Nuffnang

Pengikut

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

sumber :-

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Jangan ajar mahasiswa benci agama lain untuk cintai Islam

Posted: 14 Dec 2015 08:18 PM PST


Dyana_ww
KUALA LUMPUR 15 DIS: Ahli Jawatankuasa DAP Perak, Dyana Sofya Mohd Daud menggesa tindakan diambil terhadap Universiti Teknologi Mara (UiTM) kerana menganjurkan seminar yang berbaur provokasi terhadap agama lain.
Merujuk seminar bertajuk "Ancaman Gerakan Permurtadan Kristianisasi" pada Sabtu lalu di UiTM Lendu, Melaka, beliau mempersoal niat penganjur yang mengajak mahasiswa beragama Islam memantapkan akidah dengan cara membenci agama lain.
"Saya tertanya-tanya dengan logik UiTM dalam perkara ini. Adakah cara untuk menguatkan akidah umat Islam adalah dengan memburuk-burukkan agama lain?" katanya pada kenyataan media hari ini.
Sebelum ini, UiTM menganjurkan program seakan-akan sama pada 6 Mei di cawangannya di Shah Alam tetapi tiada tindakan diambil.
"Mengapa tiada apa-apa tindakan diambil ke atas mereka yang menganjurkan seminar berbaur provokasi keagamaan pada tahun lepas dan pada kali ini?"
"Ini menunjukkan UiTM membenarkan aktiviti provokasi keagamaan yang tidak sihat dan mahu menimbulkan kebencian dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama," katanya.
Menyifatkan seminar itu tidak masuk akal, beliau juga mempersoalkan jika seminar sama dianjurkan dengan provokasi dihala terhadap Islam yang tentu penganutnya berasa tersinggung.
"Bayangkan aktiviti sama dilakukan bertajuk anti-Islam di institusi pengajian tinggi? Saya percaya umat Islam akan tersinggung dan secara langsung akan menimbulkan kemarahan," katanya.
Menyifatkan Islam sebagai agama harmoni dan tidak perlu memburuk-burukan agama lain untuk menyatakan keindahannya, Dyana mencadangkan supaya program pemahaman antara agama lebih sesuai dalam menyelami kepelbagaian kaum dan agama di negara ini.
"Kita patut mencontohi usaha Interfaith Network of the City of Greater Dandenong di Australia yang mengadakan aktiviti mengalakkan pemahaman, hormat-menghormati, penerimaan dan toleransi antara satu sama lain," katanya.
Justeru, beliau mengulangi gesaan supaya program berunsur provokasi di institusi pengajian tinggi dipantau supaya kehormonian rakyat terjamin daripada pertelagahan yang akan memecahbelahkan perpaduan rakyat.

Bantuan RM1,000 untuk bakal mahasiswa kelahiran Pulau Pinang

Posted: 14 Dec 2015 08:15 PM PST




Lim Guan Eng Pulau Pinang
PULAU PINANG 15 DIS: Kerajaan Negeri memberi bantuan RM1,000 kepada bakal mahasiswa tanpa melihat latar belakang kaum atau agama, yang melanjut pelajaran ke universiti tempatan.
Menyifatkan bantuan itu sebagai yang tertinggi diberi kepada bakal mahasiswa berbanding negeri lain di Malaysia, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, berkata jumlah itu diberi asalkan anak jati negeri ini.
"Program pemberian bantuan pendaftaran pelajar ini bermula pada tahun 2008 dengan bantuan sebanyak RM500.00 kemudian ditingkatkan kepada RM1,000.00 bermula pada tahun 2011," katanya.
Seramai 1,321 bakal mahasiswa menerima cek bantuan pendaftaran pelajar ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) berjumlah RM1,000.00 dalam satu majlis yang dirasmikan Guan Eng di Seberang Perai Jumaat lalu.
Beliau berkata, bantuan itu susulan lebihan belanjawan yang diperoleh Kerajaan Pulau Pinang mengatasi pencapaian Kerajaan Barisan Nasional (BN) ketika memerintah negeri itu antara 1957 ke 2007.
"Kerajaan Negeri mencatat lebihan belanjawan setiap tahun, malah lebihan belanjawan sejak 2008 ialah RM507 juta dalam tempoh tujuh tahun, dari tahun 2008 ke 2014.
"Angka itu jauh lebih baik berbanding tempoh 50 tahun sebelum ini iaitu dari 1957 ke 2007 iaiatu RM373 juta," katanya yang menyifatkan peningkatan itu hasil pentadbiran 'bersih' yang bebas rasuah dan salah guna kuasa.

‘UMNO KEMBALI PECAH KEPADA TEAM A, TEAM B’ – KHALID SAMAD

Posted: 14 Dec 2015 07:57 PM PST

BEKAS PEMIMPIN MAHASISWA KATA PAS ‘MENGONGKONG’

Posted: 14 Dec 2015 02:58 PM PST

Comments (0)

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT