Selasa, 29 Disember 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Selepas kecoh isu ‘2 kerja’, Kit Siang beritahu Kabinet berhenti jadi ‘pelawak’

Posted: 29 Dec 2015 05:31 AM PST

THE MALAYSIAN INSIDER


Lim Kit Siang menggesa Datuk Seri Najib Razak mengambil peluang Parlimen Khas pada akhir Januari untuk membentangkan semakan semula bajet serta satu pelan tindakan ekonomi khas bagi rakyat Malaysia untuk menghadapi tahun baharu yang sukar dan tidak menentu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 29 Disember, 2015.Lim Kit Siang menggesa Datuk Seri Najib Razak mengambil peluang Parlimen Khas pada akhir Januari untuk membentangkan semakan semula bajet serta satu pelan tindakan ekonomi khas bagi rakyat Malaysia untuk menghadapi tahun baharu yang sukar dan tidak menentu. – Gambar fail The Malaysian Insider. 
 
Putrajaya perlu menyemak semula Bajet 2016 dan merangka pelan pembangunan ekonomi khas untuk menyelesaikan isu kos sara hidup yang tinggi, bukannya memberitahu orang ramai agar melakukan 2 pekerjaan, kata Lim Kit Siang hari ini.

Ketua Parlimen DAP itu berkata, dengan tahap yang diambil Kabinet sekarang, mereka bakal menjadi pelawak.

"Daripada menteri dan timbalan menteri menjadi pelawak, kerajaan perlu menggubal satu rangka tindakan ekonomi untuk meningkatkan produktiviti dan pendapatan rakyat – iaitu apa yang Bajet 2016 oleh Najib gagal lakukan," kata Lim dalam satu kenyataan pagi ini.

"Datuk Seri Najib Razak perlu mengambil peluang Parlimen Khas pada akhir Januari untuk membentangkan semakan semula bajet serta satu pelan tindakan ekonomi khas bagi rakyat Malaysia untuk menghadapi tahun baharu yang sukar dan tidak menentu." 
 
Lim berkata demikian sebagai respons kepada Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan yang mengatakan kerajaan menggalakkan rakyat melakukan 2 pekerjaan untuk menampung kos hidup lebih tinggi.

Cadangan Ahmad menerima cemuhan dan kritikan, dan kemudian mempertahankan diri dengan mengatakan beliau mempunyai 3 pekerjaan iaitu sebagai timbalan menteri, ahli Parlimen Pontian dan ketua penerangan Umno.

Malangnya ia juga memakan diri sendiri.

Pelawak tempatan Harith Iskander menyindir Ahmad melalui Facebook dan Twitter, yang walaupun beliau dikenali sebagai pengacara, penulis dan pelakon, tidak bermakna beliau melakukan banyak pekerjaan.

"Apabila pelawak seperti Harith Iskander mengumumkan kesalahan menteri bukan hanya di atas pentas, tetapi dalam domain awam, saham menteri dan timbalan menteri jatuh kepada paras lebih rendah," kata Lim hari ini.

Beliau berkata Harith adalah betul dalam mengatakan terdapat perbezaan antara mempunyai pekerjaan dan jawatan yang berbeza.

Lim berkata, mengikut definisi Ahmad, Najib mempunyai paling banyak pekerjaan di negara ini, memandangkan beliau memegang 2 portfolio iaitu ahli Parlimen, presiden Umno dan Barisan Nasional, dan pengerusi kepada "lembaga dan suruhanjaya syarikat berkaitan kerajaan yang tidak terkira banyaknya."

"Tidak lama lagi, pelawak seperti Harith terpaksa berhenti bekerja kerana menteri seperti Ahmad Maslan, Datuk Abdul Rahman Dahlan, Datuk Paul Low dan juga Najib akan mengambil alih tugas mereka," kata Lim.


PAS saran potong 20% gaji menteri, timbalan menteri

Posted: 29 Dec 2015 05:24 AM PST

THE MALAYSIAN INSIDER

Dalam menangani cabaran penurunan harga minyak mentah dunia dan kejatuhan nilai ringgit yang bakal memberikan kesan kepada ekonomi negara tahun hadapan, PAS mencadangkan pemotongan 20% gaji menteri dan timbalan menteri. – Gambar fail The Malaysian Insider, 29 Disember, 2015. 
Dalam menangani cabaran penurunan harga minyak mentah dunia dan kejatuhan nilai ringgit yang bakal memberikan kesan kepada ekonomi negara tahun hadapan, PAS mencadangkan pemotongan 20% gaji menteri dan timbalan menteri. – Gambar fail The Malaysian Insider.
 
 
Dalam menangani cabaran penurunan harga minyak mentah dunia dan kejatuhan nilai ringgit yang bakal memberikan kesan kepada ekonomi negara tahun hadapan, PAS mencadangkan pemotongan 20% gaji menteri dan timbalan menteri.  
 
Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam kenyataannya hari ini berkata, keistimewaan yang diberikan kepada anggota Kabinet, seperti elaun minyak dan tol, serta menggunakan perkhidmatan penerbangan komersial kelas ekonomi  pegawai kerajaan berupaya membantu kerajaan berjimat.

"Potongan gaji sebanyak 20% bagi menteri dan timbalan menteri agar mereka memahami keperitan untuk mencari pendapatan lain dengan bekerja 2 kerja," katanya.

Selain itu, PAS juga menggesa agar saiz Kabinet dikecilkan dan menteri yang menjalankan tugas dengan efisyen atau mengeluarkan kenyataan kontroversi perlu digugurkan.  
 
Tuan Ibrahim juga mencadangkan agar peruntukan untuk Jabatan Perdana Menteri dikaji semula serta menghentikan kewujudan agensi baharu dan syarikat milik kerajaan yang baharu dan mempunyai fungsi bertindih.

Pemimpin PAS itu turut mencadangkan agar Putrajaya mengurangkan perlantikan konsultan luar untuk projek kerajaan dan memasukkan klausa agar tuntutan ganti rugi dapat dibuat sekiranya cadangan yang dibuat konsultan luar tidak mendatangkan hasil.

"Tidak menuntut bajet tambahan untuk 2016. Segala keperluan tambahan perlu ditampung menggunakan kaedah penjimatan dan mengurangkan pembaziran," katanya.

Selain mencadangkan pengurangan kadar GST secara berperingkat termasuk cukai pendapatan bagi mereka yang berpendapatan sederhana, selain menghapuskan cukai itu bagi peralatan persekolahan.

Parti Islam itu juga mencadangkan agar kerajaan meletakkan setiap transaksi dan kontrak yang melibatkan kerajaan pusat secara atas talian, serta mengurangkan perbelanjaan dalam sektor pertahanan.

"Melakukan rundingan semula semua perjanjian yang berat sebelah yang memberi impak kepada pembelanjaan rakyat seperti tol dan pengangkutan awam," katanya.

"Cadangan di atas tidak susah dilaksanakan, yang diperlukan hanyalah keikhlasan, kesungguhan dan komitmen kepada 'ciri tatakelola kerajaan yang baik' atau 'good governance'.

"Kepada kerajaan pimpinan Umno, jika hendak membuat cadangan, buatlah cadangan untuk memperbaiki diri sendiri dulu, hentilah retorik dan memberikan nasihat tidak masuk akal kepada rakyat," katanya.

"Dan jangan salahkan orang lain atas kesusahan rakyat kerana tiada lagi yang pernah memerintah negara selain Barisan Nasional (BN) sejak Merdeka."


Countdown selesai hutang 1MDB hampir luput

Posted: 29 Dec 2015 04:58 AM PST

 
Najib sebelum ini memberi jaminan bahawa kerajaan akan menyelesaikan isu 1MDB sebelum penghujung tahun 2015.


najib_1mdb_600


PETALING JAYA: Jaminan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menyelesaikan isu kontroversi syarikat pelaburan staregi kerajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menjelang hujung tahun ini akan berakhir dalam masa dua hari lagi.

Najib memberi jaminan hutang 1MDB sebanyak RM42 billion akan diselesaikan menjelang hujung tahun ini ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Rantau Panjang, Kelantan pada bulan 22 Ogos yang lalu.

"Sebelum ini kita bagi masa enam bulan untuk selesaikan hutang tersebut, sekarang hanya tinggal lima bulan lagi. Saya yakin menjelang hujung tahun ini segala hutang 1MDB akan selesai," katanya ketika itu.

Najib sekali lagi memberi jaminan yang sama ketika memberi penjelasan kepada lebih 1,500 Ketua Penerangan UMNO Bahagian dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pada Majlis Penerangan Perdana di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) 8 Disember.

Justeru, keputusan tempoh yang akan tamat pada 31 Disember bukan sahaja turut dinanti-nantikan ahli UMNO, malah jutaan rakyat Malaysia yang masih berteka-teki tentang hutang syarikat 1MDB.

Apapun, situasi sekarang menggambarkan seolah-olah isu tersebut sukar diselesaikan memandangkan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) masih melakukan siasatan berhubung kes tesebut.

Terdahulu, Pengerusi PAC, Datuk Hasan Arifin juga berkata, Jabatan Audit Negara dijangka menyiapkan laporan akhir berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hujung tahun ini.

Najib sebelum ini telah memberikan keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu dana RM2.6 bilion dan SRC International pada awal Disember.

Najib pecat khidmat bekas juruaudit 1MDB, kata editor WSJ

Posted: 29 Dec 2015 04:49 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Perkhidmatan dua bekas syarikat juruaudit 1MDB - Ernsts & Young dan KPMG - ditamatkan selepas mereka menyoal mengenai usaha sama syarikat pelaburan negara itu dengan PetroSaudi International, kata editor The Wall Street Journal (WSJ) Tom Wright.

"Kedua-dua Ernst & Young dan KPMG dipecat oleh Najib. Mereka mempunyai soalan mengenai perakaunan yang berkaitan dengan cara pelaburan yang berkaitan dengan usah sama dengan PetroSaudi pada 2009.

"Kami tahu mengenainya berdasarkan dokumen dalam draf Laporan Ketua Audit Negara," katanya ketika menjawap soalan dalam talian pada sesi soal jawap hari ini.

Wright disoal mengapa firma audit setakat ini tidak melaporkan sebarang penyelewengan dalam 1MDB.

Ernst & Young adalah juruaudit 1MDB sejak syraikat itu mula beroperasi pada tahun 2009, tetapi telah sama ada berhenti atau ditamatkan perkhidmatnnya pada September 2010 tanpa menandatangani sebarang akaun.

KMPG pula mengambil alih daripada Ernst & Young sehingga Disember 2013, apabila Delloite pula dilantik.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bertanggung jawab terhadap pemilihan dan pelantikan juruaudit bagi 1MDB atas sifatnya sebagai Menteri Kewangan. Manakala Kementerian Kewangan adalah pemegang saham tunggal 1MDB.

Najib juga adalah pengerusi lembaga penasihat 1MDB.

Wright adalah seorang daripada dua pengarang laporan WSJ mengenai 1MDB hari ini yang mendedahkan bahawa berdasarkan minit mesyuarat 1MDB, Deloitte ada menerima aduan mengenai penyelewengan tetapi tidak dapat mencari bukti sebarang salah laku.

1MDB dalam kenyataannya hari ini menolak laporan terbaru WSJ yang menurutnya "dakwaan tidak berasas" yang dikitar semula sejak pertengahan 2015.

K'jaan sendiri patut buat dua kerja, kata Nik Abduh

Posted: 29 Dec 2015 04:46 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Aziz berkata kenaikan kos sara hidup mampu ditangani sekiranya kerajaan sendiri 'melakukan dua kerja' dan 'bekerja lebih masa'.

Beliau merujuk saranan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan yang meminta orang ramai melakukan dua kerja bagi mengurangkan kos sara hidup.

"Ia sesuatu yang ironi apabila kerajaan menggalakkan rakyatnya bekerja lebih masa sedangkan kenaikan kos sara hidup mampu ditangani jika kerajaan sendiri bekerja lebih masa' untuk mengurangkan beban kepada rakyat," katanya pada kenyataan media.

Nik Abduh berkata negara lain seperti Sweden umpamanya mengurangkan waktu bekerja kepada enam jam sehari dan masa terluang diperuntukkan untuk aktiviti sosial, sekaligus menggalakkan gaya hidup sihat di kalangan rakyat.

Perkara itu katanya tidak berlaku di Malaysia.

"Para pekerja terpaksa keluar di awal pagi mengelakkan kesesakan kemudian balik di lewat petang kerana jadual bekerja termasuk kesesakan yang teruk dan cadangan tambahan kerja pula dilakukan pada waktu malam," katanya.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata asas kepada masalah ini adalah gaji tidak sepadan, di samping polisi 'separuh masak' seperti pelaksanaan Cukai GST dan kenaikan tambang pengangkutan yang menyumbang kenaikan harga barang dan kos sara hidup keseluruhannya.

Justeru katanya, Dewan Pemuda PAS menegaskan supaya kerajaan memberi perhatian mendalam terhadap masalah rakyat selain membantu mengurangkan kos sara hidup yang disifatkan semakin parah ketika ini.

"DPPM juga menyarankan kerajaan supaya terlebih dahulu melakukan 2 kerja iaitu melaksanakan tugas sebagai kerajaan dengan penuh amanah dan menyelesaikan masalah kos sara hidup sebelum memberi saranan 2 kerja kepada rakyat," katanya.



Pemuda AMANAH mohon Raja Melayu halang MKN

Posted: 29 Dec 2015 04:43 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Hanya Majlis Raja-raja Melayu dapat menghalang Rang Undang-undang Majlis Keselamatan Negara 2015 daripada diteruskan, kata Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Nasional Faiz Fadzil.

Menurut Faiz, rakyat sangat berharap agar Yang Dipertuan Agong (YDPA) bersama Raja-raja Melayu dapat bersidang dan bertitah menolak undang-undang berkenaan dan seterusnya ia ditarik balik oleh kerajaan.

"Jika kerajaan meneruskan juga usaha mendapat perkenan YDPA selepas ditolak oleh Majlis Raja-raja Melayu, maka jelas kerajaan pimpinan umno tidak lagi mengendahkan titah Raja-raja Melayu dan boleh dianggap penderhaka," katanya pada kenyataan media hari ini.

Tambahnya, undang-undang baru ini bakal menjadikan PM sebagai seorang 'maharaja dan diktator' apabila seksyen 18 memberikan kuasa kepadanya untuk mengisytiharkan sesuatu kawasan sebagai kawasan keselamatan.

"Pengisytiharan kawasan keselamatan adalah sama sifatnya seperti darurat di mana kawasan yang diisytiharkan tersebut akan ditadbir oleh MKN yang berkuasa ke atas pasukan bersenjata termasuk polis dan tentera. Perintah berkurung juga boleh dilaksanakan ke atas rakyat.

"Di bawah undang-undang MKN ini, pengisytiharan kawasan keselamatan ini bukan sahaja tidak memerlukan konsultansi dan kelulusan parlimen atau YDPA, malahan menteri kabinet juga," ujarnya.

Beliau turut memberi contoh Bahagian V Undang-undang MKN yang memberi kuasa kepada MKN untuk memeriksa dan menangkap mana-mana orang, menggeledah premis dan menyita kenderaan serta mengambilalih premis milik rakyat.

Manakala seksyen 38 pula memberikan kerajaan kekebalan daripada disaman oleh mana-mana pihak untuk apa-apa kerugian akibat kerosakan harta benda atau kecederaan atau kehilangan nyawa sepanjang penguatkuasaan kawasan keselamatan.

"Hanya Majlis Raja-raja Melayu yang merupakan kuasa tertinggi sistem pemerintahan negara berupaya menghalang kegilaan peralihan suatu kuasa diktator di negara ini.

"Justeru, patik merafak sembah memohon agar Majlis Raja-raja Melayu dapat membela nasib dan hak rakyat dan seterusnya mempertahankan keluhuran perlembagaan dan kedaulatan negara yang tercinta ini,," kata Faiz.



Ibrahim Ali terus sinis pada kerjasama Umno-PAS

Posted: 29 Dec 2015 04:33 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Presiden kumpulan pendesak Melayu PERKASA Datuk Ibrahim Ali terus menunjukkan sikap sinisnya terhadap spekulasi kerjasama Umno-PAS.

Beliau berkata 'kerjasama' kedua-dua parti Melayu terbesar itu telah berlaku di Kelantan ketika berdepan masalah banjir.

Bagaimanapun, bekas anggota parlimen Pasir Mas itu menggambarkan kerjasama itu tidak begitu memberangsangkan, khususnya dalam memberi faedah kepada rakyat.

"Cuma yang saya tahu, kerjasama Umno dan PAS di Kelantan ini, akhir sekali kes banjir baru-baru ini, Umno telah bekerjasama dengan PAS untuk mengatasi masalah orang hilang rumah.

"Jadi rumah itu tak buat. Bila tanya orang Umno dia suruh tanya orang PAS, kita dah bekerjasama kata dia. Tanya orang PAS mereka suruh tanya orang Umno. Akhirnya rumah tak buat langsung.

"Itu kerjasama sekarang ini," kata Ibrahim atau yang mesra dengan panggilan Tok Him.




Ibrahim dalam mesyuarat agung PERKASA di Kuala Lumpur pada 20 Disember lalu menjangkakan kerjasama politik Umno-PAS sukar menjadi kenyataan.

Beliau membangkitkan isu perbezaan ideologi dengan Umno sebagai parti nasionalis dan PAS pula yang beraliran Islam.

Beliau bagaimanapun berharap kerjasama itu dapat berlaku di luar isu politik.

Ku Li: Mungkin masalah bagi Sabah, S'wak

Sementara itu, anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah pula berkata berpendapat idea itu muncul susulan masalah dihadapi parti masing-masing.

"Barangkali Umno membawa cadangan ini kerana kemungkinan Umno tidak akan dapat sokongan daripada bukan Melayu dalam PRU (pilihan umum) akan datang dan (ia langkah) strategik baginya untuk berkawan dan bekerjasama dengan PAS.

"Dan PAS barangkali juga nak sokongan Umno bukan sahaja kerana dia sudah tidak lagi dianggap sebagai rakan dalam perjuangan Pakatan Rakyat dahulu, tetapi ia sekarang ini terpencil sebagai sebuah parti lama yang hanya mempunyai pengikut-pengikut dalam kawasan tradisi," katanya.

Bercakap dalam sidang media dalam acara PERKASA di Kuala Lumpur, hari ini, Razaleigh (gambar) juga berkata perjuangan PAS juga memerlukan sokongan kerajaan Umno untuk menjalankan hudud.

Razaleigh bagaimanapun membangkitkan masalah lain yang mungkin dihadapi Umno jika meneruskan usaha itu.

"Ia (Umno) juga kena beri perhatian dengan rakyat Sabah dan Sarawak, yang memikirkan mungkin kerjasama dengan PAS tidak boleh membela kepentingan mereka di Sabah dan Sarawak," katanya.


Harga minyak menjunam, Brent pada paras terendah 11 tahun

Posted: 29 Dec 2015 04:28 AM PST

MALAYSIAKINI


 


GLOBAL Kebimbangan bahawa harga minyak mentah akan terus menjunam lagi pada tahun baru ini menyaksikan harganya jatuh lebih tiga peratus dengan kontrak penanda aras global, Brent kembali ke paras terendah 11 tahun.

Brent ditutup AS$1.27 lebih rendah kepada AS$36.62 satu tong selepas jatuh ke paras terendah dalam sesi dagangan pada AS$36.52.

Menurut Reuters, dagangan hadapan minyak Amerika Syarikat jatuh lebih dua peratus berikutan penjualan berterusan produk ditapis.

Data Jepun pula menunjukkan dagangan hadapan di Asia mencatatkan harga minyak menunjukkan kejatuhan jualan terendah 46 tahun di negara itu.

Kejatuhan ketara pada sesi dagangan di New York, berikutan beberapa peniaga jangka lantunan pra Krismas, yang mana harga naik kira-kira AS$2 satu tong, tidak kesampaian.

"Dagangan tidak hebat, yang biasa pada waktu ini, dan kebanyakan peniaga mengambil kedudukan bagi menghadapi jangkaan suku pertama 2016 yang lebih lemah," kata Tariq Zahir di Tyche Capital Advisors di Long Island, New York.

Brent mencecah AS$35.98 pada Selasa, paras terendah sejak 2004.

Sementara itu, perangkaan yang disiarkan oleh OPEC menunjukkan lebihan minyak sekitar dua juta tong sehari.

Jumlah itu menyamai lebih dua juta peratus permintaan dunia.

Harga minyak mentah jatuh 70 peratus daripada paras tinggi lebih AS$100 satu tong pada Jun 2014 selepas OPEC, diterajui Arab Saudi, menarik balik dasar mengurangkan pengeluaran bagi mempertahankan penguasaan pasaran.

Riyadh dikatakan bercadang mengurangkan perbelanjaan bagi menguruskan defisit bajet rendah.- Reuters


DERITA RAKYAT: ADA MENTERI TAK FAHAM ATAU PURA-PURA TAK FAHAM

Posted: 29 Dec 2015 04:26 AM PST

abuhassanadam
            
Pernah aku terbaca kenyataan Saudara Lee Kuan Yew ketika ditemuramah oleh beberapa orang professor dari Harvard University tentang tindakan beliau menangani masalah rasuah di Singapura ketika zaman awal pentadbirannya dahulu. Dengan jelas beliau menyatakan yang beliau sendiri terpaksa 'turun padang' untuk menyelesaikan masalah itu. Pendek kata Perdana Menteri sendiri terpaksa 'menyinsing lengan' demi untuk menyelamatkan Singapura daripada 'kehancuran' disebabkan oleh merebaknya gejala rasuah pada ketika itu.
             
Dugaan  awal yang ditemuinya ketika 'memerangi' gejala berkenaan ialah ketika rakan karibnya sendiri yang terlibat dan meminta bantuan dan jasa baiknya mendapatkan pengampunan. Betul-betul beliau dalam keadaan ,' telan mati emak dan luah mati bapak'. Walau bagaimana pun mengikut penjelasannya beliau menyerahkan kepada mahkamah untuk menentukan keadilan. Dan dua hari selepas beliau membuat 'keputusan' berkenaan, rakannya itu telah mengambil keputusan membunuh diri dengan terjun dari sebuah bangunan.
             
Begitu sekali pengorbanan yang dilakukan oleh seorang Perdana Menteri demi untuk meyakinkan rakyat bahawasanya beliau betul-betul serious dalam menangani gejala berkenaan. Dengan menunjukkan contoh sedemikian telah menyebabkan para pegawai yang terbabit dalam pencegahan rasuah yakin bahawa sebenarnya kepimpinan negara betul-betul berhasrat untuk menghapuskan gejala berkenaan di negara berkenaan dan bukan setakat 'melepaskan batuk di tangga' ataupun hanya sebagai mengabui mata rakyat semata-mata.
            
Sehubungan dengan isu ini, rakyat di Malaysia sebenarnya mengharapkan sangat agar pihak pemimpin negara khususnya para menteri yang bertanggungjawab ataupun SPRM mengambil langkah yang betul-betul serious menangani kegiatan rasuah di dalam negara ini. Mungkin telah ada tindakan yang telah dilakukan. Tidak dapat dinafikan. Namun rakyat masih merasakan bahawa masih ada ruang-ruang yang boleh dilakukan demi untuk benar-benar meyakinkan rakyat agar masalah rasuah ini dapat dibendung dan mungkin belum lagi terlambat.
            
Walaupun para menteri negara ini terpekik dan terlolong melalui radio dan TV arus perdana menjelaskan kepada rakyat tentang tindakan-tindakan yang mereka jalankan demi untuk membangun dan membela rakyat, namun rakyat terbanyak masih merasakan bahawa pemimpin di negara ini masih belum melaksanakan tugas membela rakyat dengan sepenuhnya.
             
Apakah begitu rupanya tindakan rakyat Malaysia yang semacam tidak mengenang budi itu? Apakah rakyat Malaysia hanya memejamkan mata dan menafikan sumbangan yang telah diberikan oleh kerajaan?. Apakah sumbangan BRIM yang diberikan itu bukan merupakan pemberian 'ikhlas' dari kerajaan?
             
Peribahasa Cina ada mengatakan bahawa sekiranya mahu memberikan pertolongan antara joran dan ikan, maka lebih baik diberikan joran daripada diberikan ikan kepada yang menerima.Dengan memberikan ikan hanya untuk sekali makan sedangkan jika joran diberikan boleh digunakan untuk sepanjang masa bagi menangkap ikan. Mungkin jugalah para menteri kita mempunyai hujah yang tertentu untuk menangkis hujah yang dikemukakan ini. Mungkin.
            
 Sebenarnya sebilangan besar rakyat Malaysia pada ketika ini sedang dalam derita. Mungkin para menteri kita tidak mendengar rintihan dan tangisan rakyat ketika ini yang sedang bergelumang dengan kenaikan harga barang khsususnya dalam suasana penggal persekolahan hendak bermula.Hampir tidak percaya tentang bagaimana seorang bapa yang berpendapatn sederhana menyelesaikan masalah yang dihadapi kini. Membeli pakaian dan kelengkapan sekolah anak-anak, tambang bas dan van yang perlu difikirkan, yuran sekolah yang juga perlu dijelaskan apabila penggal persekolahan bermula nanti.
Apakah nyenyak tidur si bapa dan si ibu mengenangkan masalah yang dihadapi kini. Apakah masih boleh mengukirkan senyuman si bapa dan si ibu mengenangkan derita yang dihadapi  oleh mereka dalam usaha untuk memberikan pelajaran dan pendidikan kepada anak-anak.
             
Tahukah dan sedarkah para menteri kita tentang derita yang sedang dihadapi oleh rakyat terbanyak kini. Mungkin jawapan yang diberikan oleh mereka ialah bahawa mereka lebih tahu dan peka dengan keadaan yang dihadapi oleh rakyat. Syukur. Dan apakah tindakan yang betul-betul berkesan yang sedang dilakukan oleh pihak berwajib menangani masalah berkaitan. Berapa keratkah menteri yang sanggup betul-betul 'turun padang' menyelesaikan masalah rakyat seperti mana yang pernah dilakukan oleh Saudara Lee Kuan Yew dalam menyelsaikan berbagai masalah yang dihadapi oleh rakyat Singapura pada suatu ketika dahulu.
            
Kini banjir datang lagi membadai di Pantai Timur. Ada perbezaannya antara banjir yang berlaku di utara England dengan banjir yang berlaku di Pantai Timur kini. Di England, sehari selepas berlakunya banjir di sana, maka Perdana Menterinya terus membuat kenyataan, mengambil tindakan drastik menyelesaikan masalah banjir di kawasan berkenaan. Dan terus bersama-sama 'mengharungi' banjir untuk mengetahui sebenarnya masalah yang dihadapi oleh rakyat.Pendek kata Perdana Menterinya sama-sama 'turun padang' sebagaimana Lee Kuan Yew 'turun padang' menyelesaikan masalah rasuah di Singapura pada suatu ketika dulu.
             
Rakyat Malaysia amat 'dahagakan' keadaan sedemikian.

1MDB: WSJ mahu jatuhkan Malaysia

Posted: 29 Dec 2015 04:22 AM PST

MALAYSIAKINI


 


1MDB menolak laporan terbaru akhbar Wall Street Journal (WSJ) yang menurutnya "dakwaan tidak berasas" yang dikitar semula sejak pertengahan 2015.

"Hakikatnya tiada berita sebenar yang terdapat di dalam artikel tersebut.

"Atas sebab-sebab yang hanya diketahui oleh pihak pengurusannya, Wall Street Journal dengan jelas kelihatan senang untuk menjadi papan kenyataan bagi teori konspirasi dan fitnah yang disebarkan oleh pihak pembangkang di Malaysia.

"Ini adalah amat menyedihkan bagi pembaca penerbitan ini yang berhak mendapat berita lebih baik," katanya dalam kenyataan hari ini.

Syarikat pelaburan negara itu juga berkata seperti diketahui WSJ, tuduhan yang dibuat masih menjadi subjek siasatan menyeluruh oleh pelbagai pihak berkuasa di Malaysia.

"Tambahan pula, seperti yang telah diakui beberapa kali sebelum ini oleh Wall Street Journal dalam artikel mereka, tiada sebarang dakwaan bahawa berlakunya aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang.

"Oleh itu kami amat bingung dengan tindakan Wall Street Journal untuk terus-menerus berkempen untuk menjatuhkan 1MDB dan Malaysia, dan kami menggesa agar mereka dapat memberi tumpuan kepada berita sebenar," katanya.


Tuan Ibrahim: Potong gaji, buang menteri kontroversi

Posted: 29 Dec 2015 04:17 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Cadangan Datuk Ahmad Maslan supaya orang ramai melakukan dua kerja membayangkan realiti dihadapi rakyat di negara ini, kata Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man.

"Meskipun cadangan itu menghiris hati rakyat, tapi ia adalah satu pengakuan realiti semasa oleh seorang ahli parlimen Umno.

"Bagi PAS, sebelum mencadangkan langkah-langkah yang patut diambil oleh rakyat untuk mengatasi kemelut ekonomi, elok lah kerajaan dipimpin Umno memandang cermin terlebih dahulu dengan mengambil pelbagai tindakan segera untuk kurangkan kos sara hidup.

"Rakyat perlu dibebaskan daripada menampung kerajaan yang 'high maintenance' kerana sikap perbelanjaan pemimpinnya yang boros, membazir dan tidak ekonomi," katanya pada kenyataan media.

Sehubungan itu Tuan Ibrahim menyenaraikan beberapa cadangan yang boleh dilakukan kerajaan untuk mengatasi kemelut ekonomi dan antaranya dengan mengurangkan saiz kabinet.

"Menteri dan Timbalan Menteri yang sering memberikan cadangan kontroversi boleh dibuang agar pembelanjaan mengurus kerajaan dapat dikurangkan," kata Tuan Ibrahim.

Selain itu, beliau juga mencadangkan potongan gaji sebanyak 20 peratus bagi menteri dan timbalan menteri agar mereka memahami keperitan mencari pendapatan dengan melakukan 'dua kerja'.

Katanya, kerajaan perlu menyemak kembali peruntukan besar untuk Jabatan Perdana Menteri dengan mengurangkan kakitangan kontrak bergaji tinggi di Jabatan Perdana Menteri dan menyalurkan peruntukan itu ke sektor pendidikan.

"Jabatan Perdana Menteri juga harus menghentikan kewujudan agensi baru dan syarikat milik kerajaan yang baru dan misteri yang mempunyai fungsi bertindih dengan agensi kerajaan sedia-ada untuk disalurkan dana dan kerajaan juga perlu menamatkan jawatan duta khas bertaraf menteri kerana ini jawatan bertindih," katanya.

"Cadangan-cadangan ini tidak susah dilaksanakan. Yang diperlukan hanyalah keikhlasan, kesungguhan dan komitmen kepada 'ciri-ciri tatakelola kerajaan yang baik' atau good governance," katanya.



'Jho Low agih dana politik 1MDB'

Posted: 29 Dec 2015 04:13 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Taikun perniagaan Jho Low dibawa menyertai 1MDB untuk membantu mengendalikan perbelanjaan berkaitan pilihan raya umum, dedah seorang bekas ahli politik parti pemerintah.

Ini di sebalik hakikat bahawa Low tidak memegang sebarang jawatan rasmi dalam Umno, kata ahli politik itu dalam laporan yang diterbitkan oleh akhbar kewangan Amerika Syarikat, The Wall Street Journal (WSJ) hari ini.

Seorang bekas kakitangan 1MDB juga dilaporkan sebagai berkata bahawa kerahsiaan sentiasa menyelubungi 1MDB dengan pihak pengurusan kanan enggan berkongsi sebarang dokumen di Google.

Katanya, pihak pengurusan khuatir bahawa dokumen berkenaan jatuh ke tangan pembangkang.

Beliau juga mendedahkan bahawa Low menggunakan kod nama "UC" apabila beliau dihubungi semasa persidangan.

Oh Ei Sun - bekas setiausaha politik Datuk Seri Najib Razak - dipetik sebagai berkata bahawa 1MDB dilihat oleh Pejabat Perdana Menteri sebagai satu cara untuk membiayai projek-projek yang mampu meningkatkan populariti Umno.

Katanya, 1MDB memperuntukkan wang untuk projek-projek yang dicadangkan itu oleh kakitangan di Pejabat Perdana Menteri.

"Jika kita fikir ia boleh membantu mendapatkan kerajaan sedia ada beberapa undi, kita akan mencadangkannya," kata Oh yang kemudiannya meletak jawatan disebabkan oleh kebimbangannya berhubung kurangnya ketelusan dalam kerajaan.

Menurut WSJ, minit mesyuarat syarikat pelaburan negara itu juga mendedahkan bahawa pengerusi lembaga pengarah 1MDB "menyatakan bahawa adalah penting bagi syarikat itu mendapatkan sokongan rakyat Sarawak, terutama penduduk pribumi".

Menurut WSJ lagi, kerajaan juga telah menjual tanah utama di Kuala Lumpur kepada 1MDB pada tahun 2010 pada harga di bawah pasaran untuk pembangunan sebuah pusat kewangan, dalam usaha sama dengan sebuah anak syarikat milik Abu Dhabi.

Pegawai strategi kanan BN

Sementara itu, seorang pemimpin BN, bekas parti yang memerintah di Pulau Pinang, dilaporkan berkata Low pulang ke Pulau Pinang yang merupakan kampung halamannya, sebelum pilihan raya Mei 2013 dan bertindak sebagai pegawai strategi kanan BN.

Menurut pemimpin itu, Low dilaporkan berkata kepada calon-calon pilihan raya bahawa jika mereka memerlukan dana untuk kempen, mereka boleh memintanya dan beliau akan menyalurkannya.

Antara perkara yang diminta calon, kata pemimpin itu, adalah wang untuk mengecat rumah pengundi, makanan percuma dan sebagainya.

1MDB dalam kenyataannya hari ini menolak laporan terbaru WSJ yang menurutnya "dakwaan tidak berasas" yang dikitar semula sejak pertengahan 2015.

Kurangkan dulu kos 'sara hidup' kerajaan, kata Pas

Posted: 29 Dec 2015 03:59 AM PST

Sara hidup


SHAH ALAM - Menyambut baik penubuhan jawatankuasa khas bagi membincangkan tentang isu kos sara hidup, Pas bagaimanapun berkata, kerajaan terlebih dahulu perlu mempraktikkan perkara sama dalam pentadbiran mereka.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, antara langkah awal yang boleh dilaksanakan ialah dengan mengecilkan saiz Kabinet yang disifatkannya tidak padan dengan jumlah rakyat di negara ini.

"Mungkin sudah sampai masanya juga kerajaan menyemak kembali projek yang perlu ditangguhkan contohnya seperti pembelian pesawat, Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

[ARTIKEL BERKAITAN: Tubuh jawatankuasa bincang kos sara hidup]

"Sementara itu, kenaikan elaun menteri dan ahli parlimen tidak sesuai buat waktu ini dan saya sarankan agar ia ditangguhkan, di samping kurangkan lawatan rasmi ke luar negara... jadi saya fikir jawatankuasa untuk menyemak kos sara hidup itu satu aspek positif tapi daripada  kerajaan pun kena ada satu kajian semula," katanya kepada Sinar Online, hari ini.

Tuan Ibrahim berkata demikian mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang akan menubuhkan sebuah jawatankuasa peringkat tertinggi bagi membincangkan pandangan badan bukan kerajaan (NGO) tentang isu kos sara hidup.

Menurut Ahmad Zahid, beliau sendiri akan mempengerusikan jawatankuasa itu yang turut dianggotai enam menteri dan ketua setiausaha kementerian berkenaan.

Beliau berkata, menteri terlibat ialah Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar; Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh dan Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

"Menerusi jawatankuasa ini, saya akan menjemput pengerusi NGO untuk menemui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menyatakan sendiri luahan dan pandangan berhubung isu kos sara hidup," beliau dipetik sebagai berkata pada majlis penutupan Deklarasi Prioriti 2016 - Ekonomi Keutamaan Kita, di ibu negara, semalam.

Menurut Ahmad Zahid lagi, jawatankuasa itu dijadual bermesyuarat pada awal Januari depan bagi membincangkan cadangan yang dikemukakan oleh 50 NGO.


Umno mahu sokongan Melayu, Pas mahu hudud

Posted: 29 Dec 2015 03:55 AM PST

Tengku Razaleigh Hamzah
Tengku Razaleigh Hamzah


KUALA LUMPUR - Umno menghulurkan kerjasama dengan Pas kerana mahukan undi majoriti Melayu, manakala Pas pula mungkin menyambut kerjasama yang dimahukan kerana mahu mendapat sokongan terhadap pelaksanaan hudud.
Veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, ia tidak mustahil memandangkan Umno mungkin tidak akan dapat sokongan daripada bukan Melayu dalam PRU akan datang.

"Pandangan saya dari segi keadaan dalam negara sekarang, barangkali Umno membawa cadangan ini kerana ia merupakan strategi bagi Umno untuk berkawan dan bekerjasama dengan Pas," katanya selepas merasmikan Majlis Pelancaran Tabung Kemanusiaan Pelajar Melayu Mesir, di Kelab Sultan Sulaiman, di sini, hari ini.

Manakala bagi Pas pula, kata Tengku, selain faktor hudud, kebersamaan kerjasama Pas dengan Umno dibuat mungkin kerana parti Islam itu tidak lagi dianggap sebagai rakan dalam perjuangan PR dahulu.

"Pas sekarang ini terpencil sebagai sebuah parti lama yang hanya mempunyai pengikut-pengikut dalam kawasan tradisinya. Jadi sukar untuk Pas mendapat sokongan banyak, dan perjuangannya juga memerlukan sokongan pihak yang berkuasa seperti Umno. Kerana Pas nak jalankan hukum hudud.

"Dan ini tidak boleh dijalankan melainkan satu; Enakmen Syariah dipinda di peringkat Parlimen bagi membolehkan enakmen di negeri Kelantan dan Terengganu dilaksana, dan kemungkinan kedua; mendapat sokongan 2/3 untuk meminda perlembagaan negara dan kalaulah kedua-dua parti ini berpakat mungkin boleh dilakukan semua yang dicadangkan itu," jelasnya.

Bagaimanapun menurut Tengku lagi, meskipun kini terlibat dengan kerjasama Pas, Umno tetap perlu menumpukan perhatian terhadap Sabah dan Sarawak.

"Umno kena beri perhatian dengan rakyat Sabah dan Sarawak yang memikirkan mungkin kerjasama dengan Pas tidak boleh membela kepentingan mereka di Sabah dan Sarawak.

"Kerana Sabah dan Sarawak tidak menganggap Islam sebagai agama rasmi negeri-negeri berkenaan," katanya lagi.


Askar Malaysia hilang, dikhuatiri lemas di AS

Posted: 29 Dec 2015 03:50 AM PST

 Askar Malaysia hilang, dikhuatiri lemas di AS


KUALA LUMPUR - Seorang pegawai Angkatan Tentera Malaysia yang sedang menuntut di Fort Leonardwood, Missouri, Washington, Amerika Syarikat disyaki hilang apabila kereta yang dinaiki bersama rakan-rakannya dihanyutkan oleh air banjir.

Dalam kejadian yang berlaku pada 26 Disember lalu, mangsa bersama empat rakan kolejnya dikatakan cuba meredah laluan yang dipenuhi air banjir dengan menggunakan sebuah kenderaan.

Memetik laporan sebuah portal kententeraan www.armytimes.com, kenderaan mereka dikatakan dihanyutkan oleh arus banjir.

"Keempat-empat mayat rakan mangsa dilaporkan telah dijumpai.

"Bagaimanapun mangsa tidak ditemui setakat ini," katanya.

Difahamkan, mangsa yang telah mendirikan rumah tangga mempunyai seorang anak dan bakal menamatkan pengajiannya pada April depan.

KENAPA TIDAK CERDIK BOLEH JADI MENTERI?

Posted: 28 Dec 2015 11:27 PM PST

shahbudindotcom


 
 
 
Ketika berbual dengan kawan-kawan mengenai Ahmad Maslan yang didapati kerapkali mengeluarkan kenyataan tidak masuk akal, pertanyaan seterusnya yang selalu kedengaran ialah bagaimanakah orang seperti beliau boleh menjadi seorang anggota pentadbiran kerajaan?

Sepanjang  menjadi timbalan menteri sejak 2009, beliau merupakan pemimpin UMNO yang paling banyak diperbualkan dan menjadi persendaan rakyat berikutan beberapa kenyataan yang dikeluarkannya.

Kalau ikut hukum akal atau sekiranya Najib Razak mengambil kira banyaknya rungutan, bukan saja di kalangan rakyat, bahkan di kalangan ahli UMNO sendiri, Ahmad Maslan sudah sepatutnya diketepikan daripada menganggotai kerajaan.

Terbaru dalam menggalakkan rakyat melakukan dua kerja untuk menangani peningkatan kos sara hidup, Ahmad Maslan jelas keliru dan tidak dapat membezakan antara kerja dengan jawatan apabila mengatakan beliau sendiri mempunyai tiga kerja dalam satu masa iaitu sebagai timbalan menteri, ahli parlimen dan ketua penerangan UMNO.

Sekali lagi timbul perbualan, bagaimana sebagai timbalan menteri tidak dapat membezakan antara kerja dengan jawatan?

Tidak saja rakyat biasa, malah seorang mufti juga turut tidak dapat menahan diri daripada mempertikaikan kecerdikan dan kemampuan berfikir Ahmad Maslan itu.

Secara umumnya, apabila menjadi pemimpin dalam kerajaan, harapan rakyat ialah mereka mestilah lebih cerdik atau sekurang-kurangnya kelihatan beberapa langkah ke hadapan dari segi pemikirannya berbanding rakyat biasa.

Dengan demikian, barulah kepimpinan mereka boleh diikuti atau dijadikan pedoman. Itulah nilai seorang pemimpin di mata rakyat.

Tetapi berbeza dengan Ahmad Maslan, beliau seringkali saja mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan, tidak masuk akal, malah tidak menunjukkan berbezanya diri beliau itu sebagai pemimpin.

Dengan beberapa lagi pemimpin mempunyai watak seperti Ahmad Maslan dalam kerajaan seperti pernah menyarankan jangan makan ayam jika mahal, tanam sayur sendiri kerana harganya kian mahal, bertolak lebih awal untuk mengelak tol dan sebagainya, ia secara tidak langsung memburukkan lagi imej kerajaan di mata rakyat.

Mengapa di zaman Najib ini begitu banyak pertikaian mengenai kualiti menteri dan timbalan menteri yang dilantiknya, sedangkan ia tidak pernah berbangkit sebelum ini?

Kenapakah orang seperti Ahmad Maslan lebih senang mendapat kedudukan dalam kerajaan berbanding ramai Ahli Parlimen lain yang jauh jauh lebih baik, lebih cerdik dan diyakini?

Mengapa sesetengah Ahli Parlimen yang baik dan cerdik pula, hanya sesudah beberapa penggal menjadi wakil rakyat barulah dilantik menganggotai kerajaan, berbeza dengan Ahmad Maslan yang mula bertanding di Pontian pada pilihanraya 2008, tetapi terus dilantik sebagai timbalan menteri pada 2009 apabila Najib menjadi Perdana Menteri?

Jawapannya tidak lain ada pada Najib sendiri. Beliau bukannya melantik menteri dan timbalan menteri untuk berkhidmat dengan lebih baik kepada rakyat dan negara, tetapi semata-mata untuk dirinya.

Sebab itu, beliau memilih mereka yang setia, suka mengampu, membodek dan hanya sedia memujinya saja.  Faktor kemampuan dan keupayaan memikul tanggungjawab, kecerdikan berfikir atau memberi khdmat kepada rakyat, tidak lagi menjadi faktor paling utama.

Ada menteri yang diketahui umum dilantik semata-mata kerana kuat mengampu dan mengepung sehingga Najib tidak mampu berbuat apa-apa selain daripada memberinya ganjaran jawatan.

Pemimpin yang baik dan mempunyai keupayaan berfikir dengan cemelang barangkali hanya boleh dibilang dengan jari dalam pentadbiran kerajaan di era Najib ini. 

Selain itu, Najib juga barangkali enggan melantik semua yang cerdik dan pandai dalam kerajaan pimpinannya kerana tidak mahu dirinya sendiri tenggelam. Hanya apabila di kelilingi oleh mereka yang tidak berapa cerdik, sering mengeluarkan kenyataan tidak masuk akal dan menjadi bahan persendaan rakyat saja barulah Najib kelihatan sedikit lebih baik dan menonjol.

Dalam ertikata lain, disebabkan tidak cerdik itulah mereka diberikan jawatan serta kedudukan dan menjadi  tidak cerdik di zaman Najib ini nampaknya mendatangkan nasib lebih baik berbanding mereka yang pandai dan berkualiti. 


Sokong keperluan sekolah tidak dikenakan GST

Posted: 28 Dec 2015 11:14 PM PST

beg sekolah
- Gambar hiasan
 
 
SHAH ALAM – Kerajaan disaran menerima cadangan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) untuk mengecualikan barangan keperluan sekolah daripada dikenakan GST bagi mengurangkan beban yang ditanggung oleh rakyat pada masa kini.

Pakar Ekonomi Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan UUM, Prof Datuk Dr Amir Hussin Baharuddin berkata, pada peringkat permulaan, kerajaan boleh mempertimbangkan untuk tidak mengenakan GST bagi sebarang pembelian barangan keperluan persekolahan di koperasi-koperasi sekolah.

"Mungkin pada peringkat permulaan, mereka boleh mulakan di sekolah rendah dengan turut menawarkan harga pembelian yang lebih murah berbanding di luar.

"Ini akan menunjukkan keprihatinan kerajaan kepada nasib pelajar dan tanda mereka (kerajaan) sayangkan pendidikan negara ini," katanya, semalam.

[ARTIKEL BERKAITAN: Alangkah elok keperluan sekolah dikecualikan GST!]

Amir berkata, beliau sebelum ini juga pernah mencadangkan supaya setiap barangan keperluan pelajar dapat dikecualikan daripada dikenakan GST bagi meringankan beban ibu bapa berpendapatan rendah.

Menurutnya, pelajar merupakan aset kepada masa depan negara dan kerajaan sewajar memberikan keutamaan dan keprihatinan kepada nasib mereka.

"Pengecualian GST kepada barangan keperluan sekolah ini juga merupakan antara langkah untuk menjimatkan belanja ibu bapa yang berpendapatan rendah khususnya pada sesi awal persekolahan," katanya.

Semalam, Setiausaha Agung PPIM, Datuk Dr Maamor Osman memohon agar kerajaan dapat mempertimbangkan untuk  mengecualikan keperluan persekolahan daripada dikenakan GST.

Selain itu, beliau turut mencadangkan supaya koperasi sekolah memainkan peranan dengan menawarkan harga yang lebih murah berbanding pasaran luar sebagai langkah untuk berjimat cermat

'Ustaz YouTube' dipantau dengan kerjasama jabatan agama

Posted: 28 Dec 2015 11:08 PM PST

Othman Mustapha
Othman Mustapha
 
 
SHAH ALAM - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan sentiasa memantau secara konsisten perkembangan ajaran yang disampaikan 'Ustaz YouTube' (penceramah tanpa tauliah) di media sosial.

"Jakim juga sentiasa bekerjasama rapat dengan pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi isu yang berkaitan dengan media baru dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) bagi isu yang berkaitan dengan media elektronik," kata Ketua Pengarahnya, Datuk Othman Mustapha.

"Berkaitan dakwaan berkaitan isu 'Ustaz YouTube' yang membawa pemikiran tidak selari dengan aliran aqidah Ahlussunnah Wal Jamaah, Jakim telah maklum berkaitan isu ini.

"Sekiranya terdapat perkara-perkara yang bercanggah dengan undang-undang negara, Jakim akan bekerjasama dengan pihak  Majlis Agama Islam Negeri, Jabatan Mufti dan Jabatan Agama Islam Negeri serta pihak-pihak berkuasa lain bagi mengambil tindakan yang sewajarnya," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Sekat video penceramah dakyah ekstremis]

Katanya, Jakim juga bekerjasama dengan pihak  Majlis Agama Islam Negeri, Jabatan Mufti dan Jabatan Agama Islam Negeri serta pihak-pihak berkuasa lain bagi mengambil tindakan yang sewajarnya sekiranya terdapat perkara-perkara yang bercanggah dengan undang-undang negara.

"Jakim dari semasa ke semasa bersikap terbuka dan sentiasa mengalu-alukan sebarang bentuk cadangan dan kerjasama dari pelbagai pihak bagi membanteras gerakan, aliran pemikiran atau aktiviti yang boleh menjejaskan kesucian aqidah dan keharmonian hidup umat Islam di negara ini," akhiri beliau.

Sebelum ini, SKMM digesa menyekat video penceramah bebas yang menyampaikan dakwah berunsurkan ekstremis, melalui media sosial.

Pendakwah, Ustaz Wan Akashah Wan Abdul Hamid berkata, langkah itu bagi memastikan penularan fahaman bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah dapat dibendung lebih awal

K'jaan mohon batal saman 5 keluarga penumpang MH370

Posted: 28 Dec 2015 11:00 PM PST

MALAYSIAKINI


 


Kerajaan Malaysia dan tiga pihak lagi memfailkan permohonan bagi membatalkan saman difailkan lima sekeluarga yang menuntut ganti rugi berhubung kematian tiga anggota keluarga mereka yang juga penumpang pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac tahun lalu.

Perkara itu dimaklumkan peguam Sangeet Kaur Deo ketika ditemui pemberita selepas pengurusan kes di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab hari ini.

Sangeet, yang mewakili dua anak pasangan suami isteri yang terkorban dalam penerbangan itu, berkata mahkamah menetapkan 28 Januari depan untuk pengurusan kes.

Prosiding di dalam kamar itu turut dihadiri Peguam Persekutuan Shaiful Nizam Shahrin mewakili kerajaan Malaysia.

Keempat-empat defendan dalam kes saman berkenaan iaitu kerajaan, Malaysia Airlines Berhad (MAB), Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) dan panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), memfailkan permohonan untuk membatalkan saman itu pada 23 Disember lalu.

Keempat-empat defendan dalam permohonan itu memohon supaya saman berkenaan dibatalkan atas alasan tuntutan plaintif bersifat remeh, menyusahkan dan merupakan penyalahgunaan proses mahkamah.

MAB, selaku defendan kedua, berkata MAB hanya diperbadankan pada 7 November 2014, iaitu lapan bulan selepas berlakunya kejadian yang melibatkan penerbangan pesawat MH370 dan bukan merupakan syarikat pengganti kepada Malaysia Airlines System Berhad (MAS), yang turut dinamakan sebagai defendan pertama dalam kes saman berkenaan.

"Akta MAS (Pentadbiran) 2015 (Akta 765) tidak secara 'ipso facto' meletakkan atau memindahkan liabiliti defendan pertama (MAS) kepada defendan kedua (MAB)," kata MAB dalam permohonan itu.

Pada 28 Ogos lalu, lima sekeluarga itu memfailkan saman terhadap kelima-lima defendan bagi menuntut ganti rugi atas kehilangan Tan Ah Meng, 46, dan isterinya Chuang Hsiu Ling@Cindy Chuang, 45, masing-masing merupakan pengarah syarikat kejuruteraan dan pembinaan serta anak sulung pasangan itu, Tan Wei Chew, 19.

Saman itu difailkan dua anak pasangan terbabit iaitu Tan Wei Hong, 15, dan Tan Wei Jie, 13, ibu bapa kepada Ah Meng, Tan Hun Khong, 84, dan Lai Chew Lai, 82, serta ibu Hsiu Ling, Chuang Hung Chien, 75, yang merupakan warga Taiwan.
MAS memungkiri kontrak

Dalam pernyataan tuntutan itu, semua plaintif mendakwa MAS memungkiri kontrak apabila gagal memastikan pesawat berkenaan berada dalam keadaan baik dan sempurna hingga menyebabkan penumpang dan pesawat MH370 gagal dikesan.

Mereka mendakwa akibat kecuaian defendan, kedua-dua anak pasangan itu menjadi yatim piatu secara tiba-tiba serta kehilangan abang sulung mereka dan kejadian itu menyebabkan mereka mengalami penderitaan dan kehilangan termasuk sokongan kewangan dan kasih sayang.

Plaintif juga mendakwa semasa kehilangan perhubungan, DCA gagal mengambil tindakan sewajarnya untuk berhubung semula atau melancarkan pencarian pesawat itu selain mendakwa kehilangan pesawat boleh dihindarkan jika panglima TUDM memantau radar dalam masa sebenar dan mengambil segala tindakan ketika kejadian itu berlaku.

Sehubungan itu, mereka menuntut defendan mengemukakan permohonan maaf secara terbuka kepada plaintif, ganti rugi am, ganti rugi kehilangan sokongan, ganti rugi teruk dan teladan, kos, faedah serta relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Pada 29 Januari lalu, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman yang mewakili kerajaan Malaysia mengumumkan bahawa kehilangan pesawat MH370 diisytiharkan sebagai kemalangan di bawah peraturan penerbangan antarabangsa, dan kesemua 239 penumpang dan anak kapal pesawat malang itu dianggap terkorban.

Pesawat Boeing 777-200ER itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 12.40 tengah malam, 8 Mac 2014 menuju ke Beijing.

Sejam kemudian pesawat itu hilang daripada radar.

Pada 29 Julai 2015 satu komponen sayap dipanggil 'flaperon' ditemui di pulau Reunion di Lautan Hindi. Usaha pencarian masih diteruskan.- Bernama

PKR: Jangan tuding jari Zahid, dedah semua kontrak k'jaan

Posted: 28 Dec 2015 10:57 PM PST

MALAYSIAKINI


 


PKR hari ini menggesa Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan semua kontrak, perjanjian dan konsesi yang memberi kesan kepada kos sara hidup, termasuk perjanjian tol lebuh raya.

Ia berikutan kenyataan Zahid bahawa orang ramai tidak harus menyalahkan kerajaan sedia ada terhadap kontrak penswastaan yang dibuat sejak era kepimpinan sebelum ini.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata meskipun masalah mengenai kontrak kerajaan berlaku sejak dahulu,


Zahid selaku orang nombor dua dalam kerajaan perlu melakukan sesuatu bagi menanganinya.

"Jika benar kontrak, perjanjian dan konsesi ini tidak memanfaatkan malah membebankan hidup rakyat, apakah tidak mungkin ianya dikaji semula dan perjanjian yang lebih mendatangkan manfaat kepada rakyat dimeterai?," Soal Fahmi dalam kenyataan media hari ini.

"Alangkah sayangnya, Zahid kelihatan lebih berminat untuk memberi bayangan tentang siapa yang mencetuskan masalah dari berusaha menyelesaikannya," katanya.

Zahid hari ini dilaporkan berkata orang ramai tidak harus menyalahkan kerajaan terhadap kontrak penswastaan dengan mengatakan "Najis yang terpalit itu dibuat dari dulu,".

Beliau juga dilapor mengakui kontrak lebuh raya, pengeluar tenaga bebas (IPP) dan keretapi ERL adalah berat sebelah, namun enggan menamakan secara khusus pihak bertanggungjawab.

Bagaimanapun beliau dipercayai merujuk kepada perdana menteri keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini menjadi pengkritik keras Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Najib dalam ucapan penggulungan Perhimpunan Agung Umno pada 12 Disember lalu berkata kenaikan tinggi tambang ERL dari RM35 kepada RM55 hasil perjanjian ditandatangani pada 1997.

Dua warga Myanmar ditemui mati dengan kesan tikaman

Posted: 28 Dec 2015 10:50 PM PST

NORAIZURA AHMAD

 

polis
Kedua-kedua mangsa ditemui dengan kesan tikaman masing-masing 12 dan 18 tikaman pada badan mangsa. Foto Ihsan PDRM 


KUALA LUMPUR,  Dua lelaki warga Myanmar ditemui maut dengan kesan tikaman di sebuah gerai di kaki lima di Jalan 5/62 A, Bandar Manjalara, pagi tadi.


Kedua-dua mangsa ditemui dalam keadaan terbaring kira-kira jam 6.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Sentul, ACP R. Munusamy berkata, kedua-dua mangsa yang dikenali sebagai Kumar, 34 dan Saw, 42 dipercayai pemilik gerai dan pelanggan.

Menurutnya, kedua-kedua mangsa ditemui dengan kesan tikaman masing-masing 12 dan 18 tikaman pada badan mangsa.

"Polis tidak menemui sebarang senjata di tempat kejadian. Kedua-dua mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan motif kejadian dan siasatan masih diteruskan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Nama M. Nasir tercicir, tidak layak digelar ikon ‘Anugerah Juara Lagu’?

Posted: 28 Dec 2015 10:46 PM PST

THE RAKYAT POST

 

artis-m-3
Sayang seribu kali sayang apabila M. Nasir tidak diangkat sebagai ikon 'Anugerah Juara Lagu' walhal kalau diikutkan nama beliau seharusnya berada dalam senarai memandangkan kejayaannya menjadi komposer paling banyak memenangi pertandingan itu dengan empat kali kejuaraan. - Foto TRP/Syahirah Roslan


KUALA LUMPUR,  Seiring dengan sambutan ulang tahun ke-30 penganjuran Anugerah Juara Lagu (AJL) yang akan berlangsung pada 24 Januari depan di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor, pihak TV3 selaku penganjur telah memilih lima ikon yang telah memberikan impak besar sepanjang penganjuran anugerah berprestij itu.


Mereka yang terpilih ialah gandingan komposer terkenal, Manan Ngah dan penyanyi ternama, Francissca Peter yang pernah mencipta kegemilangan menerusi lagu Sekadar Di Pinggiran sekaligus menjadi pemenang sulung AJL pada tahun 1986.

Kemudian, kumpulan rock legenda, Search juga turut diangkat sebagai ikon AJL di atas kejayaan mereka yang menjadi kumpulan muzik pertama yang menjuarai AJL pada tahun 1989 atas tiket lagu keramat mereka, Isabella hasil gandingan ciptaan mereka bersama Bob Lokman selaku penulis lirik.

Apabila menyebut tentang AJL, pastinya nama penyanyi tersohor negara ini akan terus terpahat kemas dalam sejarah penganjuran AJL iaitu Datuk Siti Nurhaliza yang turut diiktiraf sebagai penyanyi wanita yang paling banyak dijulang dengan gelaran AJL menerusi Jerat Percintaan (1996), Cindai (1998) dan Balqis (2000).

Tidak cukup dengan itu, pentas AJL juga pernah menyaksikan kegemilangan dan fenomena lagu-lagu berentak tradisional dan Irama Malaysia yang seringkali memeriahkan anugerah itu kira-kira sedekad lalu.

Justeru, dua nama ikon yang cukup masyhur dalam memartabatkan lagu-lagu berkenaan di pentas AJL yakni Datuk Suhaimi Mohd. Zain atau lebih dikenali sebagai Pak Ngah dan penulis lirik prolifik, Hairul Anuar Harun turut menerima pengiktirafan daripada TV3 di atas penguasaan mereka dalam kategori itu.

Lebih-lebih lagi apabila kedua-duanya pernah bergelar juara sebanyak dua kali pada tahun 1998 dan 2000 masing-masing untuk lagu Cindai dan Balqis.

Sebagai juara pertandingan itu untuk edisi ke-29 awal tahun ini, Joe Flizzow dan SonaOne tidak dilupakan apabila diiktiraf oleh TV3 sebagai penyanyi, komposer dan penulis lirik untuk lagu hip hop dan rap pertama yang diangkat sebagai juara menerusi lagu Apa Khabar.

Pun begitu, ada kemusykilan di sebalik pemilihan ikon-ikon ini kerana sepanjang 30 tahun AJL diadakan, sebenarnya ramai lagi yang turut layak menerima pengiktirafan dan digelar ikon di atas sumbangan mereka di pentas AJL.
artis-m-5
Kali terakhir M. Nasir memenangi Anugerah Juara Lagu adalah pada tahun 2011 menerusi 
lagu Awan Nano hasil kolaborasinya bersama penulis lirik, Buddhi Hekayat dan penyanyinya, 
Hafiz Suip. – Foto baby-rina.blogspot.com
Usah pandang jauh, kehebatan komposer dan penulis lirik ternama negara, Datuk M. Nasir adalah nama yang secara terang-terangan telah tercicir dan terlepas pandang oleh pihak TV3.

Adakah M. Nasir tidak layak untuk bergelar ikon AJL sedangkan dia sepatutnya diangkat sebagai ikon selaku komposer yang paling banyak memenangi AJL iaitu empat kali bermula dengan lagu Tanya Sama Itu Hud Hud pada tahun 1994, Ghazal Untuk Rabiah (1997), Andalusia (1999) dan Awan Nano (2011).

Pastinya itu adalah satu kejayaan yang secara terang-terangan layak dan wajar untuk dijadikan sebagai ikon AJL.

Bagi menjawab persoalan itu, Pengurus Besar Kumpulan, Pengurusan Jenama dan Rancangan TV3 dan TV9, Sherina Mohamed Nordin menjelaskan soal layak atau tidak memang tidak timbul kerana pihaknya mahu memberikan pengiktirafan kepada mereka yang benar-benar memberikan impak.

"Bukan itu sahaja, isu tidak terlepas pandang juga tidak timbul. Mungkin bukan kali ini tetapi siapa tahu mungkin sambutan ulang tahun ke-40, nama M. Nasir akan dipilih sebagai ikon pula bersama-sama mereka yang akan terus mencipta rekod dan kegemilangan baharu selepas ini," katanya lagi.

Jawapan Sherina itu kemudiannya disambut dan dibalas pula Pengurus Hiburan Primeworks Studios Sdn. Bhd., Muhamad Sufian Isa yang turut menafikan perkara itu (kegagalan menyenaraikan nama M. Nasir sebagai ikon).

Tidak mahu pihak media terus dibelenggu kekeliruan, Muhamad Isa menerangkan bahawa pemberian gelaran ikon AJL kepada lapan individu menerusi lima kategori itu adalah berdasarkan kepada komitmen mereka dalam menjayakan sesi promosi sempena AJL 30.

"Kami memang cukup sedar impak yang dihasilkan oleh M. Nasir sepanjang AJL diadakan tetapi dari awal lagi, beliau tidak dapat memberikan komitmen untuk sesi promosi ini lalu kami tidak dapat berbuat apa-apa.

"Pihak kami memang menyenaraikan beberapa nama untuk dijadikan ikon tetapi semuanya bergantung kepada masa dan jadual mereka juga. Lalu, kami sepakat untuk memberikan penghargaan kepada lapan individu ini menerusi lima kategori berasingan," jelasnya panjang lebar.

Syarikat telekomunikasi beri rebat prabayar bermula 1 Januari

Posted: 28 Dec 2015 10:35 PM PST

THE MALAYSIAN INSIDER

Rebat bersamaan dengan jumlah cukai barangan dan perkhidmatan akan dikreditkan terus ke dalam akaun prabayar pengguna, berkuat kuasa 1 Januari 2016 hingga 31 Disember 2016. – Gambar fail The Malaysian Insider, 28 Disember, 2015.Rebat bersamaan dengan jumlah cukai barangan dan perkhidmatan akan dikreditkan terus ke dalam akaun prabayar pengguna, berkuat kuasa 1 Januari 2016 hingga 31 Disember 2016. – Gambar fail The Malaysian Insider.
 
 
Selaras dengan pengumuman kerajaan semasa Belanjawan 2016 pada Oktober, syarikat-syarikat telekomunikasi akan memberikan rebat kepada pelanggan prabayar individu yang merupakan warganegara Malaysia, selama setahun sepanjang 2016.

Rebat bersamaan dengan jumlah cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akan dikreditkan terus ke dalam akaun prabayar mereka, berkuat kuasa 1 Januari 2016 hingga 31 Disember 2016.

Ini bermakna pelanggan yang menambah nilai RM10, pada mulanya akan mendapat kredit sebanyak RM9.43, di mana GST 6% akan ditolak daripada tambah nilai tersebut.

Pelanggan akan menerima rebat sebanyak RM0.57 dalam tempoh 24 jam. GST yang dibayar pelanggan akan dikumpul dan dibayar kepada Jabatan Kastam, selaras undang-undang dan garis panduan GST bagi semua barangan dan perkhidmatan yang digunakan. 
 
Syarikat-syarikat telekomunikasi berusaha memastikan proses peralihan berjalan lancar supaya pelanggan tidak menghadapi sebarang masalah apabila membuat tambah nilai serta terus melabur secara berterusan dalam menaik taraf rangkaian negara bagi memastikan pelanggan memperoleh pengalaman berkualiti.

Untuk rujukan orang ramai, soalan lazim (FAQ) mengenai rebat GST boleh didapati di laman web Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM). – Bernama,



Syarikat telekomunikasi beri rebat prabayar bermula 1 Januari


Rebat bersamaan dengan jumlah cukai barangan dan perkhidmatan akan dikreditkan terus ke dalam akaun prabayar pengguna, berkuat kuasa 1 Januari 2016 hingga 31 Disember 2016. – Gambar fail The Malaysian Insider, 28 Disember, 2015.Rebat bersamaan dengan jumlah cukai barangan dan perkhidmatan akan dikreditkan terus ke dalam akaun prabayar pengguna, berkuat kuasa 1 Januari 2016 hingga 31 Disember 2016. – Gambar fail The Malaysian Insider, 28 Disember, 2015.Selaras dengan pengumuman kerajaan semasa Belanjawan 2016 pada Oktober, syarikat-syarikat telekomunikasi akan memberikan rebat kepada pelanggan prabayar individu yang merupakan warganegara Malaysia, selama setahun sepanjang 2016.
Rebat bersamaan dengan jumlah cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akan dikreditkan terus ke dalam akaun prabayar mereka, berkuat kuasa 1 Januari 2016 hingga 31 Disember 2016.
Ini bermakna pelanggan yang menambah nilai RM10, pada mulanya akan mendapat kredit sebanyak RM9.43, di mana GST 6% akan ditolak daripada tambah nilai tersebut.

Pelanggan akan menerima rebat sebanyak RM0.57 dalam tempoh 24 jam. GST yang dibayar pelanggan akan dikumpul dan dibayar kepada Jabatan Kastam, selaras undang-undang dan garis panduan GST bagi semua barangan dan perkhidmatan yang digunakan. Syarikat-syarikat telekomunikasi berusaha memastikan proses peralihan berjalan lancar supaya pelanggan tidak menghadapi sebarang masalah apabila membuat tambah nilai serta terus melabur secara berterusan dalam menaik taraf rangkaian negara bagi memastikan pelanggan memperoleh pengalaman berkualiti.
Untuk rujukan orang ramai, soalan lazim (FAQ) mengenai rebat GST boleh didapati di laman web Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM). – Bernama,
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/syarikat-telekomunikasi-beri-rebat-prabayar-bermula-1-januari#sthash.NBpRIyEK.dpuf

Pandangan Ahmad Maslan memalukan

Posted: 28 Dec 2015 10:26 PM PST

 Sheikh Omar Ali


 


ULASAN Pada pandangan saya, Ahmad Maslan sebagai seorang anggota kabinet tidak wajar menyarankan agar rakyat Malaysia melakukan lebih dari satu kerja.

Namun dengan keadaan ekonomi negara yang parah hari ini, rakyat sememangnya terpaksa bekerja lebih keras demi memenuhi kos keperluan harian yang semakin menekan.

Maksud saya, kerja lebih untuk menampung keperluan, bukan untuk memperolehi lebih pendapatan boleh guna.

Sebagai menteri, pandangan beliau amat memalukan. Sepatutnya, Ahmad sebagai ahli kabinet perlu menjelaskan polisi dan langkah drastik yang boleh dilakukan oleh kerajaan untuk mengurangkan beban rakyat.

Janganlan pulangkan semula beban itu kepada rakyat dengan mengerahkan rakyat bekerja lebih.

Anda sebagai menteri, jawablah apa yang kerajaan boleh lakukan dan bukan menghambat rakyat dan memulangkan paku buah keras kepada rakyat.

Lebih-lebih lagi kerajaan hari ini dipalitkan dengan pelbagai skandal kewangan yang besar seperti 1MDB dan dari mana datangnya RM2.6 bilion dalam akaun PM.

Jawapan Ahmad Maslan hanyalah melambangkan kegagalan kerajaan dalam menyelami masalah rakyat bawahan yang terpaksa bergelut setiap hari demi kelangsungan hidup.

SHEIKH OMAR ALI penolong setiausaha publisiti DAP Johor.


AMK: Lebih baik diam, Ahmad Maslan

Posted: 28 Dec 2015 10:23 PM PST

MALAYSIAKINI


 


Kenyataan Datuk Ahmad Maslan berkaitan dua kerja rakyat Malaysia menunjukkan kerajaan mengakui bahawa isu kenaikan kos sara hidup adalah perkara serius, kata Pemuda PKR (AMK).

Bagaimanapun, kata ketua sayap itu Nik Nazmi Nik Ahmad, kerajaan sebenarnya sudah ketandusan idea untuk menangani isu ini.

"Bukan sahaja cadangan itu tidak konstruktif sebagai kaedah penyelasaian daripada pucuk pimpinan negara, malah ia merupakan penghinaan kepada rakyat yang semakin tertekan menghadapi realiti kehidupan masa kini yang sudah cukup membebankan," katanya.

Selepas dikritik keras kerana bercakap tentang dua kerja bagi menampung kos sara hidup tinggi, Ahmad (gambar) semalam mempertahankan diri dengan berkata beliau sendiri melakukan tiga kerja.

Kerja-kerja itu, katanya, sebagai anggota parlimen, timbalan menteri dan ketua penerangan Umno.

Malah, kata Ahmad, ramai rakyat Malaysia melakukan dua kerja dan berusaha gigih cari rezeki yang halal.

Dalam tweet, beliau bagaimanapun berkata, tajuk Astro Awani, media yang melaporkan kenyataan asalnya, bahawa kerajaan galakkan dua kerja itu tidak tepat.

"Saya sebut MITI (Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri ) galakkan perniagaan atas talian untuk tambah pendapatan dan trend niaga terkini," tulisnya.

Dalam kenyataan hari ini, Nik Nazmi yang juga exco kerajaan Selangor berkata cadangan itu hanya menambahkan beban berlebihan rakyat Malaysia.

"Kami syorkan mana-mana (timbalan) menteri, seperti Ahmad Maslan, jika tidak dapat menyumbang idea atau mengeluarkan polisi yang benar-benar membantu rakyat, baiklah mendiamkan diri daripada menyakitkan hati," katanya.

Merujuk kenyataan beliau sendiri melakukan tiga kerja, Nik Nazmi berkata Ahmad langsung tidak dapat membezakan jawatan yang dipegangnya dengan pekerjaan rakyat biasa.

 Ahmad Maslan @ahmadmaslan
Saya ada 3 kerja: Ahli Parlimen, Timb Menteri, Ketua Penerangan UMNO. Ramai dah di Msia yg buat . Berusaha gigih cari rezeki yg halal

Tiada ulasan: