edyesdotcom |
SAMM Kecam Penahanan Khairul Nizam Hanya Kerana Bercakap Benar Posted: 28 Dec 2015 07:37 PM PST Kenyataan Media 29 Disember 2015 SAMM Kecam Penahanan Khairul Nizam Hanya Kerana Bercakap Benar Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengecam penahanan seorang aktivis masyarakat di bawah akta hasutan dan menuntut supaya saudara Khairul Nizam atau nama pena Aduka Taruna dibebaskan segera. Khairul Nizam telah hadir sendiri ke IPD Dang Wangi pagi semalam untuk memberi keterangan, maka tidak ada sebab untuk beliau direman kerana telah memberi kerjasama yang baik. Setelah diteliti tulisan yang kononnya menyebabkan beliau ditahan di bawah akta hasutan, SAMM mendapati ianya adalah satu tulisan yang jujur selain menjadi nasihat yang sangat berguna kepada mana-mana institusi kesultanan. Malah tiada juga unsur-unsur kebencian terhadap mana-mana pihak. SAMM menuntut pihak berkewajiban supaya meneliti semula tulisan Khairul Nizam dan membuat tafsiran dengan lebih bijak khususnya dari sudut maksud penulisan beliau dipaparkan. Penahanan Khairul Nizam juga menjadikan tahun 2015 sebagai tahun menangkap aktivis dan ahli politik, ia tidak ada bezanya dengan zaman kerakusan Mahathir menggunakan akta hasutan demi mengekalkan kuasa 22 tahun pemerintahannya. Sekian EDY NOOR REDUAN Pengarah Propaganda Solidariti Anak Muda Malaysia |
You are subscribed to email updates from edyesdotcom. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan