Selasa, 15 Disember 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Polis sedang kemaskini siasatan terhadap Tun M Adam Abu Bakar

Posted: 15 Dec 2015 11:15 PM PST


khalid-tun-m

Polis, Peguam Negara turut bincang tindakan susulan.

KUALA LUMPUR: Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengemaskini kertas siasatan ucapan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sewaktu tunjuk perasaan Bersih 4.0.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, tindakan susulan juga sedang dibincangkan dengan pihak Peguam Negara.

"Kita sedang kemaskini kertas siasatan dan bincang dengan peguam negara. Tak berapa lama dah (keputusan)," ujarnya sewaktu sidang media di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) pada Rabu.

Jelas Khalid, keberadaan di tunjuk perasaan itu bukanlah sebab utama bekas Perdana Menteri itu dipanggil dan disiasat oleh polis.

Tumpuan siasatan adalah dakwaan-dakwaan yang dibuat oleh Mahathir.

"Kita tidak pernah siasat dia (Dr Mahathir) atas turun ke Bersih 4.0. Kita siasat atas apa yang dia ucapkan yang mendakwa ketua-ketua UMNO menerima suapan," ujarnya lagi.

Pada awal November lalu, polis telah menyoal siasat Dr Mahathir mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan.


FMT

Kerjasama UMNO-PAS bukan perkara utama – Hishamuddin FMT Reporters

Posted: 15 Dec 2015 10:30 PM PST


hishamuddin,umno

Perkara itu adalah selari dengan apa yang dimahukan perwakilan pada Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini.

PETALING JAYA: Kerjasama politik antara UMNO-PAS bukan keutamaan buat masa ini, kata Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein.

Naib Presiden UMNO itu berkata fokus utama kepimpinan pada ketika ini adalah penyatuan dalaman parti.
"Yang penting bagi UMNO ialah menjaga rumah tangga kita…kita kena pastikan bahawa UMNO itu kuat…pemimpin-pemimpin parti bersatu dan di bawah tidak bercanggah," katanya, memetik laporan 

Bernama.

Mengulas lanjut, Hishamuddin menjelaskan perkara itu adalah selari dengan apa yang dimahukan perwakilan pada Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini.

"Kita mesti ada had dan batasan dalam berpolitik dan perkara yang menyentuh keselamatan, Islam dan kedudukan orang Melayu…saya rasa sudah tiba masanya untuk kita mengetepikan pertimbangan politik untuk agenda yang lebih besar," katanya.

Malah, belum ada pertemuan rasmi di antara UMNO dan PAS.

"Setakat ini tiada pertemuan rasmi diadakan antara kedua-dua pemimpin tetapi mungkin ada pemimpin (lain) kedua parti yang sudah berjumpa."


FMT

JIKA ANDA DIJEMPUT UTK PULANG KE RAHMATULLAH KETIKA INI, DIMANAKAH ANDA : By canang

Posted: 15 Dec 2015 09:45 PM PST


JIKA ANDA DIJEMPUT UTK PULANG KE RAHMATULLAH KETIKA INI, DIMANAKAH ANDA:  DUA BELAS (12) GOLONGAN MANUSIA DI PADANG MAHSYAR =======================================
1.��Dibangkitkan dalam keadaan tanpa tangan dan kaki. Mereka adalah orang yang ketika di dunia suka mengganggu jiran tetangga.

2.�� Dibangkitkan dalam keadaan menyerupai babi. Mereka adalah golongan yang malas dan lalai dalam solatnya.

3.�� Dibangkitkan dalam keadaan perut membesar dengan di dalamnya penuh dengan ular dan kala jengking kerana di dunia mereka tidak membayar zakat.

4.�� Dibangkitkan dalam keadaan mulutnya mengalir darah kerana ketika berniaga , mereka suka menipu.

5.�� Dibangkitkan dalam keadaan lebih buruk dan busuk daripada bangkai kerana ketika di dunia, mereka selalu melakukan maksiat secara sembunyi kerana takut dilihat orang , tetapi tidak takut kepada Allah S.W.T.

6.�� Dibangkitkan dalam keadaan leher terputus kerana ketika di dunia selalu memberi kesaksian palsu.

7.�� Dibangkitkan dalam keadaan tanpa lidah kerana selalu berdusta ketika di dunia. 

8.�� Dibangkitkan daripada kubur dalam keadaan kepala terssungkur, sedangkan kedua – dua kakinya di atas kepala dan farajnya mengeluarkan nanah yang mengalir seperti air kerana ketika hidup, golongan ini suka berzina dan mati sebelum sempat bertaubat. 

9.�� Dibangkitkan dalam keadaan wajah yang hitam tetapi matanya biru dan perutnya di penuhi api kerana ketika di dunia, mereka selalu memakan harta anak yatim secara zalim. 

10.�� Dibangkitkan dalam keadaan sopak dan kusta kerana ketika hidup di dunia dia menderhaka kepada orang tua. 

11.�� Dibangkitkan dalam keadaan buta hati, giginya seperti tanduk, bibirnya menjulur sampai ke dada, lidahnya sampai keperut manakala perutnya pula menjulur sehingga ke paha dengan perutnya penuh kekotoran kerana ketika hidupnya, mereka gemar meminum arak.

12.�� Mereka yang dibangkitkan daripada kubur dengan wajah bercahaya seperti bulan purnama dan melepasi sirat' (titian Mustaqim) seperti kilat kerana golongan itu ketika hidupnya rajin beramal soleh, meninggalkan maksiat dan menjaga solat lima waktunya dengan berjemaah. 

Sekarang Anda mempunyai ② (dua) pilihan;
①. Biarkan Tulisan ini berada di PAGE ini, dan orang lain tidak membaca.
②. Menyebarkan ke-teman Anda yang lain dengan meng-Klik ''BAGIKAN'' agar orang lain ikut termotivasi dan Insya Allah Anda mendapat PAHALA. 

''...Undzur ma Qaala, Wala Tandzur man Qaala...'sumber

Kapal Tentera China Ceroboh Perairan Negara.. MINDEF Buat Apa?

Posted: 15 Dec 2015 09:00 PM PST

Foto-foto ini menunjukkan kapal-kapal angkatan pengawal pantai Republik Rakyat China yang masuk ke kawasan zona eksklusif ekonomi perairan negara kita, terutama di Sarawak.

1. Foto pertama menunjukkan sebuah cutter, Haijing 1123 yang merupakan kapal penyelidikan yang dimiliki Pengawal Pantai China.

Pada Jun 2015, TLDM mengatur gerak KD Laksamana Hang Nadim untuk memantau kapal penceroboh tersebut selain memastikan mereka tidak melakukan aktiviti terlarang seperti yang termaktub dalam UNCLOS berkenaan tindakan pencerobohan EEZ.

Kapal sama dipantau oleh APMM melalui udara, dan menteri kita Dato Seri Shahidan Kassim turut mengakui kehadiran kapal tersebut ketika membuat lawatan ke kawasan Beting Patinggi Ali.

Baca seterusnya DISINI

.

Menteri Ini Bakal U-Turn Dan Lawan Najib?

Posted: 15 Dec 2015 08:19 PM PST


Khairy Jamaluddin berkata beliau dan menteri Kabinet lain akan bersuara untuk meminta kerajaan supaya tidak menaikkan kadar tol Lebuhraya Utara- Selatan (PLUS).

Menteri Belia dan Sukan itu berkata, beliau akan menyatakan perkara itu apabila permohonan PLUS untuk menaikkan kadar tol sebanyak lima peratus itu dibincang dalam mesyuarat Kabinet.

"Bagi saya, jika sampai ke Kabinet nanti, saya akan cakap benda yang sama. Ini Aku Janji (Barisan Nasional) bahawa kita tidak akan naikkan kadar tol

Jika perkara ini sampai ke Kabinet nanti, saya dan rakan lain (menteri) akan bersuara bahawa kita sudah buat keputusan tol PLUS ini tak sepatutnya naik," katanya pada sidang media program Bual Bicara Empat Legend pada Selasa, lapor Berita Harian.

Khairy berkata, kerajaan boleh tolak permohonan PLUS walaupun kenaikan itu sudah termaktub dalam perjanjian tetapi kerajaan perlu membayar pampasan kepada PLUS.

"Dalam perjanjian antara PLUS dan kerajaan, tahun depan memang sudah tiba mereka (PLUS) naikkan kadar tol. Ini sudah termaktub dalam perjanjian dan kita juga semua tahu, PLUS berhak minta kerajaan selaraskan semula kadar tol mereka.

"Tetapi, bagi saya walaupun perkara ini belum diputuskan dalam Kabinet, kerajaan boleh tolak… tolak maksudnya kerajaan kena bayar pampasan tetapi kita janji kerajaan (ketika ini) tak akan membebankan rakyat," katanya

Dalam ucapan dasar di Perhimpunan Pemuda sempena Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini, Khairy yang juga Ketua Pemuda berkata, beliau akan menentang sebarang kenaikan harga yang membebankan rakyat.
 

PLUS, agak-agaklah kalau hendak untung pun' - Pemuda UMNO

Posted: 15 Dec 2015 06:00 PM PST


Plus Malaysia Berhad (PLUS) diminta mendengar rayuan perwakilan UMNO semasa perhimpunan parti itu yang tidak mahu sebarang kenaikan caj atau kadar yang boleh membebankan rakyat secara keseluruhannya.

Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Terengganu, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris berkata, pengumuman jangkaan kenaikan kadar tol oleh PLUS akan mengurangkan kepercayaan kepada Kerajaan sekali gus kepimpinan Barisan Nasional (BN).

"Kenyataan PLUS ini keluar tidak sampai beberapa hari perwakilan UMNO berhimpun di PWTC dan mendesak tidak ada sebarang kenaikan harga barangan. UMNO baru minta turun harga, PLUS selamba umum naik tol. Apakah sebenarnya yang berlaku ini?

"Kita sentiasa berdoa tidak ada lagi kenaikan harga, namun tiba-tiba dihidang berita kenaikan tol. Bukankah PLUS selama ini sudah membuat keuntungan? Kenapa mahu meminggirkan keperluan rakyat yang sudah terbeban dengan pelbagai kenaikan sebelum ini?" katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.

Pada Isnin, Pengarah Urusan Projek PLUS, Datuk Noorizah Abd Hamid berkata, kadar tol di Lebuhraya Utara Selatan dijangka naik lima peratusmulai tahun hadapan, sekiranya mendapat persetujuan Kerajaan.

Jelasnya, jika berdasarkan perjanjian konsesi, PLUS sepatutnya dibenarkan menaikkan kadar tol menjelang 2016.

Tambahnya, keputusan ini bagaimanapun bergantung kepada pengumuman akhir Kerajaan.

Dalam pada itu, kata Najmil Faiz, PLUS sendiri tidak pernah mengumumkan kerugian sejak ia mula beroperasi.

"PLUS telah mencatatkan keuntungan selepas cukai RM8.41 juta tahun lepas. Sejak tahun 1986, PLUS sudah mencatatkan keuntungan.

"Ini tidak termasuk perincian dan perbandingan kos yang sebenar. Cukuplah rakyat dibebankan. PLUS, agak-agaklah kalau hendak untung pun," jelasnya.

Sebelum ini Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin memaklumkan PLUS berhak mengkaji semula kadar tol setiap tiga tahun sehingga kontraknya berakhir pada 2038.

Katanya berdasarkan perjanjian konsesi tambahan PLUS yang ditandatangani pada November 2011, kerajaan dan PLUS Expressway Berhad (PEB) bersetuju memutuskan tiada kenaikan kadar tol di semua lebuh raya di bawah kendalian PLUS bagi tempoh lima tahun dari 2011 hingga 2015.

Bagaimanapun Rosnah berkata kadar tol di Jambatan Pulau Pinang kekal sehingga 31 Dis 2038.


.

"PM NAJIB BOLEH, KENAPA SAYA TAK BOLEH?"

Posted: 15 Dec 2015 05:30 PM PST

PANAS!!! SEORANG PENGUATKUASA KANTOI TERIMA DUIT RM50 RIBU DARI PELANCONG ARAB


Ini gambar hiasan saja tapi kisah mereka lebih kurang sama punchlinenya..kahkahkah

Seorang pegawai penguatkuasa penyeludupan yang sedang membuat sekatan jalanraya ditangkap dengan RM 50,000 tunai di dalam beg galasnya. Berikut adalah hasil soal siasat penyiasat terhadap beliau

"Macamana awak boleh ada RM 50,000 tunai semasa bertugas?"

"Takde tuan, masa saya buat road block ada pelancong arab datang kat saya"

"Habis tu?"

"Dia kata dia ni anak Kabilah melancong kat Malaysia, dia bagi DERMA duit ni sebab nak buat amal dan terima kasih atas tugas saya menjaga keselamatan sebuah negara Islam"

"Jangan merepeklah!"

"Betul tuan"

"Apa nama arab tu"

"Saya tak boleh sebut tuan, dia nak ikhlas jadi dia kata panggillah dia Hamba Allah" 


"Awak jangan buat cerita bodoh, awak ni penguatkuasa, penjawat awam, mana boleh terima duit dan derma atas dasar peribadi macam ni?"

"Kenapa tak boleh tuan, Perdana Menteri boleh!!"

Rumah Anak Zahid Hamidi Kena Rompak..??

Posted: 15 Dec 2015 05:00 PM PST




Kajang, 15 Dis - Rumah anak kepada Timbalan Perdana Menteri dipercayai mengalami kerugian kira-kira RM25,000 setelah rumahnya di Country Height, Kajang dipecah masuk pada awal pagi tadi.

Rumah Datuk Nurulhidayah dipercayai dipecah masuk kira-kira jam 10 pagi tadi.

Kejadian disahkan oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Mohd Adnan Abdullah.

Menurut laporan TheRakyatPost, kejadian ini adalah kali kedua selepas April tahun lalu. - Siakapkeli.my

Siapa Yang Sebenarnya Mengawal Harga Barang???

Posted: 15 Dec 2015 04:15 PM PST


Orenji Ren Oren's photo.

Kah kah kaaaaaaaaaaahh!!! Bila bab suruh turunkan harga je, alasan paling best "Putrajaya tiada kuasa untuk turunkan harga barang".. Rasa macam nak lempang je Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hamzah Zainuddin ni..

Dia bagi alasan harga barangan bergantung kepada kuasa pasaran dan Putrajaya menangani isu ini dengan menambah pendapatan rakyat, bukan dengan mengurangkan harga. Tambah pendapatan rakyat atau kroni dan suku sakat?? habaq mai sket??? Pastu sedap mulut je kata tidak dapat dielakkan jika negara mahu mencapai status negara maju dengan mempunyai infrastruktur yang sangat baik. 

Agaknya dia lupa sesuatu... Lupa punca harga barang naik.. Mohon pegawai2 bawahan dia ni tolong cakap sikit kat dia ni punca barang naik kenapa. Takkan tu pun aku nak ajar??

Soalan aku mudah, kalau bukan korang yg kawal, siapa yg kawal???

Selamat Pagi Buat Semua Pembaca.....

Posted: 15 Dec 2015 03:45 PM PST

Anak MT UMNO Kena Kutuk KAW2 Kerana Buat Baby Shower Makan Menggunakan Pampers.

Posted: 15 Dec 2015 08:00 AM PST

Kesian. Kesian. Kesian.

Orang yang jadi tetamu pun kena kutuk kaw-kaw. Bukan tuan rumah je kot. 

Hihi.

Kisahnya begini.

Ada dua orang individu ataupun tetamu yang menghadiri majlis baby shower anjuran anak bekas menteri yang juga pengerusi MARA = ahli majlis tertinggi UMNO = presiden KAFA = Tan Sri Annuar Musa telah mengupload gambar mereka makan menggunakan pampers.

Berikut gambar2 yang dimaksudkan ;


 
Alia & Vivy ialah tetamu kepada majlis baby shower anjuran Ajjrina. Ajjrina neh bila kau godek-godek kat sini dan sini ko akan tahu la bahawa dia neh anak Annuar Musa.

Benda neh jadi kecoh bila mana wanita-wanita dalam gambar di atas makan menggunakan pampers berbanding pinggan sebagai alas. 


Memang teruk gila kena kutuk kaw2 bahkan ada yang menganggap mereka sebagai tuan rumah = bukannya tetamu. Maka kutukan bertambah-tambahnya merobek jiwa si kena kutuk kot.

Kesian. Kesian. Kesian.

Komen-komen yang mengutuk dan menghentam memang menghiris ahti nurani sungguh.
Nak-nak yang kena kutuk tu mak-mak mengandung.
Lagi la kesian. 


Kesian. Kesian.
Aku takmau yaw kutuk-kutuk.
Ibu mengandung kot.
Simpati ar sikit.

Majlis baby shower tu ko kena makan menggunakan pampers. Aku rasa bukan paksaan kot. Maybe alternatif lain ada tapi pada yang sudi makan guna pampers, sila-silakanlah. Aku rasa je la. Kononnya atas alasan tema dan sebagainya.

Jujur aku katakan, aku tak berapa faham sangat konsep baby shower neh. 


Agak kekunoan la juga aku neh sebenarnya. Aku memang bukan jenis yang tah, baby shower la apa la benda-benda macam tu mungkin trend sekarang tetapi aku benda-benda macam tu la aku ketinggalan. 

Tapi kalau jemput makan insya-Allah aku tak tolak kot. Tapi makan guna pinggan tau. Bukan guna pampers yaw. Aku geli sikit la.

Hihi.

And then lepas kena kutuk kaw-kaw, gambar-gambar berkenaan sudah tidak dapat diakses lagi di laman instagram individu2 berkenaan. 


Maybe kena delete kot. Kat laman instagram anak Annuar Musa pun apa yang ada hanyalah gambar2 majlis baby shower ja. Maybe kena delete juga la kot. Aku tak sure. 

Cumanya si basher-basher online seperti yang kita semua sedia maklum, kemaraan mereka bukan boleh kau sekat-sekat hanya semata-mata kau delete gambar-gambar makan dengan pampers tu beb.

Dorang kejar ko kot.

Tengok dorang kejar anak Annuar Musa macam mana ;


 
Kesian. Kesian. Kesian.

Bila orang tahu dia ada kaitan dengan UMNO maka bashing tu akan semakin membara. Almaklumla, UMNO kan. Faham-faham je la kenapa. So, sekali lagi. Kesian. Kesian. Kesian.

Ini pendapat peribadi aku la kan.

1. Pompuan-pompuan yang kena bashing tu tengah mengandung.

2. Bagi la muka sikit. Simpati. Jangan la bashing teruk-teruk nau.

3. Orang mengandung tak boleh stress kot. 

4. Ya, aku nampak kesilapan dan kebahlolan dorang disitu yang makan menggunakan pampers. Bukan isu geli semata-mata tetapi membazir pun ya juga. Pampers mahal-mahal. Kot ye dah kaya sangat (aku rasa memang kaya kot) ace ko sponsor pampers orang-orang miskin dan memerlukan.

5. Kalau nak tahu Benz Ali ada buat inisiatif untuk bantu orang-orang miskin yang memerlukan barang keperluan harian. Contohnya macam beras, makanan dalam tin dan juga pampers. 

6. Inisiatif tersebut pada aku sangat bagus. Berbanding mengutip wang, Benz Ali cenderung untuk kutip barang dan agih kepada yang memerlukan.

7. So anak Annuar Musa neh aku tengok perghhh kaya nak mampos gak neh.

8. Cer ko hulur-hulur sikit stok pampers setahun dua kat geng2 Benz Ali supaya mereka boleh buat collection dan agih sumbangan. Almaklumla, geng2 neh lebih dekat pada orang miskin, lebih cakna sebab hasil pergaulan dan percampuran. Dok bawah2 neh kita semua bercampur dan peduli tentang masalah-masalah yang membelenggu orang2 miskin macam aku dan dia. 

9. So Ajjrina yang aku melihat sebagai golongan elit, VVIP, kaya raya sampai mampu membazir pampers dan dijadikan alat pelapik makanan, aku cadangkan duit-duit kau tu convert kepada bentuk pampers, beras atau makanan dalam tin, biskut dan sebagainya, bagi pada kumpulan Benz Ali. Klik dia nama dia. Direct ke fb dia dan berbincang dengan dia macam mana nak salurkan bantuan.

10. Bukan aku nak kata si Ajjrina neh tak pernah menyumbang atau apa ye, cuma aku nak nyatakan, untuk dia yang membazir pampers dalam majlis berkenaan, tindakan itu sebenarnya salah konsep.

11. Baby shower neh kalau ko bagi makan anak-anak yatim pun aku rasa lagi happening kot.

12. Meraikan anak yang dalam perut kau dan meraikan anak-anak miskin. Seronok kot perasaan tu.

13. So aku bagi cadangan pada anak2 orang kaya neh, mak-mak kaya yang mengandung sakan neh, baby shower neh ubah sikit konsep. Bagi makan anak orang miskin, bagi makan anak yatim. Jangan kita beria ikut trend yang tak tentu hala. Sedangkan trend yang ada matlamat tu ada, tinggal lagi kita nak jadi perintis ka taknak. 


Tak payah bajet havoc, hot, meletup la dengan baby-baby shower bagai neh. Ko beli barang bagi anak yatim tengok dia senyum je setahun ko tak boleh lupa wajah-wajah dorang tau. Kita umat Islam jangan ikut trend mengarut, kita umat Islam cipta trend kita sendiri dan biar orang pula tiru trend kita. Itu baru betul ma. 

Moga-moga Ajjrina dan geng2 baby shower neh faham la ye. Memang la guna duit korang sendiri. Tapi aku cuma nak bagi korang rasa gembira dalam erti kata sebenar, bukannya gembira yang digambarkan gembira tetapi benda tu tak menggembirakan pun. 

Percayala cakap aku. Ko buat baby shower 10 kali pun ko takan gembira sepertimana ko meraikan anak-anak orang miskin dan anak-anak yatim dengan melihat mereka senyum menerima bantuan dan pertolongan dari kau. Itu sangat nikmat kot. Seriously, nikmat.

Fikir-fikirlah ek wahai anak-anak orang kaya.

Kbai

Ibarat Jatuh Ditimpa Tangga.. Ahli Akademik Pula Kutuk Najib Dan Umno

Posted: 15 Dec 2015 07:15 AM PST


Apabila berbicara mengenai kemiskinan, terutamanya kedaifan ekonomi orang Melayu, kita lebih tertumpu terhadap kemiskinan fizikal, iaitu dari segi wang ringgit dan harta.

Justeru bajet negara, mahupun pelbagai rancangan pembangunan, lebih tertumpu kepada menghapuskan kadar kemiskinan, baik di desa mahupun di bandar. Data menunjukkan kita telah berjaya dalam usaha murni ini, malah pencapaian kita adalah antara yang terbaik di dunia.

Namun, kemiskinan tidak boleh dilihat hanya dari satu dimensi. Kemiskinan bukan sahaja merujuk kepada kekurangan harta, tetapi lebih penting lagi, adalah kemiskinan jiwa dan cita-cita. 

Hal ini telah digariskan oleh Pendeta Zaaba dalam rencana 'The Poverty of the Malays' yang ditulis hampir sembilan dekad lalu. Jika ini dijadikan kayu ukur, kita telah gagal. 

Kemiskinan sebegini masih lagi tebal membelenggu kaum Melayu, ataupun lebih tepat lagi, terutamanya, golongan yang kaya dan terpelajar.

Adakah kaum Melayu telah atau berupaya memerdekakan diri dari penjajahan minda dan jiwa? Jawapannya jelas, tidak.

Malah, tidak keterlaluan jika diusulkan bahawa kemiskinan dari segi akhlak dan moral kini berada di tahap kronik. Berdasarkan tindak balas kaum Melayu terhadap isu urus tadbir semasa, ia merudum jatuh ke tahap yang terburuk dalam sejarah.

Tidak pernah terjadi dalam sejarah tanah air, baik sebelum mahupun selepas kemerdekaan, di mana pemimpin yang dicemari pelbagai skandal dan jelik akhlaknya masih dijunjung tinggi melangit.
Pemimpin sebegini, seperti diungkapkan oleh tokoh falsafah agung negara, Almarhum Profesor Syed Husin Alatas, adalah pemimpin yang 'jadong', iaitu pemimpin yang jahat, bodoh dan sombong dan dipandu cita bencana.

Malangnya, bukan hanya pemimpin sebegini masih disanjung dan dipuji, malah mereka yang mengkritik akan dicerca, dihukum malah diheret ke mahkamah.

Yang lebih menghairankan lagi, rata-rata rakyat marhaen masih lagi berpeluk tubuh diam membisu. Mengapa miskin sekali jiwa dan minda mereka?

Mengapa orang Melayu zaman moden yang hebat-hebat dan bijak pandai belaka ini, pada hakikatnya papa kedana, mundur pemikiran dan miskin nilai-nilai luhur dan mulia? Apakah orang Melayu juga miskin keberanian?

Adakah mereka tidak pernah memberontak terhadap pemimpin yang zalim? Adakah hanya rakyat negara lain atau bangsa lain sahaja yang berani?

Lihatlah sendiri bagaimana pemimpin-pemimpin yang mengaut kekayaan untuk diri sendiri akhirnya tumbang dengan tragik seperti mana yang berlaku kepada Hosni Mubarak di Mesir, Shah Reza di Iran, Ferdinand Marcos di Filipina, Ben Ali di Tunisia. Banyak lagi kisah sebegini, banyak juga pemimpin yang dibunuh mahupun terpaksa hidup dalam buangan.

Adakah pemberontakan terhadap kezaliman bukannya budaya Melayu? Tidak sama sekali. Pemimpin Melayu zaman dahulu seperti Datuk Maharajela di Perak, Tok Janggut dan Mat Kilau, dan ramai lagi, tidak dicengkam kemiskinan keberanian.

Tapi mengapa sekarang ini, walaupun ramai berpendidikan tinggi, mereka masih miskin dari segi nilai dan tindak-tanduk yang mulia? Mengapa ramai yang diam membisu tanpa suara apabila pemerintah dengan rakus menggadai harta khazanah negara dan menghukum mereka yang tidak bersalah?

Fenomena ini amat menakjubkan terutamanya untuk sebuah negara yang telah melahirkan ramai golongan cerdik pandai Melayu semenjak merdeka.

Tetapi sayang, yang bersuara lantang bukannya teknokrat ataupun sarjana lulusan Oxford, bukannya pula mereka yang kuat menjerit 'Hidup Melayu' pada perhimpunan agung tahunan parti politik, tetapi seorang negarawan tua berumur 90 tahun anak kelahiran Alor Setar, dan srikandi muda dari Langkawi.

Di manakah yang lain? Mana para cendekiawan dan golongan elit Melayu yang terkemuka? Mana perginya golongan profesional bertali leher segak dengan baju kemeja Brook Brothers? Mana doktor mahupun peguam yang hebat-hebat belaka dengan kereta BMW dan Mercedes mereka?

Mana teguran alim ulama berjubah Arab yang lantang bersyarah siang dan malam di kaca televisyen mengenai Amar Maaruf Nahi Mungkar? Di mana kebijaksanaan para pensyarah dari menara gading tersohor negara?

Bak kata pujangga Indonesia WS Rendra, kita ini berilmu untuk memihak kepada pihak yang mana?

Saya tidak ada jawapannya. Mungkin ramai yang takut. Tetapi persoalannya, apa yang hendak ditakuti? Ingatlah kata novelis agung Indonesia Pramoedya Ananta Toer; dalam hidup kita, cuma satu yang kita punya, iaitu keberanian. Kalau tidak punya itu, lantas apa harga hidup kita ini?

Ingatlah kata pujangga agung Usman Awang; "Anak Melayu, namamu telah diseru, jawablah, sebelum lidahmu jadi bisu".


MALAYA

Posted: 15 Dec 2015 06:30 AM PST

Ismaily Bungsu C's photo.

PERKATAAN " Malaya" ini bagi saya tidak menjadi persoalan apa2 sebab saya faham sangat keadaannya.

Perkataan Malaya itu sudah ada sebelum merdeka dan sesudah merdeka ramai yang datang ke Sabah berkerja sebagai askar, polis dan guru dan mereka itu disebut orang Malaya.

Ketika dulu sebutan itu tidak menjadi apa dan ditambah begitu ramai orang kita kawin dengan orang Malaya terdiri kalangan guru, askar dan polis maka sebutan itu sudah biasa dan tidak menjadi apa-apapun.

Kesan politik rasa kebencian maka perkataan itu ditimbulkan seolah orang Malaya itu jahat semuanya padahal yang datang ke Sabah tidak ada niat begitu jahat seperti dibayangkan dan kita cipta kebencian begitu rasanya tidak adil dan tidak ngam.

Bila Sabah bawah BN menjadi susah dan mendapat anugerah termiskin dan pendidikan asas tersorot dan pembangunan tidak ngam banding Malaya, maka kita katakan yang Malaya itu tidak adil dan menjajah.
Kenyataan menjajah itu sebenarnya tidak tepat, apa lagi bila dikaitkan dengan dunia politik.

Kalau kita perhatikan sebenarnya lebih ramai kalangan orang kita di Sabah berkerja di Johor, Melaka, Selangor, kelantan dan sebagainya.

Disamping kerja di kilang dan syarikat di beberapa negeri di Malaya, ramai juga yang berjawatan guru mengajar di Malaya dan ada yang ikuti suami kesan suami berkerja sebagai askar atau jabatan2 lain bawah persekutuan.

Orang Malaya kerja di Sabah memang ada tetapi rata2 mereka itu kerja di bawah kerajaan persekutuan seperti guru, askar dan jabatan2 lain bawah persekutuan dan mereka mungkin tidak saya dengar berkerja di jabatan bawah kerajaan negeri Sabah.

berdasarkan apa yang saya perkatakan ini jelaslah akan menjadi masalah buat kerajaan negeri jika orang Malaya balik ke Malaya dan orang Sabah di Malaya balik ke Sabah dan jika ini terjadi maka kita akan menghadapi masalah besar untuk sediakan peruntukan membayar gaji mereka yang dimaksudkan.

Kalangan kita tak suka Malaya dan selalu melihat Malaya itu tidak baik ialah kesan politik yang dimaksudkan tetapi kita jangan lupa di PRU13 lalu BN hanya kelebihan 33 kerusi MP maknanya Malaya sudah tolak BN sebalik Sabah dan Sarawak yang punya 57 kerusilah menjadikan BN kuasai kerajaan Malaysia dan siapa saja yang memberikan sokongan hingga BN berkuasa selain Sabahan dan Sarawakian.

Lalu mahu salahkan siapa pula? kenapa Malaya disalahkan dan jelasnya salahkan diri sendiri sebab majoriti kita ini mengundi BN untuk terus kekal berkuasa.



ISMAILY BUNGSU
Sabah

Felda sudah ‘miskin’

Posted: 15 Dec 2015 06:00 AM PST


feldaFGV yang dijulang sebagai ' Santa Claus', rupa-rupanya pembawa bencana dan menambah derita warga Felda

COMMENT
 
Saham FGV tinggal RM1.56, jatuh lebih 70% dari ketika ia diterbitkan iaitu RM4.55 pada tahun 2012 lalu. Gembar gembur kejayaan hampir tiada kedengaran.

Bajet Felda sekitar RM1.5 bilion seperti dahulu tiada lagi kerana sumbangan terbesar melalui Felda Plantation telah dipajak oleh FGV selama 99 tahun. Pendapatan dari Estet Felda ini menyumbang RM1 bilion setahun.

Felda sudah 'miskin' sekarang. Berbelas tabung yang bersifat kebajikan hampir tidak berfungsi. Para kontraktor yang buat kerja di Felda mengeluh kerana bayaran terlalu lembab, hingga 5-6 bulan baru dapat. Mereka dakwa sebelum ini tidak pernah seteruk ini.

Pengumuman YAB PM mengenai rumah Gen 2 dalam pembentangan Bajet, dijangka retorik semata-mata. Projek yang seumpamanya diumumkan sejak 10 tahun lalu pun amat perlahan seperti kura-kura. Ia tidak lebih mengambil hati anak muda Felda.

Para peneroka terutamanya yang masih mempunyai tanggungan sama ada anak atau cucu yang masih bersekolah, sedang merasakan peritnya. Dua minggu lagi sesi persekolahan 2016 akan bermula. 

Kelengkapan sekolah, pendaftaran dan yuran sekolah, mesti disediakan.

FGV yang dijulang sebagai ' Santa Claus', rupa-rupanya pembawa bencana dan menambah derita warga Felda. Memo dan demo, cadangan dan pandangan, naik turun mahkamah, Usul Parlimen dan DUN telah dibawa.

Pak Menteri dan pembesar negara bercuti hujung tahun, berjoli sakan….

Rakyat kebingungan dan bermenung panjang, mengenang nasib esok hari…..

Dulu dulu…,takkan Umno nak tipu kita… Sekarang……kita ni asyik kena 'kencing' UMNO je lah…



Mazlan AlimanPengerusi Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak)

Hadiah untuk rakyat Malaysia 31 Disember ini – Anina Mohamad Fadli

Posted: 15 Dec 2015 05:15 AM PST


anina1Jika mahkamah menolak permohonan Najib Tun Razak, ia akan menjadi hadiah paling bermakna untuk rakyat Malaysia.

PETALING JAYA: Bekas Wanita UMNO yang dipecat, Anina Saadudin mengajak rakyat Malaysia berdoa bersama-sama agar mahkamah berpihak kepadanya dalam kes saman terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 31 Disember ini sama ada menolak atau menerima permohonan Najib untuk mengetepikan saman yang difailkan Anina terhadapnya.

Anina berkata, jika mahkamah memihak kepadanya, ia menjadi hadiah paling bermakna untuk rakyat Malaysia sempena Tahun Baru 2016.

"Mahkamah telah menetapkan bahawa keputusan permohonan Najib untuk mengetepikan saman saya akan diketahui pada 31 Disember 2015.

"Sekiranya mahkamah membuat keputusan untuk menolak permohonan Najib, bermakna ia cahaya terang yang akan menyuluh kehidupan rakyat Malaysia pada 2016.

"Ia bakal menjadi hadiah tahun baru untuk 30 juta rakyat Malaysia….Teruskan berdoa untuk cahaya masa depan rakyat Malaysia," tulisnya di Facebook.

Anina berkata, dia sangat yakin dengan kemampuan peguamnya, Mohd Hanif Khatri Abdulla dalam mengendalikan kesnya itu.

Katanya, dia memberi kepercayaan 100 peratus terhadap peguamnya yang telah melakukan kerjanya dengan teliti, cermat dan bijaksana.

"Saya mendengar setiap bait katanya dan saya merasakan setiap denyut nadi perjuangan beliau. Saya sedar Haniff Khatri telah melakukan yang terbaik dengan sepenuh hatinya.

"Beliau tidak pernah mengecewakan saya…Saya percayakan beliau 100 peratus, beliau akan lakukan sedaya upaya kemampuannya dan apa saja keputusan yang dicapai, ia ketentuan Allah," ujarnya.

Anina pada 28 Ogos, memfailkan saman terhadap Najib dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bagi menuntut pembayaran balik sejumlah US$650 juta yang didakwa dimasukkan oleh Najib ke dalam satu akaun bank bukan milik UMNO di Singapura.


FMT

PRN Sarawak: PKR bekerjasama dengan Pas dan Amanah Radzi Razak

Posted: 15 Dec 2015 04:30 AM PST


Untitled-1Tian-Chua_pk_sarawak_600

PAS dan Amanah dijangka tidak akan bertanding antara satu sama lain kerana ia tidak akan membantu mereka mengalahkan Barisan Nasional (B) yang diketuai oleh Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di bawah kepimpinan Ketua Menteri Negeri, Adenan Satem.

PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) memasang strategi untuk berkerjasama dengan Parti Amanah Negara (Amanah) dan Pas bagi bertanding di kerusi majoriti Melayu dan Islam pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak akan datang.

Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata, pihaknya tidak mempunyai masalah besar untuk bertanding di kerusi itu memandangkan mereka sudahpun membina kerjasama yang baik dengan kedua-dua Pas dan Amanah.

"Di Sarawak, PKR dan DAP akan memainkan peranan yang penting. PKR akan bekerjasama dengan Amanah dan Pas bagi membantu kami dalam kawasanyang majoritinya Melayu Islam… 

Kami sangat mengalu-alukan sokongan daripada kedua-dua parti itu dan saya yakin kita tidak akan hadapi sebarang masalah," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat PKR pada Selasa.

Mengulas lanjut, beliau juga menjangka PAS dan Amanah tidak akan bertanding antara satu sama lain kerana ia tidak akan membantu mereka mengalahkan Barisan Nasional (B) yang diketuai oleh Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di bawah kepimpinan Ketua Menteri Negeri, Adenan Satem.

"Kita tidak boleh nafikan bahawa BN kuat di kawasan-kawasan tersebut dan untuk melawan mereka, perlu ada kerjasama yang baik," katanya.

Dalam pada itu, PKR turut melancarkan MyChanegeMakers sebagai sebahagian daripada kempen menawan Sarawak.

Tambahnya lagi, di sebalik 52 tahun BN mentadbir Sarawak, negeri itu masih terpinggir daripada perhatian kerajaan pusat walaupun ia adalah sumber ekonomi terbesar kerajaan Persekutuan.

"Pembentukan MyChangeMakers akan membawa perubahan melalui projek-projek masyarakat setempat.
"Antara projek yang dirancang adalah membuat loji mini tenaga di kawasan luar bandar di Sarawak dan projek-projek pendidikan untuk pengundi Sarawak," katanya.


FMT

Poster Ini Hina Islam? DAP Kutuk ‘pemimpin Melayu otak cacat’ ?

Posted: 15 Dec 2015 03:45 AM PST

 

PEMIMPIN DAP Perak, Nga Kor Ming dikutuk oleh pengguna Facebook (FB) kerana menghina pakaian umat Islam melalui sebuah status berserta poster yang dimuat naik di akaun FB miliknya.
Di dalam poster bertulisan Cina itu, Nga menyindir pakaian purdah yang dipakai oleh sebahagian wanita Islam sama ada ia akan dijadikan sebagai uniform baharu pramugari syarikat penerbangan MAS.
Nga juga mengutuk perwakilan UMNO Pulau Pinang, Datuk Ahmad Darus sebagai 'pemimpin Melayu otak cacat' yang mencadangkan pramugari memakai pakaian yang menutup aurat.
Ramai pengguna FB meluahkan rasa tidak puas hati dengan poster itu kerana Nga dianggap telah menghina pakaian umat Islam.
Abu Ilham berkata, tindakan Nga adalah satu yang memalukan.
"Shame on you Nga Kor Ming! Saya tidak pasti apa motif u letak gambar perempuan Islam berpurdah. Saya pasti ianya satu penghinaan!" tulisnya.
Muhammad Al-Mahdi pula menyifatkan Nga sama seperti calon Republikan AS, Donald Trump kerana berfikiran sempit.
"Apa yang cuba anda sampaikan dari poster tersebut? Apakah anda cuba memomokkan pemakaian wanita berburqa? Jika ya anda tak lebih kurang bodoh dan tolol serta konservatif seperti Donald J. Trump.
"Di United Kingdom (UK), hak kebebasan berpakaian adalah utama dan tidak perlu gerakan menakutkan masyarakat dengan apa jenis pakaian pun, bahkan usaha mereka mendekatkan dan memahamkan semua jenis pakaian adalah pilihan," katanya.
Nasrul Alam Ash'ari turut memberi komen terhadap 'kebijakan' sesetengah ahli politik melontarkan kenyataan terhadap isu-isu semasa.
"Patutlah UMNO, MCA, MIC & BN masih menang walaupun banyak korupsi dan tipu rakyat. Kebanyakkan ahli politik parti pembangkang tidak bijak menjawab dan merosakkan lagi suasana. Lagi merosakkan hubungan beragama dan kaum di Malaysia. PAS, PKR, DAP patutlah jadi pembangkang selamanya," katanya.
Terdahulu, ketika perbahasan di Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini, perwakilan UMNO Pulau Pinang, Datuk Ahmad Darus melahirkan kekecewaan terhadap konsep syarikat penerbangan milik kerajaan, MAS yang masih menghidangkan arak dan mengekalkan konsep pakaian pramugari yang mencolok mata.
"Dalam memperkatakan UMNO sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam, satu yang menjadi kehairanan saya iaitu syarikat MAS milik kerajaan membenarkan lagi penghidangan arak dan pemakaian pramugari yang tidak sesuai.
"Tolonglah Presiden (Datuk Seri Najib Razak) beri perhatian segera. Saya fikir kalau MAS tiada duit sekalipun, Ketua Wanita di cawangan- cawangan boleh jahit pakaian pramugari ni bagi sopan sedikit," katanya.-15/12/2015  

(IH/Agenda Daily)

Benarkah PAS terkapai-kapai? Biarkanlah PAS terkapai-kapai, biarkan, biarkan!

Posted: 15 Dec 2015 03:00 AM PST


Zar Ali's photo.

Pakatan Rakyat terbukti telah mendapat sokongan rakyat berbilang kaum untuk menumbangkan kerajaan Umno/BN. 

Atas sokongan inilah, PR telah berjaya menawan 5 negeri pada PRU12. 

PR yang sepatutnya perlu memanfaatkan sepenuhnya kekuatan ini untuk meningkatkan kredibilitinya, telah mula goyah akibat terlalu yakin dengan kemenangan pada PRU13. 

PR mula tidak sekata dalam menentukan bakal Perdana Menteri jika memenangi PRU13. DAP dan PKR mahukan Anwar sebagai PM, manakala sebaliknya, PAS berkeras mahukan presidennya, Hj Hadi . 

Isu ini tidak dinafikan telah turut memberi kesan negatif terhadap momentum sokongan rakyat kepada PR yang dilihat walaupun belum menang PRU, masing-masing sudah mahu berebut ghanimah?? 

Bagai perumpamaan omputeh : Still water runs deep. Atau Melayunya, air tenang jangan disangka tiada buaya... 

Siapa yang boleh sangka sebuah pergerakan berpaksikan agama Islam seperti PAS boleh berlaku khianat?? 

Mungkin disebabkan mahu memastikan Hj Hadi boleh jadi PM, maka PAS tiada pilihan lain selain melakukan kerja-kerja sabotaj sewaktu PRU13 lalu terhadap rakannya sendiri khususnya PKR hingga berlakunya pertandingan tiga penjuru di beberapa kawasan yang akibatnya menghadiahkan kemenangan kepada Umno/BN. 

PAS mengambil jalan pintas tersebut untuk memastikan Hj Hadi jadi PM adalah umpama cerita yang sering kita dengar; orang menebuk bahtera untuk mendapatkan air secara mudah dan akhirnya mengakibatkan bahtera tersebut tenggelam. 

Itulah yang terjadi kepada bahtera PR yang berlayar di lautan bergelora terbantut ditengah jalan dan akhirnya terus tenggelam. Setelah acapkali mengugut untuk keluar dari Pakatan Rakyat, akhirnya PAS memutuskan hubungan dengan PR, khususnya DAP sewaktu muktamarnya yang ke-61 lepas. 

Bukan sekadar itu sahaja, malah PAS telah mengambil tindakan yang amat drastik keatas pemimpin-pemimpin PAS lain yang telah berusaha kuat untuk menyelamatkan Pakatan Rakyat sebagaimana yang diputuskan oleh muktamar-muktamar yang sebelumnya, ketika almarhum TGNA masih hidup. 

Pemimpin-pemimpin PAS yang terpinggir dengan cara yang keji dan terhina itu, atas desakan akar umbi dan beberapa NGO, akhirnya telah menubuhkan parti Amanah Negara demi meneruskan kesinambungan harapan rakyat supaya bahtera PR dapat dilayarkan semula. 

Bagi memenuhi harapan itu, AMANAH yang merupakan pengganti kepada PAS, bersama-sama DAP dan PKR telah membentuk satu pakatan baru untuk menggantikan PR yang sudah terkubur. Bahtera baru dengan misi dan visi PR, kini dijelmakan semula dengan nama Pakatan Harapan (PH). 

Bahtera PH, seharusnya dapat melayari badai dan gelombang dengan penuh keyakinan dan semangat juang yang kental. Pengkhianat yang suka main tikam belakang sudah dikenali dan sudah pun berada di luar terapung-apung bersendirian. 

Sokongan 52% rakyat yang pernah diberikan kepada PR mula bercambah semula untuk memberikan kepercayaan kepada PH yang melibatkan tiga parti iaitu AMANAH, DAP dan PKR. 

Sokongan ini dijangka akan naik lebih mendadak disebabkan kekecewaan sebilangan ahli Umno terhadap kepimpinan mereka yang ada sekarang. 

Orang-orang Umno yang kecewa ini sudah pastinya tidak akan memberikan apa-apa tambah nilai kepada PAS kerana PAS kini dilihat lebih mesra terhadap Umno. Umno dan PAS sudah jadi macam abang-adik. 

Pas tidak lagi dilihat sebagai musuh utama tetapi sebaliknya adalah sahabat yang mampu mengembalikan sokongan orang Melayu kepada Umno/BN, kata wakil Umno Terengganu di PAU kelmarin. PM Najib sendiri telah pun menghulurkan tangan untuk bekerjasama dengan PAS…. 

Maka, PH seharusnya mengambil kesempatan diatas perkara ini. Walaupun Umno yang kecewa ini tidak akan menyertai mana-mana parti gabungan PH, setidak-tidaknya, penyokong-penyokong Umno yang kecewa ini akan memberikan sedikit laba kepada PH melalui undi protes mereka dalam PRU14 nanti. 

Harap-harap begitulah yang akan terjadi kalau mereka benar-benar mahu melihat kejatuhan PM Najib menjadi nyata! Bekas Timb PM, Muhyiddin Yassin pernah menyatakan, 

"Jika situasi kita tidak bertambah baik, hanya dengan 2% penurunan undi, kita akan turun berada di paras bahaya menjadi 103 kawasan (Parlimen)." sumber Maka itu, jangan diremehkan kemampuan bahtera PH dalam misinya mengharungi samudra PRU14 nanti. Kita tidak memerlukan PAS kerana AMANAH adalah pengganti kepada PAS. 

Rakyat memberikan sokongan kepada PAS kerana mereka muak dan mual dengan UMNO yang terlalu korup dan lemah. Maka PAS menjadi alternatif adalah kerana kaitannya dengan PR; bukan sangat kepada individu atau parti. 

Sebagai contoh kemenangan DS Nizar di Cangkat Jering yang memperolehi undi 14,499 sedangkan keahlian PAS di situ tidak sampai 1,000 orang pun. 

Begitu juga YB Radzi Zainon di N43 Sg Rapat memperolehi undian 19, 240 sedangkan keahlian PAS di Dun tersebut hanyalah 800 orang sahaja. 

Statistik ini menujukan bahawa penyumbang utama bagi kemenangan mereka bukan dari kalangan pendokong parti PAS itu sendiri tetapi dari mereka yang di atas pagar yang jelek dengan korupsi Umno dan mahukan perubahan melalui PR. 

Rakyat telah melihat dan menilai bahawa PAS telah mengkhianati kepercayaan yang diberikan oleh rakyat kepada PAS dalam PRU 12 yang lalu. 

Pas telah memungkiri dan mengkhianati sokongan rakyat terhadap PR. Sokongan rakyat kini beralih kepada PH untuk meneruskan kesinambungan harapan rakyat supaya tidak terbantut ditengah jalan untuk menumbangkan Umno. 

Umno sering menakut-nakutkan pengundi dengan DAP dan pemimpinnya dilemparkan dengan bermacam tuduhan, antaranya pemimpin DAP dituduh Komunis, mahu membentuk negara Kristian, anti-Islam dan anti-Melayu. 

Tetapi propaganda dan tohmahan ini telah turut diterima pakai oleh PAS sejak memutuskan hubungannya dengan DAP yang kini bersama-sama dengan AMANAH dan PKR dalam gabungan Pakatan Harapan. 

Tidak dapat disangkal, bahawa Umno telah berjaya memperalatkan PAS untuk menguburkan PR dan kini mereka bersama pula mahu mejahanamkan PH. Mengapa ada pula yang mahu menjemput sipengkhianat itu menaiki bahtera baru ini? 

Biarkanlah pengkhianat itu terkapai-kapai sebagai balasannya terhadap kerja-kerja khianat keatas kita selama ini. 

Presiden AMANAH selalu mengingatkan kita semua, bahawa musuh kita ialah Umno dan mereka yang berkawan dengan Umno, yang mahu memberi nyawa kepada Umno. Biarkanlah PAS terkapai-kapai, biarkan, biarkan! - 


sumber Posted by mountdweller.
Tuesday, December 15, 2015 Benarkah PAS terkapai-kapai? Biarkanlah PAS terkapai-kapai, biarkan, biarkan! MONDAY, DECEMBER 14, 2015 Pakatan Rakyat terbukti telah mendapat sokongan rakyat berbilang kaum untuk menumbangkan kerajaan Umno/BN. Atas sokongan inilah, PR telah berjaya menawan 5 negeri pada PRU12. PR yang sepatutnya perlu memanfaatkan sepenuhnya kekuatan ini untuk meningkatkan kredibilitinya, telah mula goyah akibat terlalu yakin dengan kemenangan pada PRU13. PR mula tidak sekata dalam menentukan bakal Perdana Menteri jika memenangi PRU13. DAP dan PKR mahukan Anwar sebagai PM, manakala sebaliknya, PAS berkeras mahukan presidennya, Hj Hadi . Isu ini tidak dinafikan telah turut memberi kesan negatif terhadap momentum sokongan rakyat kepada PR yang dilihat walaupun belum menang PRU, masing-masing sudah mahu berebut ghanimah?? Bagai perumpamaan omputeh : Still water runs deep. Atau Melayunya, air tenang jangan disangka tiada buaya... Siapa yang boleh sangka sebuah pergerakan berpaksikan agama Islam seperti PAS boleh berlaku khianat?? Mungkin disebabkan mahu memastikan Hj Hadi boleh jadi PM, maka PAS tiada pilihan lain selain melakukan kerja-kerja sabotaj sewaktu PRU13 lalu terhadap rakannya sendiri khususnya PKR hingga berlakunya pertandingan tiga penjuru di beberapa kawasan yang akibatnya menghadiahkan kemenangan kepada Umno/BN. PAS mengambil jalan pintas tersebut untuk memastikan Hj Hadi jadi PM adalah umpama cerita yang sering kita dengar; orang menebuk bahtera untuk mendapatkan air secara mudah dan akhirnya mengakibatkan bahtera tersebut tenggelam. Itulah yang terjadi kepada bahtera PR yang berlayar di lautan bergelora terbantut ditengah jalan dan akhirnya terus tenggelam. Setelah acapkali mengugut untuk keluar dari Pakatan Rakyat, akhirnya PAS memutuskan hubungan dengan PR, khususnya DAP sewaktu muktamarnya yang ke-61 lepas. Bukan sekadar itu sahaja, malah PAS telah mengambil tindakan yang amat drastik keatas pemimpin-pemimpin PAS lain yang telah berusaha kuat untuk menyelamatkan Pakatan Rakyat sebagaimana yang diputuskan oleh muktamar-muktamar yang sebelumnya, ketika almarhum TGNA masih hidup. Pemimpin-pemimpin PAS yang terpinggir dengan cara yang keji dan terhina itu, atas desakan akar umbi dan beberapa NGO, akhirnya telah menubuhkan parti Amanah Negara demi meneruskan kesinambungan harapan rakyat supaya bahtera PR dapat dilayarkan semula. Bagi memenuhi harapan itu, AMANAH yang merupakan pengganti kepada PAS, bersama-sama DAP dan PKR telah membentuk satu pakatan baru untuk menggantikan PR yang sudah terkubur. Bahtera baru dengan misi dan visi PR, kini dijelmakan semula dengan nama Pakatan Harapan (PH). Bahtera PH, seharusnya dapat melayari badai dan gelombang dengan penuh keyakinan dan semangat juang yang kental. Pengkhianat yang suka main tikam belakang sudah dikenali dan sudah pun berada di luar terapung-apung bersendirian. Sokongan 52% rakyat yang pernah diberikan kepada PR mula bercambah semula untuk memberikan kepercayaan kepada PH yang melibatkan tiga parti iaitu AMANAH, DAP dan PKR. Sokongan ini dijangka akan naik lebih mendadak disebabkan kekecewaan sebilangan ahli Umno terhadap kepimpinan mereka yang ada sekarang. Orang-orang Umno yang kecewa ini sudah pastinya tidak akan memberikan apa-apa tambah nilai kepada PAS kerana PAS kini dilihat lebih mesra terhadap Umno. Umno dan PAS sudah jadi macam abang-adik. Pas tidak lagi dilihat sebagai musuh utama tetapi sebaliknya adalah sahabat yang mampu mengembalikan sokongan orang Melayu kepada Umno/BN, kata wakil Umno Terengganu di PAU kelmarin. PM Najib sendiri telah pun menghulurkan tangan untuk bekerjasama dengan PAS…. Maka, PH seharusnya mengambil kesempatan diatas perkara ini. Walaupun Umno yang kecewa ini tidak akan menyertai mana-mana parti gabungan PH, setidak-tidaknya, penyokong-penyokong Umno yang kecewa ini akan memberikan sedikit laba kepada PH melalui undi protes mereka dalam PRU14 nanti. Harap-harap begitulah yang akan terjadi kalau mereka benar-benar mahu melihat kejatuhan PM Najib menjadi nyata! Bekas Timb PM, Muhyiddin Yassin pernah menyatakan, "Jika situasi kita tidak bertambah baik, hanya dengan 2% penurunan undi, kita akan turun berada di paras bahaya menjadi 103 kawasan (Parlimen)." sumber Maka itu, jangan diremehkan kemampuan bahtera PH dalam misinya mengharungi samudra PRU14 nanti. Kita tidak memerlukan PAS kerana AMANAH adalah pengganti kepada PAS. Rakyat memberikan sokongan kepada PAS kerana mereka muak dan mual dengan UMNO yang terlalu korup dan lemah. Maka PAS menjadi alternatif adalah kerana kaitannya dengan PR; bukan sangat kepada individu atau parti. Sebagai contoh kemenangan DS Nizar di Cangkat Jering yang memperolehi undi 14,499 sedangkan keahlian PAS di situ tidak sampai 1,000 orang pun. Begitu juga YB Radzi Zainon di N43 Sg Rapat memperolehi undian 19, 240 sedangkan keahlian PAS di Dun tersebut hanyalah 800 orang sahaja. Statistik ini menujukan bahawa penyumbang utama bagi kemenangan mereka bukan dari kalangan pendokong parti PAS itu sendiri tetapi dari mereka yang di atas pagar yang jelek dengan korupsi Umno dan mahukan perubahan melalui PR. Rakyat telah melihat dan menilai bahawa PAS telah mengkhianati kepercayaan yang diberikan oleh rakyat kepada PAS dalam PRU 12 yang lalu. Pas telah memungkiri dan mengkhianati sokongan rakyat terhadap PR. Sokongan rakyat kini beralih kepada PH untuk meneruskan kesinambungan harapan rakyat supaya tidak terbantut ditengah jalan untuk menumbangkan Umno. Umno sering menakut-nakutkan pengundi dengan DAP dan pemimpinnya dilemparkan dengan bermacam tuduhan, antaranya pemimpin DAP dituduh Komunis, mahu membentuk negara Kristian, anti-Islam dan anti-Melayu. Tetapi propaganda dan tohmahan ini telah turut diterima pakai oleh PAS sejak memutuskan hubungannya dengan DAP yang kini bersama-sama dengan AMANAH dan PKR dalam gabungan Pakatan Harapan. Tidak dapat disangkal, bahawa Umno telah berjaya memperalatkan PAS untuk menguburkan PR dan kini mereka bersama pula mahu mejahanamkan PH. Mengapa ada pula yang mahu menjemput sipengkhianat itu menaiki bahtera baru ini? Biarkanlah pengkhianat itu terkapai-kapai sebagai balasannya terhadap kerja-kerja khianat keatas kita selama ini. Presiden AMANAH selalu mengingatkan kita semua, bahawa musuh kita ialah Umno dan mereka yang berkawan dengan Umno, yang mahu memberi nyawa kepada Umno. Biarkanlah PAS terkapai-kapai, biarkan, biarkan! - sumber Posted by mountdweller

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu

Kami boleh bantu Umno hapus anasir

Posted: 15 Dec 2015 02:15 AM PST

Dengar Nama UMMO Laju Saja Nik Abduh Bagi Respon..


KUALA LUMPUR - ‎Umno bukanlah satu-satunya anasir yang merosakkan negara, malah selain dari parti itu, masih terdapat banyak anasir lain yang merosakkan negara, kata Pemuda Pas.

Menurut Ketuanya, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, menerusi kerjasama antara Pas dan Umno, partinya boleh membantu Umno untuk menghapuskan anasir yang boleh merosakkan masa depan negara.

.

"Saya tak kata Umno itu bukan anasir. ‎Tetapi selain Umno, masih banyak lagi anasir lain. Kita tahu Umno adalah parti memerintah kerajaan, kita boleh bantu Umno hapuskan anasir yang boleh rosakkan negara," katanya menerusi sidang media di sini, hari ini.

Beliau bagaimanapun menolak dakwaan bahawa kerjasama itu merupakan kerjasama politik.

‎Katanya lagi, apa yang dilakukan oleh Pas hanyalah demi kepentingan menyelesaikan isu dan masalah yang dihadapi rakyat.


Liong Sik Fail Pula Fail Saman Terhadap Najib

Posted: 15 Dec 2015 01:30 AM PST



KUALA LUMPUR - Bekas menteri Kabinet, Tun Dr Ling Liong Sik memfailkan saman balas terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Memetik laporan Mstar, Liong Sik dilaporkan berkata, Najib tidak meneruskan sebarang saman fitnah terhadap individu lain termasuk pemimpin Umno yang berulang kali mengkritik tingkah laku dan integriti beliau.

Dalam dokumen mahkamah, Liong Sik berkata, beliau mengalami kerugian dan menuntut ganti rugi, faedah, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

.

Laporan itu juga berkata, peguam utama Liong Sik, Ranjit Singh berkata saman tersebut difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Isnin.

Peguam Najib, Datuk Mohd Hafarizam Harun mengesahkan bahawa mereka menerima satu salinan pernyataan pembelaan dengan saman balas pada hari yang sama.

Perdana Menteri memfailkan saman terhadap Liong Sik di atas kenyataan  yang membayangkan beliau menyalahgunakan wang rakyat untuk kepentingan peribadi.

Dalam kenyataan tuntutannya, Najib antara lain memohon perintah supaya Liong Sik menyiarkan kenyataan mohon maaf dalam akhbar atau majalah yang dikenal pasti oleh Najib, dalam bentuk dan terma yang akan ditentukan oleh plaintif (Najib).

Najib juga memohon injunksi untuk menghalang Liong Sik, atau melalui kakitangan atau ejennya daripada terus menuturkan atau menyiarkan apa-apa kenyataan berbaur fitnah atau apa-apa perkataan berbaur fitnah yang serupa terhadapnya.

Liong Sik bergantung kepada pernyataan pembelaan saksama dan perlindungan bersyarat atas kenyataan beliau.

Beliau menafikan menjejaskan reputasi Najib.

Mahkamah menetapkan 11 Januari depan untuk pengurusan kes di Mahkamah Tinggi.


Penghargaan Raja Zarith Sofiah Kepada Pasangan Yang Menjaga Almarhum Tunku Jalil

Posted: 15 Dec 2015 12:45 AM PST


''Mereka juga menangis sepertimana keluarga kami menangis'' - Raja Zarith

KUALA LUMPUR : Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah, hari ini mengucapkan terima kasih kepada orang ramai atas kata-kata semangat mereka berikutan kemangkatan Almarhum Tunku Abdul Jalil.

Menerusi laman Faceboknya, Raja Zarith turut memberi penghormatan kepada pasangan, Amy dan Sabrina yang begitu ikhlas dalam menjaga anak kesayangannya, Almarhum Tunku Abdul Jalil, ketika baginda bertarung dengan kanser hati, tahap 4.

Menurut Raja Zarith, Amy dan Sabrina telah menjaga Almarhum Tunku Abdul Jalil sejak baginda didiagnos dengan kanser hati sehinggalah hari Almarhum mangkat.

"Keluarga kami sesungguhnya amat terhutang budi kepada Amy dan Sabrina.

"Mereka jugalah yang memastikan Almarhum mengambil semua ubat-ubatannya.

"Mereka jugalah yang tidur pada masa-masa yang tidak menentu kerana Almarhum akan santap pada lewat malam atau kadang-kadang, sebelum subuh.

"Mereka jugalah yang akan bersama Almarhum di semua hospital apabila Almarhum dimasukkan ke wad untuk menerima rawatan.


"Mereka jugalah yang berjalan bersamanya ke mana sahaja Almarhum berangkat.

"Mereka jugalah yang tahu pakaian mana yang Almarhum mahu gunakan, kasut yang mana, topi atau 'beanie' yang mana.

"Mereka jugalah yang mengemaskan biliknya. Mereka tahu di mana barang barang berada," tulis Permaisuri Johor di laman Facebooknya,

Raja Zarith berkata walaupun baginda mendesak mereka untuk mengambil cuti dan meluangkan masa dengan anak-anak masing-masing tetapi pasangan itu enggan sambil menegaskan bahawa anak-anak mereka berada di bawah jagaan yang baik.

"Mereka hanya sekali sekala akan keluar makan bersama anak-anak mereka apabila ada orang lain yang menemani Almarhum."

Menurut Raja Zarith, sementara baginda merasai keperitan kehilangan anak lelakinya, pasangan itu yang menjaga Almarhum turut merasai kehilangan yang sama.

"Mereka juga merasai yang sama. Mereka juga menangis sepertimana keluarga kami menangis," katanya.

Oleh itu, Permaisuri Johor itu mengucapkan terima kasih kepada mereka atas kasih sayang mereka dan ikhlas dalam menjaga Almarhum.

"Kami hanya dapat berdoa dan memohon agar Allah merahmati mereka berdua dengan kebahagiaan, kesihatan, dan kehidupan yang indah bersama keluarga mereka sendiri pada masa depan."

- astroawani

Lòe pikrlah sendiri.... Betapa Mewahnya Mereka......

Posted: 15 Dec 2015 12:00 AM PST


Tiada ulasan: