Sabtu, 3 Januari 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Fokus pada kes kamu, kata IGP pada 'raja judi'

Posted: 03 Jan 2015 10:47 PM PST

Kes Raja Judi Malaysia Makin Panas.., IGP Pula Bersuara..

 



Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menasihatkan Paul Phua, yang didakwa sebagai 'raja judi', menumpukan terhadap kesnya di Amerika Syarikat.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas berhubung dakwaan bahawa polis membuat silap dalam laporannya berkaitan warganegara Malaysia itu, yang didakwa sebahagian daripada jaringan kongsi gelap antarabangsa.

"Oleh kerana perkara ini sedang didengar di mahkamah Amerika Syarikat, saya tidak mahu komen," katanya kepada Malaysiakini.

Khalid juga mendedahkan bahawa polis Malaysia sentiasa berhubung dengan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) AS berhubung kes itu.

"Saya boleh sahkan bahawa kami berhubung. Nasihat saya pada Phua, fokus pada pendakwaan (terhadapnya)," katanya.

Kes itu mencuri perhatian selepas Datuk Seri Zahid Hamidi dilapor menulis kepada FBI dengan mempertahankan Phua, dengan berkata dia membantu kerajaan Malaysia dalam isu keselamatan.

Semalam, peguam terkenal Umno Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menulis surat kepada FBI bagi membetulkan kesilapan dalam laporan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Peguam itu, yang mengadakan sidang media bagi pihak pasukan peguam bela Phua, juga menegaskan bahawa kumpulan 14K, yang dia didakwa menganggotainya tidak beroperasi di Malaysia.

Laporan berhubung kontroversi surat itu didedahkan oleh South China Morning Post (SCMP) pada 18 Disember.

Harian Hong Kong itu juga menyiarkan semula keseluruhan kandungan surat itu.

Phua sekarang berada bawah tahanan rumah di Las Vegas.

Dia dan anaknya berdepan perbicaraan atas tuduhan menjalankan operasi perjudian haram daripada Hotel Caesar's Palace semasa Piala Dunia Brazil tahun lalu.




MUSIBAH BANJIR - AZMIN TAMPILKAN WAJAH PR

Posted: 03 Jan 2015 10:00 PM PST

 



AZMIN, selaku MB Selangor setakat ini telah berjaya menanamkan sedikit keyakinan rakyat kepada kepimpinannya.

Anak didik Anwar Ibrahim ini sedikit sebanyak telah berjaya mengimplimentasikan cita-cita Ketua Umum PKR itu yang mahukan kekayaan Selangor dikembalikan kepada rakyat, bahkan boleh juga dinikmati bersama oleh rakyat di luar Selangor disaat-saat mereka memerlukan.

Musibah banjir baru-baru ini yang melanda di beberapa negeri khususnya di Pantai Timur dan kini merebak ke Selatan, termasuk Malaysia Timur telah memberi kesempatan kepada kepimpinan Azmin di Selangor untuk membuktikan bahawa PR mampu merentasi sempadan politik sempit.

Kerajaan Negeri Selangor telah menyalurkan peruntukan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di Kelantan berjumlah RM 1 Juta, manakala lain-lain negeri seperti Pahang, Terengganu dan Perak masing-masing mendapat RM 100 Ribu.

Hanya Kelantan yang dikuasai oleh PAS, manakala lain-lain negeri kesemuanya di bawah Umno/Bn, namun tidak tertinggal untuk mendapat manafaat dari kemurahan hati Kerajaan Negeri Selangor.

Ada yang berpendapat adakah bijak Azmin menyalurkan peruntukan tersebut kepada negeri-negeri di bawah Umno/Bn sedangkan mereka mempunyai 'ibu-bapa' di Pusat yang lebih kaya raya?

Sebenarnya jumlah wang itu tidak penting tetapi apa yang tersirat di sebalik bantuan yang diberikan.

Kita ingin memberikan contoh kepada pihak musuh politik kita bahawa tidak selama-lamanya kita mesti berfikiran kolot dan sempit. Politik lebih dinamik dan sihat mesti dimulakan apatah lagi apabila melibatkan isu keselamatan rakyat.

Konsep PR yang ingin melahirkan kerajaan yang berkebajikan harus ditampilkan dan Selangor serta Pulau Pinang telah memainkan peranan itu.

Apakah tindakan Selangor itu bererti wujud 'UG' di antara PKR dan Umno/Bn? Jauh sekali.

PKR bukan parti yang berahi sangat untuk bersama rejim. Kerjasama Kerajaan Negeri Selangor dengan beberapa negeri di bawah Umno itu tidak lain dan tidak bukan adalah kerana demi rakyat. Itulah yang PR mahu Umno/Bn turut lakukan.

Kita bukan mahu Umno/Bn ber'UG' dengan kita, tetapi kita mahu mereka membantu dan berganding bahu demi rakyat. Bezanya dengan "UG' adalah objektif UG hanyalah kepentingan politik dan kuasa iaitu bergabung untuk mewujudkan kerajaan bersama atas berbagai alasan yang diberikan termasuklah kononnya untuk kepentingan Melayu Islam.

Kerajaan Selangor tidak ber'UG' dengan Umno/Bn.

Kerajaan negeri di bawah Azmin Ali cuba merealisasikan Konsensus Nasional walaupun setakat ini hanya bertepuk sebelah tangan.

Konsensus Nasional (KN) bukan berpaksikan kerajaan camporan atau gabungan PKR/Umno, tetapi merentasi sempadan politik dengan terus berbuat kebajikan kepada rakyat tanpa mengira ideologi politik. PKR tetap PKR dan PKR komited dengan PR.

Umno tetap Umno dan ianya terus bersama BN dan parti ini tetap musuh nombor wahid kita di dalam politik.

Apakah kerana mereka musuh politik, maka kita mesti menghukum rakyat keseluruhannya? PR mesti membela nasib rakyat tanpa mengira siapa mereka.

Nampaknya usaha MB Selangor sekarang ini berjaya meningkatkan imej PR di mata rakyat.

Begitu juga Kerajaan Negeri P.Pinang. Kepimpinan DAP di P.Pinang sedikit pun tidak terguris dengan berbagai gelaran yang diberikan oleh beberapa pihak.

Isu Hudud bukan ada kaitan dengan DAP untuk tidak membantu Kelantan yang dilanda musibah. DAP ada pendirian, begitu juga PAS ada prinsipnya yang tersendiri.

Namun DAP tidak melihat isu tersebut untuk melupakan dasar PR iaitu rakyat mesti dibela dan dibantu. Azmin juga tidak lagi melayani karenah beberapa pihak yang kelihatan seperti ingin menjejaskan tumpuannya terhadap negeri Selangor.

Isu apa pun mesti ditangani berasingan, tetapi tugas dan tangungjawab yang diamanahkan mesti dipikul tanpa alasan. Mereka ada sebab untuk mengkritik Azmin, tetapi Azmin juga ada sebab untuk meneruskan kerjanya.

Semoga rakyat akan dapat menilai bahawa PR sebenarnya mampu mentadbir negara ini jauih lebih baik dari Umno/Bn.

Kita telah buktikan.



Dicatat oleh WFAUZDIN NS

Get your own Poll! Ahad, 4 Januari 2015 MUSIBAH BANJIR - AZMIN TAMPILKAN WAJAH PR AZMIN, selaku MB Selangor setakat ini telah berjaya menanamkan sedikit keyakinan rakyat kepada kepimpinannya. Anak didik Anwar Ibrahim ini sedikit sebanyak telah berjaya mengimplimentasikan cita-cita Ketua Umum PKR itu yang mahukan kekayaan Selangor dikembalikan kepada rakyat, bahkan boleh juga dinikmati bersama oleh rakyat di luar Selangor disaat-saat mereka memerlukan. Musibah banjir baru-baru ini yang melanda di beberapa negeri khususnya di Pantai Timur dan kini merebak ke Selatan, termasuk Malaysia Timur telah memberi kesempatan kepada kepimpinan Azmin di Selangor untuk membuktikan bahawa PR mampu merentasi sempadan politik sempit. Kerajaan Negeri Selangor telah menyalurkan peruntukan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di Kelantan berjumlah RM 1 Juta, manakala lain-lain negeri seperti Pahang, Terengganu dan Perak masing-masing mendapat RM 100 Ribu. Hanya Kelantan yang dikuasai oleh PAS, manakala lain-lain negeri kesemuanya di bawah Umno/Bn, namun tidak tertinggal untuk mendapat manafaat dari kemurahan hati Kerajaan Negeri Selangor. Ada yang berpendapat adakah bijak Azmin menyalurkan peruntukan tersebut kepada negeri-negeri di bawah Umno/Bn sedangkan mereka mempunyai 'ibu-bapa' di Pusat yang lebih kaya raya? Sebenarnya jumlah wang itu tidak penting tetapi apa yang tersirat di sebalik bantuan yang diberikan. Kita ingin memberikan contoh kepada pihak musuh politik kita bahawa tidak selama-lamanya kita mesti berfikiran kolot dan sempit. Politik lebih dinamik dan sihat mesti dimulakan apatah lagi apabila melibatkan isu keselamatan rakyat. Konsep PR yang ingin melahirkan kerajaan yang berkebajikan harus ditampilkan dan Selangor serta Pulau Pinang telah memainkan peranan itu. Apakah tindakan Selangor itu bererti wujud 'UG' di antara PKR dan Umno/Bn? Jauh sekali. PKR bukan parti yang berahi sangat untuk bersama rejim. Kerjasama Kerajaan Negeri Selangor dengan beberapa negeri di bawah Umno itu tidak lain dan tidak bukan adalah kerana demi rakyat. Itulah yang PR mahu Umno/Bn turut lakukan. Kita bukan mahu Umno/Bn ber'UG' dengan kita, tetapi kita mahu mereka membantu dan berganding bahu demi rakyat. Bezanya dengan "UG' adalah objektif UG hanyalah kepentingan politik dan kuasa iaitu bergabung untuk mewujudkan kerajaan bersama atas berbagai alasan yang diberikan termasuklah kononnya untuk kepentingan Melayu Islam. Kerajaan Selangor tidak ber'UG' dengan Umno/Bn. Kerajaan negeri di bawah Azmin Ali cuba merealisasikan Konsensus Nasional walaupun setakat ini hanya bertepuk sebelah tangan. Konsensus Nasional (KN) bukan berpaksikan kerajaan camporan atau gabungan PKR/Umno, tetapi merentasi sempadan politik dengan terus berbuat kebajikan kepada rakyat tanpa mengira ideologi politik. PKR tetap PKR dan PKR komited dengan PR. Umno tetap Umno dan ianya terus bersama BN dan parti ini tetap musuh nombor wahid kita di dalam politik. Apakah kerana mereka musuh politik, maka kita mesti menghukum rakyat keseluruhannya? PR mesti membela nasib rakyat tanpa mengira siapa mereka. Nampaknya usaha MB Selangor sekarang ini berjaya meningkatkan imej PR di mata rakyat. Begitu juga Kerajaan Negeri P.Pinang. Kepimpinan DAP di P.Pinang sedikit pun tidak terguris dengan berbagai gelaran yang diberikan oleh beberapa pihak. Isu Hudud bukan ada kaitan dengan DAP untuk tidak membantu Kelantan yang dilanda musibah. DAP ada pendirian, begitu juga PAS ada prinsipnya yang tersendiri. Namun DAP tidak melihat isu tersebut untuk melupakan dasar PR iaitu rakyat mesti dibela dan dibantu. Azmin juga tidak lagi melayani karenah beberapa pihak yang kelihatan seperti ingin menjejaskan tumpuannya terhadap negeri Selangor. Isu apa pun mesti ditangani berasingan, tetapi tugas dan tangungjawab yang diamanahkan mesti dipikul tanpa alasan. Mereka ada sebab untuk mengkritik Azmin, tetapi Azmin juga ada sebab untuk meneruskan kerjanya. Semoga rakyat akan dapat menilai bahawa PR sebenarnya mampu mentadbir negara ini jauih lebih baik dari Umno/Bn. Kita telah buktikan. Dicatat oleh WFAUZDIN NS di 10:00 PG Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win

UBN Takut Sangat Pada Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia ?

Posted: 03 Jan 2015 10:43 PM PST


Selalu korek tabung lama2 tinggal kosong

Posted: 03 Jan 2015 09:00 PM PST

Enjin Pesawat AirAsia Mati Tiba-Tiba, Penumpang Panik

Posted: 03 Jan 2015 08:30 PM PST

 
Di saat syarikat penerbangan tambang murah ini sedang jadi perhatian disebabkan tragedi pesawat QZ8501 laluan Surabaya-Singapura yang terhempas di Laut Jawa dan mangsa nahas masih dicari hingga sekarang, berlaku satu situasi cemas melibatkan pesawat AirAsia semalam, juga di Surabaya. 

Memetik laporan portal berita Metrotvnews.com, sebuah pesawat yang membawa 120 penumpang laluan Surabaya-Bandung diberitakan tiba-tiba mati enjinnya ketika sudah bergerak di landasan untuk berlepas dari Lapangan Terbang Bandara Juanda. 

Apa lagi, suasana ini mencetus panik dalam kalangan penumpang yang ketika itu telah siap memakai tali pinggang keselamatan untuk diterbangkan.

"Pesawat sudah sedia untuk berlepas dan mulai bergerak sebelum bunyi enjin yang bising tiba-tiba mati dan pesawat mulai berundur sendiri. "Kami semua panik hinggalah pesawat ditarik mundur ke posisi awal kami menaikinya. 

Krew penerbangan kemudiannya meminta kami segera turun," cerita salah seorang penumpang pesawat terlibat, Yusuf Fitriadi. Difahamkan, pesawat yang sepatutnya bertolak jam 9 malam tersebut mengalami masalah enjin yang berpunca daripada monitor starter dan segera diperiksa dan dibaiki oleh juruteknik pesawat. 

Justeru ia telah Yusuf berkata, ketika penumpang berada di ruang menunggu seorang lelaki berpakaian juruterbang muncul lalu menjelaskan bahawa enjin utama pesawat mati disebabkan monitor starter disebabkan tersilap urutan. 

diset semula dan pesawat kembali sedia untuk diterbangkan. 

Meskipun begitu ujar Yusuf, majoriti penumpang memilih untuk membatalkan perjalanan udara mereka menaiki pesawat tersebut kerana bimbang jika masalah berulang ketika berada di udara. 

Rata-rata mereka yang mengambil keputusan itu juga berpendapat, alasan yang diberikan sebagai penyebab enjin pesawat mati secara tiba-tiba kurang meyakinkan. 

Ekoran itu, wang yang telah dikeluarkan oleh penumpang yang mengambil keputusan untuk membatalkan penerbangan mereka dikembalikan semula oleh AirAsia. 




Oleh: REM RAMZI
Enjin Pesawat AirAsia Mati Tiba-Tiba, Penumpang Panik Di saat syarikat penerbangan tambang murah ini sedang jadi perhatian disebabkan tragedi pesawat QZ8501 laluan Surabaya-Singapura yang terhempas di Laut Jawa dan mangsa nahas masih dicari hingga sekarang, berlaku satu situasi cemas melibatkan pesawat AirAsia semalam, juga di Surabaya. Memetik laporan portal berita Metrotvnews.com, sebuah pesawat yang membawa 120 penumpang laluan Surabaya-Bandung diberitakan tiba-tiba mati enjinnya ketika sudah bergerak di landasan untuk berlepas dari Lapangan Terbang Bandara Juanda. Apa lagi, suasana ini mencetus panik dalam kalangan penumpang yang ketika itu telah siap memakai tali pinggang keselamatan untuk diterbangkan. "Pesawat sudah sedia untuk berlepas dan mulai bergerak sebelum bunyi enjin yang bising tiba-tiba mati dan pesawat mulai berundur sendiri. "Kami semua panik hinggalah pesawat ditarik mundur ke posisi awal kami menaikinya. Krew penerbangan kemudiannya meminta kami segera turun," cerita salah seorang penumpang pesawat terlibat, Yusuf Fitriadi. Difahamkan, pesawat yang sepatutnya bertolak jam 9 malam tersebut mengalami masalah enjin yang berpunca daripada monitor starter dan segera diperiksa dan dibaiki oleh juruteknik pesawat. Yusuf berkata, ketika penumpang berada di ruang menunggu seorang lelaki berpakaian juruterbang muncul lalu menjelaskan bahawa enjin utama pesawat mati disebabkan monitor starter disebabkan tersilap urutan. Justeru ia telah diset semula dan pesawat kembali sedia untuk diterbangkan. Meskipun begitu ujar Yusuf, majoriti penumpang memilih untuk membatalkan perjalanan udara mereka menaiki pesawat tersebut kerana bimbang jika masalah berulang ketika berada di udara. Rata-rata mereka yang mengambil keputusan itu juga berpendapat, alasan yang diberikan sebagai penyebab enjin pesawat mati secara tiba-tiba kurang meyakinkan. Ekoran itu, wang yang telah dikeluarkan oleh penumpang yang mengambil keputusan untuk membatalkan penerbangan mereka dikembalikan semula oleh AirAsia. Oleh: REM RAMZI

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win
Enjin Pesawat AirAsia Mati Tiba-Tiba, Penumpang Panik Di saat syarikat penerbangan tambang murah ini sedang jadi perhatian disebabkan tragedi pesawat QZ8501 laluan Surabaya-Singapura yang terhempas di Laut Jawa dan mangsa nahas masih dicari hingga sekarang, berlaku satu situasi cemas melibatkan pesawat AirAsia semalam, juga di Surabaya. Memetik laporan portal berita Metrotvnews.com, sebuah pesawat yang membawa 120 penumpang laluan Surabaya-Bandung diberitakan tiba-tiba mati enjinnya ketika sudah bergerak di landasan untuk berlepas dari Lapangan Terbang Bandara Juanda. Apa lagi, suasana ini mencetus panik dalam kalangan penumpang yang ketika itu telah siap memakai tali pinggang keselamatan untuk diterbangkan. "Pesawat sudah sedia untuk berlepas dan mulai bergerak sebelum bunyi enjin yang bising tiba-tiba mati dan pesawat mulai berundur sendiri. "Kami semua panik hinggalah pesawat ditarik mundur ke posisi awal kami menaikinya. Krew penerbangan kemudiannya meminta kami segera turun," cerita salah seorang penumpang pesawat terlibat, Yusuf Fitriadi. Difahamkan, pesawat yang sepatutnya bertolak jam 9 malam tersebut mengalami masalah enjin yang berpunca daripada monitor starter dan segera diperiksa dan dibaiki oleh juruteknik pesawat. Yusuf berkata, ketika penumpang berada di ruang menunggu seorang lelaki berpakaian juruterbang muncul lalu menjelaskan bahawa enjin utama pesawat mati disebabkan monitor starter disebabkan tersilap urutan. Justeru ia telah diset semula dan pesawat kembali sedia untuk diterbangkan. Meskipun begitu ujar Yusuf, majoriti penumpang memilih untuk membatalkan perjalanan udara mereka menaiki pesawat tersebut kerana bimbang jika masalah berulang ketika berada di udara. Rata-rata mereka yang mengambil keputusan itu juga berpendapat, alasan yang diberikan sebagai penyebab enjin pesawat mati secara tiba-tiba kurang meyakinkan. Ekoran itu, wang yang telah dikeluarkan oleh penumpang yang mengambil keputusan untuk membatalkan penerbangan mereka dikembalikan semula oleh AirAsia. Oleh: REM RAMZI

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win

[VIDEO & GAMBAR] Motorsikal Terbabas, Sukarelawan Banjir Maut Di Kemaman..

Posted: 03 Jan 2015 07:48 PM PST

 
 

Anak Muda Kembali Ke Rahmatullah Dalam perjalan Membantu Mangsa Banjir

Diberitakan dari Wall seorang sabahabat Facebook Zulhafiz Ismail bahawa mereka bertemu dengan sebuah kemalangan motosikal dimana anak-anak muda ini sedang dalam perjalanan untuk membantu mangsa banjir di pantai timur.

Zulhafiz Ismail menceritakan ;

Dalam perjalanan misi bantuan ke Kelantan, sekitar jam 9pagi tadi selepas memasuki plaza tol Cheneh, Kemaman, menemui sebuah motor baru terbabas. Kelihatan seorang terduduk menahan sakit dan menemui seorang lagi terlentang diluar penghadang lebuhraya. Kedua-dua mereka dibantu dan diajarkan mengucap.

Segera menghubungi ambulan dan tiba 20 minit kemudian. Setelah diperiksa, seorang dari mereka telah kembali ke rahmatullah.

Apa yang mengharukan, arwah Amirul Syazri Azlan Shah dan Fajrul Iman berumur 19 tahun datang dari Gombak untuk membantu mangsa banjir di Kelantan dengan membonceng motosikal. Iman pula anak yatim piatu dan sempat mengirimkan salam buat Tuan Guru Nik Aziz.

Kelihatan ditepi jalan penyapu dan baju turut dibawa. Pada topi juga ada stiker "jihad jalan kami, shahid cita-cita kami".



Betapa murninya niat dan bersungguhnya mereka. Moga ganjaran shahid buat arwah dan ditempatkan dikalangan orang beriman. Moga-moga juga adik iman kembali sembuh.

Al Fatihah






VIDEO - Keputusan Rayuan Kes Fitnah Liwat 2 Akan Diumumkan Dalam Bulan Ini - Kata Shafiee Abdullah

Posted: 03 Jan 2015 07:00 PM PST


Ini lah dia muka muka LIMA HAKIM Makhamah Rayuan Dalam Kes Fitnah Liwat 2 yang berlangsung pada Oktober 2014. 

Perbicaraan yang pada mulanya ditetapkan hanya DUA HARI sahaja, tetapi telah berlarutan sehingga LIMA HARI dengan tidak memberi sebarang keputusan. 

Pada Hari Terakhir,  Ketua Hakim Negara telah mengeluarkan kenyataan bahawa Keptusan Rayuan YB Dato Seri Anwar Ibrahim telah ditangguhkan pada masa yang akan ditetapkan kemudian.




Hari Ini Peguam UMNO, Muhammad Shafie Bin Abdullah, yang diletak khas bagi mengendalikan perbicaraan ini telah mengeluarkan kenyataan bahawa ke lima lima Hakim yang mendengar rayuan tersebut akan memberi keputusan mereka dalam bulan Januari 2015, setelah ditangguh selama hampir tiga BULAN.


Kita sama sama tunggu keputusan tersebut....


ZAR ALI

Keputusan kes liwat II Anwar dijangka umum bulan ini

Posted: 03 Jan 2015 06:30 PM PST

 

Shafee percaya panel hakim akan umum tarikh untuk keputusan rayuan akhir kes liwat II, Anwar, dalam bulan ini. - Foto: TRP/SM Amin

KUALA LUMPUR, 3 Januari:

Keputusan rayuan akhir Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, enam tahun lalu, dijangka diketahui bulan Januari ini.

Ketua Pendakwaraya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, berkata pihaknya sepatutnya sudah mendapat petunjuk tarikh keputusan akan dikeluarkan, tetapi mungkin disebabkan banyak perkara terjadi mutakhir ini, berlaku penangguhan.

"Mereka (panel hakim) patut bagi kami petunjuk. Ada kemungkinan lima hakim hendak tulis dia punya keputusan dan alasan keputusan ataupun oleh sebab kita ada banyak isu mutakhir ini, ada banyak kes, cuti, banjir.

"Ini mungkin menyebabkan ia tertangguh, sebab kelima-lima (hakim) patut ada mesyuarat dan (setelah selesai) mereka bincangkan, baru boleh buat keputusan.

"Saya tidak tahu bila keputusan, tetapi saya rasa bulan ini tidak terlampau lambat sangat. Saya tidak rasa mereka (hakim) akan tangguhkan keputusan lambat sangat," katanya kepada The Rakyat Post di pejabatnya pada Sabtu.

Pada 7 November lalu, Mahkamah Persekutuan memaklumkan pihaknya memerlukan masa untuk meneliti penghujahan kedua-dua pihak berhubung isu-isu yang dibangkitkan dalam rayuan tersebut.

"Memandangkan fakta yang dikemukakan, kami memerlukan sedikit waktu. Kami akan tangguhkan ke tarikh yang akan ditetapkan kemudian," kata Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria Arifin yang mengetuai panel lima hakim.

Mahkamah Rayuan sebelum ini mendapati Anwar bersalah dan menjatuhkan hukuman lima tahun penjara. Beliau dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM10,000 dan seorang penjamin.

Pihak pendakwaan juga memfailkan rayuan balas memohon hukuman penjara Anwar ditingkatkan sekiranya mahkamah tertinggi itu bersetuju dengan keputusan Mahkamah Rayuan.


Berita ini pasti meranapkan masa depan Najib ??

Posted: 03 Jan 2015 06:00 PM PST

  
 
 
Genap dua minggu, jet VIP milik kerajaan dengan nombor pendaftaran 9M-NAA membuat perjalanan mengelilingi dunia dan mendarat di Bangkok petang ini namun
teka-teki mengenai lokasi isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor masih belum terjawab.

Sehingga kini masih belum jelas, siapakah yang menggunakan pesawat tersebut memandangkan suaminya, Datuk Seri Najib Razak sudahpun pulang ke tanah air
sejak Sabtu lalu.

Menurut laman penjejak penerbangan Flightradar24, pesawat jet Airbus 319 jet itu berlepas dari pengkalan udara Subang pada 20 Disember dan berlepas ke
Honolulu, Hawaii selepas persinggahan singkat di Osaka, Jepun.

Najib dilaporkan bermain gol dengan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama di Hawaii, namun kemudiannya bergegas pulang apabila mendapat kritikan meluas
kerana tiada dalam negara ketika situasi banjir meruncing.

Perdana menteri turut memberitahu media bahawa keluarganya berasa sedih kerana beliau terpaksa memendekkan percutiannya.

Najib tiba di Kota Bharu pada petang 27 Disember dengan satu pesawat lain.

Beliau dipercayai dijemput dengan menggunakan pesawat kerajaan di Hong Kong, namun tidak dapat dipastikan bagaimana beliau tiba ke destinasi tersebut dari
Honolulu.

Rekod Flightradar24 menunjukkan bahawa pesawat eksekutif Boeing 737 tiba di Kota Bharu pada masa yang sama dengan ketibaan Najib, seperti dilaporkan.

Pada masa tersebut, jet asal yang digunakannya sudahpun berada di Indianapolis, Amerika Syarikat, selepas persinggahan singkat di Los Angeles.


Pesawat itu berada di Indianapolis selama enam hari sehingga 31 Disember, dan kemudiannya berlepas ke Long Angeles, dan seterusnya ke New York, London,
Dubai dan destinasi terakhir di Bangkok – dengan perhentian singkat sehingga beberapa jam di setiap lapangan terbang sehingga ia tiba di Bangkok.

Pesawat tersebut mendarat di Don Mueang International Airport, Bangkok pada jam 2.11 petang ini selepas perjalanan semalam 41,900 kilometer dan masih berada
di destinasi tersebut ketika berita ini ditulis.

Malaysiakini telah menghubungi Pejabat Perdana Menteri (PMO) untuk mendapatkan penjelasan mengenai perjalanan pesawat tersebut namun sehingga kini masih
belum menerima jawapan.

Pesawat 9M-NAA merupakan antara beberapa jet orang kenamaan yang dikendalikan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia.

Dalam kenyataan tahun lalu, PMO menyatakan bahawa jet itu masing-masing melibatkan sebuah pesawat Boeing Business Jet, Global Express, a Falcon 900, dan
terbaru sebuah pesawat Airbus.

Menurut kenyataan tersebut, pesawat berkenaan bukan untuk kegunaan eksklusif Najib tetapi juga untuk Yang di-Pertuan Agong, Yang Dipertua negeri, anggota
kabinet, tetamu kerajaan dan pegawai tinggi serta orang kenamaan.



Pen Burok Online

Negara Islam bukan sekadar pada nama, kata Sultan Perak.

Posted: 03 Jan 2015 05:30 PM PST


Negara Islam tidak terbentuk sekadar dengan menamakannya sebagai Negara Islam tetapi ia adalah satu kaedah untuk mewujudkan satu sistem pemerintahan yang melakukan amal makruf dan menegah kemungkaran, titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah (gambar).

Selain daripada itu, baginda bertitah rakyat di sesebuah negara Islam hidup dalam suasana d
amai lagi rukun, saling bekerjasama, saling menghormati, bersatu padu dan mempertahankan kedaulatan watan.

Mereka juga meluhurkan piagam atau perlembagaan dan mendaulatkan undang-undang untuk memastikan wujudnya keadilan agar negara dilimpahi dengan rahmat keamanan, kestabilan, kemakmuran dan kesejahteraan daripada Allah, titah baginda pada majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri di Ipoh, hari ini.

Sultan Nazrin bertitah Rasulullah SAW menunjukkan contoh teladan pentadbiran negara Islam yang pertama di dunia di Madinah, yang menjunjung prinsip pemerintahan berpaksikan undang-undang yang bersumberkan Al-Quran.

Baginda bertitah negara Islam yang dipimpin oleh Rasulullah SAW mengutamakan keadilan kerana ia adalah faktor yang akan menentukan rasa hormat dan penerimaan rakyat kepada pemimpin.

"Sifat adil yang diamalkan oleh Rasulullah SAW tidak hanya dinikmati oleh umat Islam malah keadilan dipastikan turut dinikmati oleh bukan Islam.

Bukan Islam turut dijamin perlindungan keselamatan, dijamin kebebasan menganut agama, dijamin boleh mengamalkan budaya masing-masing, dijamin hak untuk melakukan pelbagai kegiatan ekonomi dan usaha-usaha pembangunan sosial," titah baginda.

Sultan Nazrin bertitah Perlembagaan Madinah menetapkan bahawa setiap insan tanpa mengira pegangan agama, tanpa mengira amalan budaya dijamin hak asasi masing-masing.

Baginda bertitah menggubal sesuatu piagam atau perlembagaan adalah satu permulaan namun apa yang lebih penting adalah kesediaan rakyat menerima pakai piagam yang digubal.

"Piagam yang diterima pakai pula, perlu dipastikan memberi kesan dan memenuhi matlamat penggubalannya, terus dihormati dan terus diyakini untuk terus didukung sepanjang masa.

Oleh itu pada peringkat menggubal sesuatu perjanjian mahupun dasar, amatlah penting diamalkan sifat inklusif, dipastikan adanya partisipasi yang melibatkan penyertaan pelbagai pihak, mewakili pelbagai konstituen, terutama ketika menangani isu-isu sensitif, isu-isu kontroversi dan isu-isu yang menyentuh pendirian yang bercanggah," titah baginda.

Sultan Nazrin juga bertitah Islam membenarkan umatnya bersuara, bersifat kritikal dan mereka diseru untuk memiliki keberanian menegakkan kebenaran dan ketegasan mempertahankan keadilan.

"Umat Islam diseru memenuhi tanggungjawab moral, menggunakan daya intelek kurniaan Ilahi untuk mencetuskan cadangan dan pandangan demi kebaikan dan kesejahteraan ummah.

Islam membenarkan kebebasan bersuara tetapi kebebasan tersebut wajib dikembarkan dengan tanggungjawab," titah baginda.

Baginda bertitah Islam menegaskan pentingnya diamalkan budaya syura dalam sistem pentadbiran untuk membolehkan pandangan dan pendapat disuarakan.

Islam juga menganjurkan kesediaan mendengar dan menganalisis secara rasional hujah dan pendirian yang berbeza untuk membolehkan keputusan yang dirumuskan dicapai secara kolektif.

Baginda bertitah Islam menegaskan pemerintahan wajib bersandarkan undang-undang dan pemimpin tidak memiliki sebarang keistimewaan mahupun kekebalan untuk berada di atas undang-undang.

"Pemimpin yang menghayati roh Islam akan mengasaskan pemerintahan berteraskan kebenaran – bertiangkan keadilan," titah baginda.


The Malaysia Insider

Siapa dia Naib Pengerusi Pekida ni? Dia ni budak hingusan sahaja kata Khairuddin

Posted: 03 Jan 2015 05:00 PM PST

 
Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan Datuk Khairuddin Abu Hassan mendakwa lelaki yang menuduhnya membuat laporan palsu berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ialah hanya seorang "budak hingusan".

Merujuk laporan polis dibuat Naib Pengerusi Pekida Daerah Seberang Perai Selatan Mohamad Hilme Ibrahim terhadapnya semalam, Khairuddin berkata beliau juga akan membuat laporan polis terhadapnya esok.

"Siapa dia ni? Dia ni budak hingusan sahaja. Jelas dia tak faham proses siasatan. Bagaimana boleh dia kata saya buat laporan palsu?" kata Khairuddin hari ini.

Semalam, Hilme membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah di Bandar Perda, Bukit Mertajam, mahu polis menyiasat Khairuddin kerana didakwa membuat laporan palsu berhubung 1MDB pada 13 Disember lepas.

Hilme memberitahu pemberita, laporan polis yang dibuat Khairuddin itu bukan sahaja memburukkan 1MDB, malah Umno Bahagian Batu Kawan dan Umno Pulau Pinang.

Khairuddin menyoal Hilme sama ada beliau sedar atau tidak betapa serius tuduhan yang dibuat itu sebelum membuat laporan polis.

"Adakah dia tahu apa yang dia cakapkan? Adakah dia sudah baca laporan saya atau tengok bahan yang saya beri kepada polis bagi membantu siasatan?

"Ini satu kenyataan yang serius dan berunsur hasutan terhadap saya," kata Khairuddin.

Katanya, dia akan bercakap lebih lanjut mengenai perkara itu di Bukit Mertajam esok, selepas membuat laporan polis terhadap Hilme.

Mengulas perkembangan terkini siasatan terhadap laporan polis yang dibuatnya, Khairuddin berkata polis Bukit Aman baru-baru ini merekodkan kenyataannya.

Katanya, beliau juga sudah menyerahkan kepada polis maklumat yang diperolehi berkenaan 1MDB yang membuatkan dia tekad membuat laporan polis itu.

Khairuddin membuat laporan di IPD Dang Wangi, Kuala Lumpur terhadap 1MDB tentang pentadbiran kewangan syarikat hak milik kerajaan itu yang didakwanya wujud kepincangan lapor The Malaysian Insider

PKR desak Zahid perjelas peranan ketua judi dalam ‘keselamatan negara’

Posted: 03 Jan 2015 04:30 PM PST






Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi didesak beri penjelasan mengenai peranan ahli judi profesional dalam membantu Putrajaya berkaitan projek keselamatan negara. – Gambar fail The Malaysian Insider, 3 Januari, 2015.


Kementerian Dalam Negeri mesti menjelaskan peranan yang dimainkan ahli judi profesional Paul Phua Wei Seng dalam membantu Putrajaya berhubung projek berkait keselamatan negara, kata seorang pemimpin PKR hari ini.

Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil berkata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi harus berterus-terang mengenai perkara itu dan memberi penjelasan bagaimana dan mengapa Phua terlibat dalam projek seperti itu.

Beliau juga bertanya sama ada surat yang dikatakan ditulis Zahid, mempertahankan Phua, kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI), sahih dan benar.

Phua sedang dibicarakan di mahkamah Amerika Syarikat atas dakwaan menjalankan operasi perjudian di Caesar's Palace Hotel, Las Vegas sewaktu perlawanan bola sepak Piala Dunia pada pertengahan 2014.

Beliau sebelum ini pernah ditahan dan kemudiannya diusir dari Macau kerana menjalankan operasi perjudian atas talian.

Pada 31 Disember 2014, South China Morning Post (SCMP) mendedahkan, Zahid secara rahsia menulis sepucuk surat kepada FBI menafikan Phua ialah ahli kongsi gelap 14K dan memohon agar dia dibenarkan pulang ke Malaysia.

Dalam surat yang ditujukan kepada Timbalan Pengarah FBI Mark F Giuliano, Zahid berkata Phua "beberapa kali membantu kerajaan Malaysia dalam projek berkaitan keselamatan negara".

"Seperti ramai di luar sana, saya terkejut membaca laporan berita itu," kata Zahid dalam satu kenyatan hari ini.

Fahmi juga bertanya mengapa Zahid sanggup mempertahan seseorang seperti Phua yang jelas terlibat dengan aktiviti perjudian, tetapi diam seribu bahasa apabila Interpol mengeluarkan waran tangkap ke atas tokoh ulama Dr Yusuf Al-Qaradawi.

"Sedangkan Al-Qaradawi seorang ulama muktabar yang disanjung tinggi, presiden Persatuan Ulama Sedunia malah Tokoh Maal Hijrah yang diiktiraf kerajaan Malaysia," katanya.

Pasukan pembela Phua dilaporkan sudah menyerahkan surat Zahid, yang dilabel "sulit dan rahsia", kepada Mahkamah Daerah Las Vegas di Amerika Syarikat baru-baru ini.

Peguam Phua, sejak penahanannya pada Julai, dengan konsisten menafikan tuduhan yang anak guam mereka ada kaitan dengan kongsi gelap Hong Kong.

Dalam surat itu, Zahid dikatakan tidak menjelaskan bentuk keselamatan negara yang dibantu Phua dan pejabatnya juga tidak dapat dihubungi bagi mendapat sebarang komen, lapor SCMP.

Phua, 50, dan anaknya, dituduh menjalankan operasi perjudian haram dari Hotel Caesar's Palace di Las Vegas ketika Piala Dunia di Brazil, Julai tahun lepas. – 3 Januari, 2015.

COPY PASTE SEPENUHNYA DARI TMI

GAMBAR] 4 Serpihan Air Asia Ditemui, Ikuti Profil Penumpang QZ8501 - Kelab Greenboc

Posted: 03 Jan 2015 04:00 PM PST

 

Cari AirAsia, Total 4 Puing Bodan Pesawat Ditemukan

Penemuan bahagian badan pesawat Air Asia QZ8501 yang jatuh di sekitar perairan Tanjung Pandan, Belitung, pada 28 Desember 2014, terus bertambah. Ketua Badan SAR Nasional Marsekal Madya Henry Bambang Soelistyo mengatakan kumpulan gabungan telah menemukan empat bahagian besar badan pesawat nahas itu.


"Hasil saat ini, kami menemukan empat bahagian besar badan pesawat yang dicari," kata Soelistyo di kantornya, Sabtu malam, 3 Januari 2015. Rinciannya adalah bahagian pesawat berdimensi 9,4x4,8x0,4 meter ditemukan pada pukul 23.47 WIB, Jumaat malam, 2 Januari 2015.

Kedua, tim menemukan tambahan objek bahagian pesawat dengan dimensi 7,2x0,9x0,5 meter pada pukul 5.43 WIB tadi. Ketiga, kapal Geo Survey kembali menemukan objek berukuran cukup besar, yakni 18x5, 4x2, 2 meter pada pukul 13.30 WIB. Terakhir, bahagian pesawat Airbus A320-200 itu ditemukan berukuran 12,4x0,6x05 meter pada pukul 14.25 WIB.

Selain bahagian badan besar pesawat, tim juga menemukan tiga serpihan yang yang dikesan sebagao pesawat CN235 Pati 860 pada kedudukan pantai Selatan Tanjung Selaka. Kini puing itu sedang didekati Kapal Polisi Punai. "Keempat objek ini seluruhnya berada di daerah pencarian utama, rata-rata jarak antara satu dengan yang lain cukup dekat," kata Soelistyo.

Pesawat AirAsia QZ 8501 dengan penerbangan Surabaya-Singapura dinyatakan hilang kontak di Sekitar Tanjung Pandan, Belitung Timur, pada Ahad pagi, 28 Desember 2014. AirAsia QZ 8501 membawa 155 penumpang dan 7 awak. Hingga kini baru 30 jasad yang ditemukan, dengan 6 di antaranya sudah dikenalpasti. -tempo



Pesawat Jet Amfibi Rusia Tiba di Pangkalan Bun


Pesawat amfibi Rusia, Beriev BE-200 CS yang memiliki peralatan terbaik di dunia tiba di Landasan Udara Iskandar, Pangkalanbun, Kalimantan Tengah, Sabtu (3/1/2015) petang.

Pesawat Rusia dengan 70 personel, termasuk 22 penyelam tersebut, akan melakukan misi pencarian black box, body hingga puing pesawat AirAsia QZ8501 yang jatuh di dasar perairan Teluk Kumai, Pangkalanbun, Minggu (28/12/2014).

‪Wakil Duta Besar Rusia di Indonesia, Alexander Shilin mengatakan, pesawat jet Amfibi ini membawa alat Submersive seberat 500 kilogram yang mampu mencitrakan objek kecil di bawah laut hingga kedalaman 300 meter.

"Ini sangat bisa membantu, karena dilengkapi dengan sistem sonar yang bisa melacak keberadaan black box. Kami optimistis bisa berhasil," kata Alexander.

Alexander pun meyakini pesawat jet yang mampu mendarat di air dan dilengkapi peralatan canggih ini mampu menemukan black box pesawat AirAsia QZ8501.

"Tujuan utama kami menemukan black box. Tapi, kami juga bisa menemukan apa pun juga di bawah laut karena alat kami canggih," sambung Alexander. -tribunnews

Jenazah Pesawat AirAsia QZ8501 Terjatuh, Para Ibu Menjerit


Teriakan histeris para ibu yang melihat proses pengangkatan jenazah penumpang pesawat AirAsia QZ8501 memecah ketenangan di RSUD Imanuddin, Pangkalan Bun, Kotawaringin Barat, Kalimantan Tengah, Sabtu (3/1/2015) siang.

Pantauan di lokasi lapan kereta jenazah yang mengangkut jasad penumpang AirAsia QZ8501 tiba di RSUD Imanuddin sekitar pukul 11.00 WIB. Sebelumnya, kelapan-lapan kereta itu menjemput jenazah yang baru saja ada di Landasan Udara Iskandar yang berjarak sekitar 4 kilometer dari RSUD.

Telah ada di RSUD, satu per satu kantong jenazah diturunkan oleh petugas gabungan dari TNI AD, polisi, dan PMI dengan menggunakan ranjang dorong. Jenazah itu terlihat terbungkus rapat dengan kantong berwarna hitam bertuliskan Badan SAR Nasional (Basarnas) di atasnya.

Proses pengangkutan ini berjalan lancar hingga jenazah ketujuh dikeluarkan dari mobil. Ketika kantong ketujuh itu hendak dibawa ke ruang Posko Disaster Victim Identification (DVI) Kalimantan Tengah, secara tiba-tiba, jenazah terjatuh sebelum sempat dipindahkan ke ranjang dorong.

Kejadian itu sontak membuat warga, khususnya para ibu, yang melihat proses pemindahan berteriak histeris. "Ya ampun... Aduh kasihan itu, kasihan," kata salah seorang ibu. "Astagfirullahaladzim, aduh... Aduh cepat dibantu diangkat itu," kata ibu yang lain.

Mendengar teriakan tersebut, petugas yang memindahkan jenazah itu langsung segera membenahi posisi jenazah. Jenazah itu lantas segera dibawa ke dalam posko untuk disiapkan sebelum dikemas.

Tidak kurang dari satu jam, proses identifikasi terhadap kedelapan jenazah selesai. Setelah itu, kedelapan jenazah itu diberangkatkan ke Surabaya, Jawa Timur, bersama empat jenazah lain yang ada sebelumnya, menggunakan pesawat Hercules C-130.

Hingga kini, sudah ada 30 jenazah yang telah ditangani tim DVI Polri. Dari jumlah itu, empat di antaranya telah berhasil diidentifikasi. Sementara itu, masih ada 132 jenazah yang hingga saat ini masih dalam proses pencarian.

Pesawat AirAsia QZ8501 jatuh di perairan Selat Karimata, Minggu (28/12/2015). Pesawat yang berangkat dari Bandara Juanda, Surabaya, Jawa Timur, menuju Changi Airport, Singapura, itu mengangkut 155 penumpang dan tujuh kru pesawat. -kompas


Saya masih belum terima notis pemulangan pampasan, kata Faekah OLEH DIYANA IBRAHIM

Posted: 03 Jan 2015 08:00 AM PST

 
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) Faekah Husin (kanan) belum menerima sebarang notis berhubung pemulangan wang 'golden handshake' yang diberi bekas Menteri Besar Selangor Tan Sti Abdul Khalid Ibrahim.

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) Faekah Husin (kanan) belum menerima sebarang notis berhubung pemulangan wang 'golden handshake' yang diberi bekas Menteri Besar Selangor Tan Sti Abdul Khalid Ibrahim.

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI) Faekah Husin menafikan menerima notis berkenaan arahan pemulangan semula wang pampasan sebanyak RM2.6 juta oleh kerajaan negeri, susulan kenyataan Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali hari ini.

Dalam reaksi ringkasnya, beliau berkata hanya akan memberi komen mengenai tindakan lanjutnya, sama ada mahu akur dengan arahan itu atau tidak, setelah menerima notis tersebut.

"Saya masih belum menerima sebarang notis mengenainya. Akan komen setelah meneliti notis tersebut (jika ada)," katanya kepada The Malaysian Insider melalui khidmat sistem pesanan ringkas.

Azmin yang ditemui pemberita selepas menghadiri program Maulidur Rasul pagi tadi berkata, MBI di bawah pengurusan baru, memutuskan kesemua jumlah wang pampasan skim pemberhentian secara sukarela (VSS) yang diberikan kepada lapan bekas pembantu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mesti dipulangkan.

Pendedahan pemberian RM2.6 juta pampasan atau "golden handshake" yang diberikan kepada pembantu Khalid November lepas mengejutkan ramai pihak kerana bekas menteri besar itu sebelum ini dikenali sebagai pemimpin yang telus dalam menguruskan kewangan.

Dokumen bayaran pampasan tersebut menunjukkan jumlah terbesar bayaran tersebut diberi kepada Faekah, iaitu sebanyak RM581,400 sebagai pampasan dan RM114,000 sebagai ganti kepada notis tiga bulan.

Azmin berkata, keputusan itu dibuat MBI di bawah pengurusan baru, setelah hasil siasatan mendapati bayaran pampasan itu jelas melanggar tatacara kewangan dan kontrak yang ditandatangani bersama.

Bagaimanapun, katanya kerajaan negeri memberi tempoh 14 hari untuk wang tersebut dipulangkan dan MBI juga akan mengkaji semula wang pampasan baru terhadap lapan bekas pembantu Khalid itu.

Sementara itu bekas pegawai akhbar Khalid, Nazuri Ismail, antara lapan orang bekas pembantu yang turut menerima pampasan berkata, beliau juga tidak menerima notis tersebut.

Beliau yang diminta mengulas mengenai arahan pemulangan tersebut turut melahirkan reaksi sama dengan Faekah, iaitu mahu melihat notis tersebut terlebih dahulu.

"Setelah dapat surat itu nanti kita akan teliti berdasarkan nilai perundangan," katanya sambil menyifatkan arahan pemulangan itu sebagai "buruk siku".

Cubaan The Malaysian Insider mendapatkan reaksi daripada bekas setiausaha politik Khalid Mustapa Mohd Talib dan bekas setiausaha akhbarnya, Arfa'eza Abdul Aziz tidak berjaya.

Namun, The Malaysian Insider difahamkan keenam bekas pembantu Khalid juga masih tidak menerima notis tersebut.

Arfa'eza dilaporkan menerima bayaran pampasan RM358,000 dan RM55,000 sebagai ganti kepada notis tiga bulan manakala Mustapa didakwa dibayar RM265,000.

Selebihnya didakwa dibayar antara RM97,000 dan RM230,000 masing-masing sebagai pampasan dan di antara RM18,000 dan RM69,000 sebagai ganti kepada notis tiga bulan mereka.

Bayaran tersebut diluluskan Khalid yang juga ahli lembaga MBI, serta empat ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) PAS pada 22 September, salah satu tindakan akhirnya sebagai menteri besar. – 3 Januari, 2015.


/www.themalaysianinsider.com

Saya masih belum terima notis pemulangan pampasan, kata Faekah

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) Faekah Husin (kanan) belum menerima sebarang notis berhubung pemulangan wang 'golden handshake' yang diberi bekas Menteri Besar Selangor Tan Sti Abdul Khalid Ibrahim. – Gambar fail The Malaysian Insider, 3 Januari, 2015.Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) Faekah Husin (kanan) belum menerima sebarang notis berhubung pemulangan wang 'golden handshake' yang diberi bekas Menteri Besar Selangor Tan Sti Abdul Khalid Ibrahim. – Gambar fail The Malaysian Insider, 3 Januari, 2015.Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI) Faekah Husin menafikan menerima notis berkenaan arahan pemulangan semula wang pampasan sebanyak RM2.6 juta oleh kerajaan negeri, susulan kenyataan Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali hari ini.
Dalam reaksi ringkasnya, beliau berkata hanya akan memberi komen mengenai tindakan lanjutnya, sama ada mahu akur dengan arahan itu atau tidak, setelah menerima notis tersebut.
"Saya masih belum menerima sebarang notis mengenainya. Akan komen setelah meneliti notis tersebut (jika ada)," katanya kepada The Malaysian Insider melalui khidmat sistem pesanan ringkas.

Azmin yang ditemui pemberita selepas menghadiri program Maulidur Rasul pagi tadi berkata, MBI di bawah pengurusan baru, memutuskan kesemua jumlah wang pampasan skim pemberhentian secara sukarela (VSS) yang diberikan kepada lapan bekas pembantu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mesti dipulangkan. Pendedahan pemberian RM2.6 juta pampasan atau "golden handshake" yang diberikan kepada pembantu Khalid November lepas mengejutkan ramai pihak kerana bekas menteri besar itu sebelum ini dikenali sebagai pemimpin yang telus dalam menguruskan kewangan.
Dokumen bayaran pampasan tersebut menunjukkan jumlah terbesar bayaran tersebut diberi kepada Faekah, iaitu sebanyak RM581,400 sebagai pampasan dan RM114,000 sebagai ganti kepada notis tiga bulan.
Azmin berkata, keputusan itu dibuat MBI di bawah pengurusan baru, setelah hasil siasatan mendapati bayaran pampasan itu jelas melanggar tatacara kewangan dan kontrak yang ditandatangani bersama.
Bagaimanapun, katanya kerajaan negeri memberi tempoh 14 hari untuk wang tersebut dipulangkan dan MBI juga akan mengkaji semula wang pampasan baru terhadap lapan bekas pembantu Khalid itu.
Sementara itu bekas pegawai akhbar Khalid, Nazuri Ismail, antara lapan orang bekas pembantu yang turut menerima pampasan berkata, beliau juga tidak menerima notis tersebut.
Beliau yang diminta mengulas mengenai arahan pemulangan tersebut turut melahirkan reaksi sama dengan Faekah, iaitu mahu melihat notis tersebut terlebih dahulu.
"Setelah dapat surat itu nanti kita akan teliti berdasarkan nilai perundangan," katanya sambil menyifatkan arahan pemulangan itu sebagai "buruk siku".
Cubaan The Malaysian Insider mendapatkan reaksi daripada bekas setiausaha politik Khalid Mustapa Mohd Talib dan bekas setiausaha akhbarnya, Arfa'eza Abdul Aziz tidak berjaya.
Namun, The Malaysian Insider difahamkan keenam bekas pembantu Khalid juga masih tidak menerima notis tersebut.
Arfa'eza dilaporkan menerima bayaran pampasan RM358,000 dan RM55,000 sebagai ganti kepada notis tiga bulan manakala Mustapa didakwa dibayar RM265,000.
Selebihnya didakwa dibayar antara RM97,000 dan RM230,000 masing-masing sebagai pampasan dan di antara RM18,000 dan RM69,000 sebagai ganti kepada notis tiga bulan mereka.
Bayaran tersebut diluluskan Khalid yang juga ahli lembaga MBI, serta empat ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) PAS pada 22 September, salah satu tindakan akhirnya sebagai menteri besar. – 3 Januari, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/saya-masih-belum-terima-notis-pemulangan-pampasan-kata-faekah#sthash.UPdDtv0l.dpuf

Peguam: Surat Zahid kerana kesilapan PDRM

Posted: 03 Jan 2015 07:30 AM PST

 
 
Peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata surat oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kepada menulis surat kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat bagi membetulkan satu kesilapan dalam laporan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Shafee berkata, surat menteri dalam negeri bertarikh 18 Disember lalu bagi menjelaskan bahawa raja judi, Paul Phua bukan anggota kongsi gelap 14K Triad.

FBI sebelum ini menyerahkan satu dokumen kepada mahkamah US yang menyatakan makluman daripada PDRM bahawa Phua menganggotai organisasi jenayah antarabangsa tersebut

"Saya rasa kesilapan ini sangat besar dan ia menjejaskan kebebasan individu.

"Maka menteri merasakan situasi ini perlu dibetulkan," kata Shafee dalam sidang media khas untuk menjelaskan perkara itu.

Shafee mendakwa mengetahui tentang maklumat tersebut daripada sumber dalaman polis sendiri.

Atas permintaan peguam Phua

Peguam ternama yang pernah mewakili kerajaan dan beberapa ahli politik Umno itu bercakap selaku peguam kepada Paul Phua.

Ditanya jika laporan polis Malaysia pada tahun 2008 itu silap, Shafee menjawab, "Silap".

Menurutnya, beliau mendapatkan penjelasan perkara itu daripada sumber dalaman polis namun enggan menyebut sebarang nama.

Tegasnya, penjelasan itu datang daripada seorang pegawai kanan polis.

Mengulas lanjut, Shafee memberitahu yang Zahid menulis surat itu atas permintaan beliau sendiri untuk memenuhi keperluan perundangan.

Jelasnya, firma guaman US Messrs Chesnoff & Schonfeld, yang mewakili Phua memohon bantuannya untuk menjelaskan latar belakang Phua.

Phua sedang menunggu perbicaraan di US atas dakwaan menjalankan operasi perjudian haram di Las Vegas.

Menurut Shafee lagi, firma guaman US itu memohon bantuannya sebelum ini untuk menasihati mereka berkenaan hal ekstradisi - yang juga berkaitan dengan kes Phua.

Menteri faham

"Saya menulis (kepada Zahid) sekitar bulan Ogos untuk memberikan nama penuh subjek (Phua) dan saya juga cakap, bolehkah tolong jelaskan sama ada Phua adalah anggota kongsi gelap 14K," katanya.

"Menariknya, menteri hanya jawab dua bulan kemudian - beliau tidak terus membalas surat itu kerana beliau perlu dapat maklumat dari polis – beliau menjelaskan yang Phua bukan ahli kongsi gelap 14k," katanya.

Menurutnya, Zahid diminta menulis terus kepada FBI dan bukan membalas surat firma guamannya untuk mengelakkan sebarang keraguan.

Jelasnya, keaslian jawapan Zahid akan diragui jika jawapan Zahid diajukan kepada firma guamannya terlebih dahulu sebelum dikemukakan kepada FBI.

Katanya lagi, Zahid terikat dengan tanggungjawab perundangan untuk memberikan maklumat itu apabila diminta, selagi ia tidak menjejaskan keselamatan negara.

"Jika beliau tidak menjawab soalan itu, saya boleh memaksa beliau (menteri) menjawab melalui perintah mahkamah.

"Menteri sangat faham akan haknya daripada segi keselamatan negara," katanya.


Malaysiakini
 

Hujan monsun bermula minggu depan

Posted: 03 Jan 2015 07:00 AM PST

 
 
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata episod hujan monsun dijangka bermula 7 atau 8 Jan ini dan berkemungkinan membawa taburan hujan berterusan selama dua hingga tiga hari di negeri seperti Johor, Sabah dan Sarawak.

Ketua Pengarahnya, Datuk Che Gayah Ismail berkata kejadian luruan monsun itu hanya dapat dipastikan dua atau tiga hari sebelum tarikh berkenaan.

"Biasanya setiap musim tengkujuh, luruan monsun berlaku empat hingga lima kali. Musim tengkujuh kali ini telah bermula pada November 2014 dan dijangka berakhir pada Mac 2015," katanya kepada Bernama hari ini.

Dalam kenyataan berhubung perkara sama, Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Ewon Ebin menasihatkan penduduk yang terdedah kepada risiko banjir musim tengkujuh supaya sentiasa mengikuti perkembangan terkini cuaca.

"Orang ramai turut digesa tidak mudah percaya dengan maklumat cuaca buruk atau kejadian tsunami yang tidak sahih yang banyak tersebar di media sosial, katanya.

Che Gayah berkata pihaknya telah menempatkan seorang pegawai meteorologi di Majlis Keselamatan Negara untuk memberi perkembangan terkini berhubung fenomena cuaca termasuk episod hujan monsun yang mungkin berlaku.

"Kami akan terus mengemas kini sebarang maklumat dari semasa ke semasa melalui laman web rasmi dan akaun laman sosial seperti Facebook dan Twitter rasmi jabatan," katanya.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari di laman sesawang www.met.gov.my dan laman twitter di https://twitter.com/malaysianmet.

Bantuan Banjir : Mangsa banjir report polis berkenaan Tok Penghulu pukul beliau

Posted: 03 Jan 2015 06:15 AM PST



nak kena seligi musibat nie... dalam dok tenggelam sampai terra tu pun ingat dah nak insaf dan sama2 berganding membantu memulihkan keadaan...tapi depa dok bagi kusut ada lah lagi.... 

Istimewa sangatkah orang ini?

Posted: 03 Jan 2015 05:30 AM PST

 Kenapa sosok begini dilibatkan dalam projek yang berkaitan dengan keselamatan negara? Tak cukup lagikah dengan kepakaran Polis dan Tentera kita yang diguna pakai sejak merdeka?


Zahid tidak pertahan ketua kongsi gelap, kata peguam Umno OLEH LEE SHI-IAN Published:

3 January 2015 Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak mempertahankan ketua judi Paul Phua Wei Seng dalam sebuah kes jenayah. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 3 Januari, 2015.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak mempertahankan ketua judi Paul Phua Wei Seng kerana surat yang ditulisnya hanya merupakan tindakbalas kepada peguam Paul, kata Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

Peguam Umno itu berkata, pada Ogos tahun lepas, firma guamannya diupah Chesnoff & Schonfeld bagi membantunya dalam sebuah kes jenayah yang masih belum selesai melibatkan Paul dan anaknya Darren Phua Wai Kit.

Katanya, syarikatnya dan Chesnoff & Schonfeld menulis surat kepada Menteri Dalam Negeri meminta bantuannya berkongsi sebarang maklumat secara langsung dengan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat.

Ini kerana, Zahid berada dalam posisi terbaik menyiasat dengan jabatan polis bagi menentukan sama ada Paul ialah seorang anggota dan ada kaitan dengan kongsi gelap 14K Hong Kong.

"Saya sudah 40 tahun dalam bidang perdagangan undang-undang, saya tak pernah dengar tentang kongsi gelap 14K," Shafee memberitahu sidang akhbar di pejabatnya di Jalan Tunku, Kuala Lumpur hari ini.

"Apa yang Zahid katakan tepat dan benar. Paul juga memberi bantuan kepada beberapa agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri dalam hal berkaitan keselamatan dan kepentingan negara."

Paul, bekas pengendali kasino Macau, menghadapi tuduhan pertaruhan sukan haram di Las Vegas selepas ditangkap semasa Piala Dunia bola sepak FIFA tahun lepas.

Pada malam tahun baru, South China Morning Post (SCMP) melaporkan, Zahid menghantar surat kepada FBI mempertahankan Paul. SCMP juga menyiarkan kandungan surat itu, di mana Zahid mengatakan Paul bukan ahli kongsi gelap 14K di Malaysia.

Surat itu, yang ditujukan kepada Timbalan Pengarah FBI Mark F Giuliano, mendakwa Paul membantu Putrajaya dalam projek yang ada kaitan dengan keselamatan negara.

Shafee berkata apabila SCMP melaporkan berita mengenai surat Zahid "mempertahankan" Paul pada Rabu, beliau bimbang berita itu berat sebelah. "Berita itu, termasuk yang disiarkan media tempatan, berat sebelah seolah-olah Zahid melakukan sesuatu menyebelahi seorang suspek.

Tetapi, beliau tidak mempertahankan karakter lelaki itu," kata Shafee. Beliau berkata Zahid amat mengetahui hak dan undang-undang berkaitan mendedahkan maklumat dan keselamatan negara.

"Zahid sedar apa maklumat dia boleh beri dan apa yang tidak boleh," kata Shafee, sambil menambah ia bukan kali pertama dia meminta maklumat daripada Menteri Dalam Negeri.

"Undang-undang memberi saya hak mengetahui butiran itu, cuma saya tidak boleh mendedahkan maklumat itu." Beliau menegaskan yang Zahid tidak mengatakan dalam suratnya sama ada Paul bersalah atau tidak melakukan kesalahan judi itu yang mengakibatkan dia ditangkap di Las Vegas.

"Zahid merasakan perlu untuk membetulkan tanggapan yang Paul ialah ahli kongsi gelap 14K di Malaysia kerana dakwaan yang dibuat terhadapnya itu kabur," katanya.

Shafee berkata, tiada pengecualian dalam hal Zahid memberi maklumat itu kepada FBI, menjelaskan yang beliau meminta Menteri Dalam Negeri itu mengarahkan suratnya terus kepada FBI.

Tambahan pula, katanya, satu dokumen dalaman FBI berdasarkan maklumat daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) ialah tidak tepat.

"PDRM mengenal pasti kongsi gelap 14K sebagai sindiket jenayah terancang tempatan yang terlibat dalam dadah yang tidak dibenarkan, judi haram dan aktiviti pengubahan wang haram di Malaysia," kata dokumen dalaman FBI itu bertarikh 17 Julai, 2008.

"PDRM juga mengenal pasti rakyat Malaysia bernama Phua Wei Seng sebagai ahli 14K."

Shafee berkata, beliau secara peribadi menghubungi pegawai-pegawai tinggi dalam pasukan polis dan menerima maklumat terus dari sumbernya.

"Laporan tahun 2008 itu salah, mana ada kumpulan kongsi gelap 14K di Malaysia, zaman Ghee Hin dan Hai San pun tidak ada," katanya. Ghee Hin dan Hai San ialah dua kumpulan kongsi gelap paling awal ditubuhkan di Malaya dan Singapura pada abad ke-18.

"FBI silap dalam fakta mereka, tidak ada kongsi gelap 14K di Malaysia," kata Shafee, sambil menambah yang Paul masih belum dibicarakan, oleh itu dia tidak sepatutnya dianggap bersalah hingga terbukti bersalah.

Dia juga berkata, kesalahan yang didakwa dilakukan Paul hanya satu kesalahan pendapatan di mana dia dituduh menjalankan aktiviti perjudian tanpa lesen.

"Dia tidak membunuh sesiapa. Kesalahannya tidak sebesar mana," kata Shafee, sambil menambah pesalah biasanya menerima hukuman yang ringan beserta denda.

"Berhubung isu keselamatan negara, sudah tentu saya tidak boleh bercakap lebih lanjut mengenainya, dan saya juga tidak tahu bagaimana Paul membantu kerajaan Malaysia.

"Saya tak yakin Zahid juga boleh mendedahkan perkara ini kerana ia melibatkan keselamatan negara.

"Tetapi, apa yang saya ada kuasa untuk bercakap ialah, dalam usaha berterusan kerajaan mengikuti perkembangan terbaharu hal keselamatan negara, memang perlu penyertaan dari orang awam. Shafee juga berkata Chesnoff & Schonfeld ialah firma guaman yang terkenal di Amerika Syarikat yang selalunya mewakili selebriti, oleh itu, Paul memiliki pasukan peguam yang kuat. – 3 Januari, 2015.


Posted by mountdweller

Najib Sudah Habis - Ariff Sabri Raub MP says Najib is finished FMT Reporters |

Posted: 03 Jan 2015 04:45 AM PST


Ariff Sabri says the devastation caused by the floods in Kuala Krai show the full extent of the "incompetence" of our PM and his government. ariff sabri najib 300

PETALING JAYA: DAP's Ariff Sabri has said in no uncertain terms that Prime Minister Najib Razak had no political future left to speak of, the devastating floods the country has suffered having more or less shown the people the full extent of his incompetence and that of his administration. In his latest blog entry, the MP for Raub said, "To me, Najib has no more future.

The fate of UMNO and his own is already sealed by the next GE."

He argued that Najib's handling of the floods especially in Kelantan, the worst hit state, left much to be desired, adding, "Kuala Krai is indeed a watershed which showed the government's incompetence in handling a national disaster.



Accusing Najib of taking things too lightly, Ariff said in a cynical tone, "Najib and his gang appear to think, they can respond to the flood with a jamboree mentality complete with his minions pointing to the water and saying or mocking us – look Tonto – this is water."

He also put forth a "nagging" question: "With such extent and level of devastation that took place in many areas of Kelantan, why wasn't a state of emergency declared?"

Like DAP parliamentary leader Lim Kit Siang who has repeatedly called for a declaration of a state of emergency, Ariff too expressed his incredulity that despite over 150,000 people losing property and livestock in the floods, the PM had adamantly refused to declare a state of emergency. Ariff further argued,

"The last time severe floods overwhelmed Pahang, I asked the same question through the Pahang MB.

"The answer I was given was that Najib would also have to declare a state of emergency in other states. That meant more resources would have to be spent." Rubbishing this statement, Ariff drew comparisons with President Obama who went ahead to declare a state of emergency during the recent Mississippi floods without having to do the same in all other states.

"Maybe Obama did not have the opportunity to impart some knowledge to Najb during their golfing meet. The game does not enhance intelligence after all." Saying Najib was losing out on the opportunity to showcase the country's machinery in handling a national catastrophe, Ariff said,

"Such a declaration would allow the usage of nationally owned facilities and assets and other resources to be used." Writing about the horror he felt at reading the many SOS messages sent by desperate doctors at Kuala Krai hospital who were unable to operate on patients because power was cut, he lamented,

"Help did not come in time. We will never know of the fatal devastation at Kuala Krai hospital." He also praised ordinary Malaysians who came out in droves to help distribute food supplies and basic necessities to flood victims saying,

"Thank you to these unsung heroes. There is a future yet for Malaysia."

This statement was in sharp contrast to the one Ariff made in regard to Najib when he wrote, " I am not going to offer ameliorating rationale about Najib's and UMNO's conduct over the worst flood the country has faced.

"I only want to contribute towards affirming our coming rejection of Najib and his government. "Our destiny does not depend on whether UMNO survives the next election or not."


Posted by mountdweller.

"Bukan Setakat Pakcik Dan Makcik Felda Yang Rugi. Rupanya Pahang Pun Rugi RM400 Juta Dalam FGVH "

Posted: 03 Jan 2015 04:00 AM PST


Dulu lagi orang dah kata jangan senaraikan dalam bursa Malaysia. Rupa-rupanya bukan setakat pakcik dan makcik Felda yang kerugian bahkan Persatuan Peneroka Kebangsaan Cawangan Pahang kerugian hampir 400 juta susulan pembelian saham itu.

Mana tidaknya, lebih daripada separuh kejatuhan saham direkodkan semenjak penyenaraian FGVH di bursa Malaysia. Daripada RM5.40++ jatuh kepada RM2.18 hari ini.

Korang agak-agak makcik dan pakcik felda tahu ke tentang berita ini dan juga resiko akibat kejatuhan teruk saham FGVH. Nak harap masuk media kawalan UMNO TV3 dan Utusan siarkan minta maaf banyak-banyaklah. Kerja dok mengampu kerajaan hari-hari.
 
 
Tikaq Buloh

Najib Di Thailand, Kenapa Pergi Senyap-Senyap?

Posted: 03 Jan 2015 03:15 AM PST

 

Melalui laman sosial Facebook dan Twitter milknya, Najib Razak menulis pagi tadi bahawa beliau kini berada di Thailand setelah mengadakan perbincangan dengan rakan sejawatnya, Perdana Menteri negara itu, Jenderal Prayuth Chan-ocha semalam.

Perbincangan itu dikatakan berkaitan banjir serta menyampaikan ucapan terima kasih kepada rakan sejawatannya itu atas sumbangan yang dihulurkan bagi membantu mangsa banjir di Malaysia.

Katanya lagi, mereka juga bertukar pandangan tentang langkah pemulihan dan pengalaman Thailand dalam menghadapi bencana banjir.

Kali terakhir Najib dilihat berada di dalam negara ialah pada malam tahun baru di mana beliau berada di sebuah masjid di Pengkalan Kubur, Kelantan. Selepas itu, berita mengenainya senyap begitu saja kerana tiada berita dan gambarnya yang tersiar di akhbar atau media.

Beradanya Najib di Thailand dan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Thailand hanya diketahui kerana hebahan yang dilakukan sendiri oleh Perdana Menteri melalui laman sosial miliknya. Kenapa Najib pergi ke Thailand secara senyap-senyap?

Adakah ia lawatan rasmi, lawatan peribadi dan menyambung percutian yang tergendala sebelum ini?

Kalau lawatan rasmi, siapa anggota rombongannya dan kenapa tiada wartawan ikut serta dan tiada juga laporan berita mengenai pemergiannya itu sedangkan yang ditemuinya adalah Perdana Menteri Thailand?

Jika bercuti pula, kenapa dilakukan secara sembunyi dan tidak diketahui oleh sesiapa. Jika dimaklumkan, tentu ramai yang ingin menghantar dan mencium tangannya.

Sebelum ini, pemergian Najib bercuti ke Hawaii juga dilakukan secara rahsia dan ia hanya diketahui ramai apabila gambarnya bermain golf bersama Presiden Amerika, Barack Obama didedahkan oleh media antarabangsa.

Pemergian Najib ke Thailand dan mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatannya tiadalah apa-apa yang istimewanya jika tidak diketahui pesawat khas yang membawanya ke Hawaii sebelum ini, turut sedang singgah di Bangkok ketika ini.

Melalui laporan laman penjejak pesawat, FlightRadar 24, pesawat khas kerajaan dengan nombor pendaftaran 9M-NAA itu yang ditinggalkan ketika Najib kembali sendirian untuk meninjau keadaan banjir dalam negara, dilaporkan terbang daripada Hawaii - Indianapolis - Los Angelas - New York - London - Dubai dan destinasi terakhirnya dikesan semalam ialah di Bangkok, Thailand.

Sejak itu, timbul percakapan bahawa jet itu sedang digunakan oleh isterinya, Rosmah Mansor yang tidak kembali bersama-sama dengan Najib untuk meninjau suasana banjir sebelum ini.

Apabila FlightRadar24 mengesan jet itu singgah di Bangkok, ramai yang tertanya-tanya siapakah yang sedang menggunakannya dan apa yang dilakukannya di ibu negara Thailand itu?

Tetapi apabila pagi tadi Perdana Menteri memaklum beliau berada di Thailand selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Thailand, teka-teki orangramai mengenai kehilangan Najib sejak dua hari lalu, misteri jet singgah di Bangkok dan segala hal berkaitan dengannya bagaikan sudah mula terjawab.

Cuma timbul persoalan, apakah perancangan Najib pergi ke Thailand sudah lama dilakukan atau semata-mata untuk "menjemput" pesawat khasnya di Bangkok dan kemudian kembali ke dalam negara menaiki jet mewah itu bersama-sama isteri dan ahli keluarganya yang lain?

Mungkinkah pertemuan dengan Perdana Menteri Thailand juga baru saja dirancang, seiring dengan kebetulan beliau mahu pergi ke negara itu?

Dengan Najib sendiri mengesahkan beliau berada di Thailand dan jet 9M-NAA juga "kebetulan" berada di negara itu, janganlah terperanjat jika kembalinya ke dalam negara dalam waktu yang singkat ini, orang pertama yang melangkah keluar daripada jet itu nanti ialah Najib sendiri.

Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

8 Bekas Pembantu Khalid Ibrahim Diarah Kembalikan RM2.6 Juta Dalam Tempoh 14 Hari

Posted: 03 Jan 2015 02:28 AM PST

 


SHAH ALAM, 3 JAN: Lapan pembantu mantan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid, diarah menyerahkan kembali wang pembayaran gratuiti RM2.6 juta yang diterima mereka kepada Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI).

Pembayaran perlu dilakukan dalam tempoh 14 hari selepas penerimaan surat diutus pengurusan baharu MBI kepada lapan individu itu.

Dato' Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata MBI mendapati wujud beberapa perkara yang melanggar tatacara dan peraturan kewangan berhubung pembayaran berkenaan serta syarat kontrak yang dipersetujui.

"Setelah mendapat nasihat pihak peguam maka pengurusan baharu memutuskan menghantar surat kepada mereka bagi memberi peringatan supaya mengembalikan semula wang yang dibayar itu," katanya kepada media, selepas menghadiri majlis sambutan Maulidur Rasul 1436 hijrah peringkat Selangor di Stadium Malawati.

Katanya, tindakan akan diambil sekiranya pihak terbabit tidak mengembalikannya tetapi Kerajaan Negeri memberi peluang kepada mereka meneliti dahulu surat berkaitan dan berbuat seperti diarahkan.

"Sudah tentulah mereka kena kembalikan semula wang berkenaan kepada MBI dan MBI akan meneliti jumlah kelayakan yang akan dibayar kepada mereka," katanya.

Sebelum ini, lapan pegawai Abdul Khalid yang dilantik MBI dilaporkan menerima bayaran pampasan bernilai RM2.6 juta.

Pembayaran itu didakwa dibuat pada penghujung tempoh perkhidmatan Abdul Khalid sebelum Azmin mengambil alih jawatan Menteri Besar.

Hasil semakan laporan audit ke atas bayaran pampasan itu dibentangkan di Dewan Negeri Selangor (DNS) pada 3 Disember lalu mendapati wujud kesalahan dari segi tatacara dan prosedur pembayaran.

Ia membabitkan lebihan pembayaran kepada bekas Ketua Pegawai Eksekutif MBI, Faekah Husin dan bekas Setiausaha Politik, Mustapha Mohd Talib.



Harga minyak turun belum tentu harga barang akan turun

Posted: 03 Jan 2015 12:00 AM PST

Peniaga jarang mahu menurunkan harga barangan apabila harga bahan api diturunkan kerana terlalu mementingkan keuntungan, kata Mohd Yusof. - Foto: hiasan
KUALA LUMPUR, 2 Januari:

Penurunan harga minyak RON95, RON97 dan diesel tidak bermakna harga barangan keperluan, makanan dan kos sara hidup juga akan turut.

Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd. Yusof Abdul Rahman berkata ia disebabkan kebanyakan peniaga di negara ini lebih mengutamakan keuntungan perniagaan mereka berbanding kepentingan pengguna.

Menurutnya, sejarah menunjukan penurunan harga minyak tidak akan mempengaruhi para peniaga untuk turut sama menurunkan harga barang jualan.

"Sekiranya melihat kepada sejarah sebelum ini, apabila harga minyak turun, harga barang tidak akan turun kerana kebanyakan peniaga lebih berorientasikan keuntungan.

"Apabila harga petrol dan diesel naik sedikit, dengan pantas mereka menaikkan harga barangan," katanya di sini.

Beliau berkata demikian mengulas keputusan kerajaan mengumumkan harga runcit baharu bagi petrol RON95 dan RON97 iaitu RM1.91 seliter dan RM2.11 seliter, berkuat kuasa hari ini yang merupakan pengurangan sebanyak 35 sen seliter.

Dalam pada itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Nadzim Johan berkata segelintir peniaga di negara ini seolah-olah dijangkiti virus yang menyebabkan mereka sukar untuk menurunkan harga barangan.

Jelasnya, golongan ini sebenarnya boleh dianggap sebagai penjahat kerana sudah tidak memiliki sifat yang wajar untuk menurunkan harga barang apabila harga minyak telah diturunkan oleh kerajaan.

"Oleh itu, tabiat buruk yang diamalkan oleh peniaga-peniaga tersebut telah merosakkan masyarakat dan juga negara kerana hanya memikirkan soal untung tanpa menghiraukan keluhan rakyat di luar sana.

"Apabila kerajaan akan melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan pada 1 April nanti, belum pun ia dilaksanakan mereka telah pun menaikkan harga barang dan ini yang saya katakan sebagai penjahat itu tadi," katanya.

Tambah beliau, kerajaan digesa untuk menggunakan Akta Persaingan dan meminta Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) supaya bertindak tegas dalam perkara ini.

Katanya, akta tersebut merupakan jalan paling tepat untuk mengawal mereka yang mempunyai kuasa monopoli dalam pasaran daripada terus menindas pengguna.

"Saya harap tahun 2015 ini membuka lembaran baru kepada pengguna dan meminta segelintir para peniaga di luar sana supaya usahlah menipu para pengguna," ujarnya.

Ingin menambah sesuatu pada laporan ini? Sila maklumkan melalui komen di bawah.


End Justice