Isnin, 28 Disember 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Najib tidak berhak untuk peluang kedua- Syed Saddiq

Posted: 28 Dec 2015 07:00 PM PST



PETALING JAYA: Juara debat, Syed Saddiq Abdul Rahman merayu kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar agar menimbang semula seruannya supaya rakyat Malaysia memberikan peluang kedua kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Ini kerana Najib, katanya, telah banyak mencampuri urusan siasatan skandal yang turut melibatkan dirinya sendiri, dakwanya di laman Facebooknya semalam.

Antaranya, mencampuri siasatan yang dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis terhadap 1MDB selain memecat bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

"Campur tangan dalam siasatan yang dikendalikan amat dikesali oleh rakyat marhaen seperti saya. Ini bukanlah kali pertama beliau dan pasukannya bertindak demikian.

"Patik kira Najib hanya layak diberi peluang kedua jika beliau sedia untuk berundur sementara sehingga siasatan ke atasnya selesai," katanya lagi.

Syed Sadiq mengulas kenyataan yang dibuat Sultan Ibrahim dalam satu wawancara di akhbar The Star baru-baru ini, yang antara lain mengatakan"Saya tahu Perdana Menteri telah dihujani pelbagai kritikan, tetapi bagi saya berilah dia peluang.

"Tahun (2015) sudah sampai ke penghujungnya, kita perlu melangkah ke hadapan. Memang ini tahun yang mencabar buat semua, termasuk saya sendiri," katanya seperti dipetik.

Pelajar tahun akhir Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu juga menyifatkan Sultan Ibrahim sebagai "sumbu harapan rakyat".

"Pinjamkan suara Tuanku kepada kami. Najib sudah diberi peluang berulang kali. Kini tiba giliran rakyat pula diberi peluang," katanya lagi.

Bung Mokhtar kantoi berjudi ????

Posted: 28 Dec 2015 06:30 PM PST

Beberapa keping foto yang disebarkan sebuah blog pembangkang, Omakkau memaparkan seorang lelaki yang didakwa, Ahli Parlimen Kinabatangan, Bung Mokhtar sedang berada di dalam sebuah kasino.

Foto berkenaan kemudiaanya dibandingkan dengan dengan beberapa keping lagi foto lain yang diambil dari akaun Instagram isterinya, Zizie Izzetie.

Berdasarkan foto berkenaan, blogger berkenaan mendakwa indivdu tersebut adalah MP tersebut berdasarkan pakaian yang dipakainya dan mahukan penjelasan.


Mohon Ahmad Maslan Terasa Dengan Sindiran Ini

Posted: 28 Dec 2015 06:00 PM PST


Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyindir sesetengah pihak yang sepatutnya mencari penyelesaian bagi rakyat di kala kos sara hidup tinggi dan bukan membuat cadangan membebankan lagi rakyat.

Tanpa menamakan sesiapa, Asri berkata, untuk menjadi menteri, seseorang individu itu perlulah bijak dan tangkas. ‎

"Menteri itu hendaklah seorang yang sangat waras, bijak lagi tangkas menyelesaikan permasalahan rakyat dan negara.

"Jika akal yang bijak dan tangkas tidak diperlukan untuk menjadi seorang 'pak menteri', maka apakah kelebihan jawatan itu sehingga diberikan gaji dan pelbagai peruntukan istimewa untuknya," kata Asri dalam laman Facebook rasmi DrMaza.com hari ini.

Sebelum ini, seorang Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan berpendapat, rakyat Malaysia melakukan 2 pekerjaan sebagai cara menangani peningkatan kos sara hidup.

Portal Astro Awani memetik Ahmad sebagai berkata, pendekatan 2 pekerjaan itu juga dilakukan kebanyakan rakyat di luar negara.

Selepas cadangan menambah pendapatan dikritik hebat pengguna media sosial, ahli Parlimen Pontian itu mempertahankan kenyataannya dan berkata, beliau sendiri melakukan 3 kerja dalam satu masa.  

"Saya ada 3 kerja: Ahli Parlimen, timbalan menteri, ketua penerangan Umno.

"Ramai dah di Malaysia yang buat #2kerja. Berusaha gigih cari rezeki yang halal," katanya melalui akaun Twitter @ahmadmaslan hari ini.

AHMAD MASLAN DIBODOHKAN

Posted: 28 Dec 2015 05:30 PM PST


MAKNANYA

DENGAN CARA

BERLAPIK

HANG BODOH

MASLAN



Buat 2 kerja tidak selesai masalah ekonomi, kata Shahrir Samad

Ahli Parlimen Shahrir Abdul Samad hari ini menolak cadangan  Ahmad Maslan agar pekerja berpendapatan rendah membuat kerja tambahan bagi mengurangkan beban kewangan mereka.
"Itu bukan jawapan untuk menyelesaikan kesusahan mereka kerana langkah itu akan memberi kesan yang serius terhadap kebajikan keluarga kerana lebih banyak masa dan perbelanjaan perlu dikorbankan," kata ahli Parlimen Johor Baru itu
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/buat-2-kerja-tidak-selesai-masalah-ekonomi-kata-shahrir-samad#sthash.fNM9q82p.dpuf

KAH KAH KAH
woit
kesian 3.85 kena bodoh
kesian ahmad maslan 
kena dibodohkan shahrir
kah kah kah
shahrir ini parti sama
shahrir ini negeri sama
kah kah kah
tapi kalau dah bangang
nak buat macam mana
tapi memang sah
ahmad maslan ini bangang
kah kah kah
macam mana dapat 3.85?
ini mesti tipu pointer
kah kah kah
BANGANG




-----------

BERBAHASA SEDERHANA

Posted: 28 Dec 2015 05:00 PM PST


Ismaily Bungsu C's photo.

KEKADANG saya perhatikan ramai kalangan sesama kita ini kala berbahasa politik kasarnya bukan main seperti mengajak berperang bukan mengajak menuju jalan yang benar.

Memang bila memerhatikan keadaan ini menjadikan kita sedih sebab yang diciptanya ialah permusuhan bukan mengerat silaturahim.

Alangkan baiknya kalau berhujah itu sama-sama mencari kebenaran dan bukan sebaliknya.

Kekadang saya jadi tidak tenang dan paling-paling saya usaha mengundur diri dan membiarkan saja yang berkenaan menang dan rasanya cara itu terbaik banding terus berhujah dengan yang suka sangat 
menggunakan nama samaran jelas keikhlasan tidak ada.
salam bahagia dan selamat maju jaya.


ISMAILY BUNGSU
sabah
28/12/2015

Akibat Mentaliti Bodoh Dari Puak2 UMNO Haramjadah......

Posted: 28 Dec 2015 04:30 PM PST

Raja Kumbang's photo.

AKU cadangkan pihak KERAjaan mewajibkan setiap rumah, dan bangunan xkira swasta dan kerajaan buat pintu dan tingkap berbentuk BULAT macam lubang sebab cai2 bangang UMNQ phobia bentuk salib...kehkehkehkehhhhh

Cai bodo sangat...kecik2 xnak mampos...

SEKIAN...
Raja Kumbang's photo.
Raja Kumbang's photo.Raja Kumbang's photo.

Fuyooo.... Banyaknya....Siapa Bayar Ni ??

Posted: 28 Dec 2015 04:00 PM PST

Zahar Jaa's photo.
Untuk Tahun 2013..2014..dan Tahun ni entah berapa pula...
Nilainya saja dah mencecah jutaan ringgit..

Kesian kat Rakyat yg tiada akses Tenaga Elektrik...bertemankan pelita dan lilin saja bg menerangi...

-Tinggi penggunaan bahan elektrik kediaman PM...mungkin Big MaMa Mengha'renn rambutnya setiap masa.....kann...

Kesian Mat Maslan, Tak Tahu Beza Antara Kerja Dengan Jawatan

Posted: 28 Dec 2015 11:09 AM PST


Apabila Ahmad Maslan mengatakan beliau sendiri melakukan tiga kerja dalam satu masa iaitu sebagai timbalan menteri, ahli parlimen dan ketua penerangan UMNO, apakah beliau sebenarnya kelihatan lebih cerdik dan hebat atau lebuh teruk daripada sebelumnya?

Semalam beliau menyebut bahawa mereka yang melakukan dua kerja dalam satu-satu masa bukanlah perkara luar biasa, malah katanya, kerajaan juga menggalakkannya sebagai satu cara menangani peningkatan kos sara hidup.

Untuk mewajarkan kata-katanya itu, hari ini beliau sekonyong-konyongnya cuba tampil dengan hujah lebih kukuh dengan menjadikan dirinya yang kononnya mempunyai tiga kerja secara serentak sebagai contohnya.

Dalam erti kata lain, Ahmad Maslan cuba meyakinkan rakyat bahawa jika beliau yang berbadan kecil dan agak rendah pula boleh memikul tiga kerja dalam satu masa, apalah susahnya untuk rakyat melakukan sekadar dua kerja sahaja.

Kesian Mat Maslan...beliau nampaknya tidak tahu membezakan antara kerja dengan jawatan. Apa yang dimilikinya sekarang iaitu sebagai timbalan menteri, ahli parlimen dan ketua penerangan UMNO secara serentak adalah jawatan dan bukannya kerja.



 




Jawatan yang disandangnya sekarang adalah anugerah, pemberian atau pilihan yang dibuat Najib Razak selaku Perdana Menteri kepadanya dan ia bukanlah kerja tambahan yang dilakukan kerana tidak cukup pendapatan.

Ia jauh berbeza dengan konsep melakukan dua kerja yang dikatakannya digalakkan oleh kerajaan sebelum ini. Lagi pun, semua orang sedia diberikan lebih daripada satu jawatan, tetapi ramai yang mengelak untuk melakukan lebih daripada satu kerja.

Selain itu, tiga jawatan yang diberikan Najib kepadanya itu, kadang-kadang boleh pula dilakukan secara serentak. Misalnya, di pejabat timbalan menterinya, beliau juga boleh berfungsi sebagai ahli parlimen dan ketua penerangan UMNO.


.

Di ketika yang lain pula, tugasnya sebagai ketua penerangan UMNO boleh juga dilakukan dengan menggunakan perbelanjaan sebagai timbalan menteri. Balik kawasan menunaikan tanggungjawab sebagai ahli parlimen juga biasanya turut menggunakan kemudahan kereta kerajaan yang diperuntukan kepadanya sebagai timbalan menteri.

Maknanya, walaupun ada tiga jawatan, ketiga-tiganya saling menyenangkan dan bantu-membantu antara satu sama lain.

Sudah tentu tiga jawatannya yang disandangnya itu berbeza dengan dua kerja yang dilakukan oleh seorang kerani kerajaan yang misalnya menjual burger atau meniaga secara kecil-kecilan pada waktu malam.

Dua kerja itu bukan saja saling berbeza, bahkan tidak boleh bantu membantu antara satu sama lain, bahkan merupakan kesalahan pula jika menggunakan kemudahan pejabat untuk berniaga atau kerja-kerja sampingan yang lain.

Oleh itu, perbandingan Ahmad Maslan mengenai dirinya itu tidak betul sama sekali. Beliau sebenarnya ada tiga jawatan yang dianugerahkan kepadanya dalam satu-satu masa yang menyebabkan pendapatannya juga bertambah.

Ia berbeza dengan mereka yang melakukan lebih daripada satu kerja untuk menambah pendapatan. Jika analogi Ahmad Maslan itu mahu diterima pakai, semua pekerja seharusnya juga diberikan satu atau dua jawatan lain yang bergaji secara serentak, bukannya mereka terpaksa melakukan kerja lain yang berbeza untuk menampung kenaikan kos sara hidup.

Lantaran itu, ramai kawan-kawan dalam UMNO bersungut mengenai kenyataan terbaru beliau dengan berkata, Ahmad Maslan lebih kelihatan sebagai seorang cerdik dan pandai apabila beliau mendiamkan diri berbanding jika mula berkata-kata.

Kata mereka, wajahnya yang bersih dan rambutnya yang sentiasa basah dan bersisir rapi itu benar-benar memperlihatkannya sebagai seorang yang boleh diyakini jika belum mendengar kata-kata yang keluar daripada mulutnya.

Namun, kata mereka, sebagaimana yang sudah banyak kali dibuktikan sebelum ini, sebaik saja mulutnya terbuka dan lidahnya berbicara, segala tanggapan awal mengenai dirinya akan musnah dengan sekelip mata.

Itulah Ahmad Maslan, sehingga di suatu peringkat apabila ramai yang memperlekeh kata-katanya, beliau segera menunjukkan pencapaian pointer CGPA 3.85 yang pernah dirangkulnya sambil berkata, "saya bukanlah bodoh sangat."

Tetapi dalam beliau mengatakan dirinya tidak bodoh itu, rasanya dalam sejarah Malaysia moden, beliaulah  satu-satunya pemimpin politik yang pernah menunjuk-nunjuk dan berbangga dengan pencapaian semasa belajar kepada umum secara terbuka.

Sudah tentu orang cerdik tidak melakukan perbuatan seperti itu kerana orang cerdik akan menunjukkan kecerdikannya melalui hasil kerjanya untuk dinilai, bukan dengan cara menayangkan sijil.

Dalam isu GST misalnya, terlalu banyak kata-kata yang pernah dilafazkannya, bukan saja tidak masuk akal, malah dakwaannya cukai baru itu akan menurunkan harga barang, sehingga sekarang masih juga tidak menjadi kenyataan.

Dalam cuba menunjukkan dirinya hebat kononnya mampu melakukan tiga kerja dalam satu masa, Ahmad Maslan secara tidak langsung telah mempamerkan ketidakcerdikannya kepada umum.

Bahkan, kesungguhannya mahukan rakyat melakukan dua kerja berbanding menumpukan lebih banyak masa untuk keluarga juga menunjukkan kegagalan kerajaan yang dianggotainya dalam meringankan beban kehidupan rakyat melalui pelbagai perancangan dan program selama ini.

Tiada apa kelebihan yang boleh dibanggakan dengan tiga jawatan serentak Ahmad Maslan itu kerana jika diperiksa, ada pengerusi GLC, selain memegang jawatan di syarikat induk, turut juga menjadi pengerusi kepada berpuluh, malah  beratus anak syarikat yang lain.

Bolehkah mereka juga lebih berbangga sambil mendakwa mempunyai beratus-ratus kerja dalam satu masa? (SH 28/12/2015).

http://shahbudindotcom.blogspot.my/

Tiada ulasan: