Ahad, 13 Disember 2015

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Mat Sabu Tak Tarik Balik Dakwaannya PAS Diresapi Fahaman ISIS,

Posted: 13 Dec 2015 12:37 AM PST

PAS diresapi fahaman Isis: Mat Sabu tak akan tarik balik kenyataan

Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamed Sabu hari ini berkata beliau tidak akan sesekali menarik balik kenyataannya berhubung dakwaan "PAS diresapi fahaman militan Negara Islam (Isis) atau pengganas Daesh".

Beliau yang lebih dikenali dengan gelaran Mat Sabu berkata tiada keperluan baginya untuk menarik balik kenyataannya walaupun PAS tampil membuat laporan polis berhubung perkara tersebut.


"Mahu tarik apa? Apa punya laporan polis pun saya tak tahu. Saya tak pernah baca apa-apa pun mengenai laporan polis dibuat PAS terhadap saya," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Amanah peringkat negeri di Kepala Batas, hari ini.

Mat Sabu berkata kritikan kepimpinan PAS terhadapnya adalah hanya melalui tafsiran mereka sendiri dan beliau enggan mengulas lanjut mengenai hal tersebut.

"Lebih baik kamu pergi tanya PAS mengenainya dan kenapa mereka kemukakan kenyataan berkenaan.

"Paling utama, kamu lihat sendiri berapa ramai yang hadir di majlis petang ini. Ini membuktikan kerjaya politik saya masih relevan dan tidak seperti digambarkan kepimpinan PAS," katanya.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz sebelum ini menyifatkan tuduhan Mat Sabu itu adalah langkah terdesak bagi mengembalikan karier politiknya yang kini ibarat telur di hujung tanduk.

Nik Mohamad Abduh berkata tuduhan Mat Sabu itu disebabkan beliau sudah tidak ada modal untuk menjatuhkan PAS sejak beliau keluar daripada parti itu dan membentuk Amanah.

PAS Pulau Pinang turut membuat laporan polis ke atas Naib Presiden Amanah Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa ekoran kenyataannya yang dikatakan mendakwa PAS mempunyai hubungan dengan militan Daesh dan Al-Maunah. – Bernama

ULASAN GB

GB setuju dengan pendirian Presiden AMANAH, MohSabu untuk TIDAK mennarik balik kenyataannya berkenaan PAS yang kini mirip ke fahaman militan ISIS.

Sudah banyak laporan polis mengenai keganasan yang dicetuskan oleh PAS terhadap orang lain terutama pimpinan AMANAH seperti yang dilaporkan berlaku di Terengganu dimana Pengerusi Amanah Parlimen Marang, Ust Miqdad Zakaria diserang oleh seorang ustaz PAS. Banyak lagi laporan polis mengenai keganasan yang dilakukan oleh pahli-ahli PAS sebermula dari tindakan memukul Aduka Taruna di Marang lagi.

Biarlah hukum kebenaran dan keadilan berjalan dengan sendiri. PAS akan tetap menerima hukumannya dari Allah swt.

Tiada ulasan: