Khamis, 17 Disember 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


PPIM pertahan serbuan, penguatkuasa tidak cukup kakitangan

Posted: 17 Dec 2015 06:18 AM PST

 
Kita perlu proaktif dan menghentikan perbuatan menipu pengguna kerana mereka mencemar nama baik para peniaga yang jujur


kompleks


PETALING JAYA: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mempertahankan serbuan keatas kedai-kedai peniaga yang didakwa menipu pelanggan mereka di Kompleks Kota Raya.

Dalam serbuan itu, PPIM turut mengambil semula wang pengadu yang mendakwa telah ditipu oleh peniaga-peniaga terbabit.

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan seorang lelaki mendakwa telah 'dikurung' dalam sebuah bilik kecil selama empat jam oleh sekumpulan lelaki kerana enggan membeli telefon bimbit dari sebuah kedai di pusat beli-belah itu.

Beliau membuat laporan ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sebelum membuat laporan ke PPIM, selepas mendakwa tiada tindakan diambil. PPIM kemudiannya bertindak menyerbu kompleks itu.

Dalam serbuan itu, PPIM mengambil semula sejumlah RM11,900 dalam bentuk tunai dari beberapa kedai, yang didakwa telah menipu tujuh lagi pelanggan.

Bercakap kepada FMT, Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata pihaknya telah menerima banyak aduan daripada orang-ramai, terutamanya dari orang asing, yang telah ditipu peniaga di kompleks itu.

"Kita tidak boleh tunggu pihak berkuasa (bertindak) kerana mereka menangani banyak tanggungjawab tetapi tidak mempunyai kakitangan mencukupi.

"Kita perlu proaktif dan menghentikan perbuatan menipu pengguna kerana mereka mencemar nama baik negara dan para peniaga yang jujur," kata Nadzim bila ditanya mengapa mereka bertindak secara bersendirian.

Nadzmin menjelaskan bukan tujuan PPIM mahu menunjuk-nunjuk tetapi demi melindungi hak pelanggan.
Beliau berkata PPIM berkunjung ke Kompleks Kota Raya tempoh hari bersama para pengadu dan bertindak bagi pihak mereka.

"Bukannya kita ke sana untuk membuat kacau. Kita juga membuat laporan polis sebelum kita ke sana dan bawa pihak media bersama kerana kita mahu tunjukkan betapa serius perkara ini.

"Dengan berbuat demikian, orang-ramai juga perlu bekerjasama. Sesetengah pelanggan mengambil sikap acuh tak acuh tetapi sikap itu mengalakkan lagi peniaga penipu."

Nadzim berkata pengguna perlu sedar kuasa dalam tangan masing-masing dan menggesa pihak berkuasa supaya membanteras peniaga penipu dari kawasan itu.

"Pesan saya kepada peniaga penipu mudah, 'Hentikan!'"

"Jangan kamu (peniaga) semua ingat kamu boleh menipu sesuka hati kerana kamu terlepas dari pandangan pihak berkuasa. Ramai pengguna memerhatikan perbuatan kamu."

Dalam laporan lain, FMT melaporkan Ketua Setiausaha KPDNKK Alias Ahmad berkata badan bukan kerajaan supaya jangan bertindak secara bersendirian, dan bekerjasama dengan pihak kementerian untuk mengambil tindakan terhadap peniaga yang disyaki menipu pelanggan.

Empat rang undang-undang diluluskan

Posted: 17 Dec 2015 06:15 AM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Sidang Dewan Negara semalam meluluskan empat rang undang-undang iaitu Rang Undang-undang Kewangan 2015, Rang Undang-undang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (Pindaan) 2015, Rang Undang-undang Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan) 2015 dan Rang Undang-undang Profesion Kesihatan Bersekutu 2015.
 
Rang Undang-Undang Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan) 2009 bertujuan memasukkan bahagian yang memberi kuasa kepada Perbadanan bagi memperuntukkan insurans penstabilan.
 
Rang Undang-Undang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (Pindaan) 2015 bertujuan membolehkan pencarum KWSP membuat pilihan supaya kesemua amaun yang ada dalam kredit akaunnya diuruskan dan dilaburkan mengikut syariah.
 
Bagi Rang Undang-Undang Profesion Kesihatan Bersekutu 2015 pula, ia merupakan akta terpakai bagi mengawal selia Profesion Kesihatan Bersekutu yang menyenaraikan 23 profesion dalam kesihatan bersekutu.
 
Rang Undang-Undang Kewangan 2015 pula menyentuh pindaan-pindaan terhadap Akta Cukai Pendapatan 1967, Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967, Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976, Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990, Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 dan Akta Penggalakan Pelaburan 1986.  
 
Persidangan Dewan Negara akan terus bersidang sehingga Selasa ini dengan dua lagi rang undang-undang bakal dibahaskan iaitu Rang Undang-undang Tabung Angkatan Tentera (Pindaan) 2015 dan Rang Undang-undang Majlis Keselamatan Negara 2015. 


Hanya media tertentu dihalang buat liputan program Alumni Al-Azhar

Posted: 17 Dec 2015 06:12 AM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic


KUALA LUMPUR: Penganjur program Rabitah Antarabangsa Alumni Al-Azhar Malaysia (Rabitah) dilaporkan menghalang media tertentu daripada membuat liputan.

Ia dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada jam 2.30 petang tadi.
 
Ucaptamanya pula disempurnakan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
 
Menurut kumpulan WhatsApp Penerangan dan Hubungan Media PAS, hanya media tertentu dijemput untuk membuat liputan.
 
"Kita sudah jemput media tertentu yang disenaraikan. Pihak urusetia tidak mengizinkan mana-mana pihak untuk buat rakaman.
 
"Rabitah ada buat rakaman sendiri keseluruhan program. Jika ingin dapatkan bahan tersebut bolehlah buat permohonan," demikian sumber dari Rabitah dipetik.
 
Perkembangan itu mengundang reaksi negatif daripada kalangan pengamal media kerana pada mereka ia menghalang pemberita menjalankan tugas.
 
Program anjuran Rabitah ini menjadi tumpuan kerana menyaksikan Najib dan Hadi berada di atas satu pentas, selepas Presiden Umno itu menghulurkan salam perpaduan kepada PAS, Khamis lalu.
 
Program tiga hari bermula semalam itu menghimpunkan bekas pelajar Universiti Al-Azhar

Krismas: Diskaun 20 peratus bagi Lebuhraya AKLEH, GCE dan LKSA

Posted: 17 Dec 2015 06:08 AM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
KUALA LUMPUR: Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas) mengumumkan pemberian 20 peratus diskaun bersempena sambutan Hari Krismas bagi pengguna Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) dan Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA).
 
Ketua Eksekutif Kumpulan Prolintas Datuk Zainudin A. Kadir dalam kenyataan hari ini berkata pemberian diskaun itu bermula 6 pagi pada 25 Disember hingga 6 pagi 26 Disember kepada semua pengguna kenderaan kelas satu yang membuat bayaran secara elektronik (ETC) di lorong Touch 'n Go dan SmartTAG.
 
Beliau berkata diskaun yang ditawarkan itu merupakan satu daripada program tanggungjawab sosial korporat Prolintas.
 
Sehubungan itu, pengguna lebuh raya boleh mengikuti maklumat trafik terkini di Twitter - @AKLEHtrafik, @GCEtrafik dan @LKSAtrafik atau facebook Prolintas Highways.
 
 

Bajet 2016 disemak semula jika harga minyak jatuh

Posted: 17 Dec 2015 06:06 AM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan membuat semakan semula Bajet 2016 sekiranya harga minyak mentah Brent terus jatuh, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Wahid Omar.
 
Beliau berkata, pada masa Bajet 2016 dibuat, perancangan perbelanjaan negara disandarkan kepada andaian harga Brent pada paras purata AS$48 satu tong, yang dianggap munasabah pada waktu itu.
 
"Kerajaan perlu mengoptimumkan pelan pembangunan negara sekiranya harga minyak terus berada di paras rendah...dan ini termasuk, sekiranya perlu, menyemak semula beberapa projek yang sudah diumumkan sebelum ini.
 
"....Berdasarkan harga minyak semasa, Brent ketika ini kira-kira AS$10 satu tong lebih rendah daripada andaian sebelum ini dan sama ia akan kekal atau hanya kejatuhan sementara, ia akan terus dipantau," katanya. Pada dagangan tengahari tadi, harga Brent berada pada AS$37.
 
Beliau berkata demikian ketika berucap di Syarahan Perdana bertajuk Tinjauan Ekonomi: Hala Tuju Bagi Malaysia di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Kuala Lumpur, semalam.
 
Syarahan Perdana itu dianjurkan Kelab Alumni Sekolah Perniagaan Harvard Malaysia (HBSACM) dan Sekolah Perniagaan Antarabangsa UTM. Hadir sama Presiden HBSACM, Datuk Seri Ir Dr Zaini Ujang dan Pengarah Aktivitinya, Datuk Othman Yusoff.
 
Wahid berkata, kerajaan akan terus menyokong pertumbuhan perniagaan dan syarikat di negara ini bagi memastikan sebarang potensi impak ke atas ekonomi negara akan dapat dilindungi, sekiranya harga minyak kekal di paras rendah semasa.
 
Bagaimanapun, beliau menegaskan semakan semula Bajet 2016 hanya akan dibuat sekiranya harga minyak mentah jatuh di paras kritikal.
 
"Kalau kita mahu ubah bajet berdasarkan perubahan harga harian....ia mesti bersandarkan kepada andaian harga berpandukan arah aliran," katanya yang menjangka terdapat potensi harga minyak mentah akan naik tahun depan.
 
Mengulas langkah Rizab Persekutuan (Fed) AS menaikkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas lewat malam tadi, Wahid berkata keputusan bank pusat itu adalah dijangka dan dinantikan, selain dalam jangkaan kebanyakan penganalisis.
 
Katanya, negara sudah mengambil kira andaian peningkatan itu dan menjangka ringgit akan diniagakan stabil pada kadar purata RM4.20 berbanding dolar.
 
Beliau berkata, mesej lain yang disampaikan Fed AS itu ialah indikasi bahawa kenaikan susulan akan berlaku tahun depan, secara berperingkat, sebelum kadar mencapai kadar yang dianggap normal.
 
"Saya tidak bersetuju langkah kenaikan kadar faedah itu akan menjurus kepada aliran keluar modal dari Malaysia.
 
Pokoknya, pelaburan dibuat di Malaysia kerana kestabilannya, kekukuhan asas mikroekonomi, dan sebagainya. Saya kira ia akan berterusan kerana kita memiliki asas ekonomi, sumber dan dan pasaran eksport yang pelbagai, selain disiplin fiskal," katanya.
 
Wahid berkata, secara keseluruhannya Malaysia kini lebih bersedia dalam berhadapan kemungkinan di luar dugaan berbanding sewaktu Krisis Kewangan Asia 1997.
 
"Tetapi, kita tidak berpuas hati begitu saja. Kita mesti berhati-hati," katanya. Objektif utama syarahan itu diadakan ialah bagi memberi pendedahan maklumat serta perkongsian ilmu berhubung ekonomi negara.
 
Ia dihadiri pelbagai lapisan masyarakat daripada pemikir hinggalah kepada pelajar institusi pengajian tinggi.
 
 

Giliran PAN pula desak PKR isytihar PH di Selangor

Posted: 17 Dec 2015 06:05 AM PST

 Oleh Syed Muaz Syed Putra

 
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: PKR perlu mengisytiharkan Selangor adalah dibawah teraju Pakatan Harapan (PH), ujar Exco Parti Amanah Negara (PAN), Hu Phang Chaw.
 
Ini kerana menurutnya PKR, DAP dan PAN masing-masing memegang peranan sebagai wakil rakyat berbanding Pakatan Rakyat yang hanya diwakili oleh dua parti komponen sahaja.
 
Sehingga kini, Selangor berada dibawah label Pakatan Rakyat walaupun gagasan itu kini hanya dibarisi PKR dan PAS.
 
"Jadi maknanya kita tak boleh bandingkan antara oren dan epal cuma Pulau Pinang boleh buat desakan dan mengakui bahawa ia adalah kerajaan Pakatan Harapan.
 
"Maka tidak ada sebab Selangor tidak boleh buat demikian kerana dalam Selangor sendiri pun ada komponen Amanah, DAP dan PkR," katanya kepada Antarapos.
 
Hu berkata akibat mahu terus berbaik-baik dengan PAS, PKR secara tidak langsung melengah-lengahkan pengisytiharaan PH, tidak seperti pentadbiran DAP di Pulau Pinang.
 
"Tapi oleh kerana nak berbaik dengan PAS maka sesuatu telah berlaku di mana dilengah-lengahkan mengisytiharan kerajaan Pakatan Harapan.
 
"Di Pulau Pinang parti dominan yang jadi tulang belakang kepada kerajaan negeri adalah DAP dan di Selangor adalah PKR.
 
"Keadaan geografi, pembaagian kerusi dan sebagainya berbeza di antara dua buah negeri ini walaupun mereka di perintah di bawah Pakatan Rakyat sebelum ini," katanya.
 
Sebelum ini DAP pernah mendesak perkara yang sama, agar PKR Selangor mengisytihar PH di negeri itu.
 
Namun PKR tetap komited dengan kerjasamaya dengan PAS dan enggan akur pada desakan DAP itu.
 
Hu yang juga Ketua Biro Integrasi Nasional PAN selain itu berkata apa yang penting kini adalah penyusunan pelan di setiap negeri pembangkang untuk menakluk Putrajaya.
 
"Isu yang besarnya sekarang ialah bagaimana kita nak kekalkan pemerintahan di peringkat negeri dan juga mara ke Putrajaya," katanya. 
 
 

Jangan sampai macam Asia Barat

Posted: 17 Dec 2015 06:01 AM PST


Abdul Hadi Awang
Abdul Hadi Awang - Foto Bernama


KUALA LUMPUR - [VIDEO] Presiden Pas, Datuk Dr Abdul Hadi Awang berharap agar Malaysia terus terpelihara‎ dan terhindar daripada segala kerosakkan sepertimana yang berlaku di Asia Barat.

Katanya, oleh itu beliau berharap agar umat Islam di sini terus kekal bersatu dan menghindari pertelingkahan sesama mereka.

"Jangan rantau kita ini (Asia Tenggara) jadi macam rantau Asia Barat (perang proksi) sekaligus memusnahkan entiti perpaduan yang diharapkan.

"Apatah lagi umat Islamlah yang akan menjadi mangsa, orang lain hanya ingin mempergunakan kita dan melaga-lagakan umat Islam demi mencapai matlamat mereka," katanya ketika Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015 di Hotel Grand Seasons di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Hadi berkata, seluruh dunia kini menyaksikan tanda-tanda kemusnahan tamadun barat dan tempiasnya juga menimpa umat Islam.

"Ternyata kegagalan agama dan ideologi selain daripada Islam, mencetus krisis akhlak, politik, ekonomi dan kemasyarakatan di seluruh dunia.

"Maka, sewajarnya Islam perlu kembali ke landasan dan meletakkan kepimpinan berlandaskan agama ALLAH SWT ini sebagai pegangan dan pimpinan kita di dunia dan menuju akhirat nanti," katanya.


Sekali lagi Najib ajak Abdul Hadi bersatu

Posted: 17 Dec 2015 05:59 AM PST


Sekali lagi Najib ajak Abdul Hadi bersatu
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (tengah) bersama Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (dua, kanan) senada untuk mengekalkan perpaduan ummah pada Majlis Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015 hari ini. - Foto Bernama


KUALA LUMPUR - [VIDEO] Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi mengajak Pas untuk bergabung dengan Umno.

Kali ini, hasrat itu disuarakan Najib di hadapan Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang dalam Multaqa Serantau Alumni Al Azhar, di sebuah hotel dekat sini.

"Seperti ayat 103 surah al-Imran yang maksudnya berpegang teguh lah kamu dengan  tali ALLAH dan jangan berpecah.

"Cuba kita kupas dan renung. Apakah pengertian ayat ini. Ayat ini bermula dengan perintah. Ini bukan pilihan, ini wajib. Makna bila ALLAH perintah, wajib kepada kita untuk ikut seterusnya menjurus kepada perpaduan. Dalam ayat itu juga ditegaskan jangan kamu berpecah belah.

"Maka saya ingin menyatakan bahawa saya mewakili kabilah saya dan tuan guru (Abdul Hadi) mewakili kabilah beliau supaya untuk berpegang kepada pengertian ayat ini dan bersatu," katanya.

Menurutnya, Islam menganjurkan betapa penting perpaduan dan kesatuan ummah. Sebaliknya betapa bahaya mudaratnya apabila umat Islam terjebak dalam kancah pepercahan dan perbalahan.

"Sungguhpun Islam mewajibkan prinsip tolong menolong, dalam  masa sama juga meraikan pandangan  dan pendapat yang pelbagai apatah lagi jika berkait dengan urusan dunia.

"Sudah tentu kita yakin perpaduan itu sangat penting buat umat Islam. Namun soalan lebih kritikal ialah bagaimana untuk membina perpaduan itu?,"soalnya.

Kata Najib, setiap pihak perlu mengakui kemajmukan itu wujud di negara ini.

"Ia supaya secara fitrah belajar kepentingan  saling lengkap melengkapi antara kita. Mengisyaratkan perpaduan itu dengan budaya hidup bermasyarakat yang berpositf dan akhlak terpuji," katanya.

Katanya lagi, perpaduan itu menuntut tindakan yang berhikmah dan berpandangan jauh.

"Kita perlu mempunyai pandangan yang dalam apakah agenda dan natijah akhir yang terzahir apabila perpaduan  itu terhasil dan apa pula mudaratnya apabila perpaduan itu hancur.

"Saya ambil contoh peristiwa Hajarul Aswad dan kebijaksanaan Rasulullah untuk meletakkanya pada tempatnya. Rasullulah dengan penuh hikmah dan kebijaksanaan menyuruh Hajarul Aswad diletak di atas kain putih dan setiap ketua kabilah memegang kain putih yang ada Hajarul Aswad itu.

Kemudian Rasulullah meletakan hajarul aswad itu pada tempatnya.Ini lah penyatuan dan kesatuan dalam Islam yang penuh kebijaksanaan," katanya.


Negara tidak perlukan PM ultra-Melayu tetapi ultra-rakyat Malaysia

Posted: 17 Dec 2015 01:35 AM PST

Oleh Fatih Hassan Nordin




KUALA LUMPUR. 27 NOVEMBER 2014. Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak berucap di majlis perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2014 di Dewan Merdeka, PWTC, Kuala Lumpur. NSTP/ Effendy Rashid.


PERAK : Malaysia tidak memerlukan Perdana Menteri yang mengamal sikap ultra terhadap mana-mana kaum di negara ini, kata Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang.

"Yang rakyat perlukan bukanlah ultra-Melayu, ultra-Cina, ultra-India, ultra-Iban atau ultra-Kadazan tetapi ultra-Rakyat Malaysia.

"Kenapa harus Perdana Menteri mempersoal sama ada ada beliau harus jadi ultra Melayu atau tidak?" katanya pada ceramah di Parit Buntar di sini, semalam.

Persoalan itu dibangkitkan Kit Siang berikutan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Perhimpunan Agong UMNO (PAU) khamis lalu bertanya adakah perlu bagi Presiden UMNO menjadi ultra atau pro-Melayu.

Justeru, Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah menyifatkan persoalan berkenaan sebagai bercanggah dengan konsep 1 Malaysia yang diasaskan Najib.

"Adakah Najib sudah lupa dengan konsep yang dipeloporinya itu? Yang bermatlamat untuk melahirkan rasa cinta terhadap negara mengatasi sentimen perkauman dan agama?" katanya.

Pada April 2009, Najib mengambil langkah populis dengan mengumumkan konsep 1 Malaysia kononnya untuk memperkukuh hubungan antara rakyat pelbagai kaum di negara ini.

Namun, sejak akhir-akhir ini dilihat konsep berkenaan tidak dibawa Najib dalam PAU kerana membenarkan ucapan berbaur perkauman dibuat perwakilan parti itu.

"Enam tahun Najib jadi Perdana Menteri dengan konsep 1 Malaysia. Beratus juta dibelanja untuk promosi, adakah negara terus bergerak maju atau mengalami kemunduran hasil konsep berkenaan?" katanya.

Justeru, Kit Siang berkata segenap lapisan rakyat harus menolak amalan perkauman dan pemikiran sempit seperti sesetengah pemimpin UMNO yang mengakibatkan negara mundur jika rakyat mahu Malaysia menjadi negara maju.


Jika gagal bayar hutang negara RM627.5 bilion, dana dalam KWSP lebur?

Posted: 17 Dec 2015 01:33 AM PST

Oleh Fatih Hassan Nordin


KWSP1


PERAK : Simpanan hari tua dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mungkin 'lebur' jika Kerajaan Barisan Nasional (BN) gagal menjelaskan hutang tertunggak yang ditanggung negara.

Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Koo Ham membuat pendedahan itu dengan merujuk maklum balas Menteri Kewangan yang menyenaraikan KWSP sebagai antara pemiutang.

"Wang yang dipinjamkan KWSP adalah wang rakyat, rakyat bakal alami kerugian besar jika Kerajaan BN gagal lunaskan hutang itu," katanya pada kenyataan media, hari ini.

Malaysia menangung hutang RM627.5 bilion dengan 97 peratus daripadanya hutang domestik dan selebihnya iaitu tiga peratus hutang asing bernilai RM18.80 bilion.

Tidak menolak kemungkinan negara menuju muflis, beliau berkata tindakan mencetak wang bagi membayar hutang berkenaan pula dikhuatiri mencetuskan masalah lain.

"Kita tidak mahu jadi Zimbabwe. Suatu masa dulu maju dan mencetak wang sesuka hati tetapi kini tidak bernilai langsung," katanya dan menambah mata wang negara itu satu-satunya tidak diterima di seluruh dunia.

Justeru, Koo Ham menyeru rakyat mendesak Kerajaan BN supaya telus mengurus dana awam bagi mengelakkan wang rakyat terus-terusan digunakan bagi kepentingan pihak tertentu.

"Segala simpanan yang dikumpul dari jerih payah rakyat bakal dirompak jika Kerajaan BN gagal melunaskan hutangnya dan memilih secara sembarangan mencetak wang untuk melunaskan hutang," katanya.


Agensi YaPEIM didakwa miliki peralatan simulator golf

Posted: 17 Dec 2015 01:28 AM PST

 
Ia didakwa ditempatkan Pusat Sukan INPUT di Mentari Bussiness Park


akmal


KUALA LUMPUR: National Oversight and Whistleblowers Centre (NOW) sekali lagi mendedahkan kepincangan yang berlaku dalam Yayasan Pembanguan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) yang didakwa memiliki simulator golf.

Pengarah NOW, Akmal Nasir mendedahkan, hasil menelitian Penyata Kewangan berakhir 31 Disember 2014 mendapati, agensi YaPEIM, Institut Penyelidikan dan Perundingan YaPEIM Sdn Bhd (INPUT) memiliki peralatan simulator golf.

Katanya, hasil maklumat awam, NOW berjaya menjejaki Pusat Sukan INPUT di Mentari Bussines Park yang menempatkan peralatan sukan itu.

Katanya, penemuan itu telah menimbulkan persoalan-persoalan;
  1. Adakah benar YaPEIM atau INPUT YaPEIM memiliki Peralatan Golf Simulator?
  2. Jika ya, bilakah dan berapa unit Peralatan Golf Simulator yang dibeli?
  3. Berapakah kos pembelian dan penyelenggaraan Peralatan Golf Simulator dari tempoh pembelian peralatan sehingga ke hari ini?
  4. Berapakah kos pemilikan, pengurusan dan pentadbiran Pusat Latihan INPUT Golf di Mentari Business Park, Petaling Jaya?
  5. Apakah keperluan mewujudkan Pusat Sukan INPUT Golf Simulator yang mana dalam Laporan Bajet YaPEIM 2013 telah menyebut bahawa tujuannya dikatakan sekadar memenuhi Program Sukan Korporat YaPEIM?
Akmal berkata, persoalan-persoalan tersebut perlu diteliti memandangkan YaPEIM merupakan sebuah Yayasan yang berteraskan amal jariah yang bermisikan 'Membangun Ummah Melalui Budaya Beramal Jariah'.

Katanya, adakah pemilikan simulator golf itu bertepatan dengan misi penubuhan INPUT yang bertujuan menyediakan khidmat latihan, penyelidikan dan perundingan di dalam pelbagai perkara yang memberi faedah kepada masyarakat Islam mengikut sistem pengurusan moden yang berlandaskan hukum Syarak.

PAU 2015: Siapa sepatutnya cakap, siapa sepatutnya dengar?

Posted: 17 Dec 2015 01:17 AM PST


UMNO seperti ular yang sudah dicabut bisanya kerana hanya kami, pihak media yang menikmati keterujaan penyampaian berita walaupun sebenarnya tiada siapa (rakyat) yang kisah terhadap parti yang sudah hilang keMelayuannya.
PAU2015


Laungan 'Hidup UMNO!', 'Hidup Melayu', 'Hidup Najib' dan 'Hidup PM' antara zikir yang tidak putus-putus membarai Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2015.

Dewan Tun Dr Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bergema dengan laungan penuh bertenaga itu demi kelangsungan UMNO, sepanjang lima siang empat malam, dengan kepercayaan ia akan terus menjadi denyutan setiap ahli dan perwakilan yang hadir.

Ucapan semua perwakilan UMNO terutama sekali ketua pemimpin parti itu sendiri, Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak dihadam sebagai mantera paling gah dalam kalangan pengikut UMNO yang masih setia dengan parti yang berusia 69 tahun (?) itu.

Kesetiaan yang ditunjukkan seolah-olah tiada pendua bagi UMNO dan Melayu, kalau ada sekalipun, ia lebih haram daripada yang haram. Begitu bersemangatnya 5,732 perwakilan yang menghiasi PAU 2015 kali ini.

Persoalannya, adakah semua itu semangat ikhlas dan bukan yang di'implan', atau sekadar memberi harapan palsu kepada 3.52 juta ahli berdaftar dengan 21,502 cawangan di seluruh negara?

Kenapa saya berkata demikian, kerana saya merasakan lebih 5,000 perwakilan yang hadir itu tidak lagi mewakili lebih 3 juta ahli UMNO mahupun kaum Melayu lain di negara ini. Realitinya, parti itu seperti ular yang sudah tidak berbisa.

Ular yang dicabut bisa lazimnya akan digunakan untuk pameran atau pertunjukkan jalanan, untuk tujuan menakut-nakutkan penonton secara olok-olok. Penonton juga tahu, tetapi mereka memberi reaksi takut sekadar untuk mengekalkan keterujaan, supaya kedua-dua pihak dapat menikmati tujuan pertunjukan tersebut.

Dan saya rasa samalah keadaanya dengan UMNO, kami, media menjadi penonton yang mahu menikmati keterujaan penyampaian berita walaupun sebenarnya tiada siapa yang kisah kerana ia parti yang sudah hilang bisanya.

Kalau dulu, PAU seakan-akan sambutan yang dinanti-nantikan dalam kalangan orang Melayu, kini ia bukan lagi. Ini kerana UMNO tidak lagi bercakap untuk Melayu, mengenai Melayu atau berkenaan Melayu. UMNO kini hanya bercakap mengenai UMNO, untuk UMNO dan berkenaan UMNO.

Rata-rata rakyat marhaen langsung tidak mengendahkan perjalanan PAU, mereka akui sudah hilang 'stim' dengan UMNO dan kepimpinannya yang lebih dilihat syiok sendiri dan bukan berpihak kepada rakyat.

Benar, selepas tamat ucapan perasmian dan penutupan Presiden, selepas para perwakilan UMNO membuat ucapan sokongan tidak berbelah bagi kepada UMNO dan Najib (UMNO adalah Najib dan Najib adalah UMNO), lihat sahaja reaksi daripada rakyat, mereka sama ada lebih marah atau berdiam diri kerana semuanya tidak memberi sebarang makna.

Antara pencetus kekesalan itu ialah tindakan menghalang Timbalan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada membuat ucapan, yang telah memberi kesan yang cukup mendalam. Berbeza dengan etika dan sifat sebenar seorang Melayu yang sentiasa memberi peluang kepada semua orang bersuara lebih-lebih lagi kepada darah daging sendiri, UMNO pertama kali bertindak di luar norma seorang Melayu.

Keputusan itu pula secara membuta tuli disokong oleh semua perwakilan yang hadir, walaupun sebilangan kecil dalam dewan dan seluruh rakyat Malaysia melihatnya sebagai ketidakadilan. Ini semua bukan UMNO Melayu yang diuar-uarkan. UMNO seolah-olah semakin hilang keMelayuannya, norma kesantunan yang menjadi nadinya selama ini.

Konflik dalaman yang melibatkan UMNO dan Najib, 'laungan Hidup Tun M' yang dibawa oleh pengikut setia bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, sokongan NGO Melayu terhadap Muhyiddin di luar dewan, kenyataan awal Setiausaha Agung Parti, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang memutuskan supaya perhimpunan parti itu diadakan secara tertutup tanpa liputan media hanya menjarakkan hubungan rakyat dan UMNO.

Jelas, rakyat sudah terang-terang menunjukkan penolakkan terhadap UMNO kerana mereka sudah tidak mendengar apa yang diperkatakan sepanjang PAU. Mungkin ini petunjuk: sudah tiba masanya untuk UMNO pula mendengar kata-kata rakyat dan bukan berdegil untuk terus berkata-kata walaupun tidak siapa yang mahu mendengarnya.

 Jangan paksa rakyat, UMNO, kalau mahu menang PRU. Mantera yang seharusnya dituturkan bukan 'Hidup Najib', tetapi 'Dengar, dengar dan dengar keluhan rakyat'; rakyat ada terlalu banyak perkara untuk disebutkan kepada anda, beri ruang dan ambil masa, dengar kepada mereka.

Bekas KP Imigresen dipenjara 6 tahun, denda RM300,000 akibat rasuah

Posted: 17 Dec 2015 01:01 AM PST

THE MALAYSIAN INSIDER

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengekalkan hukuman penjara 6 tahun dan denda RM300,000 terhadap bekas Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Wahid Md Don kerana menerima rasuah untuk mempercepatkan kelulusan permohonan visa pekerja Bangladesh, 7 tahun lepas.

Hakim Datuk Amelia Tee mengesahkan keputusan itu selepas menolak rayuan Wahid terhadap sabitan dan hukuman.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan permohonan Wahid untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan.

Beliau kemudian menaikkan jumlah jaminan daripada RM50,000 kepada RM100,000 dengan 2 penjamin. Mahkamah mengarahkan Wahid, 62, membayar denda tersebut sebelum atau pada 4 Januari depan.

Dalam penghakimannya, Tee berkata selepas meneliti hujahan kedua-dua pihak, mahkamah mendapati keterangan saksi pendakwaan tidak disangkal manakala keterangan saksi pembelaan adalah tidak tepat.

Tee berkata mahkamah mendapati tiada bayaran perlu dibuat untuk meluluskan permohonan visa bagi 4,337 pekerja Bangladesh.

Pada 30 Oktober 2013, Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman itu selepas mendapati Wahid bersalah menerima suapan berjumlah RM60,000 daripada ahli perniagaan, Datuk Seri Low Chang Hian sebagai upah untuk mempercepatkan kelulusan permohonan visa pekerja tersebut.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di rumahnya di Jalan Lembah Ledang off Jalan Duta di Kuala Lumpur pada 10 Julai 2008.

Pada 15 Oktober 2010, Mahkamah Sesyen melepas dan membebaskan Wahid tanpa dipanggil membela diri atas pertuduhan sama selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membukti kes prima facie dan kemudian Mahkamah Tinggi mengekalkan keputusan itu pada 31 Mei 2012.

Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan pada 2 April 2013 memerintahkan Wahid untuk membela diri atas tuduhan itu selepas membenarkan rayuan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pada prosiding hari ini, pendakwaan dijalankan oleh Ketua Bahagian Pendakwaan SPRM, Datuk Abdul Razak Musa manakala Wahid diwakili oleh peguam, Datuk V Sithambaran. – Bernama


BN Sarawak timbang semula kesetiaan jika Najib bersalah dalam skandal 1MDB

Posted: 17 Dec 2015 12:57 AM PST

OLEH DESMOND DAVIDSON



Tan Sri Adenan Satem berkata Sarawak BN akan menimbang semula kesetian kepada perdana menteri jike beliau didapati bersalah dalam skandal 1MDB. – Gambar fail The Malaysian Insider, 16 Disember, 2015. 
Tan Sri Adenan Satem berkata Sarawak BN akan menimbang semula kesetian kepada perdana menteri jike beliau didapati bersalah dalam skandal 1MDB. – Gambar fail The Malaysian Insider.
 
 
Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem dan Barisan Nasional (BN) Sarawak akan menimbang semula kesetiaan mereka kepada Datuk Seri Najib Razak jika beliau didapati bersalah dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB). 
 
"Saya mungkin akan mempertimbangkannya. (Tetapi) sehingga itu, beliau tidak bersalah dan tidak melakukan sebarang kesilapan.

"Kesetiaan kami kepadanya sekarang ialah kerana beliau perdana menteri Malaysia dan ketua BN," kata Adenan dalam ucapan penggulungannya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kuching hari ini.

Adenan juga berkata, Najib setakat ini tidak pernah didapati bersalah dalam semua tuduhan berkaitan 1MDB yang dilemparkan terhadapnya. 
 
Beliau berkata demikian kepada wakil rakyat pembangkang yang menyamakan sokongannya kepada perdana menteri dengan perbuatan menyokong dasar perkauman dan agama Umno serta dakwaan peranan yang dimainkan Najib dalam syarikat sarat hutang itu, termasuk persoalan "derma" RM2.6 bilion yang disalurkan ke dalam akaun peribadi beliau.

Beliau berkata, hanya DAP yang membuat segala tuduhan, tetapi tiada sebarang sabitan kesalahan setakat ini.

Beliau merujuk kepada Ahli Parlimen Petaling Utara Tony Pua yang menimbulkan isu 1MDB.

Adenan kemudiannya bertanya ahli Parlimen pembangkang jika mereka bersedia menarik balik sokongan kepada Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hanya berdasarkan tuduhan semata-mata.

Soalan itu serta-merta menerima tepukan yang kuat dari penyokong kerajaan BN.

Isu berkenaan sokongan ketua menteri terhadap Najib timbul apabila Ahli DUN Dudong Yap Hoi Liong mencelah Adenan semasa perbahasan di peringkat penggulungan.

Yap bertanya bagaimana Adenan boleh menghalang parti Umno daripada masuk ke negeri itu tetapi dalam masa sama masih menyokong presidennya.

Beliau juga mahu Adenan memberi jaminan yang Umno tidak akan memasuki negeri ini walaupun selepas beliau melepaskan jawatannya.

"Kami rakyat Sarawak menolak Umno sama sekali.

"Tetapi jaminan ini hanya terpakai semasa jangka hayat anda. Kami tidak boleh terima ketidakpastian yang sebegini," kata Yap.

Adenan berkata, jika Yap mahukan kepastian, Dewan boleh mengusulkan supaya undang-undang digubal bagi menghalang bukan sahaja Umno daripada datang ke negeri itu tetapi juga semua parti yang berpangkalan di Semenanjung seperti DAP, PKR dan PAS.

Yap berdiam diri apabila Adenan bertanya kepadanya jika DAP boleh memberi jaminan yang mereka akan menyokong usul itu.

"Saya bersedia untuk tidak membenarkan mereka datang. Adakah anda bersedia (tidak membenarkan DAP datang)?" soal Adenan.


Umno umpama minta nyawa ketika sakaratul maut

Posted: 17 Dec 2015 12:50 AM PST


Muzakarah


ALOR SETAR - Pas Kedah menyifatkan tindakan Umno yang menghulurkan tangan untuk berbaik dengan parti Islam itu umpama meminta nyawa pada masa Umno sedang menghadapi sakaratul maut.

Pesuruhjayanya, Dr Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi berkata, perhimpunan agung Umno minggu lalu turut menyerlahkan masalah besar yang sedang melanda parti berkenaan.

"Sekalipun Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak menggunakan pelbagai 'sekatan' dalam perhimpunan itu bagi menggambarkan kononnya mereka tidak berpecah, namun ia tetap jelas kelihatan.

"Selain itu, terdapat satu pihak yang berkepentingan kelihatan menyokong Najib tetapi golongan yang lebih besar khususnya di akar umbi pula menyanggah presiden parti itu," katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, Umno yang menjadi teraju utama dalam BN turut menjadi sasaran kemarahan rakyat akibat pelbagai skandal dalam 1Malaysia Development Berhad (1MDB), isu derma RM2.6 bilion, GST, cadangan kenaikan tol, penghapusan subsidi, perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) serta bebanan kos hidup yang semakin bertambah.

"Isu-isu itu secara tidak langsung menjadikan Umno kelihatan benar-benar sedang nazak dan kelemasan," katanya.

Beliau berkata, Pas Kedah juga menyokong kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyeru supaya Umno kembali kepada Islam dan mengamalkan cara hidup Islam dalam segenap sendi perjuangannya.

"Seruan itu bertepatan dengan masanya, memandangkan banyak kehancuran yang berlaku dalam negara dan pelbagai derita yang melanda rakyat adalah angkara kegagalan Umno yang berpunca daripada tindakan mengetepikan syariah.

"Jika kepimpinan tertinggi Umno tidak bersedia menyahut seruan Pas, maka saya menasihatkan ahli-ahli Umno supaya meninggalkan parti itu dan sertailah Pas beramai-ramai," ujarnya.

Beliau berkata, pelbagai saranan yang dilontarkan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pada Kongres Rakyat Peringkat Negeri Kedah baru-baru ini juga menunjukkan keselesaan rakyat untuk bersama Pas dalam memperjuangkan nasib rakyat.

"Ia memberi isyarat bahawa Pas wajar menggantikan Umno sebagai parti yang dominan dalam kalangan umat Islam dan Melayu di negara ini," katanya.

Berhubung tahaluf siyasi yang masih dipertahankan dengan PKR melalui muafakat PR, Pas Kedah mengambil pendekatan proaktif untuk terus menjalin kerjasama politik dengan parti tersebut.

"Perbincangan akan dibuat dari semasa ke semasa, khususnya dalam menyelaraskan program kedua-dua parti sebagai persediaan menghadapi PRU14," katanya.

Sebelum ini, Umno menyatakan kesediaannya untuk bekerjasama dengan Pas bagi memastikan pentadbiran akan datang tidak jatuh ke tangan pembangkang pro-DAP

Sinar Harian laman berita ketiga paling popular 2015

Posted: 17 Dec 2015 12:48 AM PST


Sinar Harian laman berita ketiga paling popular 2015
 

SINAR HARIAN tersenarai di antara 10 laman berita paling popular di bawah segmen laman berita pilihan menerusi enjin carian Google bagi tahun 2015.

Google dalam satu kenyataan mengeluarkan statistik yang menunjukkan Sinar Harian berada di bawah Malaysiakini dan The Malaysia Insider yang masing-masing menduduki tempat pertama dan kedua.

Sementara Harian Metro, Berita Harian serta Kosmo masing-masing menduduki tempat keempat, kelima dan keenam manakala Malaysia Chronicle menduduki tempat ketujuh, diikuti The Star, Harakah dan  Utusan Malaysia.

Dalam pada itu, Google turut menyenaraikan beberapa kategori lain seperti carian pelbagai, trending personaliti bagi tokoh terkenal, terma kewangan, carian model kereta, peranti mudah alih, permainan, filem, pertandingan sukan, carian berita, destinasi percutian tempatan terkenal dan laman membeli belah.


Rugi lebih RM50j, peniaga harap diberi lebih masa

Posted: 17 Dec 2015 12:47 AM PST


vape
Gambar hiasan.


KOTA BHARU - Kerajaan negeri diharap dapat memberi lebih masa kepada peniaga yang menjual peranti dan cecair berperisa rokok elektronik atau vape di negeri ini bagi mengosongkan premis perniagaan kerana tempoh 14 hari diberikan tidak mencukupi.

Presiden Pertubuhan Peniaga Vape Melayu (PPVM) Cawangan Kelantan, Mohd Azlee Che Mohd Zaid berkata, tempoh masa itu terlalu pendek untuk peniaga melakukan kerja pengosongan selepas keputusan muktamad kerajaan negeri semalam, tidak akan mengeluarkan lesen vape kepada peniaga di Kelantan.

"Kita menjangkakan lebih 350 peniaga vape di negeri ini akan kerugian kira-kira RM50 juta jika premis mereka  ditutup selepas larangan penjualan dikuatkuasakan tahun depan.

[ARTIKEL BERKAITAN: Kelantan kekal tidak keluarkan lesen vape

"Kita harap kerajaan negeri dapat memberi lebih masa kepada peniaga untuk menjual peranti dan cecair berperisa mereka kerana tempoh 14 hari yang diberikan tidak mencukupi.

"Ini kerana modal yang digunakan untuk membuka sebuah kedai vape mencecah sehingga RM200,000.
Peniaga juga perlu diberi masa mendapatkan kembali modal yang telah dilaburkan dan mencari peluang perniagaan lain selepas ini apabila perniagaan vape tidak lagi dibenarkan di Kelantan," katanya kepada pemberita sebelum menyerahkan satu memorandum berhubung perkara berkenaan kepada Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood di Kompleks Kota Darul Naim, di sini.

Memorandum itu diserahkan kepada kerajaan negeri bagi membela nasib peniaga vape di Kelantan  supaya dapat memanjangkan tempoh diberikan berikutan peniaga terbabit terpaksa menutup perniagaan serta-merta.


'Sudah tiga kali terjadi, tak elok mereka buat begitu'

Posted: 17 Dec 2015 12:43 AM PST


'Sudah tiga kali terjadi, tak elok mereka buat begitu'
Jins Shamsuddin
 

INDUSTRI seni sekali lagi dikejutkan dengan berita palsu mengenai kematian pelakon lagenda, Tan Sri Jins Shamsuddin, 80, pagi ini.

Menurut anak ketiganya, Putera Hang Jebat, dia tidak tahu bagaimana cerita berkenaan boleh timbul sedangkan ayahnya masih berada dalam kondisi yang baik.

"Kesihatannya masih baik, dia masih boleh makan dan mandi sendiri.

"Cuma pergerakannya sahaja agak perlahan," katanya.

Mengulas lanjut, Hang Jebat sangat kesal dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang mengada-adakan berita tersebut sehingga menjadi viral.

"Perkara ini melibatkan hidup dan mati orang. Tidak elok mereka buat begitu. Jika perkara sama berlaku kepada mereka, pasti mereka rasakan yang sama.

"Keluarga, terutamanya emak sangat sedih mendapat tahu mengenai khabar palsu ini. Lagi pun ini sudah kali ketiga ia berlaku," katanya.

Tegasnya, dia meminta pihak berkenaan untuk tidak mengulangi perkara sebegini lagi.

"Tolonglah hentikan berita-berita sebegini. Fikirkan sedikit perasaan kami," katanya.

Surah Tok Arab

Posted: 16 Dec 2015 04:20 PM PST

Hishamuddin Rais


 


Parti United Malays National Organisation baru selesai berhimpun. Himpunan kali ini amat menarik. Najib Razak, presiden kepada parti ketuanan Melayu ini sedang digasak kiri dan kanan.

Serangan bertubi-tubi datang awal – malah sebelum parti Ketuanan Melayu mula bersidang. Serangan datang dari dalam parti sendiri. Seperti biasa bekas perdana menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Muhamad terus menyerang.

Mahathir dibantu oleh dua pimpinan parti – Muhyiddin Yassin dan Shafie Apdal. Dua sosok ini telah dilucutkan dari jawatan menteri tetapi masih menjawat kedudukan dalam parti.

Mahathir bekas presiden parti ketuanan Melayu ini secara terbuka mahu Najib berundur. Mengikut bacaan politik Mahathir, jika Najib terus memimpin hingga ke PRU14, parti ketuanan Melayu dan kuncu-kuncu dalam BN akan lingkup.

Mahathir berulang kali membaca mantera ini. Mahathir Muhamad – yang dikenali sebagai yang amat mulia Tun – kini menjadi don yang memimpin gerakan anti-Najib.

Gerakan anti-Najib ini juga mendapat sokongan dari GKCM - Gabungan Ketua Cawangan Malaysia. Ini adalah gerakan ahli-ahli parti ketuanan Melayu dari wilayah akar umbi yang mahu Najib berundur. GKCM berpendapat Najib lebih banyak membawa bala kepada parti dan Bani Melayu.

GKCM tidak mahu memikul biawak hidup jauh sekali memikul anak badak. Justeru, beratus-ratus ketua-ketua cawangan telah mengadakan mesyuarat dan secara terbuka mengadakan sidang akhbar menuntut Najib berundur. Gerakan ini kelihatan sebaris bersama Yang Amat Mulia Tun.

Justeru, ketika ini GKCM sedang menjadi api dalam sekam dengan mempengaruhi ahli cawangan dan berpropaganda di peringkat bahagian. GKCM sedang menjadi api di batang rokok. Dihisap atau tidak dihisap bukan lagi soalan. Rokok telah dibakar – menunggu masa sampai ke puntung untuk membakar jari.

Memandangkan Najib digasak kiri dan kanan, maka tema perhimpunan kali ini adalah perhimpunan selamatkan Najib. Dari awal lagi tembok dan benteng telah didirikan untuk memastikan serangan terhadap Najib dapat ditepis dan dikendurkan.

Babak politik yang paling menarik kali ini ialah surah Tok Arab. Duit derma dari Tok Arab ini telah menjadi peluru berpandu menyerang Najib. Berdentam berdentum surah Tok Arab ini berkumandang ke seluruh alam Melayu. Tak putus-putus surah Tok Arab ini meledak menjadi tajuk induk dalam portal berita.

Zahid Hamidi pada awalnya pernah berkata yang duit RM2.6 bilion ini datang dari seekor penderma dari benua Arab. Bila berita Tok Arab ini muncul seantero alam Melayu tertanya-tanya. Siapakah gerangan Tok Arab yang baik hati ini. Spekulasi bermacam-macam.

Akhbar luar negara melaporkan, Putera Walid dari Arab Saudi dengan garang menafikan dirinya ialah Tok Arab yang dimaksudkan.

Spekulasi berterusan. Surah Tok Arab ini menjadi bertambah hangat. Mengikut kata Zahid Hamidi, seekor Tok Arab menjadi amat-amat gembira kerana Malaysia berjaya memperkasa mazhab Sunnah Wal Rasuah. Oppps... maaf. Sunnah Wal Jamaah.

Tok Arab ini amat-amat gembira tanpa bantuan pil kuda atau air ketum. Si Tok Arab ini telah menderma sebanyak 700 juta dolar Amerika bersamaan 2.6 bilion ringgit. Ini Surah Tok Arab bahagian awal.

Tiba-tiba, sebelum gerombolan ketuanan Melayu berhimpun, Najib sebagai presiden parti telah membuka mulut. Dari temubual dalam sebuah akhbar bahasa Inggeris, Najib menggambarkan bahawa duit derma ini bukannya datang dari seekor Tok Arab sahaja. Ada beberapa ekor.

Temubual Najib dengan akhbar ini sebenarnya adalah cara Najib berlangir mandi air sabun sebelum ahli parti ketuanan Melayu berhimpun. Setelah mandi air sabun ini maka Najib boleh mengaku dirinya suci dan bersih untuk terus memimpin parti Ketuanan Melayu.

Sayangnya, lebong Najib melalui temubual ini telah memaksa Zahid bersilat lidah. Kini Zahid wajib mengubah ayatnya. Dari seekor Tok Arab kini Tok Arab telah beranak-pinak. Dari seekor Tok Arab kini telah menjadi jamak. Seekor Tok Arab telah beralih menjadi para Tok Arab.

Surah ini tidak habis di sini sahaja. Ayat dua dari surah ini secara sahih berkisah bahawa Tok Arab ini menderma kepada parti United Malays National Organisation. Maka sahlah cakap Najib bahawa duit ini tidak digunakan oleh Najib untuk membeli coli atau beg Birkin suaminya.

Najib tidak pernah menggunakan duit rakyat. Najib pakai duit derma untuk kegunaan parti. Najib menggunakan duit derma Tok Arab ini hanya untuk kesejahteraan nusa dan bangsa. Alhamdulillah.

Para pembaca jangan lupa – dari segi sejarah, awal wahid akhbar Wall Street Journal (WSJ) dari New York adalah yang bertanggungjawab membuka surah Tok Arab ini. Ini terjadi berbulan-bulan sebelum perhimpunan gerombolan berlangsung.

Akhbar WSJ ini melaporkan bagaimana Najib telah menerima duit sebanyak AS$ 700 juta atau bersamaan RM2.6 bilion. Duit dolar ini dihantar dari bank luar negara masuk ke dalam akaun peribadi sosok yang bernama Muhamad Najib bin Abdul Razak di Ambank.

Jangan lupa – apabila Surah Tok Arab didengari ramai – Si Najib marah dan mengugut mahu menyaman akbar WSJ. Dilebongkan bahawa peguam Najib telah ke hulu ke hilir – dari London ke New York – dari New York ke Masjid India – untuk mencari peguam terbaik dunia untuk menyaman WSJ. Entah ya entah tidak.

Pada awal wahid Najib menafikan adanya duit AS$700 juta ini masuk ke akaun peribadinya. Mengikut Najib semua itu fitnah dan tohmah. Najib marah dan bengis. Malah seorang pakar ilmu tilik dan pakar tangkap jin telah berkata bahawa tidak masuk akal duit sebanyak itu masuk ke dalam akaun peribadi Najib.
Mengikut pakar jin ini, Najib bukannya makhluk bodoh seperti jin yang sering ditipu masuk ke dalam botol.

Pada awal ketika surah tok Arab ini diwahyukan, kita sering mendengar suara dari ahli kabinet Najib. Menteri jantan, menteri betina dan menteri jantan betina semuanya naik marah. Semua mengatakan akhbar WSJ ini membuat fitnah dan tohmah. Mengikut menteri bergenre Hasan Malek ini, ada usaha untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Najib.

Dari segi sejarah salasilah ayat dari Surah Tok Arab ini sampai terputus-putus. Tiba-tiba wahyu sampai lagi. Ayat baru ini sampai ketika ahli parti sedang berhimpun. Mengikut kata Zahid Hamidi duit derma ini bukan dari beberapa ekor Tok Arab tetapi datang dari sebuah kerajaan Tok Arab yang amat gumbira kerana Malaysia negara Islam yang berjaya. Malaysia berjaya dengan Sunnah Wal Jamaah dan berjaya melawan Isis.

Bila ayat ini sampai, satu Malaysia jadi lintang pukang. Mula-mula seekor, kemudian beranak-pinak dan kini duit derma ini datang dari kerajaan.

Ketika satu persatu ayat Surah Tok Arab ini diturunkan, yang amat mulia Tun duduk tersenyum. Mahathir Muhamad bekas presiden parti United Malays National Organisation hanya bertanya siapakah gerangan Tok Arab ini. Bolehkah dia berkenal sapa dengan Tok Arab ini?

Mengikut Mahathir selama 22 tahun dia menjadi perdana menteri dia belum pernah berjumpa seekor Tok Arab yang bermurah hati suka menderma. Mahathir terus membuka salasilah sejarah Universiti Islam Antarabangsa, Gombak.

Ketika universiti ini dalam perancangan untuk didirikan, Mahathir pernah cuba mencari derma dari Tok Arab dan dari negara kerajaan Arab. Hasilnya satu dinar pun tak sampai dari negara-negara Tok Arab.

Maka timbul pertanyaan: Apakah rahsia Najib yang berjaya mendapat derma yang amat lumayan dari Tok Arab? Apakah kerana isteri Najib tinggi langsing cun dan bergetah hinggakan semua Tok Arab luruh hati dan terus menderma?

Surah Tok Arab ini akhirnya menjadi lawak bodoh apabila yang amat mulia Tun berkata bahawa Tok Arab yang menderma sebanyak 2.6 bilion ringgit ini pastilah seorang gila. Mungkin masuk akal – kalau tidak gila macam mana boleh bermurah hati mendermakan duit yang amat banyak. Ini logik Don Mahathir.

Di sebalik lawak bodoh Tok Arab gila ini, yang amat mulia Tun mengajukan satu pertanyaan hakiki. Ini adalah pertanyaan cepu emas untuk talian hayat Najib. Duit sebanyak RM2.6 bilion ini bukan untuk Najib tapi untuk parti United Malays National Organisation. Duit ini sampai sebelum PRU13. Ertinya duit ini telah digunakan untuk parti ketuanan Melayu berkempen untuk menang dalam PRU13.

Justeru, Don Mahathir hanya ingin melihat laporan bendahari tentang keluar masuknya duit ini. Permintaan Mahathir ini masuk akal. Malah GKCM telah membuat laporan polis untuk melihat penyatan kira-kira kewangan tahunan parti United Malays National Organisation.

Perhimpunan selamatkan Najib telah selesai. Tapi yakinlah bahawa surah Tok Arab ini belum selesai. Pada 4 Disember yang lalu Wall Street Journal telah melaporkan bahawa siasatan kes 1MDB ini sedang berjalan di lima buah negara – Switzerland, UK, Amerika Syarikat, Singapura, Hong Kong dan Malaysia.

Wajib disedari bahawa duit derma Tok Arab sebanyak RM2.6 bilion ini sebenarnya menjadi kes besar di luar negara. FBI sedang menyiasat. Peguam negara Switzerland datang ke Kuala Lumpur untuk mencari maklumat.

Tetapi di Malaysia kes ini hanyalah umpan untuk mengaburi mata orang ramai. Kes yang betul-betul disiasat oleh SPRM bukan duit Tok Arab tapi duit RM45 juta dari SRC International yang masuk ke dalam akaun peribadi Najib. Duit dari syarikat kerajaan masuk ke dalam akaun peribadi. Ini kes pecah amanah.

Dalam kes SRC International ini tidak wujud Tok Arab gila. Tidak wujud surat derma dari Tok Arab. Yang wujud hanyalah empat orang saksi yang telah dihilangkan. Empat orang saksi inilah yang menyimpan ayat-ayat suci yang sedang dicari oleh Bank Negara dan SPRM.

HISHAMUDDIN RAIS seorang manusia baru dengan roh yang bebas. Pendukung dan pengembang asal mazhab NGI (non-governmental individual). Dipengaruhi oleh fahaman Marxis jenis Groucho.Lulusan dari sekolah pemulihan pemikiran politik seperti Melbourne Tellamarine Center, Bombay Arthur Road, Ayer Molek dan Dang Wangi.


Buruh binaan maut dihempap tembok runtuh

Posted: 16 Dec 2015 04:04 PM PST

MALAYSIAKINI


Seorang buruh binaan warga Indonesia maut dipercayai dihempap tembok rumah ketika sedang melakukan kerja pembinaan di Taman Koperasi Cuepacs di Kajang petang semalam.

alam kejadian pada 3.25 petang itu, Saiful Samad, 38, dipercayai tertimbus sedalam kira-kira 1.5 meter setelah tembok konkrit rumah berkenaan tiba-tiba runtuh.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang Supt Abdul Ghani Mohamad Ji berkata mangsa sebelum itu terjatuh ke dalam sebuah longkang sebelum tertimbus.

"Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat," katanya ketika dihubungi Bernama semalam.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kajang Mohd Safiq Mohd Moor berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam yang melihat kejadian itu pada 3.19 petang.

"Sejurus menerima panggilan saya segera mengerahkan tujuh anggota ke tempat kejadian bagi kerja-kerja menyelamat dan mengeluarkan mangsa.

"Mangsa berjaya dikeluarkan pada 4.25 petang dengan bantuan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia," katanya.

Mohd Safiq berkata ketika kejadian mangsa dipercayai sedang melakukan kerja pembinaan seorang diri manakala punca kejadian tembok runtuh dipercayai akibat keretakan pada struktur tembok berkenaan.
Mayat ditemui

Sementara itu, di Alor Setar, mayat seorang wanita berusia 20-an dijumpai orang ramai dalam sungai di Kampung Kuala Rimau, Mukim Pusing, Pendang, semalam.

Ketua Polis Daerah Pendang ASP Fadzil Hasim berkata, mayat berkenaan yang belum dikenal pasti identitinya dijumpai pada jam 4.20 petang dan dipercayai mati akibat lemas.

Hasil pemeriksaan awal mendapati tiada sebarang kesan kecederaan pada badan mangsa, kata Fadzil dalam kenyataan.

Menurut beliau, pemeriksaan di sekitar tempat kejadian juga tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri dan jarak rumah terdekat dengan tempat mayat ialah empat kilometer.

Mayat dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk bedah siasat.

Keretapi barang tergelincir

Manakala di Johor Bahru, keretapi barang milik Keretapi TanahMelayu (KTM) yang membawa 29 kontena muatan biji koko tergelincir dari landasan di Jalan Pekeliling, Pasir Gudang, hari ini menyebabkan kesesakan lalu lintas di kawasan itu kira-kira sejam.

Ketua Polis Daerah Seri Alam ACP Abd Samad Salleh berkata kejadian berlaku pada kira-kira 10.30 pagi semasa keretapi barang itu dalam perjalanan dari Pelabuhan Tanjung Pelepas ke Pelabuhan Johor.

"Ini telah menyebabkan berlakunya halangan lalu lintas kira-kira sejam dari kedua-dua arah di Jalan Pekeliling," katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata pihak KTM telah dimaklumkan untuk mengalih serta menarik gerabak kontena dan polis trafik ditempatkan di lokasi kejadian untuk mengawal dan melencong lalu lintas.

Menurutnya, usaha mengalihkan gerabak kontena sepenuhnya dilakukan pada pukul 5.50 petang.

Beliau berkata tiada sebarang kemalangan jiwa terlibat dan polis masih memantau keadaan keselamatan dan kelancaran lalu lintas di kawasan berkenaan.- Bernama


Jangan salahkan semua Muslim kerana sekumpulan pengganas

Posted: 16 Dec 2015 04:02 PM PST

SINAR HARIAN


Malala Yousafzai
Malala Yousafzai
 
 
UNITED KINGDOM – BRITAIN.  "Jangan salahkan seluruh populasi Muslim hanya kerana tindakan sekumpulan pengganas yang mengaku mereka Islam."

Demikian kata-kata terbaharu aktivis hak asasi manusia kanak-kanak, Malala Yousafzai melalui temu bual bersama Jon Snow di Channel 4 News yang disiarkan pada Isnin.

Menurut Malala, semangat kebencian yang disebarkan secara meluas pada hari ini hanya akan mencipta lebih banyak pengganas.

"Hanya kerana kepercayaan mereka (Muslim) berbeza, ia tidak bermakna mereka pengganas dan hanya kerana ada kumpulan yang mengaku sebagai kumpulan Islam dan melakukan keganasan, tidak sepatutnya semua populasi Islam dipersalahkan.

"Lebih banyak kamu bercakap menentang Islam dan menentang semua Muslim, lebih banyak pengganas akan dicipta. Jadi, begitu penting terhadap apa juga yang disebut oleh ahli politik dan media, mereka perlu sangat berhati-hati dengan kenyataan itu.

"Kalau kamu berhasrat untuk menghentikan keganasan, jangan cuba salahkan seluruh populasi Muslim terhadap keganasan yang berlaku kerana ia tidak akan menghentikan keganasan sebaliknya ia hanya akan mencipta lebih banyak pengganas," katanya.

Malala berkata demikian bagi menjawab soalan Jon Snow berkaitan suasana di Los Angeles, semalam yang menyaksikan semua sekolah ditutup gara-gara ancaman pengganas serta kenyataan keras beberapa ahli politik terhadap Islam.

Mengulas lanjut, Malala berkata, masyarakat dunia perlu cuba mempamerkan keharmonian terhadap orang Muslim dan menerima mereka serta menyatakan bahawa mereka itu layak untuk hidup sebagai manusia normal.

Malala yang kini menetap di Birmingham, England bersama keluarganya merupakan mangsa yang terselamat selepas ditembak oleh Taliban kira-kira tiga tahun lalu kerana memperjuangkan kesaksamaan pendidikan bagi kanak-kanak perempuan.

Malala sempat menyatakan penghargaan ke atas penerimaan dan sokongan rakyat Birmingham ke atas kehadiran beliau dan keluarga di sana.


Andik nafi gaji RM3 juta!

Posted: 16 Dec 2015 04:00 PM PST

Oleh Firdaus Hashim



Kuala Lumpur: "Saya menafikan menerima gaji sebanyak RM3 juta", kata pemain import Selangor Andik Vermansyah, hari ini.

Belum pun sampai 24 jam mengesahkan kekal bersama skuad juara Piala Malaysia itu menerusi perjanjian kontrak baru selama dua tahun pemain kelahiran Jember, Indonesia itu dikaitkan dengan cerita terbaru - 'menerima gaji sebanyak RM3 juta'.

Bagaimanapun, Andik tampil menafikan khabar angin itu.

Dia menegaskan nilai sebenar dirinya lebih rendah daripada apa didakwa oleh pihak tidak bertanggungjawab itu.

Pemain lincah itu kecewa dan hairan kerana isu itu tiba-tiba timbul sehari selepas dia mengesahkan masa depannya bersama Selangor.

"Saya tidak tahu mengapa isu dibangkitkan malah mengatakan saya menerima gaji paling tinggi dalam pasukan untuk musim depan," katanya kepada Arena Metro.

"Sejujurnya, saya tidak pernah meletakkan harga hingga RM3 juta dan kalau mahu tahu gaji dan elaun saya tidak sampai ratus ribu.

"Saya nafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu kerana ia secara tidak langsung tidak baik buat imej saya selain boleh mendapatkan rasa cemburu kepada rakan sepasukan.

"Bukan itu sahaja, malah keluarga saya di Indonesia juga ketika ini di dalam ketakutan kerana isu itu yang boleh mengundang kepada perkara negatif".

Andik, 24, menyertai Red Giants sejak dua musim lalu menandatangani kontrak baru sebelum final Piala Malaysia Sabtu lalu sekali gus menamatkan spekulasi akan meninggalkan pasukan itu.

"Saya bukan bintang atau pemain meletak harga tinggi. Saya pemain biasa dan saya sayang pasukan ini.

"Saya amat gembira dan selesa berada di sini (Selangor) dan mahu membantu pasukan untuk mencapai lebih banyak kejayaan selepas ini.



Andik mahu bantu Selangor capai lebih banyak kejayaan. Foto fail NSTP


Tiada ulasan: