Rabu, 16 Disember 2015

dollah yankee

dollah yankee


Ekk..eklehh..berhenti tipu rakyat konon

Posted: 16 Dec 2015 06:06 AM PST


dollah yankee -
Eh..eh..lehh..Hang pun sama lah macam dia, sama-sama ngokk. Masa hang ada kuasa dulu apa yang hang buat? Kalau tak sebab sifat hang yang hipokrit, Pemerintahan Malaysia dah bertukar tangan. Anwar Ibrahim pula dah pun jadi PM Malaysia dan malaysia tak akan jadi teruk macam sekarang ni. Gurkah-gurkah politik di'port' kata lebih baik hang duduk diam-diam daripada hang buka mulut hang yang nafas berbau ...

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu berhenti daripada terus berbohong kepada rakyat tentang keadaan sebenar kedudukan negara, kata bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman.

"Berhenti menipu rakyat dan buat kerja kamu. Beritahu kepada pemimpin Melayu berlaku jujur dan buat apa yang boleh (membantu Melayu)," katanya dalam mesyuarat Agung Tahunan Perkasa, hari ini.
Rashid berkata beliau tidak marah jika orang Umno atau Najib memarahinya mengkritik secara terbuka kerana tiada apa yang perlu disembunyikan.

"Sekarang saya lantang mengkritik tetapi tiada yang berani mengkritik saya kerana saya tidak mencuri duit rakyat. Tiada apa saya sembunyikan," katanya.

Beliau berkata dirinya sangat berterus-terang dan pernah berdepan dengan Najib bagi menyatakan pendiriannya.
"Saya bercakap secara berdepan. Saya kata jika tak suka, singkirkan saya tetapi sebaliknya saya dinaikkan pangkat," katanya.

Rashid berkata apa jua cadangan yang dibawa hari ini tidak akan ke mana-mana kerana pelaku rasuah tidak akan mendengar.

Tiada ulasan: