Ahad, 13 Disember 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Najib Akui Bukan Kehendaknya Bersalam Dengan Muhyiddin..

Posted: 13 Dec 2015 04:28 AM PST


  

DETIK DAILY


Pandai betul Najib ni berlakon di hadapan para perwakilan yang memenuhi Dewan Merdeka sehingga mendapat tepukan gemuruh..

Petikan dari ucapannya sebelum bersalam dengan Muhyiddin yang telah dipecatnya kerana bising pasal dana yang dikatakan sebagai derma berjumlah RM2.6 Billion tu..


"Sempena mengambil ajaran Islam yang suci, saya Najib Razak sebagai Presiden UMNO memilih untuk berjiwa besar.

"Saya memilih berjiwa jiwa besar adalah untuk membuka pintu hati saya menghulurkan silaturrahim saya kepada semua pihak demi memperkukuhkan kembali ikatan dalam UMNO," kata Najib.

Bagaimanapun kata Najib, jangan sekali-kali ada pihak yang cuba menolak silaturrahim yang ditawarkan kerana jika ada pihak tolak dan mahukan pertelagahan, maka mereka menolak titik perdamaian.

"Saya ingin tegaskan di sini, jika seandainya ada pihak yang masih menolak dan mahukan pertelagahan, hang fikir baik-baik.

"Ini bukan lagi soal peribadi mereka terhadap diri saya sebagai presiden parti tetapi mereka sengaja menolak titik perdamaian dan keluhuran parti," tegasnya .

Kata Najib lagi, walau rentung dibakar fitnah, walau bercerai anggota badan, parti UMNO tetap akan ditegakkan juga.

"No surrender, no retreat," tegasnya. 

Sebaik mengakhiri ayat terakhir penggulungan, Najib meninggalkan rostrum dan bersalaman dengan barisan hadapan parti yang semuanya berdiri memberikan tepukan kepada beliau.

Lensa kamera televisyen menyorot gerak tubuh Najib bersalaman dengan Naib Presiden, Datuk Seri Shafie Apdal diikuti Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau dilihat berdiri seketika di situ bersalaman dengan Muhyiddin sambil tersenyum diiringi tepukan gemuruh para perwakilan yang memenuhi Dewan Merdeka.

Tapi hakikatnya Najib bersalam dengan Muhyiddin tu terbukti satu lakonan semata-mata.. dan Najib juga tidak ikhlas dalam menghulurkan tangan kepada Muhyiddin untuk bersalam itu..

Bukan kehendaknya tapi kehendak Perhimpunan Agug UMNO katanya.. walaupun sebelumnya beliau berkata..

"Sempena mengambil ajaran Islam yang suci, saya Najib Razak sebagai Presiden UMNO memilih untuk berjiwa besar.

"Saya memilih berjiwa jiwa besar adalah untuk membuka pintu hati saya menghulurkan silaturrahim saya kepada semua pihak demi memperkukuhkan kembali ikatan dalam UMNO,"

Baca pengakuan Najib ni...

Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2015 berakhir petang tadi dengan sikap keterbukaan presiden parti bersedia menghulur salam perdamaian dengan timbalannya.

Datuk Seri Najib Razak yang juga Perdana Menteri berbuat demikian semata-mata mengikut rentak yang dimahukan majoriti perwakilan dalam perhimpunan kali ini.

"Alhamdulillah..mesej PAU merupakan badan berkuasa dan bertanggungjawab tidak mahu pertelagahan berterusan dalam parti. Mesej (beri) isyarat amat jelas mereka mahu berdamai ikut syura dalam jemaah UMNO," ujarnya pada sidang media sebaik sahaja berucap menangguhkan PAU 2015 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini petang tadi.

Beliau berkata demikian mengulas ucapan penangguhan yang akur dengan kehendak majoriti perwakilan dan melupakan segala yang berlaku antaranya dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin tetapi berharap ia tidak berulang lagi.

Beliau juga mengaku bersalam dengan Muhyiddin selepas selesai berucap.

Kepada soalan sama ada salam 'gencatan senjata' itu diterima oleh Muhyiddin, Najib berkata;

"Itu kena tanya dia (Muhyiddin). Ini (perdamaian) dikehendaki oleh PAU ini bukan saya secara peribadi..PAU yang buat ketetapan. Terpulanglah, mesej sudah jelas.Kalau tidak faham saya tidak tahu," katanya mengakhiri sidang media.--MalaysiaGazette

Kan dia kata berbuat demikian semata-mata mengikut rentak yang dimahukan majoriti perwakilan dalam perhimpunan...

Ikhlas kot mana?

Keputusan PT3 di Selangor tetap dikeluarkan esok

Posted: 13 Dec 2015 04:21 AM PST

THE MALAYSIAN INSIDER

Ibu bapa pelajar boleh datang ke pejabat sekolah anak masing-masing untuk mendapatkan keputusan anak mereka, kata Pengarah Pendidikan Selangor, Zainuren Mohd Nor. – Gambar fail The Malaysian Insider, 13 Disember, 2015. 
Ibu bapa pelajar boleh datang ke pejabat sekolah anak masing-masing untuk mendapatkan keputusan anak mereka, kata Pengarah Pendidikan Selangor, Zainuren Mohd Nor. – Gambar fail The Malaysian Insider.
 
 
Walaupun negeri Selangor bercuti esok, namun keputusan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) tetap akan dikeluarkan esok, kata Pengarah Pendidikan Selangor, Zainuren Mohd Nor. 
 
 Beliau berkata ibu bapa pelajar boleh datang ke pejabat sekolah anak masing-masing untuk mendapatkan keputusan anak mereka.

"Pejabat sekolah yang terlibat dengan PT3 diarahkan supaya beroperasi, sementara yang tidak mempunyai kaitan dengan peperiksaan itu ditutup," katanya kepada Bernama.

Seramai 82,160 orang calon menduduki PT3 di Selangor tahun ini. Esok disytihar cuti peristiwa berikutan pasukan bola sepak Selangor berjaya menjulang Piala Malaysia musim 2015 malam tadi. – Bernama


Nelayan bantah pelan penambakan Pulau Pinang kerana hancurkan hidup mereka

Posted: 13 Dec 2015 04:07 AM PST




Lebih 1,000 nelayan berkumpul di pinggir laut di Sungai Batu, Teluk Kumbar bagi menyuarakan rasa tidak puas hati mereka ke atas penambakan yang dicadangkan kerajaan Pulau Pinang untuk membina pulau buatan manusia. – Gambar The Malaysian Insider oleh Looi Sue-Chern, 13 Disember, 2015. 
Lebih 1,000 nelayan berkumpul di pinggir laut di Sungai Batu, Teluk Kumbar bagi menyuarakan rasa tidak puas hati mereka ke atas penambakan yang dicadangkan kerajaan Pulau Pinang untuk membina pulau buatan manusia. – Gambar The Malaysian Insider oleh Looi Sue-Chern.
 
 
Idea Kerajaan Pulau Pinang membina pulau buatan manusia di selatan pulau itu berjumlah RM27 bilion untuk Projek Penang Transport Master (PTMP) tidak mendapat sokongan daripada nelayan kawasan tersebut. 
 
 Projek yang dicadangkan menyaksikan bantahan 5 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR, seorang Adun DAP dan Adun Barisan Nasional (BN) turut dibantah lebih 1,000 nelayan.

Berkumpul di pinggir laut di Sungai Batu, Teluk Kumbar, nelayan menyuarakan rasa tidak puas hati mereka ke atas penambakan yang dicadangkan.

Mereka mewakili 14 komuniti nelayan, yang mempunyai hampir 3,000 ahli beroperasi dari Permatang Damar Laut ke Sungai Pinang di Balik Pulau. 
 
 "Tiada siapa yang bertanya kepada kita apa yang kita rasa, walaupun ini mempunyai kaitan dengan kehidupan kami," kata Datuk Chooi Sooi Kong, 70, Pengerusi Unit nelayan Gertak Sanggul mewakili kira-kira 400 nelayan dan anak-anak kapal.

Beliau berkata, ikan yang menjadi punca rezeki nelayan berada di kawasan sehingga 3km dari pantai, dan projek yang dicadangkan adalah 1.5km dari pantai.

"Itulah yang kita dengar. Pulau ditambak di kawasan rezeki kita, di mana tempat pembiakan ikan dan udang. Projek ini beri kesan orang seperti kita yang bergantung kepada laut untuk hidup.

"Mereka harus datang dan berbincang dengan kami, jadi kami boleh memberitahu mereka bagaimana cadangan mereka memberi kesan kepada nelayan," kata Chooi.

Rakan pengedaran projek PTMP ini, SRS Consortium Sdn Bhd, mencadangkan kepada kerajaan negeri menuntut semula 2 pulau buatan manusia – 1,300 ekar (526ha) dan 2,100 ekar (850ha) masing-masing – dan mungkin juga pulau ke-3 800 ekar (323.7ha) yang berhampiran.

Nelayan di Gertak Sunggul, Teluk Kumbar sudah terkesan dengan projek-projek mega, termasuk pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang, yang mengubah keadaan kawasan tangkapan ikan mereka di selatan, kata Pengerusi Unit nelayan Gertak Sanggul, Datuk Chooi Sooi Kong, 70. – Gambar The Malaysian Insider oleh Looi Sue-Chern, 13 Disember, 2015.Nelayan di Gertak Sunggul, Teluk Kumbar sudah terkesan dengan projek-projek mega, termasuk pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang, yang mengubah keadaan kawasan tangkapan ikan mereka di selatan, kata Pengerusi Unit nelayan Gertak Sanggul, Datuk Chooi Sooi Kong, 70. – Gambar The Malaysian Insider oleh Looi Sue-Chern.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Pulau-pulau akan dilelong kerajaan untuk membiayai kos projek pengangkutan di bawah pelan induk itu. 
 
Bagaimanapun, kelulusan kerajaan persekutuan untuk pelan induk ini perlu, dan tanpanya, projek ini, termasuk penambakan tanah, tidak boleh diambil kira.

Nelayan di kawasan itu, menurut Chooi, sudah terkesan dengan projek-projek mega, termasuk pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang, yang mengubah keadaan kawasan tangkapan ikan mereka di selatan.

Beliau berkata, apabila jambatan itu dibina, terdapat hasil tangkapan ikan dan udang menurun sekali gus menyebabkan harga makanan laut naik.

"Anda tambak semula pulau di Selatan, anda akan memberi kesan kepada semua orang. Anda lakukannya di Utara, kesan ke atas perikanan tidak akan begitu besar kerana tangkapan lebih sedikit berbanding di sini.

"Rancangan PTMP adalah baik tetapi rancangan perlu datang tanpa beri kesan kepada kehidupan rakyat. 
Laut di selatan pulau ini sudah menjadi sumber pendapatan sekian lama kepada ramai keluarga di sini untuk generasi," kata Chooi yang bapanya juga bekerja sebagai nelayan dan peniaga ikan.

"Kerajaan harus mula memelihara laut di kawasan ini untuk generasi akan datang," katanya


Najib gentleman atau pengecut?

Posted: 13 Dec 2015 03:58 AM PST

Shahbudin mempertikaikan pengakuan Najib Tun Razak yang mengaku beliau seorang 'gentleman' dan berjiwa besar.


shahbudin-najib


PETALING JAYA: Ucapan perasmian dan penggulungan Datuk Seri Najib Tun Razak pada Perhimpunan Agung UMNO 2015 menunjukkan seoalah-olah wujud kekeliruan dalam diri Presiden UMNO itu.

Bekas Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Wangsa Maju, Shahbudin Hussin berkata, Najib seperti keliru ketika ucapan perasmian apabila mengaku dirinya 'gentleman' dan bukan pengecut.

"Ketika mendabik dada meletakkan dirinya sebagai seorang yang "gentleman" dan bukan pengecut, ramai yang tidak lupa bagaimana Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak dibenarkan merasmikan mesyuarat sayap-sayap dan seterusnya beliau bersama Datuk Seri Shafie Apdal turut dihalang berucap di majlis penggulungan perhimpunan tahun ini.

"Sebelum itu, semua peranan Muhyiddin selaku Timbalan Presiden UMNO dalam pelbagai jawatankuasa di peringkat tertinggi parti juga turut dinafikan.

"Kalau betul "gentleman" dan tidak pengecut, kenapa larangan sebegitu rupa yang tidak pernah berlaku sebelum ini sanggup dilakukannya?

"Lebih dari itu, ketika ucapan perasmian di mana beliau menyedari Muhyiddin tiada ruang untuk mempertahankan dirinya, "gentlemankah" bertindak menyerang musuh yang diikat kaki dan disumbat mulutnya?

"Diselak lebih jauh lagi ke belakang sebelum ini, apakah boleh dikira "gentleman" dan bukan pengecut dalam tindakan Najib terhadap Peguam Negara, PAC serta gangguan kepada SPRM dan Bank Negara?," tulisnya di blognya Shahbudindotcon.blogspot.my.

Shahbudin berkata, Najib bukan sahaja keliru ketika menyampaikan penggulungan, malah 'masuk bakul angkat sendiri' apabila mengaku seorang berjiwa besar hanya kerana mengajak kepada perdamaian.

"Kenapa perlu "masuk bakul angkat sendiri" dan memuji diri sebagai berjiwa besar apabila mengajak orang lain berdamai sedangkan hampir semua masalah dalam UMNO adalah berpunca daripada dirinya juga?

"Bolehkah dikata berjiwa besar apabila membelasah orang yang disekatnya daripada bercakap, tetapi kemudian menghulurkan salam perdamaian?, soalnya.

Shahbudin berkata, pelawaan berdamai dilihat sebagai percubaan Najib menukar masalah dalam UMNO kepada seolah-olah perseteruan peribadi antaranya dengan Muhyiddin dan Shafie Apdal sedangkan kemelut hanya timbul berkaitan isu 1MDB dan derma politik yang tiada akitan peribadi.

"Apakah dengan ajakan berdamai itu bermaksud Najib mahu segala isu berkaitan 1MDB dan derma politik yang diterimanya tidak lagi diperkatakan, diungkit-ungkit dan akhirnya dihalalkan begitu saja?

"Adakah dengan mengajak berdamai ini semua pertuduhan yang cuba dikenakan keatas Muhyiddin yang kini dalam pertimbangan Lembaga Disiplin akan diteruskan atau bakal digugurkan?, kata blogger itu.

TMJ doa menteri utamakan rakyat bukan akaun bank peribadi

Posted: 13 Dec 2015 03:57 AM PST

 
Baginda juga menegur ahli politik yang tidak turun padang dan meluahkan kebimbangan ketidakstabilan politik negara.


JDT


PETALING JAYA: Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim berdoa supaya wakil rakyat dan menteri di negara ini ikhlas dalam mengutamakan kepentingan rakyat, bukannya mengutamakan akaun bank peribadi dan projek yang dilobi.

Baginda turut menegur ahli politik yang umpama lalang ditiup angin, tanpa pendirian dan rasa tanggungjawab, serta mengutamakan populariti seperti selebriti.

"Sebagai ahli politik, anda perlu turun padang dan mendengar suara dan keluhan rakyat; rakyat yang meletakkan anda di kedudukan selesa anda sekarang.

"Saya juga berdoa supaya suatu hari nanti, tiadalah mereka yang korup dan bersifat perkauman di kalangan kita. Ingatlah bahawa Johor berkembang maju seperti yang kita lihat pada hari ini adalah hasil kerja keras dan keharmonian semua kaum, seluruh Bangsa Johor," tulis baginda menerusi posting di Facebook rasmi Johor Southern Tigers.

TMJ juga melahirkan kebimbangan dengan ketidakstabilan politik yang melanda negara ketika ini.

Baginda berkata, kepincangan politik yang berlarutan tidak boleh mengubah nasib rakyat menerusi pemberontakan atau demonstrasi.

Nasib rakyat hanya boleh berubah menerusi bidang pendidikan, kata baginda.

"Apabila diri dilengkapi ilmu dan pendidikan yang baik, kita akan lebih bersedia dan mempunyai pengetahuan untuk menentukan hala tuju negara kita," katanya.

TMJ berkata, baginda amat risau dengan tahap pendidikan yang semakin membimbangkan di negara ini dan mentaliti yang dibentuk daripadanya.

"Pendidikan tidak boleh dikompromi demi tujuan dan kepentingan politik," kata baginda.

TMJ menasihatkan rakyat supaya rebut apa jua peluang untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang pendidikan, kerana ilmu adalah kuasa, dan merupakan senjata paling ampuh untuk menjadikan Johor negeri yang lebih maju.

"Saya berjanji akan berusaha bersama kerajaan negeri supaya pendidikan diberikan perhatian penting yang selayaknya, demi masa depan Johor; kerana akan tiba masanya anda semua perlu menentukan masa depan dan apa yang terbaik untuk diri anda dan negeri Johor," kata baginda.

TMJ berkata, baginda tahu terdapat pihak yang tidak mahu istana Johor bersuara.

"Apa yang mereka tidak faham adalah teguran kami bukanlah hendak menyerang peribadi. Kita hanyalah bersuara demi kepentingan rakyat, kita tidak meraih sebarang keuntungan daripadanya," kata TMJ.

Gesaan Amanah jadi ahli majlis dipertimbang

Posted: 13 Dec 2015 03:52 AM PST


Mohamed Azmin Ali
Mohamed Azmin Ali - Foto Sinar Harian


KLANG - Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, gesaan Parti Amanah Negara (Amanah) agar wakil mereka dilantik ahli majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) negeri ini akan dipertimbang sebelum perkhidmatan ahli majlis tamat tempoh hujung bulan ini.

Menurutnya, perbincangan mengenai perkara itu akan dilakukan dalam masa terdekat.

Timbalan Presiden PKR itu berkata,  rundingan bagi kuota pelantikan ahli majlis baru sedang dilakukan.

"Ada parti sudah hantar nama dan kita akan bawa dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) .

"Kita akan buat keputusan dan majlis pelantikan akan dibuat segera," katanya ketika diminta mengulas berhubung gesaan Amanah terhadap pelantikan ahli majlis turut melibatkan parti itu.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis Istiadat Penganugerahan /Pengurniaan Darjah dan Bintang Kebesaran Negeri Selangor sempena Hari keputeraan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang ke-70 yang berlangsung Balairung Seri, Istana Alam Shah, semalam.

Berkenaan pembahagian kuota ahli majlis, beliau yang juga Adun Bukit Antarabangsa berkata, perkara itu belum diputuskan.

"Kita akan bawa dalam MMKN akan datang dan kita akan laksanakan pelantikan yang baru secepatnya," katanya.

Terdahulu, parti Amanah Selangor menuntut agar pembahagian kerusi Ahli PBT untuk parti itu dibuat segera sebelum perkhidmatan Ahli PBT di negeri ini berakhir hujung bulan ini.

Ketua Pemudanya, Abbas Azmi berkata, memandangkan Amanah sudah membarisi komponen Pakatan Harapan, tiba masanya parti baharu ini menyumbangkan khidmat dalam pentadbiran PBT.


Kayveas persoal wang agihan kepada kaum India

Posted: 13 Dec 2015 03:41 AM PST

Koh Jun Lin


 


Presiden Parti Progresif Penduduk (myPPP) Tan Sri M Kayveas menimbulkan persoalan tentang pengagihan peruntukan kerajaan kepada masyarakat kaum India di Malaysia.

Beliau berkata, Perdana Menteri telah memperuntukkan banyak wang untuk masyarakat tersebut tetapi peruntukkan itu sentiasa disalurkan melalui orang yang sama yang digelar sebagai "artis persembahan".

"Mereka fikir mereka mewakili masyarakat India, tetapi mereka tidak mewakili kaum India. Mereka mewakili diri mereka sendiri," katanya.

"Sehinggakan kita tidak mahu untuk panggil sesiapa kerana kita tidak tahu bagaimana untuk menghubungi mereka.

"Anda panggil kumpulan ini, kumpulan itu akan marah. Anda panggil kumpulan itu, kumpulan ini marah," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada mesyuarat agung tahunan parti itu di Kuala Lumpur hari ini.

Bagaimanapun, Kayveas kelihatan keberatan untuk menjawab ketika diajukan soalan berhubung individu yang dimaksudkan dan berkata tidak mahu "cari pasal".

Sebuah parti komponen BN yang lain yang berasaskan kaum India ialah MIC. Parti itu sebelum ini menghadapi krisis kepimpinan yang telah membawa kepada perpecahan dalam parti.

BN 'merana' tanpa dua pertiga kerusi parlimen

Posted: 13 Dec 2015 03:38 AM PST

Koh Jun Lin


 


BN kini merana tanpa dua pertiga majoriti di Dewan Rakyat, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, perkara tersebut menyebabkan pihaknya tidak dapat meminda Perlembagaan Persekutuan dan mewujudkan kawasan parlimen baru.

Ini bermakna jumlah kerusi parlimen adalah tidak selaras dengan pertumbuhan penduduk dan BN tidak dapat menyediakan kerusi yang mencukupi untuk parti komponennya.

"(Parlimen) kita hanya mempunyai 222 kerusi Parlimen," katanya ketika berucap dalam mesyuarat agung tahunan parti komponen BN, myPPP hari ini.

Selain itu, timbalan perdana menteri itu berkata, perkara itu menjadikan ia sukar untuk "berkongsi kerusi baru" dengan parti myPPP.

Bagaimanapun, Ahmad Zahid berjanji untuk memperuntukkan myPPP satu kerusi parlimen jika BN memperoleh semula majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat pada pilihan raya umum ke-14 nanti.

"Tetapi anda perlu membuktikan kepada saya. Anda harus bekerja keras. Jangan lupa, kita perlu work smart untuk berjaya dalam usaha kita," katanya lagi.

Parti Progresif Rakyat itu kini telah dijenamakan semula dengan nama myPPP yang mana Tan Sri M Kayveas sebagai presidennya.

Kadir: Pasaran saham jatuh 2% ketika AGM Umno

Posted: 13 Dec 2015 03:35 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Perhimpunan agung tahunan (AGM) Umno yang berakhir semalam berjaya menyelamatkan Datuk Seri Najib Razak tetapi tidak menyelesaikan masalah parti itu dan negara, kata tokoh wartawan Datuk A Kadir Jasin.

"Najib dan konco-konconya tidak peduli Umno pecah, pentadbiran negara kucar-kacir dan ekonomi negara terus menjunam.

"Yang mereka peduli adalah kelangsungan kuasa," kata bekas ketua pengarang Kumpulan New Straits Times Press (NSTP) itu.

Malah, kata Kadir, persidangan itu juga tidak berjaya menaikkan keyakinan pelaburan kepada Umno sehingga menyebabkan pasaran saham yang jatuh bertambah jatuh.

Dari 8 Disember hingga 11 Disember ia jatuh 2 peratus, tulis Kadir dalam blognya semalam.
Pertimbangan pasca-AGM

Sementara itu, Kadir juga berkata Umno harus mempertimbangkan beberapa perkara selepas mesyuarat agung tahunannya yang berakhir semalam.

Katanya, ia termasuk undi tidak percaya terhadap Najib atau pungutan suara secara akuan berkanun (SD) di kalangan anggota parlimen harus diteruskan.

"Jadi, siapakah yang boleh kita harapan untuk menyelamatkan negara?" soalnya.

"Kita terpaksa berbalik kepada veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah yang sedang mempelopori usul tidak percaya/akuan berkanun.

Beliau bagaimanapun berkata, jika Najib terus berkuasa keadaan itu lebih menguntungkan pembangkang kerana BN lebih mudah dikalahkan dalam pilihan raya umum akan datang.

"Atau mereka menyokong usul tidak percaya/akuan berkanun dengan mana mereka berpeluang berkongsi kuasa dalam kerajaan perpaduan nasional.

"Sekiranya ini berlaku, hilanglah kuasa penentu Umno," katanya.

Jika itu berlaku, katanya lagi, tiada pemimpin Umno yang akan beruntung, tidak kira sama ada timbalan perdana menteri Datuk Zahid Hamidi atau pendahulunya Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin.

Umno sekarang tersepit dalam keadaan masa tidak memihak kepada mereka selain pilihan yang terhad untuk diputuskan, kata Kadir lagi.


Rafizi: Jalan ke Putrajaya perlukan PAS

Posted: 13 Dec 2015 03:32 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Pakatan Harapan perlu membentuk gabungan pilihan raya dengan PAS demi mendapatkan sokongan golongan atas pagar, kata Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli.

Ini akan menjadi satu-satunya cara untuk pembangkang menawan Putrajaya, tegasnya.

Memetik tinjauan bebas pada 4 Disember, Rafizi berkata, sekurang-kurangnya 30 peratus orang Melayu sudah membuat keputusan untuk menolak Datuk Seri Najib Razak dan Umno.

Bagaimanapun, mereka dikatakan belum memutuskan pembangkang mana yang akan disokong.

Rafizi berkata, golongan itu dipengaruhi isu yang mempunyai kesan langsung terhadap mereka, termasuk cukai barangan dan perkhidmatan (GST), melebihi perkembangan politik.

Sebahagian mereka tidak mengetahui kewujudan kumpulan serpihan PAS, Parti Amanah Nasional (AMANAH), beliau memberitahu Malaysiakini dan KiniTV.

Menurut beliau, BN memperoleh 53 peratus undi Melayu manakala pembangkang pula 46 peratus.

Umno, PAS dan PKR pula masing-masing mempunyai 20 peratus penyokong tegar daripada orang Melayu, sementara bakinya akan membuat keputusan berdasarkan isu dan sentimen.

"Jika mereka tolak Umno, mereka akan berpatah balik kepada PAS," katanya.

PKR pantau kerjasama Umno dengan Pas

Posted: 13 Dec 2015 03:28 AM PST



Rafizi
Rafizi


KUALA LUMPUR - PKR mengakui pihaknya sedang memantau sejauhmana kerjasama antara Umno dengan Pas.

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, ini kerana  Pas masih mempunyai kerjasama (tahalufsiyasi) dengan PKR.

"Kita memantau segalanya-galanya (kerjasama antara Umno dengan Pas)," katanya dalam sidang media selepas Majlis Pelancaran Pakatan Harapan Wilayah Persekutuan.

Sebelum ini pada Persidangan Agung Umno, Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak‎ menghulurkan tali silaturahim kepada Pas untuk sama-sama membina dan membangunkan negara ini mengikut syariat Islam sebenarnya.

Ditanya mengenai kesan terhadap Pakatan Harapan, Rafizi berkata sekiranya ia benar-benar berlaku, pihaknya akan berhadapan dengannya.

Sementara itu Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu turut serta pada majlis tersebut ketika ditanya mengenai kerjasama antara Umno dengan Pas berkata, ia terpulang kepada kedua-dua parti untuk membuat keuputusan.

Katanya lagi, beliau tidak tahu apa yang direncanakan oleh Najib melalui usaha kerjasama kedua-dua parti berkenaan.

"Saya tidak tahu apa yang ada dalam kepala Najib, terserahlah kepada Umno dengan Pas untuk buat keputusan," katanya.


Kuota terhad, wartawan gagal dapat pas masuk Piala Malaysia

Posted: 12 Dec 2015 11:17 PM PST

Oleh: AFIX REDZUAN


SHAH ALAM: Selangor Kini kesal dengan kuota terhad yang diperuntukkan pengelola perlawanan akhir Piala Malaysia antara Selangor dan Kedah hingga mengakibatkan wartawan gagal mendapatkan pas masuk membuat liputan.

Selangor Kini menghubungi wakil pengelola untuk mendapatkan penjelasan memandangkan semalam difahamkan petugas media yang masih belum mendapatkannya boleh berbuat demikian pagi ini.

sel vs kedWakil pengelola ketika dihubungi memaklumkan, permohonan Selangor Kini ditolak kerana kuota petugas media penuh.

Sebelum itu, Selangor Kini menghantar tiga nama petugas media namun hanya jurufoto dan jurukamera mendapat pas liputan.

Katanya, hanya dua slot sahaja diperuntukkan atas alasan 'media portal' walaupun Selangor Kini adalah akhbar rasmi Kerajaan Negeri sementara empat slot diperuntukkan untuk media arus perdana.

Selangor Kini cuba menghubungi wakil Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), namun mereka menjelaskan urusan pas liputan hanya dikendalikan Football Malaysia Limited Liability Partner (FMLLP) badan swasta yang menguruskan Liga Malaysia mulai 2016.-NFN-


PAS tak akan sekongkol ‘pikul biawak hidup’

Posted: 12 Dec 2015 11:15 PM PST

Oleh: AFIX REDZUAN


SHAH ALAM: PAS bertegas tidak akan bersekongkol 'memikul biawak hidup' dan kekal dengan perjuangan memperkukuh syariat sebagai gerakan Islam kepada negara serta rakyat.

Pendirian itu dizahirkan Timbalan Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang menyifatkan Umno menjadi musuh tradisi mereka kerana prinsip syarak bukan atas nama atau diri ahli parti itu.

Katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tampil dengan cadangan gagasan pembinaan negara berteraskan syariat ketika terus lemas dalam soal derma RM2.6 bilion.

tuan ibrahim tuan man"Negara perlu diselamatkan daripada rasuah, salah guna kuasa, penyelewengan, salah urus tadbir dan politik wang yang kini subur dan menjadi ciri terkenal dalam pentadbiran kerajaan diterajui Umno.

"Antara keadilan Islam pertama yang perlu dihayati Umno adalah keperluannya untuk berlaku adil dan menghentikan kezaliman kepada musuh politiknya.

"Ini termasuk membayar royalti minyak kepada Kerajaan Kelantan dan berhenti menzalimi rakyat negeri itu dengan meneruskan projek Lebuhraya Pantai Timur sehingga sampai ke Kota Bharu atas dasar keadilan syariat Islam," katanya.

Tuan Ibrahim berkata, Umno selaku pemerintah mempunyai tanggungjawab terhadap aqidah dan syariat serta perlu meninggalkan dasar nasionalisme.

Beliau turut mengingatkan tindakan Umno menekan Kelantan dan kakitangan awam yang cenderung menyokong PAS hingga mengakibatkan mereka ditukar serta dikenakan hukuman.-NFN-


Najib pukul Muhyiddin secukupnya kemudian minta maaf

Posted: 12 Dec 2015 07:17 PM PST

MSO
 

Bagi perwakilan PAU yang dibius beberapa hari kemudian disedarkan pada hari akhir persidangan, untuk mendengar penggulungan oleh presiden parti, terkejut beruk sambil mengangkat tabik kepada Najib Razak yang dianggap sebagai wira apabila presiden Umno itu menunjuk baik membuka pintu hatinya dan menghulur salam kemaafan kepada semua orang yang bersalah dengannya.


Muhyiddin menyanyi tanpa angkat tangan.
Mereka akan menganggap Najib benar-benar berjiwa besar seperti mana diakui perdana menteri itu, bahawa dia, Najib Razak berjiwa besar sanggup memaafkan sesiapa yang menentannya.

Ucapan atau huluran kemaafan Najib itu dilihat dituju khas kepada Timbalan Presiden Umno Muhyiddin Yassin yang membuat kritikan dan teguran kepadanya.

Mereka - para perwakilan mengira Najib adalah pemimpin yang tidak ada dua dan tiga bagi mereka dan dianggap seorang baik dan pemaaf?

Begitulah dirasai oleh orang yang tersedar dari bius, akan menerima apa sahaja yang dilakukan ke atasnya sebagai baik kerana mereka tidak sedar apa yang berlaku dalam dia tidak kabar. Walhal semasa mereka tidak sedar apa sahaja diperlakukan ke atas mereka termasuk perbuatan yang kotor dan mejelek mata termasuknya batu pelernya dijamah dan dibubuh kapur. Sorry.

Begitulah apa yang berlaku dalam Dewan Merdeka sekejap tadi semasa Najib menjadi penggulung tunggal PAU ke-69, para perwakilan bersorak, hiba dan gembira melihat dan mendengar persembahan sandiwara akhir Najib yang menakjubkan bagi mereka.

Hakikatnya apa yang Najib tunjukkan itu adalah satu sikap hipokrit yang paling huduh dan mempamerkan sikap pengecut yang jelek belum pernah dilakukan mana-mana presiden Umno. Najib membuka pintu dan menghulurkan tangan kemaafan kepada orang yang dikecam, dinafikan hak dan dihina bertubi kali.

Muhyiddin hanya tunduk kekosongan?
Apa yang Najib lakukan terhadap Muhyiddin itu sepertilah dia telah mengikat tangan dan kaki Muhyiddin dan Shafei Afdal kemudian membalun dan memukulnya sesuka hati tanpa simpati langsung. Najib menunjukkan dan mengaku dia berani dengan musuh yang dipasung.

Jika Najib ikhlas dan jujur untuk memaafi Muhyiddin dan sesiapa sahaja kerana melakukan perbuatan yang telah menguriskan hatinya, Najib tidak akan mengulangi kecaman dan sindiran kepadanya Muhyiddin sampai memetik perlembagaan parti dan ayat-ayat Quran serta kata-kata Pendeta, sebaliknya beliau terus menghulurkan salam kemaafan tanpa prajudis.

Dan seperti saya nyatakan sebelum ini Najib akan dilihat berjiwa besar dan seorang pemaaf sejati apabila dia menghulurkan tangan kemaafan pada akhir ucapan dasar dua hari lepas. Alangkah dewan akan bergetar dengan rasa hiba kalau Najib sesudah berucap berjalan dan berpelukan dengan Muhyiddin.

Tetapi apabila dia membuat aplogetik itu dihari akhir, selepas sebelum ini kononnya Muhyiddin akan memohon maaf tetapi tidak, maka nampak Najib terus berpolitik dengan tawaran itu. Keikhlasan Najib memohon maaf itu juga dibuat-buat apabila beliau terus menjerit perkataan "tidak akan pencen dan berundur".

Menuglas mengenai budi baik Najib itu, tidak berdosa rasanya kalau Muhyiddin tidak memberi respons positif kepada apa dilakukan laki Rosmah itu. Wajar TPM itu berbuat begitu setelah beliau dihina, dan dilutu demikian rupa oleh Najib tanpa memberi sekelumit ruang untuk menjenguk kepala. Kalau Muhyiddin tidak sedia akur dengan huluran Najib itu jangan salahkan kepadanya, kerana sebagai seorang manusia dan ahli yang sah dia ada maruah dan harga diri.

Bukan sahaja Muhyiddin, tetapi sebahagian besar perwakilan dan pemerhati lain juga berasakan tidak adil dia dijera dijadikan tongkol kayu di petas utama.

Mungkin Muhyiddin akan terkesima dengan tawaran kemaafan Najib itu kalau dia diberi peluang untuk berucap menjawab dan membela tuduhan dan kritikan ke atas dirinya. Orang juga akan marahkannya kalau beliau terus berdegil untuk tidak berdamai. Namun apabila haknya dinafikan, kesalahan itu diletakkan ke atas Najib yang dilihat sebagai kejam dan zalim.

Dan apa yang berlaku di atas pentas utama tadi, apa yang sempat saya intai, ternyata Muhyiddin tidak gembira degan apa yang berlaku. Dalam saat orang lain sebak dan terharu dan berasakan Najib seorang wira yang mulia nan agung, Muhyiddin hanya selamba sahaja. Benar, dia bersalam dengan Najib dan Najib lambat lambat untuk melepaskannya, (bagi membolehkan kamera merakam), tetapi dalam hati Muhyiddin siapalah tahu. Gerak badan Muhyiddin mencerita akan kejengkilan sebenar.

Indikator jelas bahawa persalaman spotan itu tidak memberi bekas kepada Muhyiddin apabila beliau tidak ikut mengangkat tangan, melambai-lamai, sewaktu semua pimpinan dan perwakilan menyanyikan lagu, "anak kecil bermain api". Muhyiddin menyanyi dengan penuh kekakuan, tanpa ada semengat kekitaan membusung di dada.

Beliau baru mengangkat tangan apabila dua orang di kiri dan kanannya memaut dan mengangkat tangannya.

Sesudah menyanyi Zahid Hamidi kelihatan berkata sesuatu kepada Muhyiddin, tetapi tidak dipedulikan, tanpa langsung memandang ke muka Zahid. Gambaran itu menunjukkan suasana spotan di atas pentas itu untuk menujukkan keretakan dalam Umno, khasnya antara Najib dan Muhyiddin pulih seperti sedia kala, tidak berjaya.

Saya yakin selepas ini Muhyiddin akan bergerak dan akan ada forum untuknya menjawab persoalan yang diterpakan kepadanya di sepanjang PAU itu. Sesungguhnya Muhyiddin akan menjawab dan menjelaskan gambaran yang cuba dikelirukan yang kononnya dia bersedia menerima huluran maaf daripada Najib.

Apa yang kita kenal Muhyiddin seorang berprinsip dan bermaruah serta sangat mematuhi agama. Dan Umno akan terus retak kalau pun tidak sampai membawa belah.

SEMUANYA SALAH MAHATHIR...

Posted: 12 Dec 2015 07:03 PM PST

shahbudindotcom

 
 
 
Jika sebelum ini semua perkara dalam negara adalah salah Anwar Ibrahim, tetapi setelah bekas Ketua Pembangkang itu berada dalam penjara dan Tun Mahathir Mohamad pula menjadi pengkritik utama kepada Najib Razak, kini segala-galanya cuba diletakkan di bahu bekas Perdana Menteri itu.

Salleh Said Keruak beberapa hari lalu mengingatkan bahawa kesalahan harus diletakkan kepada Tun Mahathir jika BN mencapai prestasi buruk dalam pilihanraya akan datang berikutan tindakan berterusannya mengkritik Perdana Menteri.

Seorang perwakilan daripada Kelantan, Alwi Che Ahmad juga menyalahkah bekas Tun Mahathir atas kejatuhan BN serta kegagalannya menawan kembali negeri itu daripada Pas dalam beberapa pilihanraya yang lepas.

Kita juga selalu mendengar banyak kenaikan lain seperti tol dan sebagainya turut dikaitkan dengan Tun Mahathir atau dasar-dasar yang diperkenalkannya ketika memerintah dahulu.

Pendeknya sekarang ini, semua perkara adalah salah Tun Mahathir.

Dalam ucapan penggulungan Perhimpunan Agung UMNO, antara yang disentuh oleh Najib ialah kenaikan tambang ERL dari KL Sentral yang dinaikkan daripada RM35 kepada RM55 sehala.

Kata Najib, kenaikan itu adalah kerana perjanjian berat sebelah yang ditandatangani pada 1997 iaitu ketika era pentadbiran Tun Mahathir yang mensyaratkan kenaikan setiap lima tahun.

Katanya, meskipun kenaikan tambang ERL dapat dihalang kenaikannya selama kira-kira 14 tahun, tetapi kerajaan terpaksa membayar pampasan berjumlah RM2.9bilion.

Dalam hal ini, tentu kita tertanya-tanya, apakah kerajaan yang ada sekarang tidak mempunyai kuasa sama sekali untuk merundingkan semula terma-terma perjanjian dengan syarikat pemegang konsesi demi kepentingan rakyat?

Dalam kes ERL misalnya, selain syarikat swasta, bukankah syarikat berkaitan kerajaan turut menjadi pemegang sahamnya?

Kenapa tidak cuba dirundingkan semula syarat-syarat perjanjian sedangkan kerajaan adalah pihak paling berkuasa untuk berbuat demikian?

Bukankah berkali-kali kerajaan melaungkan inginkan kuasa untuk menolong rakyat?

Kalau kerajaan yang ada sekarang hanya akur saja dengan keputusan pentadbiran terdahulu, kenapa pula perlaksanaan rel berkembar dari Padang Besar ke Johor Bahru dan pembinaan Jambatan Bengkok yang sudah diluluskan, boleh dibatalkan sebaik Tun Mahathir tidak lagi berkuasa?

Apakah menyalahkah Tun Mahathir merupakan jalan mudah untuk menutup kelemahan diri sendiri?

Jika semuanya salah Tun Mahathir, adakah Najib tidak bersalah atau tidak boleh diletakkan sebarang beban sama sekali atas perkara-perkara yang menjadi keresahan rakyat sekarang ini?

Bersih dan suci sangatkah manusia yahg bernama Najib itu?

Naik tambang ERL bukan kesalahan Najib. Naik tol tidak salah. Gagal tawan Kelantan tidak salah dan jika kalah teruk dalam pilihanraya akan datang pun bukan salahnya juga.

Semuanya salah Tun Mahathir. Dan Najib tidak pernah bersalah sama sekali.

Barangkali itulah sebabnya menerima wang RM2,600 juta dan mengakibatkan hutang setinggi RM42 bilion kepada 1MDB dalam urusniaga yang banyak meragukan turut tidak dianggap suatu kesalahan juga kepada Najib. 
 
 
 

Masalah Umno belum selesai dengan salam perdamaian Najib-Muhyiddin

Posted: 12 Dec 2015 06:47 PM PST




Kepimpinan tertinggi Umno yang dilihat berdamai semalam di Perhimpunan Agung parti dikatakan belum dapat menyelesaikan masalah dengan sepenuhnya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 13 Disember, 2015. 
Kepimpinan tertinggi Umno yang dilihat berdamai semalam di Perhimpunan Agung parti dikatakan belum dapat menyelesaikan masalah dengan sepenuhnya. – Gambar fail The Malaysian Insider.
 
 
Perhimpunan Agung Umno semalam berakhir dengan gemilang bagi presiden parti Datuk Seri Najib Razak, di mana delegasi bangun dan bertepuk setuju semasa beliau menyampaikan ucapan penggulungannya dengan laungan tidak akan menyerah diri. 
 
Selepas berbulan Umno berdepan masalah dalaman, Najib menawarkan salam perdamaian kepada salah seorang pengkritik utamanya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang diserang selama tiga hari daripada perwakilan parti. 

Namun di sebalik senyuman delegasi di hadapan kamera, terdapat kebimbangan parti Melayu terbesar dan tertua dalam negara itu masih jauh perjalanannya untuk dipulihkan.

Mereka yang ditemui The Malaysian Insider bercakap tentang keperluan kepimpinan parti untuk bersatu padu, tetapi isu yang menyebabkan keretakan perlu diselesaikan terlebih dahulu. 
 
 Ketua Cawangan Pasir Panjang Ramli Aziz berkata, harapan paling utama delegasi dalam perhimpunan tahun ini ialah dua pemimpin utama dapat berdamai supaya parti boleh kuat dan bersatu sekali lagi.

Ramli berkata, salam perdamaian di atas pentas semalam tidak begitu berkesan kerana Muhyiddin tidak kelihatan begitu ikhlas. 

"Apabila Muhyiddin bersalaman dengan Najib, ia tidak kelihatan ikhlas. Selalunya Muhyiddin akan menemani Najib dan kedua mereka akan meninggalkan perhimpunan itu," kata Ramli.

"Namun kali ini Muhyiddin antara yang pertama untuk meninggalkan acara dan pergi berasingan daripada yang lain. Najib ikhlas tetapi timbalannya tidak."

Delegasi Sabah Datuk Kamarlin Ombi juga turut tidak gembira dengan respons penentang Najib, mengatakan Umno tidak boleh menyelesaikan masalahnya sekiranya pihak lain enggan bekerjasama.

Kamarlin berkata beliau hanya mahukan kepimpinan bersatu padu, dan menggesa "sesetengah pihak" supaya muhasabah diri.

"Najib sudah jelaskan yang beliau sanggup berbincang, untuk menyelesaikan konflik ini. Saya fikir jika beliau seorang sahaja yang bercakap sementara pihak lain tidak bekerjasama, ia takkan diselesaikan," kata Kamarlin.

Terdapat kebenaran dengan kata-kata Kamarlin, kerana sebaik selepas berjabat tangan dengan Najib, 
 
Muhyiddin memberitahu media beliau masih mahu tahu apakah langkah yang ingin diambil untuk menyelesaikan masalah dibangkitkannya, berkaitan skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan derma RM2.6 bilion dalam akaun peribadi perdana menteri.

Delegasi Teluk Kemang Junaina Abu Kassim berkata, beliau percaya ia akan ambil masa untuk parti berdamai, dan kedua-dua pihak perlu memahami satu sama lain untuk mengaku salah mereka.

Enggan memihak kepada sesiapa, Junaina berkata semua pemimpin perlu berani menegur dan menerima teguran.

Sementara itu, Rushdan Mohamed, seorang ahli Umno Sepang tidak berpuas hati dengan peristiwa atas pentas itu serta ucapan penggulungan Najib.

"Mana boleh selesai dengan bersalam dan berpelukan. Siapa yang hendak bersalam dengan rakyat dan pengundi? Mudah betul baginya.

"Ucapannya tidak lagi berkisar tentang denyut nadi rakyat, hanya berkisar survival diri," kata Rushdan.

Beliau mengadu parti tidak berlaku adil dalam menghukum ahli, dan menggesa presiden supaya membawa Umno kembali kepada asas perjuangan terdahulunya. 

Seorang ahli dari Perlis yang mahu dikenali sebagai Syirah, turut tidak puas hati dengan ucapan presiden.

"Ia terlalu pendek. Presiden berkata kita tidak perlu bimbangkan perjanjian TPPA (Perkongsian Trans-Pasifik) tetapi saya masih bimbang. Saya faham hanya sedikit tetapi perlukan lebih maklumat," katanya.

Bagaimanapun Syirah menyokong apa-apa keputusan yang dibuat presiden.

"Saya menyertai Umno sudah 20 tahun. Kami sokong parti. Ini tentang Melayu," katanya.

Namun Sapari, ahli dari Pontian, Johor, dan Che Hassan Che Johan ahli Umno Seputeh berpuas hati dengan ucapan ringkas Najib.

Sapari yang menjadi ahli Umno selama 40 tahun berkata, pertengkaran antara pemimpin harus berhenti kerana ia akan menjejaskan peluang memenangi pilihan raya umum akan datang.

"Laungannya untuk perpaduan dan silaturrahim antara kepimpinan dan ahli datang tepat pada masanya kerana kita perlu bekerja keras dalam pilihan raya umum akan datang," katanya.

Che Hassan memuji ucapan itu sebagai permulaan yang baik untuk barisan kepimpinan Umno, dan melihat salam perdamaian di antara Najib dan Muhyiddin sebagai tanda saling memaafkan.

Beliau juga kelihatan percaya dengan apa yang dikatakan Najib mengenai serangan terhadapnya adalah tidak berasas.

"Tak nak lagi suara sumbang cuba pecah-belahkan pemimpin Umno lagi. Saya harap apa yang berlaku hari ini jadi realiti positif. Kita dapat lihat perpaduan sudah kembali. Kita harus pertahankannya.

"Hari ini pemimpin tunjukkan mereka matang dalam politik," kata Che Hassan.

Namun Ketua Umno Kemaman Fikri Ibrahim percaya perdamaian tersebut tidak berhasil, tetapi menambah beliau tidak menganggapnya sebagai satu masalah.

"Pandangan saya ialah, mungkin ada sebab mengapa isu-isu ini ditimbulkan, kerana ia dibincangkan secara terbuka.

"Sepatutnya terdapat lebih banyak penjelasan mengenai isu tersebut kepada kita."


Adakah begitu penting Muhyiddin dipecat atau tidak dari Umno?

Posted: 12 Dec 2015 06:34 PM PST


Sama ada Tan Sri Muhyiddin Yassin dipecat Umno atau tidak kini tidak menjadi isu penting bagi pengundi yang lebih risaukan kos sara hidup yang semakin tinggi. – Gambar fail The Malaysian Insider, 13 Disember, 2015. 
Sama ada Tan Sri Muhyiddin Yassin dipecat Umno atau tidak kini tidak menjadi isu penting bagi pengundi yang lebih risaukan kos sara hidup yang semakin tinggi. – Gambar fail The Malaysian Insider.
 
 
Jika pilihan raya diadakan esok, "Umno masih akan mati", kata dua aktivis parti yang kecewa selepas perhimpunan agung semalam. Pandangan mereka merupakan gambaran lebih besar dihadapi Umno ketika ahli dan pemerhati berdebat sama ada Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin akan dipecat atau tidak.

Menurut dua aktivis itu, seorang dari bahagian Ipoh Timur di Perak dan seorang lagi dari Bukit Bintang di Kuala Lumpur, nasib Umno berada di tangan pengundi yang tidak peduli apa bakal berlaku kepada Muhyiddin.

Kebimbangan utama mereka termasuk bagaimana tambang pengangkutan awam meningkat dan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) memberikan kesan kepada perbelanjaan. Ini merupakan isu sebenar yang akan menentukan nasib Umno dalam pilihan raya umum akan datang.

"Rakyat benar-benar menderita di luar sana dan kita mempunyai pemimpin yang menerima berbilion ringgit dalam akaun mereka," kata aktivis Umno dari Ipoh Timur kepada The Malaysian Insider, dengan syarat tidak dinamakan.

Beliau mendakwa pandangannya dikongsi ramai ahli Umno, termasuk beribu yang menghadiri perhimpunan selama 5 hari itu, dan berikrar taat setia kepada Datuk Seri Najib Razak.

"Ahli sangat marah dengan kepimpinan, tetapi terlalu takut untuk bersuara," kata aktivis Umno Ipoh Timur itu.

Bulan lepas, bekas ketua Wanita Umno Gopeng Datuk Hamidah Osman dipecat kerana mendesak Najib letak jawatan.

"Tetapi inilah yang perlu dilakukan. Ramai ahli merasakan beliau perlu berundur untuk memberikan harapan kepada parti," kata ahli dari Bukit Bintang pula.

Isu berbangkit
 
Umno dan Barisan Nasional (BN) hanya berjaya mendapat 47% daripada undi popular pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Ini berlaku ketika parti masih kuat dan semua orang, termasuk Muhyiddin berada di belakang Najib.

Sekarang menurut Ibrahim Suffian, isu kos kehidupan, kejatuhan nilai ringgit dan GST menyebabkan sokongan BN dan Umno menurun.

Menurut pengarah Merdeka Center itu, isu ekonomi merupakan faktor penentu dalam pilihan raya.

"Pada 2008, keadaan ekonomi tidak stabil dan menyebabkan BN kalah di banyak tempat," kata Ibrahim.

Menurut Ibrahim, di negeri seperti Pulau Pinang contohnya, kekuatan jentera dan pemimpin berpengalaman tidak dapat menyelamatkan BN daripada kalah di negeri itu.

Namun perpecahan Umno disebabkan ketidakpuashatian ahli dan penyokong terhadap kepimpinan boleh memberikan kesan kepada prestasi buruk parti.

"Apabila anda mempunyai isu besar, isu berbangkit, setiap undi menjadi penting. Jadi, perpecahan dalam parti boleh menyebabkan penyokong yang biasanya mengundi tidak keluar atau mengundi pihak lain.

"Perpecahan dalam parti apabila sentimen seperti ini boleh mendatangkan 'bencana'," kata Ibrahim.

Aktivis dari Bukit Bintang bersetuju dengan pendapat ini mengatakan sekarang hampir mustahil mendapat sokongan orang ramai.

"Saya antara yang kena berdepan dengan pengundi, saya tahu betapa susahnya. Sekarang ini persepsi terhadap kita terlalu negatif. Kita tidak akan dapat lagi undi Cina dan undi Melayu tidak stabil."

Tetapi ini tidak bermakna isu seperti skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan derma RM2.6 bilion masuk ke dalam akaun peribadi Najib tidak menjejaskan sokongan.

Terima kasih kepada media sosial, kata ahli dari Bukit Bintang itu, terdapat persepsi pemimpin Umno dan keluarga mereka terlalu kaya dan sudah terlalu jauh dari kehidupan orang ramai.

"Rakyat bercakap tentang bagaimana Najib membelanjakan semua wang ini untuk perkahwinan anaknya," katanya.

Isu kredibiliti dan integriti adalah isu-isu yang penting, kata Ibrahim, mengukuhkan lagi perasaan tidak puas hati.

"Contohnya, sudah terdapat sentimen kerajaan mengumpul banyak hutang (melalui 1MDB) dan orang ramai yang terpaksa membayarnya dengan cukai baharu seperti GST," kata Ibrahim. 
 
 

‘Mahu tarik apa?’

Posted: 12 Dec 2015 06:20 PM PST

BERNAMA

 

mat sabu
Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamed Sabu hari ini menegaskan bahawa beliau tidak akan sesekali menarik balik kenyataannya berhubung dakwaan bahawa 'Pas diresapi fahaman militan Negara Islam (IS) atau pengganas Daesh.' - Foto TRP/Azrol Ali


KEPALA BATAS,  Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamed Sabu hari ini menegaskan bahawa beliau tidak akan sesekali menarik balik kenyataannya berhubung dakwaan bahawa 'Pas diresapi fahaman militan Negara Islam (IS) atau pengganas Daesh.'

Beliau yang lebih dikenali dengan gelaran Mat Sabu berkata tiada keperluan baginya untuk menarik balik kenyataannya walaupun Pas tampil membuat laporan polis berhubung perkara tersebut.

"Mahu tarik apa? Apa punya laporan polis pun saya tak tahu. Saya tak pernah baca apa-apa pun mengenai laporan polis dibuat Pas terhadap saya," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Amanah peringkat negeri di sini hari ini.

Mat Sabu berkata kritikan kepimpinan Pas terhadapnya adalah hanya melalui tafsiran mereka sendiri dan beliau enggan menguals lanjut mengenai hal tersebut.

"Lebih baik kamu pergi tanya Pas mengenainya dan kenapa mereka kemukakan kenyataan berkenaan.

"Paling utama, kamu lihat sendiri berapa ramai yang hadir di majlis petang ini. Ini membuktikan bahawa kerjaya politik saya masih relevan dan tidak seperti digambarkan kepimpinan Pas," katanya.

Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz sebelum ini menyifatkan tuduhan Mat Sabu itu adalah langkah terdesak bagi mengembalikan karier politiknya yang kini ibarat telur di hujung tanduk.

Nik Mohamad Abduh berkata tuduhan Mat Sabu itu disebabkan beliau sudah tidak ada modal untuk menjatuhkan Pas sejak beliau keluar daripada parti itu dan membentuk Amanah.

Pas Pulau Pinang turut membuat laporan polis ke atas Naib Presiden Amanah, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa ekoran kenyataannya yang dikatakan mendakwa Pas mempunyai hubungan dengan militan Daesh dan Al-Maunah.

Muhyiddin, Shafie wajar berundur – Penganalisis Politik

Posted: 12 Dec 2015 06:18 PM PST

QURNISHA HAMKA

 

Penganalisis Politik Seranta, Prof Dr Baharuddin Aziz

Penganalisis Politik Seranta, Prof Dr Baharuddin Aziz berkata langkah itu dilihat jalan terakhir yang ada selepas Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan juga Naib Presiden, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal enggan memohon maaf kepada Presidennya, Datuk Seri Najib Razak atas perselisihan yang berlaku. - Foto TRP/Azrol Ali


KUALA LUMPUR,  Dua pimpinan 'menongkah arus' Umno dilihat wajar berundur atas tujuan memelihara parti.

Penganalisis Politik Seranta, Prof Dr Baharuddin Aziz berkata langkah itu dilihat jalan terakhir yang ada selepas Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan juga Naib Presiden, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal enggan memohon maaf kepada Presidennya, Datuk Seri Najib Razak atas perselisihan yang berlaku.

"Itu yang kita harapkan (Muhyiddin dan Najib) berdamai, tetapi dalam konteks ini saya rasa itu satu pemameran.

"Bersatu itu penting, tetapi kalau kita mempunyai pendirian, ataupun idea-idea yang tersendiri. Kalaulah saya Tan Sri Muhyiddin pun, lebih baik saya bagi masalah kepada Umno dan memecah belahkan atau menggangu gugat Umno atau ahli-ahli Umno itu sendiri, lebih baik saya berundur.

"Saya sendiri letak jawatan daripada Umno, dan bawa hala tuju saya sendiri dari mana nak ke mana..daripada duduk dalam itu main belakang (tikam) dan sebagainya, jadi saya rasa demi kebaikan parti itu sendiri lebih baik Tan Sri Muhyiddin itu sendiri dan juga kalau terlibat Datuk Seri Shafie berundur dari arena kancah itu…tunggu masa, kalau sudah okay masuk balik ke macam mana," katanya ketika ditemui The Rakyat Post.

Beliau yang hadir ke Perhimpunan Agung Umno 2015 sebagai pemerhati melihat bahawa Najib sudah melakukan yang terbaik untuk menjelaskan mengenai isu yang mengundang kontroversi di dalam parti iaitu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan juga derma dana politik RM2.6 billion.

Malah jelasnya, perwakilan di lihat mampu menerima penjelasan yang diberikan Perdana Menteri itu yang mana selama ini menjadi pertikaian antara rakyat dan juga ahli-ahli politik.

"Saya sebagai pemerhati, saya dapati bahawa taklimat Presiden, Datuk Seri Najib Razak kepada perwakilan bahawa Presiden telah memberi penjelasan mengenai isu-isu yang terbuku di dalam hati dan juga pemikiran minda.

"Yang saya boleh sebut, proses penjernihan, dimana Presiden telah mengambil usaha supaya tak lari dari isu..dia terbuka, dia jelaskan dan terangkan bagaimana dan apa kepada perwakilan.

"Saya perhatikan, 2,600 perwakilan dari 191 bahagian telah mendapat penerangan yang begitu teliti mengenai apa-apa isu yang telah dibangkitkan yang lama terbuku dalam hati nurani para ahli Umno itu sendiri," tambah pensyarah jemputan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu lagi.

Khamis lalu melalui ucapan dasar Presiden, Najib sudah menghulurkan salam perdamaian kepada Muhyiddin dan juga Shafie atas pertelingkahan yang berlaku di antara mereka.

Namun, hari ini, kedua-dua individu berkenaan menyatakan keengganan untuk berdamai sebaliknya bertegas bahawa masalah yang timbul perlu diselesaikan.

Isu vape: Penyakit ‘Pop Corn Lung’ sengaja diperbesarkan – Pakar kardiologi

Posted: 12 Dec 2015 06:15 PM PST

A AZIM IDRIS

 

Vaping baldie 1
Penemuan kajian terbaru yang menunjukkan penggunaan e-rokok boleh menyebabkan berlakunya simptom pernafasan kronik yang dikenali sebagai penyakit 'Pop Corn Lung' telah diperbesar-besarkan, kata seorang pakar kardiologi terkemuka dunia. - Foto TRP


CAUSEWAY BAY, HONG KONG,  Penemuan kajian terbaru yang menunjukkan penggunaan e-rokok boleh menyebabkan berlakunya simptom pernafasan kronik yang dikenali sebagai penyakit 'Pop Corn Lung' telah diperbesar-besarkan, kata seorang pakar kardiologi terkemuka dunia.

Menurut Dr Konstantinos Farsalinos dari Universiti Patras di Greece, penemuan berkenaan diperbesarkan kerana laporan berkenaan gagal untuk menyatakan bahawa bahan kimia yang menyebabkan 'obliterans bronkiolitis' itu turut wujud dengan kuantiti yang banyak dalam asap rokok tembakau.

Dr Farsalinos berkata demikian merujuk kepada sebuah penerbitan dalam jurnal Perspektif Kesihatan Alam Sekitar baru-baru ini oleh penyelidik dari Sekolah Kesihatan Awam Harvard TH Chan yang menemui kehadiran diacetyl, asetil propionyl dan acetoin dalam 51 produk rokok yang berbeza.

Para penyelidik tersebut katanya mendapati sekurang-kurangnya satu bahan kimia dalan 92 peratus sampel dan 76 peratus daripadanya mengandungi diacetyl dan mencadangkan tindakan segera perlu dilakukan untuk menilai sejauh mana terdedahnya diacetyl daripada e-rokok.

"Kami melakukan kajian yang sama tahun lepas dan mereka menggunakan contoh dari pihak kami.

"Kami mendapati tahap yang lebih tinggi pada tahun lalu daripada apa yang mereka dapati dan tahap 'tinggi' berkenaan adalah 100 kali lebih rendah daripada apa yang terdapat dalam asap rokok tembakau, dan mereka yang mencipta kegilaan media ini," katanya.

Farsalinos berkata demikian ketika ditemui di luar acara Pengurangan Kemudaratan di Asia – Simposium Membangunkan Rangka Kerja Pengawalseliaan bagi E-rokok di sini, pada Khamis.

Simposium itu dianjurkan oleh kumpulan sokongan pengguna serantau, Factasia.org, di tengah-tengah perdebatan hangat mengenai potensi pengurangan kemudaratan e-rokok sebagai alternatif yang kurang berbahaya untuk perokok dewasa.

Inisiatif kumpulan berkenaan datang ketika mana kerajaan Hong Kong dan Macau sedang mempertimbangkan sepenuhnya pengharaman penjualan e-rokok, manakala pihak berkuasa di Malaysia mengumumkan mereka akan mengawal selia dan bukannya melarang, serta cadangan itu dijangka dikaji semula dan diundi oleh penggubal undang-undang pada 2016.

Dr Farsalinos juga memberitahu masih belum ada kes yang pengguna e-rokok yang telah menghidapi penyakit berkenaan yang menyebabkan keradangan dan parut ke paru-paru, dan menyukarkan pernafasan disebabkan penggunaan berpanjangan peranti berkenaan walaupun menyatakan bahawa 75 peratus daripada pengisian semula cecair vaping mengandungi bahan kimia tersebut.

Sebagai respon kepada kajian Harvard itu, Dr Farsalinos, dalam laman blognya, berkata artikel itu telah mewujudkan tanggapan yang salah dan membesar-besarkan potensi risiko diacetyl dan asetil pendedahan propionyl melalui e-rokok.

"Mereka gagal untuk menyatakan bahawa bahan kimia ini terdapat di dalam asap rokok tembakau dan melanggar prinsip toksikologi klasik bahawa jumlah yang menentukan ketoksikan dan risiko.

"Sama ada anda sihat atau tidak, merokok akan menjadi faktor risiko yang tinggi untuk menjejaskan kesihatan jika dibandingkan dengan pendedahan yang datang dari e-rokok, sekurang-kurangnya pada tahap purata daripaa apa yang ditemui dalam kajian kami dan kajian terbaru itu," ujarnya.

Bagaimanapun, beliau merupakan penyokong kuat kepada usaha untuk mengeluarkan diacetyl dan asetil propionyl daripada e-rokok.

"Perokok perlu dimaklumkan tentang risiko daripada terus merokok berbanding risiko yang datang dari penggunaan diacetyl mengandungi e-cecair.

"Kita tidak harus lupa bahawa risiko dari menggalakkan perokok untuk menggunakan e-rokok sebagai alat berhenti merokok adalah lebih tinggi daripada risiko yang terdedah kepada diacetyl dan asetil propionyl di peringkat purata ditemui dalam kajian ini," katanya.

Mahu tiket bola percuma? Undi BN!

Posted: 12 Dec 2015 03:58 PM PST

 
Jamal berkata BN mampu sediakan operasi tiket perlawanan yang telus, tanpa diskriminasi dan mencukupi.


Jamal yunus


PETALING JAYA: UMNO menjanjikan tiket perlawanan percuma jika pengundi memilih BN menerajui Kerajaan Negeri Selangor pada pilihan raya akan datang.

Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Yunos berkata BN boleh menangani isu tiket perlawanan bolasepak dengan lebih efektif berbanding pentadbiran tri PKR-DAP-PAS.

"Lambakan penjualan tiket secara sindiket pada Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2015 di Stadium Shah Alam malam ini (Sabtu) membuktikan kegagalan pihak pengurusan di bawah Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Azmin Ali dalam memenuhi hasrat para penyokong pasukan Selangor dan Kedah," kata Jamal dalam satu kenyataan kepada FMT.

Menurut Jamal, Kerajaan Negeri sewajarnya mengambil langkah memastikan penjualan tiket beroperasi dengan lebih telus, dan tidak mengamalkan diskriminasi terhadap para penyokong.

Beliau mendakwa, kegagalan mengambil langkah-langkah yang perlu menyebabkan penyokong Selangor dan Kedah terpaksa membeli tiket melalui sindiket.

"Harga tiket perlawanan asal yang ditetapkan berjumlah RM40 telah dinaikkan secara mendadak kepada RM150 hingga RM200.

"Para penyokong kedua-dua pasukan ini terpaksa membeli tiket menerusi sindiket setelah kecewa dengan janji pihak pengurusan yang pada asalnya menjanjikan peruntukan 30,000 tiket bagi menyaksikan perlawanan pada malam ini (Sabtu)," jelas Jamal.

Katanya masalah itu dapat ditangani dengan lebih efektif jika tiket perlawanan diberikan secara percuma.

"InsyaAllah, ianya dapat direalisasi jika BN menerajui Kerajaan Negeri Selangor."

Perkarangan Stadium Shah Alam bertukar tapak pesta sempena Final Piala Malaysia

Posted: 12 Dec 2015 03:54 PM PST

FREE MALAYSIA TODAY


Penyokong Kedah dan Selangor membanjiri perkarangan Stadium Shah Alam sejak 1 tengah hari.


stadium SHah alam


SHAH ALAM: Perkarangan Stadium Shah Alam yang kebiasaannya lengang bertukar seolah-seolah menjadi sebuah tapak pesta hiburan apabila penyokong Kedah dan Selangor berkumpul sejak 1 tengah hari bagi menyaksikan final Piala Malaysia antara kedua-dua pasukan.

Tinjauan Bernama di sekitar perkarangan stadium mendapati penyokong kedua-dua pasukan sudah mula membanjiri kawasan berkenaan sambil turut mengambil kesempatan membeli jersi dan makanan ringan di beberapa buah gerai di sekitar perkarangan stadium yang dibuka oleh beberapa peniaga tempatan.

Salah seorang peniaga jersi yang hanya mahu dikenali sebagai Ghani, 51 berkata, beliau agak gembira kerana memperolehi keuntungan yang agak lumayan sejak semalam sehingga terpaksa menambah bilangan t-shirt dan jersi yang dijual.

"Alhamdulillah, hasil jualan jersi sejak semalam boleh dikatakan agak lumayan walaupun terdapat persaingan daripada beberapa gerai lain yang turut menjual jersi dan t-shirt pasukan Selangor dan Kedah.

"Sebelum ini, pakcik jarang memperolehi keuntungan yang agak besar seperti yang diperoleh sejak semalam dan pakcik amat bersyukur," katanya yang sudah menjalankan perniagaan menjual jersi pasukan tempatan sejak beberapa tahun lepas.

Dalam pada itu, peniaga makanan ringan yang hanya mahu dikenali sebagai Ramlah, 45 dari Kuala Selangor mengakui jualan makanan dan minuman ringan yang dijalankan bersama suaminya, Abdullah, 53 di perkarangan Stadium Shah Alam sejak beberapa tahun lepas mendatangkan hasil yang agak memuaskan.

"Makcik tak ingat berapa kali berniaga sempena perlawanan akhir Piala Malaysia selepas kali terakhir diadakan di sini (Stadium Shah Alam) pada 2013 tapi apa yang makcik nampak hasil jualan sentiasa mendatangkan keuntungan," kata Ramlah yang menjual pelbagai jenis makanan ringan seperti keropok, burger serta minuman ringan.

Sementara itu, seorang penyokong Kedah, Khairul Amri Mohamad, 34 dari Sungai Petani yang tiba di Shah Alam sejak semalam, berharap skuad Helang Merah dapat menamatkan penantian tujuh tahun untuk menjulang Piala Malaysia selepas kali terakhir pada 2008 hasil kemenangan tipis 3-2 ke atas Selangor di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

"Pada 2008, saya tidak dapat menyaksikan final Piala Malaysia kerana sedang melanjutkan pelajaran di luar negara tetapi kali ini saya bersyukur kerana berjaya mendapatkan tiket untuk menyaksikan perlawanan yang dijangka menarik ini.

Pandangan sama turut disuarakan oleh anak jati Shah Alam, Ahmad Anas Marzuki, 25 yang merupakan seorang pelajar di salah sebuah universiti swasta di Subang Jaya berharap Selangor dapat menamatkan 'Misi 33′ yang sudah lama tertangguh.

"Sebelum ini, saya lebih suka duduk di rumah tapi disebabkan desakan segelintir kawan-kawan saya yang juga penyokong Selangor, saya datang juga untuk menyaksikan perlawanan ini dan berharap kemenangan menjadi milik Selangor," katanya.– BERNAMA

Helang Merah tewas digenggam Gergasi Merah

Posted: 12 Dec 2015 03:47 PM PST

 
Selangor muncul juara Piala Malaysia, sekaligus menamatkan kemarau 10 tahun.
 
 
Selangor


PETALING JAYA: Selangor merangkul kejuaraan Piala Malaysia buat kali ke-33 menewaskan juara Liga Perdana, Kedah 2-0 dalam perlawanan final di Stadium Shah Alam, pada Sabtu.

Kemenangan itu sekaligus menamatkan kemarau 10 tahun pasukan Selangor mengejar gelaran juara Piala Malaysia.

Selangor mendahului Kedah 1-0 di separuh masa pertama melalui jaringan Ahmad Hazwan Bakri pada minit ke-3 perlawanan.

Selangor kekal di hadapan lawannya sekali lagi melalui jaringan Hazwan di minit ke-47 separuh masa kedua.

Sementara itu, laman sosial Twitter mencicipkan kata-kata jurulatih pasukan Selangor, Mehmet Durakovic sempena kemenangan mereka.

"Sudah 10 tahun untuk Selangor mencapai sasaran ini. Ini adalah detik paling indah untuk saya, keluarga, pemain dan khususnya kejayaan ini adalah hadiah untuk Sultan Selangor sempena ulangtahun keputeraan baginda semalam," katanya.

Dengan kemenangan ini juga, Dato' Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengumumkan cuti peristiwa pada Isnin susulan kejayaan Selangor menjulang Piala Malaysia.

‘Agama’ dan ‘Bangsa’ candu UMNO kekal memerintah

Posted: 12 Dec 2015 03:44 PM PST

Oleh Mohammad Fakhrurrazi Mohd Rashid


Candu ini berkesan melahirkan pemimpin muda yang hanya mahu mengekalkan kuasa dan kepentingan parti.
 
 
 
umno



Perhimpunan Agung UMNO telah menunjukkan kepada rakyat Malaysia bahawa negara ini masih lagi dibawah pemimpin yang tandus idealisme dan pegangannya. Walaupun ahli-ahlinya tahu bahawa kepimpinan yang ada ini mempunyai masalah yang besar dalam soal menguruskan negara. Tetapi, mereka seolah-olah redha dan tidak menghiraukan kegagalan pemimpin mereka. Mengapa perkara sedemikian rupa berlaku?

Jawapannya mudah, UMNO menggunakan 'candu' agama dan bangsa, menghembuskan virus Amnesia di minda ahli-ahlinya supaya lupa akan kesulitan, krisis dan kegagalan pemimpin UMNO yang telah hampir meragut kehidupan rakyat Malaysia. Candu inilah ubat paling mujarab untuk menjawab segala persoalan kepada setiap masalah negara. Candu inilah yang melemahkan pemikiran ahli UMNO untuk takut melawan 'pemimpin' UMNO.

Seorang perwakilan UMNO Kedah menyatakan bahawa Najib Razak merupakan 'insan terpilih' daripada Allah S.W.T untuk menggalas tugas Perdana Menteri. Rasionalkah kenyataan ini? Dari segi asasnya memang benar, Allah S.W.T membenarkan perkara tersebut berlaku. Tapi bukan kerana dia 'seorang' sahaja mampu jadi Perdana Menter. Ramai lagi pemimpin yang layak selain Najib Razak, cuma tiada dalam UMNO! Kerana UMNO sudah ketandusan pemimpin berkarisma.

Kenyataan seperti ini tidak lain adalah untuk memastikan Najib Razak kekal berkuasa dengan menggunakan elemen agama. Pendekatan ini paling mudah kerana ia akan meniupkan ketakutan ahli UMNO supaya tidak menderhaka kepada pemimpin. Kehendak tuhan pula digunakan oleh pemimpin setelah mereka gagal memberi jawapan yang kukuh untuk mendapat sokongan ahli parti. Mengapa terdesak mengheret 'tuhan' untuk mengekalkan kuasa?

Mungkin, pemimpin UMNO lupa, Firaun dan Qarun juga menjadi pemimpin atas kekuasaan dan kehendak Allah S.W.T walaupun sifatnya buruk. Akhirnya, kedua-dua mereka ini dilaknat oleh Allah S.W.T kerana ingkar atas perintah tuhan serta menzalimi rakyat biasa. Itulah balasan Allah kepada pemimpin yang menzalimi rakyat sendiri serta tamak akan harta kekayaan. Jawatan Najib Razak sebagai PM juga mungkin satu musibah kepada negara dan ceritanya mungkin menjadi tatapan pengajaran kepada rakyat! Menolak UMNO/BN

Dr Fathul Bari juga cuba menggunakan hujah agama Najib Razak kekal sebagai Perdana Menteri Malaysia. Sayangnya dia menggunakan contoh peristiwa Saidina Uthman bin Affan yang secara jelas dinasihatkan oleh Rasulullah S.A.W dalam sebuah hadis untuk tidak meletak jawatan sekiranya ada desakan.

Persoalannya, adakah Najib Razak itu setaraf dengan Saidina Uthman bin Affan yang dijanjikan Allah dan Rasulullah S.A.W syurga? Hujah yang diberikan oleh Dr Fathul Bari ini semestinya tempang dan hanya untuk kepentingan politik UMNO.

Saya juga tidak hairan kalau candu agama dan bangsa ini juga telah meresap masuk kepada pemimpin muda UMNO. Terbukti, candu ini berkesan melahirkan pemimpin muda yang hanya mahu mengekalkan kuasa dan kepentingan parti lebih daripada soal masa depan anak-anak muda. Platform yang sebegitu besar dan penting digunakan untuk mengampu politikus parti dan menanam rasa benci ke atas anak muda yang berbeza ideologi. Bukankah lebih baik masa itu untuk menyampaikan idea dan hasrat anak muda yang sengketa dengan kos pendidikan dan sara hidup yang tinggi?

Mohammad Fakhrurrazi Mohd Rashid ialah pembaca FMT

Ku Nan kata Muhyiddin 'angkuh'

Posted: 12 Dec 2015 03:35 PM PST

MALAYSIAKINI


 


Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menganggap timbalan presidennya sebagai "angkuh" kerana tidak menunjukkan semangat kebersamaan ketika Datuk Seri Najib Razak menggulung perbahasannya.

"Itulah masalahnya, angkuh, nak buat macam mana," katanya.

Menurut Tengku Adnan perdana menteri telah menunjukkan bahawa apa yang dikehendakkan oleh Perhimpunan Agung Umno telah diketengahkan.

Perhimpunan Agung Umno 2015 melabuhkan tirai sebentar tadi sebaik Najib selesai menyampaikan ucapan penggulungannya dan bergerak ke pentas utama menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Muhyiddin.

Najib semasa ucapannya berkata beliau seorang berjiwa besar dan membuka hati untuk menyelesaikan kemelut dalam parti.

Najib juga berkata, beliau mahu melihat Umno bersatu semula dan gesaan itu dengan disambut sorakan perwakilan.

Bagaimanapun beberapa sumber memberitahu Malaysiakini, Muhyiddin sebenarnya bangun bersama pimpinan lain ketika Najib mengumumkan beliau "berjiwa besar" terhadap pengkritiknya.

Kata sumber, Muhyiddin kemudian duduk semula ketika yang lain masih berdiri dan memberikan tepukan gemuruh kepada presiden mereka.

Tiada ulasan: