Khamis, 3 Disember 2015

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


AMANAH Gesa Parti Pembangkang Bersatu & Tinggalkan Politik Purbakala

Posted: 03 Dec 2015 12:18 AM PST

Parti Amanah Negara (AMANAH) hari ini menggesa parti-parti politik khususnya pembangkang di negara ini agar mempamerkan pendekatan politik rasional dan bijaksana dalam mendepani cabaran politik negara dewasa ini.

Di dalam satu kenyataan media yang dieluarkan oleh Timbalan Presiden AMANAH, Tn Hj Salahuddin Ayub, beliau juga turut meminta parti-parti berkenaan meninggalkanlah pendekatan politik purbakala yang hanya berasaskan dendam, emosi, merasa parti kita saja yang kuat sehingga hilang pertimbangan untuk mengenali antara kawan dan lawan.



"Sekiranya semua parti-parti pembangkang bersetuju untuk berlawan satu lawan satu dengan BN dalam Pilihan Raya Umum akan datang maka pendekatan politik yang berasaskan kepada maufakat, perundingan dan persefahaman mestilah segera diusahakan dalam masa terdekat."

Tanpa merujuk dan mengaitkan mana-mana kenyataan pemimpin parti politik, namun Salahuddin dipercayai mengulas tindakan Pesuruhjaya Perak, Haji Razman Zakaria yang sebelum ini telah membuat kenytaaan media bahawa PAS akan merebut 22 kerusi di Perak.

Razman di dalam kenyataannya menyatakan, PAS tidak akan menyertai Pakatan Harapan yang terdiri daripada DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (PAN) dan beliau mengesa supaya PKR membuat keputusan sama ada mahu bersama dengan parti Islam itu atau bertindak sebaliknya.

Hal yang sama juga berlaku di Johor apabila Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed mahu Parti Keadilan Rakyat (PKR) tentukan sikap sama ada mahu bersama PAS atau Pakatan Harapan.

PAS Johor mengumumkan akan bertanding di semua 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN ) dan semua kerusi Parlimen pada pilihanraya umum akan datang, jika PKR tidak mengadakan perbincangan dengan mereka mengenai peruntukan kerusi, lapor MStar.

Menurut Salahuddin, AMANAH yang telah memberikan komitmen bersama parti-parti dalam Pakatan Harapan sentiasa terbuka dan bersedia untuk memberikan segala pengalaman dan kebolehan yang sedia ada untuk mencapai kejayaan yang menjadi harapan seluruh rakyat di negara ini.

"Adalah menjadi kewajipan kepada AMANAH dan Pakatan Harapan untuk memenuhi aspirasi rakyat yang kehidupan dan nasib mereka semakin ditekan dengan pelbagai masalah ekoran kegagalan pentadbiran kerajaan BN," tambahnya.

Hasrat untuk bertanding semua kerusi dengan tidak memperhitungkan faktor-faktor kemenangan adalah ibarat "pucuk dicita ulam mendatang" bagi Umno BN, ujarnya.

Mat Sabu Tak Perlu Layan TITM Yang Meroyan

Posted: 02 Dec 2015 09:35 PM PST

Ideologi IS: Pas minta Mat Sabu kemuka bukti

PETALING JAYA: Pas memandang serius tuduhan yang dibuat bekas timbalan presidennya, Mohamad Sabu yang mendakwa parti itu diresapi pemikiran militan Negara Islam (IS).

Mengulas mengenainya, Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man meminta Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) itu mengemukakan bukti bagi menyokong kenyataannya.


"Pas tegaskan tiada sebaran unsur atau penyusupan pemikiran ISIS sebagaimana yang didakwa. Beliau mesti mengemukakan bukti di atas pertuduhan tersebut ," katanya dalam kenyataan.

Katanya lagi, dakwaan itu dibuat Mohamad Sabu atau Mat Sabu selepas dirinya tidak lagi diterima perwakilan Pas selepas dirinya tersingkir pada muktamar parti itu.

Katanya, seandainya Mat Sabu menang, tuduhan itu tidak timbul.

Menurut Tuan Ibrahim lagi, ia tidak pelik kerana dia sebelum ini pernah mengaitkan kononnya kerjasama dengan UMNO menjadi alasan untuk menubuhkan parti baharu.

"Kemudian bertukar kepada tuduhan unsur takfiri dan sekarang tuduhan baru iaitu usaha mengaitkan dengan ISIS. Selepas ini mungkin akan ada pula tuduhan baru," katanya.

Sehubungan itu, Tuan Ibrahim meminta supaya tuduhan ke atas Pas dihentikan dan meminta Amanah memberi tumpuan kepada isu yang sedang melanda rakyat. -FMT

ULASAN GB

Tuan Ibrahim ini sudah buang tabiatkah? Apa pasal minta Mat Sabu kena beri bukti? Mat Sabu bukan ahli PAS yang TITM boleh sesuka hati tuntut bukti. Nak ambil tindakan di bawah Lembaga Disiplin PAS kah? Ketawa besar semua pihak dengan gelagat TITM tersebut.

Sepatutnya apabila Mat Sabu membuat dakwaan TITM perlu mengarahkan PAS jalankan siasatan dalaman apakah benar dakwaan tersebut dan tindakan tegas perlu diambil jika wujud kebenaran terhadap dakwaan berkenaan.

Kerana Mat Sabu sudah meminta pihak polis cawangan khas di bawah KDN untuk menyiasat, justeru itu PAS yang perlu bersiap sedia jika terdapat bukti sahih pegnlibatan beberapa orang pimpinan PAS dengan kegiatan ISIS.

Jika Mat Sabu perlu beri bukti pun, foto-foto pimpinan PAS teribat denga ISIS sudah tersebar luas di internet.


Mala dakwaan Mat Sabu ada pimpinan PAS Pusat yang inclined dan yang sokong ISIS secara terbuka pun ada buktinya.


Jadi biarlah TITM merapu sendirian. Hukum kebenaran dan keadilan akan berjalan. Yang benar itu akan terserlah jua akhirnya.

Tiada ulasan: