Rabu, 30 Disember 2015

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


DAP Bidas Kenyataan Zuhdi Yang DIsiar Harakahdaily

Posted: 30 Dec 2015 12:08 AM PST

Dr Zuhdi kitar bahan fitnah UMNO, abai hubungan dagang Malaysia-Israel

KUALA LUMPUR 30 DIS: Kenyataan Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki yang mengaitkan DAP berkaitan isu Israel tak ubah mengitar semula bahan fitnah UMNO, parti yang menjalin hubungan dagang dengan negara itu.

Ketua DAPSY Perak, Howard Lee Chuan How, berkata tohmahan itu menunjukkan Dr Zuhdi berketandusan isu dan idea, malah ia mirip kepada telatah dan taktik lumrah digunakan UMNO BN.

"Tambahan lagi dengan tingkah laku mereka terdekat ini yang begitu mesra UMNO, mereka terpaksa meminjam bahan fitnah daripada UMNO," katanya pada kenyataan media hari ini.

Sekalipun kenyataan Dr Zuhdi itu di portal HarakahDaily itu sudah ditarik balik, Horward menyifatkan Dr Zuhdi seakan-akan mengikut teladan Menteri Propoganda kepada Adolf Hitler iaitu Joseph Goebbels yang menggunakan startegi mengulangi pembohongan supaya ia kelihatan sebuah kebenaran.

Justeru, katanya, DAPSY membidas, mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan fitnah Dr Zuhdi, malah mempersoal kredibilitinya yang membuat kenyataan berdasarkan sumber tulisan blog yang diragui kewibawaannya.

"Ternyata ia kenyataan berniat jahat untuk memburuk-burukkan nama dan memberi persepsi negatif kepada DAP dengan menggunakan isu sensitif dalam kalangan masyarakat Melayu dan umat Islam,"
katanya.

Howard turut mempersoal pendirian Dr Zuhdi dalam hubungan dagang antara Malaysia- Israel yang diakui Kerajaan UMNO BN, sebagai negara ketujuh destinasi eksport utama Israel pada 2013.

"Adakah Dr Zuhdi menyokong hubungan dagang itu selepas segelintir kepimpinanan PAS dilihat berkira-kira untuk bersama dengan UMNO atas nama Melayu dan Islam?"
katanya.

Mengenai pendirian DAP terhadap konflik Israel-Palestin, beliau berkata, pendirian parti itu sentiasa konsisten iaitu menolak keganasan dan penindasan regim Tel Aviv terhadap rakyat Palestin.

"Malah DAP menyokong perjuangan rakyat Palestin. Mereka yang inginkan pencerahan bolehlah merujuk beberapa kenyataan media dan ucapan pimpinan DAP di Parlimen," katanya. -Roketkini

ULASAN GBNampaknya harakahdaily akur bahawa kenyataan Zuhdi itu tidak benar, maka lantaran itu kenyataan itu telah ditarik balik dan dipadam dari portal harakahdaily.

Lawatan ke alamat harakahdaily yang menyiarkan kenyataan Zuhdi itu mendapat jawapan "Page Not Found".

Jika tidak ada angin masakan pohon bergoyang. Jika kenyataan Zuhdi itu benar, masakan harakahdaily mencabut semula siaran kenyataannya.

Ia menunjukkan harakahdaily sendiri tidak mampu untuk "mempertahaankan" lenyataan Zuhdi, lantaran itu ianya dipadam dari portal berkenaan.

Harakahdaily kini sudah jadi cacamarba. Kerana kini ada dua suara di dalam PAS. Muammar Ghadafi di dalam tulisannya menyatakan:

Saya perhati Datuk Seri Hadi Awang, Dr Mohd Zuhdi Marzuki, Nasrudin Hassan Tantawi, Datuk Takiyuddin dan Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz semacam senada.

Beriya sangat nak menggatal dengan Umno. Dalam hal yang sama, saya lihat pimpinan seperti Iskandar Samad (naib presiden), Tuan Ibrahim (timbalan presiden) dan Idris Ahmad (naib presiden) semacam membawa arus yang bertembung dengan arus Hadi dan kelompok di atas.

Saya melihat semacam ada 2 arus. Arus tengkujuh pantai timur melawan arus negeri selat.

Percayalah, hukum kebenaran dan keadilan berjalan, PAS kini terus berpecah... dan akan terus karam....

Anak Hj Hadi Berdepan Tindakan Undang-undang Jika Gagal Mohon Maaf

Posted: 29 Dec 2015 06:45 PM PST

Pemuda PAS mohon maaf atau tindakan undang-undang diambil, kata Pemuda Amanah

Naib Ketua Pemuda Amanah Nasional Mohd Fakrulrazi Mokhtar (kanan) mahu Pemuda PAS memohon maaf dalam tempoh dua minggu sebelum tindakan undang-undang diambil.

Naib Ketua Pemuda Amanah Nasional Mohd Fakrulrazi Mokhtar mahu Pemuda PAS memohon maaf dalam tempoh dua minggu sebelum tindakan undang-undang diambil.

Pemuda Amanah Nasional menuntut Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia Muhammad Khalil Abdul Hadi menarik balik tuduhan bahawa 'Amanah hanya akan dengar cakap DAP' atau berdepan tindakan undang-undang.


Naib ketuanya, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar berkata, Khalil perlu memohon maaf secara terbuka kerana tuduhan tersebut bersifat jahat dan menyebabkan timbulnya persepsi buruk terhadap Parti Amanah Negara (Amanah).

Beliau memberikan masa selama dua minggu dari tarikh sidang media hari ini untuk Khalil bersemuka dengan pihaknya.

"Kami menegaskan bahawa kami bersedia untuk bersemuka dan behadapan secara harmoni atas dasar sifat jiwa besar dalam menangkis dakwaan tersebut.

"Sekiranya beliau yakin dan berpegang kepada dakwaannya itu, tidak menjadi masalah untuk beliau berhadapan dengan Pemuda Amanah.

"Namun jika beliau enggan memberikan respons, kami menyerahkan kepada peguam untuk membuat tidankan selanjutnya," kata beliau pada sidang media di Wisma Amanah Negara, Jalan Kuching hari ini.

Khalil pada 24 Disember lalu berkata kepada Sinar Harian Online: "Amanah terikat dengan DAP. Mereka hanya akan dengar cakap DAP sahaja. JIka DAP mahu mereka senyap, merak akan senyap. Kalau DAP mahu mereka buat bising, jadi bisinglah mereka,"

Menjawab tuduhan yang disifatkan sebagai sangat berat itu, Fakhrulrazi menegaskan, Amanah tidak terikat kepada mana-mana parti sebaliknya perjuangan mereka berdasarkan prinsip dan pegangan.

"Kenyataan ini sangat tidak berasas dan ia hanya sangkaan buruk terhadap Amanah iaitu parti Islam yang baharu bertapak dalam arena politik negara.

"Dakwaan Khalil ini sangat berat seolah-oleh Amanah hanya pak turut kepada DAP sedangkan tidak berlaku sama sekali gambaran sedemikian," katanya yang juga bekas bendahari Pemuda PAS Malaysia.

Menurut beliau, Khalil sebagai pemimpin pemuda parti yang meletakkan Islam sebagai dasar perjuangan tidak harus membuat tuduhan seperti itu.

"Beliau seharusnya lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan, jangan kerana kebencian menghalalkan fitnah seperti itu. Seorang ahli parti Islam lebih mengetahui kaedah dan cara untuk mengenakan tuduhan dan hukuman," katanya lagi.

Sementara itu, seorang lagi Naib Ketua Wan Anwar Wan Ibrahim menjelaskan, tindakan mahkamah adalah sesuatu yang normal sebagai pengajaran kepada orang yang membuat fitnah.

"Kita beri peluang kepada Khalil untuk respons dan jika tiada kita tengok tindakan mana yang wajar dilakukan.

"Kami tidak mahu terlalu membesarkan perkara ini tetapi kalau terlalu kerap kenyataan fitnah terhadap Amanah, kami kena ambil tindakan sebagai pengajaran dan ini suatu yang normal," katanya yang juga merupakan peguam. -malaysiadateline

ULASAN GB

AMANAH hanya dengar cakap DAP, kata anak Presiden PAS, Mohd Khalil Haji Hadi. Tuduhan dan fitnah yang menjadi-jadi di kalangan pemimpin dan ahli-ahli PAS terhadap AMANAH.

Kerana partinya sudah memutuskan hubungan dengan DAP, maka dituduh sesiapa juga yang berkawan dengan DAP sebagai musuhnya dan pak turut DAP.

Sungguh kasihan. Ingatkan dalam UMNO sahaja mempunyai makhluk-makhluk berakal kometot, tapi kini dalam PAS pun ramai juga.

Jika dahulu, TDM berkata yang tinggal dalam UMNO hanya mereka yang bodoh-bodoh dan yang pandai-pandai dah masuk PAS, tetapi kini senario berubah lagi. Yang tinggal di dalam PAS hanya mereka yang bodoh-bodoh dan yang pandai-pandai dah masuk AMANAH.

Itu hakikatnya. Itulah hukum kebenaran dna keadilan yang berjalan.

Ia semata-mata kerana kebodohan pemimpin PAS yang percayakan UMNO kerana hudud. Akhirnya hudud entah ke mana, PAS pula tercampak keluar dari Pakatan Rakyat.

AMANAH tidak pernah menolak hudud seperti yang difitnahkan oleh ramai pemimpin dan ahli PAS. Tetapi AMANAH mengikut saranan Ketua Ulamak Sedunia, Syeikh Yusuf Qaradhawi yang menyatakan, laksanakan kehidupan Islam dahulu, bukan hudud.

Memang DAP menentang hudud, dan itulah hak mereka. Presiden PAS pun akui hakikat itu. Yang penting ialah kita perlu terus berdakwah kepada bukan-Islam termasuk DAP dengan cara berhikmah., bukan dengan cara kekerasan.

Firmanullah

"Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran Yang baik, dan berbahaslah dengan mereka dengan cara yang lebih baik; Sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalannya, dan Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk"
(Surah al – Nahl: 125)

"Maka, berkat rahmat Allah, engkau (Muhammad) berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya engkau bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekitarmu. Karena itu maafkanlah mereka dan mohonkanlah ampunan untuk mereka, dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila engkau telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sungguh, Allah mencintai orang-orang yang bertawakkal."
(Surah Ali Imran: 159)

Dua ayat Allah di atas sudah cukup untuk dijadikan panduan di dalam berdakwah terutama terhadap bukan-Islam.

Ini tidak, dimakihamun semua orang yang dituduhnya menolak hudud, baik yang Islam atau bukan Islam.

Tetapi mahu pula berbaik dengan UMNO walaupun UMNO menolak hudud. Berbaik juga dengan UMNO walaupun rakan-rakan UMNO seperti MCA dan GERAKAN yang menolak hudud.

Keras hati dan zulmat - itu jawapannya. Sehingga tidak mempraktikkan uslub dakwah yang telah dibawa oleh Rasulullah. Pemergian TG Nik Aziz yang bersifat "murabbi", yang berlemah lembut terhadap orang yang keras menentang hudud juga tidak dijadikan ikutan.'

Hati para pemimpin dan ahli PAS menjadi keras seperti batu. Gagal melaksanakan fungsi dakwah. Habis semua dikafir harbikan. Sama seolah-olah golongan ISIS. Bila kita begitu melenting sampai ke langit. Yang "menasihat" mereka dituduh pengkhianat. Tapi hendak pula mereka menjadi penasihat kepada UMNO!

Tiada ulasan: