WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- Najib boleh pilih, nak jatuh terletak atau jatuh terhempas
- KENYATAAN MEDIA CIKGU BARD
- NAJIB JADI ‘TOK LEBAI’ PETIK AYAT QURAN TAWAR KERJASAMA PAS – UMNO
- Rakyat Jangan Mudah Terpedaya Politik Kaumiyah Umno
- SEDONDON.....DI PENTAS.
- CAWANGAN UMNO SELANGOR PULA DESAK NAJIB BERUNDUR
- TANGGUH LAPORAN AUDIT 1MDB TIMBULKAN PELBAGAI SPEKULASI
Najib boleh pilih, nak jatuh terletak atau jatuh terhempas Posted: 17 Dec 2015 07:29 PM PST ASPAN ALIASApa yang dikatakan oleh Dr Mahathir yang UMNO itu sudah terbalik semakin nampak kebenarannya. Kita lihat sahaja telatah Presidennya dalam Perhimpunan Agung yang baru selesai . Beliau menuduh Dr Mahathir telah memecah-belahkan UMNO sedangkan isu yang berbangkit adalah isu yang beliau lakukan sendiri. Persoalan tidak satu pun dijawab tetapi beliau mengakui dirinya di pihak yang benar. Beliau tidak berani menyaman WSJ kerana berita tentang skandal 1MDB dan yang berkaitan. Tidak terasa malu pula apabila tidak berani untuk menyaman New York Times atau Sarawak Report yang melaporkan semua tindakan Najib yang tidak betul pada pandangan akhbar tersebut. Tuduhan tidak berjawab tetapi yang bersalah Dr Mahathir pula. Kenapa tidak berani menyaman akhbar-akhbar tersebut jika beliau berada di pihak yang benar dan kenapa menyalahkan Dr Mahathir pula. Dr Mahathir bukan keseorangan, malahan jutaan rakyat Malaysia menunggu-nunggu bila Najib akan bersara. Hishammudin berkata Muhyiddin sepatutnya meminta maaf kerana menyentuh isu 1MDB. Yang belum menunjukkan dan membuktikan ia tidak bersalah ialah Najib sendiri. Selagi tiada jawapan dari Najib tentang isu 1MDB dan derma politik sebanyak RM2.6 billion itu, Najib tetap tidak dapat lari dari persepsi buruk yang beliau menerima wang sebanyak itu secara haram dan sekali gus tidak melayakkan beliau secara etikanya menjadi pemimpin negara. Sebuah negara berdaulat tidak boleh dipimpin oleh pemimpin yang telah terjejas imejnya di mata masyarakat dunia. Pendeknya, yang melakukan kesalahan meminta yang menegur untuk memohon maaf pula. UMNO sudah terbalik. Yang salah dikatakan benar, dan yang menegur dan tidak terlibat dengan isu kesalahan itu diminta memohon maaf pula atas sebab memecah-belahkan parti. Yang menyebabkan isu ini menjadi besar ialah kerana Najib mahu beliau terlepas tanpa diambil tindakan di atas segala kesalahan beliau. Maka diterbalikkan isu dengan meminta Muhyiddin memohon maaf pula. Sesungguhnya ketakutan Najib kepada rakyat sudah jelas dengan cara beliau mengupas isu yang besar terhadap beliau. Beliau seorang yang besar dan beliau takut kepada orang ramai kerana beliau tahu apa kesalahan beliau. Najib ibarat Gajah. Gajah adalah haiwan yang sangat besar, belalainya pun besar dan panjang tetapi ia takut dengan semut. Najib bertindak menggertak mereka yang tidak bersalah. Najib mahu bertindak terhadap mereka yang sayangkan parti dan negaranya dan mereka yang tidak dituduh seperti tuduhan yang beliau hadapi. Najib jelas sudah tertutup hijabnya untuk melihat kebenaran dan beliau sedang bergelumang dengan elemen racun hidup yang berbisa ia itu 'Greed. Anger. And Foolishness'. Najib sudah hanyut dalam ketidak-jujurannya dan juak-juaknya sedang melakukan apa sahaja untuk menegakkan benang basah Najib. Apa pun selagi beliau tidak menjawab dengan jelas tentang isu 1MDB, lebih-lebih lagi tenat isu RM2.6 biilion itu, Najib tidak terlepas dari menghadapi hukuman rakyat kali ini. Najib boleh pilih untuk terjun seorang diri atau membawa UMNO itu terjun bersamanya ke lembah yang sangat dalam itu. |
Posted: 17 Dec 2015 07:15 PM PST Kenyataan Media 16 Disember 2015 AZMIN ALI MEMALUKAN : DARI ISU ZAKAT KE DEIG, PEMBAZIRAN MELAMPAU DAN KORUPSI TERANCANG ? 1. Sehingga kini YAB Datuk Seri Azmin Ali, Menteri Besar Selangor yang juga Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) masih gagal menjelaskan isu agihan Zakat (jutaan RM) dari Selangor yang diagih ke seluruh negaran (Ramadhan lepas) bukan saja menggunakan jentera parti tetapi ia diagih secara terpilih melalui pemimpin parti penyokongnya sahaja. Langsung tiada makenisma bagi memantau ketirisan dan kelayakan agihan serta penerimanya. Ini jelas satu pengkhianatan kepada Institusi Baitulmal Selangor itu sendiri. (rujuk lampiran 1) 2. Sehingga kini Azmin Ali telah memberikan reputasi yang buruk kepada PKR apabila berbolak balik dalam isu DEIG apabila konon mengatakan ia belum beroperasi tetapi sebaliknya amat memalukan apabila ADUN Umno Selangor berjaya buktikan penipuan tersebut apabila DEIG mendapat pinjaman bank dalam jumlah besar ketika tempoh yang Azmin sebut DEIG belum beroperasi. Mujur DEIG dibangkitkan oleh teman – teman ADUN dalam sidang DUN Selangor jika tidak skandal DEIG ini akan lebih parah dari 1MDB. (rujuk lampiran 2) 3. Terbaru muncul pula isu dimana peruntukan sebesar RM9.7juta dibazirkan hanya untuk membaiki (cat/facelift) pintu gerbang. Projek (cat/facelift) Gerbang Kota Darul Ehsan dengan nilai sedemikian amat tidak masuk akal dan membazir. Bila ditanya oleh media, Azmin hanya menjawab projek tersebut tidak boleh dipertikai kerana telah diluluskan melalui sidang dewan. Soalnya GST (contohnya) diluluskan dalam sidang dewan juga, adakah Azmin ingin mengatakan GST (oleh kerajaan pusat Bn) sesuatu yang wajar dan tidak boleh dipersoal kerana diluluskan melalui sidang dewan. RUU MKN yang baru diluluskan, adakah Azmin ingin menyatakan ia tidak wajar ditentang walaupun berpotensi melahirkan diktator hanya kerana diluluskan melalui dewan ? (rujuk lampiran 3) 4. Tindakan RM9.7juta hanya untuk (cat/facelift) pintu gerbang sesuatu yang sangat membazir. Bayangkan jika disalurkan melalui dana usahawan atau pendidikan, berapa ramai anak miskin mampu lahir sebagai usahawan atau mendapat pendidikan percuma. Bila saya bangkitkan perkara ini beberapa pemimpin PKR Selangor cuba menjelaskan kononya projek ini diluluskan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim, ini amat melucukan kerana mereka perlu sedar yang saya pertikaikan bukan Azmin selaku individu tetapi pembaziran tersebut. Ada pula yang lebih lucu cuba mengheret nama Sultan kononya projek itu bagi memenuhi kehendak Sultan. Tindakan ini memalukan parti dan memberikan modal buat musuh. Itu baru persoalan nilai projek belum diselongkar bagaimana proses tender dilakukan. 5. Terbaru saya telah dibekalkan maklumat wujud, kawasan hutan simpan yang mempunyai kayu balak bernilai tinggi telah diserahkan dengan cara meragukan (tanpa proses tender yang betul). Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah diluluskan bagi projek jajaran talian penghantaran elektrik yang melalui kawasan hutan di bawah Jabatan Perhutanan Negeri Selangor. Iaitu melibatkan talian penghantaran Sungai Terentang, Rawang dan Mahkota Cheras. Dilaporkan Jabatan Perhutanan Selangor telah meletakkan RM8 juta dan RM13 juta sebagai nilai bayaran bagi kayu balak yang dibersihkan bagi laluan 2 projek tersebut. Berdasarkan beberapa syarikat perkayuan menyatakan nilai kayu balak selalunya 4 kali dari nilai bayaran yang dikenakan oleh Jabatan Perhutanan. Maka jika ini dikira nilai kayu 2 kawasan projek ini tidak kurang dari RM45juta. 6. RM45 juta nilai projek (kawasan balak hutan simpan) telah diserahkan kepada dua syarikat tanpa proses tender ? Hari ini saya akan menghantar surat (serahan pos laju) kepada Pengarah Jabatan Hutan Selangor mengenai perkara ini. Beliau bertanggung jawab penuh atas perkara ini. Tanpa tender ia adalah salah dan dia harus dihukum. Atau beliau perlu tampil mengesahkan maklumat mengenai 'arahan khas' yang dia dapat untuk memberikan kepada dua syarikat yang beralamat di Melaka dan Johor ini. Sangat pelik antara syarikat yang mendapat kawasan pembalakan ini ialah sebuah syarikat yang perniagaannya dalam bidang 'Beuty and Spa'. Selain dari Pengarah Jabatan Perhutanan Selangor wajar memberikan penjelasan, pihak Pejabat Menteri Besar Selangor juga harus tampil kerana maklumat yang kami perolehi cukup untuk mengaitkan kamu dalam perkara ini. 7. Untuk ini kami menanti jawapan dan respon dalam masa 14 hari dari Pejabat Menteri Besar dan Jabatan Perhutanan Selangor dalam perkara ini. che'GuBard Anggota seumur hidup Parti Keadilan Rakyat -- |
NAJIB JADI ‘TOK LEBAI’ PETIK AYAT QURAN TAWAR KERJASAMA PAS – UMNO Posted: 17 Dec 2015 06:08 PM PST Najib jadi 'Tok Lebai' petik ayat Quran tawar kerjasama Pas – UmnoPerdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah sekali lagi menawarkan hubungan kerjasama Umno bagi membentuk hubungan rapat dengan PAS dengan memetik ayat al-Quran tentang kepentingan perpaduan. Najib ketika berucap sebelum merasmikan Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015 hari ini berkata Islam menggalakkan perpaduan dan mengingatkan bahaya terlibat dalam perbalahan. "Islam menganjurkan betapa pentingnya perpaduan dan kesatuan ummah dan sebaliknya, betapa bahayanya apabila kita umat Islam terjebak dalam kancah perbalahan. "Al-Quran dengan jelas menggariskan prinsip-prinsip perpaduan. Seperti ayat 103 surah ali-Imran menyatakan kita harus berpegang teguh kepada tali Allah," katanya. Najib berkata, ini bermakna bahawa ia bukan satu pilihan tetapi adalah wajib untuk semua umat Islam untuk mematuhinya. "Berpegang kepada tali Allah, bukan berpegang kepada tali lain, tali manusia ataupun tali-tali biasa tetapi tali Allah. "Janganlah kamu semua berpecah-belah, maknanya melarang kita daripada berpecah-belah "Oleh itu, saya yang mewakili kabilah saya (Umno) dan Tuan Guru (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) yang mewakili kabilahnya, mari kita berpegang kepada ayat ini. "Ini bukan pilihan, ini wajib. Bila mana Allah perintah, hukumnya adalah wajib," katanya. Minggu lalu, Najib juga menghulurkan salam perdamaian kepada PAS semasa Perhimpunan Agung Umno. Sementara itu, Najib juga melahirkan keyakinannya bahawa Malaysia tidak akan menjadi seperti negara-negara di Asia Barat, di mana umat Islam berperang sesama mereka. "Insya Allah, Malaysia tidak akan terjebak seperti negara-negara itu, sungguh pun Islam mewajibkan perpaduan, serta sikap saling tolong menolong ataupun ta'awwun. "Islam juga meraikan perbezaan pandangan, apatah lagi jika berkait dengan urusan dunia. Perpaduan itu sangat penting untuk umat, persoalan yang lebih kritikal adalah bagaimana untuk membina perpaduan itu," katanya. |
Rakyat Jangan Mudah Terpedaya Politik Kaumiyah Umno Posted: 17 Dec 2015 12:56 AM PST Oleh Tamrin Tun Ghafar Saya amat setuju dng pendapat Zunar. Harap orang Melayu tidak terpengaruh dgn mainan politik perkauman UMNO ini. Sebenarnya UMNO sedang kepanasan. Jika UMNO nak selamat buang Najib sekarang tapi bukan mudah kerana kebanyakan Ketua2 Bahagian telah kena sogok begitu juga MP2 UMNO. "Cash is King", itu tindakan perompak. Jangan lupa Marcos, Soeharto ,Saddam dan Ghadaffi begitu juga Shah of Iran ( King of Kings) akhirnya tumbang juga. Percayalah janji ALLAH SWT kpd pemimpin2 dan mereka yg bersekongkol / bersubahat dgn nya yg bolot harta rakyat, zalim dan menipu rakyat. Percayalah Najib dan kuncu2nya juga akan tersungkur seperti mereka yg saya sebutkan. Kita semua tidak boleh lari dari mati. Dunia ini hanya sementara sahaja. BERTAUBATlah. |
Posted: 17 Dec 2015 12:40 AM PST KUALA LUMPUR - Sedondon! Itulah yang boleh dikatakan tatkala Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang apabila mengenakan pakaian sama warna tatkala menghadiri Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015 hari ini. Hadir mengenakan pakaian Baju Melayu, kedua-duanya segak mengenakan busana itu yang kedua-duanya berwarna peach. Kehadiran kedua-dua 'orang penting itu' ke dalam Ballroom Hotel Grand Seasons hari ini di sambut dengan alunan selawat. Najib dijangka merasmikan majlis itu, sementara Hadi bakal memberi ucaptama dalam program itu. Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar berlangsung tiga hari, yang mana menyaksikan pertemuan antara ulama Malaysia dan Al-Azhar bagi membincangkan mengenai kemaslahatan umat Islam kini. ARTIKEL BERKAITAN |
CAWANGAN UMNO SELANGOR PULA DESAK NAJIB BERUNDUR Posted: 17 Dec 2015 12:25 AM PST Cawangan Umno Selangor pula desak Najib berundurWalaupun Perhimpunan Agung Umno ke-69 telah berakhir, namun masih ada lagi ketua cawangan yang mendesak agar presiden parti Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan. Kali ini, ia dilakukan oleh lima cawangan Umno di bahagian Gombak iaitu cawangan Delima Lembah Keramat, Kampung Kemensah Hilir, Jelatek Permai, Lakeview Batu Caves dan Taman Melawati. Bagaimanapun ketika sidang media di Taman Melawati berlangsung, terdapat seorang individu yang dilihat cuba "mengganggu" program berkenaan. Namun, tiada sebarang kekecohan berlaku memandangkan orang ramai yang hadir pada sidang media tersebut menenangkan individu berkenaan. Lelaki yang mengenakan baju merah itu dilihat tiba ke lokasi sebelum sidang media bermula. Selepas ditenangkan orang ramai yang juga ahli Umno, lelaki itu kemudian hanya berdiri untuk mendengar sidang media dan kemudian beransur pergi dari situ. Sementara itu, menurut jurucakap ketua cawangan tersebut, Hamdan Abd Rahman, pihaknya telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan yang ada sekarang. Katanya, apa yang lebih penting sekarang ialah parti bukannya individu yang ada di dalam parti tersebut. "Kita perlu mengamalkan budaya memetingkan parti lebih daripada individu (dalam parti). "Dalam keadaan sekarang parti lebih penting daripada presiden parti," katanya dalam sidang media malam ini. Selain itu beliau turut mempersoalkan penyata kewangan yang tidak dibentangkan semasa Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini. "Perhimpunan kali ini bendahari tudak membentangkan penyata kewangan tahunan seperti tahun-tahun sebelumnya. "Apa yang hendak disorokkan?" soalnya. Sebelum ini, seramai 13 ketua cawangan Umno sekitar kawasan Telok Kemang mendesak Najib berbuat demikian. Malah, sekumpulan pemimpin akar umbi Umno yang mendakwa mewakili 20 cawangan Umno di Sepang turut menggesa perkara yang sama. Ia turut diikuti oleh cawangan Umno dari Johor Bharu dan Puchong. |
TANGGUH LAPORAN AUDIT 1MDB TIMBULKAN PELBAGAI SPEKULASI Posted: 17 Dec 2015 12:23 AM PST Tangguh laporan audit 1MDB timbulkan pelbagai spekulasiLaporan penuh yang dinanti-nantikan daripada ketua audit negara mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ditangguhkan tetapi itu mungkin bukan aspek paling penting dalam siasatan ke atas syarikat sarat hutang itu. Ahli politik dan aktivis anti rasuah yang sudah lama mengikuti isu itu berkata laporan itu hanya sekadar mengikut skop diberikan kepada ketua audit kerana ini akan menentukan sama ada beliau boleh mendedahkan betapa teruknya skandal itu. Satu lagi yang penting ialah adakah laporan itu akan didedahkan kepada umum, kata Cynthia Gabriel dari Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4). Ini akan membuktikan sejauh mana kejujuran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak apabila beliau berkata tindakan akan diambil jika sememangnya ada salah laku dalam syarikat pelaburan negara itu. "Saya bimbang jika kita tidak berhati-hati, Laporan Ketua Audit Negara boleh menjadi pelindung kepada isu 1MDB dan akan digunakan kerajaan untuk berselindung di sebaliknya," kata Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli. "Ini kerana bidang tugas yang diberikan kepada Jabatan Audit Negara yang saya khuatir adalah terhad dan tidak terperinci seperti sepatutnya," kata Rafizi, pengkritik utama 1MDB. Laporan Bernama semalam memetik Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Datuk Hasan Arifin sebagai mengesahkan laporan ketua audit negara ditangguhkan. Ia sepatutnya dibentangkan kepada PAC hari ini. Siasatan 1MDB oleh agensi lain menimbulkan syak wasangka kerana penglibatan Najib dalam syarikat itu sebagai ketua lembaga penasihatnya. Putrajaya membubarkan satu pasukan petugas khas pelbagai agensi yang terdiri daripada polis, Jabatan Peguam Negara, Bank Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 5 Ogos lepas. Pengkritik mendakwa pentadbiran Najib campur tangan dalam siasatan 1MDB walaupun kerajaan berkata agensi itu boleh terus menjalankan siasatan mereka sendiri. Polis berkata, mereka hanya akan menyelesaikan siasatan mereka ke atas 1MDB selepas laporan audit negara lengkap. Laporan ketua audit itu ditunggu-tunggu kerana kedua-dua kerajaan dan pembangkang menghormati jabatan itu dan kredibilitinya. Laporan itu kunci kepada apa yang berlaku dalam 1MDB dan pengkritik berharap ia akan menerangkan bagaimana syarikat itu mengumpul hutang RM42 bilion walaupun baru 6 tahun beroperasi, kata Gabriel. "Pelbagai tuduhan dibuat mengenai 1MDB dan di peringkat antarabangsa, terdapat siasatan terhadap dakwaan pengubahan wang haram. Inilah sebabnya mengapa Laporan Ketua Audit Negara perlu didedahkan kepada umum." Kelewatan laporan itu, katanya, perlu juga diperjelaskan kerana ia bermakna kebenaran tentang apa yang berlaku akan makin jauh daripada pengetahuan umum. Tetapi berapa banyak fakta akan dinyatakan dalam laporan itu akan bergantung kepada terma rujukan atau skop yang perlu dipatuhi jabatan itu, kata Rafizi. Malangnya, terma rujukannya tidak pernah didedahkan kepada umum, kata bekas juruaudit itu, sekali gus mencetuskan persoalan sejauh mana skandal itu akan didedahkan. Yang terbaik, katanya, jika ketua audit dapat melakukan audit forensik yang akan mendedahkan jejak wang syarikat itu, seperti siapa yang memberi kebenaran, ke akaun mana wang itu disalurkan dan adakah ia dibelanjakan mengikut prosedur. Audit sedemikian akan menjawab beberapa soalan termasuk mengenai peranan ahli perniagaan kontroversi Low Teck Jho dan sama ada wang AS$700 juta (RM2.6 bilion) yang masuk ke dalam akaun Najib itu sebenarnya daripada 1MDB atau penderma Timur Tengah. "Kita harus ingat dakwaan AS$700 juta itu kali pertama dibuat bersumberkan maklumat yang bocor daripada pasukan petugas 1MDB," kata Rafizi. Pada 2 Julai, The Wall Street Journal melaporkan penyiasat Malaysia menemui bukti AS$700 juta disalurkan dari bank dan syarikat berkaitan dengan 1MDB ke dalam akaun peribadi Najib. Najib menafikannya dan pada 3 Ogos, SPRM menyatakan wang berkenaan daripada penderma Timur Tengah yang tidak dikenal pasti, bukan syarikat berkaitan 1MDB. Rafizi bimbang Jabatan Audit Negara tidak akan diberi mandat melaksanakan audit forensik yang boleh menjelaskan kes ini. "Saya yakin jika anda memberikan mereka mandat penuh, mereka akan menyelongkar isu ini hingga ke lubang cacing. "Tetapi orang ramai tidak boleh terlalu menaruh harapan terhadap laporan itu dan menyalahkan ketua audit jika beliau tidak menyelongkar isu ini sedalam-dalamnya kerana beliau tidak diberi terma rujukan untuk berbuat demikian." |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan