Rabu, 30 Disember 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


DIVIDEN ASB RENDAH - INI SEMUA SALAH MAHATHIR!!

Posted: 30 Dec 2015 02:59 AM PST

shahbudindotcom


 
 
 
Beberapa hari lalu ada penjenguk blog ini yang bertanyakan mengenai dividen dan bonus ASB bagi tahun ini yang mereka dakwa agak lambat diumumkan berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Bagaimanapun, hari ini baru diumumkan oleh PNB bahawa dividen bagi ASB bagi tahun berakhir 31 Disember 2015 ialah sebanyak 7.25 sen beserta bonus 0.50 sen seunit.

Berdasarkan rekod perbandingan dengan tahun-tahun sebelumnya yang tersebar luas di alam maya, didapati bahawa dividen dan bonus tahun ini adalah yang terendah sejak 1990.

Ini semua adalah salah Tun Mahathir, buat apa dulu diwujudkan ASB, Proton, Lebuhraya Utara Selatan, ERL dan segala macam lainnya?

Disebabkan adanya ASB menyebabkan setiap hujung tahun orangramai hanya sibuk ingin tahu tentang dividen dan bonusnya saja?
 
 
 
 
Bukankah lebih senang jika tiada ASB?

Malah disebabkan adanya Proton, semua masalah dan kerugiannya adalah salah Tun Mahathir.

Disebabkan perjanjian tol dan ERL dibuat ketika Tun Mahathir berkuasa, semua masalah dan beban kenaikan yang berlaku sekarang juga adalah salah beliau.

Dividen dan bonus ASB yang rendah tahun ini dan terendah dalam sejarahnya tidak syak memang salah Tun Mahathir, bukankah lebih baik jika beliau tidak mewujudkannya dulu?

Maka, tiadalah perbandingan tinggi atau rendah dividen serta bonusnya.

Di zaman Najib ini, semuanya salah Tun Mahathir!!


Pulangkan derma RM1.2 juta Taib, kata pemimpin Penan

Posted: 30 Dec 2015 02:56 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Sebelas pemimpin Penan menuntut Universiti Adelaide di Australia supaya mengembalikan sumbangan derma A$400,000 (kira-kira RM1.2 juta) yang dihulurkan oleh Ketua Menteri Sarawak Tun Taib Mahmud.

Surat yang dihantar kepada naib canselor universiti itu, Warren Bebbington ditandatangani mereka dengan menggunakan cap jari.

Mereka mendakwa sumbangan itu harus dikembalikan kepada Sarawak kerana wang itu diperolehi secara haram oleh Taib.

"Apabila Taib belajar undang-undang di Adelaide, dia seorang anak muda yang miskin seperti kita hari ini. Selepas itu, dia mengambil keputusan untuk menjadi ahli politik.

"Tetapi bukan bantu kami penduduk pribumi. Taib jadi tamak dan hanya minat kumpul duit untuk diri sendiri dan ahli keluarganya," petik surat itu yang ditandatangani oleh bekas penghulu Penan James Lalo Keso.

Katanya, segala yang mereka perlukan sebelum ini adalah mencukupi sehingga Taib (kini Gabenor Sarawak) mengadaikan tanah mereka kepada syarikat pembalakan dan perladangan.

"Bukan satu rahsia lagi, bahawa syarikat pembalakan banyak memberikan rasuah kepada Taib dan ahli keluarganya," petik surat itu lagi.

Justeru, pemimpin Penan itu berkata, Bebbington harus "mengambil keputusan berani" dan memulangkan semula sumbangan daripada Taib untuk membetulkan ketidakadilan yang dilakukan selama ini.

"Kita perlu wang ini segera untuk bangunkan Taman Aman Penan dan hantar anak-anak kita ke sekolah dan dapatkan pendidikan tinggi.

"Bagi kamu, A$400,000 tidak banyak, tetapi bagi masyarakat Penan, ini jumlah wang yang boleh bantu mengubah kehidupan generasi muda kami," petik surat itu lagi.

Masyarakat Penan adalah pemburu-pengumpul hasil hutan nomad sehingga hutan khatulistiwa mereka sebahagian besarnya dimusnahkan oleh pembalakan dan perladangan sepanjang tempoh perkhidmatan Taib sebagai Ketua Menteri Sarawak bermula pertengahan 1980-an.

Penduduk pribumi telah sekian lama berjuang untuk melindungi hutan mereka selama hampir 30 tahun. Taman Aman Penan ini adalah cubaan terbaru mereka untuk mengekalkan hutan simpanan yang bakal ditadbir oleh penduduk pribumi.

Sumbangan derma Taib kepada Universiti Adelaide didedahkan oleh wakil rakyat Parti Hijau Australia, Mark Parnell melalui akta kebebasan maklumat negara itu.


Najib pecat khidmat bekas juruaudit 1MDB, dakwa editor WSJ

Posted: 30 Dec 2015 02:52 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Perkhidmatan dua bekas syarikat juruaudit 1MDB - Ernsts & Young dan KPMG - ditamatkan selepas mereka menyoal mengenai usaha sama syarikat pelaburan negara itu dengan PetroSaudi International, kata editor The Wall Street Journal (WSJ) Tom Wright.

"Kedua-dua Ernst & Young dan KPMG dipecat oleh Najib. Mereka mempunyai soalan mengenai perakaunan yang berkaitan dengan cara pelaburan yang berkaitan dengan usah sama dengan PetroSaudi pada 2009.

"Kami tahu mengenainya berdasarkan dokumen dalam draf Laporan Ketua Audit Negara," katanya ketika menjawap soalan dalam talian pada sesi soal jawap hari ini.

Wright disoal mengapa firma audit setakat ini tidak melaporkan sebarang penyelewengan dalam 1MDB.

Ernst & Young adalah juruaudit 1MDB sejak syraikat itu mula beroperasi pada tahun 2009, tetapi telah sama ada berhenti atau ditamatkan perkhidmatnnya pada September 2010 tanpa menandatangani sebarang akaun.

KMPG pula mengambil alih daripada Ernst & Young sehingga Disember 2013, apabila Delloite pula dilantik.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bertanggung jawab terhadap pemilihan dan pelantikan juruaudit bagi 1MDB atas sifatnya sebagai Menteri Kewangan. Manakala Kementerian Kewangan adalah pemegang saham tunggal 1MDB.

Najib juga adalah pengerusi lembaga penasihat 1MDB.

Wright adalah seorang daripada dua pengarang laporan WSJ mengenai 1MDB hari ini yang mendedahkan bahawa berdasarkan minit mesyuarat 1MDB, Deloitte ada menerima aduan mengenai penyelewengan tetapi tidak dapat mencari bukti sebarang salah laku.

1MDB dalam kenyataannya hari ini menolak laporan terbaru WSJ yang menurutnya "dakwaan tidak berasas" yang dikitar semula sejak pertengahan 2015.

Hidup rakyat diramal lebih ‘teruk’ pada 2016

Posted: 30 Dec 2015 02:50 AM PST

 
Kenaikan berterusan kos sara hidup akan menjadikan kehidupan rakyat lebih teruk jika kerajaan gagal bertindak


Mohd-Yusof-Abdul-Rahman_cos_600


PETALING JAYA: Kehidupan rakyat di negara ini diramal akan lebih mencabar pada 2016 kerana kenaikan kos sara hidup yang berterusan terutamanya disebabkan kenaikan harga barangan dan pengangkutan.

Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd Yusof Abdul Rahman berkata sekiranya tidak ada pemulihan harga minyak dan kejatuhan nilai Ringgit masih berterusan, kehidupan rakyat sebagai pengguna akan menjadi lebih teruk.

"Jika kedua-duanya masih berlaku, memang ia akan menyebabkan keadaan menjadi teruk. Macam mana pemulihan harga minyak itu boleh dinaikkan atau Ringgit itu dapat dipulihkan ia akan memberi kesan kepada pengguna.

"Kerajaan harus mencari langkah-langkah (menyelesaikan) keadaan ekonomi yang berlaku sekarang ini (agar) dapat dipulihkan," katanya ketika dihubungi Free Malaysia Today.

Sehubungan itu, Abdul Rahman turut menggesa agar kerajaan dapat menghentikan sebarang kenaikan kos sara hidup melibatkan rakyat.

"Umpamanya jika tol PLUS meningkat akan beri kesan kepada pengguna, rasionalisasi barang-barang keperluan jika kerajaan laksanakan juga tahun depan sudah tentu memberikan kesan kepada pengguna," tegasnya.

Pengerusi Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan turut menjangkakan kehidupan pengguna akan lebih mencabar pada 2016 jika kos sara hidup tidak diperbetulkan.

Katanya, untuk mengatasi perkara itu, perlunya ada langkah-langkah tegas dan perancangan yang baik oleh kerajaan untuk mengawal kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.

"Pengguna perlu melakukan sesuatu untuk mengatasi semua ini. Kerajaan perlu memberikan kerjasama sepenuhnya dari aspek ketirisan, penjimatan, permudahkan kerja.

"Ia berkait rapat sebenarnya. Jadi kita kena lakukan semua itu bagi mengatasi cabaran yang begitu besar hari ini," katanya.

Kenaikan mendadak harga barangan dan perkhidmatan berlaku selepas kerajaan memperkenalkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebanyak enam peratus bermula 1 April lalu.

Ia ditambah dengan kenaikan kadar tol beberapa lebuh raya antara bandar pada Oktober lalu dan kenaikan tambang pengangkutan awam berkuatkuasa 2 Disember lalu.

Tahun hadapan, kadar tol lebuh raya PLUS dijangka naik sebanyak lima peratus seperti mengikut perjanjian konsesi. Namun setakat ini, kerajaan belum memberi kata putus.

Lapan lebuh raya tersebut adalah Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus), Lebuh Raya Link Kedua, Lebuhraya Damansara -Puchong (LDP), Lebuhraya Seremban- Port Dickson (SPDH), Lebuhraya Shah Alam (Kesas), Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite), Lebuhraya Selat Klang Utara (NKSB) dan Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE).

Tambang ERL pula naik sebanyak RM20 bagi perjalanan sehala kepada RM55 berkuatkuasa 1 Januari 2016.

5 perkara yang ‘NAIK’ pada 2015

Posted: 30 Dec 2015 02:48 AM PST

 
Semua NAIK! Itu naik! Ini naik! FMT menuras lima perkara yang menandai liputan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.


cost_living_600


1. Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST)

Pada 1 April 2015, kerajaan telah menguatkuasakan GST dengan kadar cukai pengenalan sebanyak enam peratus.

Pelbagai bantahan dan demonstrasi telah dilakukan bagi menolak cukai yang dikatakan akan membebankan rakyat.

2. Pengangkutan Awam

Pada 2 Disember, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengumumkan kenaikan harga tambang iaitu sehingga RM7.20 sehala.

Manakala, Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) juga mengumumkan untuk menaikkan tambang sebanyak RM20. Namun ia berkuatkuasa pada 1 Januari 2016 ini selepas mendapat kelulusan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Manakala, tambang bagi perkhidmatan LRT dan Monorel di sekitar Kuala Lumpur juga naik bagi sesetengah kawasan, namun kadar tambang di beberapa stesen kekal dan ada yang turun. Rasionalisasi ini berikutan keputusan Prasarana Malaysia Bhd bertindak menyemak semula struktur tambangnya.

3. Kadar tol naik

Lapan lebuhraya bertindak menaikkan harga tol dengan kenaikan lebih 17 hingga 80 peratus iaitu di antara RM0.20 sen hingga RM3.00 pada 15 Oktober lalu.

Kementerian Kerja Raya berkata, penyelarasan kadar tol hanya melibatkan lebuh raya dalam bandar sahaja.

4. Utiliti

Pada 1 Ogos lalu, kadar tarif air di Johor telah dinaikkan antara RM2.00 dan RM3.00 setiap meter padu bagi kegunaan domestik yang melebihi 20 meter padu dan 35 meter padu sebulan. Perkara itu diumumkan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara.

Perkara yang sama turut dilakukan oleh negeri Pulau Pinang yang menaikkan kadar tarif air pada hari sama Kerajaan Persekutuan melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), 1 April.

5. Darah rakyat 'NAIK'!

Kenaikan beberapa perkara secara mendadak telah menaikkan kemarahan rakyat di negara ini. Ramai berpendapat kenaikan itu tidak sepadan dengan kualiti dan perkhidmatan yang masih di takuk lama.

Amanah sokong #ShutdownSungaiBesi

Posted: 30 Dec 2015 02:46 AM PST

 
Salahuddin menyeru seluruh rakyat dan warga prihatin untuk menyokong himpunan aman #ShutdownSungaiBesi.


lim-kit-siang-1mdb


PETALING JAYA: Parti Amanah Negara (Amanah) menzahirkan sokongan kepada #ShutdownSungaiBesi, sebuah himpunan tunjuk perasaan secara aman bagi membantah kenaikan kos sara hidup, terutamanya kenaikan kos perjalanan dan pengangkutan.

Timbalan Presidennya, Salahuddin Ayub berkata tindakan pemerintah mengizinkan kenaikan kadar tol di lapan lebuh raya dan kenaikan tambang pengangkutan awam menyebabkan rakyat yang sedang dihimpit tekanan ekonomi tersepit tanpa pilihan.

"Mahu tidak mahu, rakyat sebenarnya dipaksa menanggung segala beban ekonomi akibat kegagalan pengurusan kerajaan BN disamping pelbagai skandal ekonomi yang membelit negara.

"Mewakili AMANAH, saya menyeru seluruh rakyat dan warga prihatin untuk menyokong himpunan aman #ShutdownSungaiBesi yang akan berlangsung di Plaza Tol PLUS Sungai Besi pada malam sambutan tahun baru nanti," kata Salahuddin dalam satu kenyataan yang diterima FMT.

Salahuddin menyeru pengundi supaya berani membuat perubahan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang, sebagai mengakhiri kenyataannya.

Menurut penganjur, himpunan aman itu akan diadakan di Plaza Tol Sungai Besi, pada 31 Dis bermula jam 9 malam. Penukaran lokasi dari Jalan Duta ke Sungai Besi itu dibuat kerana lokasinya yang strategik, memudahkan pengendalian kecemasan dan mengambil-kira reaksi keras pihak berkuasa.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis akan mengambil tindakan undang-undang terhadap penganjur kerana gagal memenuhi keperluan Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012.

Gempa bumi lemah landa Ranau

Posted: 30 Dec 2015 02:37 AM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KOTA KINABALU: Gempa bumi lemah berukuran 3.2 pada skala Richter melanda Ranau, dekat sini, pagi tadi. 
 
Menurut laman web Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa bumi lemah itu direkodkan pada jam 6.17 pagi pada kedudukan 11 kilometer di barat Ranau. 
 
Gegaran itu hanya dirasai sekitar Ranau. 
 
Sehingga kini, hampir 130 gempa bumi susulan direkodkan di Ranau sejak gempa bumi bermagnitud 5.9 yang berpusat dekat Gunung Kinabalu pada 5 Jun lalu.
 
 

Mayat Kapten Hasman ditemui

Posted: 30 Dec 2015 02:36 AM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Mayat Kapten Hasman Hussin yang dihanyutkan banjir di Missouri, Amerika Syarikat, ditemui kira-kira jam 11 malam waktu Missouri, semalam. 
 
Panglima Tentera Darat, Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, ketika dihubungi BH, sebentar tadi mengesahkan perkara itu. 
 
Bagaimanapun, katanya, Angkatan Tentera Malaysia masih menunggu prosedur pihak berkuasa di sana bagi proses pengecaman. 
 
"Berkemungkinan besar ia adalah mayat Kapten Hasman," katanya. 
 
Hasman, 34, yang juga pegawai Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) bersama empat tentera negara lain dilaporkan hilang selepas kenderaan dinaiki mereka dihanyutkan air deras di Missouri, Sabtu lalu. 
 
Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, kereta mereka cuba mengharungi laluan dinaiki air sebelum dihanyutkan.
 
 

Lelaki luah kemarahan terhadap JPJ

Posted: 30 Dec 2015 02:35 AM PST

KYRA ALEGRIA

 

jpj
Lelaki itu kemudian bertindak merakam video berkenaan dan berkongsi pengalaman berjumpa dengan pihak JPJ. 


KUALA LUMPUR,  Video seorang lelaki yang berang dan bertindak memarahi anggota Jabatan Pengangkutan Jalan yang didakwa tidak menjalankan tugas dengan baik tersebar di media sosial.


Video berdurasi 6 minit yang disiarkan oleh Sukan Star TV menerusi facebooknya memaparkan, seorang lelaki meluahkan kemarahan di satu pejabat dipercayai pejabat JPJ dan mendakwa cubaannya menyambung cukai jalan yang tamat tempoh gagal.

Malah katanya, kegagalannya berbuat demikian adalah kerana kereta lama miliknya yang disita oleh JPJ pada 2001 masih digunakan sehingga ke hari ini menggunakan namanya.

Difahamkan, apabila kereta miliknya disita kerana masalah teknikal, rekod pemilikan kreta berkenaan sepatutnya dihapuskan dari sistem.

Bagaimanapun, lelaki berkenaan mendakwa keretanya masih lagi digunakan oleh individu yang tidak dikenali.

Menurut video itu, selian menanggung kerugian RM78,000, lelaki berkenaan mendakwa dia terpaksa menjelaskan saman daripada kereta yang tidak dketahuinya.

Dia turut mendakwa apabila ditanya kepada pihak JPJ, mereka gagal memberi penjelasan yag munasabah dan menyatakan pihak JPJ tiada kuasa mengenai masalah itu.

Kerana tidak berpuas hati dengan jawapan itu, lelaki itu kemudian bertindak merakam video berkenaan dan berkongsi pengalaman berjumpa dengan pihak JPJ.

Menurut video kedua, lelaki berkenaan mendakwa pengarah JPJ yang ditemuinya enggan membantunya menyelesaikan masalah itu dan memintanya agar tidak memperbesarkan isu itu.

Video yang dimuat naik pada akhir November lalu mendapat 19,000 like dan dikongsi pengguna media sosial lain.

Mahkamah Syariah saja boleh tentukan kes tukar agama

Posted: 30 Dec 2015 02:29 AM PST

Zikri Kamarulzaman


Mahkamah Rayuan hari ini mengetepikan perintah Mahkamah Tinggi yang menolak penukaran agama tiga kanak-kanak oleh bapa mualaf mereka.

Panel tiga hakim yang diketuai oleh Datuk Balia Yusof Wahi dalam keputusan majoriti berkata Mahkamah Tinggi Ipoh tidak mempunyai bidang kuasa bagi membicarakan penukaran agama tiga anak seorang guru tadika M Indira Gandhi oleh bekas suaminya.

Balia berkata isu sama ada seseorang itu beragama Islam atau tidak adalah di bawah bidang kuasa eksklusif mahkamah syariah.

Bagaimanapun, mahkamah tidak membuat keputusan mengenai penukaran anak sulung pasangan itu kerana dia kini berusia 18 tahun.

Bapa kanak-kanak itu, K Pathmanathan @ Muhammad Ridhuan Abdullah menukar agama ketiga-tiga anak mereka - dua anak perempuan dan seorang anak lelaki - ketika mereka berusia 12, 11 tahun dan 11 bulan pada tahun 2009 tanpa kehadiran ibu mereka dan tiga syarat lain sebagaimana yang dikehendaki mengikut Seksyen 96 Pentadbiran Islam Perak, 2004.

Perayu-perayu hari ini terdiri daripada Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), Pendaftar Pertukaran Agama, kerajaan negeri Perak, Kementerian Pendidikan, kerajaan Malaysia dan Patmanathan.

Keenam-enam perayu memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Sivil Ipoh yang membatalkan sijil penukaran agama Tevi Darsiny, Karan Dinish dan Prasana Diksa dan memutuskan bahawa sijil itu adalah tidak sah.

Pada 2009, Mahkamah Tinggi Syariah Ipoh memberi Muhammad Riduan hak penjagaan ketiga-tiga anaknya itu selepas beliau menukarkan agama mereka kepada Islam.

Mahkamah Tinggi Sivil juga mengisytiharkan bahawa perintah hak penjagaan itu adalah tidak sah dan batal kerana Mahkamah Tinggi Syariah tidak mempunyai bidang kuasa untuk memberi perintah hak penjagaan apabila pihak ibu bukan beragama Islam.

[Baca berita penuh]

Sementara itu, Bernama melaporkan Mahkamah Rayuan dalam keputusan majoriti 2-1 hari ini memutuskan pengesahan penukaran agama tiga kanak-kanak oleh bapa mualaf mereka, enam tahun lepas hanya boleh ditentukan oleh Mahkamah Syariah.

Hakim Datuk Balia Yusof Wahi, mengetuai panel tiga hakim yang dianggotai Hakim Datuk Dr Hamid Sultan Abu Backer dan Datuk Dr Badariah Sahamid, memutuskan perkara berkaitan Islam, isu agama dan sama ada seseorang itu beragama Islam, adalah di bawah bidang kuasa eksklusif Mahkamah Syariah.

"Kami berpendapat perkara berkaitan (penukaran agama) adalah tertakluk di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah," kata Balia dalam keputusan majoriti dan sependapat dengan beliau adalah Badariah manakala Hamid Sultan menentang.

Panel itu membuat keputusan selepas membenarkan rayuan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak dan dua yang lain, kerajaan Malaysia dan Kementerian Pendidikan serta bapa mualaf, Muhd Riduan Abdullah, yang sebelum ini dikenali sebagai K Patmanathan.

Keenam-enam perayu itu mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh yang membatalkan sijil penukaran agama ketiga-tiga anak Muhd Riduan.

Pemandu teksi di Lembah Klang saman SPAD

Posted: 30 Dec 2015 02:06 AM PST

A AZIM IDRIS

 

teksi-m
Zailani berkata, pemandu teksi di Lembah Klang telah kehilangan kira-kira 60 peratus pendapatan mereka, sejak kemunculan perkhidmatan perkongsian perjalanan yang tidak dikawal selia itu. 


KUALA LUMPUR,  Jawatankuasa Bertindak Pemandu Teksi Lembah Klang (JBPTLK) hari ini memfailkan saman terhadap Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) di Mahkamah Tinggi, bagi mengharamkan perkhidmatan kereta sapu, seperti Uber dan GrabCar di negara ini. 


Peguam, R. Kengadharan yang mewakili kumpulan terdiri daripada 29 persatuan pemandu teksi di Lembah Klang itu berkata, jawatankuasa terbabit juga berusaha menghalang perkhidmatan aplikasi telefon pintar itu daripada menjadi sah.

"Ini (aplikasi) telah menjejaskan periuk nasi mereka (pemandu teksi), kerana terdapat lebih 40,000 daripada mereka yang beroperasi di Lembah Klang,

"Jika perkhidmatan Uber, GrabCar dan Blacklane menjadi sah, punca pendapatan mereka akan terjejas teruk.

"Mereka tidak minta untuk memonopoli industri itu, tetapi tujuan di sini adalah untuk mendapatkan keadilan," katanya ketika ditemui di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, dekat Jalan Tuanku Abdul Halim, hari ini.

Kengadharan berkata, Seksyen 2 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 tidak merujuk kepada Uber, GrabCar dan Blacklane. 

Kumpulan itu juga memohon pengisytiharan haram terhadap semua perkhidmatan perkongsian perjalanan, selain memohon injuksi kekal bagi menghalang SPAD daripada mengambil sebarang langkah untuk menjadikan perkhidmatan terbabit sah.

"Kami juga meminta ganti rugi am, walaupun ia bukan teras tuntutan itu.

"Mereka (perkhidmatan perkongsian perjalanan) bukan kenderaan komersial, tetapi adalah kenderaan peribadi yang digunakan untuk tujuan komersial dan pemandunya tidak mempunyai lesen ditetapkan.

"Penumpang yang menaiki Uber tidak diberikan perlindungan insurans sewajarnya dan kenderaan yang mereka gunakan tidak melalui pemeriksaan berkala," katanya. 

Presiden JBPTLK, Zailani Isa Usuludin berkata, pemandu teksi di Lembah Klang telah kehilangan kira-kira 60 peratus pendapatan mereka, sejak kemunculan perkhidmatan perkongsian perjalanan yang tidak dikawal selia itu. 

"Kami mengambil langkah ini untuk mencari keadilan di mahkamah, kerana kami sedang mencari keadilan untuk pemandu teksi yang telah menjadi mangsa SPAD," katanya.

‘Miskin tak kenal batas kaum’

Posted: 30 Dec 2015 02:02 AM PST

FERNANDO FONG

TRP123015-3
Lee bersama buku terbitan ketiganya. - Foto TRP/ Daniel Chan


KUALA LUMPUR,  Aktivis sosial veteran, Tan Sri Lee Lam Thye menyeru rakyat Malaysia membentuk sebuah masyarakat dan negara penyayang.


Jelasnya, tiada salahnya menjadi kaya, tetapi pada masa sama, mereka tidak boleh melupakan tanggungjawab sosial masing-masing.

"Saya cuba menjadi teladan dari segi berkhidmat kepada masyarakat.

"Mana-mana segmen masyarakat yang memerlukan bantuan, saya akan pastikan mereka terima bantuan diperlukan tanpa mengira kaum, sejajar konsep 1Malaysia," katanya.

Beliau yang merupakan bekas ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri DAP berkata, bantuan perlu diberikan kepada semua, kerana kemiskinan tidak mengenal batas perkauamn.

Menurutnya, semua orang boleh menjadi miskin, tanpa mengira bangsa.

Pada masa sama, Lee mengingatkan rakyat bahawa mereka akhirnya perlu membantu diri dengan mengamalkan sikap yang betul. 

"Saya berpegang kepada prinsip bahawa Tuhan tidak akan mengubah nasib, kecuali mereka membantu diri sendiri," katanya.

Lee yang juga Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) berkata demikian pada majlis pelancaran bukunya "Melalui Mata Saya" di kampus utama Universiti Terbuka Malaysia, hari ini. 

Lee berharap buku ketiganya itu dapat menarik pembaca untuk memahami pemikirannya dan menjadi inspirasi kepada mereka bagi mengikut jejak langkah beliau menyumbang kepada masyarakat dan negara.

Lee yang mengambil berat tentang kesejahteraan rakyat Malaysia, sering menyumbang dalam bentuk tulisan di surat khabar dan memberi komen mengenai isu-isu semasa. 

"Sejak saya bersara daripada politik pada 1990, saya memainkan peranan aktif, terutamanya dalam aktiviti kebajikan yang sentiasa menjadi sebahagian daripada agenda saya," katanya. 

Karya terbaru beliau memuatkan 250 tulisan-tulisannya dari 2011 hingga 2015.

Rafizi jangkakan harga RON95 jatuh bulan depan

Posted: 30 Dec 2015 02:00 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Harga petrol RON95 dijangka jatuh sebanyak 10 hingga 15 sen seliter pada bulan Januari tahun depan dan menyaksikan ia dijual pada kadar RM1.80 hingga RM1.85 seliter, kata Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli.

Beliau berkata anggarannya itu adalah berdasarkan kepada laporan harga minyak mentah Brent bagi bulan Disember 2015 yang diterjemahkan secara anggaran kepada harga MOPS RON95 bagi minggu terakhir Disember 2015 menggunakan kadar tukaran matawang semasa.

Namun begitu, Rafizi berkata penurunan itu tidak mencerminkan kejatuhan harga minyak mentah di pasaran global dan menggesa agar satu mekanisme harga baru dilaksanakan.

Beliau berkata, harga RON95 di Malaysia jatuh hanya sebanyak tujuh peratus sejak Julai tahun lalu kepada RM1.95 seliter berbanding harga minyak mentah Brent yang menjunam sebanyak 66 peratus kepada AS$37 setong sepanjang tempoh yang sama.

"Perbezaan yang besar ini adalah disebabkan kejatuhan mendadak nilai matawang ringgit berbanding dollar Amerika Syarikat.

"Oleh yang demikian, harga RON95 yang ditetapkan menggunakan formula yang bergantung kepada kadar tukaran ringgit kepada dollar ini tidak lagi melambangkan kos sebenar seliter RON95 yang sepatutnya dibayar oleh pengguna kerana diherotkan (distorted) oleh kadar matawang ringgit yang merudum.

"Saya telah mencadangkan sebelum ini supaya satu kaedah penetapan harga baru diperkenalkan dengan menggunakan maklumat kos pengeluaran sebenar loji penapisan minyak di Malaysia yang dikira di dalam ringgit bagi mengurangkan kesan ketidaktentuan kadar matawang ringgit kepada dollar," katanya dalam satu kenyataan media.

Harga runcit bahan api di Malaysia adalah berdasarkan sistem apungan terurus yang diselaraskan pada awal setiap bulan. RON95 kini dijual pada RM1.95 seliter dalam hal RON95.

Harga MOPS untuk RON95 adalah antara faktor yang dipertimbangkan oleh kerajaan dalam menetapkan harga bagi bahan api. Ia adalah dalam nilai dolar Amerika.

Sementara itu, Rafizi berkata, oleh kerana konsep ini tidak akan difahami oleh menteri dan tidak akan dilaksanakan selagi Umno/BN berkuasa, beliau menyeru supaya kerajaan mengembalikan penjimatan harga minyak lebih besar melalui beberapa kaedah lain.

Antaranya, kata beliau, kerajaan perlu menghentikan semua kenaikan tambang pengangkutan awam seperti LRT, komuter, ERL, bas dan lain-lain yang telah diumumkan setakat ini.

Ini kerana mengambil kira kos bahan api yang semakin murah dan telah mengurangkan kos operasi pengendali pengangkutan awam.

Beliau juga mencadangkan rebat elektrik dikekalkan pada kadar 2.25 sen/kWj dan membatalkan pengurangan rebat kepada 1.52 sen/kWj yang diumumkan baru-baru ini untuk memastikan kos elektrik yang ditanggung rakyat berkadar dengan kejatuhan kos bahan api.


FBI teliti syarikat filem anak tiri PM dalam siasatan 1MDB

Posted: 30 Dec 2015 01:58 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Biro Siasatan Persekutuan Amerika Syarikat (FBI) sedang meneliti pembiayaan syarikat penerbitan filem Red Granite Pictures sebagai sebahagian daripada siasatan ke atas 1MDB, lapor akhbar Wall Street Journal (WSJ).

Red Granite Pictures ditubuhkan oleh Riza Aziz iaitu anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang telah menghasilkan filem The Wolf of Wall Street.

Akhbar yang berpengkalan di Amerika Syarikat itu memetik orang yang biasa dengan perkara itu sebagai berkata siasatan ke atas Red Granite Pictures merupakan sebahagian siasatan FBI atas aset dimiliki Najib dan keluarganya.

Ini termasuk hartanah mewah di New York dan Los Angeles.

Red Granite Pictures memberitahu WSJ bahawa Riza mahupun syarikat nya telah melibatkan diri dalam mana-mana perniagaan "tidak sesuai".

Dalam filem The Wolf Of Wall Street, hartawan yang berhubungan dengan 1MDB- Jhow Low mendapat penghormatan apabila namanya muncul dalam kredit di akhir filem berkenaan.

WSJ semalam memetik bekas ahli politik parti pemerintah mendakwa Low dibawa ke dalam 1MDB untuk membantu perbelanjaan berkaitan pilihan raya.

Low sejak itu menafikan hubungan dengan 1MDB.

1MDB semalam dalam kenyataannya mendakwa laporan WSJ sebagai tidak berasas dan dikitar semula sejak pertengahan 2015.

Penjajah tertipu, Tok Janggut tak mati dibunuh

Posted: 30 Dec 2015 01:56 AM PST

BERNAMA


Wan Asrul Wan Hussin, 31, mendedahkan Tok Janggut atau nama penuhnya Haji Mat Hassan Munas hanya mengalami cedera di bahu kirinya ketika pertempuran dengan British di Kampung Dalam Pupoh, Pasir Puteh pada 24 Mei 1915.

Cucu sepupu kepada pahlawan terkenal itu berkata, Tok Janggut kemudian disembunyikan pengikutnya di Hulu Kelantan atau kini dikenali Gua Musang untuk menyelamatkan beliau.

"Sesudah sembuh daripada kecederaan di bahunya, Tok Janggut berpindah ke Machang sebelum kedatangan tentera Jepun ke Tanah Melayu," katanya.

Mengulas mengenai kononnya mayat Tok Janggut diarak di sekeliling bandar Kota Bharu dan digantung songsang separuh bogel selama tiga hari, Wan Asrul sekeras-kerasnya menolak dakwaan itu.

Tegasnya, kisah itu adalah semata-mata rekaan serta dibuat atas desakan British yang mahu menakut-nakutkan orang Melayu.

"Kebanyakan orang yang tinggal di Kota Bharu tidak kenal wajah sebenar Tok Janggut dan mereka hanya mendengar cerita dari mulut ke mulut sahaja.

"Dan secara logiknya, jika kita melihat pada faktor fizikal gambar mayat itu, adakah sedemikian rupa seorang Melayu asli? Wajarkah Tok Janggut yang mempunyai ilmu agama tinggi diaibkan begitu?," soalnya seperti dilapor Bernama.

Gambar mayat itu diperolehi daripada Perpustakaan Bodleian, Oxford, United Kingdom, England hasil usaha tokoh sejarah Allahyarham Prof Datuk Nik Anuar Nik Mahmud ketika melakukan kajian di sana.

Jelas Wan Asrul penampilan fizikal Tok Janggut adalah Melayu Kelantan Asli. Ibunya, Che Mah berasal dari Pattani manakala ayahnya Munas orang Melayu dari Kampung Saring, Pasir Puteh.

"Adik-beradik Tok Janggut termasuk dirinya tiga orang, dua lagi Tahir dan Yah@Sepiah meninggal dunia ketika dilahirkan.

"Tidak ada mana-mana anak-beranak Tok Janggut berwajah Sikh seperti dalam gambar itu. Malah, Tok Samad, iaitu datuk kepada Tok Janggut adalah Melayu Asli dan antara orang yang terawal membuka daerah Pasir Puteh," katanya.

Kenapa tak muncul seperti Mat Kilau?

Timbul persoalan jika Tok Janggut masih hidup selepas peristiwa pertempuran di Pasir Puteh, kenapa beliau tidak mengisytiharkan diri seperti dilakukan pejuang Pahang, Mat Kilau.

Wan Asrul berkata perlu diingat satu ketika Mat Kilau pernah bertemu dengan Tok Janggut di Kedai Lalat, Kota Bharu iaitu pada 1966.

Berlaku perbualan antara mereka berdua: "Abe Mad (Tok Janggut), tidak mahu keluar ke? Orang Putih (British) dah balik ini."

Jawab Tok Janggut; "Puak-puak kamu itu nak pilih orang Putih, biar mereka dah balik pun, biarlah aku hidup macam ini."

Menurut Wan Asrul, keadaan Tok Janggut ketika itu sudah uzur dengan umur dipercayai sekitar 116 tahun dan bagi beliau lebih baik memilih mendiamkan diri.

Ingatkan pesanan guru

Dalam erti kata lain, meskipun Tanah Melayu ketika itu sudah mencapai kemerdekaan, bagi diri Tok Janggut paling utama pesanan yang di bawa daripada gurunya Ahmad al- Fatani, iaitu bebaskan tanahair daripada penjajah sudah tercapai, katanya.

Tiga tahun kemudian pada 1969 Mat Kilau menggemparkan negara dengan mengisytiharkan diri sebenarnya selepas solat Jumaat di Kampung Pulau Tawar, Jerantut, Pahang.

Tok Janggut adalah seangkatan dengan pejuang-pejuang lain Tanah Melayu termasuk Mat Kilau, Datuk Bahaman, Tok Gajah dan Haji Abdur Rahman Limbong.

Berlaku beberapa siri pertemuan antara kesemua pejuang Melayu itu tetapi tidak banyak yang diketahui mengenai hasil pertemuan itu.

Salah satu pertemuan itu adalah dengan ulama Terengganu, Tok Ku Paloh pada tahun 1913 yang turut dihadiri kelima-lima pejuang Melayu itu.

Pada pertemuan itu, Tok Ku Paloh berpesan dengan pejuang-pejuang Melayu itu sekiranya beliau meninggal dunia, Tok Janggut adalah penggantinya untuk meneruskan perjuangan bangsa Melayu dan Islam.

Transnasional mahu tambang bas ekspres dinaikkan

Posted: 30 Dec 2015 01:37 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Syarikat bas ekspres terbesar di Malaysia, Konsortium Transnasional Bhd (KTB) merayu kepada kerajaan agar menaikkan kadar tambang setelah lama tertangguh.

"Kos operasi kami meningkat memandangkan kejatuhan nilai ringgit dan kesan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

"Kos operasi, termasuk penyelenggaraan dan alat ganti, semakin meningkat tetapi kami tidak menyalurkannya kepada pengguna," kata pengarah rusannya, Tan Sri Mohd Nadzmi Mohd Salleh, tanpa mendedahkan sejauh mana kenaikan kos kerana syarikat itu masih lagi menelitinya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sempena pemeteraian memorandum perjanjian (MoA) Nadicorp Holdings Sdn Bhd dengan Lembaga Getah Malaysia (LGM) bagi penyelidikan aplikasi komersial getah asli terepoksida (Ekoprena) dan getah asli nyah protein (Pureprena) untuk tayar.

Mohd Nadzmi juga Pengerusi Eksekutif Nadicorp, konglomerat beberapa syarikat terlibat dalam pengangkutan bas awam, termasuk KTB.

Pada Mac tahun ini, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengumumkan kenaikan tambang bagi perkhidmatan bas ekspres dan teksi.

Bagaimanapun, kerajaan hanya meluluskan kenaikan tambang untuk teksi, dan menangguhkan kenaikan tambang bagi perkhidmatan bas ekspres.- Bernama


PAC minta WSJ kemukakan bukti mengenai 1MDB

Posted: 30 Dec 2015 01:34 AM PST

Kow Gah Chie


 


Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mahu akhbar The Wall Street Journal (WSJ) membekalkan bukti mengenai beberapa siri dakwaannya terhadap 1MDB supaya soalan susulan boleh dikemukakan semasa soal siasat ke atas firma pelaburan negara itu.

Timbalan Pengerusi PAC Dr Tan Seng Giaw membuat gesaan apabila diminta mengulas laporan terbaru oleh akhbar harian kewangan Amerika Syarikat tersebut.

"Kita tidak boleh tanya soalan berdasarkan dakwaan sahaja. Kita hanya boleh buat susulan dengan soalan berdasarkan fakta," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

"Kita tidak tahu sumber laporan itu, bagaimana kita akan soal mereka?

"Menjadi tidak munasabah tidak boleh dijadikan cara (PAC mengendalikan soal siasat semasa prosiding)," katanya.

Oleh itu, Tan (atas, kiri) mencadangkan supaya WSJ memberi bukti bagi membolehkan PAC mengambil tindakan susulan berdasarkan fakta.

Dalam laporan terbarunya, WSJ yang memetik minit mesyuarat lembaga pengarah 1MDB mendakwa mereka menyuarakan kebimbangan sedang disiasat kerana jenayah pecah amanah dan tindakan yang menyalahi aturan kewangan.

Akhbar itu turut mendakwa 1MDB mengutamakan perbelanjaan politik walaupun aliran tunai tidak mencukupi.

Laporan itu juga mendakwa bahawa jutawan Jho Low membantu kerajaan BN mengagihkan dana 1MDB berkaitan pilihan raya umum.

Editor WSJ, Tom Wright juga mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang adalah pengerusi lembaga penasihat 1MDB memecat dua syarikat firma audit - Ernst & Young dan KPMG - selepas mereka menyoal usaha sama dengan PetroSaudi International.

Mengulas perkara ini, Tan mengesahkan bahawa kedua-dua Ernst & Young dan KPMG telah ditamatkan perkhidmatan mereka oleh 1MDB.

"Kami tahu bahawa mereka telah dipecat tetapi tiada alasan diberikan oleh mereka pada prosiding tersebut," katanya.

Sementara itu, Tan juga mengulangi bahawa adalah sukar untuk memanggil Low kerana namanya belum terdapat dalam mana-mana rekod yang berkaitan dengan 1MDB.

"Namanya kali akhir muncul di Terengganu Investment Authority (TIA) dan bukannya 1MDB.

"Kita hanya boleh memanggil saksi itu melalui perbendaharaan. Selanjutnya, (walaupun kita memanggil Low), kita tidak tahu sama ada dia akan datang," katanya.

"Dari segi undang-undang, kita perlu mempunyai beberapa asas sebelum memanggil saksi itu," kata Tan.

Pengerusi PAC Datuk Hasan Arifin bagaimanapun enggan mengulas mengenai laporan terbaru WSJ itu.

"Bukan tugas saya untuk mengulas perkara ini," katanya ringkas ketika dihubungi.

1MDB bagaimanapun menolak laporan terbaru WSJ yang menurutnya membuat "dakwaan tidak berasas" dan dikitar semula sejak pertengahan 2015.

Dalam satu kenyataan, semalam, syarikat itu berkata WSJ memutarkan teori konspirasi dan fitnah yang disebarkan oleh pihak pembangkang di Malaysia.


Mana satu parti menjadi pilihan pembangkang?

Posted: 29 Dec 2015 04:12 PM PST



Oleh Zulkefli Hamzah 


Selepas Pakatan Rakyat diisytiharkan berkubur dan terbentuk pakatan baharu, hubungan PKR dan Pas menjadi kelam-kabut. Sekejap dikata kehadiran Pas sangat diperlukan tetapi di waktu lain pula, parti berlambang bulan itu terus disisihkan.

Awal bulan ini, Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli dipetik sebagai berkata, gabungan pilihan raya dengan Pas menjadi satu-satunya cara untuk pembangkang menawan Putrajaya. Rafizi mengaitkan hujahnya itu dengan satu kaji selidik yang menyimpulkan Pas masih mendapat sokongan pengundi Melayu.

Tetapi minggu ini, Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail membayangkan Pas tiada tempat dalam pembahagian kerusi pilihan raya negeri Sarawak yang dijadual diadakan pada April depan. Ketua pembangkang itu berhujah Pas kurang sambutan di Sarawak berbanding di Semenanjung.

Reaksi itu diberikan oleh Wan Azizah selepas mesyuarat pimpinan tertinggi Pakatan Harapan. Amanah pula yang menggantikan kedudukan Pas dalam gabungan baharu DAP dan PKR itu, hampir pasti akan bertanding di Sarawak. Nampaklah, parti mana sebenarnya yang menjadi pilihan PKR.

Hujah Wan Azizah pastilah berdasarkan prestasi Pas di negeri itu. Di Sarawak, Pas boleh mengaku mempunyai sokongan kuat. Hakikatnya parti ini yang memulakan langkah dengan bertanding di Parlimen Batang Lupar pada pilihan raya umum 1999, masih gagal meraih sebarang kerusi.

Pas mengaku kini mereka aktif di 11 kawasan dan mempunyai kira-kira 3,000 aktivis yang bersedia bila-bila masa untuk menghadapi pilihan raya negeri. Bagaimanapun menurut penganalisis, Pas belum mendapat tempat di hati rakyat Sarawak. Mereka ada pilihan yang lebih baik yakni Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

Semasa waktu terbaik pakatan pembangkang meraih kemenangan pada pilihan raya umum 2013, Pas kalah teruk di lima kerusi yang diperuntukkan kepadanya. Pas, buat masa ini tidak mungkin mampu memecahkan dominasi PBB walaupun dengan bantuan PKR yang juga tidak seberapa daya itu.

Di atas kertas begitulah perhitungannya. Mudah untuk Wan Azizah menggunakan hujah ini. Tetapi bagaimana pula dengan PKR di Kelantan. Parti ini juga 'kurang sambutan' dan boleh dianggap tidak mempunyai kerusi di Kelantan. Orang Pas Kelantan menganggap PKR hanya wujud atas jasa baik mereka.
Gagal dipertahankan

Satu-satunya kerusi yang PKR ada di DUN Guchil, yang dimenangi dengan majoriti tipis 492 undi. Pada PRU-13, PKR bertanding di semua kawasan milik mereka iaitu Parlimen Ketereh, Machang dan Tanah Merah dan ketiga-tiganya gagal dipertahankan.

Di Parlimen Ketereh dan Tanah Merah dimenangi oleh Barisan Nasional (BN) walaupun dua DUN di kedua-dua kawasan itu dimenangi oleh Pas. Di Parlimen Machang, keadaan lebih teruk apabila tiga DUN di kawasan itu dimenangi oleh BN.

Bagaimanakah PKR dan Pas yang masih mengekalkan tahaluf siyasi itu akan menyelesaikan isu pembahagian kerusi ini? Pilihan raya negeri Sarawak bakal menjadi medan ujian.

Tetapi, apa kesudahan ceritanya mudah ditelah. Akibat hubungan tidak dijalin dengan keikhlasan dan semangat muafakat untuk menjadi sebuah entiti yang lebih baik kini mula menghantui pembangkang. Ibarat kanser, hubungan itu telah merosakkan organ-organ penting pakatan pembangkang yang sudah pun berpecah itu.

Inilah akibat kerjasama didorong oleh nafsu untuk berkuasa dan saling menjatuhkan. Hubungan itu diasaskan atas rasa benci yang amat sangat. Akibatnya apa sahaja yang dilakukan oleh seteru politik serba buruk belaka. Akibatnya, yang lebih fatal ialah perseteruan politik itu telah mendorong perpecahan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Begitupun selepas berbulan-bulan lamanya, hubungan PKR dan Pas belum juga jelas. Yang jelas hanya di Pulau Pinang. Orang Pas disisihkan secara sistematik, kecuali yang mengambil jalan songsang menyokong kepemimpinan DAP.

Di waktu lain, selama berbulan-bulan itu pula Pas masih berhubungan secara rasmi dengan pimpinan DAP di Selangor. Hubungan itu masih berkekalan atas ihsan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali walaupun banyak kali menerima tekanan khususnya daripada DAP.

DAP, apatah lagi PKR dan Wan Azizah sendiri sebenarnya tidak berani untuk terus menekan Azmin. Timbalan Presiden PKR ini yang dikelompokkan dalam satu kem lain dalam parti milik Datuk Seri Anwar Ibrahim itu, sedang memegang kuasa.

Kuasa itu lebih besar daripada Presiden PKR mahupun penasihatnya yang kini bermastautin di Sungai Buloh, iaitu kedudukan Menteri Besar Selangor. Azmin yang dikenal licik berman politik boleh bila-bila masa menggugurkan DAP daripada kerajaan negeri. Azmin malah boleh memusnahkan PKR dan memporak-perandakan Pakatan Harapan.

Beliau ada pilihan untuk berpaling tadah dan membentuk kerajaan negeri bersama Pas dan UMNO. Senjata itu ada pada Azmin. Taraf hubungan gantung tak bertali, salai tak berapi ini memang menguntungkan Azmin.

Benarlah seperti kata Rafizi, pakatan pembangkang tidak akan mampu ke Putrajaya tanpa Pas. Pakatan tidak mungkin akan memperolehi semuanya. Dalam kedudukannya sekarang, ada yang perlu dilepaskan.

Sama ada melepaskan peluang di Sarawak tetapi kekal di Pulau Pinang dan Selangor. Atau, terus mengekalkan entiti Pakatan Harapan dan Pas tetapi melepaskan impian ke Putrajaya. Dalam segala perhitungan itu, yang tetap meraih untung ialah Lim Guan Eng di Pulau Pinang dan Azmin di Selangor.- utusan.com.my

‘Rekod tak sah bukan salah Badrul Hisham’

Posted: 29 Dec 2015 04:07 PM PST

BERNAMA

 

badrul
Zainal Abbas mengakui kesilapan itu pasti mengecewakan Badrul Hisham. - Foto arkib Bernama


KUALA LUMPUR,  "Bukan silap Badrul (Hisham Abdul Manap), jika terbukti rekod kebangsaan 100m di Sukan Sekolah Asean di Brunei tidak sah, sebaliknya ia kesilapan penganjur."


Ketua jurulatih olahraga kebangsaan, Zainal Abbas mengakui kesilapan itu pasti mengecewakan Badrul Hisham, namun beliau percaya prestasi atlet itu tidak akan terjejas dengan kesilapan yang tidak disengajakan itu.

"Ini sememangnya bukan salah Badrul…sebagai pelari, beliau telah menunjukkan prestasi yang sangat bagus. Jika rekodnya itu tidak sah, beliau boleh cipta rekod baru pada kejohanan lain.

"Bagi saya, Badrul telah mempamerkan satu prestasi cemerlang dan membuktikan keupayaannya dalam larian, cuma nasib tidak menyebelahinya," katanya ketika dihubungi hari ini.

Badrul Hisham mencipta sejarah, apabila memecahkan rekod kebangsaan 100m di kejohanan itu, menerusi catatan 10.29 saat, sekaligus memadamkan rekod 10.30 saat yang dipegang Watson Nyambek selama 17 tahun.

Zainal berkata, sebagai penganjur, Persatuan Olahraga Brunei (BAA) perlu memastikan mereka mengikuti segala piawaian yang ditetapkan Persekutuan Olahraga Antarabangsa (IAAF).

Katanya lagi, bukan menjadi tanggungjawab jurulatih ataupun pelari untuk memastikan penganjur mengikut syarat dan terma yang ditetapkan badan induk olahraga dunia.

Zainal berkata, selaku jurulatih, beliau hanya menghantar laporan kepada Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) mengenai rekod yang dilakukan Badrul Hisham dan kesahihan rekod berkenaan perlu diuruskan badan induk itu.

"Kita sudah serahkan segala rekod kepada KOM dan terpulang kepada mereka untuk dapatkan penjelasan yang lebih tepat daripada penganjur dan BAA. Saya sudah maklumkan kepada KOM mengenai isu ini," katanya.

Media elektronik tempatan hari ini mendakwa, rekod kebangsaan Badrul Hisham dianggap tidak sah, berikutan kegagalan penganjur di Brunei mengikut spesifikasi ditetapkan IAAF.

Antara yang tidak dipatuhi adalah alat pengukur angin yang tidak berada di garisan 50m, selain bukti 'photofinish' di mana kedua-dua aspek itu wajib ada untuk mendapat pengiktirafan IAAF.

‘Jangan takut jadi usahawan’

Posted: 29 Dec 2015 04:04 PM PST

BERNAMA

 

TRP040315-12
Ahmad berkata, di negara-negara maju, ia bukan sesuatu yang luar biasa bagi seseorang mempunyai lebih daripada satu pekerjaan. - Foto arkib TRP/ Daniel Chan

PETALING JAYA,  Rakyat Malaysia perlu berani menjadi usahawan dan memohon geran yang disediakan kerajaan, melalui SME Bank.


Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti), Datuk Ahmad Maslan berkata, satu kajian yang dijalankan di negara-negara maju mendapati, kebanyakan rakyatnya terdiri daripada usahawan.

"Mulai tahun depan, Miti akan menganjurkan lebih banyak kursus tentang perniagaan dalam talian.

"Bagi mereka yang mempunyai pekerjaan tetap dan berminat menyertai kursus ini, tidak ada masalah, jika ia dibuat pada waktu malam atau hujung minggu, agar tidak mengganggu prestasi kerja mereka," katanya pada taklimat media semasa lawatan beliau ke pangkalan Systematic Aviation Services Sdn Bhd (SAS), hari ini.

Beliau berkata, selain mempunyai pekerjaan sepenuh masa, mereka boleh mempertimbangkan untuk menjalankan perniagaan dalam talian, memandangkan potensinya besar, dengan peningkatan pelbagai barang dan perkhidmatan, seperti menjual pakaian dan kasut serta penghantaran makanan.

Ahmad berkata, di negara-negara maju, ia bukan sesuatu yang luar biasa bagi seseorang mempunyai lebih daripada satu pekerjaan.

Beliau berkata, pengasas/Ketua Pegawai Eksekutif SAS, Ismail Asha'ari merupakan usahawan yang berjaya dan patut diberi pujian, kerana kegigihan beliau dalam perniagaan.

"Pejabat pertama SAS telah diubahsuai daripada tandas di pejabat Jabatan Penerbangan Awam pada awal 1990-an dan kini sudah mempunyai tiga hangar dan hampir 100 pekerja," katanya.

SAS adalah antara syarikat yang dipaparkan dalam kempen "Your Success Our Story" SME Bank, yang mula mendapatkan pinjaman SME Bank pada 2007 dan setakat ini, mempunyai pinjaman dengan bank berkenaan berjumlah RM30 juta.

Dana SME Bank termasuk Tabung Usahawan Muda, dengan nilai kelulusan sebanyak RM38.9 juta pada Oktober 2015, Tabung Usahawan Siswazah (RM214.4 million) dan SME-Go (RM21 juta).

Kegembiraan selepas banjir hanya seketika

Posted: 29 Dec 2015 04:01 PM PST

BERNAMA

 

runtuh
Sazali bersama Maznah menunjukkan dapur rumah mereka yang runtuh, akibat banjir di Kampung Matang, pada Selasa. - Foto Bernama


HULU TERENGGANU, Kegembiraan sepasang suami isteri yang dapat pulang ke rumah selepas banjir hanya untuk seketika, apabila rumah yang sedang mereka bersihkan dengan tidak semena-mena runtuh di ruang dapur.


Sazali Rejab, 55, dan isterinya, Maznah Mohd Amin, 47, sedang membersihkan rumah mereka di Kampung Matang, hari ini, apabila mereka terdengar bunyi runtuhan.

"Saya dan isteri bergegas ke ruang dapur untuk melihat apa yang terjadi, agak terkejut bila kami dapati dinding dapur lompang dan roboh menyembah bumi.

"Dapur berserta alat-alat memasak lain…semuanya musnah dan agak besar jugak lompang yang terbentuk," katanya ketika ditemui di kediamannya.

Sazali berkata, kejadian itu mungkin disebabkan lokasi rumahnya yang berada di laluan air Sungai Telemong yang melimpah, akibat hujan lebat, dua hari lalu.

"Saya dan keluarga berpindah ke pusat pemindahan petang semalam, apabila air banjir mula memasuki rumah sedalam lebih satu meter…bila cuaca dah baik dan banjir pulih, saya pulang ke rumah pagi tadi untuk bersihkan rumah," katanya.

Sementara itu, Maznah berkata, beliau pernah membuat permohonan untuk membaik pulih dan membina semula rumah pusaka milik ibunya itu, sejak tiga tahun lalu, namun belum menerima sebarang jawapan daripada pihak berwajib.

"Rumah ni sebenarnya dah lama, lebih daripada 50 tahun dan saya ada mohon peruntukan untuk baikinya…tiap-tiap tahun banjir bertambah buruk, tapi masih tiada jawapan sampai sekarang.

"Saya agak risau kalau runtuhan ni makin besar dan melarat, sebab bahagian tandas pun macam tak kukuh, tapi nak tak nak, kena guna juga tandas tersebut.

"Sekarang saya tak ada tempat nak memasak, sebab habis semua dapur musnah," katanya.

Maznah berharap ada pihak yang tampil membantu keluarganya untuk membina semula dapur berkenaan, disebabkan keluarganya kurang berkemampuan.

Ingatan Di Musim Perkahwinan dan Kelahiran

Posted: 29 Dec 2015 03:52 PM PST



Oleh Dr Maza

Memberikan nama yang baik dan sesuai merupakan perkara yang mesti dilakukan oleh ibubapa. Hendaklah ibubapa memilih nama yang mempunyai maksud yang tidak merosakkan ataupun buruk maksudnya.

Nama-nama arab kadang kala diberikan kepada anak-anak tanpa diselidiki terlebih dahulu maksudnya boleh membawa kesan yang kurang baik pada seseorang.

 Ini seperti Shirrir (jahat), Shar (buruk), Zani (penzina lelaki), Zaniah (penzina perempuan), Zamihan (keji dan jelek), Syattam (pemaki hamun), Hasid (pendengki), Mufsid (perosak), Fattan (penimbul huru-hara) dan seumpamanya hendaklah dielakkan.

Dibimbangi maksud yang buruk mempengaruhi watak seseorang. Rujuk terlebih dahulu kepada mereka yang mengetahui bahasa Arab sebelum memberi nama kepada seseorang anak.

Selamat pengantin baru, semoga mendapat zuriat dan diberkati.

Mona Chin tekad bantu orang miskin di klinik percuma

Posted: 29 Dec 2015 03:44 PM PST

FERNANDO FONG

 

mona chin
Untuk warga emas Mona Chin, bidang kejururawatan bukan hanya kerjaya tetapi ia adalah tanggungjawab membantu golongan miskin dan yang memerlukan. - Foto Ihsan Hope Worldwide Malaysia


KUALA LUMPUR,  Untuk warga emas Mona Chin, bidang kejururawatan bukan hanya kerjaya tetapi ia adalah tanggungjawab membantu golongan miskin dan yang memerlukan.

Beliau bekerja selama lebih 30 tahun sebagai jururawat sebelum bersara tetapi apabila meninggalkan pekerjaan itu, kerja-kerjanya masih belum selesai.

Selepas bersara, Chin, kini 72, mula menggunakan masa dan tenaganya menabur keringat kepada rakyat yang memerlukan.

"Saya tidak bimbang mengenai wang dan gembira dengan apa yang saya lakukan di akhir usia ini.

"Jika saya boleh lakukan perkara ini hingga ke tahap ini – memberi khidmat dengan belas kasihan, hormati-menghormati – kehidupan akan menjadi lebih bermakna," katanya kepada The Rakyat Post.
mona chin 1
Selepas bersara, Chin, kini 72, mula menggunakan masa dan tenaganya menabur keringat kepada rakyat yang memerlukan. – Foto Ihsan Hope Worldwide Malaysia
Chin adalah seorang jururawat yang bertugas sebagai pengurus klinik di Klinik Percuma Sentul di bawah operasi Hope Worldwide Malaysia, yang ditubuhkan pada 2000 bagi menyediakan ubat-ubatan dan perundingan secara percuma.

Hope Worldwide Malaysia adalah antara cawangan Hope Worldwide, sebuah badan amal berpangkalan di Amerika Syarikat.

Setakat ini, klinik ini telah menerima lebih daripada 56,000 pesakit kurang bernasib baik yang memerlukan rawatan.

Dilatih di United Kingdom, Chin memulakan kariernya sebagai jururawat di Hospital Universiti sebelum berpindah untuk bekerja Hospital Tan Tock Seng, di Singapura.

"15 tahun lalu, saya berada di Kuala Lumpur untuk melawat abang saya, dan ketika itu saya terlihat iklan di akhbar yang mencari seorang jururawat terlatih untuk bekerja dengan pertubuhan kebajikan.

"Membantu golongan miskin dan yang memerlukan adalah sesuatu yang saya fikir sangat menarik, saya berpendapat bahawa ini akan menjadi peluang kepada saya untuk memberikan pertolongan dengan hati yang tidak berbelah bagi," katanya.

Walaupun usaha Chin tertumpu di Sentul, kerjanya jelas berdepan isu yang lebih besar iaitu kemiskinan bandar di Kuala Lumpur, di mana kawasan setinggan didiami oleh rakyat di bawah paras Indeks Garis Kemiskinan (PLI) terus wujud manakala bilangan orang yang kehilangan tempat tinggal meningkat sebanyak hampir dua kali ganda.

Beliau berharap sumbangan itu akan membantu memberi inspirasi kepada orang ramai untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik atas kerelaan mereka sendiri.

"Kesukarelaan untuk kepentingan bersama boleh bergerak dan mengubah rakyat dengan cara halus seperti cinta, ia bercakap melalui terus ke hati," kata Chin.

‘Buat dua kerja pun cukup-cukup makan sahaja’

Posted: 29 Dec 2015 03:42 PM PST

HAZAWANI ARIFFIN

 

cukup cukup makan


KUALA LUMPUR,  Susulan kenyataan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan berhubung saranannya meminta rakyat Malaysia melakukan dua kerja bagi menampung kos sara hidup yang meningkat baru baru ini, ada di kalangan rakyat sudah pun melakukannya sejak tiga tahun lalu.

Berdasarkan tinjauan The Rakyat Post, ada yang berpendapat keadaan ekonomi kini yang semakin mendesak membuatkan hasil pendapatan yang diperolehi dari kerja-kerja sampingan masih tidak mencukupi bagi menampung bebanan sara hidup.

Bagi wanita yang ingin dikenali sebagai Rafika, 27, berkata selain memiliki kerja tetap di sektor swasta, dia juga melakukan kerja sampingan iaitu memberi perkhidmatan mengemas rumah sejak dua tahun lalu.

Namun katanya, perkhidmatan itu kini kurang mendapat sambutan kerana ada di antara pelanggannya sudah mula pandai berjimat ekoran keadaan ekonomi semasa.

"Sekarang kerja sampingan yang saya lakukan kurang membantu kerana pelanggan mulai mengemas rumah sendiri dan menyebabkan pendapatan yang diperolehi terjejas.

"Saya bukan sahaja membersih rumah, malah turut menjual barangan solek serta tudung bagi menampung perbelanjaan harian. Namun dengan ekonomi sekarang, pendapatan yang saya perolehi hanya RM350 sebulan," katanya.

Pandangan tersebut turut dikongsi Ayshah, 25, yang menceburi bidang perniagaan atas talian sejak dari zaman belajar lagi.

Katanya, pendapatan bulanan yang diperoleh di sektor swasta tidak berbaloi dengan kenaikan harga barangan pada masa ini.

"Sekarang persaingan di dalam bidang ini (online) semakin banyak, bukan senang melakukan perniagaan online ini. Saya berasa mungkin saya perlu menambah kerja sampingan ketiga.

"Kalau dulu, hasil dari kerja sampingan sangat membantu tetapi kini hanya cukup-cukup makan sahaja," jelasnya.

Bagaimanapun, penjawat awam yang ingin dikenali sebagai Alfon, 30, berkata kerja sampingan yang dilakukannya sebagai jurugambar bebas selama sembilan tahun mampu memberi hasil lumayan berbanding gaji bulanan.

Katanya, gaji pokok yang kecil dalam sektor awam menyukarkannya untuk memohon sebarang pinjaman di institusi kewangan apatah lagi kos sara hidup kini meningkat.

"Sejujurnya kerja sampingan lebih menguntungkan berbanding gaji bulanan, kerana itulah saya tidak menghadkan kerja saya kepada acara perkahwinan sahaja, malah saya juga membuat video-video korporat. Dengan cara ini, pendapatan kerja sampingan saya tidak terjejas," kataya.

Bagi Isma, 27, berkata seseorang yang melakukan kerja sampingan selain kerja tetap perlu bijak membahagikan masa supaya kualiti kerja dapat dijaga.

"Saya berniaga pisang keju menerusi online. Setiap hujung minggu saya akan menyiapkan segala tempahan. Di pejabat pula, saya akan pulang selepas segala kerja disiapkan, kadang kala saya berada di pejabat sehingga lewat malam. Tetapi apa boleh buat, kalau tidak berniaga susahlah hidup," ujarnya.

TPM buat pekak badak tuntutan Bersih, BN abai suara rakyat

Posted: 29 Dec 2015 03:33 PM PST

SHEIKH_OMAR_ALI_SENAWANG_03072015_TMIKAMAL_ARIFFIN_09

Roketkini.com


KUALA LUMPUR: Penolong Setiausaha Publisiti DAP Johor, Sheikh Omar Ali kesal berikutan kebanyakan pemimpin UMNO BN sentiasa buat 'pekak badak' terhadap teguran dan permintaan rakyat.

"Ini sekaligus menzahirkan sifat angkuh kerajaan dari membuka telinga dan mendengar keluhan rakyat. Tidak responsif dan tidak menjawab isu pokok terhadap masalah yang dibangkitkan," katanya.

Beliau berkata, reaksi yang ditunjukkan menteri seolah-olah tidak ambil peduli, lepas tangan dan pentingkan diri sendiri sehinggakan kritikan rakyat tidak penting dan tidak perlu didengari.

"Inikah yang dikatakan demokrasi? Saya tertanya-tanya. Apa gunanya jadi menteri jika tidak mahu mendengar suara rakyat? Kerajaan sepatutnya bekerja untuk rakyat," katanya pada kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai maklum balas terhadap kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini yang mendakwa tiada keperluan untuk memenuhi tuntutan Bersih 4.

Ini sekaligus menunjukkan Zahid berbuat pekak badak terhadap lebih 100,000 rakyat berkampung selama dua hari di pusat bandar raya ini,Ogos lalu bagi mengulangi pelbagai tuntutan untuk menambah baik pentadbiran sedia ada.

Semalam, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan pula menyarankan rakyat melakukan dua kerja sebagai jawapan kepada rakyat yang mengeluh kerana bergelut dengan kos sara hidup yang tinggi. -Roketkini.com


Tiada ulasan: