Ahad, 20 Disember 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


TERKINI - KOMPLEKS KOTA RAYA DITUTUP, BERLAKU PERGADUHAN

Posted: 20 Dec 2015 07:00 PM PST



KUALA LUMPUR - Satu pergaduhan kecil tercetus di Kompleks Kota Raya di sini apabila beberapa individu melakukan provokasi kira-kira jam 4.55 petang sebentar tadi.

Kejadian dipercayai berlaku selepas tujuh mangsa penipuan telefon bimbit cuba menuntut bayaran yang telah dibayar sebelum ini.

Pergaduhan yang berlaku tidak sampai lima minit itu menyebabkan kompleks Kota Raya di sini ditutup.

Desak Najib berundur satu tanggungjawab, kata selebriti Soo Wincci By canang

Posted: 20 Dec 2015 06:30 PM PST


Soo Wincci tidak menyesal dengan tindakan memuat naik videonya yang menggesa Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan sebagai perdana menteri kerana berasa ia satu tanggungjawab yang perlu dilakukan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 20 Disember, 2015.Aktres Malaysia dan penyanyi Soo Wincci menjadi tajuk utama berita baru-baru ini selepas penaja menarik balik tajaan konsert solo pertamanya selepas video beliau menuntut Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan sebagai perdana menteri menjadi viral.

Mahukan konsertnya diteruskan, bekas ratu cantik itu menggunakan dananya sendiri untuk konsert pada 31 Oktober yang berjaya menarik ramai hadirin di stadium.


Melihat kembali insiden itu 2 bulan kemudian, pemenang Miss World Malaysia 2008 mengatakan tidak menyesal mengeluarkan video menuntut Najib meletakkan jawatan ketika perhimpunan Bersih 4 pada akhir Ogos berlangsung walaupun ia menyebabkan banyak masalah.


Katanya, kontroversi melanda Najib dan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) perlu diselesaikan segera. Menurut aktres itu, masalah yang melanda Malaysia pada hari ini hanya disebabkan oleh seorang individu iaitu Najib.


"Ia hanya mengenai individu dan isu pemimpin adalah penting. Ia bukan mengenai parti, ia adalah mengenai pemimpin.


"Kita hanya perlu tukar pemimpin. Saya fikir kita semua mempunyai hak. Kita tidak mahu pemimpin yang mengawal kita. Jangan sampai masa (masalah lebih buruk timbul) kita menyalahkan orang lain," kata Wincci, 30, dalam satu wawancara eksklusif bersama The Malaysian Insider.


Pelajar jurusan undang-undang University of Reading (United Kingdom) yang menempa nama sebagai penyanyi di Taiwan itu menggesa rakyat Malaysia bersuara demi masa depan negara.


"Kita dilahirkan dalam budaya Asia yang tidak suka menyuarakan pendapat. Tetapi pada akhirnya, kita menyalahkan pemimpin. Yang penting masalah selesai," katanya.


Tetapi penyanyi itu mengatakan kritikan terhadap kerajaan tidak seharusnya "terlalu agresif" dan setiap orang perlu bersedia berdepan dengan tindakan kerana bersikap vokal.


Wincci turut mendedahkan selepas video menuntut Najib meletakkan jawatan tersebar, beliau mendapat tawaran daripada beberapa parti politik untuk menyertai mereka.


"Tetapi saya rasa tidak perlu dan saya tidak berminat menceburi bidang tersebut. Cukuplah untuk saya jadi pemerhati dan bersuara," katanya yang menggunakan bahasa Inggeris, Mandarin dan Melayu dalam video itu.


Video yang dimuat naik ke laman sosial YouTube pada 30 Ogos dengan tajuk "Soo Wincci Words for Najib Malaysia Prime Minister" memberikan inspirasi kepada perhimpunan Bersih 4 yang menuntut reformasi demokrasi dan peletakan jawatan Najib.


"Kepada Najib, ada banyak orang di pentas, sangat sesak. Tolonglah, bolehkah anda sebagai orang dewasa, sila turun daripada pentas dan memberikan ruang kebebasan kepada semua rakyat Malaysia," kata Wincci dalam video yang dimuat naik akhir Ogos lalu.


Wincci berkata penglibatan dalam bidang seni kerana minat meskipun berkelulusan tinggi dalam jurusan undang-undang dari luar negara.


Malah, Wincci kini sedang menyambung pelajarannya dalam Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan di Universiti Terbuka Malaysia.


Soo Wincci mengakui mendapat tawaran beberapa parti politik untuk menyertai mereka tetapi menolaknya kerana lebih menjadi pemerhati dan bersuara apabila ada keperluan. 

– Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 20 Disember, 2015.Soo Wincci mengakui mendapat tawaran beberapa parti politik untuk menyertai mereka tetapi menolaknya kerana lebih menjadi pemerhati dan bersuara apabila ada keperluan. 

– Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 20 Disember, 2015. "Saya sudah menyanyi sejak umur 16 tahun. Ahli keluarga mahu saya jadi peguam maka saya belajar undang-undang dan saya tidak bantah sehingga selepas miliki ijazah sarjana dalam bidang ini, saya hendak capai impian saya," katanya. 


Mengakui agak sukar menjual album pada permulaan, Wincci tidak berputus asa untuk mencuba bakatnya dalam bidang lain seperti lakonan.


"Saya beri tempoh setahun. Pada mula saya banyak ke syarikat rakaman menawarkan diri tetapi mereka tidak mahu kerana mereka takut. Dari situ, saya terbitkan album saya sendiri.


"Untuk album pertama saya gagal. Bagi saya kita kena sabar. Album pertama saya tidak berjaya," katanya.


Beliau juga mahu lebih mendapat tempat di hati masyarakat Malaysia terutamanya orang Melayu.


"Saya cuba dalam bidang lakonan, tetapi bidang lakonan mencabar kerana masanya yang panjang. Saya keliru juga pada mulanya, saya bermula dengan berlakon sebagai pelakon tambahan. Tetapi selepas dalam bidang lakonan, kejayaan saya ialah pernah tercalon dalam pelakon baru .


"Dari situ saya belajar sesuatu, iaitu kita perlu multitasking. Saya ada hasrat untuk ceburi pasaran Melayu tetapi banyak persaingan," kata penyanyi yang sudah mula mendapat tempat di Taiwan ini dan bakal mengadakan konsert di sana.


Pelakon utama telemovie Astro, "Takhta Tiga Ratu" itu juga berhasrat untuk berduet dengan Siti Nurhaliza.


"Saya ingin bekerjasama dan membuat lagu dengan Datuk Siti Nurhaliza. Beliau adalah antara idola saya," kata pemilik Beyond Artistes Sdn Bhd itu.


Selain itu, dalam perkembangan seni lain beliau sudah menghabiskan penggambaran filem bersama pelakon terkenal Aaron Aziz dan Izara Aishah, filem dijangka ditayangkan pertengahan Jun depan.


"Dalam filem ini, banyak aksi ghairah dan mencabar untuk diri saya. Namun, saya beruntung kerana diberi peluang berganding dengan mereka," katanya.



Cananglahnie

Tepat Dan Padat !!

Posted: 20 Dec 2015 06:00 PM PST

Orang2 Melayu Baca Dan Faham - Siapa Sebenarnya Pengkhianat Kepada Bangsa Melayu Itu Sendiri ?

Posted: 20 Dec 2015 05:30 PM PST


Ismaily Bungsu C's photo.

PERNAH satu ketika di negeri sama diperkatakan dengan hebat oleh media konon kristen akan jadi PM Malaysia dan tentang kegiatan kristen dan sesudah tegang datanglah seorang ketua negara konon selesaikan masalah. 

Dia yang membising segala media digunakan tanam kebencian dan dia sendiri juga datang konon jadi hero penyelesai sama macam korek lobang tutup lobang.

Inilah caranya politik kalangan mereka.

Yang kedua konon lim jual tanah melayu dan habis tanah lim jual dan itulah senjata mereka sedang yang jual jadi broker untung besar orang yang bising juga.

Kesihan manusia semacam ini kuat bising tapi dalam bising tak dapat projek kerajaan dia guna cara lain dan akhir lim juga kena tahi.

Inilah orang hitam hidung panjang dan besar menipu rakyat seolah bodoh sangat.


ISMAILY BUNGSU

Apa asas Perkasa tuduh kami sesat, soal G25 OLEH MOHD FARHAN DARWIS

Posted: 20 Dec 2015 05:00 PM PST



Perkasa di mesyuarat agungnya hari ini menggesa Putrajaya supaya mengisytiharkan kumpulan G25 sebagai sesat.

Perkasa di mesyuarat agungnya hari ini menggesa Putrajaya supaya mengisytiharkan kumpulan G25 sebagai sesat.

Jurucakap kumpulan 25 Melayu ternama G25, Datuk Noor Farida Ariffin mempersoalkan tindakan Perkasa yang meluluskan usul menggesa agar Putrajaya mengisytiharkan kumpulan berkenaan sebagai sesat, sedangkan mereka mengamalkan ajaran Islam seperti Rukun Islam dan Rukun Iman.

Farida berkata, G25 turut merasa amat kecewa kerana dilemparkan dengan pelbagai tuduhan.

"Apa sebabnya, tanya Perkasa apa yang kami lakukan promosikan liberisma dan pluralisme. Kami menggesa kesederhanaan berbanding perlakuan ekstremis.

"Bukan nak tuduh orang ini sesat, orang itu murtad. Apa maksud pluralisme, apa maksud liberalisme. Kami tidak kata semua orang ada hak untuk murtad.

"Perkasa perlu jelaskan kenapa kami perlu diisytihar sesat, kami bukan Ayah Pin," kata Farida kepada The Malaysian Insider mengulas usul Perkasa yang menggesa Putrajaya mengisytiharkan G25 sesat.

Farida berkata, G25 juga menggesa agar memartabatkan tatakelola kerajaan yang baik, Islam Hadhari, Wasatiyah.

"Apa yang kontroversi sangat?" soalnya.

Beliau sebaliknya mempersoalkan tindakan Perkasa apabila menuduhnya sesat.

"Inikah perangai Muslim? Mengancam saya, bukankah ini berdosa? Dalam Islam, kalau ada perkara yang tidak sependapat, Islam mengalu-alukan perbezaan pendapat.

"Jangan lempar tohmahan dan fitnah sebegini. Maki hamun, ini bukan Islam," katanya.

Farida berkata, beliau melihat umat Islam kini tidak lagi mendampingi ajaran agama dan sebaliknya agama pula dijadikan bahan berpolitik.

"Janganlah jadi samseng, orang ini tak betul, orang itu tak betul...yang boleh murtadkan manusia hanya Allah. Mereka mempolitikkan Islam. Jangan sesekali politikan Islam. Itu yang kami katakan.

"Mereka lempar perkataan-perkataan itu kepada kami tanpa mengetahui maknanya," kata Farida.

"Suruh mereka mengucap balik. Jangan nak isytihar orang sesat atau murtad. Itu tugas Allah, bukan manusia." – 21 Disember, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/.

Projek ic, projek mega untuk menaikkan rating pengundi di sabah serawak.

Posted: 20 Dec 2015 04:30 PM PST


seperti pernah saya post kan sblm ni.

projek ic, projek mega untuk menaikkan rating pengundi di sabah serawak.

di semenanjung malaysia UMNO dan BN tidak lg dpt undi popular...

maka dgn ini, mereka semua dlm umno dan bn menukar strategi untuk menyelaraskan smua pensempadanan Pengundi di sabah dan sarawak kelak, sblm pru14.


projek mega kedua, 1.5Juta bangla akan dibawa masuk ke malaysia. di tempatkan tuk simpanan kedua terbesar sbg aset2 pengundi hantu kelak... diberi ic, diberi greenlight tuk mengundi....

akhir2kata, byk posisi kerja di kerajaan, sudah diisi oleh orang asing, dan bakal di serap dlm masa akan dtg..

diam masih kah kamu di pedalaman? 

buta masih kah kamu wahai rakyat dgn perilaku kerajaan terhadap kamu?


masih cukupkah sara hidup kamu akibat kenaikan harga barang harian digunakan oleh kamu?


Apakah hak kamu tuk menolak kerajaan sedia ada skrg...?


tuk melancarkan perang sarap dalam umno dan bn,
tuk memastikan hak rakyat diselenggara sebaiknya,
tuk memastikan ekonomi dan matawang di jaga sebaiknya,
tuk memastikan harga2 barang keperluan dikawal,
dan memastikan aset2 negara yg digunakan oleh rakyat tidak dijual kpd oleh syarikat asing.


ubah lah pemikiran agar terus menerus menekankan tolak undi tuk kerajaan...
kepincangan ekonomi negara akibat 2 org ni...


 
Pengarah Jabatan Imigresen Sabah, Nor Alam Khan dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) yang baharu. Nor Alam akan mengambil alih jawatan…
 
suarasabah.com|By Suara Masyarakat Sabah

Parti pemerintah tidak pernah nafi Anwar tahanan politik, kata anak OLEH KC NAZARI

Posted: 20 Dec 2015 04:04 PM PST


Anak Datuk Seri Anwar Ibrahim, dari kiri, Nurul Iman, Nurul Izzah, Nurul Ilham dan Nurul Nuha di majlis Makan Malam Amal March 2 Freedom anjuran penyokong Anwar di Kuala Lumpur, malam tadi.

Anak Datuk Seri Anwar Ibrahim, dari kiri, Nurul Iman, Nurul Izzah, Nurul Ilham dan Nurul Nuha di majlis Makan Malam Amal March 2 Freedom anjuran penyokong Anwar di Kuala Lumpur, malam tadi.

Parti pemerintah tidak pernah menafikan bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim seorang tahanan politik yang dipenjarakan kerana ia adalah perkara yang benar, kata anaknya Nurul Iman.

Anak ke-5 Anwar itu berkata demikian sewaktu berucap pada majlis Makan Malam Amal March 2 Freedom anjuran penyokong Anwar di Kuala Lumpur, malam tadi.

"Anwar Ibrahim seorang tahanan politik dan tiada seorang pun dari kita menafikan perkara ini.

"Malah parti pemerintah pun tidak menafikan perkara ini kerana ia satu fakta," kata Nurul Iman dalam ucapannya.

Menurut Nurul Iman, beliau dan anggota keluarganya akan meneruskan perjuangan Anwar yang kini dipenjarakan kerana mereka sudah biasa dengan ujian sedemikian rupa sejak tahun 1998 lagi.

"Kami akan bertahan (persevere) dan tidak akan menyerah kalah dalam meneruskan perjuangan Papa," katanya merujuk kepada Anwar yang dipanggil "Papa" di kalangan anak-anaknya.

Anwar dipecat daripada jawatan timbalan perdana menteri pada tahun 1998 selepas dituduh meliwat bekas pemandunya.

Pada tahun 2010, bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan membuat laporan polis menuduh Anwar meliwatnya.

Pada Februari tahun ini, Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mendapati Anwar bersalah meliwat Saiful dan beliau dijatuhi hukuman penjara selama 5 tahun.

Sementara itu, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Pandamaran, Ronnie Liu dalam ucapannya pada majlis itu mencadangkan agar Anwar dipertimbang bagi dicalonkan untuk Hadiah Nobel Keamanan.

Bercakap mewakili aktivis zaman Reformasi yang menggelar diri mereka "Otai Reformis", Liu berkata, pengaruh Anwar di peringkat serantau jelas menerusi buku "Asian Renaissance" tulisannya dahulu yang mengupas penyatuan budaya dan politik.

Menurut Liu, beliau dan Otai Reformis akan bertemu pemimpin-pemimpin dunia bagi mendapatkan sokongan mereka untuk tujuan itu.

Cadangan Liu itu disokong Sasterawan Negara Datuk A Samad Said yang turut berucap pada majlis sama.

"Saya yakin Anwar berhak dicalonkan sebagai calon Hadiah Nobel Keamanan. Saya harap ini tidak tinggal kata-kata sahaja dan kita melakukan sesuatu untuk memungkinkannya.

"Dengan pencalonan ini, harapnya suara saudara Anwar lebih terdengar," katanya.

Kempen March 2 Freedom yang menuntut pembebasan Anwar itu turut mendapat sokongan daripada Amnesty International, Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia Bangsa-bangsa Bersatu, Bersih 2.0 dan Majlis Peguam. – 21 Disember, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa.

Parti pemerintah tidak pernah nafi Anwar tahanan politik, kata anak

Anak Datuk Seri Anwar Ibrahim, dari kiri, Nurul Iman, Nurul Izzah, Nurul Ilham dan Nurul Nuha di majlis Makan Malam Amal March 2 Freedom anjuran penyokong Anwar di Kuala Lumpur, malam tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 21 Disember, 2015.Anak Datuk Seri Anwar Ibrahim, dari kiri, Nurul Iman, Nurul Izzah, Nurul Ilham dan Nurul Nuha di majlis Makan Malam Amal March 2 Freedom anjuran penyokong Anwar di Kuala Lumpur, malam tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 21 Disember, 2015.
Parti pemerintah tidak pernah menafikan bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim seorang tahanan politik yang dipenjarakan kerana ia adalah perkara yang benar, kata anaknya Nurul Iman. Anak ke-5 Anwar itu berkata demikian sewaktu berucap pada majlis Makan Malam Amal March 2 Freedom anjuran penyokong Anwar di Kuala Lumpur, malam tadi.
"Anwar Ibrahim seorang tahanan politik dan tiada seorang pun dari kita menafikan perkara ini.

"Malah parti pemerintah pun tidak menafikan  perkara ini kerana ia satu fakta," kata Nurul Iman dalam ucapannya. Menurut Nurul Iman, beliau dan anggota keluarganya akan meneruskan perjuangan Anwar yang kini dipenjarakan kerana mereka sudah biasa dengan ujian sedemikian rupa sejak tahun 1998 lagi.
"Kami akan bertahan (persevere) dan tidak akan menyerah kalah dalam meneruskan perjuangan Papa," katanya merujuk kepada Anwar yang dipanggil "Papa" di kalangan anak-anaknya.
Anwar dipecat daripada jawatan timbalan perdana menteri pada tahun 1998 selepas dituduh meliwat bekas pemandunya.
Pada tahun 2010, bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan membuat laporan polis menuduh Anwar meliwatnya.
Pada Februari tahun ini, Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mendapati Anwar bersalah meliwat Saiful dan beliau dijatuhi hukuman penjara selama 5 tahun.
Sementara itu, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Pandamaran, Ronnie Liu dalam ucapannya pada majlis itu mencadangkan agar Anwar dipertimbang bagi dicalonkan untuk Hadiah Nobel Keamanan.
Bercakap mewakili aktivis zaman Reformasi yang menggelar diri mereka "Otai Reformis", Liu berkata, pengaruh Anwar di peringkat serantau jelas menerusi buku "Asian Renaissance" tulisannya dahulu yang mengupas penyatuan budaya dan politik.
Menurut Liu, beliau dan Otai Reformis akan bertemu pemimpin-pemimpin dunia bagi mendapatkan sokongan mereka untuk tujuan itu.
Cadangan Liu itu disokong Sasterawan Negara Datuk A Samad Said yang turut berucap pada majlis sama.
"Saya yakin Anwar berhak dicalonkan sebagai calon Hadiah Nobel Keamanan. Saya harap ini tidak tinggal kata-kata sahaja dan kita melakukan sesuatu untuk memungkinkannya.
"Dengan pencalonan ini, harapnya suara saudara Anwar lebih terdengar," katanya.
Kempen March 2 Freedom yang menuntut pembebasan Anwar itu turut mendapat sokongan daripada Amnesty International, Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia Bangsa-bangsa Bersatu, Bersih 2.0 dan Majlis Peguam. – 21 Disember, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/parti-pemerintah-tidak-pernah-nafi-anwar-tahanan-politik-kata-anak#sthash.jCXZ7qxR.dpuf

MAJLIS PERKAHWINAN SHAFINAZ BT HJ SA'ATAR & MUHAMMAD AKMAL B SHOBRI

Posted: 20 Dec 2015 05:13 AM PST

Majlis Perkahwinan Diadakan Di DEWAN LJT, ARAS 4
WISMA LJT
Lorong Perak, Pusat Bandar Melawati
KUALA LUMPUR






 HAJI SA'ATAR DAN ISTERI

ZUBIR ALI

 TOH PUAN HJH YUN HAMIDAH ALI & ZUBIR ALI
DARI KIRI: SAHAK PUSING - ABU DAN ISTERI - ISTERI SAHAK & MARIA

DARI KIRI:  ZAINOL BAHRAIN - SAMSUDDIN AZNAN -  SAHAK PUSING







Tiada ulasan: