WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- PRU 14: MAHFUZ RAMAL PH MENANG JIKA PERTANDINGAN TIGA PENJURU
- KAKITANGAN KERAJAAN PUN DAH HILANG KEPERCAYAAN PADA NAJIB’
- KERJASAMA UMNO – PAS PERLU DIBAWA KE MUKTAMAR – AHMAD YAAKOB
PRU 14: MAHFUZ RAMAL PH MENANG JIKA PERTANDINGAN TIGA PENJURU Posted: 10 Dec 2015 11:59 PM PST PRU 14: Mahfuz ramal PH menang jika pertandingan tiga penjuruBekas Ketua Penerangan Pas Datuk Mahfuz Omar meramalkan Pakatan Harapan (PH) adalah gabungan yang paling mendapat manfaat sekiranya berlaku pertandingan tiga penjuru antara BN, Pas dan PH dalam pilihan raya umum (PRU) ke 14 kelak. Mahfuz berkata, pemimpin tertinggi Pas dan PKR tidak perlu menyembunyikan realiti pergolakan politik pembangkang daripada para penyokong. Idea meneruskan tahaluf siyasi antara Pas dan PKR atau mewujudkan dua front politik PH dan Pakatan Rakyat menghadapi PRU 14, katanya, adalah tindakan merendah-rendahkan kebijaksanaan berfikir rakyat. "Adakah parti pembangkang sekarang mahu menjadi pelawak untuk ditertawakan rakyat dengan aksi lawak mereka? Atas perkiraan ini, PKR tidak akan sanggup meninggalkan PH yang diusahakannya. Inilah yang dijangka berlaku di mana Pas akan bersendirian. Inilah yang akan menyebabkan undi Melayu berpecah tiga. "Jika undi Melayu berpecah tiga, ini akan memberi peluang pada PH untuk menang kerana PH mendapat kelebihan besar sokongan undi bukan Melayu Islam. "Sebab itu, Najib sudah dapat membaca dan berusaha untuk meminimumkan perpecahan undi Melayu kepada dua kelompok sahaja iaitu PH dan BN. Inilah lontaran hasrat kerjasama dengan Pas di sebalik kalimah silaturrahmi. "Najib juga mengharapkan jika kerjasama ini menjadi kenyataan, Umno akan mendapat limpahan sokongan undi Melayu daripada Pas dan Pas juga akan mendapat limpahan sokongan undi Melayu daripada Umno. "Saya percaya Najib bersedia mempertaruhkan persempadanan baru kawasan pilihan raya dengan menambah bilangan kawasan pilihan raya Dun dan Parlimen khususnya di Kelantan dan di Terengganu untuk memastikan kerjasama Umno-Pas menjadi kenyataan dan akan mengagendakan kebencian Melayu terhadap kaum Cina dengan menjadikan Dap sebagai 'punching bag'," katanya dalam satu kenyatan media. Kata Mahfuz lagi, bagi mengelakkan malapetaka kehilangan undi maka Presiden Umno Najib Razak bersungguh-sungguh mahu parti pimpinannya bergabung bersama Pas demi menyatukan undi Melayu. "Hasrat ini menunjukkan betapa "terdesaknya" Najib dan Umno berdepan krisis kepercayaan rakyat pada beliau. Najib mengharapkan jika dia berjaya mendapat kerjasama politik yang rasmi dengan Pas maka redalah pergolakan dalaman Umno yang menuntut beliau melepaskan jawatan. "Ini akan mengunci mulut Tun Mahathir dan kumpulan Muhyidin kerana seluruh pimpinan dan ahli Umno akan melihat ini (kerjasama Pas – Umno sebagai) kejayaan kedua selepas kejayaan Allahyarham Tun Razak (membawa Pas bersektu dengan BN pada 1970)," katanya. Bagaimanapun, Mahfuz tidak bersetuju dengan cadangan balas bagi mengelakkan Pas terjun ke dalam lubuk BN sebagaimana yang diutarakan oleh pemimpin PKR Tian Chua yang mahu mewujudkan dua pakatan politik menghadapi PRU 14. Bagi Mahfuz, idea dua front politik telah berlalu dan tidak sesuai lagi untuk dipraktikkan. "Tidak mungkin boleh wujud dua pakatan pembangkang iaitu PKR, Amanah dan DAP atas nama Pakatan Harapan dan satu lagi PKR dan Pas atas nama Pakatan Rakyat. Ini suatu yang sangat mustahil dan pelik. "Ada yang berkata ini pernah berlaku pada 1990 dulu. Pada waktu itu Pas tidak pernah ada kerjasama rasmi dengan DAP secara rasmi. Tetapi jika mahu dibuat sekarang dengan mengambil contoh yang lalu, ia bertembung dengan keadaan semasa di mana Pas dan DAP sebelum ini boleh dan telah pun bekerjasama dalam satu tempoh 1999 – 2003 dan 2008 – 2013. "Ini akan menjadi persoalan pada rakyat kenapa harus ada dua front yang berasingan," katanya lagi. |
KAKITANGAN KERAJAAN PUN DAH HILANG KEPERCAYAAN PADA NAJIB’ Posted: 10 Dec 2015 11:56 PM PST 'Kakitangan kerajaan pun dah hilang kepercayaan pada Najib'Seramai 250 ahli Umno dari Kedah dan Johor mendesak Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Razak berundur secara terhormat dan mereka bersedia dikenakan tindakan tatatertib oleh parti kerana menentang pemimpin, dalam satu majlis sederhana diadakan semalam, yang diadakan itu turut dihadiri Tun Dr. Mahathir Mohamad. Ahli Umno Bahagian ini berkumpul menyatakan sokongan terhadap Tun Dr. Mahahathir Mohamad dengan mengadakan perjumpaan di Auditorium Muzium Kesenian Islam, semalam. Razali Mohd Nor dari Umno Bahagian Kluang, Johor berkata, Najib harus harus berkorban dengan mengundurkan diri demi memastikan Umno terus berkuasa di Malaysia . "Hilang seorang tak apa tapi kalau kita hilang segalanya sampai air mata darah pun kita tidak akan jumpa lagi. "Ini datang daripada rakyat. Kebimbangan kita dengan isu semasa yang tidak dapat dijawab dengan jelas. "Bukan orang parti sahaja tapi orang luar parti mencemuh kita, Umno ini apa nak jadi. Bukan sahaja pembangkang tapi kakitangan kerajaan pun dah hilang kepercayaan kepada Najib. "Saya sanggup dikenakan tindakan tataterbit kerana menentang kepimpinan Presiden ," katanya pada sidang media selepas majlis bersama Tun Dr Mahathir Mohammad di Muzium Kesenian Islam di ibu kota semalam. Umno Bahagian Kluang sebelum itu merancang untuk membuat sidang media di sebuah hotel tempat penginapan mereka sebaliknya menukar lokasi di saat akhir setelah mengetahui Umno Bahagian Merbok juga menganjurkan pertemuan dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad di Muzium Kesenian Islam pada hari sama. Sementara itu, Ketua Umno Cawangan Jalan Badlishah Bahagian Merbok, Kedah, Anuar Abdul Hamid mendesak Najib berehat sehingga siasatan ke atas 1MDB selesai. Beliau berkata, Najib tidak seharusnya campur tangan dalam siasatan sebaliknya harus membiarkan ia berjalan secara telus dan adil. "Pendirian kami mudah. Najib kena berundur secara terhormat. Kita mahu Najib dengan sukarela berehat sebentar untuk diadakan sisatan menyeluruh. "Ini sudah menjadi adat resam apabila berlaku sesuatu perkara disyaki melibatkan kes-kes jenayah seseorang pemimpin direhatkan. "Macam mana kita nak dapat satu siasatan yang lengkap, yang adil kepada semua pihak kalau terlampau banyak gangguan," katanya. Terdahulu, kira-kira 500 ahli cawangan daripada Kedah dan Johor hadir mendengar amanat daripada Tun Mahathir yang mahu mereka menolak kepimpinan Najib yang disifatkan sebagai 'pembawa masalah kepada parti'. Tun Mahathir dalam ucapannya di Auditorium Muzium Kesenian Islam turut mempersoal kebaikan yang dibawakan oleh Najib ke dalam parti keramat itu. "Dia kata Umno parti penuh kebaikan.Dengan Umno orang boleh jadi peguam, boleh jadi doktor. Yalah, itu semua masa sebelum dia jadi presiden parti. "Saya nak tanya, apa yang dia perkenalkan ke dalam parti sejak dia jadi Presiden? Cuma 1Malaysia," bidas Mahathir disambut tepukan hadirin yang hadir. Menurut Mahathir, 1Malaysia yang dicipta Najib telah menyebabkan terhapusnya dasar ekonomi baharu yang sepatutnya membela nasib orang Melayu di negara ini. Menurutnya lagi, orang Melayu sepatutnya dibantu memandangkan ekonomi kaum lain selain bumiputera bertapak lebih kukuh di negara ini. "Saya bukan benci kaum lain. Tetapi Melayulah yang sepatutnya dibantu kerajaan. Kaum lain sudah kaya. Mereka ada duit. Melayu ada apa? Siapa ak bantu mereka?" ujar beliau lagi. Comments |
KERJASAMA UMNO – PAS PERLU DIBAWA KE MUKTAMAR – AHMAD YAAKOB Posted: 10 Dec 2015 11:53 PM PST Kerjasama Umno – Pas perlu dibawa ke Muktamar – Ahmad YaakobHubungan kerjasama yang dihulurkan Umno kepada PAS akan dibincangkan dan diputuskan oleh pucuk pimpinan parti (PAS), kata Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Ahmad Yakob. Ahmad berkata kerjasama antara parti ini adalah perkara besar serta melibatkan dua dasar parti yang berlainan dan perlu juga dibawa ke muktamar PAS. "Kerjasama dari segi politik, saya tidak boleh komen kerana ini mesti mari (datang) daripada pucuk pimpinan (PAS). "Bagaimanapun saya mengharapkan dari segi kesedaran masyarakat Islam dan orang Melayu di negara ini mestilah semakin baik terutama untuk meletakkan Islam di tahap yang tertinggi dalam semua perkara," katanya kepada pemberita ketika ditemui di kediamannya di Wakaf Baharu, Tumpat semalam. Ahmad diminta mengulas tawaran Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak semalam yang menghulurkan "tali silaturahim" kepada PAS untuk sama-sama membina dan membangunkan negara ini mengikut syariat Islam sebenarnya. Najib, yang juga perdana menteri melahirkan rasa gembiranya kerana PAS tidak lagi bersama pakatan pembangkang selepas "disepak dan diterajang keluar" oleh rakan-rakan pembangkangnya. Najib berkata demikian dalam ucapan dasarnya semasa merasmikan Perhimpunan Agung UMNO 2015 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur semalam. Bagaimanapun, Ahmad yang juga menteri besar Kelantan berkata hubungan kerjasama antara Kerajaan Kelantan dan Kerajaan Persekutuan adalah baik dan sedang dipertingkatkan lagi. "Kerjasama telah wujud sejak Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjadi menteri besar Kelantan, sekarang ini saya meningkatkan lagi kerjasama tersebut," katanya. Sementara itu, Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata penjelasan berhubung tawaran jalinan kerjasama daripada Umno itu akan dibuat oleh Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang. "Hanya presiden yang akan membuat kenyataan berhubung perkara ini… kerana kita tidak mahu timbul sebarang kekeliruan," katanya. |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan