Selasa, 22 Disember 2015

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


KERJASAMA POLITIK: AKAR UMBI PAS AKAN TOLAK – TAMRIN GHAFAR

Posted: 22 Dec 2015 06:52 PM PST

Patutlah sedia maaf, lupakan kesalahan umno.... Nah! Baca ni..Adakah ini betul?????

Posted: 22 Dec 2015 05:38 PM PST

Wak Rico Rock Kapak's photo.












Sewaktu Husam menjadi exco kewangan, segala karut marut balak yang dinikmati oleh beberapa orang tertentu dalam PAS dah tamat. Razak Abas, pembantu TGNA dan rakan balak Takiyuddin and the geng jugak kesayangan Nik Abduh....
Itulah antara sebab, Husam dimusuhi. Apakah korang masih ingat isu balak 3,500 ekar yang didedahkan oleh Husam di sidang DUN Kelantan?



Husam sudah nampak salahlaku yang bakal berlaku dan boleh membahayakan kerajaan Kelantan malah rakyat negeri itu sendiri.....banjir besar yang baru lepas itu adalah antara buktinya.

Husam membangkitkan isu ini sedangkan dia tau permohonan itu telah pun ditolak kerana Husam hanya memberi "clue" tentang ada sesuatu yang tak kena di Kelantan.

Tapi Husam dituduh pengkhianat. Dia dituduh memfitnah.Dan yang menuduh memfitnah bukan ahli sembarangan!! TMB Kelantan Nik Amar sendiri menghentam Husam.

Di bawah  ini adalah surat permohonan dari AFDB Gemilang Timber kepada Pengarah Perhutanan Negeri untuk mengeluarkan balak di Hutan Simpan Ulu Sat seluas 3,500 ekar.

Syarikat menawarkan premium sebanyak RM2,000/ekar. Cuba kira berapa jumlah yang perlu dibayar kalau permohonan ini diluluskan!...RM7 juta. Tarikh permohonan ini dibuat pada 20 Jun 2013.

Walaupun Syarikat baru didaftarkan pada 13.6.2013, Seminggu lepas tu pada 20.6.2013 dah mintak 3,500 ekar!!
Masuk akalkah, budak umur 22 tahun buka syarikat enterprise dengan hanya bayar RM60.00, tapi mintak balak 3,500 ekar dan sanggup bayar RM7 juta kepada kerajaan negeri?

Wow! Ada kabel besar rupanya budak nih!:

Lima hari kemudian, pada 6 Ogos 2013, Setiausaha Sulit Menteri Besar Kelantan pun menghantar surat arahan kepada Pengarah Hutan Negeri untuk memproses permohonan tersebut supaya dapat dibawa ke Mesyuarat EXCO secepat mungkin.
Ini lah yang cuba di sampaikan oleh Husam Musa ... Siapa punya kerja? Balak 3,500 ekar pun boleh kowtim kat syarikat yang tak ada modal..tak ada pengalaman...tak ada kepakaran?
Macam mana SS MB Kelantan boleh tulis surat macam tu? Komisyen? Proxy atau kronisma? Apa-apalah....
Pengkhianat PAS adalah penjenayah kopiah putih yang laparkan balak...dan juga pemimpin kopiah putih yang cuba melindungi penjenayah kopiah putih.

Husam Musa - Salinan surat balas dan soalan tambahan ...

https://www.facebook.com/datohusammusa/.../883558...

Sekat dana bantuan sekolah Cina, BN ketandusan strategi – Nizar

Posted: 22 Dec 2015 05:18 PM PST

Kit Siang: Cakap-cakap isu memaafkan, bila BN mahu bebaskan Anwar?

Posted: 22 Dec 2015 05:11 PM PST



anwar penjara
KUALA LUMPUR 23 DIS: Di sebalik kesediaan pihak tertentu untuk melupakan kisah lama dan memaafkan dosa politik, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang hari ini menggesa supaya Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan segera dari penjara Sungai Buloh.
"Sebelum ada cakap-cakap mengesa supaya kita melupakan kisah lama untuk memaafkan segala 'dosa' yang dilakukan kerajaan, harus ada kesediaan yang sama dan jalan penyelesaian dari pihak kerajaan untuk memperbetulkan apa yang salah," katanya.
Beliau berkata, perbuatan memaafkan dan melupakan kisah lalu memang baik di sisi agama tetapi ia haruslah diimbangi dengan pelaku berkenaan mengakui kesalahannya.
Sebelum ini, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan yang hadir pada mesyuarat agung PERKASA melahirkan kesediaan untuk memaafkan dan melupakan kesalahan UMNO.
Bagaimanapun, tindakan memaafkan itu dilihat tidak menghormati sentimen ahli akar umbi PAS terutamanya pada dekad 70-an dan 80-an yang selama ini dizalimi Kerajaan UMNO.
Ahli Parlimen Gelang Patah itu turut meminta supaya tuduhan terhadap kartunis politik, Zunar, Pensyarah Undang-undang Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Azmi, dan Ketua Perhimpunan BERSIH, Maria Chin Abdullah digugurkan.
"Saya menyokong penuh dan bersedia untuk memaafkan dan melupakan kisah lama untuk mengeratkan persahabatan, kefahaman dan toleransi.
"Tetapi, amatlah janggal untuk memaafkan dan melupakan kesalahan itu jika UMNO tidak pernah mengaku atas kesalahan yang dilakukan mereka sebelum ini," katanya.
Kit Siang turut mengesa kerajaan supaya memansuh pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), menarik semula usul Rang Undang-Undang Majlis Keselamatan Negara dan kebertanggungjawab penuh Perdana Menteri dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan derma RM2.6 billion.
"Bagaimana kita boleh memaafkan kerajaan sekiranya kita dihimpit berterusan dengan isu skandal dan ketidakadilan?" katanya.

UMNO ibarat Titanic yang bakal heret PAS tenggelam bersamanya

Posted: 22 Dec 2015 05:10 PM PST





download
KUALA LUMPUR 23 DIS: Jika diibarat dengan tragedi tenggelamnya kapal penumpang terbesar dunia suatu ketika dahulu iaitu Titanic, UMNO bakal mengheret PAS tenggelam bersama-sama parti pemerintah itu jika kedua-dua parti berkenaan bergabung, kata Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong.
Beliau berkata, skandal melibatkan kepimpinan tertinggi parti Melayu terbesar itu dan isu kejatuhan ringgit serta ekonomi yang tidak menentu akan menjadi punca kejatuhan dua parti berkenaan.
"Dengan kejatuhan nilai ringgit, harga minyak, harga minyak kelapa sawit dan skandal melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kemarahan kebanyakan rakyat akan meletus.
"'Titanic' bernama UMNO akan melanggar aisberg, dan membawa 'penumpangnya' iaitu PAS karam bersama-samanya," katanya dan menambah bahkan ahli kedua-dua parti itu tahu bahana yang akan menimpa mereka.
Chin Tong memberi analogi Titanic kepada UMNO dan menganggap PAS sebagai penumpangnya serta karam disebabkan skandal dan isu berbangkit yang gagal dijawab dan diurus dengan baik.
Tidak mampu untuk meraih sokongan rakyat kerana menzalimi rakyat dengan pelbagai bebanan, beliau berkata, UMNO terdesak mahu mendapatkan sokongan sehingga terpaksa memainkan sentimen perkauman dan agama.
"Senjata terakhir Najib dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang adalah sentimen perkauman dan agama," katanya pada kenyataan media, baru-baru ini.
Beliau menyeru kepimpinan Pakatan Harapan, malah penyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk sama-sama membina platform dalam memberi harapan, kesamarataan dan membentuk pengurusaan ekonomi baru kepada rakyat negara ini.
Sebelum ini, pada Majlis Multaqa Serantau anjuran bekas pelajar Al-Azhar, Hadi dan Najib kelihatan sedondon berbaju merah jambu seolah-olah membayangkan kerjasama yang bakal terjalin antara dua parti itu.
PAS, bagaimanapun menafikan kerjasama dengan UMNO dan menyifatkan tindakan berbaik-baik mereka itu kononnya demi penyatuan ummah.
Tidak menolak kemungkinan berlaku perpecahan kedua setelah tertubuhnya Parti Amanah Negara (AMANAH), beliau berkata, kebanyakkan penyokong PAS memilih parti Islam itu kerana mereka menentang pemerintahan UMNO yang tidak cukup 'Islam'.
"Kebanyakan penyokong PAS menyertai PAS kerana parti itu menentang UMNO, lebih-lebih lagi ketika pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998.
"Mereka tak akan terlibat dengan PAS jika PAS bekerjasama dengan UMNO di tengah-tengah ketidakyakinan rakyat dan kurangnya integriti parti itu
"Ini bukan masanya untuk bermain retorik politik, kini adalah masa yang getir untuk rakyat Malaysia keluar dari permasalahan politik yang menjerut itu," katanya.

UMNO tak boleh dimaaf, takkan ‘taubat’ selagi rakyat tak hukum

Posted: 22 Dec 2015 05:09 PM PST



Kesan-Kenaikan-Harga-Barang
SUBANG JAYA 23 DIS: Ahli Jawatankuasa DAP USJ, Nor Miswary Ramli percaya UMNO yang mendominasi pemerintahan negara sejak merdeka, tidak 'akan bertaubat' selagi rakyat tidak menghukum parti itu pada pilihan raya umum akan datang.
Beliau percaya tindakan memaafkan parti Melayu terbesar itu hanya memberi ruang kepada pemimpin dan ahli parti itu untuk mengaut kekayaan negara dengan cara salah.
"UMNO tidak akan bertaubat jika tidak dihukum. Memaafkan UMNO adalah memberi tangki oksigen baru kepada penyelam yang mahu menyelam sambil minum air," katanya
Nor Miswary berkata, UMNO tidak boleh dimaafkan atas kezaliman ke atas rakyat berikutan pengumuman kenaikan pelbagai perkhidmatan yang menyaksikan rakyat menghadapi bebanan kos sara hidup yang tinggi.
"Selepas kenaikan tambang ERL yang tidak munasabah selepas kenaikan kadar tol serta pelbagai kenaikan kemudahan perkhidmatan awam lain, tiada sesiapa pun akan memaafkan UMNO," katanya.
Beliau berkata, urus tadbir harta awam yang boros dan hutang negara yang kian banyak serta pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang membebankan, tidak boleh dikompromi.
"Hutang negara yang mencecah RM600 billion, hanya kurang 5 peratus sahaja dari kadar siling hutang negara yang dibenarkan, juga menjadi hujah paling ampuh untuk mana-mana rakyat untuk tidak berkompromi dengan UMNO.
"Mereka yang tersepit dengan situasi seperti yang dihadapi anak-anak muda pasti tidak akan menghulur salam kemaafan kepada UMNO. Mereka hanya menunggu Parlimen dibubar untuk menjatuhkan hukum," katanya.

Kedudukan Najib tidak selamat, walaupun telah perkukuh posisinya..

Posted: 22 Dec 2015 07:14 AM PST



KUALA LUMPUR: Pengarah Strategik Parti Amanah Negara (Amanah) Dr Dzulkefly Ahmad mengingatkan bahawa kedudukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak belum tentu selamat walaupun mengambil pelbagai langkah untuk mengukuhkan kedudukannya.
 
Walaupun PAU telah selesai dan Najib Tun Razak telah mengambil segala tindakan bagi mempastikan kedudukannya selamat dan tidak boleh diganggu-gugat, diri dan hati-kecilnya tahu bahawa dia belum selamat bahkan tidak akan berada dalam keadaan selamat atas pelbagai sebab.Dzulkefly-Ahmad_najib_600
Apa penghujjahan saya....
1. Persoalan besar tentang RM2.6bilion masih belum terjawab secara tuntas. Bukan sahaja dari mana sumber itu tetapi terkini berapa ramai pendermanya? Sebab apa mereka 'menderma' pada jumlah yang tidak pernah berlaku dalam sejarah tamadun manusia dan apa timbal baliknya? Beliau tidak rasa selamat kalau diketahui.
2. Bukankah Najib sendiri yang menegaskan bahawa derma kepada parti mesti dibuat ke dalam akaun parti dan secara telus? Beliau sendiri yang tegaskan dan terakam video ucapannya. Beliau takut rakyat tahu.
3.Bukankah Najib telah melanggari Seksyen 3 Akta SPRM kerana selaku penjawat awa tidak dibenarkan menerima "suapan" dalam apa jua bentuk sekali pun. Takrifan "suapan" di bawah akta ini termasuklah hadiah dan derma apabila hadiah dan derma itu diberikan untuk mendapat balasan.
4. Bukankah Najib tahu bahawa Seksyen 50 Akta SPRM menetapkan bahawa sekiranya seorang penjawat awam memberi atau menerima suapan, penjawat awam itu telah melakukan satu rasuah.
5. Bukankah Najib juga tahu bahawa Seksyen 16 Akta SPRM menetapkan bahawa seseorang yang didapati bersalah melakukan rasuah boleh dipenjarakan sehingga 20 tahun. Najib takut dihukum!
6. Bukankah Najib juga tahu bahawa BNM mengakui mengenakan penalti sebanyak RM53.7juta ke atas AmBank kerana pelbagai kesalahan Akta Perkhidmatan Kewangan (FSA) dan Perkhidmatan Kewangan Islam (IFSA) dan juga Akta Kawalan Pertukaran Asing (FEC) bersabitan akaun-akaun peribadi Najib di AmBank tentang RM2.6bilion termasuk perpindahan RM42 juta dari anak syarikat SRC International, sebuah syarikat milik Kementerian Kewangan yang juga pernah menjadi anak syarikat 1-MDB? Najib tahu cerita sebenarnya tetapi Rakyat tidak tahu! Beliau rasa tidak selamat kalau diketahui Rakyat!
7. Segala Undang-undang Drakonian seumpama POTA, POCA, SOSMA dan terkini MKN adalah untuk menyelamatkan negarakah atau seperti tuduhan sesetangah pakar undang-undang menyelamat Najib yang sekarang ini merasakan dirinya tidak selamat atau 'insecure'??
Akhirnya, meskipun Najib telah mengambil semua langkah 'mitigasi' bagi memperkukuhkan kedudukan dan posisinya..Najib merasakan dirinya 'Tidak Selamat'.....Sebabnya Najib sudah menjadi Takut kepada Bayang-banyangnya sendiri!
Saya akan menulis dalam terdekat tentang 'Mampukah Najib diselamatkan dengan 'Penyatuan Ummah'?? Sabar Menanti Ya....
Semoga AlLah Merahmati Rakyat dan Negara ini...Amin Ya Rabb!
-----------------------------------------------
Facebook
Dr. Dzulkefly Ahmad
22 Disember 2015

KEMANA PEMIMPIN PAS NAK LARI.?

Posted: 22 Dec 2015 12:27 AM PST

KEMANA PEMIMPIN PAS NAK LARI.?



Dato Husam kata, beliau akan cetak segala bukti yang dia kemukakan kepada Dewan Harian Pas dan edarkan kepada umum(Media/Orang ramai) jika pemimpin Pas(Hj Hadi) tidak mahu bertindak di atas segala bukti yang beliau berikan.
Sekarang sudah nampak tanda-tanda bahawa pemimpin Pas cuba bermain silap mata dengan menyapu segala salah laku pemimpin Pas Kelantan di bawah karpet. Tunggulah akan sampai masanya..!!

Masa itu, kemana Pemimpin PAS ingin lari apabila segala penyelewengan sudah terdedah? Apakah kamu mahu lari dari tanggungjawab setelah melakukannya? Apakah kamu fikir rakyat tidak tahu menilai?
Jangan kamu fikir bahawa kamu lulusan ugama maka kamu terlepas dari melakukan dosa.. Sudah ramai lulusan ugama akhirnya tersembam kerana harta, takhta(pangkat) mahupun wanita. 3 'TA' yang menjadi ujian seorang lelaki apatah lagi mendakwa pejuang.
"TEPUK DADA TANYA SELERA"
MAHU KEMANA?

Kameel Abuya's photo.

MUJAHID JELASKAN ISU KHIANAT

Posted: 22 Dec 2015 12:26 AM PST

SERAP GST PRABAYAR MULAI 2016, KERAJAAN PERDAYA RAKYAT?

Posted: 21 Dec 2015 10:55 PM PST

KERAJAAN DICABAR ANJURKAN DEBAT TERBUKA TPPA – WONG CHEN

Posted: 21 Dec 2015 10:54 PM PST

TAMRIN TUN GHAFAR YAKIN AHLI PAS AKAN TOLAK HADI SEPERTI AHLI UMNO TOLAK NAJIB

Posted: 21 Dec 2015 10:00 PM PST


Nampaknya sudah ada suara2 dlm PAS seperti juga dlm UMNO yg tidak senang dgn tindak tanduk pemimpin no 1 mereka. ALLAH SWT dah beri amaran jangan sesekali bersekongkol dgn mereka yg cuba menutup kejahatan mereka dgn menggunakan ayat2 Al-Quraan dan Hadith.
Mereka ini termasuk dlm kalangan munafik. Masanya akan tiba ahli2 akar umbi PAS akan tolak Hadi seperti juga ahli2 UMNO akan tolak Najib.
Najib bercakap tentang loyalty (setia pada pemimpin), Hadi bercakap tentang wala' (setia pada pemimpin). Bezanya satu guna bahasa Melayu, satu lagi guna bahasa Arab. Satu penyamun dan satu lagi bersungguh2 nak berkawan dgn penyamun.
Besar kemungkinan mereka ini menganggap ahli2 mereka (UMNO dan PAS) tak faham isi kandungan Al-Quraan dan Hadith seolah2 mereka akan terus "membabi buta" dan seperti "lembu cucuk hidung" akur apa sahaja pemimpin mereka kata.
Secara perbadi saya simpati dgn beberapa pemimpin PAS. Semoga ALLAH SWT berikan mereka kekuatan. Kita semua tidak akan terlepas menghadapi Dia Yang Maha Pencipta. Salam.
Tamrin Tun Ghafar
22 Disember 2015
Kameel Abuya's photo.

Tiada ulasan: