WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- SU AGUNG PAS SUDAH LAMA MAHU KERJASAMA – BEKAS PRESIDEN NUJ
- PENGARUH PAS KECIL DI SARAWAK, PKR KERJASAMA DENGAN AMANAH, DAP
- Persatuan Kontraktor juga nyatakan RM9.7juta untuk 'facelift' pintu gerbang tidak masuk akal.
- INI VIDEO S/U PAS CAKAP....U TURN?
SU AGUNG PAS SUDAH LAMA MAHU KERJASAMA – BEKAS PRESIDEN NUJ Posted: 21 Dec 2015 07:32 PM PST SU Agung Pas sudah lama mahu kerjasama – bekas presiden NUJBekas Presiden Kesatuan Wartawan Malaysia (NUJ), Datuk Yazid Othman mendakwa, usaha untuk merapatkan hubungan antara PAS dengan Umno sudah lama dihasratkan oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyudin Hassan. Menulis dalam facebooknya, pemimpin Umno di Kelantan itu mendakwa, perkara itu diluahkan oleh Takiyudin kepada beliau dalam pertemuan mereka di majlis Multaqa Serantau Alumni Az Azhar Malaysia 18 Disember lalu yang turut dihadiri oleh kedua-duanya. "Alhamdulillah to' apa yang kita hasratkan sebelum ini berhasil". Saya menjawabnya "Syukurlah to' Insyaallah…semOga ia berjalan dengan baik seperti yang kita cita-citakan,"tulis Yazid dalam Facebooknya 19 Disember lepas yang kini menjadi viral di kalangan pengguna laman sosial. Menurut Yazid, setelah multaqa berakhir tengahari 18 Disember dimana para peserta mula bersurai, Setiausaha Agung PAS Pusat itu yang merupakan teman seperjuangan beliau di kampus Universiti Malaya dahulu menarik tangan beliau ketepi dan membisikkan kenyataan di atas. "Demikian catatan cebisan rakaman sejarah di sebalik peristiwa pertemuan kedua-dua pemimpin utama bangsa Melayu dan Islam Datuk Seri Najib dan Haji Hadi, dalam meniti perpaduan antara kedua-dua pihak PAS dan Umno demi kelangsungan bangsa dan agama kita Islam yang maha suci," tulis Yazid. Najib ketika berucap merasmikan multaqa itu sekali lagi menghulurkan tangan kepada PAS untuk bekerjasama. Jika ucapan di perhimpunan agung Umno dibuat tanpa kehadiran pemimpin PAS itu, ucapan di multaqa ini dibuat di depan Abdul Hadi sendiri. Najib ketika berucap memetik surah Al-Quran dalam ucapannya berkata, umat Islam wajib menghormati ikatan perpaduan dan perlu berpegang kepada dasar perpaduan. "Kita berpegang bukan kepada tali lain, tali manusia ataupun tali biasa, tetapi tali Allah. Ditegaskan (dalam ayat Al-Quran), jangan kamu berpecah belah, maknanya melarang kita dari berpecah belah. "Saya mewakili kabilah saya, dan tuan guru (Hadi) mewakili kabilahnya. Mari kita berpegang kepada pengertian ayat ini. "Jangan kita jadi macam negara Arab. InsyaAllah Malaysia tidak akan terjebak," katanya sambil disambut tepukan gemuruh hadirin. Ketika bercakap kepada media semalam, Takiyudin berkata, PAS sedia memaaf dan melupakan kesilapan Umno sebelum ini. Namun selepas ia disiarkan oleh kebanyakan media termasuk The Malaysian Insider (TMI), Takiyudin menafikan laporan TMI itu. Ekoran itu, TMI menyiarkan transkrip kenyataan media yang dibuat ahli parlimen Kota Bharu itu kepada media. |
PENGARUH PAS KECIL DI SARAWAK, PKR KERJASAMA DENGAN AMANAH, DAP Posted: 21 Dec 2015 07:30 PM PST Pengaruh Pas kecil di Sarawak, PKR kerjasa dengan Amanah, DAPPAS mempunyai kurang pengaruh di Sarawak bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, kata Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Dr Wan Azizah berkata demikian ketika mengulas mengenai sama ada PKR akan bekerjasama dengan Parti Amanah Negara (Amanah) dan PAS bagi PRN Sarawak yang dijangka awal tahun depan. "Di Sarawak PAS kurang presence (pengaruh). PAS tak ada kerusi di sana. Presence PAS di Sabah dan Sarawak tidak sama (seperti) di Semenanjung (Malaysia)," katanya pada sidang media Mesyuarat Pimpinan Tertinggi Pakatan Harapan di Petaling Jaya, Selangor hari ini. Sebelum ini media melaporkan, Presiden Amanah Mohamad Sabu bercadang untuk meletakkan calon dalam pilihan raya Sarawak yang dijangka berlangsung tahun depan.Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, perkara itu merupakan tumpuan utama partinya dalam masa terdekat ini. Semengtara itu, Naib Presiden PKR, Chua Tian Chang, yang lebih dikenali sebagai Tian Chua, dilaporkan berkata bahawa parti itu akan bekerjasama dengan kedua-dua AMANAH dan PAS di kerusi majoriti pengundi Melayu dan Islam di negeri itu. "Di Sarawak, PKR dan DAP akan memainkan peranan yang penting. PKR akan bekerjasama dengan AMANAH dan PAS untuk membantu kami di kawasan Melayu dan majoriti Islam […] "Kami alu-alukan sokongan daripada kedua-dua pihak dan saya yakin bahawa kita tidak akan menghadapi sebarang masalah," katanya yang dipetik sebuah portal Selasa minggu lalu. Tempoh Dewan Undangan Negeri Sarawak semasa akan berakhir pada Jun tahun depan. |
Persatuan Kontraktor juga nyatakan RM9.7juta untuk 'facelift' pintu gerbang tidak masuk akal. Posted: 21 Dec 2015 06:57 PM PST 21 Disember 2015 1. sudah beberapa minggu sejak saya bangkitkan projek (facelift) pintu gerbang RM9.7 juta telah menarik perhatian orang ramai. Terbaru ia bukan sahaja menjadi bualan orang politik semata mata tetapi mengundang respon 2 persatuan kontraktor turut menyatakan jumlah tersebut 'tidak masuk akal'. 2. Setiausaha Agong Persatuan Kontraktor India Malaysia, K Kanthasamy dilaporkan media menyatakan jumlah tersebut membazir, katanya dengan jumlah RM9.7 juta tersebut boleh dibuat sebuah sekolah rendah pun. Jamaluddin Non , Penolong Setiausaha Agong Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia juga menyatakan ia jumlah yang melampau. 3. Azmin melalui kuncu - kuncunya sejak semalam menyebarkan masej khususnya melalui aplikasi whats app menyatakan bahawa projek tersebut diluluskan oleh Khalid Ibrahim. Ia kehendak Sultan maka terpaksa diteruskan dan jangan khuatir dengan jumlah nilai projek kerana kerajaan negeri hanya mendahulukan wang kerajaan dan ia akan diganti kemudian dengan wang kutipan derma dimana nama penderma akan ditulis di tiang pintu gerbang tersebut. Proses pilih kontraktor pula diletakkan kepada JKR. 4. Respon saya mudah iaunya bukan siapa lulus, adakah kalau bukan Azmin lulus maka ia jadi halal ? Pertikaian saya bukan pasal siapa lulus tetapi jumlah yang membazir dan tolonglah jangan buat perangai Umno guna nama Istana untuk berselindung. Jawapan derma lebih jenaka kerana nampaknya bukan sahaja Najib bermain dengan terma derma untuk mengaburi perlakuan , kini ada pemimpin antara kita juga berperangai sama. Siapa dapat dan proses tender juga belum lagi ditimbulkan, peringkat sekarang ialah nilai RM9.7 juta adakah wajar untuk facelift pintu gerbang, katanya denggan lampu dan siap sedikit pokok bunga pun harganya tidak wajar. Dalam perihal menggunakan nama Sultan sebagai jawapan saya cabar pihak berkenaan membuat kenyataan rasmi terbuka agar mudah dijawab. Keratan Whats App kuncu Azmin dalam mengait Sultan ini masih saya simpan. 5. Sejak ditimbulkan isu ini saya turut mendapat rungutan kepada pengguna lebuhraya tersebut khususnya pengguna bermotorsikal, katanya malam kawasan tersebut gelap dan tidak ada pengawal pun. Tanda keselamatan kurang. Mula timbul pertanyaan, kontraktor dapat RM9.7 juta untuk facelift tak kanlah kerja lebih kurang kecualilah ia disub berlapis lapis sehingga yangs ebenar membuat kerja dapat sikit sahaja. Isu keselamatan projek RM9.7 juta ini sewajar turut menarik perhatian ramai kerana semalam sebagai bukti ia tampa kawalan apabila ada mayat seorang lelaki dijumpai tergantung. Akhirnya isu ini bukan isu individu tetapi isu pentadbiran. Bukan siapa lakukan tetapi apa yang dilakukan. Tidak kiralah Khalid atau Azmin, Bn atau bukan Bn....jika ia ada yang tidak kena wajar kita suarakan, jangan sesekali ada sikap kalau 'orang kita' jangan kita hebahkan. Sekian dan terima kasih. che'GuBard |
INI VIDEO S/U PAS CAKAP....U TURN? Posted: 20 Dec 2015 09:32 PM PST |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan