Rabu, 16 Disember 2015

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


"Nak Heret Kami Ke Mahkamah, Silakan!" - Hanipa

Posted: 16 Dec 2015 01:00 AM PST

Amanah tubuh pasukan peguam, sedia jumpa PAS di mahkamah

Parti Amanah Negara (Amanah) sedia berdepan dengan PAS yang mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap presiden Amanah Mohamad Sabu yang mendakwa PAS diresapi pemikiran ala kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis).

Ketua Biro Undang-undang Amanah Mohamed Hanipa Maidin berkata dalam satu kenyataan hari ini, satu pasukan peguam sudah ditubuhkan bagi mempertahankan Mohamad, lebih dikenali sebagai Mat Sabu, di mahkamah.


"Amanah menghormati hak sesiapa sahaja, termasuklah PAS, bagi menyaman Amanah atau mana-mana pemimpinnya.

"Namun kami ingin mengingatkan PAS, yang Amanah tidak pernah melayan PAS sebagai seteru politiknya," kata ahli Parlimen Sepang itu. Menurut Hanipa, Amanah juga tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap PAS dan pemimpinnya yang didakwanya mengeluarkan kenyataan liar tidak berasas dan berbaur fitnah terhadap parti baharu itu.

"Amanah berhak memfailkan saman balas sekiranya PAS masih mahu bertarung di mahkamah."


PAS Pulau Pinang semalam dilaporkan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Mat Sabu susulan keengganan beliau menarik balik dakwaan kononnya parti Islam itu diresapi fahaman militan Isis.

Berita Harian melaporkan, setiausaha PAS Pulau Pinang Iszuree Ibrahim berkata tindakan terhadap Mat Sabu akan dilakukan sejurus perbincangan mengenainya dimuktamadkan di peringkat pusat.

Katanya, perbincangan di peringkat pusat akan membabitkan beberapa pihak termasuk Jawatankuasa Undang-undang PAS dan peguam yang dilantik parti.

ULASAN GB

Tepat seperti kata Hanipa, bahawa Amanah juga tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap PAS dan pemimpinnya yang didakwanya mengeluarkan kenyataan liar tidak berasas dan berbaur fitnah terhadap parti baharu itu.

Bermacam-macam label dan tuduhan diberikan oleh para pemimpin PAS terhadap para pemimpin AMANAH.

Jadi jika PAS mahu mengheret Mat Sabu ke mahkamah dengan alasan Mat Sabu menuduh PAS diresapi oleh ISIS.

Sebelum ini PAS Pulau Pinang telah membuat laporan polis terhadap kenyataan Dr.Mujahid di atas sebab yang sama. GB sudah ulas sebelum ini.

Ada beberapa perkara yang menarik perhatian kita mengenai isu PAS dan ISIS ini.

Pertama, kenyataan Ust Mujahid sebenarnya telah diputarbelitkan. Beliau menyebut "jalur pemikiran ekstreme", bukan ISIS. Tetapi tafsirannya dilakukan oleh pemberita-pemberita portal yang mengaitkannya dengan ISIS - maka itu bukan kesalahan Mujahid.

PAS juga tidak akan dapat membuktikan kenyataan Mujahid yang mengaitkan PAS dengan ISIS.

Kedua, yang membuat laporan polis ialah Iszuree Ibrahim, seorang pemimpin PAS Pulau Pinang yang telah dipecat daripada semua jawatan yang disandangnya dalam Jawatankuasa Tetap Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) sedikit masa lalu.

Siasat punya siasat, hukum kebenaran dan keadilan mendedahkan Iszuree mempunyai rekod disiplin yang kurang baik ... seseorang yang suka tidur dalam mesyuarat... inikah perwatakan seorang "pejuang hukum Islam"?


Jadi tidaklah hairan Iszuree membuat laporang polis berdasarkan hanya kepada maklumat yang tersiar di portal, bukan dari kenyataan asal Mujahid... tertidur agaknya...

Ketiga, kenyataan setpol Presiden PAS, Dr. Ahmad Samsuri yang mendapat jolokan sebagai Ketua Lajnah Penafian PAS Pusat...

Tindakan MP Parit Buntar yang melarikan kerusi yang ditandingi oleh beliau sebagai ahli PAS, watikah dari PAS, kerja penat ahli PAS dan rakyat di kawasan beliau yang tidak mengimpikan jawatan dan pangkat itulah sebenarnya satu tindakan ekstrem, ganas, pentingkan diri dan pelampau.

Tak sudah-sudah menuduh AMANAH melarikan kerusi PAS. Memang sakit hati PAS apabila kerusinya berkurangan... tetapi apa yang dilakukan oleh Mujahid dan beberapa orang MP dan ADUN yang lain yang menyertai AMANAH adalah betul, samada dari segi undang-undang atau pun moral.

Dari segi undang-undang tiada apa-apa kesalahan untuk mereka beralih kepada parti lain. Dari segi moral pula memang patut pun mereka kena ikut suara rakyat kerana mereka menang dulu kerana sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat, bukan kerana mereka calon PAS semata-mata. Berdasarkan kenyataan itu, sepatutnya wakil rakyat PAS yang perlu letak jawatan kerana mengkhianati rakyat.

Jadi ternyata kritikan Samsuri itu kesasar dan justeru itu kritikannya itu merupakan tindakan ekstreme, ganas, pentingkan diri dan pelampau .... kerana taksub kepada Presidennya.

Seterusnya persoalan jalur ekstrem... jalur kekerasan yang disebut oleh Mujahid.

Ia sesuatu yang terang dan nyata... semenjak dari muktamar yang ke 60 lagi... sudah wujud jalur ektreme di mana para pemuda PAS sudah mula melakukan ejekan dan boo-mengeboo di dalam muktamar PAS. Kemudian diikuti dengan beberapa siri keganasan dilakukan terhadap pemimpin-pemimpin progresif yang ada di dalam PAS termasuk insiden Safwan Anang yang diugut oleh beberapa orang ahli PAS. Himpunan demo depan pejabat PAS yang mencaci dan memaki golongan progresif dalam PAS. Beberapa minggu lalu, keluarga pemimpin AMANAH Marang iaitu Ust Miqdad Zakaria diganggu dan diugut....

Semuanya itu adalah jalur ekstrem yang berlaku di dalam PAS. Dan itu semua adalah "hasil tarbiyah" pimpinan PAS sendiri yang telah menghamburkan kata-kata cacian dan makian terhadap mereka yang tak sehaluan... dengan perkataan-perkataan seperti broker, barua, tolol, pengkhianat, anjing dan sebagainya.

Hukum kebenaran dna keadilan akan tetap berjalan.... yang bersalah tetap terhukum... tunggukan!

MCA Juga Tentang Hudud, Kenapa PAS Diam?

Posted: 15 Dec 2015 08:31 PM PST

MCA tolak PAS bawa hudud

Ketika Umno menghulurkan tangan perdamaian kepada PAS, Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata parti itu tidak akan campur tangan dalam hal berkenaan.

Bagaimanapun, jika Umno berhasrat membawa PAS masuk menyertai BN, MCA berpendapat ia mesti dibawa ke Majlis Tertinggi BN untuk dibincangkan.

Jika PAS tetap dengan pendiriannya untuk memperjuangkan hudud pula, kata Liow, MCA akan menentang kemasukan berkenaan.




"MCA tidak mempersoalkan atau campur tangan dalam hal dianggap isu dalaman Umno, tetapi jika mereka (Umno) mahu membawa PAS menyertai BN, kami pasti akan menentang kecuali PAS mengetepikan hudud," katanya kepada media di Subang hari ini.

Liow menjawab soalan media yang bertanya sama ada hubungan mesra Umno - PAS akan merugikan MCA dan menguntungkan DAP. -mk


Chua: Kerjasama Umno-PAS jejas parti komponen bukan Islam BN

Kerjasama Umno-PAS akan memberi masalah kepada parti-parti komponen bukan Islam dalam BN, dan berpotensi meminggirkan mereka dari arus politik perdana, kata bekas presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Berdasarkan keputusan pilihan raya umum pada 2013, kata Chua, Umno dan PAS secara bersama mempunyai 109 daripada 222 kerusi Parlimen di Malaysia, dan juga 326 daripada 505 kerusi Dewan Undangan Negeri.

Katanya, jika dua parti itu bekerjasama, ia pastinya akan menyebabkan perubahan yang menarik dalam masyarakat dan persekitaran politik, dengan perubahan dan konflik dalam setiap bidang.

Dalam senario ini, tegas Chua, parti-parti komponen bukan Islam dalam BN, termasuk MCA dan Gerakan, akan berdepan dengan cabaran yang serius.

Jika Umno dan PAS berjaya bekerjasama, katanya, ini bermakna pemimpin Islam akan menguasai kuasa politik, terutamanya di negeri-negeri di Malaysia Barat dan kerajaan persekutuan.

Bagi parti-parti komponen bukan Islam dalam BN, mereka hanya akan tinggal di pinggir arus politik perdana, kata Chua dalam blognya semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas ucapan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak pada 10 Disember lalu, di mana perdana menteri juga menawarkan untuk memupuk hubungan yang lebih rapat dengan PAS.

PAS telah melarang ahli-ahlinya daripada mengulas mengenai tawaran Najib itu. Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Aziz menyambut baik tawaran Najib, tetapi menegaskan bahawa PAS akan kekal sebagai parti pembangkang di peringkat persekutuan.

'Baik untuk DAP'

Sementara itu, Chua berkata, senario politik semasa memihak kepada DAP, terutamanya selepas parti itu memutuskan hubungan dengan PAS.

Beliau berkata, DAP kini mempunyai peluang dan alasan yang baik untuk menyerang MCA dan parti-parti komponen bukan Islam dalam BN yang lain.

"DAP kini boleh mencabar MCA dan parti-parti komponen BN yang lain untuk menentang undang-undang jenayah syariah, malah mencabar mereka untuk memutuskan hubungan dengan Umno," katanya.

PAS telah memperbaharui usahanya ke arah pelaksanaan hudud, di Kelantan. Ini membawa kepada perbalahan antara DAP dan PAS, dan akhirnya pembubaran Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun, Chua meragui bahawa Umno akan pergi sejauh sehingga membolehkan hudud dilaksanakan di peringkat persekutuan, kerana ia sedar bahawa ini akan memberi kesan yang serius terhadap masyarakat Malaysia.

Selain itu, katanya, akan ada tindak balas yang kuat dari Sabah dan Sarawak terhadap hudud, maka adalah mustahil bagi kerajaan persekutuan untuk melaksanakan hudud.

Umno dan BN, kata Chua, tidak boleh mengabaikan potensi tindak balas dari Sabah dan Sarawak itu.

Menurutnya, perdana menteri sedang bekerja keras melaksanakan Program Transformasi Ekonomi untuk menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi.

Oleh itu, katanya, Najib tidak akan mengorbankan matlamat tersebut, dan tidak akan membenarkan mana-mana tindakan politik menjejaskannya.

Perdana menteri, tambahnya, mahu menjadikan matlamat menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi sebagai 'legasi politik' beliau untuk rakyat Malaysia, supaya mereka selama-lamanya akan ingat sumbangan beliau kepada negara.
-mk


ULASAN GB

Selepas GERAKAN, kini giliran MCA pula tolak hudud. Mengapa PAS berdiam diri Mengapa PAS hanya bising tatkala DAP yang menyuarakan tentangannya terhadap hudud Malah dikafirharbikan DAP tetapi lansung tak berkata apa mengenai MCA dan Gerakan...

Bercelaru sudah PAS kini. Itulah akibat dari perjuangan yang tidak bersandarkan ilmu dan strategi tetapi hanya berdasarkan nafsu dan emosi.

Perjuangan Islam termasuk hudud tidak boleh bersandarkan nafsu dan emosi. Ia akan menghadapi kegagalan. Ilmu dan strategi amat diperlukan dan inilah yang membeakan perjuangan yang professional dengan perjuangan yang membabi buta.

Bukankah Allah telah berfirman di dalam Surah Ar-Rahman, ayat 33:

"Wahai jin dan manusia, jika kamu sanggup menembusi (melintasi) penjuru langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak dapat menembusinya kecuali dengan kekuatan (ilmu pengetahuan)."

Huraiannya: kamu tidak dapat perjuangkan apa pun hatta hukum Allah sekalipun TANPA ada kukuatan, kuasaaan dan ilmu pengetahuan. Sebarang perjuangan sekalipun namanya Islam, namanya untuk menegakkan syariat Allah tanpa memiliki kekuatan, kekuasaan dan ilmu pengatahuan hanyalah perjuangan yang mengikut hawa nafsu dan akan hanya menemui kegagalan, kekalahan dan kehinaan.

"Fatwa" Ketua Ulamak Sedunia, Sheikh Yusof Al-Qardhawi sebelum ini yang menyatan "tegakkan kehidupan Islam dahulu, bukan hudud" adalah betul. Tetapi malangnya, PAS mengabaikannya.


Jikalah didengar pendapat dan nasihat Sheikh Yusuf Al-Qardhawi seperti di atas, maka tidak timbul pergolakan mengenai isu hudud. GB juga sudah ulas di dalam entri tersebut. Petikan:

Itu sebab mengapa kita perlu prioritaskan perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan disamping menghapuskan kezaliman melalui Pakatan Rakyat terlebih dahulu sebelum kita dapat melaksanakan hudud.

Dan sebab itu juga penting kita menguasa Putrajaya terlebih dahulu. Semua ajensi kerajaan sudah dapat dita kawal...sistem pendidikan pun kita kawal dan subjek hudud boleh diperkenalkan dan ditekankan di peringkat sekolah. Media main peranan untuk menerangkan hudud dan kebaikan-kebaikannya. Sedikit demi sedikit nanti rakyat akan faham mengapa hudud itu wajib dilaksanakan. Bila kita dah ada kuasa..tekanan dan halangan dari mana-mana pihak terutama dari bukan Islam hatta DAP sekalipun dapat kita kurangkan bila kita berjaya meyakinkan mereka Islam itu adil kepada semua.

Apa yang berlaku kini adalah disebaliknya. Timbul suara-suara pimpinan tertinggi PAS kata, hudud lebih penting dari Putrajaya, hudud lebih penting dari pakatan Rakyat dan seumpamanya macamlah UMNO 100% akan sokong hudud yang nak dibentangkan di Parlimen nanti...

Mereka yang hendak melaksanakan hudud sebelum rakyat dibangunkan dengan ciri kehidupan Islam adalah umpama orang yang turun berlari dari Bukit Uhud untuk merebut ghanimah, sedangkan Islam belum betul-betul menang lagi. Akhirnya, musuh mengambil peluang merebut Bukit Uhud dan kemudian menghancurkan umat Islam yang berebut ghanimah itu. Bezanya ialah kalau di dalam Perang Uhud Rasulullah saw sendiri memerintah jangan turun dulu untuk merebut ghanimah, tetapi di dalam isu sekarang, pemimpin tertinggi PAS sendiri yang menyuruh turun rebut ghanimah!

Bangunkan dahulu kehidupan Islam. Itu penegasan Al-Qardhawi. Apakah Kelantan sudah beres membantu dan mebangunkan penduduk yang telah terlibat dengan banjir baru-baru ini contohnya? Kajian Merdeka Center sebelum ini adalah betul.

... Dalam tinjauan yang dilakukan terhadap 1008 pengundi, 84% daripadanya bersetuju usaha pemulihan pasca banjir diutamakan Kelantan pimpinan PAS ( daripada mengutamakan hal hudud) dan pandangan sama turut disuarakan sejumlah majoriti besar (81%) pengundi Melayu-Islam seluruh Semenanjung Malaysia.

Begitu juga persoalan good governance di dalam pentadbiran kerajaan Kelantan. Ia perlu dipertingkatkan. Masalah hutang kerajaan Kelatan kepada YIK dan isu pembalakan cukup mencemarkan imej Islam.

Berdasarkan laporan ini:

Kerajaan Kelantan mengakui tidak membayar potongan gaji dan caruman guru Yayasan Islam Kelantan (YIK) membabitkan tunggakan berjumlah RM14.6 juta. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata tunggakan tersebut berlaku sejak 2001 kerana beberapa faktor namun semakin meningkat bermula tahun lepas.

Beliau berkata potongan gaji dan caruman itu sepatutnya dihantar ke beberapa agensi seperti Biro Angkasa, Bank Islam, Tabung Haji, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Koperasi Majlis Agama Islam Kelantan (Maik). "Tunggakan sehingga September tahun ini sahaja adalah sebanyak RM14.6 juta kerana YIK perlu menyusun kembali bayaran selepas berlakunya pelarasan gaji di bawah Skim Saraan Malaysia (SSM) yang bermula pada tahun lepas," katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kota Baru...

Tiada ulasan: