Jumaat, 18 Disember 2015

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Misi Hassan Ali & Nasha Berjaya, Tentangan TITM & Iskandar Tidak Relevan Lagi..

Posted: 18 Dec 2015 12:20 AM PST

Alumni Al-Azhar tubuh jawatankuasa temukan pemimpin PAS-Umno

Alumni Al-Azhar bersetuju mewujudkan satu jawatankuasa yang akan menjadi pihak ketiga menyediakan platform penyatuan pemimpin Umno dan PAS dalam satu pentas yang sama.

Presiden Rabitah Antarabangsa Alumni Al-Azhar Malaysia (WAAGM), Prof Madya Datuk Dr Mohd Fakhrudin Abdul Mukti menyatakan persetujuan itu ketika cadangan dilontarkan Pengerusi Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah, Tan Sri Johan Jaaffar yang menjadi moderator forum Perpaduan Ummah Merentasi Ideologi bersempena Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015, di Kuala Lumpur, malam tadi.


"Ini merupakan langkah positif, pihak rabitah (alumni) akan membincangkan perkara ini, berdasarkan pengalaman yang kita ada, insya Allah kita mampu tubuhkan jawatankuasa itu.

"Saya yakin jawatankuasa itu nanti mampu mengadakan pertemuan seperti hari ini sekerap mungkin berdasarkan kemampuan yang ada.

Kami akan mengenal pasti"tokoh-tokoh yang akan dibawa dalam jawatankuasa itu, yang mana mereka harus bebas daripada kepentingan mana-mana parti politik," katanya ketika ditemui media selepas forum berkenaan.

Turut hadir sebagai ahli panel forum, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) Nasharudin Mat Isa.

Cadangan penubuhan jawatankuasa itu disambut baik Asyraf yang menyatakan perlunya pihak ketiga dalam menyatukan 2 pihak yang selama ini tidak sehaluan dalam konteks politik namun ingin bersatu dalam menjaga kepentingan agama dan perpaduan umat Islam.

"Itu (jawatankuasa) satu cadangan yang baik, saya rasa gerakan penyatuan ini boleh dilakukan kerana adanya pihak ke-3 yang diwakili ulama dan cendekiawan Islam dari Universiti Al-Azhar yang umurnya lebih 1,000 tahun.

"Dan kita tahu jawatankuasa itu nanti adalah ulama dan cendekiawan yang tidak mewakili mana-mana parti politik tapi mewakili suara hati rakyat," katanya. – Bernama

ULASAN GB

Nampaknya misi Hassan Ali dan Nasharuddin Mat Isa kini sudah berjaya. PAS dan UMNO berkerjasama. Presiden PAS kata, perbezaan ideologi tidak penting. Multaqa alumni Al-azhar yang mempertemukan Haji-Najib turut disertai Mufti Mesir yang merupakan penyokong kuat Jenderal Al-Sisi yang menggulingkan Presiden Morsi di Mesir.

Amanat Hadi tahun 2008 dahulu yang mengkafirkan UMNO sudah dibakulsampahkan. Pejuang Memali yang dikatakan PAS "syahid" kerana mempertahankan Amanat itu kini sudah dilupakan.

Sebelum ini GB sudah menyatakan dan ianya kini menjadi kenyataan:

Meskipun ada kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man dan Naib presiden PAS, Iskandar Samad, kononnya PAS menolak kerjasama dengan UMNO, nampaknya ianya semacam tidak benar...




Hadi nampaknya terus pertahankan agenda kerjasama PAS-UMNO di atas alasan "perpaduan ummah" dan kenyataan Hadi itu juga amat disenangi oleh Najib dan UMNO.

Najib dapat melepaskan dirinya daripada beberapa bebanan serangan rakayat terhadap pelbagai isu yang melandanya dan partinya.

PAS terus membekalkan oksigen untuk UMNO BN untuk terus mengekalkan kuasanya.

Sementara "anjing-anjing kurap" (istilah yang digunakan oleh Pengarah Unit Amal Nazree Mohd Aris apabila Unit Amal dihalau keluar pusat pemindahan banjir di Klang) kini terawang-awang... ada yang menyokong langkah Hadi sementara ada pula yang lain tidak menyokongnya kerana malu setelah selama ini mereka menafikan akan wujud kerjasama PAS-UMNO.

Yang nyata, PKR terutama kumpulan yang mewujudkan kerjasama dengan PAS pula tersepit. Meneruskan kerjasama dengan PAS bererti "menyokong UMNO" dan sepastinya impak sokongan rakyat kepada PKR akan turut terjejas dengan besarnya.

Apa-apa pun sekali lagi kita ucapkan selamat maju jaya kepada PAS dan UMNO. Pakatan Harapan akan terus menggembelengkan tenaganya untuk mempastikan UMNO BN akan keluar dari Putrajaya selepas PRU14 nanti.

Tatkala Najib-Hadi Sepentas, Unit Amal Dihalau Bagai Anjing Kurap...

Posted: 17 Dec 2015 07:31 PM PST

Unit Amal PAS dihalau keluar pusat pemindahan, silaturahim Umno 'omong kosong'

Usaha membantu mangsa banjir di Meru, Klang tergendala semalam apabila Umno Bahagian Kapar, Selangor didakwa menghalau Unit Amal PAS yang membantu mangsa banjir ditempatkan di sebuah sekolah di sana.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru Dr Rani Othman meminta unit itu agar meninggalkan kawasan itu kerana jika mereka tidak berpindah, pusat pemindahan mangsa banjir itu akan ditutup.


Katanya, arahan supaya unit itu keluar dibuat Ketua Umno Bahagian Kapar Datuk Faizal Abdullah kepadanya kira-kira jam 2 petang semalam dengan alasan ia arahan "pihak atasan". 

"Mula-mula datuk pegawai daerah, yang dipertua Majlis Perbandaran Klang, pegawai bomba dan exco terkejut dan tidak bersetuju dengan keputusan saya supaya kita berkemas petang semalam atas desakan Umno itu.

"Ada yang hampir menangis dengan keputusan saya itu. Namun selepas itu, masing-masing nampak impak keputusan itu, atau 'the big picture' yang cuba saya ketengahkan," kata Dr Rani.

Pusat pemindahan mangsa banjir itu dibuka di sebuah sekolah yang ditadbir kerajaan persekutuan manakala Unit Amal ialah badan sukarela bawah PAS.

Sejak banjir melanda Selangor kelmarin, unit itu dengan kerjasama Dr Rani menjadi badan pertama yang menyediakan kemudahan untuk membantu mangsa banjir.

Sebanyak 52 keluarga mangsa dari Persiaran Hamzah Alang, Taman Sri Puteri, Taman Saujana, Taman Meru Utama, Taman Berkat dan Taman Bayu dipindahkan ke sekolah berkenaan.

Unit tersebut menyediakan khemah di dalam dewan sekolah itu bagi membolehkan mangsa banjir tinggal di situ dengan selesa dan menyediakan makanan untuk mereka 3 kali sehari.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang melawat mangsa banjir itu semalam dikatakan melahirkan perasaan bangga dengan kemudahan disediakan untuk mangsa, menyatakan ia setaraf dengan apa dibuat di negara maju.

Ketua Kampung Meru Thaifor Noor berkata insiden diarahkan keluar itu berlaku ketika mereka menunggu ketibaan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kasim yang sepatutnya tiba ke pusat perpindahan itu jam 1 tengah hari semalam.

"Namun menteri tidak tiba sehingga jam 2 petang.
Selepas itulah kami diberitahu mereka marah kerana kami seolah-olah menjaga pusat pemindahan itu," katanya kepada The Malaysian Insider.

Sementara itu, Pengarah Unit Amal Nazree Mohd Aris yang kesal dengan kejadian itu berkata, kejadian itu membuktikan cakap-cakap Umno akan bekerjasama dengan PAS hanya omong kosong.

"Tindakan ini juga menjawab persoalan tentang PAS akan bergabung dengan Umno,"
kata Nazree dalam satu kenyataan, mengulas kejadian itu dan mengaitkannya dengan ucapan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak pada Perhimpunan Agung Umno minggu lepas.

"Kalau benar hendak bergabung, mana mungkin kami dari Unit Amal Malaysia dihalau seperti anjing kurap.

"Saya harap pihak yang menyalak PAS dan Umno akan bergabung akan dapat menilai sendiri bukti jelas dan nyata ini," kata Nazree.

Beliau kesal dengan tindakan Umno Kapar yang didakwanya mempergunakan kuasa mereka di peringkat persekutuan untuk mengusir anggota Unit Amal yang berhari-hari membantu mangsa banjir di sekolah di Meru itu.

"Kerana mahu mengejar nama dan 'political mileage', apa saja halal bagi Umno. Tidak adakah perasaan malu menumpang populariti atas usaha orang lain?

"Namun ini tidak menjadi suatu yang luar biasa kerana kebobrokan Umno sudah lama kita ketahui," katanya.


Sepentas bersama Najib, Hadi harap Malaysia tak jadi Timur Tengah


Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang hadir berpakaian sedondon ke program Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia petang ini, memakai baju Melayu merah jambu, seperti membayangkan ikatan silaturahim yang mungkin terjalin antara dua ketua parti orang Melayu itu.

Bagaimanapun, warna itu sebenarnya merupakan tema majlis yang diadakan di sebuah hotel di Kuala Lumpur itu, acara yang julung kali diadakan bagi menghimpunkan bekas pelajar Universiti Al-Azhar, Mesir dari Malaysia dan Indonesia.

Seri yang terpancar dari warna baju presiden Umno dan presiden PAS yang duduk bersebelahan di atas pentas itu seolah-olah memberi harapan kepada kerjasama antara dua parti politik yang selama ini bersaing itu.

Minggu lepas, Najib membuat pelawaan terbuka untuk menjalinkan silaturahim dengan PAS bagi membina negara sempurna mengikut syariat Islam.

Menyampaikan ucaptama di multaqa petang ini, Hadi berkata beliau mengharapkan umat Islam di negara ini tidak menjadi seperti di Timur Tengah yang kini berperang sesama sendiri kerana perbezaan ideologi.

Katanya, meskipun Malaysia tidak dapat lari daripada pelbagai perbezaan ideologi, beliau yakin ia tidak akan sampai ke tahap yang boleh mengakibatkan peperangan.

"Sunni dengan Sunni berperang, Syiah dengan Syiah berperang, kerana perbezaan ideologi. Berperang dengan senjata yang diberi Barat, Timur, sama ada Amerika, Rusia atau China.

"Kita berperang dengan senjata mereka... Kenapa jadi begitu? InsyaAllah Melayu tidak jadi macam Arab. Indonesia tidak jadi macam Arab. Kita berbeza pendapat, kita berbalah, berkelahi, tetapi tidak jadi peperangan proksi," katanya.

Hadi juga dalam ucapannya berkata, kerajaan sewajarnya memanfaatkan kepakaran ulama negara ini, mengatakan ramai ulama lepasan Al-Azhar boleh diketengahkan bagi membantu kerajaan dalam mentadbir negara.

"Zaman penjajah sudah tidak ada lagi di negara ini. Kita sendiri (tadbir negara). Ulama-ulama dan ustaz kita yang belajar agama ramai di negara kita.

"Bila kekuatan secara berkumpulan, ia sukar untuk dilumpuhkan," katanya sambil menambah, ilmu daripada Barat boleh dimanfaatkan tetapi nasihat mereka boleh diketepikan. -TMI
-TMI


ULASAN GB

Kasihan PAS. Tatkala Presidennya berpakaian sedondon dengan Najib seperti bunga-bunga ke arah silatur-rahim PAS-UMNO bagai semakin hampir, tiba-tiba Unit Amal PAS dihalau bagai anjing kurap di Klang.

Kemudian mengadulah Sang Pengarah Unit Amal Nazree Mohd Aris, menyatakan Unit Amal telah dihalau bagai anjing kurap.

PAS dah kena main lagi dengan UMNO. Dulu hudud dah kena main kini bab silaturahim, pun kena main juga.

Tetapi yang kelakarnya, tatkala Nazree sendiri mengakui Unit Amal kena halau bagai anjing kurap, dia menuduh orang pula yang "menyalak".

"Kalau benar hendak bergabung, mana mungkin kami dari Unit Amal Malaysia dihalau seperti anjing kurap.

"Saya harap pihak yang menyalak PAS dan Umno akan bergabung akan dapat menilai sendiri bukti jelas dan nyata ini," kata Nazree.

Pelik dan ajabib. Dia yang mengaku anjing dia yang menuduh orang lain menyalak.

Demikianlah berjalannya hukum kebenaran dan keadilan.... dan PAS tak sedar-sedar lagi...

Yang ahli=ahli PAS bawahan mendedahkan ketololannya menyatakan kononnya Amanah cemburu apabila melihat UMNO sudah meminang PAS. Kononnya Amanah tidak ada siapa yang nak pinang.

Mungkin ahli bawahan PAS itu tak perasan rakan-rakannya dah pun dianjing kurapkan oleh UMNO.... atau mereka pun bakal dianjing kurapkan?




Tiada ulasan: