Nuffnang

Pengikut

Kelab Greenboc

sumber :-

Kelab Greenboc


Dia Sudah Mereng: Nak Dua Pakatan Dalam 1 Masa

Posted: 07 Dec 2015 01:18 AM PST

Ibarat graduan kembali ke sekolah, Amanah tolak idea 2 pakatan pembangkang

Parti Amanah Negara (Amanah) menolak idea 2 gabungan pembangkang bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata pengarah komunikasinya, Khalid Samad.

Katanya, idea itu yang pernah digunakan pada tahun 90-an dahulu tidak perlu lagi digunakan pada masa kini.

"Buat apa lagi kita hendak ada 2 gabungan pembangkang kalau kita sudah ada Pakatan Harapan?


"Ia ibarat kita sudah ada ijazah universiti tetapi kita kembali ke sekolah untuk belajar lagi," kata Khalid pada sidang media hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Ahli Parlimen Batu, Chua Tian Chang, yang dilaporkan The Malay Mail Online mencadangkan 2 gabungan pembangkang seperti Angkatan Perpaduan Ummah (APU) dan Gagasan Rakyat (GR) pada tahun 1990.

"Satu-satunya cara adalah dengan PAS berada bersama kami (Pakatan Harapan) atau kita adakan perjanjian pilihan raya dengan PAS," kata ahli Parlimen Shah Alam itu.

Sementara itu, mengulas tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menaikkan had umur pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) selama 2 penggal, daripada 65 tahun kepada 69 tahun, Khalid menganggapnya petanda beliau takut kehilangan kuasa.

"Mesej utama di sini adalah Najib khuatir sokongannya hanya terdapat di kalangan orang lama, dan dia hendak kekalkan sokongan di kalangan orang lama untuk pengaruh dan kuasa.

"Bagi kami, ia petanda baik perubahan yang sedang berlaku, dan kemungkinan kehakisan sokongan yang berlaku terhadap beliau," kata Khalid.

Pada Oktober, Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan mencadangkan perkara sama di Selangor, ketika menegaskan pendirian parti Islam itu meneruskan kerjasama dengan PKR dalam mentadbir negeri itu.

Katanya, walaupun PAS tidak bersama Pakatan Harapan, kerajaan negeri itu boleh ditadbir 2 gabungan pembangkang serentak, mengambil contoh ketika kewujudan parti Semangat 46 di Kelantan pada 1990.

"Dalam Semangat 46, kita ketika itu ada 2 pakatan. Ada pakatan antara Semangat 46 dan PAS daripada Angkatan Perpaduan Ummah untuk mentadbir Kelantan," katanya.

Bagaimanapun, cadangan itu dilaporkan ditolak Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua, yang meminta PAS melupakan nostalgia parti itu masih wujud dalam Pakatan Rakyat (PR). -TMI

ULASAN GB

Pendirian PAS nampaknya seperti enau dalam belukar, melepas pucuk masing masing-masing.

Di negeri-negeri tertentu seperti Pulau Pinang dan Perak, PAS hentam DAP hentam PKR. Tetapi di Selangor, PAS Selangor, sebab nak jaga kedudukan, mengambil pendirian yang berbeza walhal parti yang serupa, PAS!

Setiausaha PAS Selangor Mohd Khairuddin Othman berkata ahli exco PAS akan meneruskan tugas seperti biasa dalam pentadbiran Selangor bersama PKR dan DAP seperti yang diputuskan oleh Menteri Besar Mohamed Azmin Ali sebelum ini.

"Ahli Exco dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS di Selangor tetap bersama Pakatan (Rakyat) dan tetap dalam kerajaan Selangor. MB Selangor juga sudah putuskan perkara ini," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini. -Bernama (20-11-2015)

Memang PAS sudah mereng selepas ketiadaan golongan progresif di dalamnya.

Comments (0)

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT