Isnin, 7 Disember 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


PAU 2015 guna format baharu

Posted: 07 Dec 2015 06:29 AM PST

 
Perhimpunan kali ke-66 bakal menguji kematangan anggota UMNO dan kebijaksanaan pemimpin ketika parti tunjang Barisan Nasional ini berdepan pelbagai cabaran dari dalam dan luar.


ku-nan-umno


KUALA LUMPUR: Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2015 yang bermula pada Selasa dijangka bakal menggunakan format baharu.

Menurut laporan Bernama, perhimpunan kali ke-66 yang menghimpunkan 5,738 perwakilan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), bakal menguji kematangan anggota UMNO dan kebijaksanaan pemimpin ketika parti tunjang Barisan Nasional ini berdepan pelbagai cabaran dari dalam dan luar.

Antara pembaharuannya ialah persidangan ketiga-tiga sayap parti pada Rabu yang akan dirasmikan oleh ketua sayap masing-masing, berbanding secara tradisinya ia disempurnakan timbalan presiden.

"Selain itu, berkemungkinan hanya presiden parti yang akan menyempurnakan sesi penggulungan walaupun kebiasaannya, sebelum presiden menggulung perbahasan pada hari terakhir perhimpunan, wakil Majlis Tertinggi (MT), ketua-ketua sayap, naib-naib presiden dan timbalan presiden berucap pada sesi penggulungan.

"Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata tidak salah jika tradisi dalam UMNO yang tidak termaktub dalam perlembagaan diubah, sebagaimana perasmian perhimpunan agung Pemuda, Wanita dan Puteri pada kali ini," petik laporan itu lagi.

Bukan itu sahaja, seperti sebelum ini, perhimpunan akan bermula dengan majlis Taklimat Presiden yang akan diadakan secara tertutup malam esok di Dewan Merdeka.

Difahamkan, Mesyuarat Majlis Tertinggi Khas akan diadakan pada Rabu, pukul 8 malam, dengan antara agendanya untuk membuat keputusan berhubung ucapan penggulungan pada akhir persidangan.

Malah, Presiden Datuk Seri Najib Tun Razak dikatakan memadai membuat ucapan penggulungan pada perhimpunan ini, memecahkan tradisi lama.

Hala tuju ucapan dasar Presiden, antara lain dijangka menyentuh agenda memperkasakan UMNO, isu-isu semasa dan penjelasan lanjut mengenai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).

Secara relatifnya, sesi perbahasan dijadual akan bermula dengan usul ucapan dasar presiden, usul ekonomi, agama dan pendidikan dan diakhiri dengan ucapan penggulungan pada Sabtu, hari terakhir perhimpunan.

Sebanyak 768 usul diterima daripada 191 bahagian UMNO di seluruh negara.

Antara topik yang dijangka mendominasi perbahasan ialah kos sara hidup, perumahan, pendidikan, kedudukan orang Melayu dan Bumiputera serta kesucian agama Islam.

Program Muhyiddin terima sambutan hebat

Posted: 07 Dec 2015 06:24 AM PST

Beberapa tokoh UMNO turut hadir antaranya Tun Dr Mahathir Mohamad dan Shafie Apdal.


talkl1



KUALA LUMPUR: Program Tan Sri Muhyiddin Yassin di Kelab Sultan Sulaiman di Kampung Baru malam ini menerima sambutan hangat.

Kira-kira 600 orang memenuhi dewan menyebabkan keadaan sesak tetapi sedikitpun tidak menghalang hadirin yang sebahagian besar ahli UMNO untuk datang mendengar amanat Timbalan Presiden UMNO.

Tokoh-tokoh besar UMNO turut hadir memberi sokongan kepada Muhyiddin antaranya Tun Dr. Mahathir Mohamad, Datuk Seri Shafie Apdal, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan wartawan veteran, Datuk A Kadir Jasin.

talkl2

Sementara itu, Khairuddin yang ditemui berkata, beliau berdiri teguh bersama Muhyiddin atas prinsip UMNO tulen.

Katanya, Muhyiddin tidak ada pilihan untuk berucap kerana disekat merasmikan sayap-sayap UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO 2015 yang bermula Selasa.

Kadir pula berkata, program malam ini akan memberi kesan besar kepada UMNO.

"Saya rasa program ini akan beri kesan. UMNO sekarang takut pada seorang (Muhyiddin).

Macam-macam perubahan dia ( Presiden) buat, kerana takut dengan Muhyiddin," katanya.

Pendebat terbaik Asia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menjadi pengacara majlis.

Khaled: Saya bukan anggota 'Team 5M' cabar kem Najib

Posted: 07 Dec 2015 06:17 AM PST

MALAYSIAKINI
 
 
 


Menteri Besar Johor Datuk Seri Khaled Nordin menafikan sekeras-kerasnya penglibatan dalam "Team 5M", kumpulan yang dikatakan akan mencabar kem Datuk Seri Najib Razak dalam pemilihan Umno 2018.

"Saya tidak dihubungi dan tidak ada menghubungi sesiapa untuk bertanding apa sahaja jawatan," katanya di Facebook hari ini.

"Ternyata, ini adalah usaha pihak-pihak tertentu yang terdesak yang ingin menganggu semangat perpaduan dan keharmonian dalam parti."

Mengulas dakwaan di laman pro-Najib MYKMU, Khaled berkata sewajarnya kesempatan berkumpul sempena perhimpunan agung Umno kali ini digunakan untuk memperkukuh dan mempersiapkan jentera parti bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Perhimpunan agung Umno akan berlangsung mulai esok sehingga Sabtu ini di ibu negara.

Memetik "PRU14", MYKMU mendakwa Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengumumkan pasukan itu dalam perhimpunan bersama penyokongnya di ibu negara malam ini, setelah peluang itu masih tidak jelas dalam perhimpunan agung parti.

Senarai pasukan Muhyiddin untuk menentang kem Najib itu didakwa seperti berikut:

Presiden: Muhyiddin
Timbalan presiden: Datuk Seri Mukhriz Mahathir
Naib presiden: Datuk Seri Mohd Shafie Apdal
Naib presiden: Datuk Seri Ahmad Said
Naib presiden: Khaled

Tulisan itu mendakwa Muhyiddin mengambil keputusan itu setelah sekumpulan tokoh Melayu ternama yang dikenali dengan gelaran 'G25' didakwa menolak permintaan mereka untuk bekerjasama menjatuhkan Najib.

Muhyiddin didakwa cuba mengambil inisiatif itu bersama bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Muhyiddin sebelum ini digugurkan sebagai timbalan perdana menteri setelah lantang mengkritik syarikat pelaburan negara cetusan ilham Najib, 1MDB.


Mahathir akan kena 'boo' dalam AGM Umno?

Posted: 07 Dec 2015 06:15 AM PST







Tun Mahathir Mohamad didakwa akan berdepan layanan buruk dalam perhimpunan agung Umno kali ini, yang akan bermula esok.

Seorang penulis blog Syed Akbar Ali mendakwa cakap-cakap telah tersebar bahawa bekas perdana menteri itu akan menjadi mangsa bu.

"Malah, fikir macam itu sahaja sudah menandakan bahawa Umno sudah mati.

"Jika mereka sebaliknya bu si dungu itu, Umno masih ada peluang untuk hidup," katanya penulis blog OutSyed The Box itu.

Syed Akbar mendakwa mendapat maklumat itu daripada cakap-cakap kedai kopi.

Beliau turut mendakwa bahawa perwakilan dan ucapan mereka ditentukan dengan berhati-hati bagi memastikan tiada sesiapa menyimpang daripada skrip.

Beliau juga menyindir semua perwakilan tertakluk kepada imbasan x-ray.


Pembantu: Muhyiddin tak bentuk 'Team 5M'

Posted: 07 Dec 2015 06:12 AM PST

Anne Muhammad


 


Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak membentuk 'Team 5M' untuk mencabar kem Datuk Seri Najib Razak dalam pemilihan Umno akan datang, kata seorang pegawainya.

Perkara itu dijelaskan oleh setiausaha akhbar Muhyiddin, Hafiz Abdul Halim ketika dihubungi Malaysiakini.

"Siapa-siapa yang mereka-reka cerita kita perlu jawablah?

"Itu sudah (cukup) menjawab soalan kamu," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.


Portal pro-Najib MYKMU , memetik laman "PRU14" mendakwa Muhyiddin kan mengumumkan "Team 5M" yang akan bertanding dalam pemilihan Umno 2018 nanti malam ini dalam pertemuan dengan penyokong di ibu negara.

Menurut portal itu, Muhyiddin akan bertanding jawatan presiden dan mencabar Najib.

Jawatan Timbalan presiden pula didakwa akan dicabar oleh Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Sementara jawatan naib presiden pula didakwa akan direbut oleh penyandang Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, bekas menteri besar Terengganu Datuk Ahmad dan Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Khaled juga telah menafikan dakwaan itu, begitu juga dengan Setiausaha Akhbar Shafie, Zamri Maulan.
Perhimpunan agung Umno akan berlangsung mulai esok sehingga Sabtu ini di ibu negara.

Tulisan itu mendakwa Muhyiddin mengambil keputusan itu setelah sekumpulan tokoh Melayu ternama yang dikenali "G25" didakwa menolak permintaan mereka untuk bekerjasama menjatuhkan Najib.

Muhyiddin didakwa cuba mengambil inisiatif itu bersama bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Muhyiddin sebelum ini digugurkan sebagai timbalan perdana menteri setelah lantang mengkritik syarikat pelaburan negara cetusan ilham Najib, 1MDB.


Berehatlah Najib, kata Muhyiddin

Posted: 07 Dec 2015 06:09 AM PST

MALAYSIAKINI
 
 
 


Sehari sebelum perhimpunan Umno esok, Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin malam ini mencadangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya berehat sementara.

Gesaan itu dibuat supaya dakwaan-dakwaan berkaitannya, termasuk isu 1MDB, dapat diselesaikan.

"Rehat sementara. Bukan berhenti. Rehat saja, sementara. Jangan timbul persepsi PM campur tangan. Ambil cuti sampai kes selesai.

"Kemudian kalau tidak terlibat, kita doa tidak terlibat, baliklah (bertugas) semula," katanya.

Muhyiddin berkata demikian dalam majlis khas bersama orang ramai di Kelab Sultan Sulaiman di Kampung Baru, Kuala Lumpur hari ini.

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad turut hadir dalam acara itu.

30,000 tiket masing-masing untuk final Piala M'sia

Posted: 07 Dec 2015 06:06 AM PST

SINAR HARIAN


30,000 tiket masing-masing untuk final Piala M'sia
Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Seri Afandi Amzah memberi penjelasan mengenai perlawanan akhir TM Piala Malaysia 2015 pada sidang media di Wisma FAM, Petaling Jaya hari ini. - Foto Bernama
 

FAM Bola Sepak Malaysia (FAM) memperuntukkan sejumlah 30,000 tiket masing-masing kepada Kedah dan Selangor untuk perlawanan final Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, 12 Disember ini.

FAM menetapkan harga tiket pada kadar RM40 bagi dewasa dan RM5 bagi kanak-kanak bawah 12 tahun.

Timbalan Presiden FAM, Datuk Seri Afandi Ahmad berkata, baki 10,000 tiket akan dijual dalam talian menerusi laman sesawang www.tickethotline.com.my mulai Rabu ini.

Selain itu, pasukan finalis turut diperuntukkan 1,000 tiket untuk kanak-kanak, katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pengelola Perlawanan Akhir Piala Malaysia di Wisma FAM, Kelana Jaya di sini, hari ini.

Menurutnya tiket yang diagihkan kepada kedua-dua pasukan itu akan mula dijual Khamis ini bermula pukul 10 pagi manakala pembeli tiket dalam talian boleh menebus tiket mereka di Stadium Malawati, Shah Alam, pada Khamis, bermula 10 pagi.

Pada hari perlawanan, Afandi berkata, pintu stadium akan mula dibuka pada pukul 4 petang dan penyokong Kedah perlu memasuki stadium menerusi pintu A dan B manakala penyokong Selangor di pintu C dan D.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan FAM, Datuk Osman Salleh mengingatkan penyokong kedua-dua pasukan agar tidak membawa bahan larangan seperti payung dan suar ke dalam stadium atau berdepan tindakan tegas daripada anggota keselamatan yang bertugas.

Osman, yang juga Ketua Polis Perak, berkata, kawalan keselamatan akan diadakan sebelum, semasa dan selepas perlawanan di dalam dan luar stadium bagi memastikan tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

"Kalau mereka (penyokong) didapati membawa bahan larangan ke dalam stadium, mereka bukan sahaja boleh ditahan malah boleh didakwa di mahkamah," katanya.

Pada masa yang sama, beliau meminta penyokong kedua-dua pasukan supaya datang awal ke stadium bagi mengelakkan kesesakan trafik yang dijangka berlaku pada hari perlawanan.

Selangor, yang juga juara 32 kali, mara ke final setelah mencatat kemenangan agregat 2-0 ke atas juara bertahan, Pahang manakala juara Liga Perdana, Kedah, layak menerusi keputusan agregat 4-3 ke atas Felda United pada aksi separuh akhir.

Untuk rekod, kedua-dua pasukan pernah bertemu pada aksi final 2008 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, yang menyaksikan Kedah muncul juara menerusi kemenangan tipis 3-2. - Bernama


SPRM sahkan hantar pegawai temui penderma RM2.6b

Posted: 07 Dec 2015 06:02 AM PST

SINAR HARIAN


SPRM
SPRM


KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengesahkan pihaknya telah menghantar pegawai ke Timur Tengah bagi mengadakan pertemuan dengan penderma dana RM2.6 bilion.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Azam Baki berkata, pihaknya akan mengemukakan laporan kepada Peguam Negara sebaik sahaja siasatan selesai dilakukan.

"Bagaimanapun SPRM tidak boleh mendedahkan hasil pertemuan itu kerana siasatan masih berjalan, jika ada perkembangan terkini SPRM akan maklumkan dari semasa ke semasa," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: ‎Isu RM2.6b, SRC: Najib beri keterangan hari ini]

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu.

Pada 5 Ogos lalu, SPRM mengesahkan dana RM2.6 bilion dimasukkan ke dalam akaun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan sumbangan daripada penderma Timur Tengah.

Pada Sabtu lalu (5 Disember), SPRM telah mengambil keterangan daripada Najib berhubung isu SRC International dan dana RM2.6 bilion.

Pertemuan itu diadakan selama dua jam setengah dan perdana menteri memberi kerjasama dengan baik kepada SPRM.

SRC International ialah anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), sehingga ia diletakkan di bawah Kementerian Kewangan pada 2012. - Bernama


Dokumen NOW Benar, Presiden & Timbalan YAPEIM Letak Jawatan

Posted: 07 Dec 2015 12:54 AM PST

KELAB GREENBOC

Akhirnya… Presiden, Timbalan letak jawatan dalam anak syarikat YaPEIM

Kira syabaslah untuk untuk National Oversight & Whistleblower (NOW) kerana pendedahan tentang YaPEIM sebelum ini.

Taklah mereka anak-beranak Umno 'pulun' semua jawatan sehinggakan merasakan hanya diri sendiri yang berkelayakan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Yapeim, Datuk Abibullah Samsudin berkata Presiden dan Timbalan Presiden YaPEIM telah meletak jawatan di dalam semua anak-anak syarikat YaPEIM, termasuk perletakan jawatan Felo Institut Penyelidikan dan Perundingan YaPEIM Sdn. Bhd berkuatkuasa pada 1 Disember 2015.

"Keputusan ini dibuat oleh presiden dan timbalan presiden YaPEIM bagi membolehkan mereka memberi tumpuan sepenuhnya kepada urusan-urusan di YaPEIM.

"Penambahbaikan tadbir urus YaPEIM akan dibuat secara berterusan bagi memastikan YaPEIM menjadi sebuah institusi ummah yang dipercayai dan diyakini," katanya dipetik The Rakyat Post.

Untuk makluman apa yang didedahkan NOW sebelum ini, senarai jawatan yang disandang oleh Presiden YaPEIM, Dato' Haji Abd. Malek B. Awang Kechil berserta gaji dan elaun bulanan:-

Presiden Lembaga Pemegang Amanah
RM15,000.00
Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah
RM15,000.00
Pengerusi Jawatankuasa Kerja YaPEIM
RM5,000.00
Pengerusi Panel Pemikir Pembangunan Ekonomi Islam
RM5,000.00
Pengerusi Jawatankuasa Khas LPA Program Mikro Kredit
RM5,000.00
Majlis Penasihat Teknologi Emas & Galian Bernilai
RM5,000.00
Penasihat Dasar dan Operasi Skim Ibadah Korban YaPEIM
RM5,000.00
Pengerusi, Institut Penyelidikan Dan Perundingan YaPEIM
RM4,500.00
Pengerusi, Pusat Khidmat Pembangunan Usahawan YaPEIM
RM4,500.00
Pengerusi, Yayasan Pembangunan Anak Yatim/Miskin
RM4,500.00
Pengerusi, PJ Perdana Management & Services
RM4,500.00
Pengerusi, YaPEIM Hospitality International Sdn Bhd
*tiada maklumat
Jumlah pendapatan bulanan melalui YaPEIM = RM73,000.00 sebulan.

Berikut pula adalah senarai jawatan yang disandang oleh Timbalan Presiden, Datuk Hajjah Siti Jeliha @ Zaleha Binti Hussin berserta gaji dan elaun bulanan:-

Timbalan Presiden Lembaga Pemegang Amanah
RM15,000.00
Timbalan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah
RM15,000.00
Pengerusi Jawatankuasa Audit YaPEIM
RM5,000.00
Ahli Jawatankuasa Pengawasan Syariah YaPEIM
RM1,000.00
Pengerusi Perbadanan Infaq YaPEIM Sdn Bhd
RM4,500.00
Ahli Lembaga Pemegang Amanah PEMANGKIN
RM2,500.00
Ahli Lembaga Pengarah YaPEIM Smart Venture
RM2,500.00

Jumlah pendapatan bulanan melalui YaPEIM = RM45,500.00 sebulan.

-ekeleh.com


YaPEIM tubuh 'task force' laksana tadbir urus sempurna

Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) sedang melaksanakan langkah-langkah penambahbaikan ke arah mencapai sistem tadbir urus yang sempurna secara berterusan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Datuk Abibullah Samsudin berkata usaha ini diambil setelah menerima arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk membentuk satu pasukan khas atau 'task force' bagi menilai dan menambah baik aspek tadbir urus agensi-agensi agama termasuklah YaPEIM.

"Pasukan khas ini akan diketuai oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. Di dalam perbahasan pergulungannya di persidangan Dewan Rakyat pada 17 November 2015 telah menyatakan kesediaan pihak menteri dan timbalan menteri untuk menambah baik tadbir urus semua agensi-agensi agama di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) termasuklah YaPEIM.

"Beliau turut menyarankan agar agensi agama seperti YaPEIM hendaklah bukan sahaja memastikan segala operasinya mematuhi peraturan tetapi juga mestilah sentiasa berusaha untuk menepati prinsip moral dan integriti," katanya dalam kenyataan hari ini.

Abibullah berkata buat masa ini, presiden dan timbalan presiden YaPEIM telah meletak jawatan di dalam semua anak-anak syarikat YaPEIM, termasuk perletakan jawatan Felo Institut Penyelidikan dan Perundingan YaPEIM Sdn. Bhd berkuatkuasa pada 1 Disember 2015.

"Keputusan ini dibuat oleh presiden dan timbalan presiden YaPEIM bagi membolehkan mereka memberi tumpuan sepenuhnya kepada urusan-urusan di YaPEIM.

"Penambahbaikan tadbir urus YaPEIM akan dibuat secara berterusan bagi memastikan YaPEIM menjadi sebuah institusi ummah yang dipercayai dan diyakini," katanya.
-therakyatpost

LIHAT VIDEO DI SINI 



Jeti roboh: Shafie syukur terselamat

Posted: 07 Dec 2015 12:46 AM PST


Shafie Apdal
Shafie bersama rombongan pengiring terjatuh ke dalam laut selepas jeti yang dilalui runtuh di sebuah pulau pada Jumaat.


SHAH ALAM – "Alhamdulillah, saya selamat dan tiada sebarang kecederaan dan terima kasih semua atas doa dan semoga ALLAH SWT merahmati kita sepanjang masa," demikian ujar bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal.

Shafie dilaporkan jatuh ke laut selepas jeti yang dilalui bersama rombongan pengiring roboh dalam sebuah lawatan di sebuah pulau Jumaat lalu.

Beliau dalam pada itu turut mengucapkan penghargaan kepada yang mendoakan keselamatannya.

"Adalah menjadi kebiasaan apabila saya pulang ke kawasan untuk hadir ke program-program yang telah diatur, ramai yang mengiringi perjalanan saya. Kebetulan struktur jeti tersebut tidak berapa kukuh untuk menampung semua orang dalam satu-satu masa.

"Ada juga kata-kata yang kurang enak didengar dan ada juga yang mentertawakan di laman-laman sosial, tetapi saya anggap itu perkara biasa, lumrah dalam politik. Saya doakan agar mereka ini diampunkan dosa dan diberikan hidayah oleh ALLAH," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Jumaat lalu, seorang pengguna maya memuat naik gambar insiden itu di Facebook dan menjadi viral.

Mengulas lanjut, Shafie menambah, adalah menjadi amalan bagi beliau untuk melawat kampung-kampung dan cuba membantu melengkapkan  keperluan penduduk.

Ini kerana katanya, masih banyak lagi keperluan orang-orang kampung di luar bandar memerlukan bantuan serta perhatian serius kerajaan.

"Sehingga ke saat ini pun, saya masih lagi dan akan terus melawat kampung-kampung terutama di kawasan Parlimen (Semporna) saya untuk terus mendengar, membantu dan menyelesaikan apa juga masalah yang dibangkitkan yang memerlukan perhatian serta tindakan segera," katanya lagi.


Ku Nan: Muhyiddin boleh berucap asalkan...

Posted: 07 Dec 2015 12:43 AM PST

SINAR HARIAN


 Muhyiddin Yassin
Muhyiddin Yassin 
 
 
PUTRAJAYA - Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin boleh berucap pada satu majlis perhimpunan yang dijadual diadakan di Kuala Lumpur malam ini namun diingatkan agar tidak melampaui batas, kata Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Katanya, beliau tidak mengetahui 'desas desus' Muhyiddin akan berucap dalam satu perhimpunan khas di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, malam ini.

Bagaimanapun, Tengku Adnan berkata, terpulang kepada bekas timbalan perdana menteri itu jika mahu memberi ucapan pada majlis itu.

[ARTIKEL BERKAITAN: Ucapan TSMY, Shafie: Biar mesyuarat 9 Dis tentukan]

"Hanya jangan melampaui batas, jika tidak, kami akan mengambil tindakan," katanya kepada media selepas menghadiri 'Program Back to School' di Menara Seri Wilayah di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Tengku Adnan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan berkata, kementeriannya telah melaksanakan program pemberian barangan keperluan sekolah termasuk beg sekolah, alatan menulis dan bekas air minuman, sejak tahun lepas.

"Pemberian kepada murid-murid Tahun Satu kali ini melibatkan 3,200 di semua 14 sekolah di kawasan Putrajaya," katanya. - Bernama


Bajet Pusat untuk Sarawak kecil- Adenan Satem

Posted: 07 Dec 2015 12:03 AM PST

 
Menurut Ketua Menteri, bajet yang diperuntukan juga tidak mencukupi bagi memastikan pembangunan di negeri itu tidak terkebelakang.


Putrajaya,-Adenan-Satem,-Sarawak


PETALING JAYA: Bajet 2016 yang diperuntukan Kerajaan Persekutuan kepada kerajaan negeri Sarawak dikatakan kecil dan tidak mencukupi.

Perkara itu ditimbulkan sendiri Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem ketika membentangkan Bajet 2016 Negeri Sarawak di Kuching.

"Peruntukan bagi Sarawak dalam Bajet 2016 tidak mencukupi. Tidak cukup," dakwa beliau sebagaimana dipetik daripada Mstar Online.

Dalam ucapannya, beliau membandingkan jurang pembangunan antara Semenanjung Malaysia dengan negeri itu.

"Negeri ini memerlukan pertolongan sebenar Kerajaan Persekutuan dalam memberikan lebih banyak peruntukan untuk membolehkan kita mengejar mereka. Sarawak tidak sepatutnya ketinggalan di belakang," katanya.

Pada pembentangan bajet kali ini, Adenan yang juga Menteri Kewangan Sarawak memaklumkan kerajaan negeri memperuntukan perbelanjaan sebanyak RM5.97 bilion di mana 74 peratus daripada Bajet 2016 negeri itu bagi menampung perbelanjaan pengurusan.

Katanya, pada bajet tahun hadapan ia berasaskan pembangunan dan luar bandar dalam usaha untuk mencapai kemajuan yang lebih besar serta seimbang di negeri itu.

Dalam usaha mencapai objektif berterusan untuk merapatkan jurang pembangunan antara kawasan bandar dan luar bandar, Adenan berkata, kerajaan menyediakan peruntukan yang lebih besar berjumlah RM2.65 bilion, bagi pembangunan luar bandar.

"Ini adalah lebih tinggi berbanding RM2.35 bilion yang diperuntukkan tahun lepas atau RM2.19 bilion pada 2014," katanya ketika pembentangan itu.

Muhyiddin dijangka umum Team 5M? – MYKMU

Posted: 06 Dec 2015 11:59 PM PST

 
Muhyiddin dijangka mengumumkan perkara itu di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru malam ini


Muhyiddin-Yassin


PETALING JAYA: Blog pro-UMNO, MYKMU menjangkakan, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengumumkan satu kumpulan dipanggil `Team 5M' yang menyenaraikan lima nama untuk bertanding dalam pemilihan UMNO pada 2018 nanti.

Menurut sumber dalaman blog itu, perkara tersebut akan diumumkan oleh Muhyiddin pada perhimpunan khas malam ini di Kelab Sultan Sulaiman di Kampung Baru.

"Muhyiddin akan bertanding jawatan Presiden UMNO bagi mencabar Datuk Seri Najib Tun Razak. Jawatan Timbalan Presiden pula akan dicabar oleh Mukhriz Mahathir.

"Sementara itu pula, jawatan Naib Presiden akan dicabar oleh Mohd Shafie bin Haji Apdal, Ahmad bin Said (Md Said) dan Mohamed Khaled Nordin," tulis blog berkenaan.

Baru-baru ini Majlis Tertinggi UMNO telah memutuskan bahawa Muhyiddin tidak akan berucap merasmikan upacara pembukaan bagi ketiga-tiga sayap iaitu Wanita, Pemuda dan Puteri pada 8 Disember ini.

Beliau juga tidak akan menggulung ucapan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak. Mungkinkah ini turut menjadi punca Muhyiddin menubuhkan Team 5M, kata MYKMU.

Tambah penulis blog itu lagi, langkah Muhyiddin yang membentuk Team 5M itu adalah disebabkan mahu menggulingkan Najib dengan usaha bersama Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dakwah pilihan terbaik atasi gejala LGBT

Posted: 06 Dec 2015 11:56 PM PST

 
Kewujudan golongan LGBT perlu diperakui supaya dakwah boleh dilaksanakan secara berterusan


dzulkifli-ahmad


PETALING JAYA: Pendekatan dakwah berterusan dengan golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) adalah perlu bagi menangani penularan gejala itu, tegas Pengarah Strategi Parti Amanah Negara (PAN), Dr Dzulkefly Ahmad.

"Hanya dengan mendekati mereka kita dapat terangkan apa yang salah dan apa yang dibenarkan.
"Pendirian inklusif Amanah menuntut kita bertemu dengan golongan itu. Kita tidak mengiktiraf (gaya hidup) mereka, tetapi menerima keberadaan mereka dalam masyarakat kita," tegas beliau.

Laporan FMT pada 5 Disember lalu (Sabtu) telah salah memetik dan salah melapor kenyataan pemimpin kanan Amanah itu. Laporan bertajuk "Amanah sedia dekati LGBT" itu telah mengundang persepsi yang salah terhadap parti itu.

Beliau ditemui wartawan kami di forum Islam dalam Demokrasi Berperlembagaan di ibu negara Sabtu lalu.

Mengulas lanjut, Dr Dzulkefly menolak sebarang bentuk kekerasan dan menegaskan hanya dakwah jalan yang paling sesuai untuk menangani kumpulan itu.

"Berikan dakwah. Itu peranan kita. Berikan pencerahan pada dia, berikan masa kepada dia supaya bertaubat," kata beliau.

Beliau seterusnya memetik ayat Al-Quran yang menjanjikan hukuman neraka buat mana-mana golongan yang terus bergelumang dalam salahlaku.

FMT telah menghubungi Dr Dzulkefly untuk memohon maaf dan menyiarkan laporan ini sebagai pembetulan kepada kesilapan itu.

Beliau semasa memberi kenyataan kepada wartawan kami telah memberi amaran supaya jangan memutar kenyataan beliau.

Kesalahan di pihak kami amat dikesali.

Shafie terima pengajaran jatuh dari jeti

Posted: 06 Dec 2015 09:54 PM PST

Insiden yang dialami Shafie itu adalah padah yang wajar diterimanya ekoran tidak membangunkan kawasan sendiri



shafie-apdal


PETALING JAYA: Kejadian malang yang menimpa Datuk Seri Mohd Shafie Apdal apabila terjatuh dari jeti ketika melakukan lawatan di sebuah pulau pada Jumaat lepas perlu dijadikan pengajaran kepada dirinya.

Ini kerana, insiden yang dialami oleh Shafie itu seolah-olah menunjukkan bahawa beliau semasa menjadi Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah tidak mempunyai inisiatif untuk membina jeti baharu di tempat itu.

Penulis blog, Awang Zabidi menerusi catatan terbaru pada entri di blog catatanzabidi.blogspot.my menulis, Shafie sepatutnya telah membina jeti baharu di tempat berkenaan untuk kegunaan penduduk lebih-lebih lagi ia merupakan kawasan di bawah Parlimennya.

"Bagi saya, ini menunjukkan Shafie sebagai Ahli Parlimen Semporna tidak ada inisiatif membina jeti di pulau tersebut sedangkan kos membina jeti bukanya mahal.

"Apatah lagi sebagai menteri luar bandar sudah tentu kementeriannya banyak peruntukan tetapi oleh kerana sibuk di peringkat Nasional menghentam Najib kerana isu 1MDB sampai beliau terlupa tanggungjawab asal beliau untuk membina kemudahan kepada orang pulau," tulisnya pada entri tersebut.


Menurut Zabidi lagi, apa yang berlaku ke atas bekas menteri itu adalah padah yang wajar diterimanya ekoran tidak perihatin dengan kehendak rakyat.

"Jadi insiden jatuh laut bukannya insiden mengejutkan tetapi insiden yang makan dirinya sendiri akibat gagal membangunkan kawasan sendiri." tulisnya lagi.

SIARAN LANGSUNG UCAPAN MUHYIDDIN MALAM ESOK

Posted: 06 Dec 2015 09:28 PM PST

 shahbudindotcom


 



Walaupun mereka yang ingin memberi sokongan kepada Muhyiddin Yassin sambil sama-sama mahu meningkatkan tekanan kepada Najib Razak, masih perlu datang beramai-ramai ke Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru malam esok ( Isnin ), tetapi bagi yang tidak berkesempatan atau ada halangan tertentu, pilihan masih terbuka buat mereka.

Blog ini melalui kerjasama dengan rakan blogger Din Turtle, akan cuba memancarkan secara langsung ucapan atau amanat Timbalan Presiden UMNO itu bagi memudahkan lebih ramai dapat menontonnya.

Berita terbaru mengesahkan Naib Presiden UMNO, Shafie Apdal juga akan hadir di Kelab Sultan Sulaiman malam esok.

Muhyiddin sudah disekat daripada merasmikan perhimpunan sayap-sayap, tetapi beliau dan Shafie juga dijangka tidak dibenarkan berucap di majlis penggulungan perhimpunan kali ini.

Bahkan tidak mustahil kedua-dua pemimpin itu akan digantung keahlian atau dipecat terus daripada UMNO semata-mata kerana berani mempersoalkan mengenai 1MDB dan derma RM2,600 juta yang diterima Najib.

Oleh itu, kehadiran beramai-ramai kita semua amat besar maknanya, bukan saja kepada kedua pemimpin terbabit, bahkan juga demi masa depan negara ini.

#beranikeranabenar #takutkeranasalah.

Link atau pautan untuk menonton siaran langsung itu akan dikongsikan di blog ini menjelang petang esok bagi kemudahan kita semua.

AG tak boleh nasihat Najib jangan jawab RM2.6 bilion

Posted: 06 Dec 2015 09:22 PM PST

 
Peguam Negara hanya boleh menasihatkan Perdana Menteri dalam hal ehwal rasmi melibatkan kerajaan.


surendran


PETALING JAYA: Peguam Negara, Tan Sri Apandi Mohamed Ali tidak layak menasihatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya tidak menjawab kontroversi dana RM2.6 bilion di Dewan Rakyat.

Mengikut Artikel 145 Perlembagaan Persekutuan, Peguam Negara sebagai pegawai kerajaan tidak boleh menasihatkan Perdana Menteri berhubung isu peribadi dan bukan rasmi.

Ahli Parlimen Padang Serai, N Surendran berkata, sebaliknya Perdana Menteri perlu mendapatkan peguam peribadi untuk menasihatkan beliau perkara itu.

Katanya, menurut Perkara 145 (2), Peguam Negara hanya boleh menasihatkan Perdana Menteri dan menteri melibatkan isu-isu rasmi kerajaan.

"Isu dana RM2.6 billion adalah isu peribadi Perdana Menteri yang tiada kaitan langsung dengan tugas rasminya sebagai ketua kerajaan," katanya menerusi kenyataan media.

Ahli Parlimen PKR itu menjelaskan, menurut Perkara 145 (3), Peguam Negara mempunyai kuasa untuk memulakan pendakwaan dan oleh kerana Najib menjadi subjek siasatan, maka akan wujud pertembungan kepentingan jika Peguam Negara memberi nasihat kepada Perdana Menteri.

Baru-Baru ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said menjelaskan, Najib tidak hadir untuk menjawab soalan RM2.6 bilion di Parlimen atas nasihat Peguam Negara bagi mengelak subjudis terhadap siasatan yang sedang dijalankan.

Soalan itu dijawab oleh Timbalannya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Isu Aurat: Jururawat sedia pertahankan diri di mahkamah

Posted: 06 Dec 2015 09:17 PM PST

 
Naziah Sauni Samat tetap mempertahankan dakwaannya dia dipecat kerana berpakaian menutup aurat.


Naziah-Sauni-Samat


PETALING JAYA: Bekas jururawat sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur yang mendakwa dipecat kerana berpakaian menutup aurat sedia mempertahankan dirinya di mahkamah.

Naziah Sauni Samat yang dihubungi FMT menjelaskan, walaupun diancam dengan tindakan mahkamah oleh pihak hospital berkenaan, dia tetap mempertahankan dakwaan pemecatannya kerana berpakaian menutup aurat.

"Saya dihalau daripada bertugas. Mereka halau saya daripada menyambung kerja kerana memakai stokin tangan," katanya.

Naziah juga memberitahu, isu disiplin yang dibangkitkan pihak hospital berkenaan kemungkinan besar mengaitkan perselisihan faham antara dia dan pegawai pengurusan hospital.

"Saya terpaksa mempertahankan diri saya dan akui ada berselisih faham dengan mereka dan melawan kata-kata mereka, mungkin itu yang dimaksudkan sebagai isu disiplin.

"Salahkah kalau saya pertahankan diri? Saya bukan tak datang kerja tetapi dihalau oleh mereka (pihak hospital)," tegasnya lagi.

Naziah sebelum ini mendakwa dia diberhentikan kerja kerana memakai baju lengan panjang serta bertudung.

Manakala pihak hospital pula bertegas tidak pernah mengeluarkan sebarang surat rasmi berkaitan pemecatannya, sebaliknya Naziah diberi surat tempoh untuk mematuhi peraturan hospital.

Pihak hospital itu juga berkata, pihaknya tetap memberi ruang kepada Naziah untuk berfikir sama ada meneruskan kerja di situ atau berhenti sendiri.

Naziah bagaimanapun dilaporkan tidak hadir bertugas selama lima hari sejak 25 November tanpa sebarang penjelasan.

Dia bagaimanapun hadir bertugas pada 30 November dengan memakai stoking lengan yang mana menurut hospital itu masih melanggar peraturan pemakaian hospital.

Damai Services Hospital (Melawati) Sdn Bhd dalam kenyataan media pada Ahad, memaklumkan kenyataan dikeluarkan Naziah di Pejabat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah merosakkan imej hospital dan kakitangan mereka.

Pengurus Kewangan dan Sumber Manusianya, Regina Sundram dilaporkan berkata, pihaknya

Tidak mungkin DAP dipimpin bukan cina, kata Utusan

Posted: 06 Dec 2015 09:10 PM PST

 Oleh Azizul Osman 

 
Post Pic
 
 
 
SHAH ALAM: Utusan Malaysia hari ini mendakwa DAP adalah sebuah parti yang tidak akan menerima kaum lain sebagai pemimpin utama mereka selain kaum Cina.
 
Menurutnya, DAP sama sekali tidak akan menerima kaum lain sebagai pemimpin walau sebijak mana calon berkenaan.
 
Perkara itu dinyatakan Awang Selamat dalam ruangan Analisis Mingguan dalam akhbar berkenaan hari ini.
 
"Tidak mungkin pemimpin India atau Sikh dalam DAP akan dipilih menjadi Setiausaha Agung walau hebat pengorbanannya dan sebijak mana sekali pun mereka. Pemimpin Melayu apatah lagi, sentiasa dicurigai dan sekadar alat mencapai agenda", tulis Awang Selamat.
 
Tulisan 4 perenggan yang bertajuk 'PAP, DAP, Melayu' itu sekaligus menidakkan bahawa DAP adalah sebuah parti berbilang kaum dan hakikatnya adalah sebuah parti untuk orang Cina.
 
"Awang selalu membangkitkan betapa DAP adalah patti yang ghairah melaungkan slogan demokrasi, keadilan dan kebebasan tetapi sebenarnya mengamalkan pendekatan ekstrem dan rasis.
 
"Sudah terbentang sekian banyak bukti dan petunjuk DAP memperjuangkan kepentingan kaum yang sempit sementara bumiputera, Melayu dna India tiada nilai dalam parti itu", katanya.
 
Laporan akhbar berkenaan didakwa merujuk kepada penubuhan sebuah parti baru yang dinamakan Parti Alternatif Rakyat (PAP) oleh bekas pemimpin DAP yang rasa tidak puas hati kepada DAP.
 
Katanya terlalu banyak kepincangan dan ketidakadilan dalam DAP mengakibatkan segelintir bekas kepimpinan 'bukan cina' dalam DAP keluar dan menentang parti itu kini.
 
"Realitinya Cina DAP tidak akan percaya dna tidak mahu berkongsi jawatan dengan Melayu. Sudah puluhan tahun pemimpin Islam dan ratusan aktivis Melayu dalam DAP menjadi mangsa manipulasi.
 
"Mereka yang keluar DAP ini sentiasa mendedahkan belang sebenar DAP terutama di bawah kepimpinan sedia ada tetapi masih ramai Melayu yang termakan jerat", kata Awang Selamat.
 
 

Ideologi IS juga boleh meresap dalam Amanah - Salahuddin

Posted: 06 Dec 2015 09:09 PM PST

ANTARAPOS,COM


Post Pic

 
KUALA LUMPUR: Parti Amanah Negara (Amanah) tidak menolak kemungkinan ideologi militan Negara Islam (IS) boleh meresap ke dalam parti itu dan merosakkan pergerakan mereka.
 
Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub, berkata pihaknya khuatir dengan ideologi IS yang dilihat berkemungkinan menyerang parti itu, berikutan ia sudah melanda banyak pergerakan kumpulan Islam di seluruh dunia, termasuk negara ini.
 
Sambil memperbetulkan kenyataan Presiden Amanah, Mohamad Sabu yang mengatakan PAS diresapi pemikiran IS, Salahuddin berkata kenyataan itu sebenarnya meminta semua pihak, khususnya gerakan Islam berwaspada dengan ancaman budaya dan pemikiran gerakan militan berkenaan.
 
"Mat Sabu (Mohamad) sebut dalam konteks budaya dan pemikiran IS yang melanda hampir semua gerakan Islam di dunia dan Malaysia, perlu diwaspadai, itu yang dimaksudkan.
 
"Contohnya budaya 'takfiri' (iaitu) mengkafirkan orang, budaya yang menonjolkan bahawa parti mereka saja yang Islamik, kalau keluar parti masuk neraka atau halal darah mereka untuk dibunuh, ini budaya yang sedang dikhuatiri akan melanda mana-mana gerakan dan parti Islam termasuk kami," katanya pada sidang media Amanah di sini, hari ini.
 
Yang turut hadir, Setiausaha Agung Amanah, Mohd Anuar Mohd Tahir; Ketua Angkatan Wanita Amanah, Dr Siti Mariah Mahmud dan Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad.
 
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada kenyataan Mat Sabu yang mendakwa pemikiran IS menyerap ke dalam PAS hingga tersuburnya budaya takfiri dalam parti itu, adalah kenyataan peribadi atau mewakili Amanah.
 
 

DAP pula serang PAS ekoran kenyataan Mat Sabu

Posted: 06 Dec 2015 09:05 PM PST

s Oleh Azizul Osman 

 
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Selepas PAS mendakwa Mohamad Sabu menjadi jurucakap kepada DAP, Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng pula menuduh parti Islam itu lebih berkemungkinan menjadi jurucakap kepada Umno-Barisan Nasional (BN).
 
Memetik laporan Malaysian Insider hari ini, Guan Eng berkata PAS seakan menjadi jurucakap kepada kerajaan apabila bekas Naib Presidennya Nasharudin Mat Isa kini bersama kerajaan.
 
Dakwa Guan Eng, Nasharudin yang kini dilantik mengetuai Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) Putrajaya disifatkan lebih teruk daripada Mohamad Sabu yang kini menjadi Presiden Amanah.
 
"Tidak seperti Nasharudin Mat Isa, bekas Timbalan Presiden PAS yang dilantik Perrdana Menteri sebagai Ketua Pegawai Eksekutif GMM.
 
"Saya fikir PAS lebih berkemungkinan jadi jurucakap Umno, MCA, MIC, Gerakan kerana Nasharudin dilantik kerajaan BN," kata Guan Eng seperti yang dilaporkan.
 
Guan Eng membuat kenyataan itu selepas merasmikan konvensyen negeri Wilayah Persekutuan di ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur hari ini.
 
Kenyataan itu seakan 'memulakan serangan peribadi' terhadap kenyataan PAS semalam yang mendakwa Mohamad Sabu kini menjadi jurucakap kepada DAP.
 
Menjawab perkara itu, Guan Eng berkata Mohamad Sabu atau Mat Sabu sudah tidak diberi apa-apa imbuhan untuk khidmat beliau selaku lembaga pengarah Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) dan memegang jawatan sebagai pengarah Penang International Halal Hub selepas melepaskan jawatan berkenaan secara terbuka Jun lalu.
 
Ia ekoran pendirian PAS yang memutuskan hubungan dengan DAP yang diputuskan di Muktmar PAS di Kuala Selangor, sewaktu Mat Sabu gagal mempertahankan jawatan Naib Presiden PAS yang disandang beliau.
 
Pengarah Pilihanraya PAS Datuk Mustafa Ali berkata, kenyataan Mat Sabu yang mengaitkan PAS dengan kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis) mengesahkan yang beliau ialah jurucakap DAP.
 
"Ini tidak benar. Saya setiausaha agung DAP, saya tidak boleh menjadi jurucakap Amanah. Mat Sabu bukan setiausaha agung DAP, dia tidak boleh menjadi jurucakap DAP. Dia hanya boleh menjadi jurucakap Amanah.
 
"Semasa beliau (Mat Sabu) dalam PAS, beliau mendapat elaun. Tetapi apabila beliau meninggalkan PAS, meletak jawatan dan membantu secara sukarela, beliau tidak mendapat apa-apa dari negeri ini. Sebaliknya, Nasharudin dibayar kerajaan BN", tegas Guan Eng.
 
 

Terpulang kepada pembangkang mahu terima atau tidak penjelasan dana RM2.6b - Penganalisis

Posted: 06 Dec 2015 09:03 PM PST

Oleh Azizul Osman

 
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Terpulang kepada pembangkang samada mahu menerima atau tidak penjelasan yang diberikan kerajaan mengenai dana RM2.6 bilion yang diberitahu dalam Parlimen minggu lalu.
 
Sebaliknya menurut penganalisis politik Dr. Maszlee Malik, apa yang lebih penting adalah kerajaan sudah menjalankan tanggungjawab mereka dalam menjawab persoalan yang menjadi tanda tanya rakyat selama ini. 
 
"Tidak kisahlah (Datuk Seri) Dr Wan Azizah Wan Ismail setuju atau tidak (mengenai penerangan RM2.6 bilion oleh Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid), parti pembangkang itu hal mereka. Bagi rakyat, mereka inginkan penjelasan daripada Datuk Seri Najib sendiri. 
 
"Penjelasan yang tuntas dan penuh dengan fakta untuk menghilangkan segala prasangka dan persoalan yang bermain di minda rakyat", katanya ketika dihubungi Antarapos.
 
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail Khamis lalu berkata mereka kecewa dengan penjelasan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi  yang menyifatkan kerajaan cuba mencari helah untuk tidak menjawab isu dana yang mengaitkan Perdana Menteri.
 
Sementara itu, seorang lagi penganalisis politik Syed Agil Syed Alsagoff pula berpendapat pembangkang mengambil sikap terburu-buru dalam membuat intrepritasi mengenai isu berkenaan.
 
Baginya, pembangkang setidaknya perlu mengambil pendekatan matang setelah gesaan mereka disahut Ahmad Zahid yang menggantikan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam menjawab isu berkenaan.
 
Kerajaan berbuat demikian setelah dinasihatkan Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali agar tidak memberi sebarang kenyataan berhubung isu berkenaan kerana masih dalam siasatan.
 
Saya rasa biar kerajaan menjelaskan tentang RM2.6 bilion itu dulu dan jangan mengambil satu andaian yang terburu-buru dengan menyatakan bahawa wang itu dimiliki oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. 
 
"Kita harus berpegang kepada prinsip rasional, beri peluang kepada kerajaan untuk jelaskan dan kita dan banyak menerima impak mengenai isu ini. Hanya penjelasan daripada kerajaan itu yang boleh menyelesaikan isu ini", katanya.
 
Namun kerajaan perlu lebih telus dalam memberikan maklumat berhubung apa jua isu agar masyarakat tidak terkeliru, katanya.
 
Penjelasan itu yang berkait dengan RM2.6 bilion ini harus dibuat dengan lebih telus biar semua orang paham dan mungkin di satu platform yang mana ia diperjelaskan kepada semua rakyat.
 
Isu derma RM2.6 bilion menjadi tumpuan dalam sidang Parlimen apabila Ahmad Zahid memberikan kenyataan rasmi mengenainya, sedangkan sebelum ini media melaporkan bahawa penjelasan itu akan diberikan oleh Najib.
 
Mengikut Peraturan 14 Dewan Rakyat, Ahmad Zahid menjelaskan amalan sistem demokrasi derma politik dibenarkan dna turut menjadi amalan negara maju yang lain.
 
 

DBKL peruntukan RM20 juta baik pulih lima cerun

Posted: 06 Dec 2015 09:01 PM PST

ANTARAPOS,COM


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memperuntukkan sebanyak RM20 juta bagi kos membaik pulih cerun di lima kawasan berisiko tinggi berlakunya tanah runtuh, di sekitar ibu negara.
 
Pengarah Eksekutif (Pengurusan Projek) DBKL Datuk Ir. Tan Keng Chok berkata kerja membaik pulih cerun itu melibatkan kawasan Arkib Negara, Taman Desa, Jalan Desa Sentosa, Bukit Aman dan Jalan Kasah (Medan Damansara).
 
"DBKL juga melakukan pemantauan rapi dengan kerjasama Institut Kerja Raya Malaysia (IKRAM) dan Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) di kawasan berkenaan," katanya kepada pemberita baru-baru ini. 
 
Selain itu, DBKL melalui Unit Cerun Jabatan Kejuruteraan dan Pengangkutan Bandar sentiasa membuat pemantauan di kawasan cerun berkenaan termasuk mengambil kira laporan dan aduan penduduk setempat, katanya.
 
"Jika tanah runtuh tersebut berlaku di tanah persendirian, DBKL akan keluarkan notis manakala bagi tanah milik kerajaan, ia akan dibaik pulih dengan segera," katanya.
 
 

Pelabur asing gunakan Malaysia sebagai 'peluang' untuk Perjanjian TPP

Posted: 06 Dec 2015 08:57 PM PST

Bernama 
 
Pelabur asing gunakan Malaysia sebagai 'peluang' untuk Perjanjian TPP
ONG: TPP bukan sahaja memberi manfaat kepada pelabur tempatan tetapi pelabur antarabangsa turut akan melihat Malaysia sebagai destinasi yang sangat ideal untuk melabur.
 
 
KUALA LUMPUR: Pelabur asing, terutama dari China akan menggunakan Malaysia sebagai 'peluang' untuk mendapat manfaat daripada Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP), yang menawarkan pertumbuhan dalam eksport.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Kedua, Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata 2016 akan menjadi tahun yang sangat sibuk untuk liberalisasi perdagangan bebas, terutama di ASEAN dan pasaran perdagangan utama lain seperti Amerika Syarikat dan China.

Beliau berkata lebih 400 perjanjian perdagangan bebas (FTA) telah ditandatangani sebelum ini dan kebanyakannnya dikuasai oleh perjanjian kolektif seperti Komuniti Ekonomi ASEAN dan Kesatuan Eropah, yang juga akan memberi keuntungan kepada Malaysia pada masa depan.

"Malaysia bukan sahaja menganggotai AEC, ia turut berada dalam Inisiatif Jaluran Ekonomi Jalan Sutera China. Jika pada Januari tahun depan Parlimen bersetuju untuk negara menyertai perjanjian TPP, Malaysia akan mendapat kelebihan strategik.

"Saya fikir, ia (TPP) bukan sahaja memberi manfaat kepada pelabur tempatan tetapi pelabur antarabangsa turut akan melihat Malaysia sebagai destinasi yang sangat ideal untuk melabur (terutamanya bagi negara-negara anggota bukan TPP)," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan khas pada Sidang Kemuncak Ekonomi Asia ke-10 di sini pada Jumaat.

Malaysia dan 11 negara anggota TPP seperti Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura dan Amerika Syarikat, memuktamadkan perjanjian itu dua bulan lepas.

Parlimen Malaysia akan mengundi pada 26 Jan depan untuk membuat keputusan sama ada untuk meluluskan atau menolak perjanjian TPP.

BACA: TPPA mungkin ditandatangani di New Zealand pada Februari - Najib


BACA: Kehadiran syarikat dari negara TPP bukan bermakna Malaysia dijajah - Mustapa



Banjir Sungai Siput mula surut, 79 mangsa masih di pusat pemindahan

Posted: 06 Dec 2015 08:54 PM PST

Nazialita Geynna Maharan, Astro Awani
 
Banjir Sungai Siput mula surut, 79 mangsa masih di pusat pemindahan
Seramai 79 mangsa banjir terdiri daripada 18 keluarga masih berada di pusat pemindahan di sekitar Sungai Siput berikutan kejadian banjir dari limpahan Sungai Pelus. - Foto Astro AWANI
 
 
SUNGAI SIPUT: Keadaan paras air banjir berikutan limpahan sungai di sekitar Sungai Siput dilaporkan bertambah baik dan menurun sejak malam Ahad.

Penolong Ketua Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Penolong Penguasa Bomba Hasrin Hasbi berkata buat masa ini seramai 79 mangsa yang terdiri daripada 18 keluarga masih lagi ditempatkan di pusat pemindahan.

Pada Ahad, dua buah pusat pemindahan di Sungai Siput iaitu di Dewan Orang Ramai Tok Sirat dan Dewan Orang Ramai Dato' Hj Fadil telah dibuka bagi menempatkan kesemua mangsa banjir.

Hasrin berkata, setakat ini anggotanya masih lagi dalam keadaan berkawal dan berjaga-jaga bagi sebarang kemungkinan sekiranya paras air akan meningkat pada sebelah petang Isnin.

"Paras air menurun berbanding dengan semalam iaitu 53.70 meter dan hari ini ianya adalah di ketinggian purata 0.3-0.5 meter sahaja.

"Mangsa-mangsa banjir berkemungkinan dibenarkan pulang ke rumah lewat petang ini sekiranya dilaporkan selamat namun buat masa ini mereka masih lagi diarahkan untuk berada di kedua-dua pusat pemindahan,"katanya kepada Astro AWANI pada pagi Isnin.
Jelasnya, dua kawasan yang terjejas berikutan limpahan air Sungai Pelus adalah di sekitar Sungai Siput dan Lintang dan pihaknya telah membuka dua pusat pemindahan sekitar 12.36 tengahari semalam. 
 
 

Tiada ulasan: