Selasa, 15 Disember 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Mustapa, Ahmad bentuk dimensi baru politik Kelantan

Posted: 15 Dec 2015 06:56 AM PST

MSO

 

Cetusan atau rintisan kerjasama di antara kerajaan Pusat (baca Umno) dengan kerajaan Pas Kelantan (baca Pas) tampaknya diterima tidak sekata oleh sesetengah pemimpin Pas. Seakan ada perasaan takut dan ragu-ragu untuk sesetengah pemimpin Pas bagi mengakui bahawa telah berlaku kerjasama di antara kedua pihak.


Mereka mampu bentuk dimensi politik baru.
Kenyataan Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan Mustapa Mohamed bahawa kerjasama secara "G to G" antara kedua pihak sudah berlangsung dua tahun di Kelantan satu kenyataan agak mengejutkan dan dianggap sebagai negatif.

 Kerjasama itu katanya tidak pernah berlaku sebelum ini, di zaman Nik Abdul Aziz Nik Mat menjadi MB. Sebagai dalil kepada kerjasama itu kata menteri MITI itu, beliau beberapa kali telah mengunjungi Kota Darul Naim, menemui Ahmad berbincang untuk kemaslahatan negeri, manakala begitu juga MB Kelantan Ahmd Yakob beberapa kali berjumpa dengan Najib Razak. Mustapa menjadikan pertemuan "mahabbah" itu sebagai dalil berlaku kerjasama.

Mustapa membuat penjelasan itu sebagai menjawab kenyataan Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man yang bermadah Umno mungkin bermimpi untuk bergabung dengan Pas. Kenyataan Tuan Ibrahim itu boleh dikonotasikan bahawa beliau menolak pelawaan Umno untuk bekerjasama. Tuan Ibrahim berkata demikian sebagai mengulas salam ukhwah dan silaturahim yang dihulurkan Najib dalam perhimpunan agung Umno. Dan bagi Mustapa pula dia membuat pengakuan itu sebagai menafikan apa yang diragui Tuan Ibrahim.

Kenyataan Tuan Ibrahim itu dari satu sisi dilihat bertentangan dengan arahan lisan Pas sebelum ini yang melarang mana-mana pemimpinnya bercakap mengulas "budi baik" Najib itu, melainkan hanya presiden yang berhak bercakap. Abdul Hadi Awang dengan jelas menyambut baik huluran salam Najib itu dengan memberi syarat teknikal, Pas boleh berkerjsama dengan Umno sekiranya Umno kembali kepada Islam. Apakah bagi Hadi bahawa Umno masih belum Islam syumul?

Kesetujuan Abdul Hadi dengan cadangan Najib itu sudah pun jelas sebelum ini apabila presiden itu berlunak dengan Umno dalam beberapa perkara, dan perkara ini diakui secara terang oleh Najib sehinggakan PM yang berjiwa besar tetapi pengecut itu sanggup melafazkan salam berkenaan. Sudah tentu kalau Najib tidak mendapat akses yang tepat berhubung perubahan politik Pas itu dia tidak akan membuat pelawaan itu kerana kesannya sangat buruk.

Apa yang dapat disuluhi daripada "percanggahan" dalam menerima dan mentafsir huluran salam Najib itu dan juga kenyataan yang berbeza antara timbalan presiden dengan presiden Pas itu ialah apa yang saya nampak, Tuan Ibrahim membuat kenyataan itu lebih kepada untuk tidak menimbulkan kekeliruan dan menenangkan orang Pas. Beliau seakan mahu menjaga dan perasaan hati orang Pas yang masih langsung tidak dapat menerima Umno. Kenyataan yang berbeza itu bagi saya sebagai satu testing dan juga ujian untuk melihat telatah orang Pas.

Biarlah, di sini saya tidak mahu melaga-lagakan percanggahan tangapan dan penerimaan huluran salam Najib itu yang mana sudah pasti dibuat dengan motif tertentu. Tetapi apa yang saya ingin ditarikkan di sini berhubung dengan kenyataan Mustapa tadi mengenai telah berlaku kerjasama antara Pas dengan Umno di Kelantan selama dua tahun.

Apa yang dijelaskan Mustapa itu memang perlu diakui semua pihak. Pendekatan diambil oleh Mustapa dengan Ahmad Yakob di Kelantan sesuatu dimensi politik baru yang belum pernah terjadi sebelum ini. Mungkin atas kesedaran demi untuk memajukan Kelantan dan membela nasib rakyat Kelantan yang sudah lama terbiar dan dibiarkan, maka  kedua mereka mengambil keputusan melakukan gencatan senjata politik dan berpolitik secara wastiyah.

Memang pun kerjsama secara "G to G" berlaku dan harus berlaku atas semangat federalisme. Tetapi apa yang dilakukan Mustapa dan Ahmad itu ternyata lebih luas dan jelas kepada rakyat. Manfaat bersama untuk rakyat sudah pun mulai dapat dilihat dan dirasai. Kelantan kini tidak lagi menjadi medan perang politik konvensional di anara Pas dengan Umno seperti dahulu.

Antara contoh yang boleh disebut di sini hasil berjalannya kerjasama itu, ialah pembinaan Lebuh Raya dari Kadok ke Ketereh, yang dibina oleh kerajaan Pusat. Projek itu sudah bertahun dirangka tetapi tidak pernah menjadi kenyataan kerana adanya dasar "apartied" yang diamalkan oleh pemimpin Umno sebelum ini.

Selain itu, dan ini paling terkesan ialah kerjasama dalam menghadapi musibah banjir besar melanda Kelantan setahun lalu. Semagat dan persefaman negeri yang dipamerkan dalam menghadapi musibah ini sungguh memberi erti kepada seluruh rakyat Kelantan.  Perkongisan membantu mangsa banjir dimana kerajaan Pusat menyediakan peruntukan manakala kerajaan negeri menyediakan tanah, adalah satu kombinasiyang baik antara kedua pihak. Mungkin kalau tanpa kerjasama ini mangsa banjir tahun lepas masih terus menderita.

Selain daripada dua contoh itu, kerajaan Pusat masih terus membantu dari segi kewangan kepada Kelantan seperti menampung pembayaran gaji seperti mana dimaktubkan dalam Perlembagaan. Dan selain itu juga masih wujud beberapa bentuk kerjasama lain termasuk dalam aspek sosial politik dan ekonomi. Jika diingati kerjasama atau rintisan persefahaman ini dibentuk sejak awal sebaik Ahmad mengangkat sumpah menjadi MB, di mana buat pertama kali tilawah membaca al Quran peringkat Kebangsaan di adakan di Kota Bharu.

Hasil perwujudan dimensi baru politik itu, perkara paling jelas dalam masa dua atau tiga tahun lalu, ialah tidak berlaku di Kelantan konfrontasi antara Umno dengan Pas seprti mana sebelum ini. Sesuatu yang sangat ketara ialah Umno tidak menghentam Pas menerusi media massanya, bahkan ada pemimin Pas mendapat layanan istimewa dalam media massa yang sebelum ini yang dianggap musuh. Kelemhan pengurusan dalam kerajaan negeri dan beberapa isu tidak lagi menjadi bahan berita akhbar-akhabar "PB" milik Umno.

Ternyata hasil daipada pendekatan itu, ia menatijahkan perwujudan situasi politik yang kondusif di Kelantan antara keduanya yang belum pernah berlaku sebelum ini. Keadaan dan hakikat inilah apa yang dimaksudkan oleh Mustapa itu. Mungkin apa yang ada kini, kerjasama itu, Ahmad tidak menceritakan secara mendalam kepada Tuan Ibrahim sehingga beliau menganggap kerjasama Umno - Pas hanya sebagai mimpi sahaja sedangkan sebahagian hakikatnya sudah berlaku di Kelantan.

Sehubungan itu di sini apa yang ingin ditambahkan kerjsama secara "G to G" itu boleh diperluaskan lagi di Kelantan sekiranya kedua pihak jujur untuk membantu rakyat Kelantan, membangun negeri berkenaan serta melakukan anjakan dalam berpolitik. Misalnya Mustapa boleh mengarahkan semua agensi-agensi kerjaan Pusat untuk berkolaborasi dengan kerajaan Kelantan secara meluas dan berkesan lagi.

Dalam hubungan ini, misalnya agensi atau lembaga seperti Kada, Kesedar dua buah agensi pembangunan sosial ekonomi milik penuh kerajaan Pusat boleh memainkan peranan lebih luas dalam mengartikan kerjasama G to G itu. Contohnya Kada dan Kesedar perlu mengiktiraf (implimen) apa yang termaktub dalam akta dua lembaga berkenaan melantik wakil kerajaan negeri dalam Lembaga Pengarah mereka. Seharusnya sekurang-kurang dua wakil kerajaan negeri secara automatik dijadikan ahli lembaga pengarah.

Apa diketahui perkara ini masih belum dilaksanakan sepenuhnya lagi. Jika ada wakil negeri dalam lembaga berkenaan sudah tentu tindakan diskriminasi dilakukan oleh lembaga berkenaan kepada penyokong Pas kerana sentimen politik tidak akan berlaku lagi, yang mana kesannya merugikan rakyat Kelantan.

Kalau wujud kerjasama itu keuntungan dapat dikecapi kedua pihak. Misalnya Kesedar sendiri yang berhadapan dengan masalah untuk mendapat perlepasan daripada kerajaan Kelantan terhadap beberapa tanah dimajuinya, dapat diatasi kalau ada kerjasama itu. Beberapa kawasan yang diterokai Kesedar didapati bertindih dengan tanah kerajaan menyebabkan sudah berdekad peneroka tidak menapat geran tanah kerana tiada kelulusan kerajaan negeri,

Begitu juga dengan Kada, lembaga itu boleh merangcang untuk kemajuannya dengan lebih berkesan lagi, misalnya Kada boleh memperluaskan kawasan dibawah kawalan dan jagannya. Mana-mana tanah pertanian terbiar boleh difikirkan untuk dimasukkan ke dalam kawasan seliaan Kada.

Apabila Mustapa mengakui sudah dua tahun terjalin kerjsama "G to G", seharusnya ia tidak dipersoal dan dipolitikkan secara simplistik sebaliknya usaha itu patut disokong dengan harapan ia berlaku dalam skop yang lebih luas lagi demi manfaat rakyat. Sudah sampai masanya orang berpolitik tidak berfikir untuk mengejar kuasa dan kedudukannya dalam politik, sebaliknya menggunakan politik untuk kesejahteraan rakyat.

Mengakhiri catatan ini dua perkara yang ingin disebutkan sebagai merealisasikan secara lebih bererti lagi kerjsama berkenaan, elok kalu kerajaan Pusat menerusi Petronas membayar royalti penuh Petroleum dan Gas kepada kerajaan Kelantan mengikut kadar yang sebenarnya. Hak rakyat ini tidak sepatutnya dijadikan modal politik oleh mana-mana pihak.

Dan keduanya, kerajaan Persekutuan perlu menyediakan peruntukan khas bagi pembangunan dan kemajuan sukan di Kelantan, dengan mengutamakan membina kompleks stadium di negeri berkenaan seperti mana yang telah dirancangkan.

Kalau ini dapat dilaksanakan ia sesuatu yang sangat bagus dan mulia. Baik Mustapa dan Ahmd dapat menjadikan semua itu sebagai mercu tanda jasa dan budi mereka di Kelantan. Keduanya harus ada legasi tersendiri di Kelantan kalau mereka hendak dikenang dan diingati sebagai pemimpin Kelantan yang berjasa.

Dan tidak mustahil Kelantan akan menjadi lebih maju dan dihormati orang luar kalau persefahaman politik itu berjaya dihayati atas semangat anak beranak. Mustapa dan Ahmad adalah dua sosok yang sangat baik untuk membina tegu politik baru di Kelantan.

KEINGINAN BEKERJASAMA DENGAN PAS MENUNJUKKAN UMNO BENAR2 LEMAH

Posted: 15 Dec 2015 06:51 AM PST

shahbudindotcom


 
 
 
Walaupun dikata macam-macam seperti sedang tersepit, hanya ingin berbaik ketika terdesak malah sehingga diumpamakan "biawak hidup" sekali pun, tetapi nampaknya UMNO tidak kisah dan begitu teringin untuk berbaik dan bekerjama dengan Pas.

Tidak cukup dengan Najib Razak melontarkan pelawaan untuk berbaik itu ketika Perhimpunan Agung UMNO berlangsung baru-baru ini yang menunjukkan kesungguhan dan seolah-olah meminta restu para perwakilan, bahkan Mustapha Mohamad kemudian tampil seakan mengesahkan kemungkinan hubungan yang lebih rasmi terjalin berikutan kerjasama itu dakwanya,  sudah pun terjalin sejak dua tahun lalu lagi.

Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan itu menjustifikasikan hubungan UMNO dan Pas itu sudah wujud melalui kerjasama "G to G" antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Kelantan dalam beberapa aspek kebelakangan ini dan kekerapannya menjejakkan kaki ke Kota Darul Naim, sesuatu yang didakwanya tidak berlaku sebelum Ahmad Yaakob menjadi Menteri Besar.

Sebenarnya, apakah yang boleh difahami daripada kesungguhan UMNO itu?

Ia tidak lain menunjukkan UMNO dalam menuju PRU 14 akan datang benar-benar dalam keadaan lemah dan tidak cukup kekuatan untuk menggapai kemenangan bersama-sama rakan komponen BN yang ada.

Di sebalik isu 1MDB dan derma politik yang diterima Najib, UMNO akhirnya secara tidak langsung mengakui sokongan pengundi Melayu makin terhakis terhadapnya.

Dengan pengundi bukan Melayu tidak lagi menjadi harapan dan pengundi Melayu pula disedari makin menjauhinya, satu-satunya sandaran UMNO untuk mengekalkan kuasanya ialah dengan pertolongan Pas.

Sejak bila UMNO mahu berbaik dan menjalin kerjasama dengan sesiapa ketika ia dalam keadaan kuat dan stabil?

Jika UMNO kuat dan gagah, apakah ia mahu berbaik dengan Pas, waima kononnya untuk kepentingan Melayu dan Islam sekali pun?

Persoalan kedua pula, bolehkah kerjasama UMNO dan Pas itu dijalin dalam masa terdekat dan sebelum pilihanraya ini?

Barangkali sukar untuk melihat kerjasama itu terjalin dalam waktu yang terdekat ini, tetapi kesediaan Pas untuk berbaik-baik dan saling berdekat dengannya serta dalam masa yang sama semakin menjauhi Pakatan Harapan, ia dianggap sudah memadai bagi UMNO.

UMNO tidak perlu hubungan yang formal dengan Pas sebelum PRU 14 kerana ia juga perlu menjaga perasaan rakan-rakan bukan Melayu yang bersama dengannya.

Apa yang diharapkan oleh UMNO ialah Pas terus berbalah dengan parti-parti pembangkang lain dan akhirnya berlaku pertandingan tiga penjuru di banyak kawasan pilihanraya yang mana keadaan itu secara langsung akan memberi kelebihan kepadanya memenangi lebih banyak kerusi.

Dalam masa yang sama UMNO juga meyakini banyak kawasan tradisi akan kekal dalam genggaman Pas melalui pertembungan tiga penjuru itu.

Ketika pilihanraya berlangsung pula, dengan kekuatan sumber kewangan yang UMNO miliki, malah mungkin ada lagi Tok Arab yang sudi menghulurkan lebih banyak derma, tidak mustahil bantuan "cash is king" juga akan dihulurkan kepada Pas.

Tujuannya tidak lain ialah agar Pas melihat UMNO sebagai rakan kerjasama yang baik hati, pemurah dan sedia membantu meskipun tiada kerjasama yang rasmi dijalinkan.

Jika UMNO bersama BN cukup jumlah kerusi untuk membentuk kerajaan, maka hubungan itu akan berakhir dan Pas akan ditinggalkan begitu saja. Tetapi bantuan Pas tentunya amat diperlukan sekiranya UMNO tidak cukup jumlah kerusi untuk mengekalkan kerajaannya.

Hakikatnya, kerjasama sebenar yang diharapkan oleh UMNO daripada Pas ialah selepas PRU 14 nanti, itu pun jika jumlah kerusi yang dimenanginya tidak cukup untuk terus mengekalkan Najib sebagai Perdana Menteri.

Makanya, sementara menjelang PRU 14 kira-kira dua tahun lagi, ada baiknya Pas mengambil kesempatan yang ada dengan segera menuntut hak royalti minyak untuk Kelantan yang sudah dinafikan oleh UMNO sejak sekian lama.


Tol PLUS: Khairy berjanji akan bersuara

Posted: 15 Dec 2015 06:42 AM PST

 
Beliau dan menteri Kabinet lain akan meminta kerajaan supaya tidak membenarkan PLUS menaikkan kadar tol.


KJ


PETALING JAYA: Khairy Jamaluddin berkata beliau dan menteri Kabinet lain akan bersuara untuk meminta kerajaan supaya tidak menaikkan kadar tol Lebuhraya Utara- Selatan (PLUS).

Menteri Belia dan Sukan itu berkata, beliau akan menyatakan perkara itu apabila permohonan PLUS untuk menaikkan kadar tol sebanyak lima peratus itu dibincang dalam mesyuarat Kabinet.

"Bagi saya, jika sampai ke Kabinet nanti, saya akan cakap benda yang sama. Ini Aku Janji (Barisan Nasional) bahawa kita tidak akan naikkan kadar tol. Jika perkara ini sampai ke Kabinet nanti, saya dan rakan lain (menteri) akan bersuara bahawa kita sudah buat keputusan tol PLUS ini tak sepatutnya naik," katanya pada sidang media program Bual Bicara Empat Legend pada Selasa, lapor Berita Harian.

Khairy berkata, kerajaan boleh tolak permohonan PLUS walaupun kenaikan itu sudah termaktub dalam perjanjian tetapi kerajaan perlu membayar pampasan kepada PLUS.

"Dalam perjanjian antara PLUS dan kerajaan, tahun depan memang sudah tiba mereka (PLUS) naikkan kadar tol. Ini sudah termaktub dalam perjanjian dan kita juga semua tahu, PLUS berhak minta kerajaan selaraskan semula kadar tol mereka.

"Tetapi, bagi saya walaupun perkara ini belum diputuskan dalam Kabinet, kerajaan boleh tolak… tolak maksudnya kerajaan kena bayar pampasan tetapi kita janji kerajaan (ketika ini) tak akan membebankan rakyat," katanya

Dalam ucapan dasar di Perhimpunan Pemuda sempena Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini, Khairy yang juga Ketua Pemuda berkata, beliau akan menentang sebarang kenaikan harga yang membebankan rakyat.

Shaharuddin Rosdi kini Ketua Jurulatih Bola Sepak Pahang

Posted: 15 Dec 2015 06:39 AM PST

FREE MALAYSIA TODAY


Beliau akan memanfaatkan pengalaman bersama dua jurulatih tersohor yang pernah membimbing Pahang iaitu Dollah Salleh dan Zainal Abidin Hassan


sharuddin


KUANTAN: Selepas enam tahun bertindak sebagai Penolong Jurulatih Pahang, Ahmad Shaharuddin Rosdi kini diberi kepercayaan oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) sebagai Ketua Jurulatih baharu skuad bola sepak negeri ini untuk musim hadapan.

Anak kelahiran Kuantan yang juga bekas pemain Pahang dan kebangsaan itu berkata, beliau akan memanfaatkan pengalaman bersama dua jurulatih tersohor yang pernah membimbing Pahang iaitu Dollah Salleh dan Zainal Abidin Hassan bagi membimbing sebaik mungkin pasukan gergasi Pantai Timur berkenaan.

"Ini bukan tugas mudah buat saya…namun berikan saya masa dan peluang untuk membuktikan kemampuan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Selasa.

Beliau yang lebih dikenali dengan nama Coach Shah di kalangan pemain, tidak asing bagi peminat bola sepak Pahang pada era 90-an.

Pengalaman beliau sebagai pemain Pahang bermula pada tahun 1994 hingga 2003 merupakan salah seorang perancang terbaik yang pernah Pahang miliki sehingga berjaya membantu pasukan untuk mengecapi beberapa piala dalam Liga Malaysia.

Shaharuddin, 40, mempunyai pengalaman luas dalam bidang kejurulatihan bermula sebagai Penolong Jurulatih Skuad Piala Belia bawah 19 Pahang pada tahun 2007-2008.

Kemudian, Penolong Jurulatih Skuad Piala Presiden Pahang 2009-2010 sebelum menjawat jawatan Penolong Jurulatih untuk pasukan Liga Super Pahang sejak tahun 2010 di bawah dua Ketua Jurulatih iaitu Dollah Salleh dan juga Zainal Abidin.

Beliau membantu Dollah Salleh untuk membawa Pahang menjuarai Piala Malaysia pada tahun 2013 dan membantu Zainal menjuarai tiga piala pada tahun 2014.

Walaupun mengakui dibayangi oleh dua jurulatih berpengalaman itu, beliau tetap optimis untuk menggunakan segala ilmu yang diperolehi dan pengalaman sedia ada bagi merencanakan pasukan tersebut.

"Setiap individu mempunyai gaya dan corak tersendiri dan saya akan gunakan kaedah tersendiri untuk pasukan Pahang tanpa mengikuti sepenuhnya cara yang digunakan oleh kedua-dua jurulatih sebelum ini," katanya.– BERNAMA

Kerjasama UMNO-PAS untuk BN peroleh dua pertiga majoriti Parlimen

Posted: 15 Dec 2015 06:26 AM PST

pas-umno-logo-Large-940x470
Oleh Fatih Hassan Nordin


PERAK : Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang melihat langkah 'salam perdamaian' yang dihulur UMNO kepada PAS sebagai jalan terakhir Barisan Nasional (BN) untuk terus kekal di tampuk kuasa.

Menyifatkan langkah itu sebagai terdesak, katanya, Kerajaan BN memerlukan majoriti dua pertiga di Parlimen dengan sokongan PAS untuk meminda perlembagaan seterusnya memberi laluan kepada persempadanan semula dengan menambah kerusi demi kepentingan mereka.

Berucap pada ceramah Pakatan Harapan di Taiping semalam, beliau berkata, BN sanggup melakukan apa sahaja untuk terus berkuasa walaupun terpaksa mengabaikan suara rakyat yang semakin terhimpit dengan kos sara hidup yang tinggi.

"Perhimpunan Agung membuktikan UMNO melakukan penipuan, menakut-nakutkan, dan menyebarkan api perkauman dan kebencian untuk terus kekal memerintah tanpa mengendahkan krisis sosio-ekonomi," katanya

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamid mengakui BN dalam keadaan tertekan kerana tidak ada majoriti dua pertiga parlimen bagi mengubah sesuatu hal sesuka hati.

Justeru, Kit Siang menyeru rakyat supaya terus menyokong perjuangan bagi menumbangkan Kerajaan BN di bawah Pakatan Harapan yang terdiri daripada DAP, AMANAH dan PKR.

"Cabaran yang dihadapi rakyat Malaysia bukanlah untuk menyelamatkan UMNO atau PAS, sebaliknya untuk menyelamatkan negara," katanya.

Dedah kajian projek HSR Malaysia-Singapura untuk dibahas

Posted: 15 Dec 2015 06:22 AM PST

hsr

Oleh Fatih Hassan Nordin


KUALA LUMPUR : Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan Kementerian Pengangkutan digesa mendedah kajian kebolehlaksanaan bagi Projek Rel Berkelajuan Tinggi (HSR) Malaysia-Singapura untuk diteliti dan dibahas umum.

Desakan itu dibuat Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong berikutan kegagalan Kerajaan Barisan Nasional (BN) menjelaskan kepentingan projek berkenaan kepada negara sekaligus mendorong Pakatan Harapan menolak projek terbabit kerana kurang maklumat.

Sebaliknya, beliau berkata, kerajaan harus memberi keutamaan untuk membuka rel baru yang dapat menampung keperluan penumpang sekaligus digunakan bagi pengangkutan barang.

"Penambahan rel sebaliknya, membolehkan lebih banyak syarikat menggunakan khidmat tren untuk menghantar barang sekaligus mengurangkan kesesakan lalu lintas dan pencemaran udara," katanya dan menambah kerugian berlaku jika kerajaan hanya menumpukan sumber keuntungan daripada penumpang.

HRS yang dijadual siap pada 2022 sedang melalui proses penyediaan tender dan penyerahan kontrak dijangka diumumkan pada 2017.

Sudah tiba masanya beliau berkata, Kementerian Pengangkutan diberi peranan lebih luas berbanding SPAD dalam memastikan sistem pengangkutan negara lebih efisyen dan sistematik.


Memadu asmara di tempat awam

Posted: 15 Dec 2015 05:38 AM PST


Memadu asmara di tempat awam
Pasangan kekasih yang dirakam ketika memadu asmara di Padang Kota Lama.
 
 
GEORGETOWN - Gelagat pasangan kekasih yang memadu asmara di tempat awam termasuk di Padang Kota Lama mengundang rasa tidak selesa pengunjung di kawasan berkenaan.

Seorang pengunjung, Nur Hidayah Azemi, 35, berkata, baru-baru ini dia ada terserempak dengan sepasang kekasih yang berkelakuan kurang sopan di Padang Kota Lama.

Menurutnya, kerana terlalu geram dengan pasangan berkenaan yang tidak segan silu melakukan perbuatan itu, dia bertindak memuat naik gambar perlakuan pasangan terbabit di laman sosial.

"Ketika itu, wanita berkenaan duduk di atas riba kekasihnya dan berpeluk tanpa menghiraukan orang ramai yang lalu di situ.

"Malah waktu itu, saya yang keluar bersama anak terpaksa menutup pandangan mereka bagi mengelakkan mereka melihat perbuatan tidak senonoh itu," katanya.

Nur Hidayah turut meluahkan rasa kecewanya kerana orang ramai tidak menegur perbuatan tidak sopan pasangan berkenaan.

"Selain di Padang Kota Lama, kejadian seumpama ini juga turut berlaku di beberapa lokasi awam lain.

"Oleh itu, saya berharap pihak yang bertanggungjawab mengambil tindakan tegas terhadap pasangan kekasih yang berkelakuan seumpama itu," katanya.

Sementara itu, Rahmat Satar, 43, pula berkata, dia juga kesal dengan perbuatan remaja yang sering memadu asmara di tempat awam.

Katanya, kejadian sebegini sering berlaku pada waktu musim cuti persekolahan.

"Jadi kalau boleh ibu bapa yang ada anak remaja sila pantau anak-anak mereka," katanya.

Malah tinjauan Sinar Harian juga mendapati pesisir pantai Queensbay Mall dan sepanjang perairan Seagate turut menjadi pilihan pasangan kekasih.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang berkata, pihaknya akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang berkelakuan tidak sopan mengikut Seksyen 29 di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Pulau Pinang.

Jika didapati bersalah boleh dikenakan hukuman denda sebanyak RM1,000 dan penjara selama enam bulan atau kedua-duanya sekali

Tweet 'potong stim': Fizo mohon maaf

Posted: 15 Dec 2015 05:36 AM PST


Tweet 'potong stim': Fizo mohon maaf
 

PELAKON Fizo Omar memohon maaf selepas tweetnya mengenai Konsert Akhir Gegar Vaganza musim kedua semalam telah mengundang kecaman netizen.

Fizo mengakui dia tidak mengaitkan tweet tersebut kepada mana-mana individu yang terlibat seperti yang diviralkan namun tetap memohon maaf seandainya ada pihak yang berasa tidak selesa dengan tindakannya itu.

"Sebelum itu saya memohon berbanyak kemaafan seandainya tweet saya malam tadi membuat ada pihak yang tidak selesa.

"Namun sebenarnya ia tidak ada kaitan dengan mana-mana individu yang terlibat seperti yang telah diviralkan.

"Dengan rendah diri saya memohon kemafaan di atas kekhilafan ini," tulis Fizo di laman Facebook miliknya.

Semalam, Fizo Omar mendapat kecaman netizen selepas tweetnya yang didakwa mengkritik pengasas Pamoga dan Qu Puteh, Datuk Seri Dr Hasmizah Othman atau lebih dikenali dengan panggilan Datuk Seri Vida yang merupakan penaja utama program berkenaan.

"Potong stim la tengok #gegarvaganza ni.. Nak tengok otai-otai menyanyi bukannya...,"  tulisnya di laman Twitter miliknya.

Dalam pada itu, Fizo turut merakamkan ucapan tahniah kepada pemenang program berkenaan dan penaja serta pihak Astro di atas kejayaan menganjurkan program tersebut sehingga menjadi fenomena.

[ARTIKEL BERKAITAN: Siti Nordiana dinobatkan juara Gegar Vaganza 2]


Isu RM2.6b: Anina tak ada hak saman Najib

Posted: 15 Dec 2015 05:27 AM PST

SINAR HARIAN


Anina Saaduddin
Anina Saaduddin


KUALA LUMPUR - Bekas ahli Umno Langkawi, Anina Saadudin tidak mempunyai hak dari segi undang-undang untuk memfailkan saman terhadap Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Setiausaha Kerja, Datuk Ab Rauf Yusoh berhubung isu derma RM2.6 bilion, Mahkamah Tinggi di sini diberitahu hari ini.  

Peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun yang mewakili Najib dan Ab Rauf, berkata Anina bukan seorang pegawai awam Umno dan oleh itu tidak mempunyai locus standi untuk memfailkan saman mengikut Seksyen 9(c) Akta Pertubuhan 1966.

"Plaintif bukan pegawai awam Umno yang telah diisytiharkan (sedemikian) dan didaftarkan oleh Pendaftar Pertubuhan dan oleh itu tidak kompeten untuk memulakan tindakan ini terhadap defendan," hujah Mohd Hafarizam dalam permohonan Najib dan Ab Rauf untuk membatalkan saman Anina.

[ARTIKEL BERKAITAN: Anina fail rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi

Beliau juga berhujah, Anina tidak mempunyai kedudukan undang-undang untuk mengekalkan saman itu kerana keahliannya dalam Umno telah gugur apabila memfailkan saman mengikut Perkara 20.7 Perlembagaan parti.

Sambil merujuk kepada keputusan hakim Mahkamah Tinggi minggu lepas, dalam satu lagi saman oleh Anina, bahawa keputusan untuk menggugurkan keahlian Anina dalam Umno adalah muktamad dan tidak boleh dipertikaikan dan tidak boleh dicabar di mana-mana mahkamah mengikut Seksyen 18C Akta sama, Mohd Hafarizam berkata mahkamah ini tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar saman yang difailkan oleh Anina berkaitan hal ehwal parti.

"Saman ini juga tidak menyatakan sebarang sebab munasabah untuk tindakan terhadap defendan, dan oleh itu ia mendedahkan defendan kepada skandal, bersifat remeh dan menyalahgunakan proses mahkamah yang harus dibatalkan oleh mahkamah ini," kata Mohd Hafarizam ketika berhujah di   hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab.

Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla yang mewakili Anina pula berhujah bahawa anak guamnya telah memfailkan tindakan derivatif terhadap defendan atas nama Umno, untuk dan bagi pihak Umno dan ahli-ahlinya, seperti dibenarkan di bawah undang-undang.   

"Justeru, walaupun jika keahliannya dalam Umno telah ditamatkan, ia tidak menghalang tindakan yang telahpun difailkan oleh Anina. Saman ini adalah khusus untuk menangani salah laku defendan pertama, seperti dinyatakan dalam pernyataan tuntutan.   

"Pada peringkat ini, adalah jelas bahawa ini bukan kes biasa dan jelas untuk terus dibatalkan," kata beliau.
Mahkamah menetapkan 31 Disember untuk keputusan terhadap permohonan Najib dan  Ab Rauf.  

Pada 28 Ogos, Anina memfailkan saman terhadap Najib dan Ab Rauf, antara lain, bagi menuntut sebahagian daripada derma RM2.6 bilion (AS$650 juta) yang dikatakan dimasukkan oleh presiden parti ke dalam akaun peribadinya di Singapura. - Bernama


Kerjasama Umno-PAS renggangkan parti komponen BN, kata bekas presiden MCA

Posted: 15 Dec 2015 05:22 AM PST

THE MALAYSIAN INSIDER

Bekas presiden MCA Tan Sri Dr Chua Soi Lek memberi amaran yang sebarang kerjasama antara Umno dan PAS hanya akan memberi kelebihan kepada parti pembangkang terutama DAP. – Gambar fail The Malaysian Insider, 15 Disember, 2015. 
Bekas presiden MCA Tan Sri Dr Chua Soi Lek memberi amaran yang sebarang kerjasama antara Umno dan PAS hanya akan memberi kelebihan kepada parti pembangkang terutama DAP. – Gambar fail The Malaysian Insider. 
 
 
Kerjasama antara Umno dan PAS akan menyebabkan masalah kepada parti komponen Barisan Nasional (BN) dan mengubah landskap politik dan sosial negara ini, kata seorang bekas presiden MCA.

Menulis di blog beliau, Tan Sri Dr Chua Soi Lek memberi amaran yang sebarang kerjasama antara parti Islam dan parti Melayu itu akan meminggirkan parti bukan Islam dalam BN daripada politik arus perdana.
 
"Jika Umno dan PAS bekerjasama, pemimpin Islam akan mengambil alih kuasa politik termasuk pada peringkat kerajaan persekutuan."

Tambah beliau, perkembangan semasa memberi manfaat kepada DAP, yang kini boleh menyerang MCA dan parti komponen BN yang lain, mencabar mereka menentang undang-undang jenayah syariah yang mahu diperkenalkan PAS. 
 
 "DAP juga akan mencabar MCA dan parti komponen BN untuk memutuskan hubungan dengan Umno," kata Dr Chua.

Bagaimanapun beliau berkata, beliau tidak yakin Umno akan tunduk dan membenarkan undang-undang hudud dilaksanakan pada peringkat kerajaan persekutuan, mengatakan akan ada bantahan daripada Sabah dan Sarawak jika kanun jenayah syariah itu dilaksanakan.

"Perdana menteri sedang berusaha menjayakan Program Transformasi Ekonomi beliau bagi merealisasikan wawasan menjadi negara berpendapatan tinggi.

"Beliau tidak akan mengorbankan matlamat ini atau membenarkan mana-mana tindakan politik mempengaruhinya.

"Perdana menteri ingin matlamat menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi sebagai 'warisan politik' beliau kepada rakyat Malaysia agar mereka mengingati sumbangan beliau kepada negara selama-lamanya," kata Dr Chua


Mayat tanpa kepala dipercayai Bernand Then ditemui

Posted: 15 Dec 2015 05:20 AM PST


Bernard Then Ted Fen
Diculik pada Mei 2015, laporan mendakwa Bernard dipenggal kepalanya oleh militan Abu Sayyaf di Pulau Jolo, selatan Filipina. - Gambar fail


SHAH ALAM - Mayat tanpa kepala dipercayai milik tawanan rakyat Malaysia yang diculik, Bernard Then Ted Fen ditemui semalam di Pulau Jolo telah dihantar untuk pengecaman ke bandar Zamboanga.

Menurut laporan sebuah portal, Aktivis Anti Penculikan Selatan Filipina, Prof Octavio Dinampo berkata, ujian DNA akan dijalankan bagi mengesahkan ia milik Then.

"Pihak berkuasa Filipina sedang bekerjasama dengan Kedutaan Malaysia di Manila," katanya kepada The Star.

[ARTIKEL BERKAITAN: Proses ekstradisi penculik, bunuh dikemukakan

Katanya, mayat itu dibawa ke rumah mayat di Zamboanga City di mana kepala dipercayai Then ditemui selepas dipenggal kumpulan Abu Sayyaf pada 11 November lalu.

Dinampo berkata, pemimpin kumpulan bersenjata itu, Al Habsi Misaya turut menuntut 10mi Peso untuk maklumat di mana mayat Then ditanam, bagaimanapun ia tidak dilayan pihak berkuasa Filipina.

Sebaliknya, pihak tentera negara itu dari Briged Infantri 50 menemui mayat itu di Sitio Lungon-Lungon di Parang di Pulau Jolo pada kira-kira 11 malam, Isnin.

Jurucakap Komander Tentera Minadanao Barat Filipina, Mejar Filemon Tan Jr berkata, mayat itu dalam proses mereput.

Sebelum ini dilaporkan kepala Then dipenggal kumpulan Abu Sayyaf pada 4 petang, 11 November lalu.
Pihak tentera Filipina berkata, tindakan itu dilakukan selepas gagal mencapai persetujuan dalam tuntutan wang tebusan untuk membebaskannya.

Perunding Malaysia dengan bantuan pihak Filipina telah berusaha untuk membebaskan jurutera berusia 39 tahun itu dan pengurus restora Ocean King Seafood, Thien Nyuk Fun, 50 yang diculik sejak 15 Mei lalu.

Nyuk Fun dibebaskan pada 8 November selepas wang tebusan RM3 juta dilunaskan.


Mangsa banjir di Meru makin bertambah

Posted: 15 Dec 2015 05:17 AM PST


Banjir Meru
Keadaan jalan raya yang masih ditenggelami air. – Foto Sinar Harian oleh NOR AZIHAN MD GHAZALI


KLANG - Mangsa banjir bertambah masuk hari kedua apabila seramai 67 orang melibatkan 21 keluarga lagu dipindahkan ke dua pusat pemindahan banjir di Sekolah kebangsaan Abdul Samad, Kapar dan dewan Merak, Sekolah Menengah Kebangsaan Meru, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang, Zaidi Athan berkata, jumlah keseluruhan mangsa banjir kini adalah seramai 283 orang melibatkan 70 keluarga  ditempatkan di dua pusat pemindahan berkenaan.

Menurutnya, seramai enam orang melibatkan lima keluarga dipindahkan ke SK Abdul Samad menjadikan angka keseluruhannya kini 64 orang melibatkan tujuh keluarga.

"Di dewan Merak, SMK Meru pula, sejumlah 61 orang melibatkan 16 keluarga ditempatkan di dewan itu menjadikan angka keseluruhannya, 172 orang melibatkan 43 keluarga.

"Jumlah keseluruhan ini dicatatkan sehingga jam 4 petang semalam," katanya kepada Sinar Harian ketika turut melawat mangsa banjir di dewan Merak, SMK Meru, petang tadi.

Sementara itu, katanya, pusat pemindahan mangsa banjir di dewan Majlis Perbandaran Klang (MPK) Kampung Kuantan ditutup secara rasmi selepas air di kawasan kediaman mangsa beransur surut.

Zaidi berkata, pusat pemindahan itu ditutup sekitar jam 3.30 petang dan semua mangsa dibenarkan pulang.


Bapa mangsa tembak percaya anak tiada musuh

Posted: 15 Dec 2015 05:15 AM PST


Bapa mangsa tembak percaya anak tiada musuh
Ismail menunjukkan gambar anaknya Mohd Shahridwan dan mengharapkan dia pulih seperti sedia kala. - Foto Sinar Harian
 
 
KOTA BHARU - "Setahu saya dia seorang yang tidak pernah bermusuh dengan sesiapa," kata Ismail Ahmad, 66, bapa mangsa tembak di Narathiwat dalam kejadian petang semalam.

Menurut Ismail, walaupun Mohd Shahridwan, 24,  anak kedua dari lapan beradik itu kini tinggal di Selatan Thailand bersama isterinya yang berasal dari negara jiran bagi menguruskan perniagaan menjual pakaian, namun setiap minggu, anaknya akan pulang ke rumah menjenguknya dan isteri yang menetap di Pantai Pulau Kundur, Jalan Pantai Cahaya Bulan (PCB).

"Dia ambil berat tentang keluarga dan merupakan anak yang baik, namun saya terkejut dan tidak menyangka dengan kejadian yang menimpanya, sehingga menyebabkan dia mengalami kecederaan parah apabila peluru yang disasarkan penembak terkena di bahagian kepala.

"Sedih melihat keadaannya yang separuh sedar dan masih dirawat di hospital di Selatan Thailand , isterinya juga tidak melepaskan tangannya dan tetap menunggu setia walaupun terpaksa menahan tangisan melihat keadaan anak saya itu," katanya kepada pemberita ketika ditemui di kediamannya, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Warga Malaysia parah ditembak di Narathiwat]

Ismail berkata, dia menerima berita tentang kejadian yang menimpa anaknya itu kira-kira jam 7 petang semalam dan terus bertolak ke Selatan Thailand bersama ahli keluarganya yang lain,bagi melihat keadaan anaknya yang dirawat di hospital di sana.

"Memang doktor kata mengikut keadaannya dia masih belum boleh bercakap dan tidak sedarkan diri kerana peluru yang dilepaskan penembak terkena di bahagian kepalanya dan mungkin peluangnya untuk hidup agak tipis.

"Namun saya tidak pernah putus berdoa agar anak saya kembali seperti sedia kala selepas menjalani pembedahan semalam, memandangkan keadaannya dilaporkan stabil dan dalam separuh sedar serta boleh mengerakkan jari jemarinya dan memberi respon kepada orang sekeliling,"katanya.

Sementara itu, adik bongsu mangsa, Mohamad Zunaidi Ismail, 21, berkata, selepas abangnya mendirikan rumah tangga lebih setahun lalu, dia sering berulang alik ke kampung.

"Keluarga kami tidak pernah ke sana selepas dia berkahwin, namun dia tidak pernah lupakan keluarga dan sering mengambil berat tentang kami.

"Apa pun kami sekeluarga hanya mengharapkan abang selamat dan pihak yang bertanggungjawab dapat di bawa kemuka pengadilan untuk tindakan lanjut," katanya.


MAS diberi amaran gagal pastikan 103 penumpang antarabangsa diperiksa Imigresen

Posted: 15 Dec 2015 02:54 AM PST

THE MALAYSIAN INSIDER

Hanya 32 daripada 135 penumpang MH741 dari Yangon, Myanmar ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sahaja, termasuk rakyat Malaysia, diperiksa Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed. – Gambar fail Reuters, 15 Disember, 2015. 
Hanya 32 daripada 135 penumpang MH741 dari Yangon, Myanmar ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sahaja, termasuk rakyat Malaysia, diperiksa Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed. – Gambar fail Reuters.
 
 
Syarikat penerbangan Malaysia Airlines Bhd (MAS) diberi amaran kerana gagal memastikan 75% penumpang pesawat MH741 dari Yangon, Myanmar ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menjalani pemeriksaan Imigresen selepas mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi kerana masalah cuaca baru-baru ini. 
 
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata beliau dimaklumkan hanya 32 daripada 135 penumpang pesawat itu sahaja, termasuk rakyat Malaysia, diperiksa Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.

Beliau yang kesal dengan kejadian tersebut berkata, keadaan itu boleh mendedahkan keselamatan negara kepada sebarang kemungkinan tidak diingini seperti pembolosan penumpang dan keganasan.

"Kita faham kapal terbang terpaksa melencong ke Langkawi, tetapi peraturan untuk memproses penumpang dari luar negara seperti cop pasport dan lain-lain tidak dipatuhi. 
 
"Selepas itu, pesawat berkenaan ke Kuala Lumpur sebagai pesawat domestik dan sampai ke KL, mereka masuk ke negara ini sebagai penumpang domestik, jadi penumpang dan kapal terbang tidak dapat diproses oleh Imigresen," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan 'Bengkel Asean dan Commit: Pengenalpastian Mangsa Pemerdagangan Orang dan Jenis Eksploitasi Yang Berkaitan' di Kuala Lumpur hari ini.

Nur Jazlan berkata beliau belum mendapat laporan penuh mengenai perkara itu dan syarikat penerbangan sepatutnya bertanggungjawab memastikan setiap penumpang yang menaiki pesawatnya dari luar negara perlu diperiksa oleh pihak Imigresen walaupun berlaku masalah teknikal dan sebagainya.

"Jika syarikat penerbangan tidak mematuhi peraturan Imigresen ini, ianya menyalahi undang-undang," katanya dan menambah kejadian itu amat membimbangkan.

Beliau berkata terdapat pelbagai cara pembolosan penumpang dan beliau meminta Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) untuk memperketat kawalan keselamatan di KLIA dan klia2.

"Walaupun jumlah kes pembolosan tidak besar mana, tetapi ia mungkin menjadi satu peluang untuk sesiapa yang berniat jahat memasuki negara kita.

"Jangan lupa, sekarang kalau hendak berlaku insiden keganasan tidak perlu ramai orang, 4 atau 5 orang pun boleh buat seperti yang berlaku di Paris baru-baru ini," katanya. – Bernama,


Sasterawan Negara Muhammad Salleh tulis sajak buat Azmi Sharom

Posted: 15 Dec 2015 02:48 AM PST




Aktivis akademik Profesor Wan Abdul Manan Wan Muda (jubah biru) mendeklamasikan sajak Sasterawan Negara Profesor Dr Muhammad Salleh untuk profesor undang-undang Azmi Sharom di luar Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider, 15 Disember, 2015.Aktivis akademik Profesor Wan Abdul Manan Wan Muda (jubah biru) mendeklamasikan sajak Sasterawan Negara Profesor Dr Muhammad Salleh untuk profesor undang-undang Azmi Sharom di luar Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider. 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Profesor undang-undang Azmi Sharom yang didakwa bawah Akta Hasutan 1948 mendapat sokongan moral daripada personaliti ulung menara gading negara yang juga Sasterawan Negara Profesor Dr Muhammad Salleh.
 
Beliau yang juga penerima anugerah Tokoh Akademik Negara itu menulis sajak berjudul Sarjana dan Kesarjanaan (Buat Azmi Sharom) dan ia dideklamasikan aktivis akademik Profesor Wan Abdul Manan Wan Muda di luar Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur selepas perbicaraan kes Azmi ditangguhkan hari ini.

Di antara bait-bait sajak itu berbunyi:

Seorang sarjana Dituntut berkata benar
Kerana kebenaran itu
Teras kepada tamadun
Dan harga diri

Pada majlis ringkas sama, Wan Abdul Manan yang mengenakan jubah akademiknya dan bercakap mewakili Pergerakan Tenaga Akademik Malaysia (Gerak) menyeru pensyarah universiti awam dan swasta bangkit mempertahankan hak mereka bersuara.

"Kami mengajak seluruh kakitangan akademik Malaysia yang punya nurani untuk bersama-sama menegakkan kebebasan akademik dan autonomi universiti.

"Kami akan mengambil tindakan yang sesuai pada masa depan dalam mengharungi ancaman terhadap kebebasan akademik dari dalam dan luar universiti," katanya.

Pada 2 September tahun lepas, Azmi seorang pensyarah Universiti Malaya didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) dan Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan berhubung komen beliau dalam satu artikel bertajuk 'Take Perak crisis route for speedy end to Selangor impasse, Pakatan told' yang disiarkan sebuah portal berita.

Jika sabit kesalahan di bawah mana-mana satu dakwaan, beliau akan menghadapi hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga 3 tahun atau kedua-duanya.


Azmi Sharom mohon kes hasutan dibicara di Mahkamah Tinggi

Posted: 15 Dec 2015 02:44 AM PST



Profesor undang-undang Dr Azmi Sharom yang dibicarakan di Mahkamah Sesyen di bawah Akta Hasutan 1948 hari ini memohon agar kesnya didengar di Mahkamah Tinggi. – Gambar fail The Malaysian Insider, 15 Disember, 2015.Profesor undang-undang Dr Azmi Sharom yang dibicarakan di Mahkamah Sesyen di bawah Akta Hasutan 1948 hari ini memohon agar kesnya didengar di Mahkamah Tinggi. – Gambar fail The Malaysian Insider.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Profesor undang-undang Dr Azmi Sharom yang dibicarakan di Mahkamah Sesyen di bawah Akta Hasutan 1948 hari ini memohon agar kesnya didengar di Mahkamah Tinggi. Permohonan difailkan peguam Azmi, Gobind Singh Deo pagi ini.

Hakim Amernuddin Ahmad yang mendengar kes itu akan membuat keputusan esok jam 10 pagi.

Pada 2 September tahun lepas, pensyarah Universiti Malaya itu didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) dan Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan berhubung komen beliau dalam satu artikel bertajuk 
 
"Take Perak crisis route for speedy end to Selangor impasse, Pakatan told" yang disiarkan sebuah portal berita. Jika sabit kesalahan di bawah mana-mana satu dakwaan, beliau akan menghadapi hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga 3 tahun atau kedua-duanya.

Azmi dalam permohonannya berkata beliau berpeluang mendapat pembelaan di bawah Seksyen 3 (2) akta tersebut namun, Seksyen 3 (3) akta sama boleh memberi kesan kepada pembelaannya.

Seksyen 3 (2) akta itu menetapkan "kecenderungan menghasut" tidak mencukupi bagi mensabitkan seorang yang dituduh dengan jenayah "menghasut".

Manakala seksyen 3 (3) akta itu pula menetapkan niat seseorang tidak relevan sekiranya beliau dibuktikan melakukan hasutan.

Gobind berkata, kes Azmi hari ini yang diputuskan Mahkamah Persekutuan pada 6 Oktober, 2015 sebagai selaras dengan Perlembagaan, akan mempunyai percanggahan dengan satu lagi kes di bawah akta sama iaitu kes Melan Abdullah melawan pendakwa raya.

"Kes ini akan menyebabkan kesukaran dalam persoalan undang-undang sewaktu perbicaraan kerana hakim perlu membuat keputusan di antara 2 penghakiman yang bercanggahan.

"Oleh itu, kita serahkan kepada mahkamah tinggi menentukannya," kata Gobind.


Tempias Taufan Melor boleh akibatkan banjir kilat di Sabah

Posted: 15 Dec 2015 02:39 AM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic

 
KOTA KINABALU: Sabah diramal terkena tempias Taufan Melor yang melanda tengah Filipina.
 
Taufan tersebut yang membawa angin kencang antara 40 hingga 50 kilometer sejam dan hujan lebat di kawasan pantai barat negeri ini dan Kudat diramal berlaku pada Khamis dan Jumaat ini.
 
Pada Isnin, Pengarah Jabatan Meteorologi Sabah, Abdul Malek Tunsin berkata kawasan terjejas harus bersiap sedia menghadapi banjir kilat dalam tempoh dua hari itu.
 
Semua aktiviti di laut juga dinasihatkan supaya dihentikan sehingga cuaca pulih.
 
Beliau berkata, tempias taufan itu boleh menyebabkan ombak setinggi 3.5 meter di Sulu dan Laut China Selatan.
 
"Kami sedang memantau situasi ini," kata Abdul Malek.
 
 

PAS Pulau Pinang mahu saman Mat Sabu kerana enggan tarik balik tuduhan diresapi Isis

Posted: 15 Dec 2015 02:38 AM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu bakal berdepan dengan tindakan undang-undang yang difailkan PAS Pulau Pinang, susulan keengganan beliau menarik balik dakwaan kononnya parti Islam itu diresapi fahaman militan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis). 
 
Setiausaha PAS Pulau Pinang Iszuree Ibrahim, yang dipetik akhbar Berita Harian hari ini berkata, tindakan terhadap Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu akan dilakukan sejurus perbincangan mengenainya dimuktamadkan di peringkat pusat.
 
Menurut Iszuree, perbincangan mengenainya membabitkan beberapa pihak dalam parti, termasuk Jawatankuasa Undang-undang PAS dan peguam yang dilantik parti.
 
"Kita (PAS negeri) sedang menunggu maklum balas mengenai perkara ini daripada PAS pusat. Keputusan mengenainya tidak dapat dimuktamadkan secara terus di peringkat negeri kerana ada batas tertentu," 
 
"Perbincangan mengenainya akan dibuat secepat mungkin dan akan mengambil kira pendapat daripada Jawatankuasa Undang-undang parti dan peguam yang dilantik," katanya.
 
Mat Sabu sebelum ini pernah mendedahkan bahawa antara punca Amanah ditubuhkan ialah kerana PAS sudah diresapi pemikiran kumpulan militan Isis.
 
Bekas Timbalan Presiden PAS itu turut menuntut agar pasukan keselamatan negara membuat siasatan terperinci ke atas penyusupan pemikiran Isis yang menyebabkan suburnya budaya 'takfiri' dalam PAS.
 
Ekoran dakwaan itu, beliau menerima pelbagai kritikan daripada kepemimpinan PAS, yang menyifatkan dakwaan berkenaan sebagai tidak berasas dan berniat jahat.
 
Bagaimanapun, beliau menegaskan tidak akan menarik balik kenyataannya kerana berpendapat tiada keperluan untuk berbuat demikian. 
 
Sebelum ini, PAS membuat laporan polis terhadap Mat Sabu dan Naib Presiden Amanah, Datuk Dr Mujahid Yusoff Rawa bagi mengelakkan kekeliruan masyarakat terhadap dakwaan 'jahat' pemimpin Amanah tersebut.

Saya dihina, dicerca kerana tolong Melayu

Posted: 15 Dec 2015 02:32 AM PST

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

 
Ismail Sabri dipersalahkan kerana memberi pengecualian sewa enam bulan kepada penyewa di Mara Digital.




Apabila saya melancarkan Mara Digital yang khusus untuk usahawan Melayu/Bumiputera, sambutan dari orang Melayu/Bumiputera amat menggalakkan.

Sekurang-kurangnya usahawan Bumiputera yang selama tidak mendapat di IT Mall lain dapat diberi peluang.

Bagaimanapun, 'pihak lain' menentangnya sejak dari awal Low Yatt 2 diumumkan, lebih-lebih lagi bila Mara Digital diperkenalkan. Ada yang beri tiga bulan sahaja untuk Mara Digital ini survive.

Saya menjangkakan rintangan-rintangan. Tapi paling menyedihkan bila ada di kalangan orang Melayu yang menghentam saya mengenai Mara Digital ini.

Saya dipersalahkan apabila beri pengecualian sewa enam bulan kepada penyewa. Tujuan saya untuk kurangkan bebanan kepada penyewa sebab biasanya tempat baru perlukan masa untuk dikenali dan maju.

Orang ini bimbang jika free rental peniaga akan turunkan harga dan tentu akan beri saingan kepada peniaga-peniaga di mall lain. Lagi pun kononnya harga handphone dah fix jadi tak mungkin turun harga..ini pun kenyataan beliau yg bercanggah. Dia lupa bahawa bukan handphone semata-mata dijual di sana tetapi juga accessories produk IT yang boleh turun harga.

Bagi saya terserah kepada kebijaksanaan peniaga. Yang saya hairan sepatutnya kita suka harga turun.

Sepatutnya kita suka 'free rental' untuk bantu orang Melayu tapi saya dihina dan dicerca kerana nak tolong Melayu.

Saya sangat mengharapkan sokongan orang Melayu/Bumiputera untuk kejayaan Mara Digital ini. Perancangan saya untuk buka di seluruh negara bagi lahirkan lebih ramai usahawan Melayu dalam bidang IT.

Saya tak kisah kalau tak mahu sokong tapi jangan cuba gagalkan. Walaupun apa pun halangan dan rintangan ia tidak akan melemahkan semangat saya tapi akan saya jadikan ini sebagai cabaran untuk perkuatkan lagi semangat saya bagi meneruskan usaha saya untuk membela usahawan Melayu/Bumiputera ini.

(*)  Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah

UM hanya menaiktaraf WiFi, bukan hadkan pengunaan

Posted: 15 Dec 2015 02:28 AM PST

 
Tiada kuota yang dikenakan bagi pengunaan WiFi di kampus kerana 'bandwidth' 5GB ini sebenarnya dinaik taraf daripada 3GB untuk kemudahan pelajar.


UM


KUALA LUMPUR: Akses internet bagi pelajar Universiti Malaya tidak pernah dihadkan malah penggunaanya dinaik taraf daripada 3 gigabit (GB) sebelum ini kepada 5 GB sebulan setiap pelajar.

Naib Canselor Universiti Malaya (UM), Prof Dr Mohd Amin Jalaludin berkata demikian sekali gus menafikan laporan bahawa pusat pengajian tertua negara itu mengehadkan akses internet di samping dakwaan bahawa caj tambahan akan dikenakan jika penggunaan melebihi kuota.

"Tiada kuota yang dikenakan bagi pengunaan WiFi di kampus kerana 'bandwidth' 5GB ini sebenarnya dinaik taraf daripada 3GB untuk kemudahan pelajar.

"Malah, peningkatan kepada 5GB ini merupakan akses 'bandwidth' terbesar dalam kalangan semua IPTA.

"Pelajar juga tidak akan dikenakan sebarang caj bagi penggunaan melebihi kuota dan keputusan berhubung soal itu tidak akan dibuat tanpa dialog dengan wakil pelajar," katanya.

Beliau mengulas kecaman Persatuan Belia UM (Umany) dan Persatuan Mahasiswa Islam UM (PMIUM) yang mendakwa menerima maklumat bahawa setiap pelajar akan dikenakan kuota hanya 5GB untuk setiap bulan bermula Mac 2016.

Menjawab tuduhan bahawa UM memotong peruntukan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) mereka, Naib Canselor itu berkata, UM merupakan salah sebuah institusi dengan kemudahan ICT terbaik di Malaysia.

"Malah, kami menambahkan perbelanjaan dalam aspek ICT dan pelajar.

"Kini kami ingin memantau penggunaan internet oleh individu, bukannya mengehadkan penggunaan," tegasnya lagi

Felda sudah ‘miskin’

Posted: 15 Dec 2015 02:20 AM PST

Mazlan Aliman
 

FGV yang dijulang sebagai ' Santa Claus', rupa-rupanya pembawa bencana dan menambah derita warga Felda
 
 
felda


Saham FGV tinggal RM1.56, jatuh lebih 70% dari ketika ia diterbitkan iaitu RM4.55 pada tahun 2012 lalu. Gembar gembur kejayaan hampir tiada kedengaran.

Bajet Felda sekitar RM1.5 bilion seperti dahulu tiada lagi kerana sumbangan terbesar melalui Felda Plantation telah dipajak oleh FGV selama 99 tahun. Pendapatan dari Estet Felda ini menyumbang RM1 bilion setahun.

Felda sudah 'miskin' sekarang. Berbelas tabung yang bersifat kebajikan hampir tidak berfungsi. Para kontraktor yang buat kerja di Felda mengeluh kerana bayaran terlalu lembab, hingga 5-6 bulan baru dapat. Mereka dakwa sebelum ini tidak pernah seteruk ini.

Pengumuman YAB PM mengenai rumah Gen 2 dalam pembentangan Bajet, dijangka retorik semata-mata. Projek yang seumpamanya diumumkan sejak 10 tahun lalu pun amat perlahan seperti kura-kura. Ia tidak lebih mengambil hati anak muda Felda.

Para peneroka terutamanya yang masih mempunyai tanggungan sama ada anak atau cucu yang masih bersekolah, sedang merasakan peritnya. Dua minggu lagi sesi persekolahan 2016 akan bermula. Kelengkapan sekolah, pendaftaran dan yuran sekolah, mesti disediakan.

FGV yang dijulang sebagai ' Santa Claus', rupa-rupanya pembawa bencana dan menambah derita warga Felda. Memo dan demo, cadangan dan pandangan, naik turun mahkamah, Usul Parlimen dan DUN telah dibawa.

Pak Menteri dan pembesar negara bercuti hujung tahun, berjoli sakan….

Rakyat kebingungan dan bermenung panjang, mengenang nasib esok hari…..

Dulu dulu…,takkan Umno nak tipu kita… Sekarang……kita ni asyik kena 'kencing' UMNO je lah…

(*)  Mazlan Aliman,Pengerusi Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak)

PRN Sarawak: PKR bekerjasama dengan Pas dan Amanah

Posted: 15 Dec 2015 02:17 AM PST

 
PAS dan Amanah dijangka tidak akan bertanding antara satu sama lain kerana ia tidak akan membantu mereka mengalahkan Barisan Nasional (B) yang diketuai oleh Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di bawah kepimpinan Ketua Menteri Negeri, Adenan Satem.


Untitled-1Tian-Chua_pk_sarawak_600


PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) memasang strategi untuk berkerjasama dengan Parti Amanah Negara (Amanah) dan Pas bagi bertanding di kerusi majoriti Melayu dan Islam pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak akan datang.

Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata, pihaknya tidak mempunyai masalah besar untuk bertanding di kerusi itu memandangkan mereka sudahpun membina kerjasama yang baik dengan kedua-dua Pas dan Amanah.

"Di Sarawak, PKR dan DAP akan memainkan peranan yang penting. PKR akan bekerjasama dengan Amanah dan Pas bagi membantu kami dalam kawasanyang majoritinya Melayu Islam… Kami sangat mengalu-alukan sokongan daripada kedua-dua parti itu dan saya yakin kita tidak akan hadapi sebarang masalah," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat PKR pada Selasa.

Mengulas lanjut, beliau juga menjangka PAS dan Amanah tidak akan bertanding antara satu sama lain kerana ia tidak akan membantu mereka mengalahkan Barisan Nasional (B) yang diketuai oleh Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di bawah kepimpinan Ketua Menteri Negeri, Adenan Satem.

"Kita tidak boleh nafikan bahawa BN kuat di kawasan-kawasan tersebut dan untuk melawan mereka, perlu ada kerjasama yang baik," katanya.

Dalam pada itu, PKR turut melancarkan MyChanegeMakers sebagai sebahagian daripada kempen menawan Sarawak.

Tambahnya lagi, di sebalik 52 tahun BN mentadbir Sarawak, negeri itu masih terpinggir daripada perhatian kerajaan pusat walaupun ia adalah sumber ekonomi terbesar kerajaan Persekutuan.

"Pembentukan MyChangeMakers akan membawa perubahan melalui projek-projek masyarakat setempat.

"Antara projek yang dirancang adalah membuat loji mini tenaga di kawasan luar bandar di Sarawak dan projek-projek pendidikan untuk pengundi Sarawak," katanya.

Hadiah untuk rakyat Malaysia 31 Disember ini – Anina

Posted: 15 Dec 2015 02:15 AM PST

 
Jika mahkamah menolak permohonan Najib Tun Razak, ia akan menjadi hadiah paling bermakna untuk rakyat Malaysia.





PETALING JAYA: Bekas Wanita UMNO yang dipecat, Anina Saadudin mengajak rakyat Malaysia berdoa bersama-sama agar mahkamah berpihak kepadanya dalam kes saman terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 31 Disember ini sama ada menolak atau menerima permohonan Najib untuk mengetepikan saman yang difailkan Anina terhadapnya.

Anina berkata, jika mahkamah memihak kepadanya, ia menjadi hadiah paling bermakna untuk rakyat Malaysia sempena Tahun Baru 2016.

"Mahkamah telah menetapkan bahawa keputusan permohonan Najib untuk mengetepikan saman saya akan diketahui pada 31 Disember 2015.

"Sekiranya mahkamah membuat keputusan untuk menolak permohonan Najib, bermakna ia cahaya terang yang akan menyuluh kehidupan rakyat Malaysia pada 2016.

"Ia bakal menjadi hadiah tahun baru untuk 30 juta rakyat Malaysia….Teruskan berdoa untuk cahaya masa depan rakyat Malaysia," tulisnya di Facebook.

Anina berkata, dia sangat yakin dengan kemampuan peguamnya, Mohd Hanif Khatri Abdulla dalam mengendalikan kesnya itu.

Katanya, dia memberi kepercayaan 100 peratus terhadap peguamnya yang telah melakukan kerjanya dengan teliti, cermat dan bijaksana.

"Saya mendengar setiap bait katanya dan saya merasakan setiap denyut nadi perjuangan beliau. Saya sedar Haniff Khatri telah melakukan yang terbaik dengan sepenuh hatinya.

"Beliau tidak pernah mengecewakan saya…Saya percayakan beliau 100 peratus, beliau akan lakukan sedaya upaya kemampuannya dan apa saja keputusan yang dicapai, ia ketentuan Allah," ujarnya.

Anina pada 28 Ogos, memfailkan saman terhadap Najib dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bagi menuntut pembayaran balik sejumlah US$650 juta yang didakwa dimasukkan oleh Najib ke dalam satu akaun bank bukan milik UMNO di Singapura.

FOMCA minta kadar elektrik golongan berpendapatan rendah kekal

Posted: 15 Dec 2015 02:11 AM PST

 
Kerajaan perlu teruskan subsidi buat mereka yang berpendapatan rendah kerana kegagalan berbuat demikian pasti beri kesan negatif dan tidak adil kepada mereka.


tarif-elektrik2


PETALING JAYA: Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) menggesa kerajaan agar mengekalkan subsidi elektrik untuk golongan berpendapatan rendah.

Setiausaha Agung FOMCA Datuk Paul Selvaraj berkata, golongan tersebut perlu dikecualikan daripada kenaikan tarif elektrik, apatah lagi di saat kos sara hidup yang kian meningkat ketika ini.

"Kerajaan perlu teruskan subsidi buat mereka yang berpendapatan rendah. Jika tidak, ia pasti beri kesan negatif dan tidak adil kepada mereka.

"Sudah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk kurangkan beban kos sara hidup rakyat," katanya ketika dihubungi.

Beliau mengulas laporan The Star pada Isnin mengenai kadar tarif elektrik yang dijangka meningkat untuk beberapa tahun akan datang, ekoran pengumuman kerajaan untuk mengurangkan subsidi gas berpaip di Semenanjung Malaysia.

Di bawah program rasionalisasi subsidi kerajaan, harga gas berpaip akan dinaikkan RM1.50/mmBtu pada setiap enam bulan sehingga mencapai harga pasaran.

Namun begitu, Selvaraj menyokong pengurangan subsidi elektrik kepada golongan berpendapatan sederhana dan tinggi, dengan syarat ia dilakukan secara telus.

"Untuk jangka panjang, saya sokong langkah ini. Tetapi ia perlu dibuat secara telus.

"Misalnya, rakyat tak faham mengapa kadar elektrik tetap naik di saat harga minyak dan arang batu jatuh," katanya lagi.

Rizalman ada motif seksual ketika menyerang, kata hakim NZ

Posted: 15 Dec 2015 02:00 AM PST

 THE MALAYSIAN INSIDER

Mohammed Rizalman Ismail besar kemungkinan berada di bawah pengaruh ganja sintetik ketika melakukan serangannya terhadap seorang wanita Wellington, Tania Billingsley pada 2014. – Gambar fail AFP, 15 Disember, 2015. 
Mohammed Rizalman Ismail besar kemungkinan berada di bawah pengaruh ganja sintetik ketika melakukan serangannya terhadap seorang wanita Wellington, Tania Billingsley pada 2014. – Gambar fail AFP.
 
 
 
Bekas diplomat Malaysia, Mohammed Rizalman Ismail mempunyai motif seksual dalam serangannya terhadap seorang wanita Wellington pada 2014, menurut mahkamah New Zealand hari ini. Akhbar The New Zealand Herald melaporkan mahkamah itu berkata, Rizalman yang mengaku bersalah menyerang Tania Billingsley, cuba menjampinya dengan meninggalkan najis di ruang patio rumah beliau.

"Rizalman mempunyai motif seksual apabila dia mengekori Billingsley ke rumahnya pada petang 9 Mei, 2014, dan apabila dia masuk ke bilik tidurnya dengan tidak berpakaian daripada paras pinggang ke bawah," Hakim David Collins dipetik sebagai berkata.

"Rizalman mungkin mengalami 'pemahaman yang berkurangan' ketika melakukan serangan sumbang itu ke atas Billingsley. 
 
"Bagaimanapun, kemungkinan 'pemahaman yang berkurangan' Rizalman ini tidak menjadi faktor peringan kerana pada masa dia melakukan kesalahan itu, Rizalman besar kemungkinan berada di bawah pengaruh ganja sintetik."

Rizalman sebelum ini dilaporkan berkata dia mempercayai ilmu hitam, menghisap ganja dan membeli dadah sintetik.

Dia juga mengaku membuang air besar di hadapan rumah Billingsley, tetapi menafikan ia ilmu hitam untuk jampi pengasih ke atas Billingsley.

"Saya tidak tahu kerana saya tidak pernah mengamalkannya," Rizalman dilaporkan sebagai berkata.

Ringkasan fakta dibacakan di Mahkamah Tinggi New Zealand berkata pada 9 Mei tahun lepas, Billingsley berada di rumahnya di Brooklyn, Wellington, apabila mendengar ketukan di pintu bilik tidurnya.

Rizalman kemudian dilaporkan masuk dalam keadaan telanjang daripada paras pinggang ke bawah. Dia menjerit dan bergelut melawan, berjaya menolaknya keluar dari rumah sebelum memanggil polis.

Dia didakwa memberitahu polis mereka pernah ke panggung wayang bersama-sama hari itu. Bagaimanapun, tidak diketahui sama ada Billingsley bersetuju dengan kenyataan itu.

Katanya, beliau membuang air besar di luar rumah kerana mengalami cirit-birit.

Peguamnya berkata Rizalman berada dalam keadaan "mental yang tidak normal" pada masa kejadian.

Tambahnya, doktor mendapati tekanan, kebimbangan, kemungkinan kemurungan dan penyalahgunaan dadah sebagai penyebab keadaan mental Rizalman.

Serangan sumbang boleh membawa hukuman penjara maksimum 7 tahun di New Zealand.


Tiada ulasan: