Jumaat, 2 Januari 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Sudah Sampai Masanya Rosmah Perlu Diberi Kelayakan Guna Jet, Sama Seperti PM Dan TPM

Posted: 02 Jan 2015 11:00 PM PST

 
Sejak Najib Razak mengambil alih kepimpinan negara pada 2009, sudah banyak kali isu penggunaan jet kerajaan oleh isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor timbul dan menjadi percakapan ramai.
Suatu ketika dahulu, penggunaan jet itu menjadi pertikaian apabila Rosmah didapati menggunakannya semasa menghadiri suatu program di Dubai bersama beberapa isteri menteri kabinet.



Beberapa penggunaan lain jet itu oleh Rosmah sama ada untuk kunjungan ke luar negara mahu pun perjalanan dalam negara, sentiasa saja menjadi bualan, pertikaian dan berita hangat di media-media.

Di Parlimen juga, kos perbelanjaan penggunaan jet oleh Rosmah yang melibatkan ratusan ribu ringgit wang rakyat turut pernah menjadi pertanyaan Ahli-Ahli Parlimen dan mereka mempertikaikan kelayakan isteri Perdana Menteri menggunakan kemudahan eksklusif itu.
 
 
Pendek kata, isu penggunaan jet oleh Rosmah sentiasa saja diperkatakan salah atau benarnya meskipun isteri Perdana Menteri dikatakan mendapat kebenaran khas daripada Kabinet atau pun daripada Najib sendiri selaku Perdana Menteri.

Kali ini, penggunaan jet oleh Rosmah kembali hangat apabila Najib yang sedang bercuti dan selepas bermain golf bersama Barack Obama di Hawaii didapati pulang sendirian untuk meninjau suasana banjir dalam negara dan meninggalkan pesawat khas itu di AS.

Ia segera menimbulkan andaian bahawa jet itu adalah untuk kegunaan Rosmah, apatah lagi ia dikesan melalui FlightRadar24 turut berkeliaran di ruang udara Indianapolis, Los Angelas, New York, Dubai dan Bangkok dan dipercayai sedang dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur.

Berbanding era Mahathir dan Pak Lah, penggunaan jet oleh isteri Perdana Menteri tidak pernah menjadi isu. Ketika itu hanya Perdana Menteri yang menggunakan kemudahan itu sepenuhnya dan isteri mereka tidak pernah menggunakannya secara sendirian.

Tetapi kini isu jet begitu kerap menjadi mainan media berikutan Rosmah terlihat ghairah mahu menggunakan kemudahan itu. Mungkin sudah sampai masanya atas sebab-sebab tertentu seperti keperluan tugas, keselamatan dan memenuhi keinginan seorang yang penting dalam hidup Perdana Menteri, Najib perlu membuat keputusan rasmi dalam mesyuarat kabinet agar isterinya diberi kelayakan khas sepanjang masa menggunakan jet kerajaan itu.

Dengan itu, bermakna dari segi penggunaan jet, Rosmah dinaikkan taraf untuk layak dan bebas menggunakan kemudahan itu, sama seperti kelayakan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

Jika jet kerajaan yang sedia ada tidak mencukupi, Najib juga boleh menempah sebuah lagi pesawat baru, sesuai dengan penggunaan yang bertambah ini. Lagi pula, kita adalah negara kaya dan hanya lima tahun lagi kita juga akan mencapai status negara maju 2020. Maka, isteri Perdana Menteri juga sudah selayaknya dipertingkatkan statusnya.

Melalui keputusan Kabinet itu, bermakna Rosmah bebas menggunakan jet kerajaan atas urusan rasmi, peribadi atau bercuti tanpa perlu meminta kebenaran khas sebagaimana amalan sekarang atau menggunakannya secara "curi-curi ayam" lagi.

Hanya dengan menaikkan taraf kelayakan isteri Perdana Menteri sebagai pengguna jet kerajaan yang sah dan layak saja dapat mengelakkan ianya daripada terus menjadi isu dan mainan di media-media.

Hanya dengannya juga mampu mengelakkan berulangnya kejadian seperti di Hawaii baru-baru ini di mana Najib terpaksa pulang sendirian menggunakan pesawat komersial untuk meninjau keadaan banjir di dalam negara sementara isteri dan keluarganya pula meneruskan percutian di AS.

Sebagai kerajaan yang sedang berkuasa, sudah sampai masanya Najib berfikir di luar kotak, bukan saja untuk kemudahan isterinya ke sana ke mari dengan jet kerajaan dan sebagai tanda kasih sayang kepada isterinya, malah juga untuk mengelakkannya dan para pemimpin kerajaan yang lain menghabiskan banyak masa bersoal jawab di Parlimen atau dengan media mengenainya.

Pihak pembangkang dan orangramai juga tidak boleh mempertikaikannya lagi kerana kebenaran itu sudah diberikan secara sah oleh kerajaan. Media turut tidak perlu bising-bising setiap kali Rosmah bergentayangan di udara dengan jet yang dibiayai oleh wang rakyat itu.

Yang tidak setuju dan mahu membantahnya juga tidak perlu buang banyak masa lagi bercakap mengenainya, tunggu saja melalui peti undi dan tukar kerajaan yang ada. ( SH 03/01/2015 )

http://shahbudindotcom.blogspot.com/2015/01/sudah-sampai-masanya-rosmah-perlu.html



Salam MAULIDUR RASUL..Kepada MUSLIMIN dan MUSLIMAT.

Posted: 02 Jan 2015 10:30 PM PST

Terima 15 jahitan angkara suami...???

Posted: 02 Jan 2015 10:00 PM PST

PEN TEKAN BLOG | Gara-gara menegur suami yang baharu pulang rumah dalam keadaan mabuk, seorang isteri terpaksa menerima 15 jahitan di kepala selepas dipukul dengan pinggan kaca di pangsapuri Krystal Heights, Gelugor di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, mangsa yang berusia 30 tahun dikatakan sedang tidur dan menyedari suaminya pulang dalam keadaan mabuk selepas menjerit dan membaling barang.

Menurut sumber, mangsa hanya membiarkan perbuatan suaminya itu namun selepas keadaan tenang, dia cuba menegur perbuatan itu.

"Sebaik keadaan reda, mangsa menegur perbuatan suaminya itu namun suspek yang masih gagal mengawal perasaan terus mengambil pinggan kaca lalu mengetuk kepala mangsa hingga berdarah.

"Mangsa yang bekerja sebagai kerani akaun kemudian terus mendapatkan rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP)," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

Menurutnya, pemeriksaan polis di tempat kejadian menemui sebahagian pinggan kaca yang pecah.
Mior Farid berkata, polis sedang mengesan suami mangsa yang berusia 33 tahun itu.

"Kita akan menjalankan tangkapan ke atas suspek secepat mungkin mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

"Mangsa dilaporkan berada dalam keadaan stabil," katanya.

SUMBER ASAL >> http://pentekan.blogspot.com/…/terima-15-jahitan-angkara-su….

CUBA SEMAK SENARAI KALAU ADA NAMA KALIAN YANG DIKEHENDAKI SKMM !

Posted: 02 Jan 2015 09:15 PM PST

 
Sebar Berita Banjir Palsu - 14 Orang Lagi Sedang Diburu....???

CYBERJAYA: Setelah lapan individu tampil untuk memberi keterangan bermula awal minggu ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) meminta kerjasama 14 individu berikut untuk hadir membantu siasatan mengenai penyebaran berita palsu berikutan bencana banjir yang melanda Pantai Timur baru-baru ini.

"Setakat ini, lapan individu yang diminta tampil telah pun memberikan kerjasama yang baik. Kesemua mereka telah hadir sendiri ke pejabat kami untuk membantu siasatan," kata Ketua Bahagian Pemantauan dan Penguatkuasaan MCMC, Zulkarnain Mohd Yasin.

Beliau berkata MCMC bekerja sama rapat dengan pihak Polis dalam siasatan kes-kes berkaitan berita palsu ini seperti yang telah dijelaskan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar pada Jumaat.

Berikut merupakan kes berita palsu yang disebarkan bersama-sama dengan individu yang dikenal pasti untuk tampil membantu siasatan:

1. Sepuluh orang sekeluarga terperangkap dalam rumah mati lemas di Guchil, Kelantan yang dipetik sumber kononnya daripada sebuah stesen berita. 
 
Ketiga-tiga individu telah tampil memberi keterangan.

2. Keruntuhan pusat pemindahan Sekolah Manek Urai. Empat individu telah tampil dan dua individu berikut diminta tampil, iaitu:

i. Raja Mohd Haidi bin Raja Daod (No Mykad: 
 
881026-03-5993). Alamat terakhir: Kg Manek Urai, Kuala Krai, 18050 Kuala Krai, Kelantan

ii. Zawawi bin Mat (No MyKad: 760319-03-6083). Alamat terakhir: No 26, Kg Tengah, 18000 Kuala Krai, Kelantan

3. Kerajaan menyembunyikan fakta ramai orang mati lemas kerana banjir. Seorang individu telah tampil.

4. Pintu empangan di Selatan Thailand dibuka dan menyebabkan banjir di Kelantan. Individu berikut diminta tampil, iaitu:

i. Mohd Bustam bin Omar (No MyKad: 751124-11-5203). Alamat terakhir: 6224 Jalan Kota Raja, Taman Bijaya, Kelang

5. Bantuan daripada NGO untuk mangsa banjir tak sampai. Individu berikut diminta tampil, iaitu:

i. Mohamad Azrani bin Daud (No MyKad: 830228-02-6139). 
 
Alamat terakhir: No 70, Kampung Keda, Sadik, 09200 Kupang, Kedah

6. Mayat kanak-kanak dikeluarkan daripada lumpur yang dikatakan mangsa banjir di Kelantan. 5 individu berikut diminta tampil, iaitu:

i. Mohd Fauzi bin Mohd Azmi (No MyKad: 750629-03-5183). 
 
Alamat terakhir: 2537, Lorong Bangau 2, Taman Si Buyong, Jalan Mentok Cukai, 24000 Terengganu
ii. Mohamad Zamzami bin Yaakob (No MyKad: 670511-03-5145). Alamat terakhir: Kampung Wakaf Lichong, 16800 Pasir Puteh, Kelantan

iii. El Jiffy bin Abd Aziz (No MyKad: 860327-56-5901). Alamat terakhir: 15 Jalan Melur 29, Taman Melur, Ampang, Selangor

iv. Yuliza Indriani binti Zulfin (No MyKad: 860103-01-5708). 
 
Alamat terakhir: 981-A, Paya Bemban, Jalan Abd Kadir Adabi, 15200 Kota Bharu, Kelantan
v. Mohd Bustam bin Omar (No MyKad: 751124-11-5203). Alamat terakhir: 6224 Jalan Kota Raja, Taman Bijaya, Klang

7. Helikopter TUDM terpaksa disewa untuk keluar pesakit dari Hospital Kuala Krai. 3 individu berikut diminta tampil, iaitu:

i. Farah Wahida binti Abdullah Suhaimi (No MyKad: 841027-03-5104). Alamat terakhir: No 3-4-5 Blok 3 Sri Permata Condo, Jalan SASAAS 9/6, Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor

ii. Natrah binti Mohamed (No MyKad: 850207-03-5106). Alamat terkahir: No 13, Jalan 4/10 B, Seksyen 4 Tambahan, Bandar Baru Bangi, 43650 Selangor

iii. Norazimah binti Zakaria (No MyKad: 850918-02-5916). Alamat terakhir: Blok E1, 12 Mahallat Al Zahrawi, UIAM Jalan Istana, Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang

8. Seorang wanita terjun dari sekolah ke dalam air. Individu berikut diminta tampil, iaitu:

i. Siti Asiah binti Shaary (No Mykad: 931004-03-6154). Alamat terakhir: No 5, Jalan SD 2/2 Taman Seri Duyong 2, 75460 Melaka

9. Bantuan disekat oleh pihak berkuasa. Individu berikut diminta tampil, iaitu:

i. Ayub bin Musa (No MyKad: 780410-11-5303). Alamat terakhir: No 24, Lorong Chengal Lempong Baru 12, Taman Balok Jaya, Fasa 3, Perkampungan Chengal, Lempong Bari, 26100 Kuantan, Pahang

10. Bantuan diterima oleh orang BN sahaja. Individu berikut diminta tampil, iaitu:

i. Nor Azwani binti Saimi (No MyKad: 890330-03-6258). Alamat terakhir: No 48, Kg Air Lanas, Lata Rek, Kuala Krai, Kelantan

Mereka di atas diminta untuk menghubungi pegawai penyiasat MCMC, Mohamad Syukri Jamaluddin (019-2869515) atau Rafina Mimi Muhammad (019-2869471) dengan segera.

Bloglist Malaysia.

Nur Shafiqa, Mangsa Rompak & Toreh Muka Selamat Bernikah - By canang

Posted: 02 Jan 2015 08:30 PM PST

 

Mangsa rompakan dan toreh muka yang menggegarkan negara tahun lalu, Nur Shafiqa dan tunangnya telah selamat melangsungkan pernikahan semalam — menurut kemaskini terkini gadis itu di laman sosial Instagram.

"Alhamdulillah, syukur. Buat yang penting dulu. Parut muka boleh tutup dengan mekap dan Camera 360," tulisnya dalam salah satu gambar yang dimutnaik semalam.

Bertunang dengan Mohd Azijja Zafran Zahrani, pasangan ini merancang untuk bernikah pada Mac 2015 pada awalnya namun perkembangan terbaru ini nampaknya mereka telah mempercepatkan perkara yang wajib terlebih dahulu. Bagus dan boleh dicontohi pasangan ini.

Pada insiden hitam yang berlaku pada 30 November 2014 itu, Nur Shafiqa telah diserang ketika rumahnya dipecah masuk oleh dua lelaki dan ketika itu beliau bersama ibunya sahaja di rumah. 
 
 
Selain kecederaan, kedua dua mereka kehilangan harta benda bernilai hampir RM10,000. (H/T OH! MEDIA)
 

MENGULAS TEORI KONSPIRASI MH370 - By canang

Posted: 02 Jan 2015 08:00 PM PST


Sebelum meneruskan, saya mengambil peluang untuk mengucapkan takziah kepada keluarga penumpang QZ8501 dan MH17, serta diharap para anggota keluarga penumpang MH370 dapat terus tabah dengan dugaan yang dihadapi. 

Kami bersama anda merasai kesedihan, dan cuba sedaya upaya untuk tidak menyentuh apa-apapun berkenaan 370 selagi pencarian masih diteruskan.

Saya perasan dua tiga hari ni page so called kapten tengku sharifah sofea kembali menjadi viral dan siap ada blog lagi, dan kini mula disebarkan dan dishare oleh masyarakat umum.

Kononnya atas nama menyebarkan kebenaran, dia bercerita tentang maklumat yang kononnya dia terima dari perisikan Russia, tv Russia dan mempengaruhi tangible and gullible Malaysian dgn perkataan Dajjal, Yahudi dan konspirasi.

Ok first thing first : PERISIK TIDAK MENGAKU DIRINYA PERISIK, dalam keadaan apa sekali pun hatta nyawa dihujung mata pedang tiada satu maklumat yang akan diserahkannya kepada musuh. 
 
Itu rule of thumb perisikan. Jadi kalau ada orang mengaku dia perisik, dia ada contact dengan agensi perisikan itu ini, nampak sangat lah membohongnya. 
 
Kakak sharifah ni statusnya sangat vague. Mulanya mengaku pramugari MAS, tiba2 ada title kapten (pramugari dan kapten adalah dua rank berbeza dan bukan mudah pramugari untuk jadi Kapten pesawat melainkan dengan membohong) then tiba-tiba ada title TENGKU?

identitinya yang kelabu asap sudah memberikan saya indikasi yang dia ini tidak lain tidak bukan menangguk di air keruh bila mana keluarga mangsa dan pasukan penyiasat dan pasukan pencarian bertungkus lumus cuba mendapatkan maklumat akan misteri kehilangan 370. 
 
Kebanyakan umum menganggap wujudnya muslihat melindungi sebaran maklumat..padahal dalam apa insiden berkaitan penerbangan mahupun maritim, memang masa yang diambil untuk menyiapkan laporan, menyiasat dan mengumpulkan maklumat serta bukti agak lama. 
 
Simple fact saya bagi, berapa lama masa yang diambil anda untuk tunggu laporan siasatan polis siap bila anda terlibat dalam kemalangan jalan raya?

2 minggu paling cepat kan. Lepas tu laporan siasatan akan dikeluarkan untuk tentukan siapa salah bagi tujuan insurance claim. 
 
Prinsip nya sama dengan mana-mana insiden kemalangan jiwa malah ia lebih komplikated bila berhadapan dengan insiden maritim atau insiden penerbangan dimana siasatan akan melibatkan agensi-agensi antarabangsa seperti ICAO (utk aviation) dan IMO serta agensi2 keselamatan pengangkutan dimana objektif utama mereka adalah untuk insiden tersebut tidak berulang dengan mengambil kira penambahbaikan pada let say pesawat dari segi perundangan dan peralatan.

Ok saya akan terus kepada maklumat radar yang kononnya kakak sofea ni kata diterima dari Thailand, Kazakhstand dan Turkmenistan.

DATA SULIT THAILAND ADALAH PAPARAN RADAR MARITIM

Foto dibawah ini dikatakan adalah paparan imejan radar pengawasan udara angkatan tentera Thailand. Untuk orang-orang biasa pastinya akan percaya seratus peratus yang ini soheh. Tapi tidak pada kalangan professional yang terlibat dalam industri penerbangan mahupun perkapalan.


Kebanyakan mariners akan perasan yang ini bukan display radar pertahanan udara tetapi radar maritim yang digunakan kebanyakan kapal-kapal kargo diseluruh dunia.


Saya paparkan pada anda foto asal yang di crop oleh pihak tersebut yang kemudian mengatakan ia paparan radar pengawasan udara THAILAND...
 
Jelas disini paparan radar pada foto asal menunjukkan yang ia adalah marine navigation radar yang kebiasaan wujud dan digunakan diatas kapal...bukan air search radar atau air surveillance radar seperti yang dicanangkan makcik tu.  
 
Paparan yang ditunjukkan pada foto sebenar ini adalah paparan radar bagi kawasan pesisiran pantai.
Maklumat media memang mengatakan yang Thailand ada membuat kenyataan yang mereka mengesan pesawat tersebut tetapi tiada maklumat paparan radar (konon rahsia) yang diberikan kepada mana-mana pihak, malah foto yg dikatakan maklumat dan data rahsia itu sebenarnya tiada kena mengena pun memberikan indikasi yang dia membohong.

PAPARAN RADAR TURKMENISTAN
 


Ramai yang tidak pernah tengok aircraft navigation display, dan telah tertipu dengan radar Turkmenistan ini. Foto yang dikatakan paparan radar dan bukti pesawat MH370 berselindung disebalik pesawat Singapura tidak lain hanyalah aircraft navigation display yang kedapatan pada pesawat. Ia bukan radar. 
 
Ia adalah paparan navigasi dan ia adalah dua perkara yang berbeza. Malah lebih kelakar, apabila foto ini dikatakan datang dari radar pengawasan udara Turkmenistan.

Ok compare foto diatas dengan foto-foto ini:




Foto yang saya lampirkan adalah sebahagian dari paparan navigasi pesawat komersial, dimana foto pertama adalah paparan yang terdapat pada pesawat A380. 
 
Jelas ia bukanlah paparan radar pertahanan udara Turkmenistan kerana paparan radar pertahanan udara atau radar pengawasan udara adalah sengat berbeza dengan paparan informasi navigasi pesawat dan juga paparan radar maritim, Dan jelas sharifah yg dicanang sebagai hero anti yahudi, anti dajjal dan anti amerika itu sendiri merupakan penyebar fitnah yang saling tak tumpah dengan dajjal itu sendiri yang mengelirukan orang ramai.
Pasti ada yang akan bertanyakan rupa paparan radar pertahanan udara maka saya selitkan sekali foto-foto dari internet bagi memberikan anda idea perbezaan yang saya maksudkan.
 
 
 Foto pertama menunjukkan radar pertahanan udara AN/FPS-117 yang digunakan Amerika Syarikat
 
 
Foto kedua menunjukkan sistem radar pertahanan udara yang digunakan Jerman
 
Dan foto ini menunjukkan paparan dan konsol radar pertahanan udara buatan Russia

Jelas sekali lagi foto2 yang dikepilkan kami sangat berbeza dengan bukti kononnya maklumat radar yang diperkatakan Sharifah Sofea, menyanggah teorinya dan membuktikan maklumat yang diterima hanyalah rekaan dan palsu serta tidak kredible.

FOTO SATELIT XRAY
Jika anda rajin melayari internet dan cuba mencari maklumat berkenaan satelit xray, anda akan dapati yang satelit tersebut merupakan teleskop sinaran xray yang digunakan untuk mencerap sinaran-sinaran xray yang wujud diangkasa lepas. Satelit tersebut tidak wujud dalam inventori russia malah ia digunakan oleh kalangan ilmuan astronomi antarabangsa untuk mencerap angkasa lepas.

Kalangan plane spotter dengan mudah dapat mengenalpasti pesawat yang dikatakan MH370 dalam foto diatas sebagai pesawat AWACS E-3 Sentry, yang berada di atas tarmac dan bukan dibawah tanah dan foto tersebut bukanlah paparan sinaran xray tetapi paparan alat pandang malam atau nightvision.

Kita ulas dahulu pesawat yang kelihatan dari udara ini. Jika diperhatikan terdapat radome diatas fiuslaj pesawat tersebut, ia bukanlah pesawat awam tetapi pesawat tentera. 
 
Pesawat dengan radome amaran awal udara dipanggil AWACS dan jelas foto ini menunjukkan sebuah pesawat AWACS E-3 Sentry kegunaan USAF.Dibahagian kanan atas dan bawah 2 buah helikopter UH-60 Blackhawk yang digunakan secara meluas oleh angkatan tentera Amerika.
Tidak yakin.

Cuba bandingkan foto dibawah dengan foto kononnya pesawat MH370



Sekarang bandingkan ia dengan pesawat 777 yang hampir sama dengan MH370.


Anda bandingkan sendiri antara foto yang dikatakan pesawat MH370 yang berada dibawah tanah, pesawat AWACS E-3 Sentry dan pesawat B777. Dari pengamatan awal anda, anda akan dapati yang pesawat didalam foto berwana hijau itu tidak sama langsung dengan rupa bentuk B777 tetapi lebih tepat ia adalah E-3 Sentry.
Mengulas satelit xray, seperti yang saya katakan tadi tiada satelit xray yang berupaya mencerap keadaan dibawah tanah. Ia tidak wujud dan satelit teleskop xray hanya digunakan untuk cerapan objek angkasa lepas yang mengeluarkan sinar xray seperti PULSAR dan QUARSAR.

Jadi disini, wujud percanggahan fakta sebenar dan campur aduk fakta palsu yang mengelirukan orang ramai.

Foto yang dikatakan di ambil dari satelit xray itu sebenarnya adalah foto nightvision camera dari pesawat tanpa pemandu yang memantau keadaan persekitaran pangkalan udara USAF, menjelaskan kenapa fotonya berwarna hijau. Perkara mudah seperti imejan xray yang berwarna (seperti yang kedapatan di bilik xray hospital atau alat pengesanan kargo) dan paparan alat night vision yang berwarna hijau jelas membuktikan percanggahan dan pembohongan yang mengeksploitasi masyarakat umum yang kurang pengetahuan am.

Masih tidak dapat tangkap apa yang saya maksudkan.

Foto-foto ini akan menjalaskan dimana foto pertama merupakan imejan xray dari alat pengesan kontraban yang kedapatan meluas di lapangan terbang dan pos pemeriksaan sempadan. Jelas imejan xray ini tidak berwarna.
Foto ini merupakan imejan xray yang mengesan kontraban dimana ia tembus melepasi sturktur kenderaan dan memperlihatkan objek2 yang cuba disorokkan. Warna imejan ini kelabu, dan jika benar satelit xray digunakan (nama satelit tu pun dia tak bagi tau) maka imej yang terpapar perlulah kelihatan seperti diatas.

Tetapi foto yang mereka berikan berwarna hijau, signifikan dengan alat pandang malam dan menjelaskan dengan trampil yang foto yang dicanangkan itu bukanlah foto pesawat yang berada dibawah tanah kerana imejan alat pandang malam tidak menembusi objek, tetapi menerangi kawasan yang gelap. 
Hasil dari pemerhatian rupabentuk pesawat yang bukan B-777 milik MAS juga jelas membuktikan yang kenyatan mengenai pesawat tersebut adalah palsu semata-mata dimana pesawat E-3 Sentry sudah pasti bukan pesawat awam tetapi pesawat tentera dan foto tersebut bukanlah foto pangkalan udara di Ukraine tetapi di Amerika Syarikat sendiri.


ELT BUKAN SUAR API
Agak mengejutkan apabila statement ELT adalah suar (api isyarat) ini keluar dari mulut so called kapten. Takkan kapten airlines tak tahu ELT tu apa?

Part ini memberikan indikasi jelas yang sharifah bukan airlines pilot malah bukan pramugari pun kerana tidak mengetahui apakah ELT yang merupakan alatan kecemasan paling penting sesebuah pesawat dan setiap krew perlu mengetahui cara pengendaliannya.

Untuk makluman pembaca, ELT bukan lah suar, bukan lah api isyarat kecemasan seperti yang diperkatakannya...kerana ia adlah alatan elektronik yang bermaksud EMERGENCY LOCATOR TRANSMITTER yang menghantar isyarat pada frekuensi 406 Mhz kepada gugusan satelit COSPAS SARSAT bagi menarik perhatian pasukan Rescue Coordination Center (RCC) yang mana pesawat mengalami keadaan kecemasan dan memerlukan bantuan. Isyarat terdiri dari radio callsign pesawat, kedudukan latitud dan longitud isyarat dipancarkan, masa dan jenis kecemasan yang dihadapi.

Jadi agak pelik jika penjelasan semudah ini tidak boleh diberikan, malah siap salah fakta lagi. And ramai pulak yang percaya si sharifah adalah kapten pesawat penumpang sedangkan penjelasan ELT pun kelaut.

Sah anda semua ramai yang sudah kena kencing kaw kaw.....

KESIMPULAN
kebanyakan fakta yang dikemukan page berkenaan adalah recycle dan reused facts dengan banyak percanggahan dan pengunaan bukti palsu dan cropped image bagi mensahihkan kenyataan mereka.

Agak terkilan ada statement yang dinyatakan, memberitahu penumpang dibuang-buang ketika pesawat ke Ukraine, jelas cuba mewujudkan sentimen dikalangan keluarga mangsa MH370 yang sehingga kini masih hilang dan usaha mencari terus dijalankan. 
 
Ramai dikalangan orang awam tidak faham proses penyiasatan insiden penerbangan mahupun insiden maritim yang mana pengumpulan bukti sahih dan bukan bukti tangkap muat memerlukan masa yang lama. 
 
Ini dapat dilihat dalam pelbagai kes kemalangan industri penerbangan dimana semua faktor perlu diambil kira, semua bukti perlu diteliti pihak penyiasatan yang dah tentu professional dan mempunyai pengalaman.
Orang kita (dan masyarakat luar surprisingly) terlalu taksub pada teori konspirasi. Kononnya ada tangan ghaib, kononnya permainan kuasa besar, kononnya agenda yahudi. 
 
Selit sikit dajjal, selit siki yahudi terus semua percaya tanpa ada inisiatif pun untuk menyiasat apakah benar kenyataan yang dibuat para konspirator-konspirator ini. Kita tidak terfikir yang mungkin maklumat yang disebarkan ini juga merupakan sebahagian fitnah dajjal.

Fakta yang dikemukan diatas telah secara tidak langsung menyanggah alledge evidence mereka yang kebanyakannya tak ada rupa bukti pun. Dengan mudah ia dipatahkan, malah setakat guna google map dan kemudian melabel ia bukti dari russia, bukti dari sana sini sebenarnya tidak membawa apa-apa signifikan pun melainkan page berkenaan secara tidak langsung berjaya menarik ribuan pembaca yang percaya tanpa usul periksa.


Sebab itu ilmu pengetahuan am penting, agar kita tidak mudah tertipu dengan scammers dan konspirator yang ada agenda tersendiri.

Anda mungkin akan kata tulisan saya ini didorong agenda Yahudi. Well terpulang kepada akal fikiran anda kerana saya berpegang kepada kebenaran yang tulen dan bukan kebenaran yang direka-reka dari penipuan.

Salam 2015

-ikansadinmknorang-
 
 Cananglahnie

Ada Kah Wanita Melayu Bersemangat Kental Begini?

Posted: 02 Jan 2015 07:30 PM PST

 


 
Female Members of the Palestinian Presidential Guard Take Part in a Training Session in the West Bank City of Jericho....

Rosmah Tak Penting, Kehilangan Pesawat Rasmi Negara Itu Yang Penting.

Posted: 02 Jan 2015 07:00 PM PST


Aku perhati je perangai orang2 UMNO neh. Daripada penyokong biasa kepada ahli yang berpangkat kepada bloggers upahan hingga la kepada bekas menteri. Perangai senada je bila bahas isu kehilangan Rosmah Mansur.

Aku rasa dorang missing the real point la kat situ.

Tadi aku baca point bekas menteri penerangan yang juga seorang blogger. Zainuddin Maidin. Disiarkan menerusi Malaysiakini. Malaysiakini melaporkan bahawa kenyataan tersebut dipetik menerusi penulisan di blog bekas menteri kabinet itu.

Then aku laju2 p buka blog tersebut dan baca point demi point yang dinyatakan. Berikut apa yang bekas menteri tersebut ulas tentang tindakan orang ramai mempersoalkan kehilangan Rosmah Mansur.

Baca dulu ;



WAJAH KEPERIHATINAN SEORANG PERDANA MENTERI.

Saya tidak fikir pengamal media sosial ikhlas dalam  pertanyaan mereka bertalu -talu  tentang ketidak hadhiran Datin  Paduka Seri Rosmah Mansor  disamping suaminya Perdana Menteri Datuk Seri Najib yang  bekejar pulang melawat ratusan ribu  mangsa banjir dalam derita sengsara terutama di Kelantan.

Selama ini orang orang media sendiri pun tidak bagitu senang dengan penunjulan keterlauan Rosmah di media utama  akhbar dan telivisyen, maka mengapa ketidak hadhirannya menjadi suatu persoalan utama mereka.Tdakkah ia lebih bermotif untuk menghakiskan  lagi populariti Najib? Adakah mereka sekarang telah  berfikir sebailknya bahawa dengan kehadhiran Rosmah akan membantu memperbaiki imej Najib?

Hal ini saya kira ditimbulkan  oleh  media online yang  dipetik dan disiarkan oleh Malaysian Insider lebih bertujuan untuk menyerlahkan aspek negatif tetapi saya tidak percaya akan dapat menutop keperihatinan, kesungguhan dan kegigihan  Datuk Seri Najib sepanjang masa siang dan malam melawat mangsa -manga banjir sebaik sahaja menjijak kaki di tanah air setelah bekejar pulang meninggalkan Golf di Hawaii dalam keadaan kepenatan penerbangan berbelas jam.

Wajah simpatinya, keseriusan dan kesedihan (lihat gambar) dalam menghadapi derita sengsara  ratusan ribu mangsa banjir tidak akan dapat ditutup oleh ketidak hadhiran isterinya Rosmah. Lupakanlah soal Rosmah dan berilah penghargaan kepada Datuk Seri Najib.


Lebih dari sekali aku membaca penulisan di atas. Aku cuba pastikan yang bahawa Zainuddin Maidin bukan sedang menyindir atau memerli Najib Razak. Andaikatan dia perli memang makan dalam. Tapi kalau dia bukan memerli, aku kata ianya lawak. Mana tak lawak bila dia sebut ;

1. Keprihatinan, kesungguhan dan kegigihan DS Najib melawat mangsa banjir dan blablabla..

2. Lepas tue dok siar gambar Najib yang konon2nya simpati dengan apa yang menimpa ke atas mangsa banjir..

Nak muntah pula aku baca.. sudah2 la tue dok siar wajah Najib yang konon2nya sedih la simpati la prihatin la apa la.. benda2 macam tue tak perlu diwar2kan atau didokumenkasikan dalam bentuk gambar. Kita simpati atau tidak, biar Allah yang nilai. Kita buat relax sudah la. Sebagai penyokong mahupun sebagai Najib sendiri.

Haha.

Oke. Berbalik kepada penulisan di atas. Dan kepada geng2 UMNO yang rasa geram sangat bila kita mempersoalkan kelibat Rosmah Mansur. Yang sebenarnya. Kita tak peduli pun tentang Rosmah Mansur. Sebab Rosmah Mansur tak penting. Yang penting ialah pesawat rasmi negara. Kenapa?

1. Rosmah Mansur ialah isteri PM.

2. Samada dia turun padang atau tak turun padang kita rakyat Malaysia tak peduli sebab yang tadbir negara tue Najib bukannya Rosmah Mansur. Yang kena dan boleh buat keputusan ialah Najib selaku perdana menteri Malaysia. Maka kehadiran Najib itulah penting. Ketidakhadiran Rosmah bukan isu langsung.

3. Tapi yang buat kita tertanya2 apabila kelibat Rosmah Mansur hilang bersama2 hilangnya pesawat rasmi milik negara.

4. Pesawat rasmi tue pula dari kos operasi hingga kepada kos penyelengaraan dibiayai oleh wang pembayar cukai tau.

5. Jika ia digunakan untuk tujuan rasmi yang membabitkan pentadbiran dan pengurusan sesebuah kerajaan atau negara, kita tak la marah.

6. Tapi jika ia digunakan sebagai kenderaan untuk seseorang bercuti dan melancong kita berhak persoalkan sebab kegunaan pesawat rasmi adalah bukan di atas tujuan tersebut meskipun Najib layak mendapat keistimewaan sebagai PM tetapi itu tidak bermaksud dia boleh menyalahgunakan aset negara untuk tujuan peribadi seperti percutian untuk diri sendiri, keluarga mahupun membenarkan isteri menggunakan pesawat tersebut untuk tujuan peribadi.

7. Najib sendiri sebut bahawa kedudukan kewangan negara antara lain bermasalah disebabkan subsidi tidak bersasar dan banyak disalurkan kepada orang kaya.

8. Menggunakan pesawat rasmi negara dan kos operasinya dibiayai oleh wang pembayar cukai bermaksud rakyat memberikan subsidi kepada menteri2 di Malaysia.

9. Faham tak? Menteri2 di Malaysia telah mendapat subsidi dalam bentuk kos operasi sebuah pesawat bagi memudahkan mereka melakukan kerja2 dalam dan luar negara. Keistimewaan itulah dianggap subsidi. Mereka nak, kita bagi. Apa yang boleh memudahkan kerja mereka semua dah diluluskan oleh parlimen.

10. Dan subsidi itulah ditanggung oleh rakyat Malaysia.

11. Oleh kerana rakyat Malaysia yang bayar dari A to Z, dari beli kepada bayar gaji pekerja kepada kos minyak, kos operasi dan kos penyelenggaraan maka sudah semestinya ia menjadi hak rakyat Malaysia untuk peduli dengan perkembangan dan perjalanan pesawat tersebut.

12. Pesawat tersebut tidak pulang bersama Najib walaupun Najib yang bawa dia terbang ke Hawaii. Kehilangan pesawat tersebut bersama hilangnya Rosmah Mansur membuatkan kita tertanya2 adakah pesawat itu digunakan oleh Rosmah Mansur atas tujuan peribadi dan jika ya, siapa yang tanggung? Sudah tentu rakyat akan marah jika akhirnya kepada rakyat la segala bil mengoperasikan pesawat tersebut diserahkan.

13. Jika sekadar rm1 atau rm2. Mungkin rakyat boleh tutup mata dan halalkan sahaja apa yang berlaku. Tetapi kos yang dianggarkan adalah mencecah ratusan ribu ringgit. Mungkin jutaan ringgit.

14. Di kala kepada rakyat, Najib menasihati agar kita berjimat cermat dan kawal perbelanjaan, BRIM cukup setahun dan pelbagai lagi nasihat2 yang syok sendiri dan tak sesuai dengan situasi dilemparkan tetapi dalam waktu yang sama, Najib sendiri tak melakukan penjimatan yang sepatutnya seperti hanya menggunakan subsidi di atas tujuan yang perlu dan penting. Bukan atas tujuan peribadi.

Nampak?

Nampakk?


Rosmah tak penting. Rosmah ada atau tiada di Kelantan memang tak penting. Kehadiran Rosmah langsung tak penting. Yang penting tue kehadiran pesawat tue aje. Rosmah tak hilang, pesawat hilang atas nama diselenggara, kita boleh faham dan akan faham. Jika Rosmah hilang bersama2 pesawat rasmi hilang dikala rakyat yang perlu membayar segala memang kita tak faham-faham dan takan boleh faham.

Fikir2kan.

Sabah Dilanda Banjir, 5 Negeri Semakin Pulih. Posted by Ibnu Hasyim

Posted: 02 Jan 2015 06:30 PM PST


Anggota Bomba dan Penyelamat memindahkan mangsa banjir setelah Kampung Rugading mula dinaiki air di Tawau, Jumaat. Foto BERNAMA


KUALA LUMPUR: Keadaan banjir di Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak dan Johor semakin pulih petang Jumaat, namun Sabah kembali dilanda bencana itu apabila beberapa bandar utama di negeri berkenaan mula ditenggelami air.

Setakat 4 petang, SABAH merekodkan seramai 422 mangsa daripada 134 keluarga di daerah Kota Belud dan Tawau yang terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan banjir.


Pegawai Daerah Kota Belud, Abdul Gari Itam berkata, kesemua mangsa adalah dari 10 buah kampung yang dilanda banjir di sekitar daerah berkenaan.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kajicuaca Sabah, Abdul Malik Tussin berkata, keadaan cuaca di seluruh negeri berkenaan hingga lewat malam ini, diramalkan mendung dengan hujan sekejap-sekejap. 



Sebelum ini, Tenom dan Beaufort dilanda banjir selama beberapa hari dengan lebih 400 mangsa terpaksa berpindah ke pusat penempatan sementara.

Di TERENGGANU, keadaan banjir hampir pulih dan setakat petang Jumaat hanya daerah Dungun masih terjejas melibatkan 143 mangsa berbanding 2,917 mangsa pada sebelah tengah hari, menurut Pemangku Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN), Terengganu Roslina Ngah.


Roslina dalam kenyataan berkata, Bilik Gerakan Banjir Terengganu pada Jumaat ditutup secara rasmi berikutan keadaan yang semakin pulih di negeri itu, namun pihaknya meneruskan pemantauan dari semasa ke semasa.

Di KELANTAN, keadaan banjir turut bertambah baik apabila merekodkan penurunan jumlah mangsa kepada 26,149 orang petang ini, berbanding 27,282 orang pada tengah hari.


Menurut MKN Kelantan, kesemua mangsa yang terdiri daripada 6,469 keluarga ditempatkan di 140 pusat pemindahan di enam jajahan.


Setakat ini, jumlah mangsa banjir di Tanah Merah adalah sebanyak 14,184 orang, Tumpat (124), Kuala Krai (5,645), Kota Baharu (635), Machang (2,555) dan Gua Musang (3,006).

Di PERAK, jumlah mangsa banjir sedikit menurun kepada 7,346 orang daripada 2,013 keluarga berbanding 7,513 mangsa daripada 2,066 keluarga di 49 pusat pemindahan di lima daerah tengah hari Jumaat.


Jurucakap MKN Perak berkata, daerah Perak Tengah setakat petang Jumaat merekodkan seramai 5,290 mangsa, Kuala Kangsar (891), Hulu Perak (758), Manjung (131) dan Hilir Perak (276).

Di PAHANG, jumlah mangsa banjir menurun sedikit kepada 43,840 orang berbanding 44,591 orang tengah hari tadi di 203 pusat pemindahan di lapan daerah yang terjejas.


Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata, daerah Temerloh menempatkan mangsa paling ramai 20,962 orang di 69 pusat diikuti Pekan (10,964), Jerantut (4,215), Bera (3,313), Maran (2,438), Kuantan (1,074), Lipis (825) dan Rompin (49).

Di JOHOR, jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 116 orang daripada 24 keluarga selepas 23 mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing. (IH/mStar)

1,000 orang di Hulu Dungun putus bekalan air

Posted: 02 Jan 2015 06:00 PM PST

 
Lebih 1,000 penduduk di beberapa buah kampung di Hulu Dungun terputus bekalan air bersih sejak 12 hari lalu berikutan banjir.
    

Antara kampung terbabit ialah Kampung Kuala Jengai, Kampung Rantau Panjang, Kampung Chemuak serta Kampung Shukor yang penduduknya terpaksa bergantung kepada bekalan air yang dihantar Syarikat Air Terengganu (Satu) sejak beberapa hari lalu.
  
Bagaimanapun bekalan itu adalah terhad dan tidak mencukupi menyebabkan penduduk terpaksa mencari alternatif lain termasuk menadah air hujan serta mencari sumber air bukit untuk kegunaan harian seperti untuk mandi dan membasuh pakaian.
  
Ikram Hasyim, 32, dari Kampung Kuala Jengai berkata penduduk yang kebanyakannya merupakan mangsa banjir sukar untuk membersihkan rumah mereka dan menguruskan diri.
  
"Ketiadaan air sukar untuk membersihkan rumah yang dipenuhi lumpur hampir sejengkal.
  
"Tingkat atas rumah saya juga dipenuhi lumpur dan susah nak bersihkannya tanpa air yang mencukupi," katanya dan menambah bekalan yang disediakan pihak Satu dua hari sekali memang tidak mencukupi.
  
Mohd Nor Azizi Kamaruddin, guru Sekolah Kebangsaan Kuala Jengai berkata kerja-kerja membersihkan sekolahnya belum dapat dilakukan.
  
"Sesi persekolahan sudah nak bermula tetapi sekolah masih belum dapat dibersihkan sebab bekalan air tidak ada.
  
"Kami difahamkan loji utama yang menyalurkan air turut tenggelam, sebab itu bekalan air terputus," katanya.
  
- Bernama

Pak Menteri berang AirAsia langkau prosedur

Posted: 02 Jan 2015 05:30 PM PST

 
 
Menteri Pengangkutan Indonesia Ignasius Jonan berang dengan AirAsia Indonesia yang didakwa tidak mematuhi prosedur, menurut laporan detik.com

Menteri itu dilaporkan marah selepas melawat ibu pejabat penerbangan itu di Jakarta bagi meninjau tatacara prapenerbangannya.

Memetik kenyataan menteri itu, detik.com melaporkan Jonan memberi amaran tegas yang tindakan akan diambil terhadap sebarang pelanggaran.

"Pak Jonan marah-marah di pejabat AirAsia. Marah besar," kata Hadi M Djuraid, kakitangan khas kepada menteri perhubungan, lapor detik.com.

Menurut Hadi, Jonan mendapati AirAsia melangkau satu tahap prosedur.

"Sebelum berlepas, juruterbang seharusnya mendapat taklimat secara langsung oleh pegawai operasi penerbangan (FOO) khususnya mengenai cuaca.

"Tetapi AirAsia selama ini cuma bergantung kepada lamanweb Badan Meteorologi, Cuaca, dan Geofizik (BMKG)," kata Hadi.

Sementara itu, akhbar Tempo melaporkan seorang pengarah AirAsia Indonesia yang tidak dinamakan mengaku penggunaan maklumat cuaca penerbangan dari BMKG adalah "cara tradisional" mereka.

Menurutnya dengan cara itu, juruterbang membaca terus laporan cuaca itu tanpa perlu mendengarnya dari pegawai operasi penerbangan.

Namun, menteri bertegas agar AirAsia Indonesia menambah bilangan pegawai operasi penerbangan agar kecelakaan yang sama tidak berulang.
 
 
Malaysiakini

APA NAK JADI DENGAN ANAK ANAK MUDA NI ??

Posted: 02 Jan 2015 05:00 PM PST

Zam: Kenapa bangkit isu ketiadaan Rosmah?

Posted: 02 Jan 2015 04:30 PM PST

 
 
Bekas menteri kabinet, Datuk Zainuddin Maidin percaya isu ketiadaan Datin Seri Rosmah Mansor di tanah air dibangkitkan untuk menghakis populariti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Zainuddin berkata, beliau tahu bahawa warga media selama ini tidak senang apabila Rosmah dilihat terlalu menonjol.

Maka, beliau berpendapat bahawa tindakan media yang mempersoalkan ketidakhadiran Rosmah kali ini berniat untuk mencalarkan lagi imej Najib.

"Selama ini orang media sendiri pun tidak bagitu senang dengan penonjolan keterlauan Rosmah di media utama akhbar dan televisyen, maka mengapa ketidakhadirannya menjadi suatu persoalan utama mereka?

"Tidakkah ia lebih bermotif untuk menghakiskan lagi populariti Najib? Adakah mereka sekarang telah berfikir sebaliknya bahawa dengan kehadhiran Rosmah akan membantu memperbaiki imej Najib?," kata Zainuddin.

Dalam tulisannya di blog zamkata.blogspot.com, bekas MP Merbok itu berkata isu yang dibangkitkan oleh The Malaysian Insider itu bertujuan untuk "menyerlahkan aspek negatif".

"(Namun) saya tidak percaya akan dapat menutup keperihatinan, kesungguhan dan kegigihan Datuk Seri Najib," katanya.

Dengan sinis, Zainuddin berkata ia dapat dilihat apabila Najib sanggup meninggalkan permainan golf dengan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama untuk pulang ke tanah air.

Najib juga tanpa membuang masa dan dengan tidak mengira penat lelah melawat mangsa banjir sebaik tiba di tanah air, Sabtu lalu, katanya.
 
 
Malaysiakini

The $2.25 billion dollar reason for the mysterious plane disappearances: Insurance Scam 101

Posted: 02 Jan 2015 04:00 PM PST

 

Saya telah dalam industri insurans untuk beberapa tahun, dan saya menjadi sangat yakin bahawa Malaysia Airlines (MA) / AirAsia sedang berjalan penipuan insurans besar-besaran. 

Misteri baru-baru AirAsia menambah kepercayaan kepada teori ini dan pautan bekerjasama pihak (Kemaskini: sekarang mereka telah menemui beberapa bangkai, jadi kita akan mempunyai untuk menilai kemungkinan yang berbeza seperti penyiasatan itu berterusan). 

Saya percaya ada cara (syarikat-syarikat dan orang yang mempunyai sejarah yang teduh) dan motif (wang) untuk berbuat demikian.

Mari kita lihat beberapa fakta yang digariskan oleh artikel baru-baru ini:

Sebelum bencana, Malaysia Airlines telah berada dalam lubang kewangan dalam. "Pada tahun 2013, Malaysia Airlines merupakan salah satu daripada beberapa syarikat penerbangan yang tidak menguntungkan di dunia". 


Syarikat penerbangan itu telah kehilangan wang lebih daripada tiga tahun, dilanda oleh kos yang tinggi, percambahan baru terbang yang tidak menguntungkan dalam rangkaiannya, dan dua pesaing kos rendah di lapangan terbang rumah di Kuala Lumpur. Anda boleh menganggap terdapat keperluan terdesak untuk kemasukan tunai. 

Argubly mereka memerlukan lebih daripada mana-mana syarikat penerbangan syarikat penerbangan lain di dunia.
MA dimiliki sebahagiannya oleh kerajaan negara mereka. Untuk lebih spesifik, MA dimiliki oleh syarikat induk, Sistem Penerbangan Malaysia, yang dimiliki oleh dana kekayaan berdaulat kerajaan Khazanah Nasional. 


MA tindak balas kerajaan carian telah ganjil, banyak laporan berita yang bercanggah dan naratif, dan tindak balas kerajaan seolah-olah hampir determental. 

Anda boleh menganggap ejen kerajaan mempunyai motif kewangan untuk bekerjasama dalam skim penipuan insurans.
Berikut adalah kicker..Malaysia Airlines mempunyai dasar liabiliti yang luas melalui Allianz dari Jerman. 


Had ialah "yang lebih tinggi daripada biasa" dan pergi ke 2250000000 $ untuk setiap kemalangan. Willis Group Holdings adalah broker untuk polisi. 

Perlu disebutkan: Adakah anda tahu bahawa ALLIANZ adalah salah satu syarikat insurans untuk Menara Dagangan Dunia? Willis Group Holdings juga merupakan broker untuk polisi yang dibayar pada Larry Silverstein WTC!

Malaysia Airlines juga mempunyai "risiko perang" dasar yang berasingan ditulis oleh Kumpulan Pengunderaitan Atrium, yang akan dibayar dengan segera untuk Penerbangan 17, akibat bencana Ukraine. Terdapat laporan yang tidak disahkan bahawa pesawat telah diinsuranskan selama lebih $ 97000000 dolar.


Nampaknya buruk bagi syarikat insurans, Allianz? Tidak seburuk yang ia akan kelihatan. Allianz adalah syarikat insurans yang ke-3 terbesar di dunia dan "Allianz sendiri mempunyai hanya 9 peratus daripada pendedahan, setelah berkongsi dengan yang lain penaja jamin yang lain". 


Juga, tuntutan itu 370 telah terbelah antara dasar liabiliti risiko peperangan dan dasar yang luas kerana tidak ada jawapan yang pasti tentang apa yang sebenarnya berlaku. Oleh itu, tidak ada kumpulan wang telah mengambil pada beban penuh kerugian. 

Realistik, ia akan menjadi mungkin untuk seluruh lembaga Allianz sebagai bersubahat. 9% tuntutan kerugian masih banyak wang. Jika ia adalah penipuan kewangan, ia lebih berkemungkinan bahawa beberapa penyangak pekerja / ejen Allianz akan melindungi dan melaksanakan penipuan.

Penerbangan AirAsia: Sama seperti syarikat insurans MA, ALLIANZ. Sangat mudah untuk bekerja dengan pekerja sama / ejen dalam perjanjian itu. Juga, AirAsia dan MA bersetuju untuk pertukaran saham pada bulan Ogos 2011, maka mereka adalah sangat dekat dari segi kewangan juga.


Aktiviti luar biasa: AirIndia, sebuah syarikat ahli, telah menginsuranskan pesawat mendalam dan daripada komisen (lihat rujukan di bawah). 


Ini telah membantah dengan kesatuan juruterbang mereka. Juga, MA mempunyai "tuntutan luar biasa pada tahun 2000 bagi jumlah kerugian daripada Airbus A330 dalam arah yang bertentangan di laluan yang sama seperti Flight 370." 

Dalam kes itu, kanister sebuah misteri penghantaran Cina ditakdirkan untuk Iran memecahkan terbuka berhampiran berakhir sebuah perjalanan dari Beijing ke Kuala Lumpur dan mula bocor, yang mengeluarkan bau yang mendorong kapten untuk menjalankan pendaratan cemas selepas pemindahan semua 266 orang di atas kapal. 

Pesawat itu telah disemadikan berhampiran dengan lapangan terbang dan tuntutan sebanyak kira-kira 90 juta telah dibayar.

Pemilik AirAsia, Tony Fernandes, seorang usahawan dan pemilik perniagaan banyak, juga dijual kelantangan yang tinggi saham hari perniagaan insurans perjalanan sebelum kehilangan kapal terbang. Encik Fernandes AirAsia dibeli kira-kira 29 sen pada September 8, 2001.


Ketua Polis Malaysia tidak menolak kemungkinan, dan telah secara terbuka mengakui bahawa dia masih mencari meninjau kemungkinan penipuan insurans.


Willis Holdings, broker insurans, telah terlibat dengan banyak aktiviti jenayah pada masa lalu. Syarikat itu sendiri, atau pekerja dalam organisasi, pasti seolah-olah mengalami penjenayah, "Willis Group Holdings juga telah dituduh membantu Stanfords 7 bilion dolar skim Ponzi." Pautan di bawah.




End Justice

Pekida lapor polis terhadap Khairuddin

Posted: 02 Jan 2015 03:30 PM PST

 
Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Pekida mahu polis menyiasat Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan kerana didakwa membuat laporan palsu berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
  
Naib Pengerusi Pekida Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Mohamad Hilme Ibrahim membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah (SPT) di Bandar Perda, di Bukit Mertajam hari ini.
  
Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan itu, beliau mendakwa laporan polis yang dibuat Khairuddin itu bukan sahaja memburukkan 1MDB, malah Umno Bahagian Batu Kawan dan Umno Pulau Pinang.
  
Terdahulu, kira-kira 80 individu yang mewakili NGO Melayu di Pulau Pinang termasuk Pekida dan Persatuan Muka Buku Pulau Pinang berkumpul secara aman di luar IPD berkenaan.
    
 
Pada 13 Disember lepas, Khairuddin membuat laporan di IPD Dang Wangi, Kuala Lumpur terhadap 1MDB tentang pentadbiran kewangan syarikat hak milik kerajaan itu yang didakwanya wujud kepincangan.

- Bernama

Berita Ini Menakutkan UBN ??

Posted: 02 Jan 2015 03:00 PM PST



Para pemimpin PKR, DAP, STAR, PAS dan aktivis hak Sabah bersatu di atas landasan yang sama mengenai laporan RCI projek IC di Sabah. Bersatu sehingga PR14

Gambar warga emas sendirian di hutan dikelilingi ‘hutan batu’ Tranungkite

Posted: 02 Jan 2015 02:30 PM PST




Sekumpulan anggota polis yang 'berniat' menyerbu sebuah pondok buruk di hutan kecil berhampiran Damaisari, Wangsa Melawati, bertukar simpati apabila mendapati ia sebenarnya dihuni oleh seorang warga tua.

Dengan hanya bersarung kain pelikat, lelaki tua yang dikenali sebagai Muhammad Dris, 74, hanya mampu mengerekot di atas pangkin kayu sambil menahan lapar.

"Kami semua terperanjat melihat pakcik tua ini terbaring keseorangan menahan lapar," kata Timbalan Ketua Balai, Sarjan Jasman Aris ketika dihubungi The Rakyat Post.

Jasman berkata, mereka masuk ke hutan kecil itu dengan niat mahu menyerbu pondok buruk yang mungkin dijadikan sarang maksiat, tapi sangkaan kami meleset sama sekali.

"Tak sangka ada lagi orang yang terlalu daif sehingga terpaksa tinggal dalam keadaan serba daif di pondok buruk di dalam hutan," katanya.

Tersentuh dengan keadaan pak cik Muhammad, beberapa anggota polis terus membelikan makanan untuknya. "Dia menangis apabila melihat jumlah makanan yang dibelikan.

Apabila melihat airmatanya jatuh, kami juga jadi sedih. Menurut Jasman lagi, pak cik Muhammad tinggal di pondok buruk itu sejak 30 tahun lalu, ketika kawasan itu masih lagi sebuah estet getah.

"Dia tinggal sebatang kara dan tidak mahu menyusahkan orang lain. Katanya, dia hanya makan roti hasil sumbangan mereka yang tahu dia tinggal di situ," katanya.

Anggota polis dari Balai Polis Wangsa Maju terus mengambil inisiatif memaklumkan keadaan pakcik Muhammad kepada Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan usaha untuk mendapatkan rumah yang lebih selesa sedang dijalankan

Menurut posting terbaru Facebook Balai Polis Wangsa Maju, Baitulmal MAIWP akan menanggung kos pembinaan rumah pak cik berkenaan setelah dipersetujui beliau untuk dipindahkan.

"Penduduk setempat akan mencari rumah dan kos ditanggung oleh pihak Baitulmal. Terima kasih Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan masyarakat setempat yang prihatin.

"Sokongan dan doa masyarakat yang prihatin dapat mengubah nasib pakcik tua ini di hujung usianya," memetik laman sosial Facebook Balai Polis Wangsa Maju. 

Siapa sangka dalam kepesatan pembangunan di ibu kota, masyarakat terlepas pandang penderitaan seorang warga emas yang tinggal bersendirian dalam hutan kecil di belakang kawasan perumahan Damaisari, Wangsa Melawati, di Kuala Lumpur, lebih daripada 30 tahun.

Mohamed Dris, 74, berkata beliau hidup sebatang kara di pondok usang itu kerana tidak mampu menyewa rumah semenjak hilang punca pendapatan sebagai penoreh di tempat itu yang dahulunya adalah ladang getah.

"Pakcik tidak larat untuk bekerja lagi dan lebih teruk daripada itu pakcik kini menghidap penyakit kencing manis ... nak makan pun kena hati-hati takut nanti penyakit bertambah buruk," katanya kepada Bernama di pondoknya di sini.

Mohamed yang tidak pernah berkahwin, berkata beliau tidak suka merayu simpati orang lain sebaliknya menguruskan hidup secara bersendirian.

Pondok yang dibina olehnya pada 1980 dengan menggunakan papan dan zink yang dibuang kini reput dan di dalamnya hanya terdapat sebuah meja papan buatan sendiri dan tikar getah yang dijadikan tempat tidur.

Malah, kemudahan asas seperti bekalan elektrik dan air tidak pernah dirasainya sejak menetap di pondok itu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Balai Polis Wangsa Maju, Sarjan Jasman Aris yang ditemui Bernama berkata pihaknya terjumpa warga emas itu ketika melakukan Operasi 'Santa' pada malam sambutan Krismas 25 Dis lalu.

"Kami menerima aduan daripada penduduk setempat bahawa terdapat sebuah pondok dalam hutan kecil di belakang perumahan Damaisari, Desa Melawati yang khuatir dengan kewujudan pondok tersebut menjadi sarang bagi kegiatan dadah dan kes jenayah lain sebelum ini," katanya.

Menceritakan pengalaman tersebut, Jasman berkata pihaknya membuat serbuan pada pukul 1 pagi dan kehadiran mereka disambut dengan salakan anjing, kemudian keluar warga emas dalam keadaan daif yang hanya memakai kain pelekat yang sudah lusuh tanpa baju daripada pondok tersebut.

"Sedih melihat keadaan pakcik itu, seorang anggota kami segera membeli nasi dan pakcik Mohamed menangis kerana terharu apabila menerima makanan tersebut.

"Beliau tersenyum dan berkata pakcik tidak boleh makan nasi dan minum air bergula kerana ada kencing manis," katanya. Jasman berkata seorang anggotanya kemudian mendapatkan roti dan air mineral dan beliau menerimanya dengan senyuman.

"Sementara menunggu bantuan daripada pihak kebajikan masyarakat, anggota kami bergilir-gilir menghantar bekalan roti dan air kepada pakcik Mohamad kerana simpati dengan keadaannya," katanya.

Beliau berkata pihak Balai Polis Wangsa Maju telah memanjangkan perkara tersebut kepada Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan sedang berusaha untuk mendapatkan rumah yang lebih selesa untuk Mohamed berteduh.

"Kami di Balai Polis Wangsa Maju berharap pakcik Mohamed mendapat sokongan dan bantuan segera daripada pihak Baitumal dan penduduk sekitar bagi mengubah masa depannya," katanya.

Sebaik sahaja anggota polis menemui Mohamed, lakaran hidupnya ibarat rezeki turun dari langit.

"Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada anggota Balai Polis Wangsa Maju kerana sudi menghantar makanan setiap hari kepada saya.

"Kini saya tidak perlu risau bagaimana hendak mendapatkan makanan lagi dan saya rasa terharu dengan sikap prihatin yang ditunjukkan oleh warga Balai Polis Wangsa Maju yang dilihat bersungguh-sungguh menghulurkan bantuan kepada saya ... saya tiada niat untuk menyusahkan mereka," katanya. -


Bernama

CERITA PUUUNDEK

Posted: 02 Jan 2015 08:00 AM PST


KOMENTAR

kalau TT kata
ketua polis negara ini
jujur baik 
tak pernah makan rasuah
adakah ini FITNAH

kalau TT kata PDRM ini
satu satunya polis dalam dunia
yang TIDAK MAKAN RASUAH
adakah ini FITNAH

kalau TT tulis pdrm ini
bukan anjing kerajaan
adakah ini FITNAH

kalau TT  SKMM 
adalah lembaga terbaik
dan bukan barua
united malays national organisation
adakah ini fitnah?

NOTA
saje nak tanya
jangan tuduh ini FITNAH

TANGKAP KOMPUTER



PDRM, SKMM buru penyebar khabar angin 

kejadian banjir 


Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk memburu penyebar khabar angin berkaitan kejadian banjir yang melanda negara sejak pertengahan bulan lepas. 
Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar berkata pihaknya tidak teragak-agak untuk mengesan pihak yang terlibat agar mereka dibawa ke muka pengadilan.
Beliau berkata tindakan individu terbabit sebagai tidak bertanggungjawab dan menimbulkan kerisauan dalam kalangan penduduk di kawasan terbabit dengan bencana banjir.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pdrm-skmm-buru-penyebar-khabar-angin-kejadian-banjir#sthash.kG5e9BAW.dpuf

KAH KAH KAH

woit
tak ada kerja lain
tangkap  rakyat
penyamun
perasuah
pembunbuh altantuya
tak tangap pulak
ciiis lanchowlaaa

PUUUNDEEEK

------------

Banjir: 3 cadangan Kit Siang buat Najib MALAYSIAKINI

Posted: 02 Jan 2015 07:30 AM PST

BICARA MP Semalam DAP menghantar beberapa kumpulan bantuan kemanusiaan ke kawasan yang terjejas teruk akibat banjir di Kelantan dan Pahang, yang terdiri daripada tiga kontena bekalan bantuan untuk mangsa banjir, dua dari Pulau Pinang dan satu dari Johor; ke Kuala Krai sebagai sebahagian daripada misi 'Save Kuala Krai'.

Sekitar 250 anak-anak Malaysia dari Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Johor mengambil bahagian dalam misi bantuan banjir pada Hari Tahun Baru 2015.

Ia terdiri daripada lebih 20 kenderaan pacuan empat roda (4WD) dari Pulau Pinang yang dilepaskan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng di Pulau Pinang pada pagi Tahun Baru jam 1.30 pagi).

Mereka memandu lebih 15 jam dari Pulau Pinang ke Kuala Krai membawa lebih 2,000 karton bekalan bantuan.


Lebih 20 kenderaan 4WD dengan bekalan dari Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan ke Kuala Krai (ini misi bantuan kali ketiga ke Kuala Krai yang diketuai Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke, dalam masa lima hari)

Tiga kontena (satu untuk Kuala Krai, satu untuk Kota Bharu dan satu lagi untuk Mentakab) bersama-sama 11 kenderaan 4WD membawa bekalan bantuan dari DAP Johor, dipimpin dua orang Ahli Parlimen dan tujuh ADUN.

Lawatan saya ke Kuala Krai semalam, ditemani Ahli Parlimen Kuala Krai Dr Mohamed Hatta Ramli, ialah lawatan kedua saya ke Kelantan dalam masa lima hari, untuk memberikan bantuan dan sokongan kepada mangsa banjir paling teruk dalam tempoh beberapa dekad ini.

Berikutan pemerhatian saya dari dua lawatan ini, yang pertamanya pada 28 Disember ke Kota Bharu sewaktu ibu negeri Kelantan itu ditenggelami air, saya kini menulis kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan tiga cadangan spesifik, iaitu:

Pertamanya, malapetaka banjir yang telah melemahkan keyakinan terhadap perniagaan. Ramai yang bercakap tentang menutup perniagaan mereka, bukan setakat di kawasan yang terjejas banjir, apabila berdepan beban perbelanjaan tambahan, tanggungjawab dan kerja-kerja tambahan dengan pelaksanaan GST pada 1 April akan datang, terutamanya apabila anak-anak mereka berada di perantauan atau luar negara dan tidak mahu meneruskan perniagaan ibu bapa mereka.

Bencana banjir ini menjadi pukulan kedua, di mana hampir setiap orang di Kuala Krai menjadi mangsa banjir - berdaftar mahupun tidak - memberi sebab tambahan untuk para peniaga menutup kedai.

Tangguh GST


Atas sebab ini, perdana menteri wajar menangguhkan pelaksanaan GST pada 1 April nanti kerana ia bukan sahaja akan menambah beban sengsara para mangsa banjir berjumlah lebih sejuta orang, kerana bukan semua mangsa banjir ditempatkan di pusat-pusat pemindahan.

Keduanya, gandakan peruntukan bantuan banjir RM500 juta itu menjadi RM1 bilion, termasuk menyediakan pinjaman tanpa faedah kepada setiap mangsa banjir untuk membolehkan perniagaan dan kehidupan dimulakan semula secepat mungkin, dalam masa paling singkat.

Semua mangsa banjir yang mempunyai perniagaan, tidak kiralah warung mahupun kedai, sewajarnya berhak mendapat pinjaman tanpa faedah antara RM1,000 ke RM250,000 untuk memulakan semula perniagaan mereka.

Ketiga, isytiharkan darurat bencana berikutan kerosakan, skala dan jangkauan malapetaka ini, bukan sahaja untuk menangani banjir yang semakin memburuk di Pahang tetapi juga membantu mangsa banjir di semua kawasan yang terjejas untuk memulakan hidup baru dalam masa yang paling singkat.

Alasan Najib bahawa perisytiharan darurat akan membebaskan syarikat insurans daripada membayar tuntutan insuran telah terbukti merupakan alasan yang tidak boleh dipakai.

Badan penyelia insurans, Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) telah mengesahkan bahawa syarikat insuran tidak terlepas daripada membayar ganti rugi untuk tuntutan kerosakan banjir walaupun telah diisytihar darurat.

Darurat bencana bukanlah untuk membangkitkan undang-undang tentera, mahupun melaksanakan perintah berkurung, dan paling penting, ia tidak membuka jalan kepada 'darurat kekal' seperti yang berlaku dahulu, seperti perisytiharan darurat ketika Konfrontasi Indonesia 1965, krisis politik Sarawak 1967, rusuhan 13 Mei 1969 dan krisis politik Kelantan 1977 yang terus wujud untuk berdekad lamanya sebelum dibatalkan dua tahun lalu.

Ini kerana darurat bencana akan terbatal secara automatik apabila bencananya sudah surut, dan mangsa-mangsa banjir boleh memulakan kehidupan mereka seperti sediakala.

Dalam keadaan darurat, tentera dapat dimobilisasi bukan sahaja untuk membantu polis menjaga keamanan tetapi juga membantu mangsa banjir memulakan kehidupan baru dalam masa paling singkat, termasuk membina perumahan sementara bagi mereka yang kehilangan tempat tinggal akibat banjir.

Dicatat oleh ELBI RISALAH.

PELAJAR,ISTERI ORANG,KAKITANGAN KERAJAAN ANTARA YANG DICEKUP BUAT MAKSIAT

Posted: 02 Jan 2015 07:00 AM PST

"Kami datang hanya untuk berseronok sempena malam tahun baharu," kata seorang remaja yang ditahan bersama pasangannya ketika serbuan oleh penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JHEAIPP) di sebuah hotel bajet di Jawi dalam Operasi Mencegah Maksiat Sempena Tahun Baharu 2015 semalam.


Remaja berkenaan yang juga merupakan penuntut institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) sanggup datang dari Melaka semata-mata untuk bertemu dengan kekasihnya di sini.

Akhirnya, niat remaja ini untuk berhibur bagi menyambut tahun baharu tidak kesampaian apabila bilik hotel bajet yang disewa di Berapit diserbu dalam operasi ini.

Gadis yang berusia awal 20-an ini merupakan antara 18 individu ditahan dalam operasi yang diadakan.


Ketua Unit Operasi dan Penguatkuasaan JHEAIPP, Khairul Azman Azizan berkata, operasi yang bermula pada jam 2.30 pagi dan berakhir jam 6 pagi semalam melibatkan pemeriksaan di beberapa hotel bajet di daerah Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan.

"Dalam operasi ini, pihak kami turut mendapat bantuan daripada anggota dari Cawangan Pencegahan Khas Angkatan Tentera Malaysia dan ketika operasi dijalankan ada juga beberapa pasangan yang enggan membuka pintu bilik dan memberikan kerjasama yang sepatutnya.

"Kebanyakan pasangan yang diperiksa memberikan pelbagai alasan untuk mengelakkan dicekup anggota penguatkuasa namun, tidak berhasil kerana gagal menunjukkan sijil pernikahan," katanya kepada .

Dalam pada itu, serbuan yang dijalankan juga berjaya menahan seorang wanita yang merupakan isteri orang, kakitangan kerajaan, kakitangan swasta dan bekas pelajar yang masih bujang serta seorang duda.

"Secara tidak langsung dengan adanya operasi ini mampu mengekang gejala maksiat dalam kalangan masyarakat.

"Mereka dibawa ke Pejabat Agama Daerah Seberang Perai Utara untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Pulau Pinang 1996," katanya.

Katanya, jika sabit kesalahan mereka boleh dikenakan hukuman denda sebanyak RM3,000 atau penjara selama dua tahun atau kedua-duanya sekali.


 Lantak hangpa La

30 mayat ditemui, ekor pesawat dikesan

Posted: 02 Jan 2015 06:30 AM PST

 
 
NAHAS QZ8501


8.15pm: Seorang pegawai tentera laut Indonesia berkata sesetengah mayat penumpang masih terikat dengan tali pinggang di tempat duduk, lapor Associated Press.
 
Daripada sejumlah 30 mayat yang telah ditemui,  21 ditemui hari ini, kebanyakannya oleh kapal Tentera Laut Amerika Syarikat, kata para pegawai.
 
Yayan Sofiyan, komander kapal perang Bung Tomo, memberitahu MetroTV, lima mayat yang ditemui anak kapal itu, masih terikat dengan tali pinggang di kerusi mereka.
 
Ketua mencari dan menyelamat Indonesia Henry Bambang Soelistyo sebelum ini berkata beliau hanya tahu dua mangsa ditemui di tempat duduk mereka, tetapi berkata sejumlah 30 mayat telah dijumpai.
 
7.00pm: Agensi berita dpa melaporkan sebuah kapal tentera laut Indonesia berjaya mengesan ekor pesawat AirAsia yang terhempas di dasar laut.

"Kami berjaya mengesan ekor pesawat menggunakan sonar imbasan sisi," kata Kolonel Yayan Soyan dalam Metro TV.

Menurutnya, objek itu berada di dasar laut pada kedalaman 29 meter.

6.35pm: Pesawat Korea Selatan P3-C Orion KN-01 mengesan enam mayat, termasuk tiga penumpang yang duduk di barisan yang sama dalam pesawat malang itu.

"Selepas mencari selama dua jam, mereka ternampak tiga mayat duduk di barisan yang sama," demikian menurut kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh unit komunikasi tentera Indonesia, lapor detik.com.

Pesawat Korea Selatan itu bagaimanapun, buat masa ini telah pulang ke pangkalan.

Lokasi nahas kubur kapal WW11

6.10pm: Laut Jawa, tempat tumpuan carian rangka QZ8501, juga merupakan kubur kapal Perang Dunia II, lapor detik.com.

Kehadiran rangka kapal perang yang karam di situ menjejaskan ketepatan carian menggunakan teknologi moden.

Oleh itu, apabila pasukan pencari mengesan kehadiran objek logam di kawasan itu, ia tidak semestinya rangka pesawat malang berkenaan.

Kawasan itu merupakan lokasi Pertempuran Laut Jawa pada 27 Februari 1942, di mana pasukan kapal perang Berikat yang terdiri daripada Belanda, Amerika Syarikat, kapal-kapal British dan Australia, dikalahkan oleh tentera Imperial Jepun mengakibatkan kehilangan lima kapal perang dan 2,300 orang, manakala pasukan Jepun hanya kehilangan sebuah kapal pemusnah mereka.

Carian kotak hitam

5.45pm: Oleh kerana laut bergelora, operasi mencari kotak hitam pesawat itu telah dihentikan buat masa ini, kata Basarnas dalam laporan detik.com.

"Keadaan laut tidak membolehkan carian itu diteruskan buat masa ini," kata Ketua Basarnas Supriyadi.

5.25pm: Setakat ini, 22 mayat telah ditemui, kata pengarah Basarnas Supriyadi dalam satu sidang akhbar hari ini, lapor detik.com.
 
Katanya, daripada jumlah itu, lapan adalah di Surabaya, 10 masih di Pangkalan Bun dan empat lagi atas 'kapal USS Sampson.

4.45pm: Seorang daripada tiga yang dikenal pasti - Grayson Herbert Linaksita - adalah seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun.

Ketua DVI, Budiyono berkata Grayson menaiki penerbangan itu bersama dua lagi anggota keluarga dengan pangkal nama sama - Kathleen Fulvia Linaksita, 12 tahun dan Tony Linaksita, lapor detik.com.

Hubungan sebenar di antara ketiga-tiga mereka belum dapat ditentukan.

Mayat yang berjaya dikenal pasti diserahkan kepada keluarga.

4pm: Tiga lagi mayat dikenal pasti berdasarkan sampel DNA, rekod pergigian dan kaedah-kaedah lain.

Ketua pasukan mengenal pasti mangsa nahas (DVI) Budiyono berkata mereka yang dikenal pasti adalah Grayson Herbert Linaksita, Khairunisa Haidar Fauzi, dan Kevin Alexander Sutjipto, lapor detik.com

Semua mereka adalah rakyat Indonesia.

3.30pm: Menteri Pengangkutan Indonesia Ignasius Jonan dilaporkan berang dengan AirAsia Indonesia kerana didakwa tidak mengikut prosedur, lapor detik.com.

Ini ekoran lawatan menteri itu ke ibupejabat syarikat penerbangan itu dekat Jakarta untuk memantau prosedur pra-penerbangan, di mana beliau memberi amaran bahawa tindakan tegas boleh diambil terhadap pelanggaran prosedur.

Ia melaporkan Jonan berang kerana sebelum berlepas, juruterbang sepatutnya mendapatkan taklimat terus dari pegawai operasi penerbangan, terutama mengenai keadaan cuaca.

Namun selama ini, AirAsia hanya bergantung kepada lamanweb Agensi Meteorologi, Klimatologi, dan Geofizik, lapornya memetik pembantu Jonan - Hadi M Djuraid sebagai berkata.

Solat jenazah ghaib

3.20pm: Satu jemaah seramai lebih 5,000 orang mengadakan solat jenazah ghaib buat mereka yang terkorban dalam tragedi pesawat QZ8501.

Solat itu berlangsung di Masji Makassar, Al Markaz Al Islami di Sulawesi Selatan.

Kapal pencari Jepun turut serta

2.41pm: Kapal Angkatan Pertahanan Maritim Jepun, JS Ohnami dan JS Takanami berlepas dari Pelabuhan Klang di Malaysia jam 7 pagi ini menuju ke kawasan pencarian, lapor Channel News Asia.

Dua lagi mayat turut dibawa helikopter US Seahawk dari kawasan pencarian dan tiba di Pangkalan Bun.

2.35pm: Seramai 46 ahli gereja Mawar Sharon di Surabaya terlibat dalam nahas pesawat AirAsia QZ8501.
 
Detik.com memetik Prasetyo dari gereja tersebut, sebagai berkata daripada jumlah itu, 20 menyertai rombongan oleh syarikat Universal.
 
Sementara itu, menurut tweet Basarnas, usaha SAR akan dipergiatkan kerana bimbang mayat cepat reput di laut.
 
Penyelam tentera dikerahkan
 
2.10pm: kapal tentera laut Indonesia KRI Banda Aceh akan tiba di lokasi nahas QZ8501 dengan jam 3 petang ini (waktu Malaysia), demikian menurut Jakarta Post.
 
Kapal itu membawa 57 penyelam tentera laut Indonesia dari unit Komando Pasukan Katak (Kopaska) untuk membantu mendapatkan serpihan pesawat dan mayat yang mungkin masih diikat di tempat duduk mereka.
 
Anak kapal pertama dikenal pasti

1.30pm: Pramugari Khairunisa Haidar dikenal pasti sebagai antara 10 mayat yang dibawa naik ke darat, lapor akhbar Singapura Straits Times.

Ia dikenal pasti menerusi seragam merah dengan tanda nama 'Khairunisa".

Mayat beliau disimpan dalam keranda ditanda "No. 004" yang kini berada di Surabaya.

12.10pm: Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia, Datuk Abdul Aziz Jaafar menerusi akaun Twitter be;iau mengumumkan tiga kapal akan mengendalikan Underwater Marine Detection System (Side-scan Sonar dan Pinger Locator) untuk mencari rangka pesawat.
 
12.05pm: Setiausaha Agung PBB, Ban Ki Moon menghantar ucapan takziah kepada waris mangsa nahas.
 
12.00pm: Dua mayat tiba pagi ini - seorang lelaki dewasa dengan ketinggian kira-kira 164sm memakai baju-T berlengan pendek warna merah dengan tulisan "vintage radio", dan mayat seorang wanita dengan ketinggian kira-kira 155sm yang memakai cincin pada jari tengah, memakai seluar biru dan blaus putih tanpa lengan, lapor Channel NewsAsia.

11.45pm: Tiupan mengejut ke bawah angin yang dikenali sebagai 'microbursts' mungkin antara punca nahas pesawat QZ8501, demikian menurut pakar meteorologi yang dipetik di New Straits Times hari ini.
 
Menurut laporan itu, kelajuan angin dari tiupan itu boleh melebihi 270 kilometer sejam, dan Jabatan Metrologikal Malaysia telah mengesahkan kehadiran awan hujan (cmulonimbus) pada hari kejadian itu, yang seterusnya, boleh menyebabkan 'microbursts' itu.
 
Tekanan di sekitar kawasan itu akan berubah secara drastik kerana tiupan secara tiba-tiba angin kuat, menjadikannya amat sukar untuk juruterbang mengawal pesawat, kata penyelidik penerbangan Mohd Harridon Mohamed Suffian yang dipetik sebagai berkata, sambil menambah bahawa ia boleh menyebabkan sayap pesawat patah.
 
Satu lagi senario yang mungkin berlaku, menurut Mohd Harridon, kemungkinan sama dengan yang berlaku dalam nahas penerbangan 447 Air France pada 2009, di mana ais terbentuk dan menyumbat instrumen pesawat.
 
Ini mengakibatkan bacaan yang tidak betul disalurkan kepada autopilot dan anak kapal, dan membawa kepada kesilapan dalam membuat keputusan untuk mendaki sehingga pesawat terhenti.
 
Punca nahas QZ8501 masih tidak diketahui, tetapi pelbagai laporan media juga menyentuh senario seperti yang berlaku kepada AF447

11.10am: Enam mayat yang ditemui oleh USS Sampson akan diterbangkan ke Pangkalan Bun menggunakan helikopternya sendiri, lapor Metro TV.
 
Sepuluh mayat telah dibawa ke pantai.
 
Dengan enam mayat itu, jumlahnya menjadi 16 mayat yang telah ditemui, kata Pengarah SAR Pangkalan Bun,  Supriyadi.

11am: Pihak forensik berkata mereka menghadapi masalah mengenal pasti salah seorang mangsa kerana cap jarinya tidak dapat disahkan, kerana terlama terdedah kepada air laut, laporan Channel NewsAsia.
 
Sejumlah 29 kapal dan 17 pesawat terlibat dalam operasi mencari kotak hitam dan rangka pesawat hari ini, kata Basarnas.
 
10.45am: 9news Australia hari ini melaporkan Dudi Sudibyo, seorang editor kanan majalah penerbangan Angkasa, membuat spekulasi bahawa QZ8501 mungkin membuat pendaratan kecemasan di atas air, yang menjelaskan mengapa pemancar pengesan kecemasan (ELT) tidak diaktifkan.
 
The ELT menghantar isyarat kecemasan apabila pesawat terhempas, dan Sudibyo menjelaskan pendaratan di permukaan laut tidak akan mengaktifkannya.
 
Beliau juga mengesyaki pesawat itu mungkin tenggelam selepas pendaratan itu ekoran laut yang bergelora.
 
Laporan itu juga memetik Chappy Hakim, seorang bekas komander tentera udara memberitahu AFP bahawa bukti-bukti setakat ini menunjukkan tiada tanda-tanda berlaku letupan.
 
Kesimpulannya setakat ini ialah pesawat itu tidak meletupkan di udara, dan ia tidak mengalami kesan impak apabila ia mencecah permukaan air berdasarkan kepada keadaan mayat.
 
Bekas menteri pengangkutan Jusman Syafii Djamal dilaporkan berkata, penemuan gelongsor penyelamat menyokong teori itu, kerana ia menunjukkan ada percubaan untuk keluar dari pesawat.
 
Djamal yakin penemuan gelongsor itu menunjukkan "seseorang telah membukanya" dan berkata, "para penumpang mungkin telah menunggu pramugari untuk mengembung rakit apabila gelombang besar menenggalamkan pesawat itu, lapor rangkaian media Australia itu.
 
16 mayat ditemui setakat ini
 
10.30am: Maklumat yang diperolehi menunjukkan bahawa 16 mayat telah ditemui, lapor detik.com.
 
Ketua agensi mencari dan menyelamat Indonesia (Basarnas), bagaimanapun, berkata beliau hanya bersedia untuk mengesahkan 10 mayat untuk mengelakkan kekeliruan.
 
Beliau berkata, apa yang telah disahkan kepadanya ialah 10 mayat.

10.05am: Keadaan laut dilaporkan lebih tenang hari ini dan operasi SAR diperhebatkan.
 
Tujuh lagi mayat ditemui, satu oleh tentera laut Diraja Malaysia.
 
9.54am: Menurut Channel News Asia, tujuh lagi mayat telah ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat di Laut Jawa.
 
Salah satu mayat ditemui oleh Tentera Laut Malaysia manakala enam yang lain oleh kalapa USS Sampson.
 
 
Malaysiakini

Subhanallah !! - Kuasa Allah Tidak Siapa Yang Tahu.....

Posted: 02 Jan 2015 06:15 AM PST

Raja Kaio VII's photo.
Imam masjid Kg Pahi Kuala Krai Kelantan. Menunjukkan permaidani yang tidak dicemari lumpur walau di naiki air sampai tingkat kedua. Akibat banjir besar Dec 2014. Kuasa Allah.

Memang nampak jelas daripada gambar di atas. Hanya bahagian sudut atas kelihatan seperti tidak terjejas, yang lainnya habis diselaputi lumpur. Allahhuakbar.

#‎SubhanaAllah‬
 
Raja Kaio VII's photo.

Bantuan RM500 juta melalui siapa?

Posted: 02 Jan 2015 05:30 AM PST


KOTA BAHARU:  Naib Presiden PAS, Muhammad Sabu mempersoalkan kenapa anggota polis dan tentera tidak dihantar lebih ramai bertugas untuk membantu mangsa banjir di Kelantan.

Menurutnya, jika Perhimpunan Bersih yang dianjurkan rakyat, kerajaan Malaysia boleh menempatkan sehingga 6,000 orang anggota polis, kenapa dalam kes banjir di Kelantan kerajaan pusat membisu.

"Pergerakan agensi kerajaan Pusat amat menyedihkan seperti polis dan tentera hingga tidak sampai pada tahap yang sepatutnya.

"Kerajaan  sewajarnya mengarahkan kakitangannya terutama polis dan tentera untuk membantu mangsa banjir di Kelantan kerana ia melibatkan nyawa manusia," ujarnya.

Menurut Muhammad lagi, nasib mangsa banjir di pedalaman  amat menyedihkan. Banyak rumah yang musnah dan ada yang hilang bumbung seumpama tsunami dan ada yang sehelai sepinggang.
Sebelum ini banjir teruk pernah berlaku di Johor, Pahang dan Terengganu dan kini giliran Kelantan pula namun nasib mangsa banjir di negeri ini tidak ditangani sebaiknya.

Oleh itu tambahnya, rakyat menanggung derita dengan perbelanjaan kewangan yang begitu banyak untuk membina semula keluarga masing-masing.

Pada masa yang sama beliau menyanggah kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengatakan bahawa Malaysia antara yang terbaik di dunia dalam menangani masalah banjir.

Tambahnya lagi, sebagaimana ketika pilihan raya juga, penglibatan polis begitu meluas ketika pilihan raya diadakan.

"Dengan khemah  yang besar dan segala bentuk peralatan disediakan termasuk bot walaupun di tempat pengundi yang tidak memerlukannya.

"Namun dalam soal banjir ini ternyata ia amat lemah ditangani oleh Perdana Menteri dan ia amat menyedihkan," ujarnya lagi.

Muhammad tidak menafikan sumbangan barangan keperluan paling besar masuk ke Kelantan adalah dari badan-badan bukan kerajaan, individu dan tokoh-tokoh koprat.

"Kita ucap terima kasih banyak pada penyumbang yang begitu bermurah hati ketika mana mangsa banjir di Kelantan tidak dilayan sebaiknya oleh pemerintah," ujarnya.

Katanya, ketika ini sumbangan masih mencura-curah tiba ke Kelantan sehingga hari ini dari negeri-negeri lain untuk membantu termasuk tenaga sukarelawan.

Dalam pada itu Muhammad turut musykil bahawa sumbangan banjir dari kerajaan Pusat sebanyak RM500 juta yang dimaksud itu hanya untuk Kelantan atau termasuk negeri-negeri lain yang terlibat dengan banjir.

Kalau di Kelantan pula contohnya, adakah peruntukan disalurkan melalui kerajaan negeri atau Jabatan Pembangunan Persekutuan.

"Kalau melalui JPP kita tidak boleh berbuat apa-apa, bagaimanapun mengharapkan ia agihannya dilakukan dengan adil," ujarnya. – HARAKAHDAILY 2/1/2015

Ombak Besar Landa Pantai Labuan!! - Posted by Ibnu Hasyim

Posted: 02 Jan 2015 05:00 AM PST

 
LABUAN: Ombak besar membadai pantai Labuan malam tadi dan menimbulkan suasana cemas dalam kalangan penduduk, nelayan serta pengusaha pengangkutan laut.
  
Beberapa nelayan tempatan dan tekong bot dilaporkan tidak dapat berkomunikasi antara satu sama lain berikutan keadaan laut yang bergelora teruk.
  
"Saya belum pernah melihat ombak sebesar ini," kata Rahim Yussof, 45, yang bertugas dengan sebuah syarikat minyak dan gas kepada Bernama pada Jumaat.
  
Beliau merujuk kepada ombak setinggi dua dan empat meter yang membadai struktur jeti berhampiran Pelabuhan Labuan.
  
"Ombak begitu tinggi, manakala angin pula sungguh kencang hingga menimbulkan suasana ngeri dan menakutkan," katanya.
  
Sementara itu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menasihati pengendali bot, nelayan dan pemancing supaya berhati-hati dan menghubungi Jabatan Perkhidmatan Meteorologi bagi mendapatkan maklumat tentang cuaca dan keadaan laut.
  
Jabatan itu hari ini meramalkan angin kencang dan laut bergelora di perairan Pahang, timur Johor, Sarawak, Sabah (Pedalaman, daerah Pantai Barat dan Kudat) dan Wilayah Persekutuan Labuan hingga Ahad.
  
Dalam kenyataannya, jabatan itu berkata angin Kategori Dua selaju 50 hingga 60 km sejam dan ombak hingga setinggi 4.5 meter di kawasan berkenaan adalah berbahaya kepada semua kegiatan perkapalan, termasuk perkhidmatan feri dan menangkap ikan, serta aktiviti di pesisiran pantai. -  


BERNAMA

Masa Harga Naik Takda Bunyi.....Bila Turun...Kenapa Bising ??

Posted: 02 Jan 2015 04:15 AM PST


 
Petrol stations may close if prices fall further – PDAM
According to The Star, the Petrol Dealers Association of Malaysia (PDAM) have stated that a multitude of fuel dealers around the nation may have to shut down should prices continue to fall due to high losses.

President of PDAM, Datuk Hashim Othman stated that losses of "between RM20,000 and RM100,000″ were reported by several dealers. "If the drop was only a few sen, we could absorb the losses but now with the 35 sen drop (for petrol), we're buying it high and selling it low," he added.

Datuk Abu Samah Bachik, president of the Petronas Petrol Dealers Association of Malaysia, has stated that solutions are being drawn up between the government as "all dealers in the country are affected. None of are exempt from this."

Due to petrol and diesel being considered as essential items, dealers are required to possess at least three days' worth of stock. The issue at hand stems from motorists waiting out from refuelling until after the new price is introduced.

"Some (stations) do run out of fuel because people aren't buying before the end of the month. But when the price goes down, everyone rushes to buy," adds Hashim. Domestic Trade, Cooperatives and Consu­merism minister Datuk Hasan Malek confirmed that meetings between the dealers and oil companies are on hand.

The drop of 35 sen for both RON 95 and 97 plus a 30 sen drop in diesel has resulted in the new price of RM1.91, RM2.11 and RM1.93 per litre, respectively – the lowest for RON 95 and diesel since May 2013.