM PST



ISU berkaitan agama jika tidak dibicarakan secara betul di khalayak umum, boleh mencetus mudarat pada perpaduan negara berbilang bangsa seperti Malaysia.

Sebagai contoh, isu terbaharu melibatkan pembinaan sebuah kuil besar di Presint 20, Putrajaya yang menimbulkan polemik selepas dipertikaikan sesetengah pihak baru-baru ini.

Antara alasan pembinaan kuil itu dibantah adalah kedudukannya yang didakwa tidak wajar kerana berada di kawasan majoriti dihuni bangsa Melayu.

Bagi mengelak isu ini terus mengeruhkan keadaan, Bahagian Komunikasi Korporat Kementerian Wilayah Persekutuan mengeluarkan satu kenyataan media bagi menjawabnya.

Kenyataan ini antara lain menjelaskan, pembinaan Kuil Penganut Dewi Sri Maha Mariamman Devasthanam yang berkeluasan 1833.89 meter persegi yang dicadangkan di Presint 20, sebenarnya merupakan kuil penggantian kepada 15 buah kuil yang telah dirobohkan sebelum ini bagi memberi laluan kepada pembinaan Putrajaya.

Harus diketahui, Putrajaya sebelum dibina seperti sekarang merupakan kawasan ladang yang didiami masyarakat India dan mempunyai pelbagai kuil daripada yang bersaiz besar hinggalah sederhana.

Antara kuil hindu yang telah dirobohkan dahulu adalah Kuil Sri Maha Mariaman di Ladang Sidgelley Presint 14, Kuil Bukit Prang di Jalan B15, Ladang Prang Besar 2, Kuil Sri Durga Kaliaman Presint 20 serta kuil-kuil lain di Presint 7, 16, 15, 14, 13 dan Presint 11.

Dakwaan menyatakan Menteri Wilayah Persekutuan dan Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj) gagal  membuat keputusan perancangan perbandaran dan banyak kuil dibina di seluruh negara kerana amat mudah mendapat kelulusan juga tidak tepat memandangkan kuil di Presint 20 ini sudah pun terkandung dalam Pelan Induk Putrajaya tahun 1997 lagi.

Selari dengan Perlembagaan Negara yang menjamin kebebasan amalan beragama, maka Putrajaya sebagai Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan turut merizabkan lot-lot tanah bagi tujuan pembinaan rumah-rumah ibadat termasuk kuil di Presint 20 yang baru sekarang mencetuskan kontroversi.

Selain itu, pembinaan Kuil Penganut Dewi Sri Maha Mariamman Devasthanamkuil ini juga sama sekali tidak menggunakan peruntukan kerajaan sama ada dari Kementerian Wilayah Persekutuan mahupun Perbadanan Putrajaya.

Kelmarin, isu kuil di Presint 20 mencuri tumpuan umum apabila Wira PERKASA Malaysia yang merupakan sayap pemuda PERKASA melahirkan penentangan terhadap pembinaannya di Putrajaya.

Ketua Wira PERKASA Irwan Fahmi Ideris dikatakan menyelar tindakan pihak tertentu mendirikan kuil tersebut yang dirasakan  tidak wajar.

"Kami amat dukacita dengan berita yang diterima apabila kuil yang paling unik telah dibina dan akan siap tidak lama lagi.

"Siapa yang telah memberi kelulusan bagi projek ini? Begitu mudah menyerahkan tapak untuk membina kuil di situ.

"Mengapa mesti di Putrajaya? Kawasan itu majoriti dihuni oleh orang Melayu," katanya dalam kenyataan kepada portal Free Malaysia Today.

Irwan turut dilaporkan oleh portal berita tersebut menyebut, walaupun sekadar isu pembinaan kuil, pihaknya berasa terhina dengan tindakan Menteri dan Presiden Ppj yang berbangsa Melayu tetapi meluluskan pembinaan kuil dengan mudah tanpa bertanya kepada penduduk di Putrajaya.

- MYNEWSHUB.CC


 

YB Datuk Seri Dr. Wan Azizah Is A Pure Stainless Steel Lady........

Posted: 08 Jan 2015 09:45 PM PST

To me this is not the Iron Lady coz iron rust after a while, she is made of pure stainless steel and blessed with a heart of gold and pure love. 
For only then she will be able to stand by her man that has been slandered, jailed and even beaten for the most incredulous of charges. 
She's the source of strength for DSAI and I salute her YB Datuk Seri Dr. Wan Azizah !

 

UMNO tidak boleh dipercayai – Raja Kamarul Bahrin

Posted: 08 Jan 2015 09:00 PM PST

 PEMIMPIAN YANG DIYAKINI


KOMENTAR

inilah contoh
pemimpin baru dalam PAS
rasional dan saksama
pemimpin saperti ini
bakal menyelamatkan malaysia
mereka diyakini
oleh anak semua bangsa

UMNO tidak boleh dipercayai – Raja Kamarul Bahrin

 | January 8, 2015
PAS pun akan menjadi sama seperti tahun 1970an, sekali lagi diperdaya
KUALA TERENGGANU: Idea menubuhkan kerajaan campuran atau perpaduan antara UMNO dan PAS tidak akan menjadi kenyataan, tegas Ahli Parlimen Kuala Terengganu,  Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, kerana "jangan kita jatuh dalam lubang yang sama".
Walapun menyifatkan ia merupakan cadangan yang murni beliau berkata, UMNO perlu membuat penjelasan terlebih dahulu sebelum PAS boleh memberi pertimbangan yang serius.


KAH KAH KAH

woit
jelas bukang
perpaduang
yang tungang
langgang
kang kang kang

APA PUNYA IKANG


 

Isu Wang RM2.6 Juta: "Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali menegaskan tidak akan berkompromi "

Posted: 08 Jan 2015 09:31 PM PST


Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali menegaskan tidak akan berkompromi dengan penyelewengan yang ada dalam pampasan wang sebanyak RM2.6 juta kepada lapan kakitangan bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.


Beliau berkata laporan audit yang dikemukakan memang tidak ada masalah dan menambah apa yang berlaku dalam pembayaran tersebut memang bercanggah dengan tatacara dan prosedur kewangan.


Azmin mendakwa perkara itu telah diteliti oleh pengurusan MBI. Tambahnya satu jabatan bebas telah ditubuhkan untuk melakukan siasatan dan terbukti daripada dokumen yang dibentangkan itu memang berlaku penyelewengan dan penyalahgunaan.


Kata Azmin, MBI telah melakukan cara yang cukup diplomatik bagi menyelesaikan perkara ini dengan baik.



"Sekiranya ada penyelewengan kita minta mereka pulang balik dan sekiranya ada hak mereka kita akan bayar. Namun pembayaran itu mesti mengikut garis panduan yang betul," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran misi bantuan pembersihan bencana banjir di negeri Kelantan oleh pihak berkuasa tempatan negeri Selangor.


Beliau juga berkata tidak akan mencampuri urusan jabatan audit dalam menjalankan siasatan dan yakin pasukan audit itu telah ambil semua langkah bagi memastikan ketelusan.


Sebelum ini, mantan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar (MBI) Faekah Hussin mengakui telah menerima surat tuntutan pemulangan keseluruhan wang yang diberikan oleh pengurusan MBI kepadanya sebelum pentadbiran baharu mengambil alih pucuk pimpinan kerajaan negeri Selangor.


Faekah menyatakan kekesalannya serta menyifatkan pentadbiran MBI sekarang sebagai bertindak melampaui batas yang luar biasa berkaitan isu MSS (Mutual Severance Scheme).


Azmin dimaklumkan oleh pengurusan MBI bahawa mereka yang terlibat ini telah diberikan masa dua minggu untuk menjawab surat tuntutan berkenaan.

Sekiranya mereka gagal memberi respon, akan ada tindakan-tindakan yang telah diputuskan oleh pengurusan MBI.

"Tindakan itu akan diumumkan oleh pihak MBI selepas tempoh itu tamat," jelasnya. Kerajaan Negeri Selangor pada 3 Disember, mendedahkan laporan pampasan wang sebanyak RM2.6 juta teleh diberi kepada lapan kakitangan bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.


Laporan itu turut mendedahkan bayaran pampasan sebanyak 30 peratus daripada gaji didarabkan dengan jumlah bulan yang telah berkhidmat.


Sebelum ini, Faekah dikatakan penerima jumlah terbesar pampasan tersebut. Faekah didakwa menerima bayaran sebanyak RM700,000.


Manakala, Setiausaha Akhbar Khalid Ibrahim, Arfa'eza Abdul Aziz menerima pampasan RM358,000 dan RM55,000 ganti kepada notis tiga bulan dan Setiausaha Politik Mustapa Mohd Talib menerima RM265,000.


Pembantunya yang lain didakwa dibayar antara RM97,000 dan RM230,000 masing-masing sebagai pampasan dan di antara RM18,000 dan RM69,000 sebagai ganti kepada notis tiga bulan mereka. -FMT 

Lapor polis isu gambar PM di kampit beras

Posted: 08 Jan 2015 07:30 PM PST




Satu NGO bawah pemuda Umno, Briged Kesatria Muda Malaysia membuat laporan polis ke atas Malaysiakini dan penulis blog Syed Akbar Ali ekoran penyiaran gambar menunjukkan kampit beras dengan wajah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

NGO tersebut, Briged Kesatria Muda Malaysia mendakwa gambar tersebut "dimanipulasi" untuk menunjukkan wajah Najib dan seorang lagi anggota kabinet, Datuk Seri Ismail Sabri dilekatkan di kampit beras tersebut.

Gambar berkenaan pada mulanya disiarkan oleh blogger pro-Umno, Syed Akbar dalam blog syedsoutsidethebox.blogspot.com.

"Gambar dan kenyataan tersebut kemudiannya telah disensasikan oleh Malaysiakini dengan beberapa artikel yg tidak benar dan bohong hingga meyebabkannya tersebar dan (menimbulkan) tanggapan yang salah dalam masyarakat.

"Laporan ini dibuat kerana saya menyangkal kenyataan yang dibuat Syed Akhbar Ali dan Malaysiakini dalam portal mereka kerana mereka telah menyebar fitnah yang telah menjatuhkan maruah dan tanggapan masyarakat yang salah terhadap saya.

"Laporan ini juga dibuat untuk tindakan mahkamah dalam menuntut keadilan bagi membersihkan nama saya, Briged Kesatria Muda Malaysia, Perdana Menteri Malaysia dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob," laporan itu dipetik.

Syed Akbar menyiarkan gambar itu dalam tulisannya yang mempersoalkan tindakan kerajaan dalam menangani banjir.

Malaysiakini menghubungi Ismail Sabri untuk mendapatkan pengesahan bahawa kementeriannya menggunakan gambar beliau dan juga gambar PM pada bantuan berkenaan, dan mendapatkan komen beliau ke atas kritikan yang timbul dalam isu tersebut.

Dalam kenyataannya kepada Malaysiakini, Ismail Sabri berkata: "Tak apalah mereka hendak kecam.

"Yang penting barang-barang daripada MOA (kementerian pertanian) itu sampai kepada mangsa banjir dan dapat membantu mengurangkan bebanan mereka," katanya melalui SMS.

Menteri tersebut tidak menafikan mengenai gambar tersebut, yang turut dihantar kepadanya melalui aplikasi Whatsapp.

Layak Kah Ibrahim Ali ??

Posted: 08 Jan 2015 07:00 PM PST

Tok Him: Tesis Lemiere layak 'dijambankan'

 
Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali berkata beliau akan menolak tesis doktor falsafah (PhD) penyelidik politik Perancis Sophie Lemiere jika beliau menjadi pemeriksa kepada kajian ahli akademik itu.

Veteran politik itu menyifatkan penulisan Lemiere "berat sebelah" dan "tidak boleh dipercayai" sehingga didakwanya "layak diletakkan dalam jamban".

Sungguhpun begitu, beliau tidak berasa "tersinggung" sama sekali dengan kenyataan Lemiere yang menyifatkan PERKASA itu tidak sepatutnya mendapat liputan media meluas seperti sekarang.

"Ia satu pengiktirafan kepada saya, sekalipun ia datang daripada seseorang yang tidak dikenali dan tiada kelas.

"Namanya Lemiere. Bagi saya, beliau seperti kucing. Mengapa beliau tidak menjemput saya ke forum itu? kata Ibrahim dalam SMS kepada Malaysiakini petang ini.

Ibrahim (atas) mengulas kenyataan Lemiere yang menyifatkan beliau "genius berkomunikasi" walaupun kumpulan sayap kanan itu tidak sepatutnya mendapat liputan meluas dalam media seperti sekarang.

Ini kerana media memberi ruang yang cukup besar kepada PERKASA dan apa sahaja yang mereka ucapkan mendapat liputan luas berbanding organisasi lain, kata Lemiere.

"PERKASA cukup bagus dalam strategi komunikasi," kata Lemiere dalam forum bertajuk "Misplaced Democracy: State, Illegality and Political Violence" di Petaling Jaya kelmarin.

"Komunikasi yang digunakan oleh organisasi ini ialah membuat 'rampasan media' yang mana sesuatu yang kontroversi diperkatakan dan media pasti membuat liputan setiap hari.

Beliau turut melancarkan buku yang disuntingnya bertajuk Misplaced Democracy: Malaysian Politics and People' dalam majlis yang sama.

HANYA ALLAH SWT SAHAJA YANG TAHU - KITA TUNGGU BALASAN DARI ALLAH !!

Posted: 08 Jan 2015 06:30 PM PST

Kes fitnah Rais, penulis blog dipenjara 3 bulan


Blogger Amizudin Ahmat hari ini dihantar ke penjara untuk menjalani hukuman penjara tiga bulan kerana menghina mahkamah bersabit dengan penerbitan artikel-artikel yang memfitnah bekas Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Tan Sri Dr Rais Yatim.

Ini kerana dia gagal mendapat kebenaran daripada Mahkamah Persekutuan di Putrajaya untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mendapatinya bersalah kerana berterusan menyiarkan artikel memfitnah Rais dan dijatuhi hukuman penjara tiga bulan.

Barisan panel lima hakim diketuai hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Ahmad Maarop mengeluarkan waran pemenjaraan terhadap Amizudin, 44, selepas menolak permohonannya bagi kebenaran untuk merayu.

Beliau berkata Amizudin tidak boleh mendapatkan kebenaran kerana persoalan undang-undang yang ditimbulkannya tidak memenuhi keperluan minimum mengikut Seksyen 96 Akta Mahkamah Kehakiman 1964.

Perayu dalam kes sivil mesti terlebih dahulu mendapat kebenaran daripada Mahkamah Persekutuan untuk memfailkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan yang berupa mahkamah yang lebih tinggi.

Hakim Ahmad memerintahkan Amizudin menjalani hukuman penjara mulai hari ini.

Sebaik sahaja mahkamah menyampaikan keputusan, Amizudin digari oleh anggota polis yang ditempatkan di mahkamah.

Suasana sedih menyelubungi Amizudin, keluarganya dan penyokong yang hadir di mahkamah. Amizudin dan anggota keluarganya kelihatan mengesat air mata.

Sebelum Amizudin dihantar ke lokap polis, dia melambaikan tangan sambil berkata kepada anggota keluarga dan penyokongnya "Assalamualaikum, lawan tetap lawan".

Pada 21 Nov, 2011, Rais, 72, diberi kebenaran untuk memulakan prosiding pemenjaraan terhadap Amizudin berhubung dengan saman sivil yang dikemukakannya.

Rais menang kes saman yang dikemukakannya di Mahkamah Tinggi yang pada 19 Julai, 2011 memerintahkan Amizudin membayar RM300,000 sebagai ganti rugi dan RM100,000 sebagai kos kepada bekas menteri itu.

Rais memfailkan saman pada 31 Jan, 2011, terhadap Amizudin kerana memfitnahnya berhubung dengan artrikel yang diterbitkan dalam laman blog blogger itu, sharpshooterblogger.blogspot.com, pada atau sekitar 28 Dis, 2010.

Mahkamah Rayuan kemudian mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi berhubung dengan ganti rugi RM300,000 kepada Rais tetapi mengurangkan kos daripada RM100,000 kepada RM50,000.

Amizudin juga gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan untuk mengetepikan hukuman penjara tiga bulan. Rayuannya ditolak pada 23 Julai, 2013. Dia kemudian memohon kebenaran untuk memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan.

Peguam R Sivarasa yang mewakili Amizudin berkata anak guamnya akan dihantar ke Penjara Kajang.

Mahkamah yang juga dianggotai oleh Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Jeffrey Tan Kok Wha, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, Datuk Seri Abu Samah Nordin dan Datuk Ramly Ali sebelum itu mendengar penghujahan oleh Sivarasa.

Mahkamah menyampaikan keputusannya selepas memaklumkan kepada peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Rais bahawa beliau tidak perlu menjawab hujah Sivarasa.

- Bernama

Hanya Professor2 "KANGKONG" Sahaja Yang Menyokong !!

Posted: 08 Jan 2015 06:00 PM PST

Ahli akademik tolak larangan berpolitik UM


 
Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Malaya (PKAUM) berikrar untuk menentang larangan pusat pengajian tinggi itu supaya kakitangannya tidak terlibat dalam penganjuran program politik.

PKAUM dalam kenyataannya berkata larangan itu bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan bersuara, berpersatuan dan berhimpun.

"Justeru, sebarang perlanggaran terhadap sebarang hak kakitangan UM mesti ditentang oleh kesatuan atas alasan tindakan universiti harus terikat oleh batasan dan perlindungan yang dinyatakan dalam perlembagaan," kata Presiden PKAUM Azmin Sharom.

Malaysiakini siang tadi melaporkan, ketika kerancakan kembali kegiatan mahasiswa di UM, kakitangan universiti itu bagaimanapun kini dilarang menganjurkan sebarang kegiatan politik.

Menurut surat larangan itu, yang dimuat naik ke Internet oleh seorang pensyarah, larangan itu berkuat kuasa ketika cuti pengajian, percutian atau ketika hadir seminar di dalam dan luar negara.

Surat daripada pendaftar itu juga menyebut bahawa UM memandang serius tingkah laku yang "tidak menjaga, memelihara dan mempertahankan kedaulatan dan maruah negara, hormat serta patuh kepada undang-undang".

Sri Ram diarah tinggalkan firma semasa kendali kes rayuan liwat Anwar

Posted: 08 Jan 2015 05:30 PM PST

 Bekas Hakim kanan Datuk Seri Gopal Sri Ram, yang menimbulkan kekecohan apabila muncul di mahkamah Oktober lalu untuk mengetuai pasukan pembelaan dalam perbicaraan akhir rayuan sabitan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, dipaksa meninggalkan firma undang-undang Soo Thien Ming & Nashrah semasa pendengaran berlangsung, kata sumber. Sumber memberitahu

The Malaysian Insider, Sri Ram, 71, bagaimanapun kekal sebagai peguam Anwar sehingga rayuan kes liwat itu diputuskan. "Ia tidak jelas sama ada Sri Ram diarahkan berhenti kerana tekanan luar digunakan terhadap firma itu kerana muncul dalam kes profil tinggi Anwar atau rakan kongsi ketakutan apabila melihat perunding mereka mempunyai peranan langsung dalam kes itu," kata sumber berkenaan.

Bekas hakim Mahkamah Persekutuan itu menyertai Soo Thien Ming & Nashrah sebagai perunding tidak lama selepas bersara pada 2010.

Firma undang-undang yang terletak di Jalan Ampang, Kuala Lumpur itu menguruskan hal litigasi dan pemindahan hak dan pelanggan, termasuk syarikat-syarikat berkaitan kerajaan serta institusi kewangan.

Rakan kongsi pengurusan Soo Thien Ming tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen kerana berada di luar negara. Sri Ram, ketika dihubungi enggan mengulas berkenaan hal itu tetapi berkata beliau menubuhkan syarikat sendiri pada bulan lepas.

Katanya, beliau kini mempunyai lebih fleksibiliti dan boleh mengambil sebarang kerja yang dipilih. "Selepas kes Anwar, saya membuat keputusan amalan yang saya terlibat dalam membawa banyak konflik.

Oleh itu, saya tidak boleh hadir sebagai peguam atau memberi nasihat di firma (sebelumnya) terbabit," katanya.

Rayuan kes Anwar di Mahkamah Persekutuan yang bermula pada 28 Oktober menyaksikan Sri Ram berhadapan dengan peguam Umno Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, yang diberikan lesen sementara sebagai timbalan pendakwa raya.

Rayuan Anwar ialah kes pertama bagi Sri Ram sejak beliau bersara sebagai hakim selepas lapan hari berhadapan panel lima hakim yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria.

Dalam temubual bersama The Malaysian Insider tidak lama selepas pendengaran Mahkamah Persekutuan itu, Sri Ram ketika ditanya apa yang membuatkan beliau mengambil kes rayuan liwat Anwar berkata: "Saya seperti teksi dan mesti berkhidmat kepada mana-mana penumpang yang menahan saya."

Beliau berkata akan mewakili sesiapa sahaja dalam kes jenayah asalkan tidak ada konflik kepentingan. Sri Ram yang membuat keputusan bagi kes jenayah dan sivil yang sering dipetik peguam, juga berkata beliau mengambil kes ketua pembangkang itu seolah-olah "kehidupan dan kebebasan" beliau turut terlibat.

Pada awal Mac tahun lepas, Mahkamah Rayuan mensabitkan Anwar atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan di sebuah unit kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara pada 2008.

Beliau dijatuhi hukuman penjara lima tahun, tetapi mahkamah memberi penangguhan hukuman sementara menunggu rayuannya di Mahkamah Persekutuan.

Kerjaya politik Anwar sebagai wakil rakyat akan berakhir jika Mahkamah Persekutuan menyokong keputusan Mahkamah Rayuan kerana beliau akan hilang kelayakan jawatan jika didenda lebih RM2,000 atau penjara lebih setahun.

Posted & copy by RAKYAT MARHAEN
KEZALIMAN KERAJAAN BN PIMPINAN NAJIB SEMAKIN TERSERLAH !

Semuga Allah SWT Melaknati Mereka yang Mengendalikan "WANG ZAKAT"

Posted: 08 Jan 2015 05:00 PM PST

SIMPANJER DUIT ZAKAT TU BAWAK MASUK KUBUR!!!

Pegawai khas Adun Sarawak ditahan

Posted: 08 Jan 2015 04:15 PM PST

 
SIBU - Polis hari ini mengesahkan seorang pegawai khas Adun Sarawak ditahan reman empat hari bermula semalam bagi membantu siasatan kes berkaitan dadah.

Ketua Polis Daerah Mukah, Deputi Superintendan Jimmy Panyau berkata, lelaki berusia lingkungan 50-an itu ditahan berhubung penemuan 400 gram dadah dipercayai syabu yang disembunyikan di pusat khidmat wakil rakyat berkenaan di sebuah kawasan persisir pantai di bahagian tengah negeri ini.

Mahkamah mengeluarkan perintah reman bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 atas kesalahan memiliki dan mengambil dadah terlarang.

"Hasil siasatan awal, kami tidak menolak kemungkinan dadah yang ditemui adalah untuk kegunaan suspek sendiri.

"Bagaimanapun, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti sama ada dia terlibat dalam kegiatan pengedaran bahan terlarang itu," katanya ketika dihubungi.

Penahanan lelaki itu dibuat dalam serbuan pada 10 malam oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Mukah ke atas pusat khidmat seorang wakil rakyat tersebut yang terletak 70km dari Mukah berikutan aduan awam mengenai kegiatan penyalahgunaan dadah. - Bernama
 
 
Batu Vs Kayu

Bolehkah Kita Berjabatan dengan Lawan Jenis? Dicatat oleh ustazcyber

Posted: 08 Jan 2015 03:37 PM PST

BERJABAT tangan merupakan simbol keakraban dan perdamaian selepas berlaku sesuatu perselisihan dan dalam sesuatu urusan. Tetapi dalam Islam sejauh mana amalan ini dibenarkan?

Apakah ada batasnya dan dilarang berjabat tangan di antara lelaki dan wanita?

Permasalahan yang timbul dari pertanyaan tersebut disebabkan kerana penafsiran hadits yang telah popular dimasyarakat. Sebagaimana dalam hadits tersebut dikatakan.

"Tertusuk kepalamu dengan jarum besi, itu lebih baik dari pada menyentuh wanita yang tidak halal bagimu." (HR. At-thabrani dan al-Baihaqi) Betulkah yang dimaksud dengan "menyentuh" itu berjabat tangan atau kulit bertemu kulit? Dalam pelafalan Arab menyentuh yaitu massa.

Diertikan oleh sebahagian ulama sebagai menyentuh, kulit bertemu kulit lawan jenis. Sehingga , jabat tangan antara lelaki dan perempuan yang tidak muhrim tidak dibolehkan, tak hairan memang jika hadits di atas memang sering dijadikan dalil untuk mengharamkan jabat tangan antara laki-laki dan perempuan secara mutlak oleh sebahagian ulama.

Jabat tangan dengan lawan jenis menurut imam 4 mazhab Para ulama terdahulu maupun sekarang, baik para ahli fikih, ahli tafsir, ahli hadits dan selainnya, mereka mengharamkan bagi wanita untuk berjabat tangan dengan laki-laki yang bukan mahramnya.

Dan tidak ada dari ulama-ulama tersebut yang menyelisihi pendapat itu sampai saat ini, kecuali hanya sebahagian ulama pada zaman ini yang memfatwakan perkataan yang menyimpang dari syariat, mengenai bolehnya wanita berjabat tangan dengan laki-laki non mahram.

Maka kami akan menyebutkan beberapa perkataan ulama madzhab yang terkenal dengan keilmuannya akan Al-Quran dan Hadits Nabi. Sehingga dapat memberi pengetahuan bahwa perkataan yang menyelisihinya adalah perkataan yang menyimpang dan tidak sesuai dengan Al-Quran dan hadits Nabi. Mazhab Hanafi.....

Penulis kitab Al-Hidayah berkata: "Tidak diperbolehkan bagi seorang laki-laki untuk menyentuh wajah atau telapak tangan seorang wanita walaupun ia merasa aman dari syahwat."

Penulis kitab Ad-Dur Mukhtar mengatakan: "Tidak diperbolehkan menyentuh wajah atau telapak tangan wanita walaupun ia merasa aman dari syahwat." Madzhab Maliki Imam Ibnul Arabi, yang merupakan ulama madzhab Maliki, berkata mengenai firman Allah yang artinya "Ketika datang kepadamu perempuan-perempuan yang beriman untuk mengadakan janji setia kepadamu, bahwa mereka tidak akan menyekutukan Allah dengan sesuatu apapun" (Al-Mumtahanah: 12) (Ayat ini turun berkenaan dengan wanita-wanita muslimah yang ingin berbaiat kepada Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wasallam. pent).

Kemudian beliau menerangkan hadits dari Urwah bahwasanya 'Aisyah Radhiyallahu 'Anha berkata: "Rasulullah Shallallahu'Alaihi wasallam diuji dengan ayat ini "Jika datang kepadamu perempuan-perempuan beriman".

Ma'mur berkata bahwasanya Ibnu Thawus mengabarkan dari bapaknya: "Tidak boleh seorang laki-laki menyentuh tangan perempuan kecuali perempuan yang ia miliki." Aisyah Radhiyallahu 'Anha juga mengatakan di dalam Kitab Shahih Bukhari-Muslim: "Tangan Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wasallam tidaklah menyentuh tangan perempuan ketika membaiat (mengadakan janji setia)".

Dan Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wasallam pun bersabda "(Ketika membaiat) Aku tidak berjabat tangan dengan wanita, namun aku membaiatnya dengan ucapanku kepada seratus orang wanita sebagaimana baiatku kepada satu orang wanita".

Diriwayatkan pula bahwasanya Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wasallam berjabat tangan dengan wanita menggunakan bajunya. Pada riwayat yang lain, disebutkan Umar Radhiyallahu 'Anhu berjabat tangan dengan bajunya, dan ia memerintahkan para wanita untuk berdiri di atas batu besar, kemudian Umar Radhiyallahu 'Anhu membaiat mereka.

Hadits ini riwayatnya dhaif, namun bisa menjadi penguat dari hadits-hadits shahih di atas. Imam Al-Baaji berkata dalam kitabnya Al-Muntaqa, Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wasallam bersabda "Sesungguhnya aku tidak berjabat tangan dengan wanita". Yakni tidak berjabat tangan langsung dengan tangannya.

Dari hal tersebut, diketahui bahwasanya cara berbaiat dengan laki-laki adalah dengan berjabat tangan dengannya, namun hal ini terlarang jika membaiat wanita dengan berjabat tangan secara langsung. Madzhab As-Syafi'i Imam Nawawi berkata dalam kitabnya Al-Majmu': "Sahabat kami berkata bahwa diharamkan untuk memandang dan menyentuh wanita, jika wanita tersebut telah dewasa.

Karena sesungguhnya seseorang dihalalkan untuk memandang wanita yang bukan mahramnya jika ia berniat untuk menikahinya atau dalam keadaan jual beli atau ketika ingin mengambil atau memberi sesuatu ataupun semisal dengannya. Namun tidak boleh untuk menyentuh wanita walaupun dalam keadaan demikian. Imam Nawawi pun berkata dalam Syarah Shahih Muslim:

"Hal ini menunjukkan bahwa cara membaiat wanita adalah dengan perkataan, dan hal ini juga menunjukkan, mendengar ucapan atau suara wanita yang bukan mahram adalah diperbolehkan jika ada kebutuhan, karena suara bukanlah aurat. Dan tidak boleh menyentuh secara langsung wanita yang bukan mahram jika tidak termasuk hal yang darurat, semisal seorang dokter yang menyentuh pasiennya untuk memeriksa penyakit".

Madzhab Hambali Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah mengatakan dalam Majmu Fatawa, "Haram hukumnya memandang wanita dan amrod (anak berusia baligh tampan yang tidak tumbuh jenggotnya) diiringi dengan syahwat. Barang siapa yang membolehkannya, maka ia telah menyelisihi Ijma (kesepakatan) kaum muslimin.

Hal ini juga merupakan pendapatnya Imam Ahmad dan Imam Asy-Syafi'i. Segala hal yang dapat menimbulkan syahwat, maka hukumnya adalah haram tanpa keraguan di dalamnya. Baik itu syahwat yang timbul karena kenikmatan memandang atau karena hubungan badan.

Dan menyentuh dihukumi sebagaimana memandang sesuatu yang haram." Ibnu Muflih dalam Al-Furu' mengatakan: "Diperbolehkan berjabat tangan antara wanita dengan wanita, laki-laki dengan laki-laki, laki-laki tua dengan wanita terhormat yang umurnya tidak muda lagi, karena jika masih muda diharamkan untuk menyentuhnya".

Hal ini disebutkan dalam kitab Al-Fusul dan Ar-Ri'ayah. Beliau juga bercerita dalam kitab Kasyful Qina' : "Abu Abdillah (Imam Ahmad) pernah ditanya mengenai seorang laki-laki yang berjabat tangan dengan wanita yang bukan mahramnya, maka beliau menjawab, "Tidak boleh!". Karena ingin mendapat penjelasan lebih, maka aku bertanya: "Bagaimana jika berjabat tangannya dengan menggunakan kain?".

Abu Abdillah pun mengatakan : "Tidak boleh!". Laki-laki yang lain ikut bertanya: "walaupun ia mempunyai hubungan kerabat? Abu Abdillah (Imam Ahmad) juga mengatakan, "Tidak boleh!" Kemudian Aku bertanya lagi, "Bagaimana jika ia adalah anaknya sendiri?".

Maka Abu Abdillah menjawab: "jika yang ia jabat tangani adalah anaknya, maka hal ini tidaklah mengapa". Dari nukilan-nukilan di atas, menunjukkan bahwa berjabat tangan langsung dengan wanita asing yang bukan mahram adalah salah satu diantara kemaksiatan yang telah tersebar di kalangan manusia.

Dan hal ini termasuk kemungkaran jika diukur dari sisi syariat, karena hal tersebut merupakan perbuatan yang buruk atau tanda rusaknya agama seseorang. Dan sungguh terdapat ancaman yang keras kepada orang-orang yang menyentuh wanita yang bukan mahramnya, sebagaimana yang disebutkan dalam hadits. Dari Ma'qil bin Yasar, bahwasanya Rasulullah bersabda,

"Sesungguhnya salah seorang diantara kalian jika ditusuk dengan jarum dari besi , itu lebih baik baginya daripada menyentuh seorang wanita yang bukan mahramnya", (HR. Thabrani dan juga Baihaqi). 'Aisyah Radhiyallahu 'Anha berkata "Demi Allah, segala hal yang Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wasallam tetapkan bagi wanita, maka hal itu adalah perintah dari Allah Ta'ala.

Dan tangan Rasulullah tidaklah menyentuh tangan wanita. Dan perlu diketahui, bahwa menyentuh dan berjabat tangan dengan wanita yang bukan mahram akan menimbulkan kerusakan yang sangat banyak.

Diantaranya akan menimbulkan syahwat (nafsu) atau keinginan negatif dan hilangnya rasa malu. Karena barang siapa wanita yang bermudah-mudahan dalam menjulurkan tangannya kepada laki-laki yang bukan mahram, maka ia tidak akan segan untuk melakukan yang lebih hina dari itu". [copy.islampos.com]

Sumber: ibnismail.wordpress.com Majalah Paras 

Skandal RM2.6 Juta: Audit Bebas Dapati Memang Wujud Penyelewengan - Azmin

Posted: 08 Jan 2015 05:45 AM PST

 
[FreeMalaysiaToday] Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali menegaskan tidak akan berkompromi dengan penyelewengan yang ada dalam pampasan wang sebanyak RM2.6 juta kepada lapan kakitangan bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. 

Beliau berkata laporan audit yang dikemukakan memang tidak ada masalah dan menambah apa yang berlaku dalam pembayaran tersebut memang bercanggah dengan tatacara dan prosedur kewangan. 

Azmin mendakwa perkara itu telah diteliti oleh pengurusan MBI. Tambahnya satu jabatan bebas telah ditubuhkan untuk melakukan siasatan dan terbukti daripada dokumen yang dibentangkan itu memang berlaku penyelewengan dan penyalahgunaan. 

Kata Azmin, MBI telah melakukan cara yang cukup diplomatik bagi menyelesaikan perkara ini dengan baik. 

"Sekiranya ada penyelewengan kita minta mereka pulang balik dan sekiranya ada hak mereka kita akan bayar. Namun pembayaran itu mesti mengikut garis panduan yang betul," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran misi bantuan pembersihan bencana banjir di negeri Kelantan oleh pihak berkuasa tempatan negeri Selangor. 


Beliau juga berkata tidak akan mencampuri urusan jabatan audit dalam menjalankan siasatan dan yakin pasukan audit itu telah ambil semua langkah bagi memastikan ketelusan. 

Sebelum ini, mantan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar (MBI) Faekah Hussin mengakui telah menerima surat tuntutan pemulangan keseluruhan wang yang diberikan oleh pengurusan MBI kepadanya sebelum pentadbiran baharu mengambil alih pucuk pimpinan kerajaan negeri Selangor. 

Faekah menyatakan kekesalannya serta menyifatkan pentadbiran MBI sekarang sebagai bertindak melampaui batas yang luar biasa berkaitan isu MSS (Mutual Severance Scheme). 

Azmin dimaklumkan oleh pengurusan MBI bahawa mereka yang terlibat ini telah diberikan masa dua minggu untuk menjawab surat tuntutan berkenaan. 

Sekiranya mereka gagal memberi respon, akan ada tindakan-tindakan yang telah diputuskan oleh pengurusan MBI. 

"Tindakan itu akan diumumkan oleh pihak MBI selepas tempoh itu tamat," jelasnya. Kerajaan Negeri Selangor pada 3 Disember, mendedahkan laporan pampasan wang sebanyak RM2.6 juta teleh diberi kepada lapan kakitangan bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. 

Laporan itu turut mendedahkan bayaran pampasan sebanyak 30 peratus daripada gaji didarabkan dengan jumlah bulan yang telah berkhidmat. 

Sebelum ini, Faekah dikatakan penerima jumlah terbesar pampasan tersebut. Faekah didakwa menerima bayaran sebanyak RM700,000. Manakala, Setiausaha Akhbar Khalid Ibrahim, Arfa'eza Abdul Aziz menerima pampasan RM358,000 dan RM55,000 ganti kepada notis tiga bulan dan Setiausaha Politik Mustapa Mohd Talib menerima RM265,000. 

Pembantunya yang lain didakwa dibayar antara RM97,000 dan RM230,000 masing-masing sebagai pampasan dan di antara RM18,000 dan RM69,000 sebagai ganti kepada notis tiga bulan mereka.  

Berkaitan:

MBI: Pampasan RM2.6 juta langgar prinsip asas

[Selangorku] Kontroversi pampasan RM2.6 juta kepada bekas kakitangan Pemerbadanan Menteri Besar Incorporated (MBI) yang menjadi pembantu pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kian memuncak dalam media. Ikuti temu bual Selangor Kini, Afeeqa Afeera bersama Ketua Pegawai Eksekutif baharu MBI, Yang Mulia Raja Shahreen Raja Othman bagi memperinci isu berkenaan. 

Pandangan mengenai kontroversi pampasan yang mengaitkan lapan bekas kakitangan MBI? 

Kontroversi itu semua orang sudah tahu kerana apabila pengurusan baharu masuk, ia sudah terjadi dan bayaran sudah dibuat. Berdasarkan dokumen dan laporan yang ada, perkara itu bermula semasa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meletak jawatan dan pegawai serta pembantunya turut sama berhenti. 

Isunya berkaitan mengenai prinsip prinsip asas takbir urus korporat. 

Berdasarkan laporan audit yang bebas (independent), prinsip prinsip asas yang dilakukan tidak menepati piawai dan ia perlu dilihat semula oleh MBI. Secara dasar, yang dapat saya terangkan, masalah timbul kerana asasnya tidak dipatuhi. 

Siapakah yang bertanggungjawab membuat keputusan dan meluluskan bayaran? 

Dari segi prosedur yang betul, pampasan kepada sesiapa pun sepatutnya sama ada melalui Skim Pemberhentian Sukarela (VSS-Voluntary Separation Scheme), Skim Pemberhentian Kerja (MSS-Mutual Separation Scheme) atau apa-apa skim pencen perlu mendapat kelulusan ahli Lembaga Pengarah. Jadi, situasi di MBI tidak terkecuali. 

Apabila ia dibawa masuk ke mesyuarat ahli Lembaga Pengarah, perkara itu perlu mendapat persetujuan menyeluruh, bukan hanya bersetuju atas dasar prinsip tetapi perlu dibuat secara terperinci dan muktamad (keseluruhan). 

Semua kertas kerja, penyelidikan dan perkara berkaitan yang dibuat perlu dirujuk untuk keputusan kepada ahli Lembaga Pengarah supaya mereka mengetahui bagaimana implikasi kewangan, impak kepada syarikat, setiap seorang dapat berapa (pampasan), bagaimana kira-kira dan sebagainya. Itu semua perlu diambil kira. 

Ketika keputusan dilakukan, adakah ia dimaklumkan terlebih dahulu kepada semua ahli Lembaga Pengarah MBI ketika itu? 

Pemaklumkan secara keseluruhan itu tidak berlaku kerana berdasarkan laporan audit yang diteliti, ia hanya bersetuju atas dasar prinsip. Bagi saya, ia hanya berdasarkan kepada itu sahaja, bukannya secara menyeluruh dan terperinci. 

Adakah keputusan itu diputuskan oleh MBI sahaja atau membabitkan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN)? 

Tidak. Ia hanya membabitkan MBI sahaja. 

Bekas CEO MBI, Faekah Husin mendakwa laporan audit berhubung isu pampasan itu cacat, tidak profesional dan berniat jahat. Pandangan? 

Audit yang dilakukan adalah independent dan objektif dan ia Itu berdasarkan program audit yang dilakukan oleh pasukan audit yang berpengalaman luas. Jadi saya tidak boleh komen tentang cara pengauditan itu. 

MBI sudah mengedar surat tuntutan pulangan pampasan. Jika tiada maklum balas dalam tempoh ditetapkan, adakah bentuk tindakan akan diambil? 

Kita perlu tunggu sehingga tempoh 14 hari sebelum tindakan susulan dibuat. 

Adakah isu pampasan menjejaskan pengurusan MBI kerana ia menimbulkan pelbagai kontroversi terutama dalam media? 

Tidak. Kami kini sedang berusaha untuk kehadapan dengan lebih fokus. 

Siapa yang membuat keputusan supaya tuntutan pulangan wang pampasan dilakukan? 

Ia diputuskan MBI sendiri setelah meneliti semua laporan laporan yang ada. 

Berdasarkan senarai 14 kakitangan yang berhenti, adakah lapan sahaja yang menerima pampasan melebihi jumlah sepatutnya? 

Ya. 

Kes editor Harakah buat akar umbi PAS marah

Posted: 08 Jan 2015 05:00 AM PST

 

Tindakan lidah rasmi PAS Harakah meminta ketua pengarangnya Ahmad Lutfi Othman meletakkan jawatan serta menamatkan kontrak dua pengarang kanannya mencetuskan kemarahan akar umbi PAS.

Perkembangan itu mengundang PAS Batu mengadakan sidang media di Kuala Lumpur bagi menyatakan setiakawan mereka terhadap Lufti dan dua lagi bekas pengarang kanan Harakah –

Tarmizi Md Jam dan Roslan Hamid. Yang Dipertua PAS kawasan Batu, Ishak Surin (kiri) juga melontarkan kemarahannya kepada Pengerusi Harakah Datuk Mustafa Ali dan menyifatkan langkah itu tidak wajar dan tidak mencerminkan amalan dalam sebuah parti Islam. "Mereka ini diminta berhenti tanpa sebab munasabah. Tak tahu apa sebab pun. Saya rasa ini tindakan yang tidak wajar.

"Tak patut dia (Mustafa) buat begitu. Dia dakwa sebagai pemimpin Islam, PAS. Tetapi perbuatan itu boleh mengaibkan Islam itu sendiri. "Jadi kerana itulah PAS (kawasan) Batu bersama (kumpulan budayawan)



Seniman Paksi Rakyat (PAKSI) mengadakan sidang akhbar bersama tadi untuk mengutuk kerasnya tindakan yang dibuat Mustafa," kata Ishak ketika dihubungi Malaysiakini. Ishak yang juga antara pengasas Harakah juga mengambil langkah drastik menggesa supaya Mustafa (kanan) yang juga setiausaha agung PAS berundur daripada menjadi pengerusi Harakah.

Saya minta dia berundur. Berundurlah. Dia (Mustafa) suka-suka saja nak berhentikan orang. Saya sebagai manusia saya rasa tak patut kita buang orang yang selama ini berkhidmat dengan Harakah bertahun-tahun. "Saya sangat sedih.

Saya merupakan pengurus Harakah yang pertama. Dulu duit pemimpin PAS pun satu sen pun kami tak ambil. Saya bukan nak ungkit. "Tetapi, oleh kerana perkara ini sangat menyedihkan. Tak sepatutnya benda ini jadi begini," katanya lagi sambil menangis. Ishak berkata, tindakan PAS itu, terutamanya kepada Lutfi "tidak berperi kemanusiaan" memandangkan keadaan kesihatannya.

Malaysiakini kelmarin melaporkan Harakah sebagai meminta Lutfi, yang sedang bercuti sakit, meletakkan jawatan dan ditawar pencen illat dengan bayaran separuh gaji Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).



Lutfi bagaimanapun masih berminat untuk terus memberi khidmatnya kepada akhbar itu sebagai "sumbangan kepada parti". Langkah itu dikaitkan abangnya Dinsman, juga seorang penulis terkenal, dengan beberapa tulisan yang didakwa mengkritik kepimpinan ulama dalam PAS.

Aktivis media khuatir motif lain Sementara itu, kumpulan aktivis media bebas Gerakan Media Marah (GERAMM) pula khuatir terdapat motif lain di sebalik tekanan terhadap Lutfi itu dan bukan semata-mata atas alasan kesihatan. Dalam kenyataannya hari ini, GERAMM turut bimbang terhadap kemungkinan wujud unsur penindasan terhadap tiga pengarang tersebut.

"Sekalipun Harakah adalah akhbar kepartian, kebajikan kakitangan, sama ada berpangkat tinggi mahupun rendah harus dipelihara sebaik-baiknya. "Pada masa sama, nilai kebebasan media perlu diangkat, tidak hanya melukut di tepi gantang.

"Apatah lagi, ia membabitkan pemilik organisasi penerbitan yang turut sama melaungkan kebebasan bersuara secara bertanggungjawab," kata GERAMM. Justeru, GERAMM berharap agar kemelut pemecatan itu berakhir dengan damai tanpa menjejaskan kewibawaan akhbar, pemilik organisasi mahupun kakitangan editorialnya.


Posted & copy by RAKYAT MARHAEN.

Khamis, 8 Januari 2015 Kes editor Harakah buat akar umbi PAS marah Tindakan lidah rasmi PAS Harakah meminta ketua pengarangnya Ahmad Lutfi Othman meletakkan jawatan serta menamatkan kontrak dua pengarang kanannya mencetuskan kemarahan akar umbi PAS. Perkembangan itu mengundang PAS Batu mengadakan sidang media di Kuala Lumpur bagi menyatakan setiakawan mereka terhadap Lufti dan dua lagi bekas pengarang kanan Harakah – Tarmizi Md Jam dan Roslan Hamid. Yang Dipertua PAS kawasan Batu, Ishak Surin (kiri) juga melontarkan kemarahannya kepada Pengerusi Harakah Datuk Mustafa Ali dan menyifatkan langkah itu tidak wajar dan tidak mencerminkan amalan dalam sebuah parti Islam. "Mereka ini diminta berhenti tanpa sebab munasabah. Tak tahu apa sebab pun. Saya rasa ini tindakan yang tidak wajar. "Tak patut dia (Mustafa) buat begitu. Dia dakwa sebagai pemimpin Islam, PAS. Tetapi perbuatan itu boleh mengaibkan Islam itu sendiri. "Jadi kerana itulah PAS (kawasan) Batu bersama (kumpulan budayawan) Seniman Paksi Rakyat (PAKSI) mengadakan sidang akhbar bersama tadi untuk mengutuk kerasnya tindakan yang dibuat Mustafa," kata Ishak ketika dihubungi Malaysiakini. Ishak yang juga antara pengasas Harakah juga mengambil langkah drastik menggesa supaya Mustafa (kanan) yang juga setiausaha agung PAS berundur daripada menjadi pengerusi Harakah. "Saya minta dia berundur. Berundurlah. Dia (Mustafa) suka-suka saja nak berhentikan orang. Saya sebagai manusia saya rasa tak patut kita buang orang yang selama ini berkhidmat dengan Harakah bertahun-tahun. "Saya sangat sedih. Saya merupakan pengurus Harakah yang pertama. Dulu duit pemimpin PAS pun satu sen pun kami tak ambil. Saya bukan nak ungkit. "Tetapi, oleh kerana perkara ini sangat menyedihkan. Tak sepatutnya benda ini jadi begini," katanya lagi sambil menangis. Ishak berkata, tindakan PAS itu, terutamanya kepada Lutfi "tidak berperi kemanusiaan" memandangkan keadaan kesihatannya. Malaysiakini kelmarin melaporkan Harakah sebagai meminta Lutfi, yang sedang bercuti sakit, meletakkan jawatan dan ditawar pencen illat dengan bayaran separuh gaji Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). Lutfi bagaimanapun masih berminat untuk terus memberi khidmatnya kepada akhbar itu sebagai "sumbangan kepada parti". Langkah itu dikaitkan abangnya Dinsman, juga seorang penulis terkenal, dengan beberapa tulisan yang didakwa mengkritik kepimpinan ulama dalam PAS. Aktivis media khuatir motif lain Sementara itu, kumpulan aktivis media bebas Gerakan Media Marah (GERAMM) pula khuatir terdapat motif lain di sebalik tekanan terhadap Lutfi itu dan bukan semata-mata atas alasan kesihatan. Dalam kenyataannya hari ini, GERAMM turut bimbang terhadap kemungkinan wujud unsur penindasan terhadap tiga pengarang tersebut. "Sekalipun Harakah adalah akhbar kepartian, kebajikan kakitangan, sama ada berpangkat tinggi mahupun rendah harus dipelihara sebaik-baiknya. "Pada masa sama, nilai kebebasan media perlu diangkat, tidak hanya melukut di tepi gantang. "Apatah lagi, ia membabitkan pemilik organisasi penerbitan yang turut sama melaungkan kebebasan bersuara secara bertanggungjawab," kata GERAMM. Justeru, GERAMM berharap agar kemelut pemecatan itu berakhir dengan damai tanpa menjejaskan kewibawaan akhbar, pemilik organisasi mahupun kakitangan editorialnya. Posted & copy by RAKYAT MARHAEN at 1/08/2015 05:51:00 PTG

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win

Isu Pembalakan - Ngeh Umum Mahu Saman Berita Harian.

Posted: 08 Jan 2015 04:15 AM PST



Berita harian dan seluruh geng2 UMNO patut gunakan isu berkenaan untuk cungkil lebih
banyak kain dalam dan projek2 yang membabitkan Ngeh dan suku sakatnya. Tapi aku syak negatif sikitla pada geng2 UMNO neh. Pada aku stail dorang kan macam neh.

UMNO tahu satu rahsia pemimpin DAP.
Dorang bukan nak dedahkan.
Dorang akan cari jalan untuk kawtim dengan mendapatkan kelebihan yang berpihak kepada UMNO. UMNO takan berjuang demi rakyat la. 56 tahun dah berlalu dan kau semua boleh nampak kesan-kesannya. Tetap perlukan NGO dan RAKYAT gak yang bangkit dan melawan permainan ahli2 politik dan partisan kat Malaysia neh.

Susulan dari penyebaran beberapa poster dan link-link berita yang mengaitkan Nga dan Ngeh dalam isu pembalakan di Kelantan punca kepada banjir teruk pada akhir tahun 2014 yang lepas, Ngeh kali neh bangkit menafikan dakwaan tersebut.

Ngeh dalam satu kenyataan yang dipetik dari Malaysiakini menyebut bahawa syarikat tempat dia melakukan pelaburan sama sekali tidak pernah terlibat dalam kegiatan pembalakan samada di Kelantan atau mana-mana negeri lain. Sebaliknya mereka hanya terlibat dalam projek penanaman semula pokok atas tanah dengan melakukan satu usahasama perniagaan dengan Yayasan Islam Kelantan (YIK).

Malaysiakini juga melaporkan bahawa Ngeh juga mengumumkan akan menyaman Berita Harian atas satu laporan pemberitaan yang mengaitkan syarikat tempat dia melabur dengan aktiviti pembalakan dan seterusnya menjadi penyebab kenapa banjir semakin teruk di Kelantan.

Menurut Ngeh laporan tersebut berniat jahat dan Ngeh turut menyertakan satu surat yang dari Jabatan Alam Sekitar Gua Musang yang mengesahkan syarikat Upayapadu (syarikat yang Ngeh lakukan pelaburan) mematuhi segala spesifikasi dan syarat2 dampak alam sekitar.

Ngeh juga membidas laporan yang mengaitkan dia dengan aktiviti pembalakan punca kepada banjir bahawa kawasan2 tempat syarikatnya melakukan kegiatan langsung tidak terjejas dengan banjir sebaliknya ia berlaku 65km dari kawasan tersebut.

Boleh percaya ke cakap Ngeh neh? Aku rasa semua orang tahu kot aku tak percayakan Ngeh dan Nga sama macam aku tak percayakan BN.

Kau semua nak percaya silakanlah.

Aku takan lawan dia dengan isu2 fitnah. Cuma kenyataan2 dia perlukan verifikasi untuk membebaskan dia dari persepsi tersebut. Aku cadang nak godek2 maklumat yang ada untuk menilai samada si Ngeh neh berkata benar atau tidak.

Bai.

Selepas Banjir.. Ini Mungkin Berita Gembira Buat Rakyat Kelantan

Posted: 08 Jan 2015 03:30 AM PST

 
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan membina empangan pelbagai guna di hulu Sungai Kelantan sebagai sebahagian daripada langkah utama menyelesaikan masalah banjir di pantai timur.

Pengarah Bahagian Pengurusan Banjir Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS), Ab Qahar Osman berkata, projek RM3 bilion itu merupakan satu projek tebatan banjir dikenal pasti dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11) untuk diberi keutamaan bagi mengatasi bencana banjir pada masa akan datang.

"Untuk RMK-11 kita akan tumpukan pada beberapa cadangan bagi selesaikan masalah banjir secara total. Kos pembinaan (empangan itu) yang dianggarkan adalah RM3 bilion dan akan mengambil masa kira-kira lima tahun untuk disiapkan.

"Kita mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku baru-baru ini yang mana sungai tidak mampu menampung kuantiti air hujan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Menurutnya, empangan itu bukan hanya berfungsi sebagai kawasan tadahan air hujan bagi mengelak berlakunya banjir tetapi menjana tenaga elektrik, menjadi saluran pengairan air dari sungai dan membekalkan air untuk pengguna domestik.

Berkongsi cerita mengenai banjir di pantai timur, Ab Qahar berkata jumlah hujan yang direkodkan di negeri-negeri pantai timur yang terlibat banjir dalam masa 10 hari adalah 850mm melebihi paras normal iaitu 100mm.

"Sehubungan itu, sungai-sungai utama tidak mampu menampung kuantiti air hujan itu dan menyebabkan air mengalir terus memasuki kawasan penempatan penduduk," jelas beliau.

Setakat ini katanya, beberapa projek tebatan banjir telah dilaksanakan di Kelantan di bawah RMK-10 iaitu projek meninggikan tebing dan melebarkan sungai supaya air tidak melimpah dengan perbelanjaan kira-kira RM100 juta.

Baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan projek tebatan banjir akan diberi keutamaan dalam RMK-11. ~free malaysia today


Renungan Buat Semua !!

Posted: 08 Jan 2015 03:00 AM PST

Niat Zizan Razak Nak Beli Kereta Mewah Punca Putus Cinta ??

Posted: 08 Jan 2015 02:15 AM PST


GAMBAR HIASAN !

Akhirnya Zizan Razak membuka mulut tentang punca perpisahan beliau dengan Emma Maembong dan ianya lebih ringkas dari apa yang kami jangka — Emma Maembong tidak bersetuju dengan niat teman lelakinya untuk berbelanja besar membeli kereta mewah.

Menurut kenyataan terbaru Zizan Razakkepada Utusan Malaysia, ada tercetus pergaduah antara mereka kerana niat mahu membeli kereta mewah sport kerana Emma Maembong tidak bersetuju dengan hasrat itu kerana dianggap membazir.



"Sebenarnya, tiada perselisihan serius antara kami. Emma marahkan saya kerana hendak membeli sebuah kereta mewah berkuasa tinggi kerana dia tidak suka lelaki yang membazir. Malah, niat saya juga ditentang oleh ibu saya sendiri. Itu yang menjadi punca perpisahan kami," ujarnya.

Dalam masa yang sama, Zizan Razak turut menepis kata kata yang mengatakan Emma Maembong seorang yang kaki kikis dan hubungan mereka berakhir kerana sikap negatif itu.

Zizan Razak juga mengakui masih cintakan Emma Maembong.


Bloglist Malaysia.

Panas - Kata Dua Bapa Emma Maembong Kepada Zizan

Posted: 08 Jan 2015 01:33 AM PST

 
Selepas Emma Maembong mengesahkan perpisahannya dengan Zizan Razak, bapa aktres itu, Ismail Embong pula meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kenyataan pelawak tersebut di sebuah akhbar.

Ismail berkata, dia tidak senang apabila Zizan memberi pendapat sekiranya dia menjadi menantu pelukis terkenal tersebut.

"Tidak perlu hormat permintaan orang tua ini kerana orang tua ini tidak meminta, tetapi hanya memberi kata dua atau syarat. Jika tidak ditunaikan sila pergi!

"Aku mahukan orang milik Allah sahaja dalam keluarga, bukannya milik masyarakat. Mengapa meletakkan diri kita lebih rendah dari itu? Dimiliki masyarakat, bukan Allah?," soalnya menerusi status di laman Facebook miliknya pada Isnin.

Ismail berkata demikian selepas Zizan menerusi laporan sebuah akhbar memberi komen bahawa dia sedia mengikut kehendak bapa Emma yang mahukan majlis sederhana sekiranya dijodohkan dengan Emma nanti.

Menerusi mStarOnline terbitan 29 Disember lalu, Zizan berkata, sekiranya ditakdirkan dia berkahwin dengan Emma, dia bersedia mengadakan majlis secara sederhana namun dalam masa yang sama perlu berlaku adil terhadap peminat-peminatnya yang ingin menyaksikan hari bahagia itu.

Kelantangan Ismail itu bukan sahaja terhadap Zizan malah dia turut mengkritik majlis pernikahan anaknya iaitu Yaya Maembong dengan Wan Raja pada 12 Disember lalu kerana mengenepikan peranannya sebagai seorang bapa selain mengadakan perkahwinan secara membazir.

Sementara itu, Ismail turut berkata tidak perlukan pujukan daripada sesiapa mengenai kemelut yang berlaku.

"Memujuk? aku cuma meminta hukum Allah diutamakan. Jika ditentang keluarga, maka sudah dianggap derhaka.

"Tidak kisahlah anak-anakku yang masuk bidang lakonan dikritik dan digosip kerana mereka sedia maklum risiko yang datang bersama glamor. Tetapi usah sentuh diri aku secara peribadi," tegasnya.

Bagaimanapun, Ismail tidak mengulas mengenai kenyataan Emma sudah berpisah dengan Zizan.