WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- ‘BANYAK KILANG BERI NOTIS BUANG PEKERJA 1 JANUARI 2016’
- ALASAN NAJIB ENGGAN JAWAB DANA RM2.6 B DIBANTAH BEKAS HAKIM
- Najib mungkir pelbagai janji pembangunan Pulau Pinang
- KISAH MENARIK UNTUK DIKONGSI...PETANG JUMAAT YANG MENGANTUK
- Kenyataan tiga minit Zahid tak bertanggungjawab, tiada maklumat baru
‘BANYAK KILANG BERI NOTIS BUANG PEKERJA 1 JANUARI 2016’ Posted: 04 Dec 2015 05:23 AM PST 'Banyak kilang beri notis buang pekerja 1 Januari 2016'Ekonomi Malaysia memasuki babak suram apabila kilang-kilang kecil dan sederhana dilaporkan mula mengeluarkan notis membuang pekerja mulai 1 Januari 2016. Tinjauan wartawan Suara pakatan daily mendapati beberapa syarikat kecil di sekitar Kuala Lumpur akan ditutup dalam masa yang terdekat. Salah seorang ialah Jenny Tan yang bekerja sebagai kerani akaun di sebuah kilang kecil di Kepong. Menurut beliau kekurangan tempahan baharu menyebabkan pihak pengurusan syarikat tempatnya bekerja mengambil keputusan untuk menutup perniagaan. Beliau menyalahkan polisi ekonomi kerajaan yang tidak praktikal menyebabkan pasaran dalam negara mengecut dan tidak mampu menampung produk industri. "Ekonomi negara sekarang jatuh teruk. Pelaburan dari negara China pun tak banyak membantu. Saya dapat tahu penganalisis ekonomi yang berkecuali telah meramalkan ekonomi negara akan jatuh menjunam mulai bulan Mac tahun depan. Tapi sebelum itu kami orang biasa sudah merasai kesusahannya," keluh Jenny. Beliau yang berusia 50 tahun memberitahu ramai pekerja kilang tersebut sedang berasa bimbang dan gelisah mengenai masa hadapan mereka. Seorang lagi yang bakal menganggur pada awal tahun hadapan, James Lim berpendapat, sehingga kini kerajaan belum lagi menemui jalan penyelesaian untuk membantu kilang-kilang yang sedang menghadapi kos kenaikan operasi akibnat kejatuhan ringgit dan Cukai Barangan dan Perkhidmatan. "MCA pernah kata mereka akan beri idea kepada kerajaan bagaimana mahu membantu tetapi sampai sekarang tiada apa-apa pun, sehingga kilang tempat kerja saya membuat keputusan akan menghentikan operasi pada Februari tahun depan lepas Tahun Baru Cina. "Sekarang saya tidak percaya sesiapa pun yang kata ekonomi negara berada dalam keadaan sihat kerana banyak kilang-kilang di kawasan perindustrian di Kepong sedang mengalami kesukaran akibat kos operasi yang tinggi dan permintaan untuk barangan yang dihasilkan pula kurang," kata James. Seorang penyelia operasi yang diwawancara yang enggan namanya disiarkan, memberitahu Malaysia adalah di antara beberapa negara di dunia yang sedang mengalami kesan teruk akibat kegawatan ekonomi. Beliau berkata, semua negara sedang mengalami kelembapan ekonomi tetapi kesan di negara jiran seperti Singapura tidaklah seteruk di negara kita. |
ALASAN NAJIB ENGGAN JAWAB DANA RM2.6 B DIBANTAH BEKAS HAKIM Posted: 04 Dec 2015 05:21 AM PST Alasan Najib enggan jawab dana RM2.6 b dibantah bekas hakimDua bekas hakim Mahkamah Rayuan tidak bersetuju dengan hujah subjudis yang dikemukakan oleh pihak kerajaan sebagai sebab Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak menjawab soalan di Parlimen berhubung RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun bank peribadinya oleh seorang penderma dari Timur Tengah. Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof hari ini berkata perkara subjudis tidak timbul sama sekali, kerana isu itu tidak didengar di mana-mana prosiding mahkamah. "Sesuatu siasatan (yang berjalan terhadap sesuatu perkara), bukan satu prosidng kehakiman. Peraturan mengenai subjudis wujud untuk mencegah perbicaraan oleh media atau dengan cara luaran yang lain supaya hakim dan juri tidak akan dipengaruhi oleh faktor-faktor luar dalam membuat penghakiman atau keputusan," kata Mohamad Ariff kepada Malaysiakini. Menurutnya, apabila sesuatu isu telah memasuki domain awam dan terdapat minat kepentingan awam yang mendalam untuk mencari kebenaran terhadap perkara itu, maka tidak ada isu subjudis jika tidak ada prosiding kehakiman mengenai perkara itu yang sedang berjalan. Isu sebenar dalam kes ini, kata Mohamad Ariff ialah kebebasan dan akses kepada maklumat mengenai perkara yang mempunyai kepentingan awam. Mohamad Ariff, ketika menjadi hakim Mahkamah Tinggi, menolak prosiding menghina mahkamah yang dibawa Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) terhadap peguam Fahda Nur Ahmad Kamar berhubung kenyataan beliau mengenai pengambilalihan industri air, ketika mewakili kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, seperti ia dilaporkan dalam Harakah. Beliau memutuskan bahawa mahkamah perlu berhati-hati dalam menggunakan prosiding menghina untuk menyekat kebebasan bersuara dan dalam memetik Lord Denning, beliau berkata "komen yang adil tidak subjudis terhadap perbicaraan yang adil". Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Azalina Othman Said mengumumkan bahawa Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, yang bangun bagi pihak Najib dalam menjawab soalan berhubung derma RM2.6 bilion di Parlimen, memetik subjudis sebagai sebab Najib tidak datang sendiri untuk menjawab perkara itu . Azalina, juga seorang peguam berkata, Najib telah dinasihatkan oleh Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali supaya tidak menjawab perkara itu di Parlimen kerana ia akan menjadi subjudis untuk berbuat demikian. Subjudis adalah istilah latin yang bermaksud "dalam pertimbangan kehakiman", yang bermakna sesuatu kes atau perkara yang sedang dalam perbicaraan atau sedang dipertimbangkan oleh hakim atau mahkamah. Seorang lagi bekas hakim Mahkamah bekas Rayuan, Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus memberitahu Malaysiakini bahawa beliau tidak bersetuju dengan pandangan Apandi itu. Katanya, beliau tidak fikir bahawa ia adalah subjudis untuk perdana menteri menjelaskan di Parlimen tentang RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya. Menurutnya, beliau sehaluan dengan pandangan seperti yang dinyatakan oleh bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Sri Gopal Sri Ram dan Datuk Ambiga Sreenevasan mengapa penjelasan yang diberikan oleh perdana menteri di Parlimen mengenai RM2.6 bilion tidak akan menjadi subjudis. Sebaliknya, tegas Hishamudin, perdana menteri mempunyai tanggungjawab untuk menjelaskan kepada Parlimen dan kepada negara mengenai RM2.6 bilion itu," kata Hishamudin. |
Najib mungkir pelbagai janji pembangunan Pulau Pinang Posted: 03 Dec 2015 11:37 PM PST KERAJAAN Persekutuan BN masih terus meminggirkan Pulau Pinang berikutan kegagalan memberi sebarang projek utama dalam Belanjawan Negara kebelakangan beberapa tahun ini. Bukan sahaja janji Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang dibuat sebanyak tiga kali untuk membina sistem LRT untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas, tidak langsung ditunaikan, malah permohonan kerajaan negeri untuk program tebatan banjir bernilai RM805 juta ditolak. Permohonan projek baru rancangan tebatan banjir sebanyak RM805 juta dibuat baru-baru ini, berikutan janji Perdana Menteri akan bantu menyelesaikan masaalah banjir kilat tetapi malangnya ia masih tinggal janji kosong. Yang lebih teruk lagi ialah kemungkinan besar Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Pinang sebanyak RM150 juta dibatalkan sungguhpun sudah diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-9. Ini sungguh tidak adil kerana membayar RM6.3 bilion setiap tahun dalam bentuk cukai dan duti kastam tetapi hanya dapat pulangan dua peratus sahaja. Harus ditekankan bahawa Pulau Pinang masih sebahagian Malaysia dan tidak patut dianaktirikan dan diabaikan sedemikian. Di samping itu, keadaan kritikal Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) yang penuh sesak, dan dijangka melebihi kapasitinya sebanyak 6.5 juta penumpang, tidak diberi perhatian serius. Seharusnya projek pembesaran LTAPP diluluskan dengan segara untuk mengelakkan pandangan buruk ke atas LTAPP yang sesak seperti sebuah pasar malam. Rancangan awal untuk membina hotel empat bintang ataupun apa-apa kompleks komersil di LTAPP pun dibatalkan dan hanya tempat letak kereta akan ditambah. Diharapkan janji untuk membina satu kemudahan tempat letak kereta bertingkat untuk meningkatkan kapasitinya kepada 3,000 lot, khusus untuk memenuhi keperluan pengguna lapangan terbang, tidak tinggal janji kosong sepertimana janji manis Kerajaan Persekutuan sebelum ini. Dalam jawapan bertulis kepada soalan Parlimen saya pada 24 November lalu, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai menyatakan: Jumlah penumpang yang dikendalikan di Lapangan Terbang Antarabangsa (LTA) Pulau Pinang sejak 2010 sehingga bulan September 2015 adalah seramai 29.6 juta penumpang. Jumlah ini merangkumi penumpang antarabangsa dan domestik yang berlepas ataupun mendarat di lapangan terbang tersebut. Untuk makluman YB Bagan, kapasiti sedia ada Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas adalah sebanyak 6.6 juta penumpang setahun. Manakala jumlah trafik penumpang yang dikendalikan di lapangan terbang tersebut pada 2014 adalah sebanyak 6 juta penumpang setahun. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (EPU) sedang menjalankan satu kajian bertajuk "Kajian Pembangunan Lapangan Terbang Antarabangsa Baru Di Utara Malaysia". Kajian ini akan mengambil masa 6 bulan dan dijangka siap pada akhir November ini. Kajian tersebut juga akan mengambilkira status cadangan projek pembesaran lapangan terbang Pulau Pinang. Keputusan kajian tersebut akan memberikan panduan kebolehlaksanaan (feasibility) keseluruhan projek-projek lapangan terbang Utara Malaysia termasuk sebarang cadangan pembangunan komersial. Sebarang keputusan pembangunan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang akan tertakluk kepada hasil kajian tersebut. Merujuk kepada cadangan pembangunan lain di sekitar LTA Pulau Pinang, MAHB sememangnya menyedari akan masalah kekurangan tempat letak kereta di lapangan terbang antarabangsa Pulau Pinang. Bilangan 666 lot yang ada sekarang tidak lagi mencukupi. Oleh demikian, MAHB akan membina satu kemudahan tempat letak kereta bertingkat untuk meningkatkan kapasitinya kepada 3,000 lot khusus untuk memenuhi keperluan pengguna lapangan terbang. Dengan ini, isu pembinaan sebuah hotel empat bintang serta pembangunan lain di tapak empat letak kereta tidak timbul di mana apa-apa rancangan komersial yang lain adalah di kawasan luar tempat letak kereta tersebut. * Lim Guan Eng ialah Ketua Menteri Pulau Pinang |
KISAH MENARIK UNTUK DIKONGSI...PETANG JUMAAT YANG MENGANTUK Posted: 03 Dec 2015 11:36 PM PST Mizal Chepa toGabungan Anak Terengganu Kisah benar...Dah lebih 20 tahun ejai (nama sebenarnya adalah Mizal Chepa) tidak pulang ke rumah ayahnya setelah dia dihalau kerana mau pergi ke KL untuk mencari kerja. Ayahnya tidak suka dia bekerja d KL. Bahkan ayahnya menyatakan dia tidak akan menemukan kebahagian di sana. Ejai tak peduli, dia nekad meninggalkan ayahnya. Sejak itu dia langsung tidak pulang ke kampung menemui ayahnya, dia ingin buktikan dia boleh berjaya di KL. Terdetik hatinya utk pulang bila dia rasakan dia sudah berjaya dalam kehidupannya. Dia kini sudah beristeri dan dikurniai seorang anak. Dia sudah mampu memiliki sebuah pajero Sampai di kampungnya dia terkejut dengan perubahan yang dilihatnya sehingga dia lupa jalan ke rumahnya. Deretan rumah-rumah kayu yang dahulunya di pinggir jalan sudah tiada lagi, semuanya digantikan dengan rumah-rumah batu yang besar. Ejai melihat sekitar, dia sudah tidak lagi dapat mengingat jalan ke rumah ayahnya. Dia berhenti di sebuah restoran. ejai mendekati seorang pakcik yang sedang berjalan menuju keretanya dan bertanya, "Pak cik di mana rumah pak Mat tukang?" "Eh, kamu ni ejai anak Pak Mat tukang, ye?" Ejai mengangguk, "Ayah kamu dah pindah duduk banglow di jalan depan ni...dia dah lama xtak duduk sini....dia sekarang dah pakai bmw 7 series..." Terlopong ejai mendengar penjelasan pakcik tu "Pakcik....bagaimana ayah saya boleh jadi mcm tu? " ejai bertanya hairan. "Tu lah kamu tak sabar, orang kampung semua dah senang lenang, ada banglow, kereta mewah...ayah kau tu baru balik dari melancong di Hawaii.." Ejai tak sabar nak tahu apa yang telah mengubah kehidupan di kampungnya " Apa yang mengubah semua ni, pakcik?" "BR1M"πππ |
Kenyataan tiga minit Zahid tak bertanggungjawab, tiada maklumat baru Posted: 03 Dec 2015 10:33 PM PST KUALA LUMPUR 4 DIS: Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang mengecam kenyataan tiga minit berkaitan derma RM2.6 bilion yang dibuat Timbalan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Zahid Hamidi kerana tiada ada sesuatu atau maklumat baru. "Kenyataan tiga minit Zahid sangat tidak bertanggungjawab, tiada hal baru diperkatakan beliau. Yang ada hanyalah penegasan bahawa RM2.6 billion berkenaan adalah derma politik," katanya pada kenyataan media hari ini. Beliau juga menyifatkan skandal itu dialih dengan pembentangan usul untuk merujuk Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen yang dibuat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said. "Jelas, Kerajaan Barisan Nasional (BN) terdesak untuk mengalihkan perhatian isu skandal RM2.6 billion Najib, ketika negara diasak oleh pemerhati luar dan dalam negara," kata Ahli Parlimen Gelang Patah itu. Sebelum ini, Azalina berjanji Datuk Seri Najib Razak akan menjawab sendiri soalan berhubung skandal berkenaan pada hari terakhir sidang Dewan Rakyat, sebaliknya Zahid pula mewakili Perdana Menteri itu tetapi hanya memberi kenyataan tiga minit, semalam. Ahli Parlimen dari Pakatan Harapan menghantar 90 soalan berkaitan dua skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan derma RM2.6 bilion tetapi tidak diendah sehinggalah hari terakhir sidang malam tadi. Kit Siang menyifatkan tindakan Azalina tidak jujur kerana pada sidang terakhir itu Nurul Izzah ada mengusulkan soalan mengenai RM2.6 billion tetapi tidak diletak sebagai antara tiga soalan teratas. "Azalina terang-terangan menipu di Parlimen mengenai kehadiran Najib pada hari terakhir sidang bagi menjawab soalan skandal itu," katanya. Malah, katanya, Ahli Parlimen Bagan Lalang, Lim Guang Eng pada hari pertama (19 Oktober) pembentangan belanjawan di Parlimen ada bertanya butiran aliran keluar masuk RM2.6 billion tetapi tidak diendah. "Mengapa Azalina tidak berterus terang bahawa kerajaan tidak akan menjawab skandal itu, dengan memberi alasan akan menganggu perjalanan siasatan. "Daripada memberi harapan kepada rakyat dan dunia bahawa skandal itu akan terjawab semalam, Kerajaan BN sebaliknya membiarkan kita pulang dengan tangan kosong tanpa apa-apa penjelasan kukuh," kata Kit Siang. Kesal dengan tindakan itu, Kit Siang secara sinis mengesa supaya Azalina diheret diri sendiri ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen atas perbuatannya yang tidak bertanggungjawab itu. ROKETKINI |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan