Selasa, 22 Disember 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Jangan ditanya Kemana Wangnya Pergi

Posted: 22 Dec 2015 07:00 AM PST

sakmongkol.blogspot.my


LIHAT VIDEO DI SINI


Ada seorang  pemuda dari kampong Chenua Raub, berjumpa dengan saya. Antara isi perbualan ialah hasrat dia membuka satu akaun bank. Ayah awak siapa? Abdul Razak jawab nya. Nama awak? Mat Najib. Ayah kaeih beri nama gitu.(Kaeih loghat Raub sama dengan saya atau kawan loghat Pekan).

Dia bercadang membuka akaun dengan Ambank bandar Raub. Dia akan membuka akaun atas nama M. Najib Abdul Razak.

Ini macam nama PM kata saya. Bukan katanya. Iras iras tapi tak sama. Mengapa awak nak buat begitu? Dia jawab kalau buat  macam ini, mana tahu 1MDB akan hantar duit masuk. Kalau tak dapat USD850juta tak mengapa. Dapat USD4 juta pun sudah ok. Sebab 1MDB akan hantar kedalam akauan penama yang iras2 tapi tak serupa. Seperti Aabar Investment Ltd.

Lapuran Wall Street Journal menunjukkan 1MDB telah membayar US$850 juta kedalam akaun satu syarikat luar pantai yang menggunakan nama hampir serupa dengan syarikat asal. Syarikat itu menggunakan nama syarikat Dana Aabar, iaitu Aabar Investments PJS Ltd. Tapi Aabar kata, itu bukan syarikat milik nya.

Ini agak nya mengapa 1MDB kata mereka bayar sejumlah USD2.4 billion tapi, Aabar kata mereka tak terima. Rupa2 nya mereka hantar kedalam akaun syarikat lain. Kemana duit itu dihantar? Jika ia dihantar kedalam akaun syarikat  lain, bererti 1MDB cuai atau berkomplot dengan beberapa orang yang masih bergentayangan, untuk memasukkan dalam akaun syarikat yang  secara sengaja diujudkan untuk tujuan menyonglap wang 1MDB. Jika perkara kedua ini berlaku, ertinya, rakyat Malaysia sudah kena tipu.

Punca duit, tidak di kisahkan oleh orang UMNO. Mereka diajar menganggap apa2 wang yang mereka terima seperti wang yang berikan kepada kita oleh bapa kita. Kita tak tanya dari mana wang itu datang. Sebab kita dididik meyakini dan mempercayai bahawa bapa kita mencari wang yang halal.

Masaalah nya, UMNO bukan bapa kita. UMNO terima wang tidak kira punca nya.

Tapi pewarkilan UMNO kata, tidak mengapa. Wang tersebut digunakan untuk memenangkan UMNO dan mensejahterakan bangsa Melayu. Hiduplah  UNNO dengan wang haram, dan membangunlah bangsa Melayu dengan wang sedemikian.

Cuba perwakilan UMNO bertenang sebentar, sambil minum kopi jantan atau kopi tongkat Ali, makan pulut panggang, tanya, syarikat itu milik siapa?

Besar kemungkinan syarikat palsu itu milik Jho Low seorang Cina, bangsa nya, bukan islam agama nya, dan bukan Raja2 Melayu raja nya. Cina macam ini ok untuk dibuat kawan. Cina biasa yang membanting tulang berkerja keras bersahabat dengan melayu biasa yang juga berusaha keras- itu tidak boleh. Itu cina DAP yang hendak ambil alih kerajaan UMNO.

Ertinya, orang Melayu dipersendakan akal mereka dengan memain2kan nama sahaja. Jho low boleh kelentong orang Melayu dengan menukar sedikit nama2 yang terlibat dalam urus niaga nya. Oh ya- dia dengan bantuan rakan2 Pak Arab nya. Yang datang ke Malaysia disambut sebagai wars tetesan Nabi Muhamad yang dimuliakan.

Tapi akhir nya, syarikat2 palsu ini semua nya berkait atau dimiliki secara total oleh jho Low. Sebaga contoh, Good Star Limited yang mendpat pindahan wang pertama   dahulu sebanyak USD700 juta ialah syarikat milik berdaftar di Pulau Seychelles pemilik nya ialah Jho Low.

Ini nampak nya, kaedah yang digunakan ole Jho Low dan rakan2 Pak arab nya. Yakni menubuhkan syarikat dengan nama yang hampir sama dengan syarikat milik dana atau pelabur yang sahih. Dengan syarikat palsu ini, mereka menyedut wang 1MDB.

1MDB pula sama ada cuai atau bersekongkol, memindah wang yang banyak kedalam akaun tersebut. Mana tahu, sebahagian duit tersebut akan di derma kepada UMNO dengan syarat, akaun nya mesti atas nama Dato Sei Mohd Najib bin Tun Abdul Razak.

Jadi, budak kampong Chenua tadi bercadang untuk buka akaun atas nama M.Najib bin Abdul Razak, mungkin ada peluang besar mendapat pindahan wang dari 1MDB. Dengan syarat sebahagian nya mesti diderma akan kedalam akaun peribadi seorang yang akan dinamakan kemudian. 

Ahli yang teringin bergabung dengan Umno, sila tinggalkan PAS - Idris

Posted: 22 Dec 2015 06:35 AM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Naib Presiden PAS, Dr Idris Ahmad menegaskan mana-mana individu dalam parti itu yang 'teringin' untuk bergabung dengan Umno supaya meninggalkan parti Islam berkenaan.
 
Menurut Ahli Parlimen Bukit Gantang itu, PAS pernah kehilangan beberapa tokohnya, namun parti itu tetap teguh berdiri gagah.  
 
"Jika ada individu yang hendak bergabung dan teringin dengan Umno, maka individu itu sahaja yang pergi. 
 
"PAS pernah kehilangan Yang Dipertua PAS Ustaz Hj Ahmad Fuad, Datuk Asri Hj Muda, Naib Presiden PAS Ustaz Nakhaei Ahmad, Panglima Jihad Ustaz Hasan Adli, Setiausaha Agung PAS Ustaz Osman Abdullah dan banyak lagi tokoh yang lari bersama Umno. 
 
"Persoalannya adakah PAS lemah?  PAS tetap hebat,  kerana dasar, bukan kerana individu. Siapa pun boleh pergi, Insya-Allah PAS berdiri gagah," katanya dalam satu kenyataan yang dipetik dari laman web rasmi parti berkenaan.
 
Pada ketika spekulasi bertiup kencang mengenai penggabungan PAS dengan Umno, ujar Idris, pandangan peribadi mana-mana individu tidak wajar dipakai.
 
"Heboh diperingkat media sosial dan media perdana, PAS hendak bergabung dengan UMNO. 
 
"Ingin saya tegaskan bahawa PAS ada organisasi daripada peringkat Majlis Syura Ulamak, AJK PAS Pusat, dan Muktamar.
 
"Pandangan peribadi tidak boleh dipakai," katanya lagi.
 
 

Kerajaan belum cadang benar pengeluaran KWSP bayar hutang kad kredit

Posted: 22 Dec 2015 04:15 AM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic



KUALA LUMPUR: Kerajaan belum bercadang membenarkan pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi tujuan bayaran balik hutang kad kredit, persidangan Dewan Negara diberitahu Selasa.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chua Tee Yong berkata ini kerana prinsip KWSP adalah sebagai sebuah organisasi keselamatan sosial yang menyediakan simpanan untuk persaraan ahli.

"Caruman di Akaun 2 KWSP iaitu dalam kategori akaun prapersaraan boleh dikeluarkan namun hanya untuk tujuan tertentu seperti kesihatan, perumahan dan pendidikan.

"Sekiranya terdapat permintaan untuk meningkatkan pengeluaran untuk tujuan lain dikhuatiri akan menjejaskan jumlah yang mencukupi untuk ahli bersara kelak," katanya, menjawab soalan Senator Datuk Goonasakaren Raman yang ingin tahu sama ada kerajaan membenarkan pengeluaran KWSP untuk membayar balik hutang kad kredit.

KWSP menetapkan 70 peratus caruman untuk Akaun 1 dan 30 peratus untuk Akaun 2.

Bagaimanapun, Chua berkata kerajaan telah mewujudkan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) untuk membantu individu yang menghadapi masalah pengurusan kewangan dengan menawarkan khidmat nasihat dan kaedah pembayaran balik yang bersesuaian.

Sehingga September 2015, Chua berkata lebih 141,000 peminjam telah berdaftar dan dibantu di bawah program pengurusan hutang yang dikendalikan AKPK.

Sementara itu beliau berkata penetapan minda bahawa permohonan kad kredit boleh diperoleh dengan mudah adalah tidak tepat kerana mengikut statistik, kelulusan permohonan berada pada tahap 40 hingga 50 peratus sahaja.

Ia selari dengan syarat yang ditetapkan Bank Negara Malaysia bagi tujuan itu dengan mengambil kira pendapatan dan jumlah kad kredit individu.




Gangguan bekalan air di Kuala Langat dan Sepang pada 28 Disember

Posted: 22 Dec 2015 04:13 AM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
KUALA LUMPUR: Beberapa kawasan di Sepang dan Kuala Langat akan mengalami gangguan bekalan dan tekanan air rendah berikutan kerja membaiki meter paip agihan utama serta menaik taraf paip sedia ada.
 
Antara kawasan yang terlibat termasuk Pekan Dengkil; Kampung Dengkil; IPD Sepang; Mahkamah Sepang; SMK Sri Sepang; Tanjung Sepat New Village; dan Berek Polis Tanjung Sepat.
 
Ketua Jabatan Komunikasi Korporat Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) Amin Lin Abdullah berkata gangguan air itu akan berlaku bermula 9 malam Isnin depan (28 Dis) sehingga 5 pagi keesokan harinya.
 
"Pengguna dinasihati menyimpan bekalan air secukupnya sebelum 28 Disember ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
 
Beliau berkata bekalan air dijangka pulih secara berperingkat dalam tempoh 16 jam bermula 5 pagi (29 Disember).
 
Pengguna boleh memuat turun aplikasi telefon pintar mySYABAS (melalui Google Playstore and AppStore) atau melayari www.syabas.com.my; Facebook SYABAS puspel atau Twitter SYABAS puspel Syabas untuk maklumat lanjut.
 
 

Tanda tanya pulangan 47,900% Utusan

Posted: 22 Dec 2015 04:12 AM PST

Khairie Hisyam


 


KINIBIZ Dalam tempoh lapan bulan, pelaburan kecil Utusan Melayu mencanak naik nilainya ke tahap tidak dapat dibayangkan pelabur biasa.

Tetapi bagaimana?

Pada 21 Disember lalu, Utusan Melayu (M) Berhad, sebuah syarikat rugi, menjual 20 peratus pegangannya dalam sebuah syarikat sendirian berhad untuk pulangan pelaburan 47,900 peratus hanya selepas lapan bulan.

Bagi Utusan sendiri, keuntungan itu amat besar ketika ia mencatat kerugian selama sembilan suku tahun kewangan berturut-turut.

Dalam suku terakhir, syarikat itu merekodkan kerugian RM7.85 juta susulan kemerosotan hasil 18 peratus tahun ke tahun kepada RM61 juta.

utusan logoMenurut terma rundingan diumumkan Bursa Malaysia, Utusan akan mendapat pendahuluan RM5 juta selepas perjanjian jualan ditandatangani dengan bakinya akan dibayar selewat-lewatnya pada suku kedua 2016.

Bagaimanapun, bagaimana Utusan merealisasikan urus niaga ini?

Utusan berkata kos asal untuk pelaburan 20 peratus itu bernilai RM100,000 pada April 2015 dan kini menjualnya kepada pemegang saham terbesar dalam Maqamad Sdn Bhd dengan nilai RM48 juta.

Berdasarkan rekod awam, Maqamad terlibat dalam pembangunan harta tanah dan perdagangan am.

Pembelinya pula ialah MHA59 Sdn Bhd, yang 90 peratus dimiliki oleh Mohd Hassan Abu, yang juga salah seorang daripada dua pengarah Maqamad.

MHA59 membeli 20 peratus pegangan itu dengan tujuan untuk mendapatkan kawalan penuh dalam Maqamad, menurut Utusan.

Persoalannya kenapa MHA59 membayar RM48 juta untuk pegangan yang cuma bernilai RM100,000 sebelumnya?

Laluan sukar bagi PAS di Sarawak - Penganalisis

Posted: 22 Dec 2015 04:10 AM PST

Oleh Muhammad Asyraf Azlan

 
Post Pic


SHAH ALAM: Seorang penganalisis politik berpendapat PAS akan menghadapi laluan sukar untuk menang kerusi dalam pilihan raya DUN negeri Sarawak kerana ia langsung tiada pengaruh serta pengundi bukan Islam di negeri ini mempunyai tanggapan negatif terhadap mereka.

Dr Jeneri Amir berkata, di samping itu imej parti Semenanjung serta kemelut kepimpinan PAS baru-baru ini juga menyumbang terhadap persepsi negatif berkenaan.

"Memang PAS tidak ada pengaruh langsung di Sarawak ini walaupun pernah hampir menang di Beting Maro tetapi itu bukan disebabkan oleh pengaruh atau kekuatan PAS.

"Ini disebabkan oleh pelbagai perkara tempatan termasuk dari penamaan calon yang ada di situ dalam pilihan raya yang lalu.

"Pada amnya PAS tidak mempunyai pengaruh dan mendapat reaksi yang agak negatif dalam kalangan para pengundi di Sarawak khususnya dalam kalangan pengundi bukan Islam di luar-luar bandar," katanya ketika dihubungi Antarapos hari ini.

Katanya, pendekatan digunakan oleh PAS juga tidak sesuai dengan dengan agama dan budaya pelbagai kaum di Sarawak.

Katanya, lebih merumitkan apabila gambaran buruk perpecahan kepimpinan PAS di Semenanjung juga memberikan kesan langsung terhadap pengundi di Sarawak.

"Kaedah dan pendekatan yang digunakan oleh PAS serta ideologi dibawa oleh parti itu dilihat sebagai agak ekstrem dan tidak serasi dengan agama dan budaya pelbagai kaum di Sarawak yang begitu menitikberatkan soal hubungan etnik yang harmoni.

"Tambahan pula dengan gambaran atau persepsi perkembangan kepimpinan PAS yang berlaku di Semenanjung juga memberikan kesan langsung terhadap bagaimana pengundi di Sarawak ini mengetepikan PAS," jelasnya.

Terdahulu, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendakwa PAS tidak ada pengaruh di Sarawak bagi menghadapi pilihan raya negeri (PRN) dijangka Mac depan.

Katanya, pengaruh PAS di Sabah dan Sarawak tidak sama sebagaimana pengaruhnya di Semenanjung.
Dalam pada itu, Dr. Jeniri melihat DAP adalah sebuah parti pembangkang yang paling berpengaruh dan kuat di Sarawak.

Namun begitu, beliau tidak menafikan bahawa Barisan Nasional (BN) mempunyai 'sinar di hujung terowong' untuk merampas kembali kerusi yang mereka kalah pada pilihan raya yang lalu.

"Dari segi penerapan populariti Ketua Menteri ekoran daripada sekitar 45 langkah dan keputusan atau dasar reformasi yang telah dibuat oleh beliau itu diterima oleh etnik Cina.

"Tetapi disebabkan oleh perbalahan dalaman antara parti UPP dan SUPP telah menyebabkan etnik Cina bukan sahaja kecewa dengan kedua-dua parti itu tetapi yang pasti apabila berlaku pertembungan antara dua parti itu nanti yang meraih keuntungan daripada pertembungan itu adalah DAP," jelasnya.

Selain itu, Dr. Jeniri berpendapat selepas DAP, PKR adalah parti pembangkang kedua terkuat di Sarawak dan diikuti oleh PAS.

"Di lihat dari segi parti pembangkang selepas DAP, PKR adalah sebuah parti yang kedua kuat dan seterusnya adalah PAS.

"Bagi PKR yang hendak menambah kerusi di Sarawak itu adalah cabaran yang besar malah kemungkinan PKR akan hilang satu atau dua kerusi lagi dalam pilihan raya yang akan datang ini,"ujarnya.

Bagi Parti Amanah Negara (PAN), Dr. Jeniri menegaskan bahawa parti itu tidak akan ada peluang menang sebarang kerusi di Sarawak.

"Saya berani menegaskan bahawa peluang mereka untuk menang sebarang kerusi adalah amat tipis.

"PAS yang sekian lama berada di Sarawak tidak menang satu kerusi ini pula PAN sebuah parti yang dilihat adalah serpihan daripada PAS.

"Mereka (PAN) juga tidak dapat mengikiskan imej PAS itu daripada reputasinya sebagai sebuah parti dari Semenanjung," katanya.

Pergolakan parti politik di Malaysia warnai 2015

Posted: 22 Dec 2015 04:06 AM PST

Firdaus Azil


Pergolakan yang berlaku antara kedua-dua parti politik itu memberikan kesan terhadap landskap 2015 di negara ini
 
 
all-party_bn_pakatan_600



Sungguhpun Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sudah hampir tiga tahun berlalu, suhu politik di Malaysia pada tahun ini tetap panas berikutan pergolakan parti politik di kedua-dua belah pihak, kerajaan dan pembangkang.

Landskap politik mula menampakkan perubahan ketara selepas pakatan pembangkang kehilangan dua tokoh besar iaitu apabila ketuanya Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu menjalani hukuman penjara lima tahun bermula Februari kerana didapati bersalah dalam kes liwat manakala Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula meninggal dunia pada bulan sama.

Kehilangan dua pemimpin pembangkang itu mengakibatkan perpecahan yang ketara dalam gabungan Pakatan Rakyat, apabila DAP dan Pas tanpa bersembunyi lagi meluahkan perasaan tidak puas hati terhadap dasar dan polisi masing-masing.

Di sebelah Barisan Nasional (BN) pula, parti pemerintah itu turut berdepan cabaran untuk memastikan isu yang melingkari 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak berlarutan, di samping memastikan rakyat tidak terbeban dengan kejatuhan nilai ringgit serta kesan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Pada 10 Februari lepas, Anwar, yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) gagal dalam rayuannya di Mahkamah Persekutuan untuk mengenepikan hukuman penjara lima tahun yang ditetapkan Mahkamah Rayuan kerana kesalahan meliwat pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada Jun 2008.

Walaupun Anwar cuba merayu di peringkat Lembaga Pengampunan Diraja, petisyen beliau ditolak Yang Di-Pertuan Agong pada 16 Mac dan Anwar hilang kelayakan sebagai Anggota Parlimen Permatang Pauh, sekaligus memaksa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengadakan pilihan raya kecil bagi mengisi kekosongan itu.

Selain itu, negara turut dikejutkan dengan pemergian bekas Duta Besar Malaysia di Amerika Syarikat yang juga anggota Parlimen Rompin, Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis, apabila terkorban dalam nahas helikopter di Semenyih, Selangor pada 4 April lepas.

Perkembangan itu menyebabkan SPR mengambil keputusan untuk mengadakan pilihan raya kecil Rompin pada 5 Mei dan Pilihan raya kecil Permatang Pauh pada 7 Mei yang keputusannya menyaksikan Datuk Hasan Arifin daripada BN berjaya mempertahankan kerusi Rompin, manakala, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengekalkan kerusi Permatang Pauh, yang sebelum itu disandang suaminya Anwar.

Bagi Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kedua-dua pilihan raya kecil itu, adalah yang terakhir beliau menjadi pengarah pilihan raya BN.

Muhyiddin, yang mengkritik Najib berhubung isu 1MDB dan isu dana politik RM2.6 bilion, digugurkan daripada Kabinet dan sekaligus kehilangan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran dalam rombakan yangdiumumkan Perdana Menteri pada 28 Julai.

Turut digugurkan daripada Kabinet ialah Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal selaku Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, yang turut mengkritik Najib dalam isu sama.

Pada Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini, Najib selaku presiden menegaskan akan kekal memimpin parti itu selain mengambil pendirian untuk 'berjiwa besar' dengan mengajak kumpulan penentangnya dalam parti berdamai dan kembali bersatu.

Dalam rombakan Kabinet yang sama, Najib turut menggugurkan Datuk Seri G. Palanivel selepas Pendaftar Pertubuhan pada 25 Jun mengesahkan keanggotaan anggota Parlimen Cameron Highlands itu terbatal dan jawatan presiden dipangku Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Keputusan pemilihan jawatankuasa tertinggi MIC pada 6 Nov kemudiannya mengesahkan jawatan presiden milik Dr Subramaniam secara rasmi, manakala Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk Seri S.K. Devamany dipilih sebagai timbalan presiden.

Sementara itu, ramalan pemerhati politik bahawa Pakatan Rakyat mungkin bermasalah besar dengan ketiadaan Anwar dan Nik Abdul Aziz, menjadi kenyataan apabila gabungan politik itu terbubar secara rasmi ekoran pertelagahan DAP dan PKR dalam beberapa isu nasional, termasuk rampasan kitab Injil berbahasa Melayu di Semenanjung serta keputusan Pas untuk meneruskan agenda undang-undang Hudud di Kelantan.

Keputusan pemilihan parti Pas pada 4 Jun lepas, yang menyaksikan kejayaan Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengekalkan jawatannya sebagai presiden parti itu bagi penggal 2015-2017, menewaskan pencabarnya Ahmad Awang, turut memberi kesan kepada senario politik Pas.

Pada pemilihan itu Mohamad Sabu, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, terlepas jawatan timbalan presiden yang dipegangnya semenjak 2011 kepada Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Keputusan pemilihan itu turut melihat penolakan `kumpulan profesional' dalam Pas – antaranya bekas naib presiden Salahudin Ayub, Anggota Parlimen Parit Buntar Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa, Anggota Parlimen Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud, Anggota Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad dan Anggota Parlimen Kuala Krai Dr Mohd Hatta Md Ramli.

Kumpulan yang diketuai Mat Sabu, kemudian bertindak drastik memisahkan diri daripada Pas dan bertindak menjenamakan semula Parti Pekerja-Pekerja Malaysia yang ditubuhkan pada 1978 kepada Parti Amanah Negara pada 16 September.

Berikutan tindakan itu, keanggotaan mereka dalam Pas terbatal selari dengan Perlembagaan parti itu.

Dalam perkembangan lain, pembubaran Pakatan Rakyat yang ditubuhkan bagi menghadapi PRU ke-12 (2008) menyaksikan penubuhan gabungan baharu dikenali Pakatan Harapan pada 22 September dan pada masa ini, bekas anggota UMNO Datuk Saifuddin Abdullah bertindak sebagai ketua sekretariatnya.
Kekuatan gabungan baharu itu bagaimanapun belum dapat dilihat.

Dewan Rakyat pada persidangannya baru-baru ini, meluluskan Usul Persempadanan Semula Bahagian Pilihan Raya Persekutuan dan Negeri bagi Sarawak yang menyaksikan pertambahan 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri itu.

Berikutan persempadanan semula itu, Sarawak akan mempunyai 82 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) berbanding 71 pada masa kini.

Bahagian pilihan raya yang baharu itu adalah N13 Batu Kitang, N17 Stakan, N18 Serembu, N23 Bukit Semuja, N26 Gedong, N40 Kabong, N57 Tellian, N63 BukitGoram, N66 Murum, N70 Samalaju dan N78 Mulu.

(*)  Firdaus Azil adalah wartawan Bernama

PAS ingatkan PKR waspada ahli dicuri DAP

Posted: 22 Dec 2015 03:59 AM PST

 
Rakan tahaluf siyasi itu juga diingatkan supaya berhati-hati dengan rancangan DAP menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak akan datang


jofri-sarawak


PETALING JAYA: Pas mengingatkan PKR supaya berwaspada dengan tindakan licik DAP yang telah 'mencuri' beberapa bekas calon PKR dalam pilihan raya lepas dan mengisytiharkan mereka menyertai DAP.

Malah, Persuruhjaya Badan Perhubungan Pas Sarawak Jofri Jaraiee juga meminta rakan tahaluf siyasi (kerjasama politik) itu supaya berhati-hati dengan rancangan DAP menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, yang akan diadakan pada tahun hadapan.

"DAP juga bercita-cita tinggi untuk merampas banyak kerusi yang ditandingi oleh PKR sebelum ini dengan mengisytiharkan untuk bertanding sekurang-kurangnya 30 kerusi daripada 15 kerusi yang ditandingi DAP sebelum ini," kata Jofri dalam satu kenyataan pada Selasa.

Peringatan itu merupakan respon Pas Sarawak kepada kenyataan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada Isnin yang menepis pembabitan Pas dalam persiapan pakatan pembangkang menghadapi PRN Sarawak ke-11.

Menjawab pertanyaan FMT, Wan Azizah berkata isu pengagihan kerusi hanya dibincangkan dengan DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) kerana Pas kurang mendapat sambutan di negeri itu.

"Tidak benar sama sekali Pas di Sarawak tidak mendapat sambutan seperti yang dilaporkan oleh akhbar hari ini," jawab Jofri.

"Mungkin disebabkan Pas Sarawak kurang mengeluarkan isu yang kontroversi dan kurang mendapat liputan media massa maka kegiatan Pas bersama masyarakat kurang mendapat liputan."

Mengulas lanjut, Jofri berkata Pas Sarawak akan bertanding di sekurang-sekurangnya 11 kerusi DUN termasuk beberapa kerusi bandar yang biasa ditandingi DAP.

Meskipun Perbincangan kerusi itu tidak tertakluk kepada perbincangan Pakatan Harapan, Jofri berkata pihaknya sedia berunding dengan PKR selaras dengan keputusan Pas Pusat supaya menghormati kerjasama dengan parti reformasi itu.

"Kenyataan (Dr Wan Azizah itu) tidak demokratik dan tidak cermat ini sewajarnya tidak dikeluarkan, malah tidak menggambarkan realiti sambutan Pas Sarawak yang semakin mengukuh di Sarawak," kata Jofri.

Bekas suami bakar kereta direman 4 hari

Posted: 22 Dec 2015 03:55 AM PST

 
Suspek menghadapi hukuman penjara 14 tahun jika didapati bersalah


pj_car_fire_polis_600


PETALING JAYA: Suspek kes kebakaran enam buah kereta berhampiran stesen LRT Taman Jaya pada Isnin kini ditahan reman empat hari.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Zani Che Din berkata suspek berumur 20an itu disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan api atau benda letupan dengan niat menyebabkan kerosakan.

"Jika didapati bersalah, suspek boleh dipenjarakan sehingga 14 tahun," kata Zani dalam satu kenyataan pada Selasa.

Media melaporkan suspek telah menyebabkan kebakaran itu semasa cuba mendekati teman lelaki bekas isterinya.

Suspek cuba membaling botol berisi petrol yang dinyalakan api ke dalam kereta mangsa, dan melarikan diri apabila dikejar mangsa.

Senator BN minta Najib dengar bantahan RUU MKN

Posted: 22 Dec 2015 03:54 AM PST

 
Senator UMNO bimbang Rang Undang-Undang Majlis Keselamatan Negara akan disalahguna


Senator-Suhaimi-Abdullah


KUALA LUMPUR: Senator Suhaimi Abdullah dari Barisan Nasional menggesa pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak supaya mendengar suara bangkangan dalam Dewan Negara yang bimbang dengan Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Suhaimi berkata beliau juga amat takut undang-undang yang dicadangkan itu akan disalahguna.

"Saya ahli Umno dan saya juga bimbang," katanya semasa para senator membahaskan RUU MKN pada Selasa.

"Saya menggesa Putrajaya supaya mendengar suara kita dan pertimbang kebimbangan kita. Saya yakin RUU MKN ini telah difikirkan secara mendalam. Saya tidak mahu mengulangi soalan-soalan yang telah diutarakan oleh rakan-rakan, tetapi dengarlah suara kami."

Beliau memuji para senator BN yang menurutnya pembahas yang lebih baik dari senator pembangkang.

Minggu lalu, Suhaimi menolak laporan berita yang mendakwa para senator BN secara sengaja mengelak mesyuarat dengan badan bukan kerajaan (NGO) yang berkempen menentang RUU MKN.

Suhaimi berkata mereka tidak dijemput ke mesyuarat itu.

Beliau memberitahu Dewan Negara bahawa laporan itu salah dan telah memfitnah perwakilan dari pakatan pemerintah.

"Laporan itu mengatakan kesemua 55 senator tidak hadir kerana kita takut berdepan dengan rakyat, walhal kita tidak dijemput sama-sekali," katanya.

"Jika kita dijemput, pasti kami hadir."

Exco nafi tidak berunding dengan nelayan mengenai projek penambakan

Posted: 22 Dec 2015 03:43 AM PST

ZALINAH NOORDIN

  Fishermen-L-600x360


Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri Datuk Abdul Malik Abul Kassim, memberi jaminan akan bertemu nelayan di negeri itu bagi mendengar kebimbangan mereka mengenai cadangan projek penambakan itu. Foto fail TRP

 

 

GEORGE TOWN,  Kerajaan negeri Pulau Pinang akan berjumpa dengan nelayan tempatan bagi mengetahui mengenai kebimbangan mereka berhubung penambakan tanah di selatan negeri itu.


Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri Datuk Abdul Malik Abul Kassim, berkata tindakan itu juga bertujuan mendapatkan pandangan mereka terhadap cadangan projek penambakan itu.

Dia juga turut menafikan dakwaan nelayan bahawa mereka tidak dibawa berunding selama atau tidak dimaklumkan mengenai cadnagan projek, sambil menjelaskan dakwaan itu sebagai tidak masuk akal.

"Kami baru saja memulakan proses rundingan awam dalam dua minggu ini dengan mengadakan tiga sesi dialog, bersama NGO (pertubuhan bukan kerajaan) dan orang awam, dan selepas ini, kami akan berjumpa dengan penduduk serta nelayan," katanya dalam satu sidang media di Komtar, dekat sini, hari ini.

Abdul Malik berkata demikian sebagai merujuk kepada mesyuarat yang dibuat bersama masyarakat dan forum awam yang diadakan dua minggu lalu.

"Kami sedar mengenai nasib nelayan dan kebimbangan mereka seperti kehidupan mereka dan penempatan semula," katanya.

Abdul Malik yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Maung, berjanji bahawa kerajaan negeri akan menganjurkan acara yang sepatutnya untuk menjelaskan projek bagi nelayan.

Tambahnya lagi, dia akan bertemu dengan nelayan di kawasan pilihan rayanya bagi mendengar sendiri kebimbangan mereka.

"Selepas tiga acara rasmi dengan kumpulan berlainan sejak dua minggu lalu, selepas ini, sesi bersama JKKK (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung) dan selepas itu, akan ada sesi sebenar bersama nelayan," katanya.

Abdul Malik turut menafikan dakawaan bahawa dia tidak pernah bertemu dengan mana-mana nelayan berhubung cadangan projek itu.

Sebaliknya, beliau mendakwa sudah bertemu lebih 100 nelayan bagi membincangkannya.

Semalam, sekumpulan nelayan dari pelbagai persatuan nelayan mempersoalkan keikhlasan Abdul Malik dalam menolong mereka dan menyangkal kenyataan awal yang dibuat mengatakan bahawa dia sudah mengadakan rundingan bersama mereka.

Mereka mendakwa, tiada rundingan dibuat dalam projek yang dicadangkan dibuat membabitkan kawasan lebih 4,000 ekar di luar pantai Permatang Damar Laut.

Abdul Malik berkata, kerajaan negeri sudah menerima memorandum bantahan projek berkenaan yang dihantar oleh kumpulan nelayan terbabit.

Penambakan semula kawasan pulau di Pulau Pinang adalah bagi Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (TMP) yang bernilai RM27 bilion oleh SRS Consortium Sdn Bhd yang menjadi rakan kongsi penyampaian projek.

Dalam cadangan projek, kira-kira 4,000 ekar tanah di luar pantai Permatang Damar Laut akan ditambak semula bagi membentuk tiga pulau buatan manusia.

Pas Sarawak sanggah Wan Azizah

Posted: 22 Dec 2015 03:41 AM PST

IKHWAN HAZWAN

 

pas_logo_L-1
Pesuruhjaya Pas Sarawak, Jofri Jaraiee menegaskan sokongan pengundi dan rakyat terhadap parti Islam tersebut di Sarawak ketika ini semakin mengukuh dan bukannya tidak mendapat sambutan seperti mana yang dikatakan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.


KUALA LUMPUR,  Pesuruhjaya Pas Sarawak, Jofri Jaraiee menegaskan sokongan pengundi dan rakyat terhadap parti Islam tersebut di Sarawak ketika ini semakin mengukuh dan bukannya tidak mendapat sambutan seperti mana yang dikatakan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Menurut Jofri, Pas akan bertandingan 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak seperti mana yang dikatakan oleh Naib Presiden, Datuk Iskandar Abdul Samad.

Jelasnya, antara kerusi yang akan ditandingi tersebut termasuklah beberapa kerusi bandar yang mana sebelum ini ia biasanya ditandingi oleh calon DAP.

"Antara kerusi yang bakal ditandingi oleh Pas dalam Pilihanraya Negeri Ke-11 akan datang termasuklah Beting Maro, Sebuyau, Sadong Jaya, Muara Tuang, Samariang, Pantai Damai, Jepak, Samalaju, Lambir, Senadin, Batu Kawa, Dudong dan beberapa kerusi lagi yang sedang dipertimbangkan.

"Apapun, Pas Sarawak sedia berunding dengan PKR sebagaimana keputusan Pas Pusat yang masih mengekalkan tahaluf siasi (kerjasama politik) dengan PKR.

"Perbincangan kerusi ini tidak tertakluk kepada perbincangan dengan Pakatan Harapan (PH) kerana Pas bukan sebahagian gabungan tersebut," katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Jofri, beliau mengingatkan PKR agar lebih berwaspada dengan tindakan licik rakannya dalam PH iaitu DAP yang baru-baru ini telah 'mencuri' beberapa bekas calon PKR dalam pilihan raya lepas dan mengisytiharkan mereka menyertai DAP.

Katanya, DAP juga bercita-cita tinggi untuk merampas banyak kerusi yang ditandingi oleh PKR sebelum ini.

"DAP telah mengisytiharkan untuk bertanding sekurang-kurangnya 30 kerusi daripada 15 kerusi yang ditandinginya DAP sebelum ini," ujarnya.

Beliau berkata, isu seperti membabitkan Pas sebagai parti Semenanjung tidak lagi berbangkit kerana ia adalah parti yang berasaskan perjuangan Islam untuk semua tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit.

"Ini terbukti dengan wujudnya Dewan Himpunan Penyokong Pas yang terdiri dari mereka yang bukan beragama Islam dan memainkan peranan yang penting sebagai hubungan antara kaum dan agama di Sarawak.

"InsyaAllah seluruh pimpinan dan ahli Pas akan terus turun padang ke Sarawak bagi membantu persiapan pilihan raya dengan sasaran untuk menghantar Ahli Dewan Undangan Negeri sulung Pas ke DUN Sarawak," tegasnya.

‘Kami tidak sabotaj pengusaha vape’

Posted: 22 Dec 2015 03:16 AM PST

BERNAMA

 

hilmi
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahya berkata pihaknya tidak menerima sebarang laporan rasmi berhubung pembukaan kilang itu didakwa bertujuan memonopoli industri yang membawa pulangan RM2.8 bilion setahun kepada pengusaha sedia ada. - Foto TRP/Mohksin Zamani


KUALA LUMPUR,  Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini menafikan dakwaan Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) kononnya dua kilang pembuatan perisa vape dipercayai milik individu berkepentingan dalam kerajaan, akan dibina tidak lama lagi.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahya berkata pihaknya tidak menerima sebarang laporan rasmi berhubung pembukaan kilang itu didakwa bertujuan memonopoli industri yang membawa pulangan RM2.8 bilion setahun kepada pengusaha sedia ada.

"Saya tidak menerima sebarang laporan rasmi dan kami tiada apa-apa maklumat mengenai dakwaan itu. Kami (KKM) tidak mensabotaj sesiapa," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Semalam, media tempatan melaporkan Presiden Ikhlas Mohd Ridzuan Abdullah mendakwa dua kilang pembuatan perisa vape akan dibina di Johor serta Shah Alam, dan akan beroperasi sebaik sahaja Kementerian Kesihatan mewujudkan satu akta baharu mengenai penjualan perisa vape.

Dalam pada itu, Hilmi menegaskan KKM tidak bercadang mengharamkan penjualan vape dan hanya memutuskan mengawalnya meskipun Majlis Fatwa Kebangsaan semalam, memutuskan hukum penggunaan rokok elektronik dan vape adalah haram.

Beliau berkata keputusan kementerian dalam penjualan vape adalah keputusan yang diambil di peringkat Kabinet.

Hilmi berkata pihaknya akan terus mengawal penjualan vape di bawah Akta Racun 1952 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 2011.

Beliau, bagaimanapun berkata ia bergantung kepada Jawatankuasa Khas yang dipengerusikan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah bagi membincangkan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan.

Sementara itu, Hilmi berkata pengharaman premis penjualan vape di negeri-negeri bergantung kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang mempunyai kuasa mengambil sebarang keputusan.

Kit Siang: Cakap-cakap isu memaafkan, bila BN mahu bebaskan Anwar?

Posted: 22 Dec 2015 03:06 AM PST

anwar penjara

Oleh Fatih Hassan Nordin


KUALA LUMPUR : Di sebalik kesediaan pihak tertentu untuk melupakan kisah lama dan memaafkan dosa politik, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang hari ini menggesa supaya Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan segera dari penjara Sungai Buloh.

"Sebelum ada cakap-cakap mengesa supaya kita melupakan kisah lama untuk memaafkan segala 'dosa' yang dilakukan kerajaan, harus ada kesediaan yang sama dan jalan penyelesaian dari pihak kerajaan untuk memperbetulkan apa yang salah," katanya.

Beliau berkata, perbuatan memaafkan dan melupakan kisah lalu memang baik di sisi agama tetapi ia haruslah diimbangi dengan pelaku berkenaan mengakui kesalahannya.

Sebelum ini, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan yang hadir pada mesyuarat agung PERKASA melahirkan kesediaan untuk memaafkan dan melupakan kesalahan UMNO.

Bagaimanapun, tindakan memaafkan itu dilihat tidak menghormati sentimen ahli akar umbi PAS terutamanya pada dekad 70-an dan 80-an yang selama ini dizalimi Kerajaan UMNO.

Ahli Parlimen Gelang Patah itu turut meminta supaya tuduhan terhadap kartunis politik, Zunar, Pensyarah Undang-undang Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Azmi, dan Ketua Perhimpunan BERSIH, Maria Chin Abdullah digugurkan.

"Saya menyokong penuh dan bersedia untuk memaafkan dan melupakan kisah lama untuk mengeratkan persahabatan, kefahaman dan toleransi.

"Tetapi, amatlah janggal untuk memaafkan dan melupakan kesalahan itu jika UMNO tidak pernah mengaku atas kesalahan yang dilakukan mereka sebelum ini," katanya.

Kit Siang turut mengesa kerajaan supaya memansuh pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), menarik semula usul Rang Undang-Undang Majlis Keselamatan Negara dan kebertanggungjawab penuh Perdana Menteri dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan derma RM2.6 billion.

"Bagaimana kita boleh memaafkan kerajaan sekiranya kita dihimpit berterusan dengan isu skandal dan ketidakadilan?" katanya.


RUU MKN musuhi sistem demokrasi dan hak asasi melebihi militan IS

Posted: 22 Dec 2015 03:05 AM PST

RUU-MKN-650x400

Oleh Fatih Hassan Nordin


KUALA LUMPUR: Rang Undang-undang (RUU) Majlis Keselamatan Negara (MKN) membayangkan sistem demokrasi dan aktivis hak asasi manusia sebagai musuh lebih besar berbanding militan Negara Islam (ISIS), kata Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang.

Menyifatkan Malaysia bakal mengantikan Myanmar sebagai negara 'penyangak' di ASEAN, beliau berkata RUU itu jika dilaksanakan akan menghakis sistem demokrasi yang menjadi tunjang kepada negara.

"Apabila Kerajaan UMNO BN menganggap demokrasi dan ahli aktivis sebagai musuh seperti yang dibayangkan RUU itu, Malaysia bakal jadi seperti Myanmar," katanya pada kenyataan media, hari ini.

Myanmar sekian lama diperintah junta tentera dan memiliki rekod terburuk dalam hak asasi apabila ramai warganya yang membangkang pemerintah diktator dihumban ke penjara atau disenyapkan.

Pelaksanaan RUU itu membenarkan kerajaan menjadi negara diktator kerana memberi kuasa yang luas kepada Perdana Menteri untuk melakukan tangkap dan seterusnya mencabuli hak asasi individu di negara ini.

Kit Siang turut mempersoal tindakan kerajaan yang tidak meminta nasihat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dalam membuat usul RUU itu walaupun suruhanjaya berkenaan diberi mandat memelihara hak asasi di negara ini.

"Kenapa tidak minta nasihat dari Suhakam dan tidak memaklumkan kepada Suhakam mengenai perancangan RUU itu?" kata sambil menambah tindakan itu seolah-olah memperolok-olok demokrasi, hak asasi manusia dan kedaulatan Perlembagaan.

Beliau turut mengkritik usaha kerajaan UMNO BN yang cuba menyakinkan rakyat kononnya RUU itu tidak memberi kuasa kepada Perdana Menteri untuk melakukan kezaliman dan pencabulan terhadap demokrasi negara.

Katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak umpama 'lidah bercabang' kerana membuat kenyataan berlainan kepada rakyat tetapi nadanya bertukar apabila berucap kepada kepimpinan UMNO.

Ia berikutan, kata Kit Siang, kenyataan Ketua Wanita UMNO, Datuk Shahrizat Abdul Jalil pada Perhimpunan Wanita UMNO lalu menyifatkan RUU itu sebagai perlu bagi mengekang serangan pembangkang .

"Kata Shahrizat, MKN itu perlu bagi mengurus elemen anti-kerajaan yang mahu mengulingkan kerajaan, kononnya dengan berselindung di sebalik demokrasi, hak asasi manusia dan kebebasan," katanya.


UMNO tak boleh dimaaf, takkan ‘taubat’ selagi rakyat tak hukum

Posted: 22 Dec 2015 02:59 AM PST

Kesan-Kenaikan-Harga-Barang

Oleh Fatih Hassan Nordin


SUBANG JAYA : Ahli Jawatankuasa DAP USJ, Nor Miswary Ramli percaya UMNO yang mendominasi pemerintahan negara sejak merdeka, tidak 'akan bertaubat' selagi rakyat tidak menghukum parti itu pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau percaya tindakan memaafkan parti Melayu terbesar itu hanya memberi ruang kepada pemimpin dan ahli parti itu untuk mengaut kekayaan negara dengan cara salah.

"UMNO tidak akan bertaubat jika tidak dihukum. Memaafkan UMNO adalah memberi tangki oksigen baru kepada penyelam yang mahu menyelam sambil minum air," katanya

Nor Miswary berkata, UMNO tidak boleh dimaafkan atas kezaliman ke atas rakyat berikutan pengumuman kenaikan pelbagai perkhidmatan yang menyaksikan rakyat menghadapi bebanan kos sara hidup yang tinggi.

"Selepas kenaikan tambang ERL yang tidak munasabah selepas kenaikan kadar tol serta pelbagai kenaikan kemudahan perkhidmatan awam lain, tiada sesiapa pun akan memaafkan UMNO," katanya.

Beliau berkata, urus tadbir harta awam yang boros dan hutang negara yang kian banyak serta pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang membebankan, tidak boleh dikompromi.

"Hutang negara yang mencecah RM600 billion, hanya kurang 5 peratus sahaja dari kadar siling hutang negara yang dibenarkan, juga menjadi hujah paling ampuh untuk mana-mana rakyat untuk tidak berkompromi dengan UMNO.

"Mereka yang tersepit dengan situasi seperti yang dihadapi anak-anak muda pasti tidak akan menghulur salam kemaafan kepada UMNO. Mereka hanya menunggu Parlimen dibubar untuk menjatuhkan hukum," katanya.


'Kami Akur Majlis Fatwa, tapi rokok juga haram'

Posted: 21 Dec 2015 10:54 PM PST


Shakira Buang


 


Dewan Perniagaan Vape Malaysia akur dengan ketetapan Majlis Fatwa Kebangsaan yang memutuskan hukum penggunaan rokok elektronik dan vape adalah haram, kata Setiausahanya Ridwan Rosli.

"Sebagai seorang Islam di Malaysia mestilah akur dengan keputusan Majlis Fatwa.

"Bagaimanapun, ini tidak seharusnya merenjatkan proses kawal selia vape di Malaysia dari segi undang-undang," katanya kepada Malaysiakini.

Malah, Ridhwan berkata kajian mendalam mengenai undang-undang diperlukan untuk rokok elektronik ini dengan mengambil kira permintaan pengguna dan pada masa sama memastikan keselamatan awam seperti mana yang dilakukan terhadap rokok tembakau sebelum ini.

"Kita sedia maklum bahawa rokok juga haram tetapi pengawal seliaan dari segi undang-undang pembuatan, penjualan, pengedaran dan penggunaan rokok adalah jelas. Harap perkara sama juga untuk vape," tegas Ridhwan.

Majlis Fatwa Kebangsaan semalam memutuskan hukum penggunaan rokok elektronik dan vape adalah haram.

Perkara itu dimaklumkan Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin pada sidang media selepas Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia.

Abdul Shukor dilaporkan sebagai berkata semua ahli muzakarah bersetuju dengan memberi pandangan hukum bahawa penggunaan rokok elektronik dan vape adalah haram.

Kata Abdul Shukor, keputusan itu dibuat setelah membuat pertimbangan daripada semua sudut termasuk syariah, perubatan dan saintifik serta unsur pembaziran dan budaya tidak sihat.




Bolehkah Umno- PAS Bekerjasama ?

Posted: 21 Dec 2015 10:40 PM PST

Oleh Mohammad Agus Yusoff


Saya tidak tanya wajarkah UMNO-PAS bekerjasama, tetapi saya tanya bolehkah? Menjawab pertanyaan ini, ramai yang kata boleh kerana kedua-dua parti ini mempunyai persamaan: pemimpin dan ahlinya sama-sama orang Melayu dan Islam. Saya juga kata boleh, tetapi sukar.

Mengapa sukar?

Pertama, kedua-dua parti ini ada kesilapan politik masing-masing. PAS ada kesilapan dengan Amanatnya di Bukit Paradong yang memecahkan umat Melayu dan Islam.
UMNO ada kesilapannya di Memali yang juga memecahkan umat Melayu dan Islam. Luka dari dua kesilapan ini, jikapun telah sembuh, meninggalkan kesan parut besar yang payah dihilangkan.

Kedua, parti ini berbeza ideologi. Hudud adalah perjuangan utama PAS. Jadi, sekiranya kerjasama ini hendak berjaya, UMNO perlulah memenuhi syarat 'hudud' PAS. Saya tidak yakin parti-parti komponen bukan Islam dalam BN boleh bersetuju dengan 'syarat hudud' PAS ini.

Ketiga, arah tuju kerjasama ini tidak jelas. Adakah ini sekadar kerjasama dalam hal-hal tertentu sahaja atau kedua-dua parti ini hendak bergabung? Pemimpin UMNO dan PAS tidak tegas dalam hal ini menyebabkan penyokong kedua-dua parti ini keliru tentang arah tuju kerjasama ini.

Keempat, masih ramai ahli dan pemimpin kedua-dua parti yang tidak menyokong idea kerjasama ini.
Jadi, bagaimana mahu menjayakan kerjasama ini?

Kawan saya kata, caranya ialah dengan UMNO dan PAS bergabung, bukannya bekerjasama. Dengan bergabung ini, lantiklah PM Najib menjadi Presiden dan TG Haji Hadi sebagai timbalannya.

Itu kata kawan saya.

Kata saya pula ialah bekerjasamalah dengan menjaga kesejahteraan rakyat. Atasi tekanan hidup rakyat, perkemaskan dasar-dasar yang menekan rakyat.

Selepas itu, angkatlah perubahan yang dibuat itu sebagai hasil dari kerjasama UMNO-PAS.

Jika ini dapat dilakukan, saya yakin orang Melayu boleh menerima kerjasama UMNO-PAS dengan senang hati.

Ini kerana makna kerjasama UMNO-PAS dalam hati rakyat adalah apabila pemimpin boleh menjaga kesejahteraan hidup mereka

Jejambat menghubungkan Lebuhraya Persekutuan ke Seksyen 7 dibuka pada Februari 2016

Posted: 21 Dec 2015 03:57 PM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Jejambat yang menghubungkan Lebuhraya Persekutuan ke Seksyen 7 Shah Alam berdekatan i-City akan dijangka dibuka kepada umum pada Februari depan.
 
Perbadanan kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Infra Berhad, selaku pengurus projek berkenaan akan menyerahkan jejambar itu kepada Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada pertengahan Februari.
 
"Ia akan diserahkan selepas kita melakukan beberapa pengubahsuaian, antaranya meningkatkan lorong pelbagai kelas kenderaan," demikian menurut Pengurus Perhubungan Awam PKNS Infra Berhad, Ishak Hashim.
 
Pengubahsuaian tersebut merupakan sebahagian syarat baru yang ditetapkan LLM.
 
Jejambat itu dibina oleh PKNS Infra Berhad dan dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Besar Incorporated (MBI).
 
Menelan kos sebanyak RM45.9 milion, jejambat tersebut dibina untuk mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas ke Seksyen 7 yang membabitkan kawasan perumahan dan komersil.
 
 

Timbalan Presiden PAS minta PM cuti, hapus GST

Posted: 21 Dec 2015 03:55 PM PST

MALAYSIAKINI


 


Media baru-baru ini melaporkan pertemuan mesra antara Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak yang dikatakan membuka jalan ke arah kerjasama antara kedua parti .

Bagaimanapun selepas beberapa hari, Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man pula menunjukkan sikap sebaliknya terhadap perdana menteri.

Dalam satu kenyataan media hari ini, Tuan Ibrahim menggesa Najib bercuti sehingga Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dan Ketua Audit Negara melengkapkan siasatan dan laporan terhadap isu 1MDB.
"Ini penting untuk memulihkan nama baik Presiden Umno, Malaysia dan juga Islam kerana siasatan perlu akan kelihatan adil sebelum keadilan dapat dilakukan," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi terhadap kenyataan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishamuddin Hussein yang meminta PAS melangkau fahaman politik sekiranya mahu bekerjasama dengan Umno, demi kebaikan masyarakat Islam.
Sehubungan itu, Tuan Ibrahim secara sinis turut mencadangkan kerajaan memansuhkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang disifatkan bercanggah dengan Islam.
"Cukai ini bertentangan dengan Islam kerana orang fakir miskin turut dipaksa bayar cukai," ujarnya.
Selain menggesa pembaziran dan salahguna dana dikurangkan, beliau turut meminta siasatan ke atas Yapiem dibuat dengan telus.

Ini katanya, bagi memastikan mereka yang didapati menyelewengkan dana yayasan itu dibawa ke muka keadilan.
"Semua perkara ini boleh dilakukan Umno tanpa PAS, sebagai langkah Umno menunjukkan kepada rakyat, terutamanya mereka yang beragama Islam, kesungguhannya untuk mendaulatkan Islam.
"PAS pula akan meneruskan kerja dakwahnya agar rakyat dapat turut bersama memperjuangkan Islam sebagai Ad-deen dalam pentadbiran negara dan kehidupan rakyat," ujarnya.

Kedai telefon Kota Raya kekal tutup selepas serangan

Posted: 21 Dec 2015 03:51 PM PST

Yap Jia Hee


 


Kebanyakan kedai telefon bimbit di kompleks membeli-belah Kotaraya yang bersebelahan Chinatown di Kuala Lumpur ditutup hari ini berikutan perbalahan semalam yang menyaksikan sekumpulan lelaki menyerbu dan menyerang sebuah kedai tertentu.

Tinjauan ke pusat membeli-belah yang merupakan hub telefon bimbit popular itu, hari ini mendapati bahawa hanya empat daripada sepuluh kedai telefon dibuka.



Walau bagaimanapun, kedai-kedai lain yang menjual pakaian dan barang kemas dibuka untuk perniagaan seperti biasa.

Ketika kejadian pada pukul 5 petang semalam, kira-kira 20 orang dilaporkan berdepan dengan beberapa pekerja di sebuah kedai telefon mudah alih di Kotaraya atas dakwaan menipu.

Pergelutan itu akhirnya berjaya dikawal tetapi sebelum dua pekerja kedai itu dilaporkan mengalami kecederaan ringan.

The Star Online hari ini melaporkan bahawa polis telah menahan seorang lelaki berusia 38 tahun dan masih menyiasat sama ada suspek adalah salah seorang yang didakwa menipu seorang peniaga di kompleks itu.

Banyak daripada pembantu kedai ditemuramah hari ini berkata mereka tidak jelas mengenai apa yang menyebabkan perbalahan itu.

Sesetengah pekerja secara terang-terangan enggan ditemu-ramah.



Seorang pembantu kedai telefon yang hanya mahu dikenali sebagai Wong, 34, berkata, dia sedang melayan pelanggan di kedai ketika kekecohan berlaku.

"Semalam, terdapat ramai pelanggan di sini. Apabila pergaduhan tercetus, semua pelanggan menjadi takut dan mereka bergegas dan melarikan diri ke kedai-kedai berdekatan.

"Kami mengambil keputusan untuk menutup kedai apabila melihat kejadian itu. Kami tidak tahu apa yang berlaku," kata Wong.

Bagaimanapun, Wong berkata kejadian semalam tidak menjejaskan perniagaan di kedai beliau yang dibuka hari ini.

Padah tunjuk isyarat lucah kepada konvoi diraja

Posted: 21 Dec 2015 03:48 PM PST


Padah tunjuk isyarat lucah kepada konvoi diraja
Kereta yang dinaiki oleh suspek yang didakwa menunjuk isyaratlucah kepada konvoi Sultan Johor, semalam. - Foto WhatsApp
 

SEORANG lelaki berumur 40 tahun ditahan polis selepas didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada konvoi Sultan Johor, semalam.

Menurut laporan The Rakyat Post, kejadian berlaku di kilometer 95 arah selatan di North-South Expressway (NSE) jam 11.30 pagi semasa konvoi Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dalam perjalanan pulang ke Johor Bahru selepas melawat bandar Muar.

"Suspek kini ditahan reman dan akan disiasat dibawah seksyen 506 dan 509," Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd dipetik sebagai berkata.

Laporan mengatakan suspek telah menurunkan tingkap kenderaannya dan menunjukkan penumbuk serta isyarat lucah kepada konvoi tersebut.

Kejadian tersebut yang disaksikan sendiri oleh Sultan Ibrahim yang kemudian mengarahkan tindakan diambil.


Tragedi lemas: Majlis Keselamatan Air ditubuh

Posted: 21 Dec 2015 03:45 PM PST

SINAR HARIAN


Tragedi air terjun: Imam surau Puncak Alam antara 5 lemas


SHAH ALAM - Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan menubuhkan Majlis Keselamatan Air bagi menyelaras isu berkaitan kes lemas dan keselamatan air.

Menterinya, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, Majlis Keselamatan Air boleh berperanan secara positif dan signifikan dalam menangani kes lemas di negara ini.

"Beberapa mesyuarat diadakan membabitkan Kementerian saya, pegawai Tan Sri Lee Lam Thye, agensi kerajaan berkaitan, pertubuhan sektor swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) bagi memperincikan butiran pembentukan Majlis Keselamatan Air," kata Abdul Rahman dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut Abdul Rahman lagi, kertas Kabinet telah dirangka dan diedar di kalangan kementerian serta jabatan berkaitan‎.

"Kementerian dan jabatan berkaitan ini menyokong cadangan mengenai penubuhan Majlis Keselamatan Air dengan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan menjadi pihak utama dalam menyelaras program, aktitivi serta maklumat berhubung kesedaran keselamatan air dan sistem amaran awal.

"Majlis ini juga akan berfungsi sebagai platform utama bagi agensi kerajaan berkaitan, di samping pertubuhan sektor swasta dan NGO bagi membincangkan perkara berkaitan isu keselamatan air, merangkumi aspek rekreasi, sukan, pengangkutan, pekerjaan atau di rumah," katanya Abdul Rahman lagi.

Menurut beliau, kertas Kabinet berhubung pembentukan majlis tersebut  dijangka dapat dibentang dalam mesyuarat Kabinet pada Januari 2016 bagi mendapat kelulusan.

"Sebaik Majlis Keselamatan Air dibentuk, semua pihak berkuasa yang berkaitan dan masyarakat akan memiliki kesedaran lebih tinggi terhadap risiko yang ada dan mengambil langkah pencegahan bagi mengelak tragedi seperti di Air Terjun Belukar Bukit, Terengganu daripada berulang," akhiri beliau.

Pada 19 Disember lepas, tragedi menimpa enam sekeluarga apabila lima daripada mereka ditemui mati lemas di Air Terjun Belukar Bukit, Hulu Terengganu.

[ARTIKEL BERKAITAN: Tragedi air terjun: Imam surau Puncak Alam antara 5 lemas]

 

Adira sahkan kini isteri nombor 2 Datuk Seri

Posted: 21 Dec 2015 03:37 PM PST


Adira
Adira
 

PENYANYI, Adira AF mengesahkan dia kini isteri kedua kepada Datuk Seri Adnan Abu selepas berkahwin dengan lelaki itu tiga minggu lalu.

"Memang betul saya sudah berkahwin dan isteri kedua kepada Datuk Seri Adnan Abu. Saya berdiam diri bukan kerana nak lari atau menyembunyikan perkara sebenar, sebaliknya saya mahu menjaga hati banyak pihak," kata Adira dipetik laporan Harian Metro.

Beberapa hari lalu, tersebar di laman sosial bahawa penyanyi pujaan ramai tersebut berkongsi suami dengan seorang wanita dikenali sebagai Datin Red.

Adira sebelum ini pernah mengikat tali pertunangan dengan Presiden Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia, Shahrul Nasrun Kamarudin yang dilaporkan putus Jun lalu.


Majlis Fatwa Kebangsaan putuskan vape haram

Posted: 21 Dec 2015 03:35 PM PST

SINAR HARIAN


vape
Gambar hiasan.


SEPANG - Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan hukum penggunaan rokok elektronik dan vape adalah haram.

Perkara itu dimaklumkan Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin pada sidang media selepas Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia di sini malam tadi.

Beliau berkata semua ahli muzakarah bersetuju dengan memberi pandangan hukum bahawa penggunaan rokok elektronik dan vape adalah haram.

Katanya keputusan itu dibuat setelah membuat pertimbangan daripada semua sudut termasuk syariah, perubatan dan saintifik serta unsur pembaziran dan budaya tidak sihat.

"Dua kertas kerja turut dibentangkan pada malam ini, dari sudut kesihatan dan syariah," katanya.

Muzakarah itu turut dihadiri mufti, timbalan mufti negeri-negeri dan ahli-ahli yang dilantik Majlis Raja-raja.

Abdul Shukor berkata kajian dari sudut kesihatan turut diambil kira hasil maklumat yang diperoleh daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia yang melakukan pengumpulan maklumat mengenai kesan penggunaan bahan itu di seluruh dunia.

"Malah pakar kesihatan juga mendapati vape dan rokok elektronik tidak dapat membantu perokok dan perokok tegar untuk berhenti merokok," katanya.

Abdul Shukor berkata penggunaan vape dan rokok elektronik diharamkan berdasarkan Qaedah Saad al-Zarala iaitu menutup keburukan lebih besar dan lebih bahaya yang mungkin berlaku pada masa hadapan.

Beliau berkata penggunaan rokok elektronik dan vape boleh diibaratkan seperti menghisap rokok konvesional, yang mengandungi pelbagai bahan beracun. 

"Pihak berkuasa atau pemerintah boleh membuat keputusan pengharaman vape jika ada kepentingan umum dan kebaikan.

"Keputusan pada malam ini juga adalah selari dengan pendapat di beberapa negara Islam lain termasuk Bahrain, Kuwait, Qatar dan Emiriah Arab Bersatu," katanya sambil menambah penggunaan rokok elektronik dan vape turut diharamkan di beberapa negara bukan Islam.

Sejajar dengan keputusan yang dibuat, Abdul Shukor turut mengesyorkan negeri-negeri lain mengikuti keputusan yang dibuat Majlis Fatwa Kebangsaan itu.

"Malah ada pihak berkuasa di beberapa negeri lebih awal membuat keputusan pengharaman penggunaan bahan itu termasuk Johor, Kedah, Kelantan, Wilayah Persekutuan dan Perak," katanya. - Bernama


Tiada ulasan: