Sabtu, 19 Disember 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


SURAT TERBUKA UNTUK TUN M ........ By Samurai Biru

Posted: 18 Dec 2015 11:30 PM PST



YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad,
Asalamualaikum wbt Tun. Saya mendoakan agar Tun sentiasa diberikan kesihatan dan hidayah oleh Allah SWT. Pada mulanya, saya ingin menulis surat ini di dalam Bahasa Inggeris, tetapi biarlah saya meneruskan tulisan dengan bahasa ibunda kita agar ramai dapat membaca dan memahami surat ini.
 
YABhg Tun, sejak kebelakangan ini saya lihat Tun sangat aktif berada di pentas politik untuk mendesak DS Najib meletakkan jawatan. 
 
Tun menghabiskan banyak masa menghadiri forum, bual bicara, program dan perjumpaan tertutup untuk meluahkan ketidakpuasan hati Tun mengenai pengurusan kerajaan dibawah pimpinan DS Najib. 
 
Sudah tentu, topik 1MDB merupakan topik yang paling utama dalam setiap ucapan Tun.
 
Tetapi disebalik semua ini, adakah Tun sedar bahawa Tun merupakan pengerusi Proton dan Proton sedang menghadapi masalah yang sangat besar. Saya tidak menulis surat ini berdasarkan kata-kata orang atau cakap-cakap pasar, tetapi sebagai salah seorang vendor Proton.
 
Kami tahu Proton sedang mengalami masalah yang sangat besar kerana Proton sudah mula tidak membayar kami. Proton sedang cuba membuat satu solusi bodoh dengan menawarkan kereta-kereta yang tidak terjual sebagai 'contra' bayaran untuk kami. 
 
Adakah Proton sedar bahawa kami ini bukan salesman kereta tetapi kilang komponen kereta.
Selain 6000 pekerja Proton, terdapat beratus vendor Tier 1, 2 dan 3 dan puluhan ribu pekerja yang bekerja dengan syarikat-syarikat vendor ini. 
 
 Masalah 1MDB (yang dilihat kini mempunyai jalan penyelesaian selepas penjualan Edra) tidak akan membuatkan puluhan ribu rakyat tiba-tiba hilang pekerjaan serta merta. Tetapi masalah Proton akan mengakibatkan jutaan ringgit kerugian pada usahawan bumiputera dan puluhan ribu pekerja hilang punca pendapatan dalam masa 2-3 bulan sahaja lagi. 
 
Tun perlu ingat, operator-operator kilang ini datang dari keluarga susah dengan pendapatan RM900 sebulan sahaja!
 
Saya mohon pada Tun, janganlah dibazirkan masa Tun sendiri dan orang Melayu dengan politik. Pilihanraya lambat lagi, pemilihan UMNO pun lambat lagi, kalau Tun ceramah hari-hari pun DS Najib tak akan letak jawatan. 
 
Lebih baik Tun ambil berat masalah Proton yang sedang nazak, lebih nazak daripada 1MDB.
 
Terlalu banyak kesilapan yang dibuat oleh Proton, sebelum dan selepas Tun jadi Pengerusi. Kami lihat sejak Tun jadi Pengerusi keadaan lebih teruk. Jangan disalahkan kerajaan kerana tidak memberi bantuan RM3billion kepada Proton untuk R&D. 
 
Itu adalah alasan bodoh bagi kami, kerana kami tahu setakat mana kemampuan Proton untuk menggunakan wang RM3billion itu sebaiknya untuk R&D setaraf pengeluar kereta asing. 
 
Kalau 'drawing simple part' pun boleh bertukar-tukar sampai berkali-kali dan akhirnya technician saya yang cuma lulusan SPM pun lebih bijak dari engineer Proton.
 
Sekarang ini Proton sedang kelam kabut dengan development Persona R, Saga R dan Perdana Baru. Kerja Proton memang kelam kabut, suka buat kerja saat-saat akhir dan suka tukar keputusan. 
 
Nak mass production untuk Persona bulan 1, sampai hari ini banyak keputusan belum diselesaikan. Saga R mass production bulan 4 tetapi design part pun belum confirm! Kalau Perodua, tahun depan nak mass production, tahun lepas sudah selesai semuanya.
 
Bercakap pasal Perdana pula, saya tak tahulah ini ego Tun atau ego Proton nak buat Perdana baru. Adakah Tun atau Proton terlalu naif untuk fikir bahawa Perdana tersebut tidak akan dapat dijual? Sedangkan model Preve dan Suprima yang kononya bakal mencecah jualan ribuan unit sebulan sekarang cuma terjual 100-200 unit sahaja. 
 
Bagaimana Perodua boleh menjual Myvi (6000 unit sebulan), Alza (3000 unit sebulan), Axia (12,000 unit sebulan)? Jawapanya mudah, ianya mampu milik! Jika harga Proton sudah cecah hampir RM70-80k, orang Malaysia sudah tentu lebih berminat beli kereta import seperti honda atau toyota walaupun 2nd hand.
 
Padanlah sampai sekarang pun ramai vendor menolak untuk mengambil kontrak Perdana. 
 
Berapa juta Proton habiskan untuk beri kepada syarikat Dream Edge untuk reka Perdana baru? Kenapa tidak guna duit itu untuk beri kepada R&D Proton untuk develop kereta yang mampu milik seperti Perodua. 
 
Nanti kalau Perdana tak dapat jual, Tun akan paksa kerajaan beli, kalau kerajaan tak beli (sebab baru ganti perdana lama dengan perdana kahwin honda), Tun akan marah DS Najib lagi.
 
Eloklah Tun luangkan masa untuk Proton. Lihatlah bagaimana pengurusan Perodua baik daripada pihak Malaysia dan juga pihak Daihatsu. 2-3 orang Jepun di Perodua lebih cekap daripada 2-3 ratus pekerja di Proton. Lawatan Tun ke Perodua pun menjadi bahan ketawa kepada mereka semua. 
 
Tun tidak harus menyalahkan kerajaan sikit pun atas kegagalan Proton, kerana Perodua juga syarikat Malaysia tetapi mampu bersaing dan mampu maju tanpa bantuan kerajaan.
 
Lihatlah pada pengurusan Proton, mereka tidak kompeten, tidak cekap dan ada yang tidak amanah. Tun fikirlah bagaimana Perodua boleh memperolehi harga komponen dengan lebih murah, tetapi komponen yang sama bila ke Proton menjadi lebih mahal. 
 
Makna, banyak ketirisan terjadi dalam Proton. Saya akan menceritakan ketirisan-ketirisan ini dalam surat saya yang kedua, bagaimana ada beberapa orang dari pihak pengurusan dan pembelian Proton yang tidak amanah.
 
Kalau bab berlagak dan bodoh sombong bila datang ke tempat vendor, serahlah pada Proton. 
 
Memang berlagaknya nombor 1, mengalahkan Perodua, Honda, Volkswagen dan lain-lain OEM yang volumenya jauh lebih tinggi dari Proton dan paling penting, mereka semua bayar supplier!
 
Jika Proton tidak berubah dalam masa terdekat ini, mungkin vendor-vendor akan sepakat untuk memberhentikan supply kepada Proton. 
 
Production line Proton akan terhenti dan Proton tidak akan ada kereta untuk dikeluar dan dijualkan. Jangan salahkan kami, kerana hutang Proton kepada kami vendor-vendor bumiputera ini dah cecah ratusan juta! 
 
Banyak lagi cerita buruk Proton yang kami dengar dan kami tahu. Ada yang kata Proton membayar sewa tanah bernilai jutaan ringgit sebulan pada ahli keluarga Tun. 
 
Benar atau tidak, itu kami tak kisah jika Proton mampu menjalankan perniagaan dengan baik.
 
Kami merupakan antara usahawan yang paling cekal di Malaysia. Saya mempuyai beberapa syarikat lain yang menceburi bidang construction, trading, development dan macam-macam lagi. Tetapi bidang automotive manufacturing ini adalah yang paling mencabar kerana memerlukan sistem, kualiti, ketepatan masa dan pengurusan yang sangat cekap seperti syarikat Jepun.
 
Kepada mereka yang tidak mempercayakan surat ini, boleh pergi mana-mana kilang pembuatan komponen automotif dan tanya, 'Bagaimana Proton?'. Anda akan dengar caci, maki, kutuk, kisah teraniya, ditipu dan macam-macam lagi. 
 
Jika tanya, 'Bagaimana Perodua?' anda akan dapat jawapan 'sangat mencabar, tetapi payment tak pernah lambat, volume sentiasa tinggi'. Walaupun berurusan dengan Perodua lebih memeningkan kepala kerana terpaksa mengikut standard yang tinggi yang diletakkan oleh Jepun dari Daihatsu, ianya lebih berbaloi. 
 
Jepun Daihatsu akan datang 'spot check' kilang kami secara mengejut pada jam 7.30 pagi untuk memastikan operasi kami sentiasa dalam keadaan yang memuaskan!
 
Nasihat saya pada Tun, tengoklah Proton. Janganlah buang masa dengan Khairuddin, Anina, Amidah dan kawan-kawan Tun lain yang asik nak berpolitik sahaja! Buat malu je bangsa Melayu dengan Jepun-jepun dekat Perodua tu. 
 
Kalau perlu RM3billion nak bayar hutang, cakap lah terus terang dekat kerajaan, mana tahu mereka boleh bantu beri pinjam. Jangan berselidung disebalik alasan R&D, memang tak munasabah.

Ariff Abd. Md

Tier 1 and 2 Automotive Supplier,
 
ISO TS 16949 & MS ISO 9001:2008 Certified Company
Specialise in High Precision Parts

Jumpa Ketulan Emas Bernilai RM 15.8 Juta Di dalam Kotak Posted by Kita Bantai

Posted: 18 Dec 2015 10:30 PM PST



Australia – Ketulan emas seberat 10.7 kilogram ditemui semula selepas emas yang bernilai AS$3.7 juta (RM15.8 juta) itu tersimpan di dalam sebuah kotak wiket; kota yang digunakan untuk menyimpan permainan kriket; selama bertahun-tahun.

Ketua Menteri New South Wales, Mike Baird menjelaskan bagaimana emas sebesar buku roti yang diamanahkan kepada Perbendaharaan New South Wales itu boleh tersimpan di situ.


"Seseorang secara teliti menyimpan emas itu dalam sebuah kotak. Masalahnya, mereka lupa untuk memberitahu sesiapa dan kotak itu menjadi peralatan untuk menyimpan alatan sukan kriket amatur," jelas Baird.



Emas yang digali di bandar Maitland pada 1887 itu ditemui oleh seorang kakitangan jabatan berkenaan yang mengambil keputusan untuk membuka kotak tersebut.

Ketulan emas itu dipinjamkan kepada Muzium Australia di Sydney pada Selasa lalu selama empat hari untuk tujuan pameran.
Ketulan emas terbabit pada asalnya dibeli oleh Jabatan Perlombongan New South Wales pada 1887 dan disimpan untuk memperingati kemuncak kegemilangna perlombongan emas pada abad ke-19.

Penyatuan Umat Melayu Pas - UMNO, tak ada manafaat !!!.

Posted: 18 Dec 2015 09:30 PM PST


Terbukti sudah apa yang diperkatakan sebelum ini, pada Khamis lalu, cuma pelaksanaan nya sahaja masih kena tunggu dan lihat...

Aku tak mau nak komen banyak dalam isu ni...

Nanti aku akan dituduh dengan bermacam-macam tuduhan, biasalah,, kritik ulama.. 




 Apa pun aku terpaksa luahkan apa yang terbuku dalam ruang akal fikiran aku yang serba sempit dah jahil ni...

Penyatuan umat melayu.................... memang baik,, aku tak nafikan, apatah lagi nak menghalangnya... 

Cuma apa yang telah berlaku tidak kena pada tempat dan masanya,,, memang tak bertepatan langsung untuk mendapat hasilnya atau impak dari isu ni... 

Kenapa aku kata tidak !!!!..

Kita imbau balik kes Anwar Ibrahim mata lebam tahun 1998,,, dimana Arwah Mantan Presiden Pas Dato Fazdil Nor, pergi bersama-sama dengan Anwar, beliau dikecam,,, oleh ahli-ahli Pas, tetapi Allahyarham seorang yang bijak berpolitik, pandai mengambil peluang yang ada,,, diketika Anwar di zalimi oleh Mahathir, dimana sebahagian besar rakyat Malaysia turut bersimpati dengan apa yang berlaku, peluang sebegini turut diraih oleh Pas,,, maka Pas berjaya menawan Terengganu pada PRU 1999...

Tetapi apa yang berlaku dua lepas adalah sebaliknya,,, itu pasal aku kata tak bertepatan langsung... Najib bukan orang yang dizalimi atau kena zalim, malah boleh dikatakan Najib menzalimi rakyat dengan begitu rakus dan gelojoh,, sehingga Timbalan Presiden Muhyiddin dan Naib Presiden Shafie Afdal pun turut mengecamnya,,, tak termasuk Dr Mahathir, dan otai-otai politik umno yang lain...

Alih-alih Presiden Pas sanggup pi bersekongkol dengan Najib atas nama penyatuan umat melayu dengan mendapat sokongan agamawan cari makan... 

Dan aku tak hairan kalau lepas ni Majlis Raja-Raja Melayu pun turut memberi sokongan kepada agenda penyatuan melayu ni...

Apakah rakyat marhaen yang hidup serba cukup makan akan mendapat hasil dari imfaq penyatuan melayu ni...

GST akan di mansuhkan, 
PPPTN untuk anak-anak kita akan dihapuskan.. 
Harga barang-barang akan kembali murah.
Subsidi-subsidi akan diadakan semula..
Tambang pengangkutan awam dibatalkan kenaikannya..
dan banyak lagi yang tak perlu aku tulis.....

Cuma aku tanya.. 
Apakah dengan penyatuan ni apakah tindakan boleh diambil keatas Najib dalam skandal 1MDB 2.6 Billion,, skndal Ypeim, Tabung Haji, Wang Zakat, skandal lembu NFC dan banyak lagi,,, termasuk skandal balak di Kelantan... melayu woi...

Atau dengan penyatuan ini, Najib akan terus berkuasa dan akan terus mengcengkam dengan RUU MKN yang baru diluluskan, manakala orang-orang melayu terus hidup merimpat... Dan tak mustahil lepas ni Dr Mahathir menjadi teman Anwar Ibrahim di penjara Kajang....

Yang menjadi kambing hitam,, semuanya salah DAP..

Apakah Umno dan Pas akan mendapat undi dari golongan muda pada PRU14 nanti.... 



Hidup Melayu.... 



Jins Shamsuddin Seperti Kanak-Kanak 6 Tahun

Posted: 18 Dec 2015 09:00 PM PST



Seniman tanah air Tan Sri Dr Jins Shamsuddin berada dalam keadaan sihat namun sifatnya seperti kanak-kanak berusia enam tahun.

Isteri beliau, Puan Sri Halijah Abdullah, 54, berkata, sifat kanak-kanak suaminya itu bagaimanapun tidak menyusahkan keluarga sebaliknya keadaan berkenaan kadang-kala menggeletek hati mereka.

"Doktor kata umur suami macam budak enam tahun. Saya melayan dia macam saya membesarkan anak-anak saya. Tapi saya tak kisah, kami sekeluarga sudah faham," katanya kepada mStar Online.

Halijah  ditemui di rumahnya di Kampung Pasir, Hulu Klang di sini pada Jumaat ketika menerima kunjungan ahli dan anggota jawatankuasa Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM).

Terdahulu satu berita palsu kononnya Jins, 80, meninggal dunia menjadi viral di laman-laman sosial selepas disebarkan pihak tidak bertanggungjawab.

Halijah berkata, suaminya ketika ini tidak banyak bercakap seballiknya akan menyebut beberapa perkataan tertentu terutamanya terima kasih.


Katanya sikap kebudak-budakan suaminya itu kadang-kadang melucukan dan Jins sering kali mengaku tidak pernah berkahwin apabila ditanya siapakah isterinya.

"Bila kita tanya mana isteri, dia jawab; saya tak ada isteri. Bila tanya mana anak, dia jawab; saya tak kahwin… mana ada anak," kata Halijah menceritakan gelagat suaminya itu.

Ujar Halijah lagi, tidak sukar menjaga suaminya kerana Jins tidak pernah meragam sebaliknya kurang keupayaan untuk berkomunikasi.

Katanya, sejak kebelakangan ini kesihatan Jins semakin merosot malah beliau  tidak mampu membaca dengan baik dan tidak lagi mengenali diri sendiri jika menonton filem-filem yang pernah beliau lakonkan.

Namun apabila ditanya apakah namanya, beliau menjawab; 'Tan Sri Jins Shamsuddin.'

Mengenai tabiat lain suaminya itu kata Halijah, Jins sentaiasa tersenyum selain akan berkata "terima kasih" setiap kali selesai sesuatu perkara.

Bagaimanapun katanya, doktor sudah bepesan kesihatan Jins akan menunjukkan kemerosotan sesuai dengan peningkatan usianya namun setakat ini beliau tidak mengalami apa-apa penyakit lain.

Sementara itu Halijah berkata, kos ubat-ubatan dan keperluan lain bagi menjaga Jins menggunakan semua wang pencen senator suaminya itu.

Dalam perkembangan sama Halijah melahirkan rasa kesal dengan penyebaran mesej kematian suaminya itu kerana ia menyusahkan banyak pihak khususnya orang ramai yang mengambil berat terhadap Jins.

"Selepas berita itu tersebar, saya dan anak-anak mendapat banyak panggilan telefon. Kebetulan pula kami dalam perjalanan dari Temerloh ke Kuala Lumpur. Saya kasihankan orang ramai yang datang ke rumah saya kerana mereka menyangkakan berita itu benar," katanya.

Terdahulu, Jins disahkan menghidap sejenis penyakit Alzheimer sejak 2011.


JANGAN KITA LUPA PENGORBANAN DSAI !!

Posted: 18 Dec 2015 08:24 PM PST


Zar Ali's photo.
Zar Ali's photo. 
 


Saya penyokong setia dari bersama didalam UMNO sehingga kami keluar dari UMNO... dan akan terus berjuang untuk menegakkan kebenaran dan keadilan. BEBASKAN DS ANWAR !!

Malang Najib Makin Bertambah.. Petanda Najib Dibenci Rakyat Berlegar Di Alam Maya

Posted: 18 Dec 2015 06:00 PM PST


Cerita seorang pengguna jalan raya yang tidak memberi laluan kepada kereta rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi pengkongsian hangat pengguna laman social.

Fadzil Khairi menceritakan bukan dia sahaja malah ramai lagi pengguna jalan raya yang di hadapannya yang tidak mempedulikan arahan polis trafik supaya memberi laluan kepada kereta yang dinaiki Najib.

Katanya, sikap pemandu termasuk dirinya yang enggan memberi laluan itu menyebabkan polis trafik yang bertugas mengelabah.

"Kami tak marah polis yang menjalankan tugas. Kami nak suruh menteri amalkan apa yang menteri cakap hari itu tu je pada rakyat – kalau tak nak bayar tol dan elak jem (kesesakan), sila bangun pagi."

"So menteri kalau tak nak ngadap jem, hangpa bangun pagi atau balik keja lewat laa bhai… tak pun naik pengangkutan awam.. kata berjiwa rakyat," tulis Fadzil.

Status dia itu dikongsi lebih hampir 3,000 pengguna Facebook dan menerima lebih 15,000 likes.


Sebab Seks Baik Untuk Kesihatan, Untuk Yang Dah Kahwin Je! Posted by Kita Bantai

Posted: 18 Dec 2015 05:30 PM PST



Siapa cakap seks hanya untuk puaskan nafsu semata-mata? Tahukah anda bahawa seks sebenarnya baik untuk kesihatan dan memanjangkan hayat.
Khas untuk pasangan yang sudah berkahwin, ini antara 9 sebab kenapa anda perlu sentiasa bersama dan lakukan hubungan intim.

Seks hindari demam dan selesema

Menurut kajian, hubungan intim mampu meningkatkan tahap imunisasi atau antobodi. Jadi pasangan yang kerap melakukan hubungan seks akan terhindar dari penyakit ringan.

Seks kurangkan risiko penyakit jantung

Kajian mendapati, pasangan yang aktif melakukan seks lebih panjang usia dari mereka yang tidak aktif. Seks mengurangkan risiko sakit jantung dan strok.

Seks seimbangkan tahap hormon

Seks membantu menstabilkan hormon, serta melancarkan kitaran haid bagi wanita. Bahkan ia juga boleh mengurangkan simptom negatif menopause.

Seks sembuhkan sakit kepala

Ketika melakukan hubungan seks, hormon oxytocin akan dibebaskan dalam badan serta oxytocin juga mengurangkan rasa sakit yang anda alami.

Seks kurangkan stres

Kebaikan bebasnya oxytocin ketika hubungan seks, ia dapat merehatkan sistem saraf. Bukan itu je, ia mampu mengurangkan tekanan dan membantu mendapatkan tidur yang baik.

Seks kurangkan risiko kanser payudara

Kajian mendapati, wanita yang sering melakukan hubungan seks berisiko rendah untuk mendapat penyakit kanser payudara berbanding wanita yang kurang melakukan hubungan seks.

Seks tingkatkan kawalan pundi kencing

Hubungan seks sebenarnya sama seperti melakukan senaman otot Kegel. Otot ini jugalah yang mengawal pengaliran air kencing dari badan dan tiada lagi masalah pundi kencing.

Seks membakar lemak

Seks melancarkan peredaran darah dan memastikan jantung berdenyut. Walaupun ada yang mengatakan seks tidak membakar banyak kalori tetapi ia masih membakar kalori dalam badan jika dibandingkan dengan hanya duduk menonton TV.

Seks meningkatkan keyakinan diri

Kajian mendapati, seks mampu meningkatkan keyakinan diri seseorang. Bukan itu sahaja, ia juga buatkan seseorang lebih berani di khalayak ramai.

Rakyat Menderita Dengan Sara Hidup Yang Tinggi...... Mana Tuan Penasihat ?

Posted: 18 Dec 2015 05:00 PM PST



 



Alhamdulillah.. Dah Dapat Balik Duit Pakcik Yang Ditipu..

Posted: 18 Dec 2015 04:30 PM PST



KUALA LUMPUR - Susulan kes Pakcik Hanif ditipu oleh jurujual telefon bimbit di Kota Raya semalam, tampil seorang lelaki menghulurkan bantuan mendapatkan semula wangnya semalam.

BACA: SEMUA SEKALI RM3,100.00

"Syukur, kes Pakcik Hanif akhirnya selesai. Penipu itu telah mengembalikan duit Pakcik Hanif dengan bayaran penuh pada jam 7 petang semalam," kata Roslan Hj Ismail di laman Facebooknya.

Menurut Roslan, beliau sudah cuba menghubungi jurujual terbabit dari jam 4 pagi semalam dan hanya dapat bercakap dengan lelaki itu pada jam 9.30 pagi.

"Dari jam 4 pagi saya call lelaki itu hinggalah dapat bercakap dengan dia pada jam 9.30 pagi. Saya dapat hubungi Pakcik Hanif pada jam 6.30 pagi. Setelah mendapat pengesahan cerita sebenar, baru saya tekan penipu itu.

"Pada mulanya penipu itu agak langsi bercakap dalam telefon. Setelah ditekan, barulah dia bersetuju untuk memulangkan lebihan bayaran sebanyak RM800. Namun saya menolak dengan alasan saya sudah tidak berminat untuk meneruskan urusniaga dengan penipu.


"Jadi, sama ada dia menerima tawaran saya atau menerima apa jua kemungkinan yang akan berlaku. Tawaran saya ialah, dia ambil semula telefon itu dan pulangkan kembali wang dengan jumlah penuh tanpa kurang satu sen pun.

"Persetujuan awal kami ialah, berjumpa pada hari Sabtu kelak. Tetapi pada jam 6.30 petang tadi (semalam), kumpulan kami telah berjumpa dengan Pakcik Hanif dan terus pergi ke Kota Raya. Pembayaran penuh telah dibuat dan kami memberikan amaran keras kepada penipu terbabit.


"Kami tidak boleh lebih sudu dari kuah. Maksudnya Pakcik Hanif tidak mahu berlaku sebarang kekecohan dan meminta perkara itu diselesaikan secara baik. Kami cuba selesaikan mengikut apa yang termampu. Apa-apa pun bersyukurlah Pakcik Hanif mendapat kembali wangnya dan moga menjadi pengajaran kepada semua," katanya.

Justeru itu, Roslan menyeru kepada mana-mana individu yang mempunyai masalah yang sama di tempat yang sama bolehlah menghubunginya di talian 014-3334444. Beliau akan cuba sedaya membantu mengikut kemampuan.

- thehypemedia

Fesyen Terbaru Untuk Tahun 2016 ??

Posted: 18 Dec 2015 04:00 PM PST

Astaghfirullah!!! fesyen apa ini, pakai tudung tapi kain belah sampai ke punggung

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu

Sultan makan di restoran mamak dipuji rakyat FMT Reporters

Posted: 18 Dec 2015 08:00 AM PST


SUltan JOhor

Para netizen selain memuji tindakan baginda turut menyatakan beliau sebagai Sultan Berjiwa Rakyat.

PETALING JAYA: Tiga keping gambar Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bersarapan di restoran mamak di Muar bersama rakyat jelata menjadi viral dalam kalangan netizen.

Gambar yang dikongsi dalam laman sosial Facebook Buletin TV3 menyatakan Sultan Johor bersarapan di restoran yang sama selama dua hari berturut-turut.

"Tanpa sebarang protokol baginda berjalan masuk ke Restoran Ansar lalu duduk memesan roti canai seperti rakyat biasa.

"Baginda berbuat demikian selepas Solat Subuh.

"Sultan Ibrahim turut bersedekah dengan membayar makanan dan minuman semua pelanggan di situ," memetik status yang dimuat naik dalam laman itu.

"Rakyat yang bertemu baginda tidak putus-putus mengucapkan takziah di atas kemangkatan Tunku Laksamana Johor Tunku Abdul Jalil serta mendoakan agar rohnya diletakkan bersama mereka yang beriman.

"Sultan Ibrahim juga mengucapkan terima kasih kepada rakyat yang menziarahi baginda," sambungnya.
Para netizen selain memuji tindakan baginda turut menyatakan beliau sebagai Sultan Berjiwa Rakyat.

Seorang pengguna Facebook, Amani Junoh berkata: "Baginda tidak kisah jadi macam rakyat biasa. Keluar istana tanpa ada pengawal sebab dia tau dia takde salah degan rakyatnya. Tapi ade orang tu pegi buat haji pun nak kena keliling dengan pengawal. 

Walhal di tanah suci tak perlu nak bawa darjat dunia. Allah pandang semua sama je".

Rakyat dan Penududuk Daerah Kuantan sudah muak dgn propaganda UMNO BN, - Revolusi Malaysia

Posted: 18 Dec 2015 07:15 AM PST


Five Bauxite Lorries Burned by an Angry Malaysian Public

Rakyat mengambil langkah inisiatif sndiri bagi membendung perilaku lori2 bauksit melalui kekawasan kampung2.

YB Fuziah Salleh (Kuantan) sudah mengutuskan usul demi usul untuk mengurangkan dan pelupuskan perlombongan bauksit.

Dan sudah didengari semua ahli parlimen dan speaker, akhirnya Ketua Menteri Pahang masih diam membisu dan melupuskan fakta, yg diusulkn oleh YB Fuziah Salleh.

SPRM, PDRM, Majlis Daerah Kuantan, Jabatan Alam Sekitar(JAS), dan pelbagai agensi PBT masih diam membisu, 

adakah tangan2 ghaib menutup telinga dan mata mereka?
dimanakah pihak penduduk untuk mengadu tentang semua dialami oleh mereka?

inilah langkah yg terbaik setakat ini.

menentang segala kebobrokan, ketirisan dan ketidakadilan tentang isu rakyat.

KERJASAMA UMNO DENGAN PAS LEBIH UNTUK SURVIVAL NAJIB

Posted: 18 Dec 2015 06:30 AM PST

Sehingga kini Najib Razak adalah satu-satunya Perdana Menteri yang dikenalpasti paling banyak melakukan tawaran kerjasama politik kepada pelbagai pihak dalam negara ini.

Kepada pengundi bukan Melayu, beliau pernah menawarkan kerjasama melalui slogan 1Malaysia dan " I help you, you help me" tetapi kedua-duanya gagal membuahkan hasil di mana sebaik saja keputusan PRU 13, kekecewaan Najib dapat dirasakan apabila menyifatkannya sebagai tsunami Cina.

Najib juga menawarkan kerjasama lebih khusus kepada pengundi India melalui hubungan dengan Hindraf dan kemudian melantik pemimpin utamanya sebagai timbalan menteri untuk menjaga kepentingan kaum itu. Hubungan itu juga berakhir dengan kekecewaan sehingga P Waythamoorthy meletakkan jawatannya dan kembali menjauhkan diri daripada Najib kerana berpendapat banyak janji-janji yang diluahkan tidak ditepati.

Dalam Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini, setelah memecat Muhyiddin Yassin dan Shafie Apdal daripada kerajaan berkaitan isu 1MDB dan derma RM2,600 juta yang diterimanya serta membelasah semua pengkritiknya, di majlis penggulungannya beliau menghulurkan salam perdamaian dengan alasan demi perpaduan dan pengukuhan parti. Di dalam perhimpunan itu juga,

Najib menawarkan salam kerjasama dengan Pas yang selama ini dimusuhinya. Semalam pula dalam majlis alumni Al Azhar yang turut dihadiri oleh Presiden Pas, Hadi Awang di mana kedua-duanya berpakaian sedondon baju Melayu berwarna merah jambu,

Najib sekali lagi menawarkan kerjasama sambil memetik ayat-ayat suci Al Quran, surah 103 Ali-Imran yang menekankan mengenai perpaduan dan berpegang kepada tali Allah.

Dalam konteks kononnya berjiwa besar ingin berdamai dengan pengkritiknya dalam UMNO dan kemudian menawarkan pula kerjasama dengan Pas, yang mana satukah menjadi keutamaan Najib - mencari perdamaian dalam UMNO atau bekerjasama dengan Pas?

Apakah dengan menyatakan ingin berdamai itu, Muhyiddin dan Shafie akan terus dikekalkan kedudukannya dalam UMNO atau kedua-duanya tetap akan disingkirkan selepas ini?

Tanpa menunjukkan tanda-tanda susulan mahu berdamai dengan musuh dan pengkritiknya dalam UMNO, apakah kerjasama dengan Pas hanya sebagai "galang ganti" untuk memudahkan tindakan diambil diambil terhadap Muhyiddin dan Shafie?

Salam kerjasama yang dihulurkan Najib kepada Pas dengan menggunakan alumni Al Azhar dan mungkin turut sama melalui peranan Nasharuddin Mat Isa, bekas Timbalan Presiden Pas yang kini diberikan jawatan CEO Yayasan Kesederhanaan Global, kini pantas disambut dengan tertubuhnya sebuah jawatankuasa ke arah itu. Terlihat seolah-olah ingin cepat benar kerjsama itu mahu dijadikan kenyataan.

Kerjasama ini, walaupun sekali imbas memperlihatkan keinginan lebih di pihak Najib, tetapi tidak dinafikan Pas juga memerlukannya demi masa depan dan kepentingan politiknya. Walaupun Najib kelihatan semakin kuat dalam UMNO, tetapi perselisihannya dengan Tun Mahathir, Muhyiddin dan Shafie membuatkan parti itu semakin jauh di hati rakyat.

Rakyat lebih melihat isu 1MDB dan derma RM2,600 juta yang dibangkitkan oleh ketiga-tiga pemimpin itu terlalu banyak kebenaran yang sukar dinafikan.

Berbaik dan bekerjasama dengan Pas mungkin menjadi pertimbangan Najib untuk terus menjarakkan diri dan "berkerat rotan" dengan Tun Mahathir, Muhyddin dan Shafie dengan keyakinan bahawa kerjasama itu mampu mendatangkan sokongan rakyat yang lebih melimpah kepada pengekalan kuasanya.

Jika tidak bermasalah dengan Tun Mahathir, Muhyiddin dan Shafie, apakah mungkin salam kerjasama kepada Pas itu dihulurkan oleh Najib? Pas pula baru saja berpecah dengan kumpulan progresif dan kehilangan bekas Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu serta lain-lain pemimpin yang merupakan aktivis dalam parti itu.

Walaupun Pas kelihatan masih utuh, tetapi akibat perpecahan dan penubuhan Amanah, sokongan rakyat kepadanya juga berkurangan khususnya di kalangan profesional dan pekerja sektor awam serta swasta.

Dengan bekerjasama dengan UMNO, Pas sebagai sebuah parti politik, tidak lain keinginannya selain berharap dapat mengekalkan pengaruh dan kuasanya di negeri-negeri tertentu. Hakikatnya, kerjasama ini ditawarkan dan disambut ketika kedua-duanya,

UMNO dan Pas sedang bermasalah dari segi sokongan rakyat. Tetapi yang paling mendapat manfaat daripada kerjasama itu ialah Najib sendiri.

Dengan Pas yang diomong-omongkan berlabel Islam pun sedia berbaik dengannya, Najib kini secara langsung dapat "menyucikan" dirinya daripada isu wang RM2,600 juta yang masuk ke akaun peribadinya itu.

Sekarang ini bukan saja Haji Hadi tidak melhat isu wang itu sebagai hal besar kepada Najib yang tiba-tiba bergelar bilionaire, malah pemimpin, ahli dan penyokong Pas pun turut kurang kedengaran bercakap mengenainya seolah-olah memasukkan wang besar ke poket sendiri ketika berjawatan besar adalah amalan yang sudah tidak berbangkit lagi dari segi salah benar atau halal haramnya. 
 
Sudah pasti selepas ini Najib tidak lagi bercakap mengenai 1Malaysia atau "I help you, you help me" kepada bukan Melayu.

Lidahnya akan lebih petah bercakap mengenai jiwa Melayu, perpaduan Islam, kabilah, malah mungkin petikan terjemahan Al Quran yang bersesuaian turut semakin kerap diungkapkan. 
 
Bekerjasama dengan Pas bukan saja untuk memudahkan Najib bertindak terhadap musuh-musuhnya dalam UMNO sambil dapat "menyucikan" dirinya, malah PRU 14 juga bakal memperlihatkan pengundi Melayu akan menjadi keutamaan baru setelah bukan Melayu mengecewakannya dalam PRU 13 lalu.

 
Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

SIASAT DULU SEBELUM MARAH ( marah perangai IBLIS)

Posted: 18 Dec 2015 05:45 AM PST


Ismaily Bungsu C's photo.

SEORANG teman diherdik dan dihina depan orang/depan staff lain. Yang hina keduanya macam pondan. 

Satu hitam dan satu putih. Saya kenal keduanya itu. Pangkat baru saja naik dan tidaklah tinggi sangat.

Konon keduanya manusia itu kena marah oleh atasan dalam satu mesyuarat tetapi dia tak dapat jawab sebab dia tidak meneliti dokumen asal sebenarnya.

Terus dia dan ketua di bahagian marah membabi buta kepada teman saya. Yang dimarah relax sebab sudah saya nasihati sebelum ini bila buat kerja kena ada HITAM PUTIH dan dia faham sangat dan sebelumnya saya ajar dia bagaimana cara tadbir dan siasat sesuatu kes.

Kedua pegawai yang pondan itu marah di depan BOSS BESAR dan marahnya memang jelas menyalahkan seseorang itu. Keduanya berganti2an marah herdik dan menghina tetapi yang dihina tetap sabar. Inilah cara ampu tetapi bodoh berlagak pintar.

Sesudah itu yang dimarah TUNJUK BUKTI email dari luar negeri dan ia lakukan ikut arahan bahagian sale/pemasaran dan surat itu ia tunjuk sebagai bukti dan sesudah keduanya melihat surat itu baru dia diam dan TERKOYAK rabak terus macam ULUN TAKUYUNG berak kapur.

padan muka keduanya.

" Dia tak salah dan jangan hentam " kata ketua BOSS BESAR dan bukankah dirinya keduanya malu/Bukan satu tetapi keduanya malu besar dan terus terdiam tak bercakap jelas kuliti kerja buruk dan kena belajar banyak jaga manusia/staff.

Yang diherdik bukan binatang/atau anjing dan anjing juga akan marah kalau disakiti, inikan pula manusia.
Belajarlah beradat sedikit bila bercakap dan siasat dulu salahnya dari siapa dan jangan main herdik hentam melulu seperti orang gila babi.

Kalau sayalah yang terkena begitu, siap saya terjah kerana ia bercakap tidak menggunakan otak waras tetapi usaha mengampu di depan BOSS BESAR dan BOSS BESAR sendiri akui yang staff berkenaan tidak salah dan itu kesan salah dari luar Negeri atau ada surat menyusul yang bahagian SALE tapok2/sembunyikan atau terlepas pandang.

Jika kamu baca nota ini rasanya lebih baik agar kamu sedar diri dan tambah beradat jangan menghina orang seperti anjing atau binatang jalang kesan terasakan kamu berkuasa konon sesuka hati marah staff bawahan.
Sama2 juga kamu makan gaji dan sama-samalah siasat salah siapa dan berdasarkan dokumen memang salah luar negeri kecuali jika ada surat susulan yang tidak disebarkan.

Jika mahu mengampupun untuk naik pangkat, usaha jangan orang lain jadi mangsa dan itu namanya TIDAK BERADAT dan kena belajar sistem budaya kerja untuk kebaikan sistem/cara urus kerja yang diamanahkan.



ISMAILY BUNGSU

Posted: 18 Dec 2015 05:00 AM PST


 

Aku berikan lima sebab kenapa yb.MB
Azmin Ali tidak lagi menjadi pilihan pkr.


Dap Amanah menjadi Menteri selepas pru14..


1. Spekulasi dieg baik pulih gerbang
Darul eshan 9.1 juta..


2..permusuhan geng azmin dgn puak rafizi dan chegu bard

3..perkahwinan sambutan menantu azmin tidak memperlihatkan pemimpin berjiwa rakyat..

4..mesrA haji hadi and the geng

5..gerak politiknya lebih kepada memperkasakan puaknya dari memperkasa pakatan harapan..


Megat Farish

SEMAKIN KUAT DAN BERANI

Posted: 18 Dec 2015 04:30 AM PST


(.......kala dia kekasih selalu di sisi hadapi segala hal
yang kekadang kita kenal siapa lawan siapa kawan
dan siapa pembodek ampu selamatkan diri......)


Barangkali satu kesilapan kalau mentafsir saya sama seperti mereka yang lain boleh dibuli gertak hina dengan sejuta kutukan dan tentunya tentu kesilapan membaca makna.

Kita masih waras untuk menentukan dan masih punya kesabaran yang kuat atas nama hormat sesama, tetapi kala sampai waktunya siap gunung-gunung akan berterbangan kutendang menjadi debu dan menyampah melimpah-limpah.

nasiblah dia ada di sisi memberikan ilham untuk sabar dalam semua hal dan itu aku ingat, tetapi katanya kalau suatu waktu menuntut kewajaran, bersiap sediakan sebab kehilangan apa yang diduduki itu tidak mengapa kerana pendirian kita jelas berdasar ketentuan Illahi semata.

dikau tentunya tahu apa makna urutan kerja dan peraturan kerja dan selagi masih di laluan itu, meski mati tidak akan lari dari garisan dan bersiap sedialah bertempur di waktu2 waktu lain dan saya tidak akan diam dan menjadi orang gila sasau lupa diri ketika masanya berhujah.

hormat dan kasih kekadang memang ada hadnya tetapi kalau sudah berlebih2an dan melampau batas dengan fitnah segala macam maka siaplah mahkamah jalan penyelesaian untuk kita merasa sama langit itu tinggi atau rendah.

menghargai orang lain itu pohonan untuk kita sama dihargai meski ianya hanya seorang anak jalanan yang mencari makan di kota tetapi jika sebaliknya air laut akan membuak ke angkasa tumpah di sisimu mampus sebelum sempat menggapai puncak.

Saya siap menunggu waktu2 seterusnya biar segala macam terburai siapa bakal musnah gunung berapi memuntahkan lahar tidak akan undur kerana kebenaran itu tetap di sisi dengan buktinya sudah nyata kala dikatakan seperti cacing kepanasan muka merah tebal satu macam.


NURLIYANA
Tenom sabah
18/12/2015

Gempur Ali Tinju Gagal. 20 Orang Saja Yang Hadir

Posted: 18 Dec 2015 03:44 AM PST



Demonstrasi 'Gerakan Merah' yang didakwa "panas" seperti yang berlaku di Plaza Low Yat, Julai lalu akan berulang di Kompleks Kota Raya pada petang ini tidak menjadi kenyataan seperti yang dirancang.

Sebaliknya, hanya kira-kira 20 orang daripada gerakan tersebut yang hadir.

Pihak penganjur kemudiannya mengantikan protes itu dengan sesi sidang media dengan puluhan anggota polis serta media yang berada di kawasan berkenaan.

Pemimpin gerakan itu yang juga adalah Presiden Veteran Tentera Melayu, Mohd Ali Baharom menyalahkan pihak media kerana didakwa memperbesarkan isu pihaknya ingin mengadakan "lawatan" ke kompleks membeli-belah tersebut.

"Bukan nak buat rusuhan. Itu salah. Saya sangkal sekerasnya. Kami tak pernah buat rusuhan dan nyalakan api perkauman dan kami perjuang nasib rakyat yang kecewa yang kena tipu," katanya.

Selain itu, ditanya mengenai kenyataannya sebelum ini yang mengatakan kemungkinan perhimpunan petang ini "panas" seperti di Low Yat, Ali atau dikenali sebagai Ali Tinju berkata:

.
"Panas? Mana ada panas? Yang panas bila media keliling sekarang ini. Itu yang panas," katanya.

Bela rakyat, bukan gaduh

Ali berkata, kehadirannya pada petang ini hanyalah untuk menegakkan keadilan kepada pengguna yang tertindas oleh peniaga.

Katanya, gerakannya itu akan membela semua pengguna yang tertindas tanpa mengira kaum.

"Saya sebenarnya datang nak berjalan-jalan. Tak terfikir pun nak ke kedai tersebut sebab saya tahu tribunal pengguna dah ambil tindakan.

"Tak ada perkauman. Tak ada pergaduhan. Saya datang nak bela nasib rakyat bukan untuk pergaduhan," katanya lagi.

Sementara itu, Ali juga meminta supaya orang ramai memboikot Kompleks Kota Raya berikutan kejadian melibatkan pelanggan yang dikurung kerana enggan membeli telefon bimbit.

Kursus hormati pengguna

Malah, beliau juga mencadangkan supaya semua peniaga dihantar kursus oleh pihak kerajaan supaya lebih menghormati pengguna.

"Saya minta kerajaan panggil semua peniaga untuk pergi kursus. Supaya mereka tahu bagaimana nak hormat pengguna. Jangan fikir orang hang meniaga ini sudah kaya.

"Saya beri amaran, jika berulang lagi, kami orang Melayu akan bangun dan tentang sekerasnya peniaga Cina dalam Malaysia. Tetapi bukan semua (peniaga Cina), segelintir sahaja yang suka tipu dan belit fakta. Ini salah disisi undang-undang negara," katanya.

Sebelum sidang media itu, tinjauanMalaysiakini mendapati rata-rata kedai di dalam kompleks membeli-belah itu tutup.

Ketika ditanya mengapa kedai di kawasan itu tutup, salah seorang peniaga yang enggan namanya disiar berkata, ia dilakukan kerana mereka "takut".

"Kita tutup sebab baju merah sudah datang," kata lelaki itu ringkas.

Dua hari lalu, Utusan Malaysiamelaporkan seorang lelaki 'dikurung' di sebuah bilik kecil selama empat jam oleh beberapa lelaki tidak dikenali akibat tidak mahu meneruskan pembelian telefon bimbit.

Lelaki tersebut dilaporkan tertarik dengan tawaran membeli sebanyak empat telefon bimbit pada harga RM200 setiap satu tetapi kemudiannya diminta membayar RM10,000.

Tribunal Pengguna

Semalam, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Alias Ahmad dalam satu kenyataan berkata kes itu dibawa ke Tribunal Pengguna Kuala Lumpur pada 24 November lalu.

Pada keputusannya Selasa lalu, tribunal itu mengarahkan seorang peniaga telefon bimbit untuk memulangkan kembali RM5,000 kepada pengadu.

Katanya, selepas keputusan itu, pengadu bersama wakil Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) pergi ke kedai berkenaan untuk membuat tuntutan.

"Peniaga mengembalikan RM5,000 manakala pengadu memulangkan semula empat telefon bimbit," kata Alias.


Tiada ulasan: