Ahad, 13 Disember 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


UMNO, Pas telah bekerjasama selama dua tahun FMT Reporters

Posted: 13 Dec 2015 08:45 PM PST


Datuk-Ahmad-Yakob

Mustapa, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata, kerajaan campuran mungkin tidak dapat diwujudkan dalam masa terdekat, namun beliau yakin 'salam' yang dihulur oleh Najib akan disambut baik Pas selepas ini.

JELI: Kerjasama antara UMNO dan Pas telah berlangsung selama dua tahun, melibatkan kerjasama di peringkat 'G-to-G' antara kerajaan Persekutuan yang ditunjangi UMNO dan kerajaan Kelantan pimpinan Pas di bawah Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob.

Demikian kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed mengenai isu kerjasama yang diuar-uarkan oleh media antara Pas dan UMNO.

"Kerjasama telah berlaku, (ia) bukan mimpi… tak tepat (kenyataan Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man), itu tak betul. Kerjasama telah berlaku dua tahun dah.

"Tapi itu bukan bermakna kerajaan campuran. Itu (kerajaan campuran) konsep yang lebih luas dan kita kena dapatkan persetujuan daripada anggota Pas dan UMNO dahulu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Industri Kenaf Rakan Rakyat (IKRaR) di Bukit Bunga, lapor Bernamai.

Mustapa mengulas kenyataan Tuan Ibrahim yang sebelum ini dilaporkan berkata UMNO hanya 'bermimpi' jika ingin menjalinkan hubungan dengan Pas selepas Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak pada Khamis menghulurkan 'tali silaturahim' kepada Pas untuk sama-sama membina dan membangunkan negara ini mengikut syariat Islam.

Mustapa, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata, kerajaan campuran mungkin tidak dapat diwujudkan dalam masa terdekat, namun beliau yakin 'salam' yang dihulur oleh Najib akan disambut baik Pas selepas ini.

"Saya rasa sehari dua ini saya tak nampak ada kerajaan campuran ini, tapi kita dah mula kerjasama, saya sendiri dengan Menteri Besar Kelantan dalam setahun ini banyak pertemuan telah diadakan.

"Saya banyak kali ke Kota Darul Naim (pusat pentadbiran kerajaan Kelantan) yang tak pernah berlaku sebelum ini. Ini tanda-tanda yang baik. Menteri besar Kelantan pun banyak kali berjumpa perdana menteri untuk urusan kerajaan," katanya.


FMT

TMJ doa menteri utamakan rakyat bukan akaun bank peribadi FMT Reporters

Posted: 13 Dec 2015 08:00 PM PST


JDT

Baginda juga menegur ahli politik yang tidak turun padang dan meluahkan kebimbangan ketidakstabilan politik negara.

PETALING JAYA: Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim berdoa supaya wakil rakyat dan menteri di negara ini ikhlas dalam mengutamakan kepentingan rakyat, bukannya mengutamakan akaun bank peribadi dan projek yang dilobi.

Baginda turut menegur ahli politik yang umpama lalang ditiup angin, tanpa pendirian dan rasa tanggungjawab, serta mengutamakan populariti seperti selebriti.

"Sebagai ahli politik, anda perlu turun padang dan mendengar suara dan keluhan rakyat; rakyat yang meletakkan anda di kedudukan selesa anda sekarang.

"Saya juga berdoa supaya suatu hari nanti, tiadalah mereka yang korup dan bersifat perkauman di kalangan kita. Ingatlah bahawa Johor berkembang maju seperti yang kita lihat pada hari ini adalah hasil kerja keras dan keharmonian semua kaum, seluruh Bangsa Johor," tulis baginda menerusi posting di Facebook rasmi Johor Southern Tigers.

TMJ juga melahirkan kebimbangan dengan ketidakstabilan politik yang melanda negara ketika ini.
Baginda berkata, kepincangan politik yang berlarutan tidak boleh mengubah nasib rakyat menerusi pemberontakan atau demonstrasi.

Nasib rakyat hanya boleh berubah menerusi bidang pendidikan, kata baginda.

"Apabila diri dilengkapi ilmu dan pendidikan yang baik, kita akan lebih bersedia dan mempunyai pengetahuan untuk menentukan hala tuju negara kita," katanya.

TMJ berkata, baginda amat risau dengan tahap pendidikan yang semakin membimbangkan di negara ini dan mentaliti yang dibentuk daripadanya.

"Pendidikan tidak boleh dikompromi demi tujuan dan kepentingan politik," kata baginda.

TMJ menasihatkan rakyat supaya rebut apa jua peluang untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang pendidikan, kerana ilmu adalah kuasa, dan merupakan senjata paling ampuh untuk menjadikan Johor negeri yang lebih maju.

"Saya berjanji akan berusaha bersama kerajaan negeri supaya pendidikan diberikan perhatian penting yang selayaknya, demi masa depan Johor; kerana akan tiba masanya anda semua perlu menentukan masa depan dan apa yang terbaik untuk diri anda dan negeri Johor," kata baginda.

TMJ berkata, baginda tahu terdapat pihak yang tidak mahu istana Johor bersuara.

"Apa yang mereka tidak faham adalah teguran kami bukanlah hendak menyerang peribadi. Kita hanyalah bersuara demi kepentingan rakyat, kita tidak meraih sebarang keuntungan daripadanya," kata TMJ.


FMT

Punca ‘pergaduhan’ Ismail Sabri dan Syed Hamid didedah FMT Reporters

Posted: 13 Dec 2015 07:30 PM PST


ismail-sabri-syed-hamid

Ismail Sabri bertanyakan Syed Hamid isu kenaikan tambang pengangkutan awam dan meminta SPAD mengkaji semula kenaikan itu.

PETALING JAYA: Exco Pemuda UMNO mendedahkan punca perselisihan faham antara Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar.

Menerusi satu rakaman video yang dimuatnaik di Facebooknya, Nazir Hussin Akhtar Hussin menjelaskan, Ismail Sabri bertanyakan isu kenaikan tambang pengangkutan awam kepada Syed Hamid.

Katanya, Ismail Sabri juga bertanyakan kepada Syed Hamid jika SPAD boleh mengkaji semula kenaikan tambang itu.

"Tan Sri perlu bersifat terbuka. Tidaklah hanya bertanya soalan itu menjadi menteri bongkak, kurang ajar. Tan Sri wajar jawab (soalan Ismail Sabri).

"Tidak wajar hanya bertanya isu rakyat beliau (Ismail Sabri) dikecam begitu rupa. Jadi Tan Sri, betulkan keadaan ini," katanya.

Kontroversi antara Syed Hamid dan Ismail Sabri tercetus ketika kedua-duanya bertemu di Perhimpunan Agung UMNO di PWTC.

Syed Hamid telah memuatnaik status di Facebook mendakwa seorang menteri sombong dan angkuh.
Tanpa menyebut nama, Syed Hamid berkata sikap menteri berkenaan memalukan kerajaan.

Nazir Hussin sebelum ini menerusi status di Facebook mempertahankan Ismail Sabri dan mendakwa Syed Hamid yang sebenarnya sombong dan bongkak.


https://www.facebook.com/video.php?v=1100336596651932

SISTEM DIDIK JADI HIPOKRIT...?

Posted: 13 Dec 2015 07:00 PM PST

Ismaily Bungsu C's photo.

SEJAK dahulu kala lagi orang kita mahunya sesuatu itu jatuh dari langit dan jelas kurang berusaha atau berkerja keras untuk mendapatkan sesuatu, manakala orang barat dulu2nya pernah mengatakan akan menghantar kekasihnya ke bulan dan ini antara sikap positif mereka banding orang kita yang menunggu rezeki dari langit semata.

Orang kita takut sangat akan bahaya, lalu mereka berdoa dijauhi segala bala, sedang orang cina pula bahaya atau bala itu bermakna peluang. Biasanya sesuatu yang bahaya itu ditakuti oleh orang kita sedang bangsa lain di situlah mereka nampak ada peluang yang harus direbut segala. 

Kala kita takut itulah makanya pemikiran kita jadi kelam dan kita tidak berani melakukan percubaan2 untuk mencapai kejayaan dan yang berani akan terus berusaha menggapai peluang yang ada itu sehingga berjaya.

Ketika Andalusia hebat yang melahirkan ilmuan yang terkenal seperti ibnu sina, Kindi, Kaldum dan pelbagai barat ketika itu dalam keadaan yang gelap dan ketika itulah raja Peranchis ke-2 belajar di Andalusia lalu segala ilmu2 dari tokoh2 terkenal islam diterjemah ke bahasa asing dan diangkut ke barat hingga barat jadi hebat. 

Barat yang mulanya gelap menjadi terang benderang dan segala ilmu itu berkembang dan terus berkembang dan ini dikembangkan sama oleh bangsa Yahudi dan bangsa Yahudi mengkaji segalanya ini dan akhirnya bangsa yahudi yang kuasai ekonomi di Amerika dan semua bidang. Makanya sesiapa saja yang duduki kerusi presiden Amerika kena pro Israel dan utamakan kepentingan israel.

Lalu sedikit masa dulu kita enggan menghantar pelajar kita ke barat kesan dikatakan kembali dari barat pelajar2 kita bakal terpengaruh cara didikan barat dan jauh untuk mempelajari ilmu yang Yahudi dapatkan.

Meski kekadang kita selalu berfikiran salah tafsir terhadap Yahudi dan secara langsung ada yang menolak ilmu yahudi dan dikatakan seolah memerangkap dunia islam dan akhirnya apa saja yang datang dari Yahudi kita anggap tidak sesuai dengan cara budaya bangsa kita meski ilmu itu sebenarnya anugerah Allah.

Ketika kita menentang sistem pendidikan barat itu, lalu kita uar2kan sistem pendidikan islam dan yang jelas pendidikan Islam itu rupanya sekadar retorika dan tidak dalam bentuk amali dan terbukti dalam negara "Islam hadhari" dan "negara Islam contoh" di sana sini ada saja korupsi, rasuah, bohong, tipu muslihat, malah hukum Islam itu sendiri dikatakan sebagai hukum yang menghuruharakan Malaysia dan kesannya orang kita hanya tahu bercakap, hakikat sebenar hipokrit yang akhirnya rata2 pemimpin kalangan melayu seolah menjahanamkan negara bangsa Malaysia.



ISMAILY BUNGSU
Sabah

Nordiana Juara GEGAR. Apa Feadah Untuk Pmbangunan? Ke Mana Arah?

Posted: 13 Dec 2015 06:30 PM PST

HALAMAN HIBURAN
 
SHAH ALAM - Penyanyi Siti Nordiana mengakhiri teka-teki program Gegar Vaganza musim kedua apabila menepati ramalan menjuarai program berkenaan sebentar tadi.
Nana, 31, yang membawa lagu berjudul Putus Terpaksa dan Awak Kat Mana membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM100,000, pakej percutian ke Madrid, Sepanyol berjumlah RM30,000, sebuah trofi dan rakaman sebuah single baharu.
Nana yang berasal dari Seremban, Negeri Sembilan turut memenangi kategori Persembahan Pilihan Penonton dengan membawa pulang hadiah wang tunai sejumlah RM5,000.
Tempat kedua disandang oleh Farahdhiya yang membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM50,000 berserta sebuah trofi dan pakej percutian.
Ezad Lazim pula yang membawa lagu Nur Nilam Sari dan Apa Khabar memenangi tempat ketiga dengan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM30,000, sebuah trofi dan pakej percutian.
Nassier Wahab pula memenangi tempat keempat dengan hadiah wang tunai berjumlah RM15,000, sebuah trofi dan pakej percutian.
Manakala Acong dan Haiza hanya mampu berpuas hati di tempat kelima dan keenam dengan masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM10,000 dan RM5,000 berserta trofi.
Sistem permarkahan diadili seratus peratus oleh empat juri iaitu Datuk Ramli MS, Datuk Khatijah Ibrahim dan dua juri jemputan iaitu Datuk Jamal Abdillah dan Datuk Rosyam Nor.

SITI NORDIANA BERSAMA ANAKNYA

Kesimpulan: 
Cuba fikir-fikir balik, apa faedahnya program hiburan ini untuk pembangunan negara dan ke mana arahnya, dari  segi..
  • fizikal dan spiritual, 
  • dunia wal akhirat,
  • faedah untuk kehidupan beragama bagi semua agama-agama di Malaysia,
  • pembinaan generasi muda berakhlak mulia dan berperadaban,
  • sesuikah dengan perlembagan Malaysia, Islam agama bagi Persekutuan.
  • dan lain-lain.

Beginilah bentuk kerajaan UMNO/BN membawa rakyatnya, ke mana arah masa depan negara? Apa jawapannya?  
Tak tentu arah!!


Ibnu Hasyim

Siti Nurdiana Juara Gegar Vaganza Di Lamar Sultan..

Posted: 13 Dec 2015 06:00 PM PST



Tahniah Siti Nurdiana artis pilihan beta kerana menjuarai pentas gegar vaganza 2015. Rezeki nana. Sifat lemah-lembut. 


Merendah diri yg ada pd nana membuat beta tertawan. Kalau beta jadikan Nana calon permaisuri beta, mesti ramai yg setuju kan.? 

Yerla si manis dgn si kacak bagai pinang dibelah dua. Dgn ini beta berbesar hari mengistiharkan esok sebagai cuti umum bagi seluruh Negeri Sembilan Darul Khusus di atas kemenangan Nana ini. 

Selamat bercuti beta ucapkan buat seluruh rakyat Negeri Sembilan. Tahniah sekali lg beta ucapkan buat Siti Nurdiana.







Najib boleh pilih, nak jatuh terletak atau jatuh terhempas

Posted: 13 Dec 2015 05:30 PM PST

Apa yang dikatakan oleh Dr Mahathir yang UMNO itu sudah terbalik semakin nampak kebenarannya. Kita lihat sahaja telatah Presidennya dalam Perhimpunan Agung yang baru selesai petang semalam. Beliau menuduh Dr Mahathir telah memecah-belahkan UMNO sedangkan isu yang berbangkit adalah isu yang beliau lakukan sendiri. Persoalan tidak satu pun dijawab tetapi beliau mengakui dirinya di pihak yang benar.

Beliau tidak berani menyaman WSJ kerana berita tentang skandal 1MDB dan yang berkaitan. Tidak terasa malu pula apabila tidak berani untuk menyaman New York Times atau Sarawak Report yang melaporkan semua tindakan Najib yang tidak betul pada pandangan akhbar tersebut. Tuduhan tidak berjawab tetapi yang bersalah Dr Mahathir pula. Kenapa tidak berani menyaman akhbar-akhbar tersebut jika beliau berada di pihak yang benar dan kenapa menyalahkan Dr Mahathir pula. Dr Mahathir bukan keseorangan, malahan jutaan rakyat Malaysia menunggu-nunggu bila Najib akan bersara.

Hishammudin berkata Muhyiddin sepatutnya meminta maaf kerana menyentuh isu 1MDB. Yang belum menunjukkan dan membuktikan ia tidak bersalah ialah Najib sendiri. Selagi tiada jawapan dari Najib tentang isu 1MDB dan derma politik sebanyak RM2.6 billion itu, Najib tetap tidak dapat lari dari persepsi buruk yang beliau menerima wang sebanyak itu secara haram dan sekali gus tidak melayakkan beliau secara etikanya menjadi pemimpin negara.

Sebuah negara berdaulat tidak boleh dipimpin oleh pemimpin yang telah terjejas imejnya di mata masyarakat dunia. Pendeknya, yang melakukan kesalahan meminta yang menegur untuk memohon maaf pula. UMNO sudah terbalik. Yang salah dikatakan benar, dan yang menegur dan tidak terlibat dengan isu kesalahan itu diminta memohon maaf pula atas sebab memecah-belahkan parti. Yang menyebabkan isu ini menjadi besar ialah kerana Najib mahu beliau terlepas tanpa diambil tindakan di atas segala kesalahan beliau. Maka diterbalikkan isu dengan meminta Muhyiddin memohon maaf pula.

Sesungguhnya ketakutan Najib kepada rakyat sudah jelas dengan cara beliau mengupas isu yang besar terhadap beliau. Beliau seorang yang besar dan beliau takut kepada orang ramai kerana beliau tahu apa kesalahan beliau. Najib ibarat Gajah. Gajah adalah haiwan yang sangat besar, belalainya pun besar dan panjang tetapi ia takut dengan semut.

Najib bertindak menggertak mereka yang tidak bersalah. Najib mahu bertindak terhadap mereka yang sayangkan parti dan negaranya dan mereka yang tidak dituduh seperti tuduhan yang beliau hadapi. Najib jelas sudah tertutup hijabnya untuk melihat kebenaran dan beliau sedang bergelumang dengan elemen racun hidup yang berbisa ia itu 'Greed. Anger. And Foolishness'. Najib sudah hanyut dalam ketidak-jujurannya dan juak-juaknya sedang melakukan apa sahaja untuk menegakkan benang basah Najib.

Apa pun selagi beliau tidak menjawab dengan jelas tentang isu 1MDB, lebih-lebih lagi tenat isu RM2.6 biilion itu, Najib tidak terlepas dari menghadapi hukuman rakyat kali ini. Najib boleh pilih untuk terjun seorang diri atau membawa UMNO itu terjun bersamanya ke lembah yang sangat dalam itu.

Najib boleh pilih samada untuk jatuh terhempas atau jatuh terletak. Sekarang pilihan itu ada pada dirinya sendiri.


JANGAN HINA RAKYAT MACAM BANGSAT SANGAT ZAHID.

Posted: 13 Dec 2015 05:00 PM PST

Abu As Siddiq's photo.

Stetment dalam MyPPP general assembly at the Putra World Trade Center (PWTC) 13 Dec 2015.

Zahid Hamidi berkata "rakyat telah di balingkan segala macam kemudahan tetapi tetap tak bersyukur kerana mendakwa apa yang kerajaan beri adalah hak hakiki rakyat"

Aku nak komen kenyataan Zahid Hamidi ini ketika hadir AGM MyPPP. 

Sedekah dalam Islam wajib dari hak peribadi, Bersyukur tanda terimakasih kepada Allah, hak exclusif Allah S.A.W.Amanah jika benar jalannya rakyat serlah terimaksih itu pada PRU tak perlu kut nak menjungjung kamu tanda terimakasih.

ok itu komen aku tentang rungutan kamu rakyat tak bersyukur.


Zahid Hamidi aku nak tegur kamu, bangsa kaum jawa ni penuh adap sopan aku tahu sbb aku pon jawa, yang kamu anggap pembahagian kerajaan kepada rakyat tu sebagai "taburkan" atau balingkan" itu kurang ajar dari mana kmu belajar?? 
Apakah kamu ingat hina betul rakyat ni hingga umpamakan "membaling" rezeki seperti beri binatang ternakan makan.

JANGAN HINA RAKYAT MACAM BANGSAT SANGAT ZAHID.

Dunia Akhir Zaman.....

Posted: 13 Dec 2015 04:30 PM PST

Chuleed Yusri Yk's photo.

Juara piala sumbangsih - JDT

Juara liga super - JDT


Juara liga perdana - Kedah


Juara liga fam - melaka


Juara piala malaysia - selangor


Juara piala Qu puteh - N. Sembilan


JUARA KENCING RAKYAT- Najib anak Razak


Maka berakhirlah sudah liga kita pada tahun ini.

Sultan Selangor akui ‘tak suka’ Mat Taib..

Posted: 13 Dec 2015 03:56 PM PST



Sultan Selangor membidas beberapa perkara yang dilakukan Tan Sri Muhammad Muhd Taib semasa zaman pentadbirannya sebagai menteri besar Selangor dari 1986 hingga 1997, lapor Mingguan Malaysia.

Menurut edisi Ahad Utusan Malaysia itu, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkata, bekas menteri besar itu banyak menukar adat negeri, misalnya memberi darjah kebesaran dengan hanya kelulusan ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri (exco), tanpa melalui Dewan Diraja.

Menurut Sultan Selangor, penganugerahan darjah kebesaran semasa zaman pentadbiran Muhammad juga terlalu mudah dan dilakukan dengan sesuka hati.

.

"Sebab itu kadang-kadang istana kata darjah kebesaran semasa zaman Muhammad seperti buffet sahaja, letak atas meja terus ambil," katanya dalam wawancara bersama akhbar milik Umno itu.

Menurut Sultan Selangor, faktor kurangnya pingat darjah kebesaran membawa gelaran "Datuk" kini disebabkan prestasi pegawai kerajaan sekarang yang tidak memuaskan.

"Saya pun tengok pegawai-pegawai kerajaan tidak menunjukkan prestasi bagus, jadi saya tidak bagi banyak. Kita beri 17 gelaran Dato', satu Dato' Seri dan tiga Dato' Setia," katanya apabila ditanya sebab kurangnya jumlah darjah kebesaran tahun ini, sempena keputeraan baginda ke-70.

Baginda turut mengakui tidak menghormati Muhammad kerana didakwa mengaut kekayaan ketika aktif berpolitik dan sikapnya yang sering melompat parti.

"Terus terang, saya tidak hormat pada Muhammad Taib. Dia buat kekayaan ketika berada dalam Umno, kemudian masuk PAS.

"Kemudian apabila PAS kelam-kabut, dia keluar dan masuk PKR. Kalau dia masuk mana sekalipun, macam mana hendak hormat sebab dia banyak melompat," kata baginda dalam satu wawancara bersama akhbar Mingguan Malaysia.

Baginda mendedahkan ayahnya, Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pernah berselisih dengan Muhammad kerana bekas menteri besar Selangor itu berbohong.

Menurut baginda, kewujudan jawatan timbalan menteri besar semasa itu sebagai kesilapan terbesar Selangor dan selepas mengambil alih takhta, baginda memansuhkan jawatan itu.

"Saya tidak pernah argue (berbalah) dengan menteri besar. Hanya sekali sahaja ayahanda saya berbalah dengan Tan Sri Muhammad Muhd Taib, itu pun kerana beliau berbohong.

"Sebab beliaulah, kita wujudkan jawatan timbalan menteri besar dan itu adalah kesilapan terbesar negeri Selangor," kata Sultan Sharafuddin.

"Semasa ambil alih (takhta) ayahanda, saya cakap dengan Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) saya tidak mahu timbalan menteri besar. Beliau tanya kenapa?

"Timbalan menteri besar ini tidak lain kerjanya hendak menjatuhkan menteri besar. Jadi menteri besar takut apa akan datang dari belakang. Dia bukan menolong tapi menjatuhkan.

"Bukan bermakna timbalan menteri besar secara automatik akan jadi menteri besar. Jadi, ada cita-cita lain. Jadi, lebih baik tidak ada. Pak Lah setuju dan sejak itu tidak ada lagi timbalan menteri besar," kata Sultan Selangor seperti dilaporkan Mingguan Malaysia.

- tmi

Tiada ulasan: