WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- VIDEO MAMAT Umno NGAMUK ...Sidang media UMNO cawangan Ulu Kelang diganggu ahli UMNO
- ELAK KELANTAN JATUH KE TANGAN BN, AMANAH SEDIA GANTIKAN PAS
- "Nak Heret Kami Ke Mahkamah, Silakan!" - Hanipa
- CIKGU BARD BUAT PENDEDAHAN DAN LAPORAN RASUAH SKANDAL BALAK KELANTAN
VIDEO MAMAT Umno NGAMUK ...Sidang media UMNO cawangan Ulu Kelang diganggu ahli UMNO Posted: 16 Dec 2015 07:14 PM PST |
ELAK KELANTAN JATUH KE TANGAN BN, AMANAH SEDIA GANTIKAN PAS Posted: 16 Dec 2015 02:11 AM PST Elak Kelantan jatuh ke tangan BN, Amanah sedia gantikan PasParti Amanah Negara (Amanah) sedia untuk mengambil alih kerajaan negeri Kelantan daripada PAS bagi mengelakkan ia jatuh ke tangan Barisan Nasional (BN), kata Mohamad Sabu yang mendakwa wujud ramai penyokong dalam diam kepada parti serpihan itu. Presiden Amanah itu yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, kerajaan di negeri pantai timur Semenanjung itu mempunyai paling ramai golongan 'harumanis' di kalangan rakyatnya. Istilah itu diambil sempena sejenis buah mangga, digunakan bagi menggambarkan ahli PAS yang menyokong Amanah, yang ditubuhkan selepas puak progresif meninggalkan parti itu selepas tewas dalam pemilihan parti pada Jun lalu. Mangga harumanis hijau di luar tetapi oren di dalam, mencerminkan warna rasmi PAS, hijau, dan Amanah, oren. Bercakap dalam satu wawancara dengan The Malaysian Insider, Mat Sabu menyeru mereka yang mengundi PAS dalam pilihan raya lalu di Kelantan, supaya tidak pergi kepada Barisan Nasional, tetapi memilih Amanah dalam pilihan raya umum akan datang, jika marah kepada PAS sekalipun. "Saya diberitahu, berdasarkan kajian yang dibuat, PAS akan kalah dalam pilihan raya umum akan datang di Kelantan kerana pelbagai sebab. "Generasi kami dulu antara yang memenangkan PAS di Kelantan. Kami tidak akan izinkan ia jatuh ke tangan BN kembali. "Kalau nak tolak PAS pun, pergilah kepada Amanah, jangan bersama Umno," pinta bekas timbalan presiden PAS itu. Kerajaan Kelantan dalam sejarahnya, hampir sepanjang masa diterajui PAS, kecuali untuk 1 tempoh pada 1980-an apabila ia diperintah BN. Pilihan raya umum seterusnya dijadualkan pada 2018. Bagaimanapun, pada masa ini, jumlah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kelantan yang menyokong Amanah tidak mencukupi untuk membantu parti baharu itu menang di negeri itu dan membentuk kerajaan. Sejak Amanah ditubuhkan beberapa bulan lalu, timbul cakap-cakap yang ia mendapat sokongan kira-kira 10 hingga 15 Adun negeri itu. PAS memiliki 32 daripada sejumlah 45 kerusi DUN di Kelantan. Selebihnya dipegang BN (12) dan PKR (1). Sehingga hari ini, tiada seorang pun wakil rakyat yang secara terbuka menyuarakan sokongan mereka kepada Amanah. Penghalang utama mereka berbuat demikian ialah 'baiah talaq', iaitu aku janji yang isteri mereka akan tercerai secara automatik jika meninggalkan PAS. Namun 2 ahli Parlimen PAS di Kelantan sudah pun meninggalkan parti itu. Mereka ialah wakil rakyat Kuala Krai Dr Mohamad Hatta Ramli yang menyertai Amanah, dan wakil rakyat Tumpat, Datuk Kamarudin Jaffar yang menyertai PKR. Dalam konvensyennya baru-baru ini, BN yakin dapat merampas Kelantan daripada PAS pada pilihan raya umum akan datang (PRU14), sekali gus menebus maruah kekalahan parti itu pada 1990. Keyakinan tersebut disuarakan Pengerusi BN negeri Datuk Seri Mustapa Mohamed dengan mengambil kira faktor ketiadaan bekas menteri besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan kekecohan dalam PAS dengan kewujudan Amanah. PAS bersendirian di bangku pembangkang kerana ia bukan sebahagian gabungan baharu Pakatan Harapan. Di bawah pimpinan Nik Aziz, yang meninggal dunia 12 Februari lalu selepas mengidap barah, PAS merampas Kelantan daripada Umno pada PRU 1990 ketika ia bergabung dengan Semangat 46, di bawah Tengku Razaleigh Hamzah. Pakatan itu berjaya memenangi kesemua kerusi yang dipertandingkan di negeri itu. Nik Aziz, yang menyokong kerjasama dengan parti lain di bawah Pakatan Rakyat dan menjadi penyuluh kepada PAS dalam banyak perkara kontroversi sebelum ini, meninggalkan kesan besar kepada parti itu, bukan saja di Kelantan bahkan seluruh negara. |
"Nak Heret Kami Ke Mahkamah, Silakan!" - Hanipa Posted: 16 Dec 2015 12:55 AM PST Amanah tubuh pasukan peguam, sedia jumpa PAS di mahkamah Parti Amanah Negara (Amanah) sedia berdepan dengan PAS yang mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap presiden Amanah Mohamad Sabu yang mendakwa PAS diresapi pemikiran ala kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis). Ketua Biro Undang-undang Amanah Mohamed Hanipa Maidin berkata dalam satu kenyataan hari ini, satu pasukan peguam sudah ditubuhkan bagi mempertahankan Mohamad, lebih dikenali sebagai Mat Sabu, di mahkamah. "Amanah menghormati hak sesiapa sahaja, termasuklah PAS, bagi menyaman Amanah atau mana-mana pemimpinnya. "Namun kami ingin mengingatkan PAS, yang Amanah tidak pernah melayan PAS sebagai seteru politiknya," kata ahli Parlimen Sepang itu. Menurut Hanipa, Amanah juga tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap PAS dan pemimpinnya yang didakwanya mengeluarkan kenyataan liar tidak berasas dan berbaur fitnah terhadap parti baharu itu. "Amanah berhak memfailkan saman balas sekiranya PAS masih mahu bertarung di mahkamah." PAS Pulau Pinang semalam dilaporkan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Mat Sabu susulan keengganan beliau menarik balik dakwaan kononnya parti Islam itu diresapi fahaman militan Isis. Berita Harian melaporkan, setiausaha PAS Pulau Pinang Iszuree Ibrahim berkata tindakan terhadap Mat Sabu akan dilakukan sejurus perbincangan mengenainya dimuktamadkan di peringkat pusat. Katanya, perbincangan di peringkat pusat akan membabitkan beberapa pihak termasuk Jawatankuasa Undang-undang PAS dan peguam yang dilantik parti. ULASAN GB Tepat seperti kata Hanipa, bahawa Amanah juga tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap PAS dan pemimpinnya yang didakwanya mengeluarkan kenyataan liar tidak berasas dan berbaur fitnah terhadap parti baharu itu. Bermacam-macam label dan tuduhan diberikan oleh para pemimpin PAS terhadap para pemimpin AMANAH. Jadi jika PAS mahu mengheret Mat Sabu ke mahkamah dengan alasan Mat Sabu menuduh PAS diresapi oleh ISIS. Sebelum ini PAS Pulau Pinang telah membuat laporan polis terhadap kenyataan Dr.Mujahid di atas sebab yang sama. GB sudah ulas sebelum ini. Ada beberapa perkara yang menarik perhatian kita mengenai isu PAS dan ISIS ini. Pertama, kenyataan Ust Mujahid sebenarnya telah diputarbelitkan. Beliau menyebut "jalur pemikiran ekstreme", bukan ISIS. Tetapi tafsirannya dilakukan oleh pemberita-pemberita portal yang mengaitkannya dengan ISIS - maka itu bukan kesalahan Mujahid. PAS juga tidak akan dapat membuktikan kenyataan Mujahid yang mengaitkan PAS dengan ISIS. Kedua, yang membuat laporan polis ialah Iszuree Ibrahim, seorang pemimpin PAS Pulau Pinang yang telah dipecat daripada semua jawatan yang disandangnya dalam Jawatankuasa Tetap Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) sedikit masa lalu. Siasat punya siasat, hukum kebenaran dan keadilan mendedahkan Iszuree mempunyai rekod disiplin yang kurang baik ... seseorang yang suka tidur dalam mesyuarat... inikah perwatakan seorang "pejuang hukum Islam"? Jadi tidaklah hairan Iszuree membuat laporang polis berdasarkan hanya kepada maklumat yang tersiar di portal, bukan dari kenyataan asal Mujahid... tertidur agaknya... Ketiga, kenyataan setpol Presiden PAS, Dr. Ahmad Samsuri yang mendapat jolokan sebagai Ketua Lajnah Penafian PAS Pusat... Tindakan MP Parit Buntar yang melarikan kerusi yang ditandingi oleh beliau sebagai ahli PAS, watikah dari PAS, kerja penat ahli PAS dan rakyat di kawasan beliau yang tidak mengimpikan jawatan dan pangkat itulah sebenarnya satu tindakan ekstrem, ganas, pentingkan diri dan pelampau. Tak sudah-sudah menuduh AMANAH melarikan kerusi PAS. Memang sakit hati PAS apabila kerusinya berkurangan.. . tetapi apa yang dilakukan oleh Mujahid dan beberapa orang MP dan ADUN yang lain yang menyertai AMANAH adalah betul, samada dari segi undang-undang atau pun moral. Dari segi undang-undang tiada apa-apa kesalahan untuk mereka beralih kepada parti lain. Dari segi moral pula memang patut pun mereka kena ikut suara rakyat kerana mereka menang dulu kerana sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat, bukan kerana mereka calon PAS semata-mata. Berdasarkan kenyataan itu, sepatutnya wakil rakyat PAS yang perlu letak jawatan kerana mengkhianati rakyat. Jadi ternyata kritikan Samsuri itu kesasar dan justeru itu kritikannya itu merupakan tindakan ekstreme, ganas, pentingkan diri dan pelampau .... kerana taksub kepada Presidennya. Seterusnya persoalan jalur ekstrem... jalur kekerasan yang disebut oleh Mujahid. muktamar yang ke 60 lagi... sudah wujud jalur ektreme di mana para pemuda PAS sudah mula melakukan ejekan dan boo-mengeboo di dalam muktamar PAS. Kemudian diikuti denganbeberapa siri keganasan dilakukan terhatermasuk insiden Safwan Anang yang diugut oleh beberapa orang ahli PAS. Himpunan demo depan pejabat PAS yang mencaci dan memaki golongan progresif dalam PAS. Beberapa minggu lalu, keluarga pemimpin AMANAH Marang iaitu Ust Miqdad Zakaria diganggu dan diugut.... dap emimpin-pemimpin progresif yang ada di dalam PAS Dan itu semua adalah "hasil tarbiyah" pimpinan PAS sendiri yang telah menghamburkan kata-kata cacian dan makian terhadap mereka yang tak sehaluan... dengan perkataan-perkataan seperti broker, barua, tolol, pengkhianat, anjing dan sebagainya. Hukum kebenaran dna keadilan akan tetap berjalan.... yang bersalah tetap terhukum... tunggukan! |
CIKGU BARD BUAT PENDEDAHAN DAN LAPORAN RASUAH SKANDAL BALAK KELANTAN Posted: 16 Dec 2015 12:37 AM PST ADAKAH LAPORAN RASUAH SAYA KE ATAS SKANDAL BALAK KELANTAN DI SAPU BAWAH KARPET SEPERTI LAPORAN RASUAH BERSANGKUTAN PEMIMPIN BN LAIN ?KENYATAAN MEDIA 16 DISEMBER 2015 ADAKAH LAPORAN RASUAH SAYA KE ATAS SKANDAL BALAK KELANTAN DI SAPU BAWAH KARPET SEPERTI LAPORAN RASUAH BERSANGKUTAN PEMIMPIN BN LAIN ? Pada 27 Oktober 2015 yang lepas saya telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkenaan satu set dokumen yang saya yakini ada kaitan dengan 'skandal pembalakan' di negeri Kelantan. Berikut ialah laporan saya di mana saya serahkan sekali dengan semua dokumen yang disebut. Pada 19 Oktober 2015 beralamat di Pusat Gerakan Rakyat (PAGER) SAMM, No 344, Jalan Haruan 5-8, Oakland Commercial Centre II, Negeri Sembilan, saya (penama di atas) telah menerima satu sampul yang mengandungi sejumlah dokumen yang saya percaya ianya berkaitan penyalahgunaan kuasa dan rasuah melibatkan Komplek Perkayuan Kelantan (KPK). Bersama ini, saya sertakan : i. 1 surat bertarikh 08 Oktober 2013, dari Lapangan Desiran Sdn Bhd, kepada Komplek Perkayuan Kelantan, yang menyenaraikan 8 perkara sumbangan / habuan / bayaran berkaitan perjanjian di antara KPK dan syarikat tersebut. Dari sumbangan / habuan / bayaran yang disenaraikan, jelas terdapat wujudnya rasuah. ii. Dokumen pembuktian transaksi sumbangan / habuan / bayaran 10 ekor lembu berkaitan perkara (i). – Resit penghantaran dan Salinan Kad Pengenalan penerima lembu tersebut disertakan iii. Salinan surat sewa beli Public Islamic Bank sebuah kenderaan model Toyota Fortuner, D110 berkaitan perkara (i) sebahagian imbuhan iv. Salinan cek bernombor 395721 Public Bank Kota Bharu Kelantan, milik syarikat Biotrend Asia (M) Sdn Bhd, bernilai RM1 juta dibayar kepada Zahri Bin Ismail berkaitan berkara (i). v. Salinan invoice IFC Holding Sdn Bhd, yang dibilkan ke atas penama surat perkara (i), membekalkan 167 kotak PVC Vinyl tile code 3211, 167 kotak PVC Vinyl tile code 3111 dan 13 tin PVC Vinyl glue yang bernilai RM34,544.80 yang mempunyai kaitan dengan perkara (i). vi. Salinan surat / perjanjian oleh Dato Zahri Bin Ismail, beralamat di Istana Negara Kuala Lumpur bertarikh 20 November 2012, kepada Dato Peter Sow Chin Chuan, yang beralamat Jalan Hospital Kota Bharu, menyatakan perjanjian jual beli 5000 ekar konsesi pembalakan milik KPK di mana Dato Zahri Bin Ismail bertindak atas kepentingan KPK menerima bayaran tunai RM150,000 dan tercatat baki RM4,850,000 (RM4.85juta). Salinan surat / perjanian jelas melibatkan penama-penama yang terkandung dalam perkara (i). vii. Salinan resit pembayaran daripada Dato Sow Chin Chuan kepada Adli Aznam & Akram (peguambela & peguamcara) bernilai RM1 juta melalui cek Public Bank bernombor 395711. viii. Salinan cek Public Bank Kota Bharu Kelantan, bertarikh 14 Ogos 2012, milik Biotrend Asia (M) Sdn Bhd bernilai RM1 juta, dibayar kepada Adli Aznam & Akram. ix. 1 risalah 24 muka surat bertajuk 'Surat Dato' Husam Musa kepada YAB Menteri Besar Kelantan, Timbalan Menteri Besar Kelantan dan Pengerusi Baldah Toyyibah yang diteliti ada kaitan dengan perkara-perkara di atas. x. Salinan surat Dato' Haji Husam Musa bertarikh 4 Oktober 2015, kepada Timbalan Menteri Besar Kelantan, bertajuk 'Selamatkan Kelantan, Hentikan Pemberian Hutan Simpan Kekal Untuk Ladang Hutan' yang mempersoalkan syarikat yang mendapat keistemewaan membalak di Hutan Simpan Kekal Kelantan. xi. Daftar perniagaan DHR Kelstar Plantation Sdn Bhd, syarikat yang berkaitan dengan surat perkara (x). xii. Salinan gambar skrin akaun facebook Zahri Ismail yang diyakini disebut dalam beberapa dokumen di atas. Dalam dokumen (vi) seorang yang dikenali sebagai Datuk Zahri Ismail telah menggunakan alamat Istana Negara. Ini menimbulkan keraguan. Carian di Laman social Facebook nama tersebut telah menemukan sebuah akaun yang mana individu tersebut secara jelas menampilkan diri dengan gambar – gambar bersama beberapa pimpinan kerajaan pusat. Penama ini amat meragukan dan disyaki cuba manipulasi (menipu) menggunakan hubungan beliau dengan beberapa pimpinan utama. Persoalan juga muncul bagaimana penama itu boleh menerima wang atas nama syarikat kerajaan negeri (KPK) dan menggunakan Istana Negara sebagai alamat penama. Dengan semua dokumen ini SPRM seharusnya tidak ada alasan tidak memulakan siasatan malah cukup untuk mensabitkan penama – penama terbabit. Saya telah tampil membuat laporan SPRM selaku anak muda Kelantan yang mana saya cukup gusar dengan perkembangan mutakahir ini. Selama ini saya dan kawan – kawan begitu bangga dengan pemerintahan bersih kerajaan Kelantan di bawah almarhum Tuan Guru Dato' Bentara Setia Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat. Tindakan saya ialah untuk membersihkan Kerajaan Kelantan dari anasir rasuah yang mengotori dan terus mempertahankan Kelantan dibawah pemerintahan bukan Barisan Nasional. Tujuan saya membuat kenyataan media dan mendedahkan semua dokumen ini kepada umum adalah untuk membersihkan nama saya kononya saya hanya mereka fitnah dan tidak punya asas dalam membuat laporan SPRM. Malah saya merasa amat kecewa apabila ada antara 'pemuka' yang saya kenali yang juga rapat dengan Kerajaan Negeri mahupun PAS itu sendiri menyambut saya umpama musuh, adakah begitu cara Islam meraikan aduan salah laku ? Malah tanpa selindung saya juga menerima ugutan namun saya abaikan kerana yakin ini kerja orang terdesak. Saya juga melahirkan rasa kecewa saya terhadap SPRM yang sehingga kini kelihatan tidak bergerak. Saya mengajak untuk mengimbas laporan SPRM kononya Almarhum Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz menerima rasuah pakej haji. Hanya beberapa jam selepas laporan dibuat, SPRM mengumumkan wujud asas aduan dan SPRM telah membuka kertas siasatan rasmi. Malah Pemuda Umno terlibat membuat demonstrasi menghantar memorandum kepada SPRM. Satu lagi kes, apabila laporan kononya Tan Sri Khalid Ibrahim melakukan 'pecah amanah' atau rasuah berkaitan agihan 46 lembu korban yang diagihkan di kawasan Parlimen Bandar Tun Razak. Hanya dengan antara bukti selemah gambar agihan lembu yang mempunyai imej sebuah syarikat kaitan kerajaan negeri maka SPRM telah mengeluarkan kenyataan siasatan dijalankan dan hasil siasatan diserahkan kepada Peguam Negara. Malangnya dalam kes yang punya bukti sekukuh yang dilampirkan, SPRM kelihatan langsung tidak bertindak malah membisu. Tiada kenyataan dibuat. Yang ada saya disiasat berjam – jam berkenaan laporan yang saya buat. Selama ini saya hanya mendengar mengenai 'cerita' laporan SPRM yang dibuat oleh beberapa orang ke atas korupsi berkaitan Bn atau pemimpin Bn, hasilnya pelapor disiasat berjam – jam. Disabit kesalahan kerana membuat pendedahan tetapi yang melakukan korupsi terus dilindungi. Kali ini saya sendiri rasakan perkara yang sama. Cuma persoalanya adakah laporan yang saya buat juga dilindungi kerana ada kepentingan Bn atau mereka telah menjadi sekutu yang juga mendapat perlindungan ? Sekian. MOHD AFIQ BIN AYOB |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan