Selasa, 22 Disember 2015

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


[VIDEO & BERGAMBAR] Mujahid Jawab Dakwaan "Pengkhianat" ...

Posted: 22 Dec 2015 01:15 AM PST

Naib Presiden AMANAH, YB Datuk Dr Mujahid Yusof mempertahankan tindakannya turut bersama dengan rakan-rakannya yang lain menubuhkan AMANAH dan memberi jawapan terhadap sesetengah pihak yang menuduhnya sebagai pengkhianat.

Di dalam satu ceramah penerangannya di Sebatu, Melaka Mujahid dengan tegas menyatakan bahawa beliau dan rakan-rakannya yang menubuhkan AMANAH dianggap khianat kepada perjuangan parti kerana parti asalnya telah khianat kepada perjuangan rakyat.


"KIta menyatakan kita (dianggap) khianat kerana parti kita telah khianat kepada perjuangan rakyat," disambut dengan tepukan gemuruh para hadirin di majlis ceramah berkenaan.

"Kita tidak pernah dilantik oleh rakyat untuk bercumbu-cumbuan dengan UMNO Narisan Nasional, betul?" soalnya merujuk kepada tindakan pimpinan tertinggi PAS yang kini dilihat berbaik-baik dan ingin bekerjasama dengan UMNO.

"Kita tidak pernah dilantik oleh rakyat, tidak berani menegur 2.6 bilion yang UMNO Barisan Nasional (dan) Najib sapu (serta) tidak pernah dipilih oleh rakyat untuk ambil sikap berkecuali," tambahnya.

Pada bulan Oktober yang lalu, ahli Parlimen pembangkang bangkit memegang sepanduk bertulis "Mana RM2.6 bilion" selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selesai membentangkan Bajet 2016 di Dewan Rakyat, dan beberapa ahli Parlimen PAS seperti Nik Mohd Abduh Nik Aziz (Pasir Mas) dan Datuk Dr Khairuddin Aman Razali (Kuala Nerus) tidak turut sama berdiri memegang sepanduk itu dan hanya duduk sewaktu ahli Parlimen pembangkang lain berdiri. (Nasruudin Hassan Tantawi, Temerloh dan Takiyuddin Hassan, Kota Bharu juga tidak berdiri dan mengangkat plakad)

Ceramah sulong parti AMANAH bersempena dengan pelancaran penubuhan jawatan penaja DUN Sungai Rambai pada malam tadi penuh sesak dan orangramai tidak berganjak dari awal sehinggalah Dr.Mujahid tamat menyampaikan ceramahnya.

Mujahid menekankan bahawa beliau dan rakan-rakannya dipilih oleh rakyat untuk mengembalikan maruah rakyat dan (menentang) pemimpin yang memijak dan menindas rakyat. Mereka yang dipilih sebagai wakil rakyat diamanahkan oleh rakyat untuk membawa suara mereka ke parlimen untuk melawan kerajaan yang zalim.

"Apakah saya pengkhianat jika saya melihat parti lama saya sudah tidak ada lagi kekuatan (memegang amanah rakyat) itu, parti lama saya bukan setakan kkenyit-kenyit mata, bercumbu-cumbuan ... maka saya kata ..nasib baiklah saya keluar dahulu..." ujarnya.

Beliau turut menegaskan sokongan 52% rakyat kepada PR di dalam PRU13 dahulu bukan untuk mereka yang dipilih bermesra-mesra dengan kerajaan yang rasuah tetapi 52% rakyat memilih mereka bukan sekadar untuk menentang mereka malah menukar kerajaan kepada kerajaan yang membela rakyat.

Program berkenaan turut dihadiri oleh Pengerusi AMANAH Negeri Melaka, Tn Hj Adly Zahari dan Pengerusi AMANAH Parlimen Jasin, EN Azreen Abdul Majid serta beberapa pimpnnan PKR Melaka dan DAP. Beberapa tokoh veteran juga turut hadir diantaranya termasuk mantan Pesuruhjaya PAS Melaka, Tn Hj Salleh Yusof, setiausahanya, Tn Hj Azutdin Hassan dan Ustaz Abdullah dari Merlimau.

Di majlis berkenaan Mujahid turut menyerahkan panji-panji AMANAH kepada wakil-wakil DUN di parlimen Jasin.

Pada sebelah paginya, pihak penganjur telah mengadakan satu program "Back-to-School" dengan memberi sumbangan kepada lebih 50 orang para pelajar dengan bantuan pakaian dan peralatan sekolah kepada keluarga yang kurang mampu.



[VIDEO] Edisi Kantoi: Penafian Takiyuddin Ditolak...

Posted: 21 Dec 2015 06:04 PM PST

TMI siarkan transkrip kenyataan SU Agung PAS, tolak dakwaan fitnah

Transkrip wawancara yang dikeluarkan oleh wartawan portal online The Malaysian Insider dan video yang disiarkan oleh Sinar Online jelas menunjukkan bahawa Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyudin Hassan berkata, PAS sedia untuk memaaf dan melupakan kesilapan Umno sebelum ini.



Dalam audio itu, wartawan bertanya, "Jadikan PAS bersedialah untuk forgive dan forgetlah," selepas Takiyudin menjelaskan kedudukan hubungan antara PAS dengan Umno sekarang ekoran pertemuan antara pemimpin kedua-dua parti.

Ketika menjawab soalan itu, Takiyudin berkata, "Itu antara ciri-ciri yang ada dalam perjuangan kita. Perkara ini bukan perkara baru."

Katanya, di dalam perjuangan PAS sendiri, ramai pemimpin parti-parti lain termasuk parti Umno sendiri yang masuk dalam PAS mereka ada kedudukan yang begitu baik dan diterima dengan hati terbuka oleh PAS.

"Itu di kalangan ahli. Sekarang ini datang parti pula kita akan apply perkara yang sama," kata Takiyudin.

Takiyudin dalam kenyataannya hari ini menafikan laporan TMI yang mengatakan PAS telah memaaf dan melupakan kesilapan Umno selama ini.

Berikut adalah transkrip temubual wartawan dengan Takiyudin yang diadakan selepas beliau menyertai majlis Perkasa semalam.

Pemberita: Salam perpaduan antara Umno dengan PAS, pemimpin PAS pun beri 1 reaksi positif?

Takiyuddin: Sebagaimana kita semua maklum ucapan diberikan presiden, cuma yang penting kepada kita, perpaduan yang diperjuangkan PAS selama ini adalah perpaduan dan "unity" berasaskan syariat.

Sebab itu sebagaimana kenyataan presiden PAS, sepanjang masa PAS berjuang atas dasar ini, sampai masanya ada pihak lain yang juga berjuang atau mengambil prinsip yang sama dengan PAS, maka PAS bersikap terbuka bersama-sama menjayakan agenda besar ini.

Atas kata kunci perpaduan atau perjuangan berasaskan syariat itu kita bersama-sama mana-mana pihak, sama ada orang Islam atau bukan Islam. Itu kenyataan presiden kita. Jelas.

Pemberita: So maknanya PAS bersedia "forgive and forget"?

Takiyuddin: Itu antara ciri yang ada dalam perjuangan kita.

Perkara ini bukan perkara baharu. Di dalam perjuangan PAS sendiri. Ramai pemimpin parti lain. Parti Umno sendiri.

Yang masuk dalam PAS mereka ada kedudukan yang begitu baik. Diterima dengan hati terbuka PAS. Itu di kalangan ahli. Sekarang ini datang parti pula kita akan "apply" perkara yang sama.


Pemberita: Apakah selepas ini PAS dan Umno akan lebih kerap bertemu dalam majlis lain?

Takiyuddin: Itu bergantung perancangan kedua-dua pihak. Kita sekarang dalam proses untuk kita berikan penjelasan yang menyeluruh kepada ahli kita tentang hasrat dan perkara ini.

Pemberita: Penerimaan ahli bagaimana?

Takiyuddin: Penerimaan saudara boleh melihat sekarang ini. Perkara yang baru memang ada tahap masing-masing.

Tapi pokoknya dalam kepimpinan PAS, apa yang dibawa presiden PAS ini adalah satu yang bersikap kolektif atas nama parti. Itu adalah "collective decision" daripada parti.-malaysiadateline


ULASAN GB

Video ada. Transkrip pun ada. Macamana nak nafikan lagi?

Apakah kerana sudah diasak oleh pimpinan dan ahli PAS maka Takiyuddin menuduh ia sebagai satu ftnah walhal bukti-bukti yang ada jelas menunjukkan Takiyuddin mengiyakan kenyataan "forgiive and forget" berkenaan?

PAS sebelum ini sentiasa dilihat melakukan "u-turn". Jika Presiden yang bercakap, maka akan ada seperti satu Lajnah Penafian yang diketuai oleh setpolnya menafikan kenyataan itu dibuat oleh Hj Hadi.

Dan kemudian "anjing-anjing kurap" PAS (meminjam istilah yang digunakan oleh Pengarah Unit Amal Nazree Mohd Aris apabila Unit Amal dihalau keluar dari pusat pemindahan banjir di Klang) bertempik menyalahkan pihak lain kononnya berita itu diputarbelitkan.

Demikian hukum kebenaran dan keadilan berjalan..... si munafik akan terus mendedahkan wajahnya...

Tiada ulasan: