WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- AMANAH JOHOR AZAM TUBUH LEBIH 100 CAWANGAN PADA 2016 – MAZLAN
- REBAT PRABAYAR: PKR TOLAK PENYELESAIAN SEMENTARA KERAJAAN
- BERAPA KALI TUBUH JAWATANKUASA BARU KOS HIDUP DAPAT DIKURANGKAN?’
- HARGA RON 95 SEPATUTNYA RM1.80, BUKAN RM1.95 – RAFIZI
AMANAH JOHOR AZAM TUBUH LEBIH 100 CAWANGAN PADA 2016 – MAZLAN Posted: 30 Dec 2015 04:15 AM PST Amanah Johor azam tubuh lebih 100 cawangan pada 2016 – MazlanAhli Jawatan Kuasa Parti Amanah Negara (Amanah) Mazlan Aliman optimis dengan azam menubuhkan 100 cawangan Amanah di Johor pada tahun 2016. "Kita mensasarkan untuk membuka 100 cawangan menjelang hujung tahun ini (2015) tetapi sehingga kini hanya 70 sahaja. "Memandangkan situasi sebegini, Amanah Johor telah menubuhkan dua jabatan khas untuk mempromosi Amanah di Johor, iaitu Jabatan Media Baru dan Jabatan IT untuk merancang strategi bagaimana hendak memperkenalkan Amanah kepada rakyat terutamanya golongan akar umbi," kata Mazlan kepada Suara pakatan daily. Beliau memberitahu, di Johor terdapat 26 kawasan Parlimen dan sehingga kini terdapat cawangan Amanah di setiap kawasan Parlimen tersebut. "Sekarang ini Pemuda Amanah Nasional sedang menggiatkan 'Kempen Sejuta Risalah' di mana setiap minggu ahli dan pemimpin Amanah Johor akan turun padang ke tempat-tempat awam seperti pasar pagi dan pasar malam untuk mengedarkan risalah yang mengandungi maklumat perihal sejarah dan tujuan penubuhan Amanah. "Para pemimpin Amanah juga memberi ceramah dan mengadakan forum serta dialog dengan orang ramai untuk memberi publisiti kepada parti "Walaupun Amanah tak begitu terkenal tapi pemimpin-pemimpin Amanah seperti Mat Sabu, Salahuddin Ayub dan Khalid Samad dikenali ramai. "Apabila kita tanya orang ramai 'Adakah awak kenal parti Amanah?'. Mereka geleng kepala. Tetapi bila kita sebut nama pemimpin Amanah tertentu, orang ramai tahu," ujar Mazlan. Selain dari itu, katanya, Amanah juga mendapat respon yang baik dari kalangan bukan Melayu. Menurut Mazlan bukan Melayu dalam Amanah mendapat keahlian penuh (berbanding Pas, hanya Dewan Himpunan) dan boleh memegang jawatan tinggi jika berkemampuan. "Baru-baru ini 100 orang dari masyarakat India telah menyertai Amanah dalam satu program bersama Mat Sabu. "Kita yakin dalam masa satu tahun (2016), dengan usaha yang gigih dan penerangan yang jelas, Amanah akan dapat menambahkan jumlah ahli dan cawangan dan mendapat tempat di hati rakyat," tambahnya. |
REBAT PRABAYAR: PKR TOLAK PENYELESAIAN SEMENTARA KERAJAAN Posted: 30 Dec 2015 04:13 AM PST Rebat prabayar: PKR tolak penyelesaian sementara kerajaanPengarah Strategi PKR Sim Tze Tzin berkata rebat selama setahun bagi penyelesaian masalah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada kad pra-bayar telco tidak akan membawa penyelesaian tuntas terhadap masalah berkenaan. Katanya, rebat 6% yang diumumkan oleh Communication and Multimedia Consumer Forum of Malaysia kepada warganegara Malaysia sepanjang tempoh 1 tahun itu adalah langkah sementara sahaja. "Kami percaya, ini adalah satu "compromise" antara Kerajaan dan syarikat telco yang cuba menenangkan kemarahan rakyat terhadap janji kerajaan yang tidak ditepati. "Selepas 1 tahun, apabila rakyat telah lali dengan GST, rebat tersebut akan ditarik balik dan GST 6% akan kembali ke atas kad pra-bayar telco. "Kad pra-bayar merangkumi 60% daripada jumlah pendapatan syarikat Telco. Dengan mengenakan cukai GST, syarikat-syarikat Telco akan mengaut keuntungan setinggi RM850 juta ringgit setahun. "Keuntungan ini terlalu besar untuk dilepaskan oleh syarikat-syarikat telco," katanya dalam satu kenyataan. Menurut Sim lagi, isu GST kad pra-bayar merupakan aduan yang paling tinggi diterima oleh Kementerian Perdangangan Dalam Negeri, Konsumer dan Koperasi (KPDNKK), iaitu sebanyak 44%. Kegagalan ketajaan mencari penyelesaian muktamat, katanya, amat memalukan. "Pengumuman ini dilakukan oleh satu NGO tetapi bukan kerajaan sendiri menunjukkan kerajaan tidak berani menghadapi masalah yang cukup serius ini. Adakah tidak ada Menteri yang berani mengumumkan penyelesaian ini kepada rakyat? "Adakah mereka takut rakyat marah ke atas mereka kerana ini adalah satu penyelesaian yang sementara? "KEADILAN tolak penyelesaian terbaru daripada kerajaan. Ini amat tidak adil kepada golongan pendapatan rendah, pesara dan orang muda yang percaya kepada janji kerajaan. Selepas 1 tahun, GST 6% kad pra-bayar akan kembali. "Dalam soal GST kad prabayar ini, KEADILAN telah mencadangkan formula meletakkan kadar sifar terhadap kad prabayar. Ini sekali gus akan menyelesaikan masalah dan membantu golongan berpendapatan rendah. "Tetapi kerajaan telah menolak cadangan tersebut kerana kerajaan perlukan duit GST tersebut," katanya. |
BERAPA KALI TUBUH JAWATANKUASA BARU KOS HIDUP DAPAT DIKURANGKAN?’ Posted: 30 Dec 2015 04:11 AM PST 'Berapa kali tubuh jawatankuasa baru kos hidup dapat dikurangkan?'Tindakan Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi menubuhkan Jawatankuasa Menanggani Kos Sara Hidup dikecam oleh banyak pihak. Bekas Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar mempersoalkan ke manakah hasil penemuan Jawatankuasa Petugas Khas Menanggani Kos Sara Hidup yang ditubuhkan pada 8 Januari 2014 di bawah Muhyiddin Yassin tahun lalu. "Bukankah pasukan petugas khas tersebut telah menggerakan semua anggota kabinet untuk turun padang membuat tinjauan di pasar ikan dan pasaraya kononnya untuk memastikan tiada kenaikan harga barang? "Saya percaya YAB Zahid TPM pun turun di pasar ikan di Bagan Datuk. Nampaknya yang turun ke pasar ikan dan pasaraya hanya lakonan untuk disiar di media semata-mata. Ia hanya permainan psikologi untuk rakyat agat memandang pemimpin kerajaan ini baik dan ambil berat tentang rakyat. "Berapa kali pula Jawatankuasa Petugas Khas yang lalu bermesyuarat? Berapa kos perbelanjaan yang dibelanjakan di bawah program jawatankuasa petugas khas tersebut? Apakah langkah dan tindakan dihasilkan daripada jawatankuasa yang lalu itu? Apa jadi dengan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) darihal menanggani kos sara hidup?" tanya Mahfuz dalam satu kenyataan. Tambah Mahfuz, penubuhan jawatankuasa yang baharu itu bukan mengurang kos hidup, sebaliknya akan menambahkan pula kos pentadbiran kerana mengadakan mesyuarat baharu dan elaun kepada anggota jawatankuasa. "Dengan tertubuhnya jawatankuasa baru ini berapa kali pula mesyuarat hendak dibuat? Berapa banyak pula nak habiskan duit rakyat? "Sedangkan kos sara hidup terus meningkat. Kesusahan rakyat bukan lakonan tetapi adalah kenyataan. Apa yang pemimpin nak berlakon lagi? Berhentilah berlakon. "Kalau nak berlakon tukarlah profesyen daripada PM, TPM dan Menteri, masuk saja industri filem minta kerja dengan Erma Fatima. Boleh dia buat drama baru PAK CUN lakonan Najib Razak dan Zahid Hamidi. Menteri lain jadi pelakon tambahan. Berhentilah MENIPU RAKYAT," sinis Mahfuz. |
HARGA RON 95 SEPATUTNYA RM1.80, BUKAN RM1.95 – RAFIZI Posted: 30 Dec 2015 04:10 AM PST Harga RON 95 sepatutnya RM1.80, bukan RM1.95 – RafiziPenurunan ketara harga minyak dunia namun harga runcit petrol dan diesel dalam negara tidak turun menimbulkan keresahan dalam kalangan rakyat negara ini. Alasan kenaikan harga minyak juga salah satu faktor pengangkutan awam dibenarkan menaikkan tambang mulai November dan Disember 2015. Susulan itu, Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mendesak kerajaan persekutuan membatalkan kenaikan tambang dan juga kekalkan tarif elektrik akibat penurunan harga minyak mentah. Katanya, harga minyak mentah di pasaran dunia telah susut sebanyak 66 peratus sejak tahun lalu. Pada Julai 2014 harganya sebanyak USD110 setong manakala pada minggu terakhir Disember jatuh sebanyak USD37 setong. Jelasnya lagi, beliau menganggarkan harga petrol RON95 bagi bulan Januari 2016 sepatutnya ditetapkan di antara RM1.80 hingga RM1.85 seliter,penurunan sebanyak 10 sen hingga 15 sen dari harga Disember 2015. "Oleh yang demikian, kerajaan perlu hentikan semua kenaikan tambang yang telah diumumkan setakat ini yang melibatkan pengangkutan awam seperti LRT, komuter, ERL, bas dan lain-lain untuk mengambil kira kos bahan api yang semakin murah dan telah mengurangkan kos operasi pengendali pengangkutan awam "Dan mengekalkan rebat elektrik pada kadar 2.25 sen/kWj dan membatalkan pengurangan rebat kepada 1.52 sen/kWj yang diumumkan baru-baru ini untuk memastikan kos elektrik yang ditanggung rakyat berkadar dengan kejatuhan kos bahan api. "Oleh kerana keaadaan matawang tidak menentu, kerajaan harus mengembalikan penjimatan harga minyak lebih besar yang sepatutnya dinikmati oleh rakyat," katanya dalam satu kenyataan. Menurut Laporan "Weekly Petrol Prices Report" oleh Institut Petroleum Australia yang menyenaraikan harga RON95 seperti didagangkan di Singapura mengikut laporan Means of Platts Singapore (MOPS) bagi minggu berakhir 20 Disember 2015 ialah RM1.80 sen seliter hinggan RM1.85 seliter. Laporan harga minyak mentah Brent bagi bulan Disember 2015 yang diterjemahkan secara anggaran kepada harga MOPS RON95 bagi minggu terakhir Disember 2015 menggunakan kadar tukaran matawang semasa. Selain itu, Rafizi yang juga merangkap Ahli Parlimen Pandan, mencabar Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin untuk mengotakan janjinya yang mahu mengurangkan beban rakyat ekoran kenaikan tambang pengankutan dan tarif elektrik serta kenaikan harga barangan yang lain. "Saya juga menunggu reaksi Saudara Khairy Jamaluddin kepada cadangan ini supaya rakyat dapat menilai sama ada beliau benar-benar akan membela kebajikan rakyat dari kenaikan kos yang tidak berpatutan seperti ucapan beliau di Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini," katanya. |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan