Selasa, 1 Disember 2015

dollah yankee

dollah yankee


Ini nak bagi rakyat yang sakit terus mamposs !!!

Posted: 01 Dec 2015 07:09 AM PST

Image result for parkir hospital

Nampak gaya macam Kementerian Kesihatan macam nak mula buat berniaga parkir pulak dah. Semua rakyat mula ingat macam ni bila KKM mula menyuarakan hasrat mereka untuk mengenakan caj bagi tempat meletak kereta di kawasan hospital.

Yang kerap pergi ke hospital kerajaan untuk dapatkan rawatan ialah rakyat-rakyat yang susah, yang tak berkemampuan untuk mendapatkan rawtan dihospital-hospital swasta. Bila kena caj parkir yang tinggi, tak kah ini membebankan mereka? 

Rasa-rasanya bila pengurusan tempat parkir letak kereta ini diswastakan sudah kadar caj parkir akan selalu naik dan berlaku melalui perjanjian konsesi yang ditetapkan.

Ini bukan nak meringankan beban rakyat dan nak mensejahterakan rakyat, tapi ini nak bagi rakyat mamposs!

Beban yang bertimpa-timpa terhadap rakyat pada hari ini menunjukan yang kerajaan pada hari ini bukan saja tak ada otak tapi hati perut pun tak ada.

Timbalan Menteri Kesihatan Dr.Hilmi Yahya yang sebelum ini berkata langkah untuk mengenakan caj parkir kereta dalam kawasan hospital perlu lah pikir semula cadangan itu, jangan dalam kepala otak asyik dok pikir nak buat duit dan nak bagi tender tu kepada kroni-kroni.

dollah yankee -
Orang umnu kata tak payah naik kereta,naik saja moto. Tapi kalau dah terketar-ketar sakit, masih boleh ka nak naik moto?

Tiada ulasan: