WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- ‘TAK ADA MAKANAN, TAK CUKUP TAMBANG KOMUTER VIRAL DI INTERNET’
- ‘CHANGEMAKERS STRATEGI PKR TAWAN SARAWAK PRN MAC 2016’
- Felda sudah ‘miskin’ - Mazlan Aliman
- Perbahasan Belanjawan 2016 Rafizi Ramli
- KENAIKAN KOS SARA HIDUP DAN PENURUNAN KUASA GAJI, SEPULUH ISU TERBESAR EKONOMI MALAYSIA 2015
‘TAK ADA MAKANAN, TAK CUKUP TAMBANG KOMUTER VIRAL DI INTERNET’ Posted: 15 Dec 2015 05:59 PM PST 'Tak ada makanan, tak cukup tambang komuter viral di internet'Dua post yang viral di internet dan mendapat share tinggi sejak dua minggu lalu menceritakan mengenai penderitaan rakyat yang jarang didengar pada era 1990an dan ke atas. Kesukaran hidup tidak mempunyai wang membeli makanan atau pun tidak cukup wang tambang komuter bukanlah masalah pada era 1990an apabila ekonomi negara mula meningkat di bawah pentadbiran Menteri Kewangan Anwar Ibrahim ketika itu. Cerita kekurangan makanan atau tambang bas hanya berlaku pada era 1970an dan 1980an, ketika rakyat tiada pekerjaan sesuai dan kekurangan peluang perniagaan. Pada era 1990an, keluarga mempunyai makanan yang cukup dan biasanya berlebihan untuk anak-anak. Di kawasan sub bandar tiada cerita keluarga tidak mampu untuk membeli makanan di restoran atau memasak makanan untuk anak-anak. Peluang bekerja dalam sektor industri dan ilmu pengetahuan yang berkembang di kalangan rakyat membolehkan mereka menjana pendapatan lumayan. Namun pada era pemerintahan PM Najib Razak, cerita penderitaan rakyat kembali subur dan bergema. Bukan kerana ketiadaan pekerjaan namun kerana gaji tidak mencukupi menampung perbelanjaan keluarga. Semuanya diakibatkan siri kenaikan harga dan kos hidup melampau. Salah satu cerita penderitaan yang viral ialah catatan seorang murid pada sekeping kertas yang ditemui oleh gurunya dalam beg sekolah: "Ibu kak nak makan boleh? "Kak tahulah yang semua belum makan lagi tapi jomlah kita makan sama-sama dekat kedai. "Kalau ibu dengan abah tak ada duit, ibu dengan abah masaklah. Boleh? "Kalau tak ada beras tak pe lah……." Satu lagi yang menjadi viral ialah peristiwa seorang pelajar asrama yang mahu pulang ke kampung tetapi tidak mempunyai cukup wang kerana tambang komuter telah pun dinaikkan pada November lalu: Budak asrama ni nak balik Kuang (di Selangor). Baru habis SPM kot. Dia tak cukup tambang nak balik naik KTM. Duit dia ngam-ngam je (ikut harga tiket lama) Budak: Tolonglah kak. Ni je duit yang saya ada Staf KTM: Tak boleh la dik. Tak cukup 80 sen. Siapa nak tanggung Budak: Macam mana saya nak balik kak? Tolonglah (menangis) KTM: Itu bukan masalah saya Budak: Tolong saya kak……………. KTM: Sila beredar . Awak ganggu kerja saya. Ke saya nak panggil polis? Akhirnya pelajar itu dibantu oleh seorang pengguna komuter di belakangnya yang membelikan tiket untuk beliau. Hanya setahun setelah gelombang kenaikan harga berlaku selepas kerajaan BN menghapuskan subsidi bahan bakar pada Oktober 2014, pelbagai insiden penderitaan yang menyayat hati berlaku. Ibu bapa mula menyekat perbelanjaan anak-anak kerana ketiadaan wang untuk menguruskan rumah tangga. Sekatan bukan sahaja ke atas makanan seperti mengurangkan makanan berkualiti tetapi juga melarang anak-anak belajar di waktu malam untuk menjimatkan bil elektrik, sekatan ke atas penggunaan air bagi mengurangkan bil air dan sekatan untuk perbelanjaan di sekolah. Dalam dua tahun akan datang berkemungkinan gelombang penderitaan ini akan menjadi gelombang kelaparan rakyat. Sekiranya hal itu berlaku maka Malaysia akan mencontohi Indonesia pada era penghujung pemerintahan Suharto , 1998 lalu. Ketiadaan makanan dan pekerjaan akibat kejatuhan ekonomi menyebabkan rakyat menyingkir diktator Suharto yang memerintah lebih 32 tahun. |
‘CHANGEMAKERS STRATEGI PKR TAWAN SARAWAK PRN MAC 2016’ Posted: 15 Dec 2015 05:56 PM PST 'ChangeMakers Strategi PKR tawan Sarawak PRN Mac 2016'Mendakwa Sarawak terus dianaktirikan oleh BN selepas 52 tahun, PKR hari ini melancarkan kempen ChangeMakers yang bertujuan "untuk membawa perubahan kepada masyarakat pedalaman" di negeri itu. Naib Presiden PKR Tian Chua berkata, Sarawak merupakan penyumbang terbesar kepada ekonomi negara melalui hasil minyak namun sehingga kini masih lagi ada kawasan di negeri itu tidak menerima kemudahan asas seperti bekalan elektrik, infrastruktur, sekolah dan jalan raya. "ChangeMakers akan membawa perubahan melalui projek kemasyarakatan tempatan. "Antara projek yang sedang dalam perancangan adalah pemasangan stesen janakuasa mini di kawasan-kawasan pendalaman di Sarawak dan projek pendidikan pengundi," katanya di sidang media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini. Kata Tian, ChangeMakers diwujudkan di bawah kempen Demi Rakyat untuk membawa kesedaran bahawa perubahan dan manfaat mampu diperoleh selagi ada usaha dan iltizam politik. Sementara itu penyelaras ChangeMakers, Adam Fistival Wilfrid, beliau menggesa golongan muda bersama-sama menyertai kempen berkenaan "untuk membawa perubahan". "Kami meminta anak muda sertai ChangeMakers. Kami sudah pergi ke lima buah kampung dan selepas ini kami akan perluaskan dan masuk ke kawasan lain. "Saya mahu anak muda bersama kami menjadi sukarelawan ChangeMaker untuk membawa perubahan," katanya. Dalam perkembangan lain Timbalan Ketua Wanita PKR Haniza Talha pula berkata, berikutan sekatan yang dikenakan terhadap beberapa pimpinan parti itu, ketuanya, Zuraida Kamaruddin sudah menghantar surat kepada Ketua Menteri Sarawak. Menurutnya, surat yang dihantar antara Oktober dan November itu bagaimanapun masih belum mendapat sebarang jawapan daripada Tan Sri Adenan Satem. "Ketua Wanita PKR menulis surat kepada Ketua Menteri Sarawak untuk memohon pertimbangan sekatan yang dibuat dan minta untuk berjumpa dan berbincang. "Kita masih menunggu dan belum ada apa-apa lagi maklum balas," katanya. |
Felda sudah ‘miskin’ - Mazlan Aliman Posted: 15 Dec 2015 01:38 AM PST Felda sudah 'miskin' - Mazlan AlimanFGV yang dijulang sebagai ' Santa Claus', rupa rupanya pembawa bencana dan menambah derita warga Felda Saham FGV tinggal RM1.56, jatuh lebih 70% dari ketika ia diterbitkan iaitu RM4.55 pada tahun 2012 lalu. Gembar gembur kejayaan hampir tiada kedengaran. Bajet Felda sekitar RM1.5 bilion seperti dahulu tiada lagi kerana sumbangan terbesar melalui Felda Plantation telah dipajak oleh FGV selama 99 tahun. Pendapatan dari Estet Felda ini menyumbang RM1 bilion setahun. Felda sudah 'miskin' sekarang. Berbelas tabung yang bersifat kebajikan hampir tidak berfungsi. Para kontraktor yang buat kerja di Felda mengeluh kerana bayaran terlalu lembab, hingga 5-6 bulan baru dapat. Mereka dakwa sebelum ini tidak pernah seteruk ini. Pengumuman YAB PM mengenai rumah Gen 2 dalam pembentangan Bajet, dijangka retorik semata mata. Projek yang seumpamanya diumumkan sejak 10 tahun lalu pun amat perlahan seperti kura kura. Ia tidak lebih mengambil hati anak muda Felda. Para peneroka terutamanya yang masih mempunyai tanggungan sama ada anak atau cucu yang masih bersekolah, sedang merasakan peritnya. Dua minggu lagi sesi persekolahan 2016 akan bermula. Kelengkapan sekolah, pendaftaran dan yuran sekolah, mesti disediakan. FGV yang dijulang sebagai ' Santa Claus', rupa rupanya pembawa bencana dan menambah derita warga Felda. Memo dan demo, cadangan dan pandangan, naik turun mahkamah, Usul Parlimen dan DUN telah dibawa. Pak Menteri dan pembesar negara bercuti hujung tahun, berjoli sakan…. Rakyat kebingungan dan bermenung panjang, mengenang nasib esok hari….. Dulu dulu…,takkan Umno nak tipu kita… Sekarang……kita ni asyik kena 'kencing' UMNO je lah… Mazlan Aliman Pengerusi Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) |
Perbahasan Belanjawan 2016 Rafizi Ramli Posted: 15 Dec 2015 12:16 AM PST |
KENAIKAN KOS SARA HIDUP DAN PENURUNAN KUASA GAJI, SEPULUH ISU TERBESAR EKONOMI MALAYSIA 2015 Posted: 15 Dec 2015 12:09 AM PST Keluhan dan rintihan berani tahun mencabar 2015/2016 Kepada semua rakyat Malaysia, bersedia hadapi SEPULUH cabaran ekonomi Malaysia terbesar tahun depan : 1. KENAIKAN KOS SARA HIDUP RAKYAT Langkah Kerajaan menaikkan harga petroleum (naik 20 sen), tarif elektrik (naik 15%), harga gula (naik 30 sen), harga tepung (naik 20 sen) dan kadar tol (minima 50 sen) sedikit sebanyak akan melonjakkan kos sara hidup semua rakyat. Paras inflasi rasmi terkini telah pun meningkat kepada 3.4%, tertinggi dalam setahun. Inflasi tidak rasmi/sebenar mungkin tiga kali ganda lebih 10% setahun. Harga purata secawan kopi kini ialah RM1.60, harga nasi lemak ialah RM1.80 sementara sekeping roti canai sudah mencecah RM1.20 tidak termasuk GST 2. PARAS HUTANG KERAJAAN YANG TINGGI Paras hutang kerajaan meningkat sejak tahun 1970. Hutang Kerajaan Persekutuan pada tahun 1970 hanyalah RM2 billion, pada tahun 1999 berjumlah RM95 billion tetapi sekarang telah mencecah RM568.2 bilion atau 53% daripada KDNK menghampiri had siling 55%. Pihak asing pula memiliki kira-kira 15% daripada jumlah hutang dalam negara. Keadaan ini boleh mempengaruhi kadar pertukaran wang asing negara. Untuk rekod, kerajaan membelanjakan lebih RM10 bilion setahun hanya untuk membayar faedah hutang-hutang yang diambil oleh Kerajaan Persekutuan. 3. PARAS HUTANG ISI RUMAH RAKYAT YANG MEMBAHAYAKAN Hutang isirumah rakyat Malaysia telah berganda kepada RM750 billion atau 76.2% KDNK dalam Julai tahun ini. Pecahan besar adalah pinjaman perumahan 29%, pinjaman kenderaan 51%, pinjaman peribadi 15% dan pinjaman pelajaran 33%. Ini bermakna rakyat Malaysia secara amnya membuat perbelanjaan dengan membazir dan tidak berhemah. Jika tidak dikawal, lima tahun lagi hutang isi rumah di Malaysia boleh melebihi 100% kepada KDNK negara bermakna pendapatan yang diperolehi tidak cukup untk membayar hutang terkumpul. 4. PERTUMBUHAN EKONOMI DEKAD YANG LEBIH PERLAHAN Jumlah keseluruhan ekonomi Malaysia (KDNK) tahun 2014 adalah RM1.07 trillion. Walaupun ekonomi global dijangka meningkat, pertumbuhan KDNK Malaysia purata sepuluh tahun lepas lebih perlahan hanya sebanyak 5% dan banyak didorong oleh permintaan domestik. Berbanding pertumbuhan KDNK purata sebanyak 7% pada tahun 1990an yang didorong oleh sektor eksport dan luaran. Untuk rekod, semenjak 1945 ke tahun 1998, Malaysia adalah salah satu daripada 13 negara yang telah mencapai pertumbuhan mantap melebihi 7 peratus selama lebih daripada 53 tahun. Walaubagaimanapun selepas 1998, pertumbuhan ekonomi Malaysia telah jatuh dengan perlahan. 5. KOS PENGURUSAN KERAJAAN YANG TINGGI Daripada tahun 1970 hingga 2013, jumlah perbelanjaan pengurusan kerajaan meningkat daripada RM2.2 bilion kepada RM216.2 bilion. Komponen yang terbesar ialah gaji kakitangan kerajaan. Untuk nota, Malaysia memiliki nisbah kakitangan kerajaan yang tertinggi di dunia seramai 1.4 juta atau 10% dari seluruh tenaga kerja di Malaysia. 6. BEBAN SUBSIDI KERAJAAN YANG TINGGI Jumlah keseluruhan subsidi kerajaan telah meningkat dengan ketara daripada RM1.1 bilion pada 1999 kepada RM44.1 bilion pada 2013. Ini bermakna 20% dari cukai yang dikutip akan digunakan untuk subsidi rakyat. Subsidi ibarat ganja kerana ia sukar dihentikan apabila telah diberikan. Penamatan subsidi juga boleh mengakibatkan kos politik kepada kerajaan yang memerintah. Dasar pemberian subsidi adalah dasar yang tidak efektif bagi rakyat miskin. Orang kaya menggunakan bahan api lebih banyak daripada orang miskin yang bermotosikal. Ini bermakna subsidi petroleum lebih banyak dinikmati oleh golongan kaya. 7. PRODUKTIVITI PEKERJA YANG KURANG CEMERLANG Hanya 80 peratus dari tenaga kerja seluruh Malaysia mempunyai kelayakan pendidikan setakat Sijil Pelajaran Menengah (SPM). Menurut Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), tahap produktiviti pekerja negara ini adalah jauh lebih rendah daripada negara-negara seperti Amerika Syarikat, Jepun, United Kingdom, Korea Selatan dan Singapura. Purata pekerja Malaysia mencatatkan nilai produktiviti hanya sebanyak RM43,952 setahun. Berbanding pekerja Amerika Syarikat mengungguli senarai dengan tahap produktiviti sebanyak RM285,558 setahun, diikuti oleh pekerja di Jepun RM229,568 dan Hong Kong RM201,485. Ini bermakna pekerja Malaysia bekerja dalam tempoh yang lebih panjang berbanding negara lain, namun menghasilkan pulangan yang lebih rendah. 8. BELANJAWAN MALAYSIA DEFISIT SETIAP TAHUN SEJAK 1998 Walaupun memiliki komoditi yang kaya seperti minyak dan kelapa sawit, Belanjawan Negara masih defisit selama 16 tahun berturut-turut semenjak krisis kewangan Asia. Untuk rekod, perbelanjaan subsidi untuk rakyat dikurangkan sebanyak RM 7.3 billion bagi tahun 2014. Walaupun paras defisit keseluruhan negara telah turun tetapi masih tinggi sekitar RM 36 billion. Pada masa yang sama, lebihan akaun semasa (eksport tolak import) juga telah menurun dari RM102 bilion pada 2012 kepada RM37 billion pada 2013. Ini bermakna lebihan akaun sebanyak 3% daripada KDNK pada masa ini adalah kecil kerana Malaysia pernah mencatatkan lebihan akaun semasa sebanyak 10%. 9. KETIRISAN DAN KETELUSAN NEGARA Dalam Indeks Persepsi Rasuah atau Corruption Perception Index yang dijalankan Transparency International, Malaysia menduduki tangga ke-53 daripada 177 buah negara. Kedudukan ini tidak segagah tahun 2003, Malaysia berada di kedudukan ke-37. Untuk rekod, dalam Laporan Global Financial Integrity, Malaysia menduduki tempat ke-4 dari segi jumlah kumulatif pengaliran keluar dana secara haram yang berjumlah RM880 billion di antara tahun 2002-2011. Ini bermakna aliran keluar wang haram dari Malaysia mungkin lebih hebat daripada negara-negara seperti Filipina, Nigeria dan Venezuela. 10. KELEMAHAN RINGGIT DAN PENINGKATAN GAJI YANG PERLAHAN Dengan matawang Ringgit Malaysia terus lemah dibandingkan dengan Dollar Amerika (terendah dalam enam bulan) dan Dollar Singapura (terendah dalam 15 tahun) juga menyumbang kepada lonjakan harga barang dan kos sara hidup di Malaysia. Kesan kelemahan ringgit menyebabkan penurunan kuasa beli individu. Maknanya, setiap ringgit pendapatan akan mampu membeli sedikit barangan dan perkhidmatan import berbanding sebelum ini. Peningkatan kos sara hidup yang berlaku itu juga tidak selaras dengan kadar kenaikan gaji yang perlahan. Mengikut Payscale.com, kadar purata kenaikan gaji Malaysia hanya sekitar 3.5% berbanding Indonesia 9.8%, Singapore 12% dan Thailand 5.8% dalam tempoh sama. Kesimpulan, ekonomi adalah tunjang turun naik sesebuah masyarakat, bangsa dan negara. Saya yakin sepuluh isu ini dapat ditangani, kerajaan mapan, ekonomi cemerlang dan rakyat gemilang. Amin. |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan