DIALOG RAKYAT |
- Dua mayat terapung
- Polis mati dipukul: Empat ditahan
- Sarawak bebas tol bermula 1 Januari 2016
- SPRM siasat skandal rasuah balak di Kelantan
- 5 lagi cawangan desak Najib letak jawatan
- Sidang media desak Najib letak jawatan diganggu ahli UMNO
- Piala Malaysia dipamer di Lobi SUK
- Selangor fokus tingkat pembangunan OKU
- MB: SUK baru angkat sumpah 11 Januari
- YANG MANA SATU 'GENTLEMAN' NAJIB?
- Lima hakim ditugas kendali kes IS, keselamatan
- Kampung Selut bakal lenyap?
- 'Maaf, saya tiada komen, tunggu minggu depan'
- 'Jangan ganggu apa yang Dewan Negara hendak bahas'
- Harga mahal: Pengusaha restoran terapung dipanggil
- Memo staf Hospital Bahagia buat kementerian esok
- 'Hotel dapat amaran jangan terima saya berucap'
- Ribuan penyokong Kedah, S'gor juga mahu PM undur?
- Najib diejek pemain Dota di Internet
- Isu Air di Raub
- Harga ikan kerapu harimau memang mahal
- Hakim New York angkat sumpah guna al-Quran
- Jika Presiden salah, anggota lain perlu tolong
- Kami tidak mahu sertai BN kata Pemuda Pas
- Permulaan RM6,500 Sebulan? Lebih 400,000 Graduan Sedang Cari Kerja Hari Ini!
Posted: 16 Dec 2015 03:56 PM PST Banting: Beberapa penduduk yang tinggal berhampiran Sungai Langat, di sini, digemparkan dengan penemuan dua mayat lelaki yang terapung di sungai berkenaan, petang semalam. Difahamkan, mayat pertama ditemui di belakang kilang dan diangkat sekumpulan nelayan yang melalui sungai berkenaan sebelum menghubungi anggota bomba, jam 1 petang. Ketua Polis Daerah Banting Superintendan Mohd Zailan Tasir berkata, mayat lengkap berpakaian itu dikenal pasti sebagai Mohamed Sofiyuddin Kamar, 28, yang dilaporkan lemas ketika keluar memancing pada petang 1 Disember lalu. Menurutnya, mangsa dihantar ke Hospital Banting untuk proses bedah siasat. "Kami meminta bantuan ahli keluarga untuk membuat pengecaman dan mereka mengesahkan mangsa dilaporkan hilang pada 1 Disember lalu berdasarkan pakaiannya. "Dia dilaporkan hilang selepas keluar memancing dan keretanya ditemui berhampiran Sungai Lebohan Ampang, dekat sini," katanya kepada Harian Metro. Dalam pada itu, Mohd Zailan berkata, mayat kedua ditemui dua jam kemudian oleh pekerja mengangkat sampah di Jambatan Kampung Labohan Dagang, 50 meter dari lokasi mayat pertama dijumpai. Katanya, mayat ditemui di perangkap sampah sebelum pekerja berkenaan menghubungi anggota bomba dan polis. Berdasarkan siasatan badan mangsa mempunyai kesan tetakan di leher, tangan kiri, selain kepalanya turut dipercayai dipukul dengan objek tumpul serta tangannya berikat. "Pemeriksaan anggota forensik polis mendapati mangsa dipercayai warga asing dan berkemungkinan mangsa bunuh," katanya. Mohd Zailan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. | ||
Polis mati dipukul: Empat ditahan Posted: 16 Dec 2015 03:53 PM PST Ipoh: Anggota polis yang maut dalam kejadian pukul di Manjung petang semalam, sudah digantung tugas dan dikehendaki polis bagi membantu siasatan membabitkan beberapa kes jenayah. Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Hasnan Hassan berkata, anggota berkenaan digantung kerja sejak 18 September lalu kerana terbabit dengan tiga kes iaitu dadah, pecah rumah dan mendatangkan kecederaan. Menurutnya, pihaknya sudah mendapat perintah tahanan daripada Timbalan Pendakwaraya untuk mendakwa anggota berkenaan membabitkan kes pecah rumah. "Dalam usaha kita mengesan anggota itu, berlaku kejadian ini (dipukul) dan anggota berkenaan didapati meninggal dunia," katanya selepas Majlis Meraikan Pesara PDRM Kontinjen Perak dan Majlis Penyematan Pangkat Inspektor ke Asisten Superintendan Di Dewan Serbaguna Pusat Latihan Pasukan Gerakan Udara (PLPGU) PDRM Ipoh di sini. Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang semalam, mangsa berusia 32 tahun ditemui tertiarap dan cedera teruk di beberapa anggota badan dalam sebuah premis membela burung walid di Manjung. Mangsa dikatakan dipukul kerana disyaki mencuri burung walid berkenaan dan berikutan kejadian itu, empat suspek berusia antara 35 hingga 59 tahun ditahan untuk siasatan lanjut. | ||
Sarawak bebas tol bermula 1 Januari 2016 Posted: 16 Dec 2015 03:47 PM PST Petra Jaya: Sarawak bebas tol bermula 1 Januari tahun depan dengan pemansuhan tol di Jambatan Tun Salahuddin di Kuching. Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem berkata, pihaknya sudah berbincang dengan syarikat pengurusan tol dan mereka bersetuju menerima permintaan untuk memansuhkan tol atas dasar mengurangkan beban rakyat. "Hasil perbincangan, syarikat itu juga bersetuju (pemansuhan tol) tidak membabitkan sebarang pampasan. "Pejabat plaza tol itu juga akan diambil alih bagi menempatkan Jabatan Perkhidmatan Pembetungan Sarawak yang berdekatan dengan loji sisa kumbahan,"katanya. Beliau berkata demikian selepas sesi penangguhan mesyuarat bagi penggal kelima di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, di sini, petang tadi. Sebelum ini, kerajaan negeri juga sudah memansuhkan bayaran tol di Jambatan Lanang di Sibu yang berkuatkuasa 25 Mei lalu. Satu lagi tol di Jambatan ASEAN turut dimansuhkan pada 1 Jun lalu, serentak dengan sambutan Hari Gawai Dayak. | ||
SPRM siasat skandal rasuah balak di Kelantan Posted: 16 Dec 2015 03:43 PM PST Agensi itu meminta semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi sehingga siasatan selesai. PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menjalankan siasatan terhadap dakwaan skandal rasuah balak di Kelantan bernilai RM5 juta. Bahagian Komunikasi Strategik SPRM dalam kenyataan media berkata, mana-mana pihak tidak sepatutnya membuat spekulasi sebaliknya berhubung dengan dengan agensi itu mendapatkan lanjut perkembangan siasatan. "SPRM percaya usaha pencegahan rasuah dapat dijalankan dengan berkesan jika mendapat kerjasama semua lapisan masyarakat. "Sebagai agensi tunggal pencegahan rasuah, adalah menjadi tanggungjawab SPRM menjalankan siasatan mengikut peruntukan undang-undag sedia ada secara bebas, telus dan profesional tanpa dipengaruhi mana-mana pihak," kata SPRM. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dalam sidang media pada Rabu mendakwa SPRM tidak bertindak terhadap laporan skandal rasuah balak di Kelantan walaupun telah menyerahkan 50 dokumen berkaitan. | ||
5 lagi cawangan desak Najib letak jawatan Posted: 16 Dec 2015 03:38 PM PST Desakan yang dibuat terhadap Najib adalah disebabkan sayangkan parti. ULU KELANG : Sebanyak lima lagi cawangan UMNO Ulu Kelang mendesak Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak meletak jawatan sebagai Presiden parti dan Perdana Menteri. Lima cawangan itu merupakan cawangan Delima Lembah Keramat, Taman Melawati, Kampung Kemensah Hilir, Jelatek Permai dan Lake Yew Batu Caves. Jurucakapnya Hamdan Abd Rahman berkata, desakan yang dibuat mereka terhadap Najib itu adalah kerana sayangkan parti. "Kami bukan mengacau tetapi kami berkorban untuk UMNO. Dengan ini kami telah membuat ketetapan iaitu Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak perlu meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO. "Pemilihan parti dalam UMNO yang dijadualkan pada 2016 perlu diteruskan. Tindakan terhadap pemimpin dan ahli UMNO yang mengkritik UMNO perlu dihentikan kerana ini membunuh demokrasi dalam UMNO," katanya. Dia berkata demikian pada sidang medianya di Taman Melawati pada Rabu. Hamdan yang juga merupakan Ketua Cawangan Delima Lembah Keramat berkata, mereka sebagai akar umbi perlu membuat sesuatu. "Kita bukan lawan parti dan kerajaan. Kita nak kan supaya pemimpin berundur. "Dah sampai masanya UMNO mempunyai pemimpin berani dan berintegriti. "Saya tengok macam Tun Dr Mahathir Mohamad dia berani. Tan Sri Muhyiddin Yassin dia berani. Jadi kenapa kita perlu takut," tegasnya. Tambahnya, telah tiba masanya Ketua-ketua cawangan tidak mengharapkan Ketua-ketua bahagian. Dia berkata, ini disebabkan mereka telah menyedari bahawa Ketua-ketua bahagian dan Majlis Tertinggi parti itu tidak berani bersuara. "Adalah malang ketika UMNO mengharapkan kebenaran, mereka yang diberi amanah dan tanggungjawab gagal melaksanakan tugas dengan jujur dan sempurna," katanya. | ||
Sidang media desak Najib letak jawatan diganggu ahli UMNO Posted: 16 Dec 2015 03:36 PM PST Ahli Jawatankuasa UMNO bahagian Gombak Farouk Ramly mendakwa sidang media yang dibuat oleh lima cawangan itu terdiri daripada mereka yang kecewa dengan parti itu. ULU KELANG : Sidang media lima cawangan UMNO Ulu Kelang mendesak Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak meletak jawatan sebagai Presiden dan Perdana Menteri terganggu dengan kemunculan ahli Jawatankuasa (AJK) UMNO bahagian Gombak, Farouk Ramly yang tidak berpuas hati dengan kumpulan terbabit. Farouk mendakwa sidang media yang dibuat oleh lima cawangan UMNO Ulu Kelang itu adalah terdiri daripada mereka yang kecewa dengan parti itu. "Ini kecewa betul ini. Kalau betul kecewa, pergi depanlah," katanya yang berpakaian T-Shirt merah. Sidang media terpaksa dihentikan seketika dan beberapa orang ahli yang hadir kemudiannya memujuk lelaki AJK UMNO bahagian Gombak terbabit supaya mengawal perasaan. Dalam pada itu, Ketua UMNO Cawangan Jelatek Permai Rajiani Abd Hamid berkata tindakan yang dibuat oleh Farouk itu cubaan untuk mengagalkan sidang media mereka. "Mungkin dia rasa tercabar dan cuba mengagalkan perjumpaan (sidang media) ini," katanya | ||
Piala Malaysia dipamer di Lobi SUK Posted: 16 Dec 2015 03:26 PM PST Oleh: AFEEQA AFEERA SHAH ALAM: Penyokong pasukan Selangor berpeluang melihat dari dekat trofi bola sepak berprestij, Piala Malaysia yang dipamer di lobi Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) tidak lama lagi. Ia susulan kejayaan skuad Gergasi Merah menamatkan kemarau kemenangan Piala Malaysia sejak sedekad lalu apabila menumpaskan Kedah pada Sabtu. Simbolik penyerahan dilakukan Exco Pembangunan Generasi Muda dan Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari kepada Datuk Mohammed Khusrin Munawi di SUK, semalam. Trofi itu dipamer selama sebulan di SUK dan dijangka dibawa ke seluruh Selangor untuk dikongsi bersama penyokong. Perlawanan penuh bersejarah itu menyaksikan Selangor berjaya merealisasikan "Misi 33" iaitu kejayaan ke-33 sebagai pasukan paling banyak merangkul kejuaraan Piala Malaysia. Kali terakhir Selangor berjaya menjulang Piala Malaysia pada 2005. Kejayaan Selangor membawa pulang Piala Malaysia disifatkan sebagai "hadiah" buat DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sempena Hari Keputeraan Baginda ke-70. Selangor adalah pasukan paling banyak merangkul kejuaraan itu iaitu sebanyak 33 kali, manakala Kedah hanya empat kali.EZY | ||
Selangor fokus tingkat pembangunan OKU Posted: 16 Dec 2015 03:22 PM PST Oleh: HAFIZAN TAIB SHAH ALAM: Konvensyen OKU Selangor 2015 memberi fokus mempertingkat pembangunan dan kemudahan golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) di Selangor. Pengarah Kebajikan Masyarakat Selangor, Zuhaimi Omar, berkata menerusinya semua maklumat berkaitan pembangunan OKU dapat dibincangkan bersama pihak berkepentingan. Katanya, komitmen berterusan Kerajaan Negeri dan agensi berkaitan diyakini mampu memberdaya golongan itu seiring kemajuan golongan lain. "Ia juga menggalakkan pembangunan inklusif berasaskan komuniti, memudahkan penukaran informasi dan komunikasi dalam kalangan NGO dan OKU serta mendapatkan maklumat bagi meningkatkan perkhidmatan kerajaan," katanya dalam ucapan di konvensyen terbabit di sini, semalam. Turut hadir, Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi. Konvensyen terbabit juga diadakan sebagai salah satu aktiviti meraikan Hari OKU disambut pada 3 Disember setiap tahun dengan sambutan peringkat Selangor pada 17 Disember ini. Katanya, berdasarkan statistik Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), 15 peratus daripada penduduk di sesebuah negara adalah terdiri dari golongan OKU dan Selangor sendiri mempunyai kumpulan OKU teramai berbanding negeri lain iaitu kira-kira 200,000 orang daripada jumlah keseluruhan 5.6 juta penduduk. "Sehingga 14 Disember lalu, seramai 55,542 OKU telah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor dan dengan penganjuran pelbagai program diharap pendaftaran mereka dapst ditingkatkan dari semasa ke semasa," katanya.-nR- | ||
MB: SUK baru angkat sumpah 11 Januari Posted: 16 Dec 2015 03:20 PM PST Oleh : AFEEQA AFEERA SHAH ALAM : Pelantikan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri baru hanya akan diketahui selepas 3 Januari 2016, kata Menteri Besar, Dato' Seri Mohammed Azmin Ali. Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika majlis perpisahan Datuk Mohammed Khusrin Munawi di Lobi SUK, di sini hari ini. "(Pengganti) hanya diketahui selepas 3 Januari, manakala majlis angkat sumpah berlangsung pada 11 Januari," katanya ringkas. Ketika ditanya siapakan calon itu, Mohammed Azmin berkata, ia adalah seseorang daripada Selangor. "(Beliau) anak kelahiran Selangor," katanya. Mohammed Khusrin hari ini bersara wajib daripada perkhidmatan awam selepas lima tahun menjawat jawatan itu. Beliau akan mula bercuti esok sebelum secara rasmi bersara sebagai penjawat awam pada 3 Januari 2016. Beliau mula berkhidmat sebagai penjawat awam pada 1986 dan mengangkat sumpah secara rasmi sebagai SUK Selangor pada 2011. Sebelum menjawat jawatan itu, beliau adalah Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).-nR- | ||
YANG MANA SATU 'GENTLEMAN' NAJIB? Posted: 16 Dec 2015 06:49 AM PST shahbudindorcomSehingga ini tidak ternampak tanda-tanda Tun Mahathir Mohamad mahu mengendur atau ingin mengalah daripada terus mendesak pengunduran Najib Razak sebagai Perdana Menteri. Dalam catatan terbarunya di blog chedet yang mengulas mengenai ucapan penggulungan Najib dalam Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini, beliau sekali lagi mencadangkan Perdana Menteri hanya akan dilihat "gentleman" dan berjiwa besar jika sedia meletakkan jawatannya. Daripada isu gagal mentadbir negara, 1MDB, derma RM2,600 juta, kejatuhan ringgit, masa depan yang lebih baik untuk negara, kemungkinan kalah dalam PRU 14 dan berbagai lagi, solusinya bagi Tun Mahathir ialah hanya dengan perletakan jawatan Najib saja. Barangkali sudah beratus kali gesaan dan desakan pengunduran Najib dilakukan oleh Tun Mahathir sejak beliau menarik balik sokongannya lebih setahun yang lalu. Berdasarkan kekentalan jiwa dan semangat melawannya pula, pasti Tun Mahathir akan terus menekan Najib dengan gesaan meletakkan jawatan itu, tidak kira apa pun tindakan yang akan dikenakan kepadanya. Tetapi di ketika yang sama, Ketua Polis Negara, Khalid Abu Abu Bakar juga mengumumkan siasatan terhadap Tun Mahathir berhubung kenyataannya yang mendakwa pemimpin UMNO mengambil rasuah daripada Najib, sedang dikemaskini dan akan disiapkan tidak lama lagi. Kata beliau, pihaknya sekarang sedang berbincang dengan Peguam Negara dan siasatan dijangka siap dalam waktu yang terdekat ini. Apakah nasib Tun Mahathir dalam kes ini? Mungkinkah beliau akan didakwa di mahkamah atas tuduhan fitnah? Apakah apabila didakwa di mahkamah nanti, Tun Mahathir akan berhenti mendesak pengunduran Najib atau beliau menjadi semakin agresif lagi? Makin selamat atau makin bergoyangkah kedudukan Najib selepas tindakan mengheret Tun Mahathir ke mahkamah itu? Di sebalik banyak persoalan terus terapung tanpa jawapan jika kerajaan benar-benar nekad untuk mengambil tindakan terhadap Tun Mahathir, kepercayaan umum ialah ia sukar dipisahkan daripada kaitannya dengan gesaan serta desakan berterusan bekas Perdana Menteri itu yang mahukan Najib berundur daripada jawatannya. Adakah Tun Mahathir akan diambil apa-apa tindakan jika dalam membuat dakwaan ada pemimpin UMNO mengambil rasuah itu, beliau dalam masa yang sama masih menyokong dan berdiri teguh mempertahankan Najib? Daripada sekian ramai ahli UMNO dan rakyat Malaysia yang meluahkan perasaan perlunya Najib meletakkan jawatan, kenapa hanya Tun Mahathir dijadikan sasaran? Dalam tulisan terbaru di blognya, Tun Mahathir nyata amat menyedari perkara itu dengan menulis, "Sekarang Zahid sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri akan berusaha untuk saya disoal lagi oleh polis kerana ucapan-ucapan dan tulisan saya dalam blog. Di bawah undang-undang apakah yang saya hendak disoal? "Menegur Presiden Parti atau Perdana Menteri bahkan mendesak supaya PM letak jawatan tidak salah dalam negara demokratik. Kenapa daripada ribuan rakyat yang meminta Najib undur (sepanduk oleh penonton bolasepak Kedah VS Selangor yang menyuruh Najib letak jawatan) saya sahaja yang hendak disoal oleh polis? Prinsip keadilan berkehendakan undang-undang dikuatkuasakan kepada semua orang tanpa diskriminasi." Dalam semua keadaan itu, tidak dinafikan bahawa mengambil tindakan terharap Tun Mahathir akan membuakkan lagi sokongan dan simpati rakyat terhadapnya. Namun, jika didapati tiada kes pula, ia bukan saja suatu kemenangan kepada Tun Mahathir, bahkan mungkin lebih bertali arus dan sesiapa saja jadi tambah berani meminta Najib meletakkan jawatan. Meletakkan jawatan demi menyelamatkan parti adalah "gentleman", tetapi di sisi kelompok yang lain berani bertindak terhadap Tun Mahathir juga adalah sikap "gentleman". Yang selebihnya mungkin mengatakan tidak menggunakan undang-undang dan berlawan secara politik dengan Tun Mahathir turut memperlihatkan sikap "gentleman" Najib. | ||
Lima hakim ditugas kendali kes IS, keselamatan Posted: 16 Dec 2015 06:38 AM PST SINAR HARIAN PUTRAJAYA - Lima hakim ditugaskan khusus untuk mengendalikan perbicaraan kes melibatkan kumpulan militan IS dan soal keselamatan, kata Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria. Beliau berkata, mereka terdiri daripada empat hakim daripada bahagian jenayah di Kuala Lumpur dan seorang di Sabah untuk mengendalikan kes berkenaan di mahkamah-mahkamah tinggi. "Bukan sebarang hakim, mereka ini terlatih dalam bidang tertentu dalam undang-undang kerana ia melibatkan soal keselamatan, ia ada batasan tertentu. Jika tidak perkara-perkara berkaitan keselamatan akan terdedah kepada umum," katanya kepada pemberita selepas majlis angkat sumpah jawatan 10 Pesuruhjaya Kehakiman di Istana Kehakiman di sini hari ini. Beliau diminta mengulas gesaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi ditubuhkan mahkamah khas untuk mendengar kes-kes itu. "Kami mempunyai hakim-hakim yang ditugaskan khusus untuk mengendalikan perbicaraan kes IS kerana kerajaan berpendapat ia merupakan ancaman serius terhadap negara. Di Sabah, kami ada seorang hakim yang mendengar kes berkaitan keselamatan sejak lebih setahun," katanya. Arifin menjelaskan perbicaraan lambat selesai mungkin disebabkan oleh jumlah saksi yang banyak. Ditanya sama ada mahkamah akan mengendalikan prosiding pada waktu malam untuk perbicaraan kes seumpama itu, beliau berkata mahkamah boleh mengadakan prosiding pada waktu malam tetapi akan melibatkan aspek keselamatan saksi-saksi. - Bernama | ||
Posted: 16 Dec 2015 06:36 AM PST GEORGETOWN - Lebih 5,000 penduduk Kampung Selut, Sungai Pinang di sini berhadapan dengan risiko kehilangan tempat tinggal apabila kawasan berkenaan dikatakan akan dibangunkan semula oleh pemaju swasta. Kampung yang majoritinya dihuni penduduk Melayu itu sejak 1960-an bakal dimajukan sebagai pembangunan bercampur kerana kedudukannya begitu strategik dan berhampiran dengan pusat bandar raya. Desas desus mengenai pembangunan di kawasan berkenaan mula tersebar apabila penduduk kampung sebelum ini dikatakan menerima surat kaji selidik dari pihak berkuasa tempatan (PBT) pada Jun lalu yang antara lain ingin tahu sama ada mereka bersetuju atau tidak dengan pembangunan dilaksanakan di situ. Pengerusi Kariah Masjid Jamek Sungai Pinang, Ibrahim Din berkata, kampung yang terletak di atas tanah Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) kini mempunyai 204 unit rumah teres termasuk 102 rumah jenis sebuah. Beliau berkata, sejak penduduk menerima borang kaji selidik itu pelbagai andaian mula bermain di fikiran penduduk termasuk kemungkinan mereka akan diusir untuk memberi laluan kepada pembangunan yang bakal dijalankan. Menurutnya, penduduk sebelum ini membayar sewa bulanan kepada MBPP pernah menyuarakan hasrat untuk membeli rumah berkenaan namun tidak berjaya. "Sebelum ini tanah di Kampung Selut dimiliki seorang individu namun diberi kepada PBT sebagai pengendali sementara (care taker) untuk pembinaan rumah dan disewakan kepada orang Melayu yang tidak berkemampuan membelinya. "Walaupun beberapa kali penduduk meminta untuk membelinya namun hanya pemilik rumah sebuah-sebuah yang dapat membelinya. Penyewa rumah teres masih menyewa dengan kadar RM70 sebulan," katanya ketika ditemui media di sini, hari ini. Ibrahim berkata, penduduk pernah mengemukakan bantahan untuk pembangunan di kampung berkenaan malah pihaknya pernah menghantar surat menolak pembangunan yang akan dilakukan di situ. Sementara itu, Ketua Umno Bahagian Jelutong Abdul Razak Abdul Rahaman yang turut menetap di kampung berkenaan melahirkan kebimbangan akan diusir jika benar pembangunan semula akan diadakan. Beliau berkata, sebelum kerajaan negeri PR mengambil alih pemerintahan, MPPP pada ketika itu meluluskan pembelian rumah teres tetapi ketika urusan jual beli itu dilakukan kerajaan negeri pimpinan BN kalah pada pilihan raya umum 2008. "Selepas itu proses untuk tuntutan jual beli terhenti dan penduduk cuba berjumpa MBPP bagi berbincang tetapi tiada jalan penyelesaian," katanya ketika ditemui selepas menghadiri program kembali ke sekolah di sini semalam. | ||
'Maaf, saya tiada komen, tunggu minggu depan' Posted: 16 Dec 2015 06:34 AM PST SINAR HARIAN 'MR Universe' Sazali Samad akan menjelaskan perkara berhubung dakwaan positif doping yang dikaitkandengan dirinya pada minggu depan. Sazali hari ini dilihat menghadiri prosiding pendengaran doping dengan Jawatankuasa Disiplin Persekutuan Bina Badan Malaysia (PBBM) di Kompleks Sukan Desa Tasik, Sungai Besi, di Kuala Lumpur, hari ini. Ketika dihubungi Bernama beliau bagaimanapun enggan memberi sebarang komen lanjut dengan perkara tersebut buat masa ini. "Maaf, saya tiada nak komen apa-apa, tunggu minggu depan," katanya. Media sebelum ini melaporkan, seorang atlet bina badan dikatakan gagal dalam ujian doping oleh Agensi Antidoping Malaysia (Adamas) pada 1 September lepas sebelum kontinjen negara berangkat ke Tashkent, Uzbekistan bagi menyertai Kejohanan Asia ke-49 bermula 29 September hingga 5 Oktober. [ARTIKEL BERKAITAN: MSN tiada kuasa dedah atlet terlibat doping] Sazali pernah memenangi kejuaraan Mr Universe sebanyak 10 kali iaitu di Melaka pada tahun 2000, Moscow, Rusia (2004), Ostrava, Republik Czech (2006), Jeju, Korea Selatan (2007), Dubai (2009), Varanasi, India (2010), Melaka (2011), Bangkok, Thailand (2012) dan Budaors, Hungary (2013), Mumbai, India (2014). Beliau yang digelar 'Orang Besi Malaysia' juga pernah meraih sembilan kali gelaran Mr Asia iaitu 1996, 1998, 1999, 2000, 2004, 2009, 2010, 2012 dan 2014. Sementara itu Setiausaha Kehormat PBBM, Kamaruzaman Kadir enggan mengesahkan atlet yang positif doping itu adalah Sazali. Kamaruzaman berkata presiden badan induk sukan itu sendiri akan mengumumkan nama atlet terbabit minggu depan. Katanya atlet berkenaan bakal berdepan dengan hukuman penggantungan selama empat tahun yang ditetapkan oleh Agensi Antidoping Dunia (WADA). "Apabila ada kesalahan akan dikenakan hukuman sewajarnya. Atlet itu juga tidak mahu membuat ujian sample B. Kami memberi beliau (atlet) peluang untuk bercakap dan menjelaskan perkara itu pada minggu depan," katanya kepada pemberita. Kamaruzaman berkata seseorang atlet sepatutnya tidak mengambil jalan mudah untuk mendapatkan bentuk badan yang sasa dalam tempoh yang singkat kerana masih ada banyak kaedah lain. - Bernama | ||
'Jangan ganggu apa yang Dewan Negara hendak bahas' Posted: 16 Dec 2015 06:28 AM PST SINAR HARIAN UALA LUMPUR - Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang menempelak Presiden Persatuan Hak Asasi Manusia (Hakam) Datuk S Ambiga kerana sewenang-wenangnya menggunakan kemudahan di bangunan Parlimen tanpa kebenarannya semalam untuk satu taklimat. Beliau berkata pertemuan yang diadakan Ambiga itu telah menjejaskan perjalanan sidang Dewan Negara dan telah mengarahkan pegawai Parlimen yang membenarkan Ambiga mengadakan program taklimat berkaitan Rang Undang-Undang Majlis Keselamatan Negara (MKN) itu, untuk memberikan surat tunjuk sebab. "Apa-apa perjumpaan semasa sidang Dewan Negara berlangsung mesti ada kebenaran daripada saya, kalau ingin guna kemudahan mesti ada kelulusan saya, dalam hal ini, taklimat itu tidak ada kelulusan dan tidak sepatutnya dibenarkan. "Kalau ingin bercakap mengenai politik, bercakaplah di luar Dewan, jangan ganggu Dewan saya. Saya ada panggil Senator Siti Aishah Shaik Ismail (yang berada dalam taklimat dengan Ambiga). "Dan dia (Aishah) pun meminta maaf. Saya minta (Ambiga) jangan mengelirukan masyarakat dan keluarkan kenyataan yang salah," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini. Abu Zahar mengulas kenyataan Ambiga dalam satu laporan portal yang mendakwa, tiada seorang pun Senator daripada BN dalam taklimat yang diadakan pihaknya di bangunan Parlimen itu menandakan kesemua anggota Dewan Negara berkenaan takut berdepan dengan rakyat berhubung rang undang-undang MKN. Menjawab tuduhan Ambiga itu, Abu Zahar berkata : "Jangan ganggu apa yang Dewan Negara hendak bahaskan, kita tahu apa hendak dibuat, jangan letak dalam mulut kita untuk apa hendak dibuat, kita bukannya robot, kita adalah orang yang bertanggungjawab," tambahnya. Tegas Yang Dipertua Dewan Negara itu, beliau tidak berminat untuk berjumpa dengan mana-mana pihak mengenai tajuk yang belum dibahaskan di Dewan Negara khususnya sewaktu persidangan sedang berlangsung. Beliau menjelaskan pihaknya telah mengambil inisiatif dengan menjemput semua senator termasuk daripada pembangkang untuk menghadiri satu taklimat khas bersama Majlis Keselamatan Negara dua hari lepas, namun tidak semua senator pembangkang yang hadir. Sementara itu, Presiden Majlis Senator Malaysia Tan Sri Abdul Rahim Abdul Rahman berkata pihaknya tidak menerima sebarang undangan berhubung taklimat yang dianjurkan oleh Ambiga itu. "Yang pertama, kami tidak menerima sebarang jemputan dan yang kedua semua anggota Majlis Senator Malaysia telah menghadiri satu perjumpaan yang telah diatur oleh Projek Perumahan 1Malaysia (PR1MA) sejak dua minggu lepas. "Perjumpaan bersama PR1MA itu adalah berkenaan aktiviti-aktiviti pembinaan rumah mampu milik," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen. Katanya, senator BN tidak takut untuk berjumpa dengan mana-mana Badan Bukan Kerajaan (NGO) atau rakyat serta berjanji akan melaksanakan tanggungjawab yang diberikan kepada rakyat di negara ini. Rang Undang-Undang MKN yang memperuntukkan 15 kuasa khas bagi penubuhan MKN serta pasukan keselamatan mengawal dan menyelaras operasi berkaitan keselamatan negara, diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 3 Disember lepas. - Bernama | ||
Harga mahal: Pengusaha restoran terapung dipanggil Posted: 16 Dec 2015 02:40 AM PST BERNAMAPengguna Facebook, Zuhairi Adnan memuat naik gambar menunjukkan resit hidangan makanan laut mahal yang berjumlah RM1,131 ke akaun Facebooknya. LANGKAWI, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah mengeluarkan notis kepada pengusaha sebuah restoran terapung di Langkawi, bagi mendapatkan penjelasan di sebalik harga mahal yang dikenakan di premisnya.Ketua Anti Pencatutan KPDNKK Kedah, Ariffin Muslim berkata, notis itu dikeluarkan di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011, ketika pemeriksaan dijalankan di premis terbabit, Sabtu lalu. "Dengan notis ini, pengusaha restoran itu diberi tempoh tujuh hari untuk memberi penjelasan berhubung harga makanan dan minuman yang dijual di sana," katanya kepada wartawan hari ini. Beliau berkata demikian susulan satu aduan yang dibuat seorang pelancong dari Perak di akaun Facebooknya, baru-baru ini, dengan mendakwa beliau dikenakan harga mencekik darah, ketika menjamu selera di restoran itu. Pelanggan itu mendakwa, beliau dikenakan bayaran RM1,131 untuk makanan yang dipesannya, termasuk empat kilogram kerapu harimau, sotong dan udang, ketika beliau menikmati makan tengah hari bersama 18 ahli keluarganya di restoran terbabit. | ||
Memo staf Hospital Bahagia buat kementerian esok Posted: 16 Dec 2015 02:32 AM PST Anne Muhammad Pekerja pembersihan Hospital Bahagia Ulu Kinta Tanjung Rambutan menggesa Kementerian Kesihatan menyerap mereka sebagai pekerja tetap. Jurucakap perhimpunan itu, K Kunasekaran berkata kira-kira 150 pekerja terhimpit dengan sistem kontrak dan ada yang sudah lima kali bertukar syarikat sejak 1996. "Cara kerja sama sahaja kalau tukar syarikat. "Berilah pekerja ini kerja tetap kerana sekiranya mereka tukar syarikat, pampasan tidak diberikan. "Adakah mereka menafikan hak pekerja yang harus mendapat pampasan," katanya ketika dihubungi Malaysiakini. Beliau antaranya mendakwa, dengan jawatan kontrak sekarang, pekerja-pekerja tidak mendapat kenaikan gaji. Justeru memorandum bantahan mengenai perkara itu akan diserahkan esok di ibu pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia di Putrajaya pada pagi esok. | ||
'Hotel dapat amaran jangan terima saya berucap' Posted: 16 Dec 2015 02:29 AM PST MALAYSIAKINI Bekas perdana menteri Tun Mahathir Mohamad hari ini mengeluh sekatan kerajaan terhadapnya lebih teruk berbanding pembangkang. Beliau mendakwa, semua tempat untuknya bagi bercakap dengan anggota Umno dan orang awam kini ditutup. "Semua dewan ditutup bagi saya sehingga saya tidak dapat bertemu dan bercakap dengan orang Umno atau orang ramai. "Hotel diberi amaran akan tidak diberi bisnes kerajaan jika saya diterima berucap dalam dewan-dewan mereka," tulis Tun Mahathir di blognya hari ini. Mahathir lantang mengkritik Datuk Seri Najib Razak berhubung syarikat 1MDB dan derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi perdana menteri. Ini kali kedua Mahathir mengeluh perkara itu. Minggu lalu beliau berkata sukar mendapatkan dewan untuk berucap kerana semua pemilik takut didera oleh kerajaan. Ini mendorong portal pro-Najib MYKMU mempersendakannya dengan mencadangkan beliau merujuk Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH). Tempat itu sering menjadi lokasi alternatif untuk pembangkang dan aktivis mengadakan program. KLSCAH bagaimanapun berkata Mahathir amat dialu-alukan menggunakan kemudahan mereka dengan menyewanya. | ||
Ribuan penyokong Kedah, S'gor juga mahu PM undur? Posted: 16 Dec 2015 02:21 AM PST MALAYSIAKINI Tun Dr Mahathir Mohamad terus mempersoalkan kenapa beliau seorang disiasat kerana ucapan dan kenyataannya dalam blog yang mendesak pengunduran perdana menteri. Katanya, gesaan itu bukan dibuat oleh beliau seorang, sebaliknya ramai lagi, termasuk penyokong pasukan Kedah dan Selangor dalam perlawanan akhir Piala Malaysia baru-baru ini. "Kenapa daripada ribuan rakyat yang meminta Najib undur (sepanduk oleh penonton bola sepak Kedah VS Selangor yang menyuruh Najib letak jawatan) saya sahaja yang hendak disoal oleh polis," tulisnya dalam blog. Beberapa gambar kain rentang mendesak pengunduran Najib dikongsi meluas di Internet. Ia dikatakan dikatakan diambil dalam perlawanan itu, yang menyaksikan Kedah kecundang di tangan Selangor. Bagaimanapun, tidak pasti sama ada gambar itu asli ataupun disunting. Mahathir sebelum ini membangkitkan kenapa beliau seorang disiasat polis sedangkan terdapat 50,000 orang lagi dalam perhimpunan BERSIH 4 berkongsi pandangan sama dengannya. Sementara itu, Mahahtir turut menyentuh ucapan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak dalam perhimpunan agung parti itu ke-69 yang dianggapnya gagal menjelaskan mengenai isu 1MDB dan derman RM2.6 bilion. Katanya, Najib juga gagal menjelaskan mengenai ekonomi negara yang kian meruncing, kejatuhan ringgit dan rungutan berkaitan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST). Mahathir turut menolak dakwaan Najib bahawa beliau merupakan seorang yang budiman (gentleman), berjiwa besar, berani, tidak bacul dan tidak akan undur. "Jika Najib letak jawatan ia akan disambut baik dan barulah benar ia seorang gentleman yang berjiwa besar," katanya. | ||
Najib diejek pemain Dota di Internet Posted: 16 Dec 2015 02:18 AM PST MALAYSIAKINI Penampilan perdana menteri dalam kejohanan Sukan Siber Malaysia di Putrajaya Ahad lalu menerima cemuhan peminat Dota 2- salah satu permainan video atas talian paling popular di Malaysia. Rasa tidak senang mereka terhadap Datuk Seri Najib Razak itu dinyatakan melalui komen di Facebook dan Instagram milik 'Team Secret', sebuah pasukan Dota 2 terkemuka dari eropah. Team Secret yang menjadi tetamu istimewa kejohanan itu menyiarkan sekeping gambar mereka bersama Najib yang turut menjadi tetamu kehormat kejohanan tersebut "Kami mendapat penghormatan tinggi hari ini untuk bertemu dengan Perdana Menteri Malaysia," tulis Team Secret pada keterangan gambar tersebut. Bagaimanapun, bagaikan memberi 'bola tanggung' - peminat Dota di Malaysia terus melemparkan kritikan terhadap Najib. "Beliau (Najib) mempunyai lebih banyak rahsia berbanding Team Secret," tulis pemilik akaun Facebook, Wei Han. Komen Wei Han itu mendapat perhatian paling tinggi dengan 7,300 'like' sehingga petang semalam. "Najib lebih cepat meraih keuntungan berbanding Alchemist," kata Fakhri Baharuddin yang menyifatkan Najib lebih hebat berbanding hero Dota 2 iaitu Alchemist. Bagi Muhammad Aizam pula, Najib adalah Bounty Hunter, satu lagi watak hero dalam Dota 2. "Bounty Hunter di Malaysia, hati-hati," katanya. Kedua-dua watak hero Dota 2 itu mempunyai kelebihan untuk mendapatkan lebih banyak ganjaran berbanding watak lain. Selain itu, Bz Lau berkata, Team Secret sepatutnya berasa malu kerana bergambar dengan Najib. Team Secret sertai Umno? Kritikan berterusan juga dibuat melalui Instagram Team Secret dengan pelbagai komen pengikut mereka. Danielthelee96 secara berjenaka berkata, Najib akan menjadi kapten Team Secret seterusnya, manakala man_kingtom mengeluh "GG, Team Secret menyertai Umno" GG adalah satu singkatan bagi "permainan yang baik" sering digunakan oleh pemain Dota 2 yang menandakan permainan berakhir. Sementara itu, fadzlanmokhtar menyelar Najib dengan isu RM2.6 bilion dalam akaun banknya, manakala kiang_yit bertanya: "Di mana RM2.6 bilion?" Terdahulu, Najib menafikan beliau menggunakan wang rakyat untuk kegunaan peribadi, dan menegaskan wang RM2.6 bilion itu merupakan sumbangan politik. Manakala siasatan terhadap isu tersebut masih diteruskan. Topik popular dalam forum di Amerika Seorang pemain Dota 2 yang berada sejauh 10,000 kilometer juga mengejek Najib mengenai isu tersebut melalui satu artikel yang disiarkan di website popular di Amerika, Reddit. Dengan tajuk 'PM Malaysia mendapatkan derma dari Team Secret', artikel berbentuk satira itu menceritakan bagaimana Najib menemui cara baru bagi mengumpul dana untuk Umno selepas mendapat RM2.6 bilion daripada penderma Arab. Dalam satira itu juga, Najib memohon kerjasama dengan Team Secret dan mencadangkan untuk menukar nama pasukan tersebut kepada 1Secret - yang jelas merujuk kepada slogan '1Malaysia'. Mendapat perhatian daripada pemain Dota 2, artikel itu juga merujuk kepada isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor dan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu. Perbincangan bertemakan 'Malaysia' menjadi topik kedua paling hangat dalam forum tersebut. Kepentingan politik Populariti Dota 2 di kalangan belia Malaysia juga semakin mendapat perhatian ahli-ahli politik yang kini berusaha mendekati mereka melalui penganjuran pertandingan cybergame. Antaranya, kerajaan Selangor dan kerajaan persekutuan yang menganjurkan pelbagai kejohanan sepanjang tahun lepas. MCG hujung minggu lalu dianjurkan bersama oleh Tune Advertising dan NGO Suara Anak Muda 1Malaysia yang diketuai exco Pemuda Umno Armand Azha Abu Hanifah. Penaja lain adalah Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Suruhanjaya Malaysia Multimedia dan Komunikasi, Perbadanan Pembangunan Multimedia, Telekom Malaysia dan Astro. Pemenang MCG akan dipilih mewakili Malaysia untuk bersaing dalam kejohanan e-sukan antarabangsa. Bagaimanapun, seorang pemain veteran Dota 2 memberitahu Malaysiakini, langkah Najib untuk mendapatkan perhatian di kalangan peminat permainan itu hanya 'memakan diri'. "Sebagai pemain, mereka berasa ahli politik menceroboh ruang mereka untuk kepentingan politik. Sebab itu ramai pemain bertindak balas dengan melahirkan rasa kurang senang mereka melalui komuniti Dota 2 dunia. "Mudah-mudahan, pemain Dota 2 profesional akan lebih berhati-hati di masa akan datang ketika berhadapan dengan pihak berautoriti," katanya. | ||
Posted: 16 Dec 2015 02:12 AM PST Sejak saya jadi ahli parlimen Raub, masaalah bekalan air merupakan salah satu isiu pokok. Kampung2 di Sega Tat, ulu atok, kuala atok tidak mendaat pembakalan air sejak lama dahulu. Bahkan orang2 dikapung2 ini bergurau dengan saya dengan berkata sejak merdeka, orang2 Sega tidak menikmati bekalan air. Keadaan ini tidak dibetulkan walapun MCA mewakli Raub sejaka tahun 1970an. Raub tidak peranah ada MP melayu sejak 40 tahun lebih. Di bandar Raub, setiap 2 hari tidak ada bekalan air. Iniah yang menjadi kelaziman kepada penduduk Raub samada yang diam di bandar atau di kampung2. Kampung seperti kampung SC hanya mendapat pembelaan sejak tahun ini. Pihak JBA telah membekalkan tangki air dalam kampong tersebut. Jika tidak, ibu bapa lebih rela menyuruh anak dan menantu meraikan hari raya di tempat lain daripada kembali ke kampong SC dan tidak berair. Ada satu isiu yang saya fikirkan sekitar isiu bekalan air di Raub ini. Ianya ialah respons bangsa Cina dan respons bangsa Melayu. Orang Melayu yang saya temui redha tidak ada bekalan air. Kadang2 seminggu takde air pun masih berdiam diri. Menerima putus bekalan sebagai suatu kejadian alam dan takdir Tuhan. Mungkin mereka ada perigi atau sumber air yang lain. Atau mereka pergi tumpang rumah saudara mara. Atau rela bersakitan menunggu bekalan air yang dihantar denga lori pihak JBA( sekarang PAIP). Demikian lah kesabaran orang Melayu, melihat masaalah air di raub sebagai suatu kejadian semua ladi. Sifat da fiil seperti inilah yang di eksploitasi oleh UMNO. Tidak pernah terlintas dalam fikiran orang melayu bahawa masaalah ini mungkin akibat dari kesilapan manusia. Pump yang ada substandard, paip saluran yang dibekalakan lama dan mungkin bawah standard, atau peruntukan dikurangkan. JBA di perbadankan tapi pemperbadanan itu tidak disertai dengan dana yang mencukupi. Sehingga saya tidak sampai hati untuk menyerang dan menyalahkan pengurus PAIP daerah. Dia telah berusaha sehabis kuat untuk meringankan beban dan rasa sakit hati masyarakat Raub. Saya menegah ahli DAP bersihat confrontational dengan pihak PAIP. Saya memilih untuk accommodate dan memahami masaalah. Lagi pun, sebagai pihak yang meminta bantuan, saya merasakan kita harus bersopan. Respons masyarakat Cina amat berbeza sekali. Putus air sehari pun, mereka akan mencari ahli parilmen dan pejabat saya untuk menyelesaikan masaalah ini. Sikap combative seperti ini saya harap di minimakan. Saya rasa kita harus memahami dan berkerjasama dengan pihak pembekal air untuk kesentosaaan hidup bermasyarakat. Jalan tengah mesti kita ambil. Janganlah kita mebiasakan diri kita menerima ini sebagai suatu kebiasaan dan kejadian alam. Kita mesti memikirkan kemungkinan masaalah ditimbulkan oleh kesilapan manusia. Pada masa yang sama, janganlah kita terlalu mendesak dan kombatif. Saya khuatir, isiu ini akan mendapa dimensi perkauman. Jagan kita merasakan kita ada hak mendesak dengan keras tanpa peka kepada perasaan orang lain. Saya telah membangkitkan perkara bekalan air di Raub sejak 2013 ketika pertama kasli masuk parlimen. Saya telah diberitahu bahawa bajet untuk membaiki keadaan sudah pun ada. Saya lihat tangki air atau reservoir di Keloi sudah di bangunkan. Pada masa yang sama, saya melhat proses mengganti paip yang lama sedang dijalankan. Saya berharap pihak berwajib jagan lupa menggantikan pam2 yang melancarkan bekalan air. Dan pastikan bila pembelian dilakukan, asset yang dibeli itu senilai dengan belanja yang dikeluarkan. | ||
Harga ikan kerapu harimau memang mahal Posted: 16 Dec 2015 02:09 AM PST LANGKAWI - Harga ikan kerapu harimau segar memang mahal di Langkawi, namun pemilik restoran boleh mengenakan harga yang munasabah, lapor Bernama. Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada), Tan Sri Khalid Ramli berkata, pelanggan juga boleh membuat anggaran kerana harga makanan berkenaan sudah ditunjukkan dalam menu. Khalid berkata demikian mengulas posting yang dibuat dalam media sosial oleh seorang pengunjung dari Perak yang berkata, beliau dicaj bayaran tidak munasabah semasa makan makanan laut di sebuah restoran. Pengunjung itu berkata, beliau dikenakan caj sehingga RM1,131 untuk makanan yang antara lain berupa empat kilogram ikan kerapu harimau, udang dan sotong bersama 18 anggota keluarganya. Dalam pada itu, Khalid berkata, pihaknya peka dengan rungutan kos barangan dan perkhidmatan tinggi di pulau ini akan memastikan pengunjung mendapat perkhidmatan setimpal dengan bayaran yang mereka keluarkan. Namun katanya, pengunjung juga perlu memahami kos yang terpaksa ditanggung oleh penyedia perkhidmatan. "Ia mempunyai kaitan dengan penawaran dan permintaan, namun kita tidak mahu harga (barangan dan perkhidmatan) dinaikkan secara melampau ketika ramai orang berkunjung ke Langkawi," katanya. | ||
Hakim New York angkat sumpah guna al-Quran Posted: 16 Dec 2015 02:05 AM PST NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Berbeza dengan hakim lain yang bersumpah dengan memegang Bible di Amerika Syarikat, seorang hakim di New York mengangkat sumpah menggunakan al-Quran, Khamis lepas. Menurut Morocco World News, Carolyn Walker-Diallo merupakan wanita berkulit hitam yang beragama Islam, dilantik selepas memenangi pilihanraya yang diadakan bulan lepas. Carolyn akan bertugas sebagai hakim mahkamah sivil 7th Municipal District di Brooklyn Burough Hall yang terletak di New York. Perkara tersebut disambut baik oleh orang ramai walaupun masih terdapat sebilangan kecil pendapat anti-Islam. "Baguslah. Tak kisah Bible atau al-Quran, yang penting janji anda untuk menjadi hakim terbaik yang telah bersumpah kepada kebenaran," kata seorang pelayar laman Facebook. "Amerika bukanlah negara agama Kristian. Amerika menerima setiap lapisan agama, tidak kira warna kulit atau bangsa. Kalau kita tidak benarkan hak sama rata diberikan, kita bukanlah orang Amerika," kata pelayar tersebut lagi. | ||
Jika Presiden salah, anggota lain perlu tolong Posted: 16 Dec 2015 02:02 AM PST Menurutnya, pihak ini melihat masalah orang nombor satu dengan nombor dua parti itu akan selesai dengan bersalam-salaman. "Ini bukan masalah perhubungan atau persahabatan. Ini adalah isu salahlaku presiden yang boleh menyebabkan parti kalah dalam pilihan raya," katanya melalui catatan di blognya, hari ini. Pada Perhimpunan Agung Umno yang lalu, ramai perwakilan mendesak agar Najib dan Muhyiddin berbaik-baik semula demi parti dan Najib ketika selesai menggulung ucapannya dilihat mendekati Muhyiddin dan bersalaman sambil tersenyum kepada perwakilan. Dalam pada itu, Dr Mahathir turut menyentuh soal kandungan ucapan Najib yang membangkitkan tanggungjawab timbalan dan naib-naib presiden serta ahli kepada presiden parti. "Bantuan yang disebut dalam perlembagaan sebagai peranan timbalan presiden dan naib presiden ditafsir semata-mata sebagai sokongan kepada Presiden. Sebenarnya bantu bermakna tolong. Dalam Bahasa Inggeris ia bermakna 'assist' atau 'help'. 'Assistance' dan 'help' bermaksud memberi pendapat dan nasihat berkenaan dasar dan tindakan yang dicadang oleh Presiden. "Jika presiden lemah, atau uzur maka timbalan presiden dan naib presiden perlu bantu. Jika Presiden salah, anggota lain perlu tolong betulkan," katanya. Namun katanya, presiden hanya mentafsir membantu itu sebagai menyokong di mana semua anggota parti di semua peringkat tidak perlu berfikir dan tidak perlu memberi apa-apa sumbangan. "Tetapi apabila disuruh datang, datang. Disuruh pergi, pergi. Apabila Presiden suruh jahanamkan parti pun jahanamkan. Jangan soal, jangan tegur dan jangan bantah. Inilah dasar dan kehendak presiden parti. "Jika tidak patuh kepada arahan Presiden atau menuding jari kepada kesalahan presiden maka tindakan diambil untuk menggantung atau menyingkir dari parti," katanya. Ucapan Najib dalam dalam perhimpunan Agung Umno juga disifatkan mengecewakan dan hanya tertumpu pada mempertahankan diri serta tidak menyentuh banyak isu yang melanda termasuk perjuangan parti dan kerajaan. "Ekonomi negara yang merosot, kejatuhan nilai Ringgit dan kesannya terhadap kos sara hidup dan kos import tidak diulas dan tidak ada cadangan bagaimana menangani masalah-masalah ini. "Masalah yang disebabkan oleh GST juga tidak disentuh, hanya bagaimana kewangan Kerajaan diselamatkan oleh cukai berat yang dibebankan ke atas rakyat ini. Dasar pelajaran dan penggunaan bahasa pengantar yang tidak menentu tidak diulas," katanya. | ||
Kami tidak mahu sertai BN kata Pemuda Pas Posted: 16 Dec 2015 01:59 AM PST Naib Ketuanya, Ir Khairil Nizam Khiruddin berkata, Pas mahu Umno menukar dasarnya dan kembali kepada Islam. "Kita hanya akan bekerjasama untuk orang yang meletakkan Islam sebagai yg tertinggi. Itu dasar Pas dan kami konsisten dari dulu hingga kini. "Kita tidak mahu sertai BN. Kita mahu Umno kembali kepada Islam. Tukar dasarnya kepada Islam," katanya kepada Sinar Online, hari ini. [ARTIKEL BERKAITAN: Pas tak perlu ragu terima kerjasama Umno] Sebelum ini, Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai memberitahu bahawa pihaknya akan membantah penyertaan Pas dalam BN sekiranya parti itu masih meneruskan agenda pelaksanaan hudud. Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini telah mengemukakan notis bagi membentangkan Rang Undang-undang (RUU) Persendirian di Parlimen mengenai RUU Mahkamah Syariah (Bidang Kanun Jenayah) (Pindaan) 2015 pada 18 Mac lalu. RUU itu untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) 1965 bagi membuka laluan pelaksanaan hukum syariat Islam di Kelantan. Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan meluluskan RUU Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015), atau hudud pada 19 Mac. Namun, Abdul Hadi tidak sempat membentangkan RUU Persendirian berkenaan pada sesi kali ini. | ||
Permulaan RM6,500 Sebulan? Lebih 400,000 Graduan Sedang Cari Kerja Hari Ini! Posted: 16 Dec 2015 01:56 AM PST Fresh Graduate Tuntut Gaji Permulaan RM6,500 Sebulan? Lebih 400,000 Graduan Sedang Cari Kerja Hari Ini! Kita tidak menolak realitinya hari ini kadar pengangguran di Malaysia terutamanya dikalangan "fresh graduate" sangat-sangat tinggi. Sehingga ke hari ini, lebih 400,000 sedang terkapai-kapai dan teraba-raba peluang kerja di Malaysia berbekal sekeping sijil dan kelulusan yang mereka perolehi di dalam pusat pengajian tinggi. Berita Semasa tertarik dengan satu laporan berita yang dikeluarkan Jobstreet apabila mereka mengatakan punca sebenar kadar pengangguran fresh graduate antara lainnya ialah : Malah mengejutkan Berita Semasa apabila Jobstreet mendedahkan tinjauan terbaru mereka apabila mendapati :
Sedangkan realiti hari ini, fresh graduate atau kalangan graduan yang masih baru hanya menerima gaji antara RM2,100 hingga RM2,500 Bagi Berita Semasa kepada yang sedang cari kerja hari ini, ukurlah baju di badan sendiri. Bersyukurlah dalam keadaan ekonomi hari ini, anda diterima kerja. Ada kalangan fresh graduate dari luar negara pun dengan ACCA atau CIMA atau lain-lain kelulusan porfesional pun hanya dapat gaji permulaan sekitar RM3,000 sahaja. Ini tidak minta sehingga RM6,500. Nasihat Berita Semasa, belajar hidup susah. Hidup ini bukan ibarat syurga seperti dalam drama Melayu hari ini termasuklah Drama Tuan Anas Mikail. Jangan memilih kerja, cari pengalaman seberapa banyak yang boleh dengan gaji permulaan yang munasabah. Mahu minta naik gaji dikemudian hari, terpulang. Realiti Gaji Fresh Graduate di Malaysia?
P/S : Majikan dan syarikat tidak memandang dengan masalah kos sara hidup anda, tetapi majikan memandang dengan kemampuan anda menyumbang kepada syarikat selari dengan tangga gaji yang ada hari ini dibandingkan syarikat-syarikat lain. Jadi berpijak pada bunyi yang nyata, usah minta yang bukan-bukan. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan