Khamis, 1 Januari 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Bekalan darah jenis A dan AB diperlukan

Posted: 01 Jan 2015 11:00 PM PST

 

Bekalan darah jenis A dan AB tidak mencukupi bagi menampung keperluan pesakit terutama di negeri terjejas banjir, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.
  
Justeru, beliau merayu orang ramai menderma darah dengan segera di Unit Bergerak Kempen Menderma Darah berhampiran ataupun Pusat Darah Negara kerana bekalan darah terutama kedua-dua jenis itu kini semakin berkurangan.
  
"Saya merayu kepada masyarakat untuk tampil menderma darah bagi membantu hospital yang kekurangan bekalan darah jenis A dan AB. Pendermaan boleh dilakukan di mana-mana negeri dan bukan hanya di negeri terjejas banjir sahaja.
  
"Setakat ini, darah jenis lain masih mencukupi namun bagi darah jenis A dan AB, ia tidak mencukupi dan penggunaannya terutama untuk hospital di negeri terjejas banjir amat kritikal," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Kelahiran Bayi Tahun Baharu 2015 di Hospital Kuala Lumpur (HKL), di ibunegara semalam.

Mengenai perkembangan isu banjir di Pantai Timur, Dr Hilmi berkata setakat ini, sebanyak 557 anggota Kementerian Kesihatan Malaysia dihantar ke Kelantan dan Pahang, termasuk dua pasukan kejuruteraan (6 orang) dan 15 anggota Psychological First Aid yang dihantar kelmarin.
  
Selain itu, katanya, hampir semua hospital di Kelantan mendapat bekalan terus elektrik daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) kecuali di Gua Musang, Jeli dan Tanah Merah yang masih menggunakan set generator TNB sahaja.
  
Menurut Hilmi, sebahagian daripada 12 unit genset 5kVa dihantar kelmarin dan dihantar pada semalam ke KK Dabong, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Dungun, PKD Kemaman serta sembilan buah klinik kesihatan dan klinik desa di Terengganu.
  
"Bantuan lain seperti alat penapisan air mudah alih telah dihantar ke Hospital Kuala Krai, Tanah Merah dan Pasir Mas termasuk di klinik kesihatan, klinik desa dan klinik pergigian di Kelantan.
  
"Selain itu 'Government Integrated Radio Network' telah dipasang di Pusat Kesediaan Krisis Dan Tindak Balas Nasional Kelantan, Terengganu dan Pahang dan set radio amatur pula dipasang dan telah diuji dengan Hospital Temerloh. Ia juga akan dipasang di Hospital Pekan dan Segamat," katanya.

- Bernama

Mangsa banjir di Temerloh rayu bantuan selimut

Posted: 01 Jan 2015 10:15 PM PST

 
 
 

"Ada yang terpaksa tidur beralaskan surat khabar, ada juga keluarga berasak-asak tidur atas sehelai tikar, kami juga terpaksa menahan kesejukan kerana kekurangan selimut.
  
"Jadi kami rayu jika ada pihak yang ingin menghantar bantuan selepas ini supaya dapat membawa lebih banyak selimut dan toto (comforter) kerana kami di Temerloh amat-amat memerlukannya," rayu Robiah Mohd Ali, 54.

Wanita itu merupakan antara lebih 3,000 mangsa banjir di pusat pemindahan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Sukan, Seberang Temerloh.

Menurutnya  semasa berpindah ke pusat pemindahan itu petang Jumaat lepas bersama-sama keluarganya, dia hanya sempat membawa sehelai tikar dan beberapa helai pakaian.
  
Namun, katanya tikar itu diserahkan kepada satu keluarga yang mempunyai anak kecil berumur lima dan tiga tahun setelah tidak sampai hati melihat mereka hanya tidur beralaskan surat khabar.
  
"Alhamdulillah setakat ini kami memang tak pernah putus bab bekalan makanan, namun kami kekurangan selimut, toto, dan juga pakaian terutama untuk orang tua macam makcik.
  
"Kalau ada pakaian sampai pun tidak sesuai untuk orang tua yang kebanyakan tidak memakai baju t-shirt dan seluar, saiz pula kecil," katanya ketika ditemui pemberita di pusat itu.
  
Beliau menyifatkan banjir kali ini sebagai yang terburuk pernah di alaminya sejak lahir di Kampung Padang Tenggala, Seberang Temerloh.

"Bayangkan dalam masa beberapa jam, rumah hanya tinggal atap sahaja (yang nampak)," katanya.
  
Namun dia dan keluarga reda dengan ujian yang diterima itu dan enggan terlalu memikirkan soal itu..
  
Syarifah Dollah, 45, turut merayu pihak berkenaan supaya dapat membekalkan lebih banyak bantuan selimut kerana kebanyakan mangsa banjir kesejukan apabila malam ditambah lagi bila hujan.
  
"Di sini ramai orang tua dan kanak-kanak. Mereka tidak tahan sejuk, lebih-lebih lagi bila hujan, jadi jika dapat bantuan selimut, toto, kain batik atau pelikat sekurangnya dapatlah kami memanaskan badan," katanya.

- Bernama

KELANTAN RUGI RM1 BILION, NAJIB WAJAR SERAH ROYALTI PETROLEUM KEPADA KELANTAN

Posted: 01 Jan 2015 09:30 PM PST

Surat terbuka Salahuddin kepada PM Najib


Surat Terbuka Kepada YAB Datuk Seri Najib Abd Razak, Perdana Menteri Malaysia

Assalamualaikum Wr th

Jangan Menambah Deraian Air Mata Rakyat Kelantan

Tragedi banjir yang melanda negeri Kelantan beberapa hari yang lalu adalah merupakan yang terbesar dalam sejarah negara.

Kesan daripada tragedi ini sangat menyayat hati seluruh rakyat di negara ini. Kemusnahan harta benda dan derita yang terpaksa ditanggung oleh rakyat Kelantan tidak ada ayat dan bahasa yang mampu menterjemahkannya.

Saya mengambil maklum bahawa YAB telah menyaksikan sendiri kemusnahan yang berlaku akibat banjir besar ini terutama beberapa kampung di Manek Urai.

Sebagai seorang Perdana Menteri, YAB pastinya dapat memahami betapa sukarnya rakyat yang terlibat untuk membina semula kehidupan mereka apabila rumah kediaman yang telah musnah sama sekali.

Oleh yang demikian saya harap YAB supaya memulangkan kembali bayaran royalti petroleum yang sememangnya menjadi hak kerajaan dan rakyat negeri Kelantan.

Adalah sangat wajar dan sampai masanya YAB meletakkan kepentingan rakyat dan kemanusiaan di tempat yang sebenarnya.

Akhirnya saya berdoa ke hadrat Allah SWT semoga membuka hati nurani YAB untuk memberi hak kepada yang berhak dan meletakkan keadilan sebagai sifat utama dalam diri YAB.

Sekiranya Wassalam

Salahuddin Ayub
Naib Presiden PAS


Pengarah Pusat Pengurusan Bencana Malaysia (MEDM)Nilai Kerugian Banjir RM1 Bilion Di Kelantan – Tok Pa


KUALA LUMPUR – Bencana banjir besar yang menimpa wilayah Pantai Timur dan kemudian beberapa negeri lain di Pantai Barat akhir tahun lalu kemungkinan bakal menyebabkan nilai kerugian harta benda awam lebih sebilion ringgit.

Malah, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed menganggarkan di Kelantan sahaja sebagai negeri yang paling terjejas teruk, nilai kerugian tersebut boleh ditaksirkan menghampiri angka RM1 bilion.

Perkara itu dilaporkan portal berita tempatan AgendaDaily dalam tweet terbaharu yang turut menyiarkan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai berkata, anggaran kerosakan di sekolah-sekolah kira-kira RM350 juta.

Ia berikutan kira-kira 340 buah sekolah di tujuh buah negeri yang dilanda banjir terpaksa ditutup operasi akibat sama ada dijadikan sebagai pusat pemindahan sementara untuk mangsa banjir atau langsung turut tenggelam ekoran bencana tersebut.

Mustapa yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bencana Banjir Peringkat Negeri Kelantan pada minggu lalu mengumumkan kerajaan Pusat akan mengenal pasti prasarana yang rosak disebabkan banjir di semua 10 buah jajahan di negeri berkenaan.

Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Shukry Mohd. Salleh ujar beliau, ditugaskan untuk mengumpul segala maklumat berhubung kerosakan jalan raya, hospital, sekolah dan sebagainya.

Kerja-kerja tersebut dijangka mengambil masa dua minggu kerana pihak berkenaan dijangka menempuh cabaran getir memasuki kawasan luar bandar yang terputus hubungan darat selain sistem komunikasi yang belum pulih sepenuhnya.

Dalam pada itu, Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan menganggarkan peruntukan besar sehingga RM350 juta diperlukan bagi membaiki pulih infrastruktur ratusan buah sekolah yang rosak akibat banjir terburuk selepas 2005 dan 2006 lalu.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita ketika melawat mangsa banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan Lambor Kiri di Perak sebelum meninjau perkampungan Orang Asli di Gerik bersama Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir. – Agensi

EKSKLUSIF: Perhatian Semua Gadis, Jangan Terkejut Jika Gambar Anda Dijadikan Koleksi “Page Nakal”

Posted: 01 Jan 2015 09:00 PM PST


 





PERHATIAN! Kepada gadis atau wanita diluar sana wajib baca artikel ini dan lihat gambar didalamnya.
Tahukan anda bahawa gambar-gambar anda yang dimuat naik di laman sosial sama ada di Facebook, Twitter, Whatapps, Wechat dan pelbagai lagi laman sosial sebenarnya banyak dicuri oleh individu tertentu dengan mewujudkan laman Facebook lucah dan gambar dijadikan perbualan lelaki-lelaki hidung belang?

Jadi jangan terkejut jika anda masuk ke page-page ini dan mendapati gambar anda dicuri dan dipaparkan sebagai "modal" lelaki gila seks.

Memang anda merasakan bahawa anda pakai tutup cukup dan bertudung litup, tetapi inilah yang dinamakan internet dimana terdapat baik dan buruknya.


 


"BERTAUBAT LAH SEBELUM TERLAMBAT"
 

AirAsia Sengaja Dijatuhkan....????

Posted: 01 Jan 2015 08:15 PM PST


 Tulisan Dalam Bahasa Indonesia
 
FAKTA.CO, Beijing – Tidak seorang pun menduga, peringatan seorang pengguna salah satu forum di China pada 15 Desember mengenai akan jatuhnya pesawat AirAsia, betul-betul terjadi. Jika anda bisa berbahasa China, silakan lihat sendiri di sini (tianya.cn), dan apabila anda tak memahami bahasa China, silakan cek di sini (G translate) alih bahasa otomatis oleh Google Translate.

Para pengguna forum bbs.tianya.cn hari itu, 15 Desember tidak begitu menghiraukan pesan dari pengguna tak dikenal tersebut. Pengguna lain malah menertawakan dan mengejeknya saat menyangkutpautkan peringatannya mengenai akan hilangnya AirAsia dengan jatuhnya MH370 dan MH17 dari Malaysia Airline.

Dengan gamblang dirinya menegaskan bahwa AirAsia akan menjadi target berikutnya. Ia sempat mewanti-wanti jangan sampai pembaca terbang menggunakan pesawat Malaysia dalam waktu dekat. Amerika Serikat ada di balik itu semua, menurutnya.

Setelah peringatannya menjadi nyata, dan postingan forumnya dibanjiri komentar, belakangan diduga pengguna yang memposting tulisan itu agen intelijen China atau hacker yang berhasil mengintip misi rahasia Amerika Serikat yang disebut Black Hand, lalu ingin berbuat sesuatu untuk menyelamatkan penumpang maskapai penerbangan Malaysia.

Situs berita Vietnam, SaoOnline, 21 Juli lalu menerbitkan sebuah berita bahwa seorang yang pernah menjadi petugas keamanan nasional yang juga seorang model, Dong Yen Ngoc mengaku mengetahui operasi intelijen barat yang mengancam penerbangan Malaysia. Lihat di sini (saoonline.com) untuk membuka berita tersebut, dan cek di sini versi google translate.

Namun Dong Yen Ngoc enggan menyebut nama maskapai secara spesifik. Dirinya menulis: "Setahun yang lalu saya menerima sumber intelijen mengingatkan jika ingin pergi keluar negeri, hindari pergi lewat 2 maskapai Malaysia dan satu perusahaan lagi (saya takkan sebutkan agar tak mengganggu kenyamanan banyak orang). Maka saya bertanya apakah di Vietnam? Pertanyaan saya tidak dijawab. Dia hanya mengatakan, berikutnya akan lebih buruk, dia hanya berusaha membantu saya agar tetap hidup."

Banyak pihak meyakini bahwa Duong Yen Ngoc saat ini masih seorang intelijen Vietnam, yang karena tidak tega, model iklan dan artis Vietnam ini memposting peringatan di akun facebooknya di sini. Dan seperti biasanya, penyesalan selalu hadir belakangan.

Berikut adalah daftar kecelakaan pesawat Malaysia setahun terakhir:

MH370, Malaysia Airlines Boeing 777 pada 8 Maret hilang tanpa jejak saat terbang dari Kuala Lumpur menuju Beijing. Setelah pencarian yang panjang di Samudera Hindia, tak secuil puing pun ditemukan. 
 
Empat bulan kemudian, tepatnya pada 4 Oktober, beberapa peralatan pesawat ditemukan di 3000KM barat Australia berupa sonar, kamera and sensor bahan bakar. 239 penumpang dan awak dinyatakan tewas.

MH17, Malaysia Airlines Boeing 777 pada 17 Juli ditembak jatuh di wilayah udara Ukraina saat melakukan penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur. 298 penumpang dan awak, tewas.

QZ8501, AirAsia tipe Airbus A320-200, hilang saat terbang dari Surabaya menuju Changi. 162 penumpang dan awak tewas.

Bagaimana mungkin 3 pesawat asal negara yang sama, yaitu Malaysia, jatuh dalam waktu kurang dari 1 tahun? 
 
Professor Jeff Rosenthal menjelaskan bahwa kemungkinan pesawat jatuh hanyalah 0.00001% dan persentase kecelakaan justru jauh lebih tinggi disaat anda dari pintu rumah menuju bandara, dibandingkan saat memasuki pintu pesawat hingga keluar dari pintu pesawat, menurut data statistik.

Tentunya perlu kita semua ketahui, di bawah ini daftar maskapai pesawat komersial asal Malaysia:

Sudah dua orang yang diduga intelijen Cina dan Vietnam, bahkan salah satunya artis terkenal, yang berani mempertaruhkan karir bahkan nyawanya untuk menyelamatkan orang-orang. 
 
Sekarang giliran anda untuk berbuat sesuatu, bagikan artikel ini untuk memberitahu yang lain. Jangan sampai jatuh lebih banyak korban.

VIDEO - Husam Dedah Rahsia Banjir Besar Di Kelantan?

Posted: 01 Jan 2015 07:30 PM PST



KUALA LUMPUR: "Banjir pergi dengan sebahagian penduduk kehilangan rumah sepenuhnya. Tentunya pula mereka kehilangan pakaian dan lainnya," tulis Datuk Husam Musa.

Menurut Naib Presiden PAS itu, sebahagian besar mereka dari Kuala Krai. Beliau difahamkan sebahagian kuarters anggota polis yang baru siap di Bandar Kuala Krai masih lagi kosong.

Justeru, katanya Kementerian Dalam Negeri wajar mengizinkan mereka menginap di situ sementara rumah mereka dibina semula. 

Menurut beliau lagi, Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli sudah membangkitkan cadangan itu.
"Teka teki masih lagi belum terjawab. Adakah TNB penyumbang terbesar banjir terpelik ini?" tanya Husam menerusi facebooknya pagi tadi.

Husam Dedah Rahsia Banjir Besar Di Kelantan?

Kalau sebelum ini beliau memanjangkan sebutan orang kampung mengenai Empangan Jajar, ada pihak yang membetulkan.

Baginya, orang kampung mungkin tersalah dalam menamakan tetapi syak mereka adalah pada empangan dalam pembinaan.

Beliau menambah, ada satu lagi empangan dalam pembinaan yang hampir siap iaitu Kenyir Dua.
Menurutnya, info mula muncul limpahan dari situ menjadi punca.

Justeru, beliau yang juga Adun Salor memohon TNB memberikan penjelasan segera.

Kerajaan negeri juga, ujar beliau patut menubuhkan jawatankuasa menyiasat.

"Insya Allah selepas ini saya cuba dapatkan imej satelit dari sebuah stesen satelit di China. TNB mesti berani untuk telus," tulis beliau selanjutnya. ~harakahdaily


Addin:

Mungkinkah pembalakan secara berleluasa punca banjir besar di Kelantan?

Tiada Masa Banjir: Nasib Ko Lah Anwar Tidak Ada 'Jet Rasmi'

Posted: 01 Jan 2015 06:45 PM PST

 Anwar: Semua pihak perlu kurangkan berpolitik ROSMIZA KASSIM 1 Januari 2015 Anwar ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, semalam 

KOTA BHARU - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyarankan semua pihak termasuk jentera partinya agar tidak terlalu berpolitik ketika keadaan rakyat di Pantai Timur khususnya Kelantan menghadapi musibah banjir. 

Anwar berkata, dalam keadaan sekarang, kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan perlu memberi tumpuan terhadap usaha meringankan beban mangsa banjir. 

"Saya mohon supaya semua pihak beri tumpuan kepada kerjasama dan bagi ruang serta peluang kepada semua yang mahu membantu, jangan ada cengkaman politik mahupun diskriminasi.

"Jangan lihat dari segi kepentingan politik, lihat kepada kepentingan rakyat," katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di sini, untuk melawat mangsa banjir di negeri ini, semalam. 

Ketika mengulas dakwaan mengatakan beliau tidak sensitif kerana masih berada di luar negara walaupun banjir besar melanda Kelantan, Anwar memberi alasan faktor tiket kapal terbang sebagai halangan beliau bersama rakyat. 

"Saya minta maaf kalau saya lambat datang. Memang saya tiada ada keupayaan untuk balik segera kerana tidak ada penerbangan, tempahan tiket tidak boleh ditukar. 

"Gambar saya mengayuh basikal yang disebarkan itu sebenarnya sebelum banjir lagi, takkan saya naik basikal sebelum banjir pun nak dijadikan isu," katanya. 

Bagaimanapun katanya, dalam tempoh bencana tersebut, beliau sentiasa mendapatkan maklumat melalui pimpinan parti yang berusaha untuk memberi bantuan sewajarnya. 

Katanya, dalam keadaan genting itu, tidak perlu mengumumkan peruntukan wang berjuta-juta, sebaliknya apa yang penting menyegerakan bantuan makanan dan keperluan lain kepada mangsa banjir. 


Posted by mountdweller
Tiada Masa Banjir: Nasib Ko Lah Anwar Tidak Ada 'Jet Rasmi' Anwar: Semua pihak perlu kurangkan berpolitik ROSMIZA KASSIM 1 Januari 2015 Anwar ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, semalam KOTA BHARU - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyarankan semua pihak termasuk jentera partinya agar tidak terlalu berpolitik ketika keadaan rakyat di Pantai Timur khususnya Kelantan menghadapi musibah banjir. Anwar berkata, dalam keadaan sekarang, kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan perlu memberi tumpuan terhadap usaha meringankan beban mangsa banjir. "Saya mohon supaya semua pihak beri tumpuan kepada kerjasama dan bagi ruang serta peluang kepada semua yang mahu membantu, jangan ada cengkaman politik mahupun diskriminasi. "Jangan lihat dari segi kepentingan politik, lihat kepada kepentingan rakyat," katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di sini, untuk melawat mangsa banjir di negeri ini, semalam. Ketika mengulas dakwaan mengatakan beliau tidak sensitif kerana masih berada di luar negara walaupun banjir besar melanda Kelantan, Anwar memberi alasan faktor tiket kapal terbang sebagai halangan beliau bersama rakyat. "Saya minta maaf kalau saya lambat datang. Memang saya tiada ada keupayaan untuk balik segera kerana tidak ada penerbangan, tempahan tiket tidak boleh ditukar. "Gambar saya mengayuh basikal yang disebarkan itu sebenarnya sebelum banjir lagi, takkan saya naik basikal sebelum banjir pun nak dijadikan isu," katanya. Bagaimanapun katanya, dalam tempoh bencana tersebut, beliau sentiasa mendapatkan maklumat melalui pimpinan parti yang berusaha untuk memberi bantuan sewajarnya. Katanya, dalam keadaan genting itu, tidak perlu mengumumkan peruntukan wang berjuta-juta, sebaliknya apa yang penting menyegerakan bantuan makanan dan keperluan lain kepada mangsa banjir. Posted by mountdweller at 7:00 AM

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win

UKRAINE TALI BARUT ROTHSCHILD

Posted: 01 Jan 2015 06:00 PM PST

‎UKRAINE TALI BARUT ROTHSCHILD   (Gambar) wang kertas 500 Hryvnia (matawang Ukraine) dan simbol MATA DAJJAL   ''All Seeing Eye''    Bukti jelas Ukraine bersekongkol dgn Yahudi (Rothschild) dlm konspirasi Dajjal MH17 utk melaga2kan Russia dan Malaysia.   Peristiwa malang terjadi kepada pesawat negara MH17 adalah hasil operasi "false flag". Ini adalah modus operandi yang sering dilakukan sebelum perang dilancar.   Ketika ini juga, kita melihat bagaimana Amerika dan sekutunya sedang memasang jarum, mencucuk Rusia di Ukraine. Kita telah melihat bagaimana Syria menjadi mangsa proksi zionis ini dalam strategi untuk mengepung Iran dan kini pula terhadap Rusia.   Minggu lalu dunia telah melihat Putin yang mewakili Rusia sebagai peneraju bersama pemimpin Brazil, India, China dan South Africa (BRICS) telah bersatu untuk memecah hagemoni ekonomi Amerika.    Negara-negara ini merancang untuk meninggalkan dolar sebagai sandaran mata wang dan menggunakan mata wang mereka sendiri yang bersandar kepada emas.   Kini telah tiba masanya pakatan BRICS ini membebaskan ekonomi dunia yang dimonopoli melalui sistem mata wang (dollar $) dari kuasa imperialis Amerika yang dikuasai oleh Israel.    Akan tetapi untuk melaksanakan mata wang yang bebas dari pengaruh dolar bukanlah satu tugas yang mudah. Mana-mana negara yang cuba bangun melawan pasti akan diserang. Lihatlah apa yang telah terjadi kepada Bung Karno, Saddam Hussein, Muammar Ghadaffi, Basyar, Negara Iran, Cuba, Venezuela, Korea Utara? Pemimpin mereka tidak akan melutut kepada Amerika sama sekali.   Amerika amat memerlukan peperangan untuk menguasai kepentingan ekonomi dunia. Hutangnya yang bertrillion kepada bank dunia (rothschild) sudah tidak mampu untuk dibayar akibat perbelanjaan perang "war on terror".   Laporan dari Global Research yang berpangkalan di Canada.   "It is not Moscow, but the US and its European allies, led by Germany (ROTHSCHILD), who are changing

(Gambar) wang kertas 500 Hryvnia (matawang Ukraine) dan simbol MATA DAJJAL
''All Seeing Eye'' 


Bukti jelas Ukraine bersekongkol dgn Yahudi (Rothschild) dlm konspirasi Dajjal MH17 utk melaga2kan Russia dan Malaysia.

Peristiwa malang terjadi kepada pesawat negara MH17 adalah hasil operasi "false flag". Ini adalah modus operandi yang sering dilakukan sebelum perang dilancar.

Ketika ini juga, kita melihat bagaimana Amerika dan sekutunya sedang memasang jarum, mencucuk Rusia di Ukraine. Kita telah melihat bagaimana Syria menjadi mangsa proksi zionis ini dalam strategi untuk mengepung Iran dan kini pula terhadap Rusia.

Minggu lalu dunia telah melihat Putin yang mewakili Rusia sebagai peneraju bersama pemimpin Brazil, India, China dan South Africa (BRICS) telah bersatu untuk memecah hagemoni ekonomi Amerika. 

Negara-negara ini merancang untuk meninggalkan dolar sebagai sandaran mata wang dan menggunakan mata wang mereka sendiri yang bersandar kepada emas.

Kini telah tiba masanya pakatan BRICS ini membebaskan ekonomi dunia yang dimonopoli melalui sistem mata wang (dollar $) dari kuasa imperialis Amerika yang dikuasai oleh Israel. 

Akan tetapi untuk melaksanakan mata wang yang bebas dari pengaruh dolar bukanlah satu tugas yang mudah. 

Mana-mana negara yang cuba bangun melawan pasti akan diserang. Lihatlah apa yang telah terjadi kepada Bung Karno, Saddam Hussein, Muammar Ghadaffi, Basyar, Negara Iran, Cuba, Venezuela, Korea Utara? Pemimpin mereka tidak akan melutut kepada Amerika sama sekali.

Amerika amat memerlukan peperangan untuk menguasai kepentingan ekonomi dunia. Hutangnya yang bertrillion kepada bank dunia (rothschild) sudah tidak mampu untuk dibayar akibat perbelanjaan perang "war on terror".

Laporan dari Global Research yang berpangkalan di Canada.

"It is not Moscow, but the US and its European allies, led by Germany (ROTHSCHILD), who are changing "borders by force" and provoking Russia. Washington and Berlin first orchestrated the fascist-led February 22 putsch to replace the elected, pro-Russian government of President Viktor Yanukovych with a pro-Western puppet regime. 

The West of course knew that the installation of a violently anti-Russian regime in Kiev would provoke a reaction from both Moscow and in eastern Ukraine"

Di dalam satu hadis riwayat Muslim (Hadis No.2946), Rasulullah SAW bersabda:

ما بين خلق آدم عليه السلام إلى قيام الساعة أمر أكبر من الدجال

Mafhumnya:

''DI ANTARA PENCIPTAAN ADAM DAN TERJADINYA KIAMAT, TIDAK ADA FITNAH (DUGAAN) YANG LEBIH DAHSYAT DARIPADA FITNAH AD-DAJJAL
 

Tahniah Tuan Yang Terutama Sabah - by Zainnal Ajamain

Posted: 01 Jan 2015 05:30 PM PST


Tahniah TYT Sabah Sempena perlantikan kali kedua

Dengan harapan "Taat setia kepada Negeri Sabah dan Persekutuan Malaysia" juga ada di sebut seperti terkandung didalam Artikel 4 Jadual 1 Perlembagaan Negeri Sabah.

Kita rakyat Malaysia di Sabah taat setia kepada Persekutuan Malaysia bukannya Persekutuan Tanah Melayu.

In lantikan terakhir, tiada sambungan lagi – ini masanya tunjukkan semangat cintakan Sabah.

Ini Kali Lah !!!

Tuntut supaya Perjanjian Malaysia di hormati, di patuhi dan di penuhi

Di mana di sebut "Perjanjian Malaysia" di dalam "Perlembagaan Persekutuan?"

Di mana di sebut tafsiran "Hari Malaysia" di dalam "Perlembagaan Persekutuan?"

Kenapa Sabah di masukkan sebagai "Negeri Negeri Persekutuan"? bilamana Persekutuan bererti Persekutuan yang di bentuk melalui Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 dan bukannyaPerjanjian Malaysia 1963.

Tidak menghormati Perjanjian Malaysia bermakna Persekutuan Tanah Melayu tidak menghormati Persekutuan Malaysia. Siapa yang khianat Perjanjian Malaysia? Sabah atau Persekutuan Tanah Melayu?

Kalau bukan kita siapa lagi?

Kalau bukan sekarang bila lagi?

Kita tuntut Persekutuan Tanah Melayu

Jangan Buyuk Sabah ……. Bah !!!!

Status terkini berkenaan RIBUT TROPIKA JANGMI yang dikatakan akan melanda negara

Posted: 01 Jan 2015 04:55 PM PST

 
 
 

MKN Nafi Ribut Tropika Jangmi Akan Landa 90 Peratus Kawasan Di Malaysia Pada 3 Jan
Oleh Noor Farhana Ahmad Norain

KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab menafikan dakwaan kononnya ribut tropika 'Jangmi' akan melanda 90 peratus kawasan di Malaysia pada 3 Jan ini.

Beliau berkata mesej yang tersebar secara meluas di laman sosial hari ini berhubung perkara itu adalah tidak benar sama sekali.

Mohamed Thajudeen menjelaskan bahawa ribut tropika Jangmi yang kini berada di kawasan perairan Filipina dijangka akan menjadi lemah di kawasan Laut Sulu.

"Cuma yang akan berlaku nanti ialah laut akan bergelora, dan berlaku hujan di beberapa kawasan khususnya di sebelah timur Malaysia.

"Kita telah semak dengan Jabatan Meteorologi dan mereka nyatakan ribut tropika itu memang berada di kawasan Filipina. Tetapi tidaklah sampai akan melanda 90 peratus kawasan Malaysia. Ia akan menjadi lemah di Laut Sulu," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

MKN menyifatkan penyebaran berita tidak benar sebagai perbuatan khianat pihak tidak bertanggungjawab, kata Mohamed Thajudeen.

Beliau menasihatkan agar perbuatan itu dihentikan, memandangkan rakyat Malaysia baru hendak pulih daripada bencana banjir dan mahu memulakan hidup baharu.

"Janganlah buat perbuatan khianat ini kepada rakyat. Cerita-cerita begini mewujudkan suasana panik, cemas dan mengecewakan rakyat. Perbuatan ini tidak baik dan boleh dianggap mengkhianati rakyat Malaysia," katanya.

Semalam, Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia, Datuk Che Gayah Ismail berkata ribut Jangmi dijangka menyebabkan keadaan laut bergelora hanya di perairan Sabah, Labuan, dan Miri serta Bintulu di Sarawak dalam tempoh 31 Dis hingga 2 Jan.

Penduduk di kawasan perairan Sabah (Kudat, pantai barat, Sandakan dan pedalaman) dinasihatkan mengelak daripada sebarang aktiviti marin terutamanya pada 1 Jan, 2015, kerana ribut tropika itu dijangka akan menyebabkan cuaca buruk di kawasan-kawasan berkenaan.

Semalam, Che Gayah berkata ramalan dari Joint Typhoon Warning Centre (JTWC) menyebut bahawa ribut itu berada 665km dari Timur Laut Sandakan dan sedang bergerak ke arah Barat dengan kelajuan 15km sejam.

"Ribut itu boleh menyebabkan angin kencang selaju 50 hingga 60kmsj yang berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri," kata Che Gayah.

Beliau berkata ia boleh mengakibatkan ombak mencapai ketinggian 4.5 meter serta hujan lebat di kawasan berkenaan.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia dalam makluman terbaharunya menyatakan ribut tropika Jangmi telah menjadi lemah kepada Lekukan Tropika pada 12 tengah hari tadi.

Lekukan Tropika itu boleh menyebabkan angin kencang dengan kelajuan 40-50 kmsj dan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter di kawasan perairan Sabah (Sandakan, Kudat, pantai barat dan pendalaman), Labuan dan beberapa kawasan di Sarawak.

"Mengikut cerapan pada jam 12 tengah hari tadi, Lekukan Tropika ini berada pada kedudukan latitud 8.9 darjah Utara dan longitud 121.7 darjah Timur. Jarak paling hampir dengan bandar di Malaysia ialah 527 km ke Timur Laut Sandakan.

"Ia sedang bergerak ke arah selatan dengan kelajuan 12kmsj," menurut kenyataan jabatan itu.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui talian hotline 1-300-22-1638 dan laman sosial MetMalaysia di facebook https://www.facebook.com/malaysiamet atau twitter https://twitter.com/malaysiamet.

-- BERNAMA

MH370- KANTOI penumpang ukraine MH370 masih hidup dan Lokasi MH370 ada di bawah tanah - By canang

Posted: 01 Jan 2015 08:00 AM PST

 
 
Satelite x-ray russia berjaya mengesan 1 pesawat boieng awam disembunyikan dalam bangunan bawah tanah di kem tentera udara sevastopol, ukraine... Setelah disahkan pesawat tersebut ialah pesawat MH 370 milik Malaysia

baca lagi kupasan dan bukti2 oleh kapten Sharifah Sofia Syed Rashid
Kemana pesawat tersebut berada dan apakah nasib kesemua penumpang dan anak-anak kapal MH 370 akan terjawab fan menemui noktah yg muktamad.
Sah pesawat Boeing 777 yang mempunyai sistem berkomputer aitu ' fly by wire system ' berjaya digodam oleh seseorang yang berkemahiran tinggi yang berada di dalam pesawat MH 370 sebelum seseorang masuk ke dalam kokpit pesawat dan mengambil alih pemanduan dari Kapten Zaharie.
2 penumpang yang dimaksudkan itu ialah dari Ukraine iaitu Oleq Chustrak dan Segil Deineka yang berjaya mengodam sistem tersebut dan mematikan transponder dan seluruh suis yg berada dlm pesawat MH 370 secara automatik sebelum menceroboh masuk ke dalam kokpit pesawat.
Ikuti bukti-bukti saintifik dan fakta-fakta tentang konspirasi tertinggi yang didalangi oleh Amerika dan Yahudi laknatullah di bawah ini yang disampaikan secara eksklusif oleh Sharifah Sofia Syed Rashid


Usaha mencari melibatkan pelbagai negara dilancarkan, mula-mula di Laut China Selatan dan kemudian beralih di Selat Melaka dan selepas itu di Laut Andaman, sebelum pasukan SAR mencari dan mengalih tumpuan ke perairan Australia Barat iaitu di Selatan Lautan Hindi. Susulan daripada pencarian yg berubah-rubah ini penyiasat telah pun membuat kesimpulan yg sebenarnya laporan MH370 " berakhir " dilautan hindi adalah teori dan rekaan semata-mata.


Perhatikan gambarrajah di bawah ini yang menunjukkan pesawat MH370 cuba membuat u-turn.Yg sebenarnya sewaktu MH370 hilang dari radar yg pesawat tersebut telah pun melalui ruang udara Thailand.

Kerajaan Thailand " mengisytiharkan " bahawa dpt mengesan pesawat MH370 melalui ruang udaranya. Bila ditanya kenapa Thailand tidak memaklumkan kpd kerajaan Malaysia ttg hal ini., mereka menjawab sbb kerajaan malaysia tak tanya mereka.... Inilah laporan yg betul dan telah disahkan serta disiarkan oleh semua media termasuk media utama di Malaysia.
Selang beberapa hari kemudiannya media-media M'sia tiba-tiba mengeluarkan berita yg dianggap ' uturn ' bahawa Kerajaan Thailand menafikan laporan yang mengatakan radar Thailand dapat mengesan pesawat MH 370 lalu diruang udaranya.
Nampak tak tangan ghaib di sini siapa ?


Ni dia wajah 2 penumpang MH370 dari Ukraine iaitu Oleg Chustrak & Sergii Deineka iaitu askar upahan yg terlatih. Beliau merupakan agen CIA yg berjaya mengambil alih pemanduan dari Kapten Zaharie dan menerbangkannya ke koridor utara


Kedua-dua dajjal ini mempunyai rekod jenayah dlm data base Russia iaitu :-

(1) Percubaan untuk bunuh president Angola
(2) Pernah mengebom Balai Polis Bab Azzur
(3) Pembunuh upahan untuk peperangan di serbia, 
(4) Menjual senjata haram pada Al-Qeeda & agen CIA US.


Ni bukti yg penumpang Ukraine yang menaiki pesawat MH 370 masih hidup. lihat oleg Chustrak ini boleh online webcam lagi pada 28/7/2014 semasa bercuti di Bali .Pesawat MH hilang pada 08/03/14..


Sekarang ni FSB Russia sedang memburu kedua-dua dajjal yang telah menghijacked pesawat MH 370



Di bawah ni bukti yang diambil di akhbar russia " The voice of Russia & Ria Novosti " . 



Kerajaan Thailand tunjukkan bukti dan serahkan kepada Russia. Radar Thailand di Phuket berjaya mengesan pesawat MH 370 ditutup transponder dan cuba terbang rendah di bawah 1000 meter menghala ke utara andaman sea seterusnya pergi ke Bangladesh pada jam 2.40 pagi.. 

Take Note: Data sulit Marshal Montol Suchookorn ini telah diserahkan pada kerajaan Russia sebagai bukti pesawat MH 370 telah terbang rendah melalui radar udara Thailand.

  Okey ni bukti penting yang ingin ditunjukkan kepada dunia dan kepada semua keluarga mangsa pesawat MH 370 ke mana sebenarnya MH 370 dibawa.




Perhatikan baik-baik tracking route map pesawat MH 370 bergerak. Dari aceh Thailand Bangladesh Nepal Kyrgyzstan besh tesh valley talas caspian sea Azerbaijan, Georgia & seterusnya ke sevastopol air base Ukraine.... 


Menurut Serik Mukhtybayev pesawat MH 370 yg dipandu oleh Oleq Chustrak dan Sergii Deinika sengaja dipandu mengikut laluan negara tidak maju untuk elak di kesan oleh radar moden.
Sebelum pesawat MH 370 sampai ke Ukraine, pesawat tersebut sempat mendarat di Kyrgyzstan untuk mengisi minyak iaitu us airbas airport lama yg dulu digunakan utk menyerang Afganistan dan meneruskan perjalanan ke Sevastopol airbase ukraine....
TAKE NOTE: Pesawat MH 370 tidak terhempas di lautan hindi Australia seperti yang didakwa oleh inmarsat dan media-media pro usa. Perhatikan bulatan biru itu radar russia di kg.Talas berjaya mengesan pesawat MH 370 menghala ke Ukraine.
 




 Anda tahu siapa orang di bawah ni. Dialah orang yang dipertanggungjawabkan oleh kerajaan Russia untuk menjaga radar di sempadan Kg. Talas. Nama beliau ialah Mr. Serik Mukhtybayev. Beliau berjaya mengesan pesawat MH 370 merentasi sempadan Kazakhstan pada jam 8.15 pagi (waktu Malaysia)


Take Note (Penting): Walaupun pesawat MH 370 cuba ditutup atau diduplicate transponder. Radar Russia masih boleh mengesannya.. Menurut Serik Mukh org yg bertanggunjawab menjaga radar pada 08 march 2014, pesawat MH 370 berjaya dikesan bersembunyi di belakang pesawat SIA68 15 minit melintasi Kazakhstan menuju ke ukraine





Semua keluarga mangsa MH 370 termasuk Malaysia sendiri telah dikencing hidup-hidup oleh laporan Inmarsat yg berpangkalan di UK yang mengatakan pesawat MH 370 telah terhempas di selatan lautan hindi. Yg sebenarnya pesawat tersebut tidak terhempas mahupun pun ditembak.



Ini bukti pesawat MH 370 menghala ke Koridor Utara menuju ke Ukraine. Kali ini data radar tentera Kazakhstan pula mengesannya pada jam 08.59 pagi pesawat transponder MH 370 cuba ditutup merentasi sempadan Kyrgyzstan - Kazakhstan- laut caspian - Georgia -dan seterusnya menghala ke sevastopol ukraine.

Maklumat data sulit di bawah ini berjaya diberikan oleh negara Kazakhtan dan diserahkan kpd Serik Mukhtybayev org yg menjaga radar di Kg. Talas (Russia)



Anda nak bukti lagi nah ambik ni...


Ni satu lagi bukti radar tentera di Turkmenistan berjaya mengesan Pesawat MH 370 yg ditutup transponder cuba sembunyi di belakang pesawat SIA68 di (-48E70/Singapore) menuju arah utara ke Ukraine.

 Ni bukti terakhir kedudukan lokasi sebenar dimana pesawat MH 370 disembunyikan sekaligus Russia berjaya mengcheckmate Amerika dlm kes misteri kehilangan MH 370 yg selama ini membelenggu masyarakat dunia 


Satelite x-ray russia berjaya mengesan 1 pesawat boieng awam disembunyikan dalam bangunan bawah tanah di kem tentera udara sevastopol, ukraine... Setelah disahkan pesawat tersebut ialah pesawat MH 370 milik Malaysia 

 Nilah dia 2 gambar dajjal dunia iaitu Yatsenyuk & Obama yg merancang untuk kes pesawat MH 370 dan MH 17 




Ramai yg tertanya kenapa Amerika memilih pesawat MAS dlm siri dajjalnya. Ini jawapannya: 


Tujuan sebenar Amerika menyuruh Ukraine hijacked pesawat MAS adalah untuk mendapat dana dari PBB sebanyak 1bilion usd... 
Apabila dapat duit sebanyak tu dari PBB UKraine hendak membayar tunggakan gaji kakitangan kerajaan dan tenteranya dari bulan ogos 2013 hingga ogos 2014.
Manakala ekonomi dan nilai mata wang Dollar Amerika sudah jatuh so Amerika memgambil kesempatan untuk.menagih simpati dari duit PBB dengan cuba menuduh Russia cuba menembak pesawat MH 370 tetapi gagal kerana setelah MH 370 dilandingkan di Ukraine dan ditukar enjin tiba-tiba pesawat tidak boleh diterbangkan dan Plan B digunakan untuk menuduh Russia tembak pesawat MH 17. 
Atas dasar ini Amerika melihat Malaysia sebuah negara yg kecil yg tidak mempunyai musuh dan berbaik dgn semua negara maka senanglah Amerika menjadikan pesawat Malaysia sebagai sasaran dlm kata lain dikambing hitamkan.
TIMBUL PERSOALAN di sini: Siapa yg berani mendakwa 2 dajjal ni utk dihadapkan ke mahkamah antarabangsa di suatu hari nanti ataupun di akhir cerita nanti berkesudahan dgn peperangan yg mana Amerika dan sekutu-sekutunya akan diserang oleh Russia dan sekutu-sekutunya.
Tunggu dan lihat bagaimana kes berprofil paling tinggi di dunia setakat ini akan berakhir *y)
 
Share this article :

Polis diminta siasat komen 'hakim' kes Zaidi MALAYSIAKINI

Posted: 01 Jan 2015 06:30 AM PST

 

Polis digesa menyiasat komen Facebook yang didakwa dibuat seorang panel mahkamah yang mendengar kes Mejar Zaidi Ahmad.

Gesaan itu dibuat melalui laporan polis gabungan proreformasi pilihan raya, BERSIH, di Petaling Jaya hari ini.

"Demi keadilan kepada semua, kami mohon pihak polis segera memulakan siasatan terhadap komen tersebut," menurut laporan polis timbalan pengerusi BERSIH Sarahun Hoda Abdul Hassan.

Katanya, siasatan harus dibuat kerana jika ia benar bersifat prejudis dan subjudis terhadap perbicaraan.

Peguam Zaidi, Hanipa Maidin pada 5 November mendakwa seorang anggota panel mahkamah yang mendengar kes Zaidi meninggalkan komen pada berita disiarkan Malaysiakini menerusi Facebook miliknya.


Hanipa mendakwa komen itu dibuat pada berita "Peguam: Kesalahan Mejar Zaidi hanya kerani berani" bertarikh 20 Oktober 2014.

Hanipa mendakwa komen itu (bawah) dibuat pemilik akaun bernama "Saadon T'son" yang menggesa Zaidi agar "duduk di kampung sahaja jika tak nak menjadi tentera".

Hanipa memohon agar mahkamah yang mendengar kes itu dibubarkan kerana komen itu menunjukkan hakim berat sebelah.

Zaidi, anggota tentera udara, dihadapkan ke ke mahkamah tentera berhubung kenyataan mengenai kemelut penggunaan dakwat kekal semasa pilihan raya umum lepas.

Mahkamah tentera menetapkan 7 Januari ini untuk menyampaikan keputusannya .

Zaidi sebelum itu gagal dalam usaha mendapatkan pengisytiharan bahawa perbicaraan terhadapnya tersilap bicara.

Dicatat oleh ELBI RISALAH.

Ibu Menangis Sambil Mengutip Cebisan Daging Anak

Posted: 01 Jan 2015 06:00 AM PST

 
WANITA mengutip cebisan daging dan otak mayat anaknya yang terbabit dalam kemalangan.


Kajang:  Suasana hiba menyelubungi lokasi nahas jalan raya apabila seorang ibu dilihat tunduk menangis sambil mengutip cebisan daging dan otak anak lelakinya yang maut.

Dalam kejadian jam 9.30 pagi semalam, wanita malang itu mengambil masa lebih 10 minit untuk mengumpulkan cebisan mayat anaknya yang hancur digilis lori tanah di Batu 12 1/2, Jalan Hulu Langat di sini.

Kemalangan berhampiran Taman Sri Nanding itu meragut nyawa anaknya, Muhammad Khairul Ashraf Kamarulzaman, 15, dan seorang lagi remaja, Muhammad Fais Mohamad Daud, 16.

Kedua-dua mangsa itu dikatakan dalam perjalanan menunggang motosikal untuk mengecat masjid di Sungai Besi.


Bloglist Malaysia

Banjir K'tan: Pulih Mengejut. Pulangkan Rayalti Rakyat! Posted by Ibnu Hasyim

Posted: 01 Jan 2015 05:15 AM PST

 
KUALA LUMPUR: Keadaan banjir di Kelantan pulih mendadak apabila hampir separuh jumlah mangsa banjir dibenarkan pulang pagi ini.

Menurut Jurucakap Jabatan Kebajikan Masyarakat Kelantan, jumlah mangsa banjir setakat 10 pagi ini menurun secara mendadak kepada 44,081 orang berbanding 81,458 orang malam tadi.

Katanya, mereka yang terdiri daripada 10,753 keluarga masih ditempatkan di 178 pusat pemindahan di lapan jajahan.

Setakat ini, jumlah mangsa banjir di Tanah Merah sebanyak 14,184 orang, Tumpat (9,524 orang), Kuala Krai (5,645 orang), Kota Baharu (4,910 orang), Machang (3,769 orang), Pasir Mas (3,015 orang), Gua Musang (3,006 orang) dan Pasir Puteh (28 orang).

Cuaca di negeri berkenaan juga dilaporkan cerah pagi ini.

Secara keseluruhan jumlah mangsa banjir yang masih berada di pusat pemindahan di Kelantan, Pahang, Terengganu, Perak dan Johor ialah 111,855 orang setakat pagi ini.

Sementara itu, keadaan banjir di Terengganu dan Pahang juga terus menunjukkan tanda-tanda semakin pulih apabila jumlah mangsa di Terengganu terus mencatat penurunan kepada 10,051 orang pagi ini berbanding 11,175 malam tadi.

Di Pahang pula jumlah mangsa banjir pagi ini berkurangan sedikit kepada 50,272 orang berbanding 50,292 orang malam tadi yang kini ditempatkan di 232 pusat pemindahan di lapan daerah.

Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, daerah Temerloh masih menempatkan mangsa banjir paling ramai iaitu 21,773 orang di 70 pusat pemindahan.

Tujuh lagi daerah iaitu Pekan menempatkan 13,425 orang, Jerantut (4,776 orang), Bera (3,174 orang), Maran (3,021 orang), Lipis (2,745 orang), Kuantan (1,174 orang) dan Rompin (130 orang).

Di Perak pula, jumlah mangsa banjir bertambah sedikit kepada 7,313 mangsa daripada 1,981 keluarga pagi ini berbanding 7,139 mangsa daripada 1,950 keluarga malam tadi yang kini ditempatkan di 52 pusat pemindahan di lima daerah.

Menurut jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Perak, Perak Tengah masih menempatkan mangsa banjir paling ramai iaitu 5,145 orang, Kuala Kangsar (1,231 orang), Hulu Perak (762 orang), Kerian (107 orang) dan Manjung (68 orang).

Di Johor, jumlah mangsa banjir masih kekal 138 orang daripada dua daerah terjejas iaitu Segamat (93 orang) dan Batu Pahat (45 orang). - Bernama




Ini Surat terbuka untuk Perdana Menteri dari PAS.

Jangan Menambah Deraian Air Mata Rakyat Kelantan
Tragedi banjir yang melanda negeri Kelantan beberapa hari yang lalu adalah merupakan yang terbesar dalam sejarah negara.

Kesan daripada tragedi ini sangat menyayat hati seluruh rakyat di negara ini. Kemusnahan harta benda dan derita yang terpaksa ditanggung oleh rakyat Kelantan tidak ada ayat dan bahasa yang mampu menterjemahkannya.

Saya mengambil maklum bahawa YAB telah menyaksikan sendiri kemusnahan yang berlaku akibat banjir besar ini terutama beberapa kampung di Manek Urai.

Sebagai seorang Perdana Menteri, YAB pastinya dapat memahami betapa sukarnya rakyat yang terlibat untuk membina semula kehidupan mereka apabila rumah kediaman yang telah musnah sama sekali.

Oleh yang demikian saya harap YAB supaya memulangkan kembali bayaran royalti petroleum yang sememangnya menjadi hak kerajaan dan rakyat negeri Kelantan.

Adalah sangat wajar dan sampai masanya YAB meletakkan kepentingan rakyat dan kemanusiaan di tempat yang sebenarnya. Akhirnya saya berdoa ke hadrat Allah SWT semoga membuka hati nurani YAB untuk memberi hak kepada yang berhak dan meletakkan keadilan sebagai sifat utama dalam diri YAB.

Sekiranya Wassalam

Salahuddin Ayub
Naib Presiden PAS

 

Pengarah Pusat Pengurusan Bencana Malaysia (MEDM)
1 Januari 2015

VIDEO - Al Asmaul Husna - Sharifah Khasif

Posted: 01 Jan 2015 04:30 AM PST



Kerajaan Perak Tolak Bantuan Banjir Dari Kerajaan Selangor ??

Posted: 01 Jan 2015 03:45 AM PST

" Peruntukan Kawasan Ditolak, Sumbangan Banjir Pun Ditolak. Bodoh Sombong Punya Perangai "


tikaq buloh      
 
 

Orang kata sudahlah bodoh, sombong pula. Sebelum ini pembangkang Selangor tolak peruntukan RM200k bagi setiap DUN daripada kerajaan negeri Selangor. Hari ini kerajaan negeri Perak pula tolak pemberian dari kerajaan negeri Selangor sebanyak RM100k untuk bantuan kepada mangsa banjir.

Sekurang-kurangnya terimalah duit itu dan serahkan terus kepada badan-badan yang berkaitan. Jangan nampak nilai sikit terus nak tolak, kononnya alasan penghinaan bagai, oi mangkuk orang bagi dah cukup baguslah. Harap UMNO nak bagi dekat pembangkang haram takdok.

Jadi cuba hargai pemberian orang. Sikit pada UMNO tetapi tetap tinggi nilainya dimata rakyat. Korang takpalah dah memang biasa pegang duit juta-juta. Rujuk bawah ;



SHAH ALAM, 1 JAN: Kerajaan Selangor kesal ekoran Kerajaan Perak enggan menerima sumbangan bernilai RM100, 000 bagi meringankan beban mangsa banjir di negeri itu.

Exco Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan, Dr. Daroyah Alwi berkata, pendirian Kerajaan Perak itu nyata berbeza dengan Terengganu dan Pahang walaupun ditadbir parti Barisan Nasional (BN).

IMG-20141230-WA0012Katanya, pegangan politik sempit sepatutnya diketepikan dalam waktu sukar seperti bencana banjir ketika ini.

"Seperti di Terengganu, kita dimaklumkan wang berkenaan akan diuruskan badan bukan kerajaan (NGO), yang mana itu adalah cara matang dan betul.

"Malangnya, Perak tidak sudi menerima, mungkin jumlahnya kecil tetapi jumlah bukan persoalannya kerana kita mahu tunjukkan kebersamaan rakyat Selangor dengan mangsa banjir," katanya kepada Selangor Kini, di sini, hari ini.

Sehubungan pendirian Perak itu, Daroyah berkata, Kerajaan Selangor tidak dapat meneruskan hasrat menyampaikan sumbangan ke negeri itu.

dr daroyahBagaimanapun, pasukan PANTAS Selangor tetap dihantar bagi membantu sukarelawan terutama di kawasan terjejas teruk seperti di Kuala Kangsar.

"Buat masa ini, kita masih belum ada keputusan bagaimana sumbangan itu boleh disalurkan kepada mangsa banjir Perak. Mungkin kita akan salurkan kepada NGO, tetapi segalanya akan diputuskan pejabat Dato' Menteri Besar," katanya.



Terdahulu, Kerajaan Selangor diketuai Dato' Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali turun sendiri ke negeri dilanda banjir bagi menyampaikan sumbangan bernilai RM 1 juta (Kelantan) dan masing-masing RM 100, 000 di Pahang dan Terengganu. Selangor Kini

Subhanallah !! - Gadis bertudung dedah buah dada di restoran

Posted: 01 Jan 2015 03:15 AM PST






Gendang Perang

VIDEO - ASTAGHFIRULLAH..! MAJLIS SELAWAT NABI - Mat Delima

Posted: 01 Jan 2015 02:45 AM PST



VIDEO - Insaf Lah Wahai Teman......

Posted: 01 Jan 2015 02:11 AM PST



Temerloh: ‘Dah tak ada apa’ Oleh Nurul Huda Kosnon dan Mior Azlan Kamarulbaid

Posted: 01 Jan 2015 12:15 AM PST

 

MERCU tanda Temerloh hampir lenyap ditenggelami air selepas paras air Sungai Pahang naik mendadak Temerloh: "Dah tak ada apa dah...rumah pun hanya nampak bumbung.

"Semua perkakas rumah, termasuk televisyen, mesin basuh dan perabot musnah ditenggelami air," kata Nik Mohd Zaihan Mat Ali, 35, yang mendakwa dia dan keluarganya hidup sehelai sepinggang selepas kediamannya ditenggelami banjir yang melanda Kampung Tebal, Seberang Temerloh, Rabu lalu.

Dia kini ditempatkan di Pusat Pemindahan Sekolah Menengah Kebangsaan Seberang Temerloh bersama keluarga serta kira-kira 3,000 mangsa banjir di seluruh kawasan berkenaan.

Nik Mohd Zaihan yang juga bekerja sebagai penghantar barang berkata, dia mula menyedari air naik dan memasuki kediamannya selepas terjaga daripada tidur iaitu 8.30 pagi, 28 Disember lalu.

"Ketika itu, saya hanya terfikir anak dan keluarga sebelum meninggalkan kediaman 30 minit kemudian untuk menyelamatkan diri," katanya.

Katanya, dia dan isteri, Nurul Fatini Abdul Manan, 35, juga runsing memikirkan keadaan rumah tapi tidak mampu berbuat apa-apa selain reda dengan ketentuan Allah SWT.

"Anak kedua saya berusia tiga tahun turut menghidap lelah sejak berusia tiga tahun dan perlukan perhatian sepenuhnya. "Sejak dipindahkan di pusat pemindahan ini hampir setiap hari anak saya dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan," katanya.

Menurut bapa tiga anak itu, dengan pendapatannya yang tidak menentu dia buntu memikirkan keadannya sekeluarga terutama untuk membina semula kediaman selepas banjir surut. "Isteri tidak bekerja dan anak sulung saya berusia lima tahun akan memulakan sesi pra-sekolah tidak lama lagi.

"Saya tidak tahu apa nak buat. Bila tengok rumah mahu menangis rasanya kerana sampai sekarang pun bumbung rumah saja yang nampak," katanya.

Jumlah mangsa banjir di Pahang mencatatkan angka 51, 263 orang dengan daerah Temerloh seramai 21,301 orang. NIK Mohd Zaihan. FOTO Mior Azlan Mior Kamarulbaid

Posted by mountdweller

DATUK CUBA DIBUNUH...??

Posted: 31 Dec 2014 11:30 PM PST

Seorang yang bergelar Datuk mengalami kecederaan di kaki selepas terkena tembakan yang dilepaskan terhadapnya di Bandar Rahman Putra, Sungai Buloh di sini.

Difahamkan Datuk berusia 49 tahun itu sedang berada di rumahnya di Bandar Rahman Putra apabila dua lelaki menaiki motosikal cuba untuk membunuhnya, kira-kira pukul 10 malam Rabu.

Temubual dengan jiran-jiran mendedahkan bahawa mereka telah mendengar kira-kira empat hingga lima kali tembakan dilepaskan di kawasan perumahan sekitar waktu kejadian.

Dipercayai dua lelaki terbabit telah melarikan diri selepas anak perempuan Datuk berkenaan, yang didakwa menyaksikan kejadian itu, menjerit meminta bantuan.

Sumber berkata, dua peluru telah menembusi bahagian kaki Datuk berkenaan. Terdapat juga dua kesan tembakan pada keretanya.

Beliau telah dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan.

Sumber berkata, empat butir peluru 9mm ditemui di luar pagar kediaman Datuk itu.

Terdapat dakwaan bahawa Datuk itu telah menerima surat ugutan kira-kira sebulan yang lalu.

Ketika dihubungi, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Junaidi Bujang mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu tetapi enggan mengulas siasatan yang belum selesai.

Kes ini telah diklasifikasikan sebagai cubaan membunuh di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan.


LANTAK HANGPA LA.....