Nuffnang

Pengikut

ZAKRI ALI

sumber :-

ZAKRI ALI


Ali Tinju ditahan di bawah Akta Hasutan Faiz Zainudin

Posted: 21 Dec 2015 09:30 PM PST


ali-tinju_sedition-act_polis_600_1Perkara itu disahkan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi kira-kira jam 9 malam. 

PETALING JAYA: Ketua Gerakan Merah, Mohd Ali Baharom atau lebih dikenal Ali Tinju ditahan di bawah Akta Hasutan pada Isnin malam.

Perkara itu disahkan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi kepada FMT kira-kira jam 9 malam.

Penahanan Ali Tinju dipercayai susulan tindakan dia bersama kumpulannya turun ke Kompleks Kota Raya pada Jumaat sebagai respon terhadap kes seorang individu yang dilaporkan dikurung di dalam sebuah bilik kecil selepas enggan membeli telefon bimbit dari sebuah kedai di situ.

Pada Ahad, Kota Raya sekali lagi gempar dengan pergaduhan antara segerombolan lelaki dan para peniaga di kompleks itu. Ali Tinju menafikan pembabitannya dengan kejadian itu.

FMT diberitahu dia ditahan susulan laporan polis yang dibuat selepas perhimpunan Sabtu lepas.

Tuduh senator makan gaji buta, Ali Tinju harus minta maaf Faiz Zainudin

Posted: 21 Dec 2015 08:45 PM PST


Muhammad-Abdul-Ghani_Ahli-Tinju_anwar_600

Anwar telah berhidmat dengan cemerlang semenjak beliau memegang jawatan pengerusi, malah telah membuat banyak perubahan kepada perasa tentera.

PETALING JAYA: Ali Baharom atau Ali Tinju perlu membuat pemohonan maaf kepada Pengerusi Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM), Senator Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor.

Desakan itu dibuat bekas Pengerusi Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM), Datuk Muhammad Abdul Ghani susulan tuduhan kononnya Anwar makan gaji buta dan tidak membela nasib bekas tentera.

"Ali Tinju perlu memohon maaf kepada Tan Sri Anwar dan perlu menghormati presiden. Malah bawa berbincang sekiranya tidak puas hati, (bukanya membuat kenyataan secara terbuka)," katanya kepada FMT.

Katanya, Anwar telah berhidmat dengan cemerlang semenjak beliau memegang jawatan pengerusi, malah telah membuat banyak perubahan untuk pesara tentera.

"Saya akui semasa saya pegang jawatan presiden dengan dia (Anwar) pegang, banyak perubahan telah dilakukan Anwar kepada pesara tentera, malah bekas tentera disini saya lihat lebih selesa. Cuma cara dia bekerja secara diam-diam.

"Saya rasa Ali Tinju tidak tahu perkembangan semasa, jadi jangan buat komen kepada seseorang tanpa bukti," katanya.

Terdahulu, Ali Tinju mendesak Anwar supaya meletak jawatan senator kerana gagal membawa suara bekas tentera di parlimen,malah mendakwa beliau makan gaji buta.


FMT

Kejar untung nyawa pengguna jadi taruhan.. siapa la punya projek??? Dah tahu cuma ingin dihebahkan

Posted: 21 Dec 2015 08:00 PM PST

Encik Politik Encik Polotik's photo.

Guru wanita maut terkena tayar lori bauksit tercabut
kemalangan


Seorang guru wanita maut setelah kereta yang dinaikinya terkena tayar tengah lori membawa muatan bauksit yang tercabut di Jalan Pintasan-Pelabuhan berhampiran Sungai Karang, di sini petang tadi.


KUANTAN, 21 Disember:


Seorang guru wanita maut setelah kereta yang dinaikinya terkena tayar tengah lori membawa muatan bauksit yang tercabut di Jalan Pintasan-Pelabuhan berhampiran Sungai Karang, di sini petang tadi.


Pegawai Turus Trafik Pahang, DSP Ahmad Nazri Zainal berkata mangsa Nohaili Ahmad Zabidi, 40, merupakan guru di Sekolah Kebangsaan Balok.


"Kejadian berlaku pada pukul 3 petang apabila tayar tengah sebelah kanan lori yang dari arah Kuantan menghala ke Pelabuhan Kuantan itu telah tercabut dan terpelanting ke bahagian hadapan kereta Perodua Myvi yang dinaiki mangsa dari arah bertentangan.


"Dalam kejadian itu, mangsa yang merupakan penumpang hadapan kenderaan berkenaan cedera parah dan meninggal dunia di tempat kejadian. Namun pemandu kereta tersebut yang berusia 42 tahun tidak cedera," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.


Ahmad Nazri berkata polis sedang mengesan pemandu lori berkenaan yang syarikatnya beralamat di Puchong, Selangor, kerana dipercayai melarikan diri sejurus selepas kemalangan itu berlaku.


Menurutnya kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang ramai yang mempunyai maklumat tentang pemandu lori berkenaan diminta menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

RM9.7 juta: Azmin dibidas guna nama Istana - Faiz Zainudin FMT

Posted: 21 Dec 2015 07:15 PM PST


Chegubard_azmin-ali_600

Pertikaian bukan mengenai siapa meluluskan projek itu tetapi pembaziran wang

PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali diingatkan supaya tidak menggunakan nama Istana sebagai alasan bagi meluluskan projek menaik taraf pintu gerbang Kota Darul Ehsan bernilai RM9.7 juta itu.

Ingatan itu dibuat Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin yang mendakwa alasan yang diberikan Azmin itu menyerupai sikap pimpinan Barisan Nasional.

"Azmin melalui kuncu kuncunya sejak semalam menyebarkan mesej khususnya melalui aplikasi WhatsApp menyatakan bahawa projek tersebut diluluskan oleh (Tan Sri) Khalid Ibrahim (bekas menteri besar).

"(Malah) ia kehendak Sultan maka terpaksa diteruskan dan jangan khuatir dengan jumlah nilai projek kerana kerajaan negeri hanya mendahulukan wang kerajaan dan ia akan diganti kemudian dengan wang kutipan derma.

"Pertikaian saya bukan pasal siapa lulus tetapi jumlah yang membazir dan tolonglah jangan buat perangai UMNO guna nama Istana untuk berselindung," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Mengulas lanjut, ahli seumur hidup PKR itu turut menyamakan kepimpinan Azmin seperti perangai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak apabila menggunakan alasan derma bagi menutup penyelewengan yang berlaku.

"Nampaknya bukan sahaja Najib bermain dengan terma derma untuk mengaburi perlakuan, kini ada pemimpin antara kita juga berperangai sama," katanya.

Sehubungan itu, beliau mencabar pihak yang terlibat supaya tampil membuat kenyataan rasmi menyatakan arahan untuk projek itu daripada pihak Istana.


FMT

Tinggalkan PAS Jika Teringin Bergabung Dengan UMNO

Posted: 21 Dec 2015 06:30 PM PST

SHAH ALAM - Pas menegaskan mana-mana individu dalam parti itu yang teringin bergabung dengan Umno supaya meninggalkan Pas.

Naib Presidennya, Idris Ahmad berkata, Pas pernah kehilangan ramai tokoh besar yang lari bersama Umno.

"Jika ada individu yang hendak bergabung dan teringin dengan Umno, maka individu itu sahaja yang pergi.


"Pas pernah kehilangan Pengasas Pas, Ahmad Fuad Hassan, Datuk Asri Muda, Naib Presiden, Datuk Nakhaei Ahmad, Hasan Adli, Setiausaha Agung, Osman Abdullah dan banyak lagi tokoh. Persoalannya adakah Pas lemah?

"Pas tetap hebat, kerana dasar, bukan kerana individu. Siapa pun boleh pergi, Insya-ALLAH Pas berdiri gagah," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Menurutnya, Pas mempunyai organisasi daripada peringkat majlis syura, AJK Pas Pusat, dan muktamar.

"Heboh di peringkat media sosial dan media perdana, Pas hendak bergabung dengan Umno. Ingin saya tegaskan pandangan peribadi tidak boleh dipakai," katanya.

Beliau berkata, ahli Pas juga perlu mendapatkan maklumat secara terus daripada pimpinan yang bercakap atas kapasiti keputusan parti, bukan pandangan peribadi.

"Ahli Pas perlu hadir ke program dan dialog bersama pemimpin Pas.

"Jangan jadikan media perdana, media sosial, hatta media alternatif,  mereka ada agenda yang tersendiri untuk memadam cahaya perjuangan Pas," katanya.

JELAJAH TRELER PAKATAN RAKYAT DI JITRA BERSAMA MAT SABU MEMBUKTIKAN PAS KEDAH SUDAH LUMPUH??????

Posted: 21 Dec 2015 05:45 PM PST


Zar Ali's photo.

Masih segar dalam ingatan betapa orang kuat PasMa dan PAN memberitahu dalam sidang media bahawa sebaik sahaja PasMa didaftarkan menjadi parti politik maka 70 peratus ahli PAS akan meninggalkan PAS secara beramai-ramai. 

Ternyata amatlah benar kenyataan beliau itu dengan mengambil kira sambutan dan suasana Jelajah Treler Pakatan Harapan malam tadi 21.12.2015 di Tapak Pasar Malam Taman Mahsuri,
Jitra, Kedah bersama Presiden PAN Tuan Hj Mohamad Sabu. Sebelumnya itu disebelah petang diadakan cabutan bertuah, belon percuma, sumbangan kembali ke sekolah dan Ais Krim percuma sebagai umpan menambat dan memujuk rakyat hadir. 

Hitungan politik secara kasar dan realiti jelas menunjukkan PAN tidak ada tempat dan masih gagal untuk menarik sokongan masyarakat Melayu/Islam. 

Bagi masyarakat Melayu/Islam dinegara ini hanya UMNO atau PAS sahaja wadah politik mereka dan sedikit kepada PKR. 

Merasakan dirinya akan ditolak secara mutlak dan total oleh masyarakat Melayu/Islam maka mungkin disebabkan itulah keahlian PAN dibuka kepada semua kaum dan agama bukan sangat nak bersifat inklusif tetapi masyarakat Melayu/Islam mengambil sikap pasif kewujudan PAN setakat ini.


JELAJAH TRELER PAKATAN RAKYAT DI JITRA BERSAMA MAT SABU MEMBUKTIKAN PAS KEDAH SUDAH LUMPUH?????? Masih segar dalam ingatan betapa orang kuat PasMa dan PAN memberitahu dalam sidang media bahawa sebaik sahaja PasMa didaftarkan menjadi parti politik maka 70 peratus ahli PAS akan meninggalkan PAS secara beramai-ramai. Ternyata amatlah benar kenyataan beliau itu dengan mengambil kira sambutan dan suasana Jelajah Treler Pakatan Harapan malam tadi 21.12.2015 di Tapak Pasar Malam Taman Mahsuri, Jitra, Kedah bersama Presiden PAN Tuan Hj Mohamad Sabu. Sebelumnya itu disebelah petang diadakan cabutan bertuah, belon percuma, sumbangan kembali ke sekolah dan Ais Krim percuma sebagai umpan menambat dan memujuk rakyat hadir. Hitungan politik secara kasar dan realiti jelas menunjukkan PAN tidak ada tempat dan masih gagal untuk menarik sokongan masyarakat Melayu/Islam. Bagi masyarakat Melayu/Islam dinegara ini hanya UMNO atau PAS sahaja wadah politik mereka dan sedikit kepada PKR. Merasakan dirinya akan ditolak secara mutlak dan total oleh masyarakat Melayu/Islam maka mungkin disebabkan itulah keahlian PAN dibuka kepada semua kaum dan agama bukan sangat nak bersifat inklusif tetapi masyarakat Melayu/Islam mengambil sikap pasif kewujudan PAN setakat ini.

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu

Inilah realiti manusia yang hidup di negara yg ADA UMNO !!!

Posted: 21 Dec 2015 05:30 PM PST

Encik Politik Encik Polotik's photo.

Minyak naik ka, turun ka..
HARGA BARANG TETAP NAIK !!!
BN, Barang Naik..

Letupan Bom Di Amcorp Mall Petaling Jaya?

Posted: 21 Dec 2015 05:05 PM PST




Setakat ini sumber dari astro awani mengesahkan bahawa kejadian tersebut dikaitkan dengan kebakaran kereta akibat perbuatan khianat dan bukan letupan bom.


Siasatan polis mendedahkan bahawa bekas suami yang cemburu mungkin punca serangan yang menyebabakan kebakaran yang memusnahkan beberapa kereta di tempat letak kereta stesen LRT Taman Jaya, Petaling Jaya, petang ini.

Menurut sumber polis, mangsa yang keretanya dibakar itu mengendalikan sebuah kedai makan di kawasan itu.

Adalah dipercayai mangsa adalah kawan rapat bekas isteri suspek dan kedua-dua mereka mengenali antara satu sama lain sejak kecil.

Kami Datang Untuk Membantu Mangsa tetapi Dihalau..

Posted: 21 Dec 2015 05:45 AM PST

  Akibat pergaduahan yang berlaku di Kompleks Kota Raya terpaksa ditutup pada jam 4.55 petang tadi.

Sebelum pergaduhan itu berlaku, sekumpulan lebih kurang 20 lelaki termasuk tujuh individu yang mendakwa pernah menjadi mangsa penipuan pembelian telefon bimbit, datang menuntut wang mereka semula dengan bantuan aktivis masyarakat, Roslan Ismail. 

 
Menurut Roslan, kehadiran mereka di kompleks itu pada asalnya untuk membantu mangsa-mangsa yang telah ditipu untuk mendapatkan kembali wang mereka.

"Kami tidak mahu timbulkan sebarang provokasi. Tetapi kekecohan berlaku selepas seorang peniaga cuba menghalau dan bersikap biadab," katanya.

Ekoran itu, berlaku pergaduhan di antara kedua-dua pihak menyebabkan dua kakitangan kedai itu mengalami kecederaan selain dari barangan di kedai turut dirosakkan dan beberapa buah telefon bimbit dilaporkan hilang.

"Tidak salah jika mangsa mahu menuntut hak mereka. Ada lagi yang tidak berjaya mendapatkan wang mereka dan kami akan cuba membantu," katanya yang mengesahkan hanya seorang mangsa yang berjaya mendapatkan wangnya kembali. 



MENULIS BUKAN KEJAR NAMA

Posted: 21 Dec 2015 05:00 AM PST


Ismaily Bungsu C's photo.

Jawatan penting di kerajaan juga saya tinggalkan meski gaji beribu. Jawatan di parti juga saya tinggalkan. 

Pingat yang diberikan juga saya tolak sebab saya sedar saya tidak layak dan itu semuanya tidak perlu buat saya. bukan itu yang saya kejar.

Saya menulis bukan kerana mahu nama dan jauh minta disanjung puji. Jauh nak mendapatkan upah atau memancing sesuatu untuk mendapatkan sesuatu seperti ada orang lain begitu. mereka silakanlah dan bukan saya!

Sejak 40 tahun menulis tidak pernah saya minta bayar dan saya hiduppun bukan kerana penulisan tetapi memang ada kerja. Anak-anak membesarpun bukan kerana dunia penulisan dan seni yang saya akrapi.

Menulis, berseni hanya hobi yang tak siapa bisa pisahkan dari jiwa raga saya dan jika ada tak senang dan menghina-hina, silakanlah dan saya tak marah dan selalu maafkan sesiapa saja yang mengatakan bukan-bukan kepada saya asal saya tidak minta beras, ikan dan makan.

Menulis dan bermain teater dan sesekali mengajar di Universiti bukan upah yang saya harapkan tetapi ILMU yang ada sedikit Allah beri perlu disebarkan untuk yang memerlukan.

Itu sebab sesiapa yang mahu mahu belajar baik teater, menulis apa saja tidak pernah saya minta dibayar tetapi bayarannya cukuplah dengan anak murid saya muncul juara negeri atau kebangsaan.

Saya pernah mengajar Universiti Trengganu juara kebangsaan antara Universiti DEKON, Saya mengajar UMS dua tiga kali juara dekon/teater negeri dan kebangsaan, Saya mengajar Matrikulasi Labuan Juara Kebangsaan dan saya mengajar UITM Sabah 3 kali juara kebangsaan berturut dan saya pesan JANGAN LIBATKAN NAMA SAYA sebagai tenaga pengajar.

Saya tidak perlukan upah, yang saya perlukan hanyalah anak-anak murid saya jadi bijak dan kemudian ALLAH berikan ganjaran di akhirat nanti. Itu sudah cukup bukan nama di dunia.

Jadi yang mengkritik dan menghina saya di sebelah sana, silakan tidak mengapa dan saya tetap maafkan.


ISMAILY BUNGSU

Kekecohan Kota Raya tiada kaitan dengan Ali Tinju

Posted: 21 Dec 2015 04:00 AM PST

December 21, 2015 

Ali Tinju disoal siasat selama satu jam berhubung insiden pergaduhan di Plaza Kota Raya dan dia akui insiden itu tiada kaitan dengannya serta Gerakan Merah.

PETALING JAYA: Kekecohan di Plaza Kota Raya pada Ahad tidak ada kaitan dengan Gerakan Merah atau Presiden Persatuan Veteran Angkatan Tentera Melayu, Ali Baharom.

Ali Baharom atau lebih dikenali Ali Tinju berkata demikian dalam keterangan yang diberikan kepada polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang pada pagi Isnin.

Ali Tinju disoal siasat selama satu jam berhubung insiden pergaduhan di Plaza Kota Raya pada Ahad.
"Kekecohan yang berlaku semalam tiada kaitan dengan saya dan Gerakan Merah.

"Saya telah mengesahkan perkara itu, malah ia bukti yang menunjukkan bahawa peniaga di plaza berkenaan telah bertindak menipu pengguna," katanya kepada FMT.

Terdahulu, sekumpulan lelaki bertindak menyerang peniaga di Plaza Kota Raya dengan mendakwa peniaga tersebut menipu pembeli dan bertindak mengurung pelanggannya di dalam sebuah bilik kecil.

Peniaga itu dikatakan cuba menjual empat unit telefon bimbit pada harga RM10,000 walaupun asalnya mempersetujui untuk menjualnya RM200 seunit.

Ekoran itu Ali Tinju mengunjungi plaza tersebut sebagai respon terhadap kes tersebut.

Hishamuddin mahu imej Islam dibaiki

Posted: 21 Dec 2015 03:15 AM PST


hishamuddin
 
 
 
 | December 21, 2015 
 
Hishamuddin berkata, isunya ialah mengenai imej Islam dan bukan perjanjian kerjasama antara UMNO dan Pas.

KUALA LUMPUR: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menekankan supaya keutamaan politik pada masa kini ialah untuk memperbaiki imej Islam di mata negara dunia.

Ditanya tentang kerjasama politik antara UMNO dan Pas, Hishamuddin berkata isunya ialah mengenai imej Islam dan bukannya mengenai perjanjian kerjasama tersebut.

"Kita perlu baiki imej Islam. Itu sebabnya kita sedang bekerjasama dengan Arab Saudi.

"Ia sebagai satu isyarat simbolik kepada negara dunia. Sama dengan Pas dan UMNO di mana keutamaan harus diberikan kepada Islam, " kata Hishammuddin dalam sidang akhbar di Parlimen pada Isnin.

Bagaimanapun, beliau akui pihaknya belum dapat mengesahkan status gabungan politik antara dua parti yang berpaksi kepada Melayu-Islam malah menyatakan hubungan itu masih jauh untuk dicapai.

Pada Ahad, Ketua Perkasa, Ibrahim Ali mencadangkan supaya UMNO dan Pas bekerjasama dalam isu-isu yang mengaitkan bangsa dan agama dan bukan bergabung menjadi satu entiti politik.

Ibrahim yang pernah berkhidmat di bawah UMNO dan Pas berkata, kerjasama politik di antara kedua-dua pihak tidak mungkin berlaku kerana mereka tidak berkongsi ideologi politik yang sama.

"Ia tidak akan berlaku kerana Pas adalah parti Islam manakala Umno adalah sebuah parti nasionalis.

"Kami berharap kedua-dua boleh bekerja di luar bidang politik dan itulah sebabnya kami mencadangkan penubuhan majlis yang dikenali sebagai Ukhuwah Islamiyah supaya Perkasa, Umno dan PAS boleh bercakap atas alasan yang sama," katanya.

Gempa kuat di Kalimantan, Tawau bergegar FMT Reporters

Posted: 21 Dec 2015 02:30 AM PST


kalimantan-earthqukae

Jabatan Bomba dan Penyelamat Tawau juga menerima laporan keretakan bangunan (Projek Perumahan Rakyat Sri Apas) Batu 8, Jalan Apas.

PETALING JAYA: Satu gempa bumi kuat berukuran 6.2 pada skala Richter melanda Kalimantan, Indonesia pada 2.47 pagi Isnin menggegarkan beberapa daerah di pantai timur Sabah termasuk Tawau, Kunak, Semporna dan Lahad Datu.

Menurut portal Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa itu ialah 3.6 darjah utara dan 117.6 darjah timur, kira-kira 33km ke utara Tarakan dan 96km barat daya Tawau.

Ekoran laporan itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Tawau segera mengadakan pemantauan di sekitar bandar Tawau.

Ketuanya, Mohd Razali Ag Ahmad mengesahkan pihaknya menerima maklumat kecemasan itu pada 2.51 pagi.

"Kami juga mendapat laporan mengenai keretakan bangunan (Projek Perumahan Rakyat Sri Apas) Batu 8, Jalan Apas, namun pemeriksaan mendapati tiada keretakan serius sebaliknya hanya tampalan semen terkupas sedikit pada satu daripada bahagian di bangunan " katanya dalam kenyataan, lapor Bernama.

Dalam pada itu, gegaran kuat juga dirasai di kuarters bomba dan siren kecemasan terpaksa dibunyikan untuk memastikan penghuni mengosongkan bangunan.

Pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah di Semporna, Nurdin Ajirul pula berkata dia terbangun ketika merasa rumahnya bergoyang.

"Saya ingat anak terlanggar pintu bilik. Saya juga hairan mengapa piring (pinggan) dalam almari berlaga antara satu sama lain dan berbunyi. Anak-anak saya ketakutan," katanya.

Pada 7 Jun 2013 gempa bumi sederhana berukuran 4.9 pada skala Richter yang berkedudukan 31 km di barat laut Tarakan dan 118 km barat daya Tawau berlaku pada 3.23 pagi.

Isa Samad tak puas hati dakwaan Felda miskin - Khairil Ashraf

Posted: 21 Dec 2015 01:45 AM PST


isa-samad

Rekod Pengerusi ANAK Mazlan Aliman di mahkamah menjadi pertikaian

KUALA LUMPUR : Tan Sri Isa Abdul Samad tidak berpuas hati dengan dakwaan Pengerusi Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman bahawa Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) telah jatuh miskin.

Pengerusi Felda itu berkata dakwaan-dakwaan Mazlan tidak berjaya dibuktikan di mahkamah.

"Saya tidak puas hati dengan dia ni. Bicara sudah banyak kali kalah. Saya tak payah jawab. Tidak pernah menang, bicara semua kalah.


"Dia sudah bayar pada Felda pun kita tidak tahu," katanya pada sidang media selepas Majlis Graduasi Kolej Yayasan Felda di Dewan Perdana Felda pada Isnin.

Isa yang juga merupakan Ahli Parlimen Jempol turut mengganggap pandangan Mazlan seperti 'angin lalu'.

"Dia pun entah apa parti pun kita tidak tahu. Sama ada Pas ke Parti Amanah Negara (Amanah) pun tidak berapa jelas. Macam angin lalulah pandangan dia itu," tegasnya.

Sebelum ini, Mazlan mendakwa Felda telah menjadi 'miskin' dan berbelas tabung yang bersifat kebajikan hampir tidak berfungsi.

Mazlan turut mendakwa bahawa kontraktor yang membuat kerja di Felda juga mengeluh kerana pembayaran mengambil masa yang lama, malah ada sehingga enam bulan.


FMT

Hadi Dinasihat Belajar Dari Ibrahim Ali

Posted: 21 Dec 2015 01:00 AM PST



Tokoh Wartawan Negara Tan Sri Zainuddin Maidin menyarankan PAS agar mempelajari selok-belok politik darpada Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali.

Malah, beliau mencadangkan kerjasama politik yang diuar-uarkan antara PAS dengan Umno, juga merangkumi kumpulan pendesak Melayu itu.

"PAS juga harus belajar dari Ibrahim Ali yang lebih praktikal dalam politik demi untuk mencapai matlamat.

.

Adalah lebih baik jika kerjasama politik antara PAS-Umno ini merangkumi PERKASA. Ini akan membenamkan Malaysian Malaysia DAP yang mendapat dukungan kuat dari akhbar The Star," katanya melalui tulisan di blog.

Menurut bekas menteri penerangan itu, MCA pasti tidak akan menghalang kerjasama PAS-Umno kerana masa depannya juga akan lebih terjamin jika berlaku kerjasama itu.

Beliau bagaimanapun tidak bersetuju dengan ramalan Ibrahim bahawa kerjasama politik itu mustahil akan berlaku kerana perbezaan ideologi.

"Bukankah PAS boleh berkerjasama dengan DAP dan PKR sekalipun dari segi ideologi Islamnya jauh berbeza sebaliknya lebih banyak titik pertemuan dalam soal-soal dasar negara; agama, integriti dan identiti nasional antara PASs dan Umno.

"Sebenarnya Presiden PAS, (Datuk Seri) Abdul Hadi Awang bukanlah lagi 'hardcore' Islam," katanya.

Menurutnya, pendirian ideologi Hadi telah pun dicemarkan sejak bersekongkong dengan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP untuk menjatuhkan kerajaan BN yang dianggap menjijikan.

"Kekuatan PAS sejak dari sebelum merdeka adalah diatas imej militan, ketaksuban fahaman dan rhetorik kefanatikan yang membakar semangat dan tidak sesoai dengan masyarakat majmuk Malaysia. Maka itu kita saksikan perbuatan mockery amat jelas sejak penyelewengannya.

"Yang dahsyat sekali sumpah Bai'ah yang menghukum penyeleweng-penyeleweng sebagai melakukan zina tetapi telah menjadi keharusan dan didiamkan kerana kepentingan politik.

"Apabila agama menjadi ideologi politik maka inilah akibatnya. Dosa boleh diampunkan atas hukuman politik," katanya lagi.

.


Pas maafkan UMNO: Kenyataan diputar belit FMT Reporters

Posted: 21 Dec 2015 12:15 AM PST


Takiyuddin-Hassan_pas_umno_600

Takiyuddin meminta ahli-ahli Pas dan masyarakat umum supaya sentiasa merujuk dan mendapatkan kenyataan muktamad dan sebenar yang diberikan oleh pimpinan Pas dengan membuat semakan dalam media rasmi Pas.

PETALING JAYA: Pas menafikan laporan berita kononnya parti Islam itu sedia memaafkan dan melupakan kesalahan UMNO.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, laporan yang dibuat pihak media pada Ahad tidak lengkap dan menafikan kenyataan itu kerana beliau tidak pernah menyebut 'sedia memaafkan UMNO'.

"Sepanjang (saya) ditemu bual, saya tidak pernah mendengar atau menjawab soalan berbunyi atau membawa maksud 'adakah Pas memaafkan UMNO'.

"Oleh sebab itu, saya menganggap soalan seumpama itu tidak ada. Justeru, apa-apa 'jawapan' kepadanya juga tidak ada, atau datang daripada saya atau apa-apa yang dimaksudkan oleh saya," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Ahli Parlimen Kota Bharu itu, turut melahirkan kekesalan beliau terhadap laporan yang telah menimbulkan kekeliruan dan kegelisahan umum khasnya dalam kalangan ahli Pas.

"Ia juga memberi kesan buruk terhadap diri saya sebagai Setiausaha Agung Pas kerana sifatnya yang jelas berunsur fitnah dan mala fide, sama ada secara maksud terangan, tersirat atau 'innuendo'.

"(Sehubungan itu) Saya meminta ahli-ahli Pas dan masyarakat umum supaya sentiasa merujuk dan mendapatkan kenyataan muktamad dan sebenarnya yang diberikan oleh pimpinan Pas dengan membuat semakan dalam media rasmi Pas," katanya.

Terdahulu, Takiyuddin semasa ditemui pemberita pada Persidangan Agung PERKASA berkata Pas bersedia memaafkan dan melupakan kesalahan UMNO kerana ia merupakan ciri-ciri yang ada dalam perjuangan parti itu.


FMT

Kalau Nak Jilat Pun, Berpada Pada Lah !!

Posted: 21 Dec 2015 12:00 AM PST

Shahidan Jamin Najib Tidak Akan Jadi Diktator

 
Rang Undang-undang Majlis Keselamatan Negara 2015 tidak akan menjadikan perdana menteri, selaku pengerusi majlis itu seorang diktator, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim, hari ini.

"Kuasa-kuasa yang diberikan di bawah undang-undang itu tidak akan membuat perdana menteri menjadi diktator.



"Ini kerana kuasa untuk mengisytiharkan darurat masih kekal dengan Yang di-Pertuan Agong," kata Shahidan ketika membentangkan rang undang-undang untuk bacaan kali kedua di Dewan Negara.

Beliau juga menafikan bahawa perdana menteri mempunyai kuasa yang meluas dalam mengisytiharkan mana-mana tempat sebagai kawasan keselamatan seperti yang termaktub mengikut Seksyen 18, akta berkenaan.



 




"Perdana Menteri hanya mengisytiharkan kawasan keselamatan atas nasihat Majlis Keselamatan Negara, bukan atas kapasiti individu beliau. Ahli-ahli yang duduk dalam majlis itu mempunyai pengetahuan tentang keselamatan negara.

"Oleh itu, tuduhan bahawa undang-undang ini akan memberi perdana menteri kuasa yang luas adalah tidak berasas," kata Shahidan.

Adalah dijangka bahawa dewan Negara akan meluluskan rang undang-undang itu esok - iaitu hari terakhir sesi persidangan.

- mkini

Comments (0)

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT