Isnin, 5 Januari 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


MUSNAH KENA PENANGAN "HOT MAMA"

Posted: 05 Jan 2015 11:00 PM PST

 
Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin bahawa Nurul Izzah Anwar dan PKR telah memusnahkan reputasi dan maruah seluruh keluarganya. 

Beliau merujuk kepada kenyataan fitnah yang dibuat Nurul Izzah Anwar dan PKR berhubung pembelian lapan unit harta di KL Eco City, Bangsar.

Pengerusi eksekutif National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) itu berkata kenyataan berkenaan juga menyebabkan seluruh perniagaan NFCorp, runtuh.

"Seluruh imej korporat NFCorp dan anak syarikatnya musnah sama sekali dan tidak boleh ditebus lagi akibat tindakan defendan itu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika memberi keterangan pada hari pertama perbicaraan kes samannya terhadap Anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dan setiausaha agung PKR ketika itu Saifuddin Nasution.

Mohamad Salleh berkata susulan kepada sidang akhbar yang diadakan defendan pada 7 Mac 2012, kira-kira 110 laporan berita dihasilkan portal berita Internet, akhbar arus perdana, blog dan Twitter.

Katanya perbuatan defendan itu juga mencemarkan imej pengarah syraikat lain yang mempunyai kaitan dengan NFCorp dan keluarga mereka.

Menjawab soalan peguam belanya Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, Mohamad Salleh berkata beliau tidak pernah membuat sebarang pinjaman dengan Public Bank Berhad untuk membeli lapan unit harta itu.
Katanya perkara ini disahkan secara bertulis oleh bank itu dalam surat bertarikh 4 Januari 2012, yang menyatakan mereka menarik balik tawaran untuk membiayai pembelian harta berkenaan.

Kata beliau Perjanjian Jual Beli lapan unit harta itu ditandatangani dengan syarikat pemaju pada 15 Disember 2011.

"Dakwaan defendan bahawa saya tidak mampu membayar balik pinjaman bagi membeli lapan unit harta di KL Eco City mengikut jadual mulai Mac 2011 adalah suatu pembohongan semata-mata," katanya.

Sementara itu, dalam kenyataan bersaksinya yang dikemukakan kepada mahkamah, Mohamad Salleh berkata defendan pertama (Nurul Izzah) menguatkan dan menyokong kenyataan rakannya, Mohd Rafizi Ramli, yang mendakwa bahawa beliau (Mohamad Salleh) tidak layak mendapat kredit kerana hanya mempunyai RM421.00 dalam akaun dengan Public Bank.

Beliau berkata hakikatnya ialah akaun itu adalah akaun yang digunakan untuk mendeposit dana bagi arahan tersedia untuk membayar balik satu pinjaman bank dan tidak mempunyai kaitan dengan dakwaan berhubung lapan unit harta di KL Eco City kerana ia mempunyi kaitan dengan dua unit harta lain di Plaza Damas 3.

"Saya akan mendepositkan dana ke dalam akaun ini setiap bulan untuk membayar balik pinjaman berkaitan pembelian harta di Plaza Damas 3 yang dibuat lebih kurang pada 2005.

"Pembayaran itu dibuat melalui arahan tersedia untuk membayar balik pinjaman yang diambil beberapa tahun sebelumnya dan akaun itu tidak ada kena mengena atau mempunyai kaitan langsung dengan NFCorp," katanya.

Pada 24 Disember 2013, Mohamad Salleh dan NFCorp menyaman Nurul Izzah kerana membuat kenyataan berhubung dakwaan Mohd Rafizi bahawa beliau membeli lapan unit harta di KL Eco City dengan menggunakan wang orang ramai yang diperuntukkan kepada NFCorp.

Kenyataan Nurul Izzah iu disiarkan Malaysiakini TV pada 7 Mac 2012.

Dalam kenyataan tuntutannya, Mohamad Salleh berkata kenyataan itu membawa maksud beliau dan keluarganya menyelewengkan dana NFCorp untuk membeli harta berkenaan untuk kegunaan peribadi mereka, bukan untuk syarikat itu.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Hue Siew Kheng bersambung pada Selasa.

ADAKAH ROSMAH NAIK BAS LONCAT DARI HAWAII KE BANGKOK?

Posted: 05 Jan 2015 10:00 PM PST



NAJIB PULANG KE KL BERSAMA FLOM 


Jet kerajaan tidak diguna keluarga Najib, kata pejabat PM

Published: 5 January 2015 

Pejabat Perdana Menteri hari ini berkata Datuk Seri Najib Razak tidak menaiki jet rasmi kerajaan untuk pulang dari Hawaii, di mana beliau dan Presiden Barack Obama bermain golf dan aktiviti lain, kerana masalah teknikal. 
 
Jet rasmi kerajaan yang dinaiki Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Hawaii tidak digunakan seterusnya untuk tujuan peribadi, kata Pejabat Perdana Menteri (PMO).

Dalam satu kenyataan kepada wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin, PMO berkata Najib tidak menggunakan jet rasmi itu pulang ke Malaysia pada 27 Disember lalu disebabkan "masalah teknikal".

"Perdana menteri menaiki pesawat komersial melalui Hong Kong di mana seterusnya beliau dijemput Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terus ke Kota Baru," kata PMO kepada Kadir yang disiarkan di blognya hari ini.

"Langkah ini diambil ekoran jet yang digunakan perdana menteri dan keluarganya ke Amerika Syarikat berdepan masalah teknikal.

"Jet itu tidak ditinggalkan untuk kegunaan ahli keluarga perdana menteri. Ia juga tidak berada di Indianapolis."

Bagaimanapun, laman penjejak pesawat Flight Radar 24 menunjukkan pesawat rasmi itu dengan nombor pendaftaran 9M-NAA mendarat di Indianapolis dari Los Angeles pada 6.52 pagi waktu Malaysia pada 26 Disember.

Pesawat itu mendarat di Lapangan Terbang Los Angeles pada 1.40 petang waktu Malaysia dari Honolulu, Hawaii yang merupakan destinasi percutian Najib.

Najib sepatutnya menggunakan pesawat kerajaan, Airbus A319 itu untuk kembali ke Malaysia dua minggu lalu tetapi sebaliknya menggunakan pesawat TUDM.

Situasi banjir yang buruk di negeri-negeri pantai timur seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang memaksa Najib memendekkan percutiannya selepas gambar presiden Umno itu bermain golf bersama Presiden Amerika Syarikat Barack Obama di Hawaii dikeluarkan akhbar Washington Post dan mendapat kecaman pengguna media sosial.

Pengguna media sosial juga bertanya ke mana perginya isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor di saat pantai timur dilanda banjir besar.

Jet 9M-NAA itu selamat mendarat di Lapangan Terbang Subang pada jam 11.15 malam tadi selepas mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Bangkok pada jam 10.20 malam.

Pada 2 Januari, Bernama melaporkan Najib terbang ke Bangkok pada hari sama laman sesawang Flight Radar 24 menjejak 9M-NAA mendarat di ibu kota Thailand itu.

Menurut Bernama yang memetik laman Facebook Najib, pertemuan dengan Perdana Menteri Thailand Jen Prayuth Chan-ocha untuk mengucapkan terima kasih kerana bantuan negara tersebut apabila Malaysia dilanda banjir. – 5 Januari, 2015.

Ini pula data dari laman penjejak pesawat Flightrader24:

KONONNYA TAK BERADA DI INDIANAPOLIS

Ingat lagi tak sebelum ini Lokman Adam dalam twitternya kata pesawat itu diselenggara di Indianapolis?

1) Dato Seri Najib yang mengambil keputusan mengejut untuk pulang ke Malaysia dan menghentikan misi diplomatik beliau perlu mendapatkan kebenaran awal untuk terbang, ini menyebabkan beliau terpaksa menggunakan pesawat commercial untuk pulang. Selain dari itu, jet tersebut memang shedule untuk maintainance di indianapolis. Keluarga PM tak ke Indianapolis pun.

2) Lepas siap diselenggara, dan memandangkan keadaan cuaca yang tidak menentu dan jet tersebut adalah kecil, jet tersebut tidak memilih laluan Taipei yang lebih singkat, sebaliknya melalui London dan Dhubai.
3) Bagaimana mungkin Datin Seri Rosmah sempat bershopping sakan dalam keadaan tempoh singgah untuk mengisi minyak di London dan Dhubai tidak sampaipun 2 jam.
4) Jet tersebut kini di Bangkok kerana PM kita mengadakan pertemuan tidak rasmi dengan PM Thailand General Prayut Chan-o-cha.
Cukup-cukuplah dengan fitnah kalian, baik gunakan otak dan tenaga yg ada tu untuk fikir bagaimana kita boleh bantu mangsa banjir.
Lokman AdamPanel PemikirJabatan Hal Ehwal Khas
Kalau jet itu tidak ke Indianapolis, seperti kata PMO, jet apa yang memakai nombor 9M-NAA itu? - yang menurut Lokman Adam diselenggara di Indiapolis? Ada klon kah? Wah! Bahaya ni... Patutle Rosmah risau minta tolong macai lindungi dia dari orang jahat.
Tidak lucu langsung!
Yong tak kisah kalau Rosmah nak shopping di Bangkok. Tetapi tidakkah menjadi kebetulan yang pelik pesawat 9M-NAA itu juga sampai di Bangkok? Bagaimana agaknya Rosmah terbang dari Hawaii ke Bangkok? Kalau benar dia tak guna pesawat rasmi negara, kenapa tak terus balik ke Malaysia dan kemudian pergi semula dengan PM ke Bangkok? Bukankah itu lebih elok dan tidak menimbulkan "fitnah"?
Terlalu banyak persoalan...

To cover a big lie, manufacture another lie and another lie and another lie....

Kalau wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin rasa tak puas hati dengan tadbir-urus negara kini, kita rakyat Marhein sudah tidak terkata...

Cerita Disebalik CEO 1MDB 'Lari Malam' ?

Posted: 05 Jan 2015 09:00 PM PST



CEO 1MDB letak jawatan

Mohd Hazem Abdul Rahman, ketua pegawai eksekutif (CEO) 1Malaysia Development Bhd (1MDB), syarikat pembangunan strategik milik kerajaan dilaporkan meletak jawatan pada Isnin, tidak sampai dua tahun menerajui syarikat itu.

Mengikut sumber, peletakan jawatan Mohd Hazem yang dilantik menerajui 1MDB sejak Mac 2013, akan menyebabkan rancangan tawaran awam permulaan (IPO) RM10.54 bilion bahagian penjanaan tenaga syarikat itu tertangguh lebih lama.

Dana pembangunan strategik itu berdepan kontroversi berhubung jumlah hutangnya lebih AS$11 bilion (RM38.66 bilion) untuk membeli aset janakuasa tenaga, keputusan pelaburan serta kadar faedah tinggi yang dibayar untuk bon terbitannya.

"Saya tidak jangka IPO itu akan berlaku sekarang. Mereka perlu kemaskini beberapa perkara terlebih dulu," kata satu sumber perbankan.

Seorang lagi sumber perbankan berkata IPO itu dijangka dilaksanakan pada suku kedua tahun ini, bukannya suku pertama seperti yang dirancang.

Seorang sumber lain berkata, perbincangan mengenai IPO itu terhenti buat seketika kerana ada penyusunan dalaman syarikat itu.

1MDB dijadualkan bertemu dengan kumpulan pelabur utama dalam bulan ini berhubung IPO itu.


1MDB tidak memberi maklum balas atau menjawab panggilan dan e-mel berhubung pengunduran Mohd Hazem.

IPO bahagian penjanaan tenaga 1MDB dijangka dapat mengurangkan beban hutang syarikat itu.

Bagaimanapun, rancangan itu sudah tertunda beberapa kali selepas tempoh lama diambil untuk proses penilaian menyeluruh dan rundingan pembiayaan semula hutang.

Sebuah portal berita melaporkan, Mohd Hazem akan digantikan oleh Arul Kandasamy, yang pernah mengetuai bahagian perbankan pelaburan dan pembiayaan korporat Abu Dhabi Commercial Bank.

Arul akan dilantik Presiden Kumpulan 1MDB dan pengarah eksekutif, kata laporan itu. - Reuters

Page Facebook Friends Of BN Kantoikan Pegawai Najib?

Posted: 05 Jan 2015 08:00 PM PST

 
Penjelasan Putrajaya yang jet rasmi 9M-NAA yang digunakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak "menghadapi isu teknikal dan terpaksa singgah di Amerika" adalah tidak logik, kata Lee Chean Chung.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Semambu itu berkata, penjelasan melalui laman sosial Facebook oleh kumpulan propaganda sosial "Friends of BN" tanpa sebarang pengesahan rasmi daripada Jabatan Perdana Menteri (JPM) seolah-olah memperlekehkan pegawai Najib sendiri.

"Saya membidas laman Facebook 'Friends of BN' yang seolah-olah menjadi jurucakap JPM dengan memberi penjelasan berkenaan penerbangan jet rasmi 9M-NAA ini.

"Penjelasan yang jet tersebut menghadapi isu teknikal dan terpaksa singgah di Amerika adalah tidak logik dan penjelasan melalui Facebook tanpa sebarang pengesahan JPM seolah-olah memperlekehkan pegawai JPM," katanya dalam kenyataan hari ini.

Status laman sosial Friends of BN pada 2 Januari lalu berkata, pesawat berkenaan berada di Amerika Syarikat sebelum ini bagi menyelesaikan beberapa isu teknikal dan dalam perjalanan pulang ke Malaysia ketika ini.

Katanya, pesawat berkenaan singgah di London dan Dubai untuk mengisi bahan api, bukan untuk membeli-belah atau berseronok seperti digembar-gemburkan oleh pembangkang.

Mengulas penjelasan Pejabat Perdana Menteri jet tersebut berada di Amerika kerana masalah teknikal, katanya alasan itu tidak munasabah.

"Mengapakah Pejabat Perdana Menteri membisu terhadap isu ini dan penjelasan hanya diberi selepas seminggu?

"Adakah jet 9M-NAA berulang-alik dari Honolulu, Los Angeles dan New York untuk membeli 'spare part' kapal terbang?

"Di manakah senarai penumpang jet 9M-NAA?" soalnya.

Ketua Penerangan PKR itu berkata, pihaknya akan berkunjung ke JPM sekiranya perkara ini masih tiada penjelasan yang memuaskan.

"Seandainya perkara ini masih tidak mendapat penjelasan yang memuaskan, saya sendiri akan hadir ke Jabatan Perdana Menteri untuk mendapatkan jawapan, dan saya ingin menjemput Friends of BN datang bersama dalam lawatan tersebut," katanya.

Bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times (NST) Datuk A Kadir Jasin mendedahkan penjelasan pegawai kanan Pejabat Perdana Menteri yang  memberi alasan jet itu tidak digunakan untuk tujuan peribadi.

"Perdana menteri menaiki pesawat komersial melalui Hong Kong di mana seterusnya beliau dijemput Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terus ke Kota Baru.

"Langkah ini diambil ekoran jet yang digunakan perdana menteri dan keluarganya ke Amerika Syarikat berdepan masalah teknikal.

"Jet itu tidak ditinggalkan untuk kegunaan ahli keluarga perdana menteri. Ia juga tidak berada di Indianapolis," kata Jabatan Perdana Menteri kepada Kadir yang disiarkan di blognya hari ini.

Bagaimanapun, laman penjejak pesawat Flight Radar 24 menunjukkan pesawat rasmi itu dengan nombor pendaftaran 9M-NAA, mendarat di Indianapolis dari Los Angeles pada 6.52 pagi waktu Malaysia pada 26 Disember.

Pesawat itu mendarat di Lapangan Terbang Los Angeles pada 1.40 petang waktu Malaysia dari Honolulu, Hawaii yang merupakan destinasi percutian Najib.

Najib sepatutnya menggunakan pesawat kerajaan Airbus A319 itu untuk kembali ke Malaysia dua minggu lalu tetapi sebaliknya menggunakan pesawat TUDM. ~malaysian insider

Kisah Aneh Seorang Menteri Malaysia Dan Suratnya Kepada FBI

Posted: 05 Jan 2015 07:00 PM PST

 
Kisah aneh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menulis surat kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI) mempertahankan integriti individu yang disyaki seorang 'raja judi' nampaknya semakin menarik.

Pertamanya, adalah ganjil dan barangkali pertama kali seorang menteri dalam negeri mana-mana negara menulis kepada FBI untuk memberi jaminan mengenai integriti seseorang yang ditahan oleh biro itu kerana disyaki seorang ketua sindiket perjudian.

Kedua, aneh sekali apabila menteri dalam negeri menulis surat untuk membetulkan kesilapan dalam laporan oleh pihak polis kepada FBI mengenai Paul Phua.

Jika ada kesilapan sedemikian, kenapa tidak pihak polis sendiri menulis kepada FBI untuk membetulkan kesilapan tersebut?

Keanehan yang ketiga dan keempat pula adalah sama ada pihak polis bersetuju bahawa ia telah berbuat kesilapan dalam laporannya kepada FBI mengenai Paul Phua dan sama ada pihak polis tahu dan bersetuju supaya menteri dalam negeri sendiri menulis surat kepada FBI mengenai hal tersebut.

Hal aneh kelima dan keenam adalah aspek keadaan hal-hal keselamatan dalam negeri di mana kerajaan Malaysia telah mendapatkan bantuan Phua sebelum ini dan sama ada pihak polis tahu tentang maklumat ini.

Hal aneh ketujuh ialah sama ada menteri dalam negeri telah bertindak secara bersendirian dan secara sewenang-wenangnya tanpa pengetahuan dan kerelaan, atau bertentangan dengan nasihat pihak polis apabila menulis surat menjamin integriti seorang yang disyaki sebagai 'raja judi' seperti yang dapat dilihat daripada kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mengelak daripada membuat sebarang komen terhadap kebenaran surat menteri dalam negeri.

'Reputasi ternoda'


Aspek aneh kelapan ialah perkembangan terbaru di Mahkamah Daerah Nevada di Las Vegas di mana surat menteri dalam negeri kepada FBI telah ditarik balik apabila Putrajaya membantahnya daripada digunakan sebagai keterangan pembelaan bagi orang yang disyaki terlibat dalam kegiatan perjudian itu.

Surat menteri dalam negeri kepada FBI bertarikh 8 Disember 2014 adalah jelas bertujuan mempertahankan Phua, namun perkembangan terbaru di perbicaraan kes judi di Las Vegas menunjukkan pula bahawa surat menteri dalam negeri tidak patut digunakan di mahkamah terbuka sebagai pembelaan Phua.

Siapa yang membantah? Adakah Zahid, pihak polis, Jabatan Peguam Negara atau Kementerian Luar?

Aspek ganjil kesembilan ialah sama ada pihak polis, seperti yang disebut Zahid dalam suratnya kepada FBI; begitu teruja untuk melihat Phua pulang ke Malaysia bagi membantu kerajaan dalam projek-projek berkaitan keselamatan negara?

Jelas sekali bahawa reputasi dan kredibiliti negara, pihak polis dan Kementerian Dalam Negeri telah rosak dan ternoda dalam kes melibatkan 'raja judi' ini.

Menteri dalam negeri tidak boleh terus berdiam diri dalam isu ini kerana rakyat Malaysia berhak mengetahui kisah sebenar di sebalik kejadian-kejadian aneh ini yang tidak membawa sebarang kebaikan kepada reputasi dan kedudukan Malaysia di peringkat antarabangsa.


- mkini

 

PM gets a lesson in transparency - Amin Khairuddin|

Posted: 05 Jan 2015 06:15 PM PST

Free Malaysia Today
 
Blogger Shahbudin says Najib shouldn't have acted like someone with something to hide.


KUALA LUMPUR: Prime Minister Najib Abdul Razak would have saved himself a lot of embarrassment if he had been open about his recent movements instead of behaving like a thief, Umno critic Shahbudin Husin writes in his latest blog entry.

Continuing with his series of caustic blog entries that comment on Najib's unannounced Hawaiian holiday and the mystery of what happened to the private government jet after he cut short the golfing vacation, Shahbudin says it is odd that the Prime Minister apparently did not count on the Internet's power to turn any Tom, Dick or Harry into a reporter when he himself has often spoken about that power.

He says the one lesson Najib must learn from the episode is that he, as a prime minister and very public figure, has to be transparent about everything in these times of instant information and open communication.

"If he had not left for his Hawaiian Christmas holiday in secret and had instead released information that he would be playing golf with Barack Obama, no one would have really cared when the picture of him golfing with the American President became widely distributed," he writes.

"If he had returned in the same aircraft that took him to Hawaii when the flood situation had become frantic, no one would have really bothered to trace the whereabouts of the official plane."


The official explanation that the jet had encountered technical problems came only after a lot of questions had been raised, Shahbudin points out. But the explanation, he adds, became meaningless when a check with FlightRadar24.com showed that the jet had been moving around the American continent. "In fact," he says, "it burned the public's desire to find out who was using it."

Shahbudin also refers to Najib's decision to go to Bangkok last Friday for a meeting with his Thai counterpart, saying he should have not gone there secretly as well. It was because he made the trip stealthily that people saw a coincidence in the jet being in Bangkok at the time, he says. 

"But just as he went to Hawaii in stealth, he went to Thailand like one making a rendezvous with a sweetheart but afraid of being found out by his wife."

If Najib had informed the public that he would be reuniting with his family after meeting the Thai PM, Shahbudin says, "no one would be interested in his trip and in taking a picture of his wife shopping in Bangkok."

Shahbudin says it's strange that Najib, who is active in social media, still seems to think that media power lies with Utusan Malaysia, Berita Harian and government-controlled television stations.

He ends his posting with this parting shot: "As the Prime Minister, act like a real prime minister, not like a thief who runs and hide."

QARDAWI TIDAK AKAN DITANGKAP

Posted: 05 Jan 2015 05:30 PM PST


 
Dalam sebuah majlis makan malam mengumpul dana di Setiu beberapa hari lepas, seorang hadirin telah bertanya mengenai kes Dr Qardawi yang diancam untuk ditangkap oleh Interpol. Berikut adalah catatan dari jawapn TGHH
 
1. Kes ini berlaku ekoran dari permintaan kerajaan Mesir melalui Interpol yang mahu Dr Yusof Qardawi ditahan atas tuduhan bersubahat dalam keganasan yang berlaku di sana.
 
2. Dr Yusof Qardawi adalah salah seorang tokoh Ikhwanul Muslimin Mesir. Beliau telah keluar dari Mesir sewaktu kerajaan Mesir melakukan operasi besar-besaran menahan pemimpin Ikhwanul Muslimin (IM) pada akhir 50an atau awal 60an. 
 
Antara tokoh IM yang berjaya ditahan waktu itu ialah Syed Qutb dan Abdul Qadir Audah dan dijatuhkan hukuman bunuh, atas kesalahan berjuang untuk menegakkan negara Islam di Mesir.
 
3. Perjuangan Islam di Mesir menurut pandangan kuasa besar dunia adalah amat berbahaya, lebih bahaya dari Malaysia kerana Mesir merupakan sebuah negara yang penting, yang menjadi laluan dunia menghubungkan tiga buah benua melalui Terusan Suez. Kerana itulah Mesir amat diperlukan kuasa besar dunia.
 
Mesir juga dalam sejarahnya tidak pernah menjadi pusat pemerintahan Islam kerana lokasinya yang terancam. Pusat pemerintahan Islam adalah Mekah, Madinah, Dimasyq, Baghdad dan juga Istanbul. 
 
Namun rakyat Mesir antara yang menyumbang kepada kemenangan Islam yang besar seperti Perang Salib dan Perang melawan Tartar.
 
4. Interpol pula adalah organisasi polis antarabangsa (International Police). Ia adalah satu bentuk kerjasama polis antara negara-negara yang terlibat untuk memudahkan penangkapan penjenayah, dengan menyalurkan maklumat identiti penjenayah kepada negara-negara tempat penjenayah bersembunyi. 
 
Tugas Interpol menangkap mereka yang melakukan kesalahan jenayah, bukan kesalahan politik.
 
5. Walaupun Interpol boleh meminta negara anggota membuat tangkapan, ia perlu mendapat persetujuan negara terbabit. Jika negara tersebut tidak bersetuju, Interpol tiada kuasa untuk bertindak.
 
6. Lebih-lebih jika orang yang dituduh itu mendapat suaka politik di mana-mana negara anggota, hak suaka politik itu tidak membenarkan negara tersebut menyerahkan orang itu kepada negara yang menuntut.
 
7. Antara pemimpin Islam yang mendapat suaka politik ialah Khomeini, yang mendapat suaka politik Perancis, Rashid Ghanoushi di England dan Dr Said Ramadhan di Switzerland. Apabila Mesir menuntut mereka, kerajaan negara tersebut melindungi mereka.
 
Dr Yusof Nada, Bendahari IM, orang yang lebih kanan daripada Dr Qardawi, mendapat suaka di Geneva, Switzerland. Beliau siap menubuhkan Bank Taqwa di sana dan telah menjadi seorang tokoh perniagaan yang berjaya serta menyalurkan dana kepada banyak gerakan Islam dunia. 
 
Apabila Amerika menuntut beliau atas tuduhan membantu pengganas, kerajaan Switzerland yelah mempertahankan beliau.
 
8. Akhbar Daily Mirror di UK pernah menuduh saya sebagai orang no.2 dalam Al-Qaeda, siap pampang gambar di dalam akhbarnya. Saya pergi ke UK dan saman akhbar tersebut di mahkamah UK. Mereka tidak tangkap saya kerana hak untuk membuat pembelaan di mahkamah.
 
Dalam perbicaraan, PAS dituduh menyokong dan membantu perjuangan Palestin, membantu pengebom berani mati, menyalurkam senjata dan sebagainya. Saya jawab, apa salahnya PAS menyokong perjuangan mereka? 
 
Ahli parlimen British sendiri menyokongnya. Ahli Perlimen itu berkata kalau saya jadi rakyat Palestin, saya juga akan jadi pengebom nerani mati. Kenapa tak tangkap dia?
 
Saya juga menegaskan PAS bukan sebuah kerajaan. PAS hanya parti politik. Untuk menyalur keluar senjata bukanlah perkara yang mudah kerana kita tiada kuasa.
 
Akhirnya akhbar tersebut meminta maaf.
 
9. Israel juga pernah menyenaraikan kumpulan-kumpulan pengganas di dunia termasuk Hamas dan Persatuan Ulama, tapi mereka sekadar boleh senarai sahaja.
 
10. Dalam kes Dr Qardawi, Qatar memberikan suaka politik kepada beliau dan mempertahankan beliau dari diserahkan kepada Mesir. Ini telah mengakibatkan hubungan Qatar dengam Saudi, Emirates dan Mesir menjadi tegang.
 
11. Oleh itu kita jangan bimbang kerana undang-undang masih menjamin keselamatan Dr Qardawi. Jangan percayakan media sosial yang kata Qardawi kena tangkap atau apa sahaja. Mereka tak tahu pasal undang-undang ini semua.
 
12. Sebenarnya ini semua adalah langkah untuk melindungi Israel dan melindungi luasa barat yang memiliki telaga-telaga minyak di rantau teluk. Kebanyakannya dalam negara umat Islam.
 
13. Kita jangan merasa takut dengan apa yang berlaku. Islam mengajar kita kalimah 'Allahu Akbar'. Kuasa Allah yang paling besar. Kuasa-kuasa dunia hanya laksana debu yang halus dibandingkan dengan kekuasaanNya.
 
Kita diajar dalam tiap-tiap rakaat sembahyang, membaca Alhamdulillahi Rabbil Alamin. Tuhan sekalian alam. Semua alam ini adalah milikNya.
 
14. Dan semua yang berlaku ini menunjukkan kepada dekatnya kebangkitan Islam. Nabi SAW bersabda Islam bermula dalam keadaan dagang, dan akan kembali dagang seperti permulaannya. Maka berjayalah orang-orang yang dagang.
 
Islam dibawa oleh Nabi Muhammad bermula dengan keadaan orang tak kenal apa itu Islam. Macam mana Islam nak disebarkan kalau dalam Mekah sendiripun ianya telah dikepung? Tiba-tiba Islam berjaya menakluk dunia! 
 
Dan hari ini Islam juga dilihat ditindas, tetapi percayalah ini semua adalah proses Islam untuk kembali bangkit.
 
 
Gaya Peneroka

Al-sisi akan menyita harta Dr Yusuf al-Qardhawi - Dicatat oleh ustazcyber

Posted: 05 Jan 2015 04:45 PM PST

 
06 Januari 2015  Al-sisi akan menyita harta Dr Yusuf al-Qardhawi   Dicatat oleh ustazcyber  Pemerintah Mesir berencana akan membekukan harta dan aset milik Dr.Yusuf Qaradhawi yang kini sedang memikul tanggungjawab sebagai ketua Persatuan Ulama Muslim Internasional yang berbasis di ibukota Qatar, Doha, seperti disiar surat khabar Middle East dari asisten pertama Menteri Hukum Mesir.   Dalam keterangannya pada hari Minggu (04/12) , asisten pertama Kementerian Hukum Mesir, Ezzat Khamis, mengatakan Pemerintah Mesir berencana akan membekukan harta dan aset milik Dr.Yusuf Qaradhawi yang kini sedang memikul tanggungjawab sebagai ketua Persatuan Ulama Muslim Internasional yang berbasis di ibukota Qatar, Doha, seperti disiar surat khabar Middle East dari asisten pertama Menteri Hukum Mesir. 

Dalam keterangannya pada hari Minggu (04/12) , asisten pertama Kementerian Hukum Mesir, Ezzat Khamis, mengatakan "kementerian telah membentuk komite yang akan menelusuri harta dan aset mereka yang terlibat dengan organisasi terlarang Ikhwanul Muslimin." 

Ezzat Khamis menambahkan "komite tersebut nantinya akan merampas aset dan harta mereka yang terlibat, bahkan termasuk anggota Dewan Syar'i organisasi." 

Tercatat nama seperti Dr.Yusuf Qaradhawi, anak mantan presiden Mesir Muhammad Mursi, Ahmad Muhammad Mursi, dan pemimpin Parti Pembangunan dan Pengembangan Thariq Az Zamar, masuk dalam daftar yang telah dibuat Departemen Kehakiman tersebut. (Sumber)
 

VIDEO - Misteri Kehilangan MH 370.....??

Posted: 05 Jan 2015 04:00 PM PST



DS Anwar Ibrahim Tetap Menteri Kewangan Terbaik !

Posted: 05 Jan 2015 03:15 PM PST

Jet Rasmi PM Rosak, Bukan Digunakan Rosmah..

Posted: 05 Jan 2015 02:00 PM PST

 


'Jet PM ada isu teknikal, tak diguna keluarga'

Jet kerajaan yang digunakan untuk membawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Hawaii, Amerika Syarikat (AS) ditinggalkan di negara itu selepas mengalami isu teknikal.

Ia tidak ditinggalkan untuk kegunaan keluarga perdana menteri atau dibawa ke tempat lain seperti dilaporkan sebelum ini.

"Pesawat itu tidak ditinggalkan untuk digunakan oleh anggota keluarga PM.

"Ia juga tidak berada di Indianapolis," menurut reaksi pegawai kanan di Jabatan Perdana Menteri (JPM), seperti disiarkan oleh tokoh wartawan Datuk A Kadir Jasin.

Bekas ketua pengarang kumpulan New Straits Times itu menyiarkannya di ruangan komen pada blog seorang lagi pemimpin media eranya Tan Sri Zainuddin Maidin, yang terus mengulas berhubung isu 'diplomasi golf' Najib.

Penjelasan JPM juga menyebut bahawa perdana menteri pulang bersama pesawat komersial melalui Hong Hong sebelum diambil oleh pasukan tentera udara dan dibawa terus ke Kota Bharu.

Kadir berkata, jawapan di atas diperoleh selepas menghantar SMS kepada pegawai perdana menteri.

'Seperti misteri MH370'

Bagaimanapun, penjelasan itu nampaknya seperti tidak memuaskan hati Kadir.

"Rosak atau flight plan-nya sudah diluluskan yang menunjukkan ia akan terbang ke tanah besar AS selepas Hawaii?

"Kalau isteri PM tak guna pesawat itu, macam mana ia dikesan dari AS hingga Bangkok?" soalnya,

Beliau juga menyifatkan persoalan berhubung pesawat itu seperti "misteri MH370" yang hilang sebelum ini.

"Nampak macam ada pihak yang cuba putar belit hakikat," tulis Kadir (kiri