Isnin, 21 Disember 2015

dollah yankee

dollah yankee


Bukan NATO (no action talk only)

Posted: 21 Dec 2015 06:32 AM PST

Pakatan Harapan Pulau Pinang yang memerintah sejak 2008 adalah kerajaan yang cekap, akauntabel dan telus (CAT) dalam melaksanakan urus tadbir dan memikul amanah rakyat yang tidak mengira bangsa, warna kulit dan pahaman politik.
Transparency International telah mengiktiraf kerajaan negeri Pakatan Harapan Pulau Pinang sebagai kerajaan negeri pertama di Malaysia yang telah mengamalkan sistem tender terbuka untuk apa-apa juga projek pembanggunan negeri.
Dalam tempoh 8 tahun ini, Pakatan Harapan berupaya membela secara saksama dan memberikan keadilan kepada semua rakyat Pulau Pinang tanpa mengira kaum, agama, jantina atau latar belakang politik.
 Negeri telah dan mampu menjalankan pelbagai program sosial dan kebajikan melalui pertumbuhan ekonomi negeri yang mampan dan inklusif.
Urus tadbir negeri yang bersih, boleh dilihat dengan:
a) Pakatan Harapan menikmati lebihan belanjawan setiap tahun yang kini terkumpul sebanyak RM503 juta dalam tempoh 7 tahun pemerintahan (2008-2014) berbanding dengan lebihan RM373 juta sepanjang 50 tahun (1957-2007) di bawah kerajaan negeri terdahulu. Jelas sekali 7 tahun Pakatan Harapan memerintah Pulau Pinang lebih berkesan daripada 50 tahun sebelum ini;
b) Pakatan Harapan berjaya mengurangkan hutang kerajaan negeri sebanyak 90% sedangkan kebanyakan negara mengalami beban hutang kerajaan yang meningkat 100% termasuk Kerajaan Persekutuan Malaysia;
c) Kadar pengangguran di Pulau Pinang dapat dikurangkan kepada 1.7%; dan
d) Pakatan Harapan dapat mengurangkan jurang ketidaksaksamaan pendapatan di antara golongan kaya dan miskin dengan Gini Coefficient yang sekadar 0.37 pada 2012 berbanding dengan 0.42 pada 2009, iaitu penurunan yang paling besar dalam tempoh 3 tahun ini di Malaysia.
Kami berhasrat menjadikan Pulau Pinang sebagai sebuah negeri berkebajikan yang tidak bankrap!
Pulau Pinang pada setiap tahun memberikan sumbangan penghargaan RM100 kepada golongan warga emas; Orang Kurang Upaya (OKU); ibu tunggal dan suri rumah (ibu emas).
Dalam pada itu, bagi meringankan beban ibu bapa, Pulau Pinang turut memberikan bayaran secara one-off RM100 kepada pelajar tahun 1 dan 4 dan tingkatan 1 dan 4 di bawah Skim Pelajar Emas; RM200  (one-off) melalui Program Anak Emas serta RM1,000 (one-off) kepada mahasiswa.
Bagi meringankan beban waris warga emas, ibu tunggal dan OKU dalam pengurusan jenazah, Pulau Pinang memberikan bantuan secara one-off RM1,000.
Jumlah perbelanjaan yang telah dibelanjakan bagi Program Emas dari 2009 hingga  20 November 2015 adalah sebanyak RM176.06 juta.Pulau Pinang juga telah memperkenalkan program Agenda Ekonomi Saksama (AES) bagi memastikan setiap keluarga menerima sekurang-kurangnya RM790 sebulan.
Keluarga yang berpendapatan kurang daripada jumlah RM790, Pulau Pinang akan "tambah nilai" (top-up) sehingga genap RM790.
Contohnya, sekiranya sebuah keluarga menerima RM600 sebulan, Pulau Pinang akan memberikan "tambah nilai" RM190 setiap bulan.
Peruntukan Kepada pegawai masjid, guru KAFA, hufaz dan guru agama tahfiz/pondok/TADIS. Sejak 2009 hingga 20 November 2015, Pulau Pinang membelanjakan sebanyak RM28.16 juta seperti jadual di bawah.
Amat jelas sekali, Pulau Pinang boleh mencatatkan lebihan belanjawan tanpa perlu mengenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) kerana mengamalkan pentadbiran bersih.
Negeri tidak bankrap sungguhpun tidak ada GST.
Sememangnya terbukti  urus tadbir bersih, cekap dan baik Kerajaan Negeri Pakatan Harapan membolehkan rakyat Pulau Pinang menikmati faedah dividen anti-rasuah secara bersama.
Pakatan Harapan akan meneruskan usaha untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai negeri bertaraf antarabangsa dan negeri berkebajikan pertama di Malaysia.
dollah yankee - Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Pulau Pinang..."Indah kabar,indah juga rupa". Mereka cakap dan mereka buat !

Tiada ulasan: