Nuffnang

Pengikut

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

sumber :-

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Muhyiddin Dirujuk Ke Jawatankuasa Khusus UMNO – Tengku Adnan

Posted: 08 Dec 2015 04:42 AM PST

Muhyiddin Dirujuk Ke Jawatankuasa Khusus UMNO – Tengku Adnan

KUALA LUMPUR, 8 Dis –  Video ucapan Tan Sri Muhyiddin Yassin pada majlis 'Bersama Timbalan Presiden UMNO' di Kelab Sultan Sulaiman, pada Isnin malam akan diteliti oleh sebuah jawatankuasa khusus Umno untuk mengkaji sekiranya wujud perlanggaran dari aspek perlembagaan parti.
Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata hasil siasatan jawatankuasa itu kemudiannya akan dirujuk ke Lembaga Disiplin dan Majlis Tertinggi UMNO untuk tindakan lanjut.
"Saya semalam dengar dia (Tan Sri Muhyiddin) punya ucapan, saya juga mengenal pasti wajah-wajah yang turut hadir. Saya telah beri (rakaman video) kepada Jawatankuasa Khusus untuk buat penelitian, dan kemudian kita akan bawa ke perhatian Lembaga Disiplin parti dan Majlis Tertinggi untuk buat keputusan," katanya.
Beliau berkata Muhyiddin tidak seharusnya membawa hal ehwal dalaman parti itu ke pengetahuan umum, sebaliknya menggunakan platform yang betul untuk menyuarakan pandangannya dalam isu-isu yang dibangkitkan.
"Dia (Muhyiddin) telah bersetuju dalam Majlis Tertinggi. Dia kata akan akur dengan apa yang diputuskan dalam MT, jadi akurlah," kata Tengku Adnan.
Pada Isnin malam, Muhyiddin menghadiri majlis 'Bersama Timbalan Presiden UMNO' di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru untuk menyampaikan ucapannya selaku Timbalan Presiden parti itu, setelah tidak dibenarkan untuk membuat ucapan perasmian ketiga-tiga sayap parti dalam Perhimpunan Agung UMNO 2015 esok.
Turut hadir pada majlis itu ialah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan anggota veteran parti Tan Sri Aziz Yassin.

Berita Popular

Plaza Low Yat 2: Mengapa baru sekarang sibuk soal ekonomi Melayu?

Posted: 08 Dec 2015 04:32 AM PST


Low-Yat-2-only-for-Malays-785x442
JULAI lalu, berlaku insiden pergaduhan apabila seorang remaja Melayu dituduh mencuri telefon bimbit dari sebuah kedai di Plaza Low Yat. Remaja itu dikatakan menuduh penjual keturunan Cina menipunya.
Insiden itu bertukar perkauman apabila beberapa ahli Umno membuat kekacauan di bangunan Plaza Low Yat kononnya untuk membela remaja berkenaan dan menyeru orang Melayu memboikot plaza itu.
Maka, timbul selepas itu dakwaan orang Cina memonopoli perniagaan alat telekomunikasi.
Baju-MerahHal itu terus diapi-api sehingga Menteri Kabinet, Datuk Seri Ismail Sabri mencadangkan sebuah Plaza Low Yat 2 untuk orang Melayu, dibina segera.
Tidak sampai setahun arahan itu, bangunan itu siap dan dirasmikan pada 8 Disember 2015.
Persoalannya ialah, kenapa setelah insiden itu baru UMNO sibuk hendak bina pusat perniagaan untuk orang Melayu? Kenapa bukan dari dahulu lagi?
Adalah projek itu akan berjaya? Atau UMNO akan serahkan semuanya kepada anak emas UMNO? Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary? Yang dilapor memonopoli hampir semua keperluan asas di negara ini.
Persoalan kedua, kenapa UMNO mengulangi sejarah perit suatu ketika dahulu – mengasing-asing ekonomi mengikut kaum? Cuma bezanya, penjajah mengasingkan ekonomi kepada jenis-jenis ekonomi. Cina sebagai pelombong, Melayu sebagai petani dan pesawah, India sebagai pekerja ladang.
UMNO hari ini pula muncul mengasingkan ekonomi mengikut kaum dengan cara mengasingkan tempat jual beli barang.
MalaysiaUMNO mahu hidupkan perkauman, suatu hari nanti jika projek itu gagal seperti projek-projek Giat Mara, maka UMNO akan menyalahkan orang Cina.
Waktu itu UMNO hendak buat apa pula? Mahu asingkan negeri Melayu, negeri Cina?
Nyatalah, UMNO sudah tidak relevan untuk memimpin malaysia yang berbilang kaum.
Kerana UMNO bukan ejen penyatu tetapi pemecah belah perpaduan kaum dan pada masa sama, terus menipu orang Melayu melalui pelbagai cara yang mula terbongkar, hari demi hari.

*Alfilfilany adalah penuntut Universiti al-Azhar yang berasal dari Malaysia.

Mat Sabu: Mengapa pemimpin PAS 'gugur setandan'?

Posted: 08 Dec 2015 04:28 AM PST



1MDB: Pengakuan Muhyiddin bukti kesahihan dakwaan pembangkang

Posted: 08 Dec 2015 04:27 AM PST


1mdb
PULAU PINANG 8 DIS: Pengakuan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkaitan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membuktikan pembangkang bukan membuat fitnah.
Merujuk ucapan Muhyiddin di Kampung Baru malam tadi berhubung skandal itu, Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang menyifatkan kenyataan itu sebagai perakuan kukuh betapa pembangkang tidak menyebar fitnah.
Justeru, beliau berkata, kenyataan Timbalan Presiden UMNO itu membersihkan nama pembangkang yang sebelum dituduh Najib sebagai penyebar fitnah terhadap skandal 1MDB melalui media tempatan kawalannya.
"Ucapan Muhyiddin di Kuala Lumpur semalam mematahkan tuduhan Najib bahawa pembangkang hanya menabur fitnah mengenai skandal berkenaan," katanya pada ceramah "Solidrati bersama Lim Kit Siang dan Mana RM2.6 billion" di Batu Uban di sini, semalam.
Sebelum ini, Najib terpalit dengan pelbagai skandal termasuk penyelewengan dana 1MDB dan derma RM2.6 bilion hingga isu itu mendapat perhatian pada peringkat antarabangsa.
Perdana Menteri itu juga tidak hadir ke sidang Parlimen bagi menjawab isu berkenaan sebaliknya menugaskan Datuk Seri Zahid Hamidi membuat kenyataan tiga minit.
Dalam pada itu, Kit Siang menyuarakan sokongan padu terhadap cadangan Muhyiddin supaya Najib berundur bagi membenarkan siasatan dilakukan tanpa sebarang campur tangan.
Selaras dengan desakan pembangkang, katanya, Muhyiddin mencadangkan Najib mengambil cuti sebagai Perdana Menteri berikutan penangguhan siasatan terhadap 1MDB bagi memastikan Najib tidak campur tangan.
"Muhyiddin juga bersetuju dengan pembangkang bahawa jika Najib tidak terlibat, beliau boleh meneruskan tugasnya sebagai Perdana Menteri semula," katanya.
Kit Siang juga bersetuju dengan persoalan yang dibawa Muhyuiddin berkaitan kenyataan tiga minit Zahid hingga mengundang kemarahan pelbagai pihak sama ada pembangkang mahupun penyokong kerajaan.
"Muhyiddin bertanya soalan tepat: Mengapa tidak Perdana Menteri sendiri menjelaskan skandal terbabit, mengapa timbalannya pula yang berbuat demikian?" katanya.

TRANSKRIP UCAPAN MUHYIDDIN YASSIN SEMALAM.

Posted: 08 Dec 2015 02:54 AM PST

Comments (0)

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT