Nuffnang

Pengikut

DIALOG RAKYAT

sumber :-

DIALOG RAKYAT


UMNO pernah berpecah, dan mungkin berpecah lagi?

Posted: 12 Dec 2015 04:01 AM PST

 
Walaupun banyak telah diperkatakan tentang kewujudan dua pasukan dalam UMNO, jelas ia bukanlah satu perkara baharu, ia satu tradisi yang sudah dibenih sejak tahun 1987 lagi oleh Team A dan Team B ketika itu.
 
 
 
umno,pilihanraya


Saban hari, selepas artikel saya mengenai perutusan perasmian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2015 diterbit, ramai pembaca yang membetulkan satu fakta dalam artikel berkenaan. Terima kasih!

Fakta tersebut ialah mengenai sambutan ulang tahun UMNO ke-70 pada Mei tahun hadapan (2016). Minta maaf, saya hanya mengikut skrip yang dibentangkan oleh Perdana Menteri mengenai perkara itu, saya hanya mahu menyambung keterujaan beliau tentang betapa jauhnya UMNO telah berjuang selama ini, di tanah bertuah ini.

Namun, jelas ia satu fakta yang salah, UMNO yang kita laung-laungkan kini bukan berusia 69 tahun tetapi baru sahaja menjengah usia 27 tahun. Kalau diikutkan dalam konteks sosial semasa, ia usia yang paling matang untuk memasuki alam perkahwinan. Apakah itu juga indikasi UMNO Baru ini mahu berkahwin dengan Pas? Okay, itu bukan isu kita sekarang, saya reserve isu itu dalam artikel akan datang!

Kisah kewujudan Team A diketuai Dr Mahathir dan Team B diketuai Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah sehingga mencetuskan UMNO Baru pada tahun 1988 bukanlah satu kisah yang boleh disembunyikan.

Walaupun kena 'boo', ia tetap sejarah dan sejarah itu sepatutnya diberi keutamaan oleh semua rakyat Malaysia. Tak usah 'buat-buat' tak tahu atau tak mahu tahu. Lebih-lebih lagi ia dilihat sebagai detik paling pahit bagi sejarah UMNO itu sendiri.

Ketika itu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dikatakan hampir-hampir tewas dalam jawatan Presiden UMNO kerana terdapat beberapa cawangan yang tidak berdaftar turut menghantar perwakilan ke Perhimpunan.

Ekoran itu keputusan pemilihan diisytiharkan tidak sah dan kelicikan Dr Mahathir berjaya membetulkan keadaan dengan mengadakan pemilihan semula.

Macam-macam yang berlaku ketika itu, terlalu mendalam dan merumitkan kalau hendak dicerita semula. Terlalu banyak dan penuh taktik. Membabitkan ahli politik yang disanjungi dan diagungkan sekarang, saya rasa eloklah saya berhenti di sini sahaja. Lagipun, ketika itu tiada media sosial, tiada Sarawak Report, tiada kecanggihan teknologi seperti sekarang yang membogelkan segala-galanya seperti mana sekarang.

Apapun, kebimbangan kebanyakkan orang khususnya rakyat Malaysia lebih-lebih lagi yang berbangsa Melayu, pro UMNO ialah jikalau sejarah akan berulang. Jika dahulu kita ada Team A dan Team B tanpa menamakan sesiapa secara langsung, sekarang seolah-olah sudah ada Team Najib dan Team Muhyiddin yang digambarkan secara jelas lagi terang.

Jika dulu Team A sanggup lakukan apa sahaja untuk kembali berkuasa, kini juga tidak banyak beza.
Namun, intipati konflik ketika itu amatlah berbeza dengan sekarang. Ia membabitkan dua perkara yang lain dan mungkin lebih besar sekarang dengan adanya pelbagai pendedahan menggunakan media sosial serta portal antarabangsa, melibatkan wang, wang yang sangat banyak dan pelbagai pihak yang lain.

Tetapi, setakat ke hari ini, walau sejauh mana perkara ini diheret, UMNO Baru ini masih digam kuat, belum ada tanda-tanda ia akan berpisah dua. Mungkin kerana si ketua kedua-dua team masih di bawah payung UMNO yang sama, atau mungkin salah seorang tidak cukup 'berani' untuk bertindak seberani ketua Team A dahulu, mungkin mereka mahu perkara ini diselesaikan secara pintar atau mungkin juga mereka telah diberi amaran, saya tidak tahu.

Tetapi, jika 'sejarah berulang', satu-satunya perkara yang ingin saya tahu, tertanya-tanya juga di dalam hati ini ialah, apa nama baharu UMNO Baru kelak? UMNO Baru Baharu? UMNO Baru 2, UMNO Baru 2.1, UMNO?????

Shahanim dihina kerana bagi wang kepada ahli UMNO

Posted: 12 Dec 2015 03:55 AM PST

 
Beliau mengaku memberi wang untuk sama-sama berkongsi rezeki Allah dan tidak kisah dikeji kerana tangan yang memberi lebih mulia.


shamim


KUALA LUMPUR: Senator Shahanim Mohamad Yusoff mengaku beliau memberi wang kepada ahli UMNO dari kampungnya yang datang ke Perhimpunan Agung UMNO di PWTC.

Katanya, beliau berpesan kepada Wanita UMNO itu supaya membeli telekung baharu kerana mereka akan singgah di Masjid India sebelum bertolak pulang ke Sungai Petani, Kedah.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani berkata, beliau kecewa kerana perbuatan memberi sedikit wang menyebabkan beliau dihina, dikeji dan dicaci.

Gambar beliau mengagihkan wang di dalam bas kepada ahli UMNO menjadi viral di laman sosial dan menerima kritikal hebat netizen.

"Sesungguhnya kerana memberi sedikit duit kepada orang kampung, saya telah dihina, dikeji dan dicaci.

"Saya berserah kepada Allah. Anggapan orang saya tidak boleh halang. Biarlah saya dikeji kerana tangan yang memberi, daripada saya dikeji orang kampung saya mai KL pun saya tak peduli.

"Biarlah satu dunia viralkan saya tetap seperti saya. Tetap akan berkongsi rezeki dengan yang kurang berkemampuan sampai bila.

"Menjadi pemimpin jiwa kena besar. Saya adalah diri saya, Dan saya mengaku saya bagi (duit).

"Terima kasih Allah. Rezeki ini dapat dikongsi bersama. Bukan sahaja makcik-makcik tapi gelandangan dan pelajar-pelajar miskin," jelas bekas Naib Ketua Puteri UMNO.

Ringgit cecah 4.32 berbanding dolar AS hari ini

Posted: 12 Dec 2015 03:40 AM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic

 
 
KUALA LUMPUR: Ringgit mencecah 4.32 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini. Ia berikutan kebimbangan terhadap lebihan berterusan minyak dunia mungkin menyebabkan harga komoditi itu meneruskan aliran harga menurun minggu depan, dan ini akan memberi tekanan ke atas ringgit untuk melepasi paras 4.30 sedolar, kata seorang pedagang mata wang.
 
"Kebimbangan terhadap lebihan bekalan minyak mentah masih kekal. Satu lagi kejatuhan harga minyak mentah akan mencetuskan jualan ke atas mata wang ekonomi pesat membangun yang berkaitan eksport minyak, termasuk ringgit.
 
"Harga minyak mentah yang rendah, serta kenaikan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) yang semakin hampir, akan mengembalikan ringgit ke paras lemah melepasi 4.30 sedolar AS minggu depan," katanya.
 
Pada Jumaat, penanda aras global minyak mentah West Texas Intermediate susut 1.1% kepada AS$36.76 setong, penyelesaian terendah sejak 2009, manakala Brent yang didagangkan di peringkat antarabangsa masih berlegar pada paras terendah dalam 7 tahun pada AS$39.64 setong.
 
Mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan AS bagi memuktamadkan kenaikan, dijadual berlangsung pada 15-16 Disember dan ringgit dijangkakan mengalami dagangan berhati-hati minggu depan dengan dolar dijangkakan mengukuh berikutan kenaikan kadar faedah itu.
 
"Walaupun kenaikan itu sudah pun diambil kira, pelabur seolah-olah merasa selamat memegang dolar berdasarkan isyarat Rizab Persekutuan AS yang berkemungkinan  menaikkan (kadar faedah) secara agresif, selepas mesyuarat minggu depan," kata seorang peniaga lain.
 
Bagi minggu yang baru berakhir, ringgit susut 685 berbanding dolar AS kepada 4.2900/2950 berbanding 4.2215/2265 Jumaat sebelumnya.
 
Unit tempatan rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.0484/0543 berbanding 3.0197/0254 Jumaat lepas, rendah berbanding yen kepada 3.5199/5251 berbanding  3.4369/4421 minggu lepas dan rendah berbanding pound British kepada 6.5049/5142 daripada 6.3762/3858 sebelumnya.
 
Ia juga rendah berbanding euro kepada 4.7048/7112 daripada 4.5879/4951 sebelumnya.
 
 

[KEMASKINI] 'Kami tidak bergaduh, kenapa perlu minta maaf pada Najib?' - Shafie Apdal

Posted: 12 Dec 2015 03:38 AM PST

 Oleh Shuhaniza Said & Wan Anis Ilyani W. M. Azhar

 
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal mempersoalkan keperluan untuk beliau meminta maaf dan berdamai dengan presidennya, Datuk Seri Najib Razak.
 
Ujarnya beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan dan tidak pernah bergaduh dengan Najib sebelum ini melainkan hanya memberikan pandangan serta teguran untuk menyelesaikan isu berbangkit.
  
"(Datuk Seri) Najib adalah kawan saya, dia seperti abang, tidak ada masalah di sini. Saya hanya bangkitkan isu yang penting. 
 
"Tidak gaduh. Kita tidak gaduh. Yang penting adalah untuk menyelesaikan masalah, 1MDB (1Malaysia Development Berhad), keyakinan rakyat... TPPA (Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik), ini isunya.
 
"Ada yang mahu kami meminta maaf kepada Najib, kenapa perlu saya minta maaf? Apa yang saya buat? Dengan hanya memberikan pandangan (perlu minta maaf?)," katanya kepada pemberita ketika melakukan lawatan di laman media, sebentar tadi.
 
Malah katanya, apa yang lebih penting pada masa ini adalah menyelesaikan pelbagai isu berbangkit yang menjadi tanda tanya kepada rakyat, khusunya 1MDB dan TPPA.
 
Shafie dan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini kerap melontarkan pandangan secara terbuka terhadap kepimpinan Najib. 
 
Kedua-duanya digugurkan daripada barisan kabinet pada Julai ekoran kerap membangkitkan isu berkenaan, dan memperhebat kritikan selepas tidak lagi mempunyai jawatan dalam kerajaan.
 
Semalam, Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata masih ada ruang untuk Muhyiddin dan Shafie memohon maaf di atas keterlanjuran mereka demi memperkukuhkan parti.
 
Bagaimanapun ujar Hishammuddin, terpulang kepada Muhyiddin dan Shafie untuk memohon maaf bagi merapatkan semula barisan kepimpinan tertinggi Umno seperti yang disarankan perwakilan. 


Bila saya kata Umno sesat?, tanya Hadi

Posted: 12 Dec 2015 03:11 AM PST

 Oleh Azizul Osman 

 
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR:  Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini enggan mengulas lanjut mengenai tawaran Umno untuk bekerjasama dengan PAS dalam membina sebuah negara mengikut syariat Islam selepas beberapa pemimpin PAS memberi kenyataan keras terhadap perkara itu. 
 
Beliau bagaimanapun nafi menuduh Umno sebagai "sesat" apabila meminta parti itu kembali kepada Islam dalam perjuangannya dua hari lalu.
 
"Bila saya kata (Umno sesat), bila saya kata Umno sesat?" kata Hadi hari ini apabila ditemui selepas mesyuarat parti mengenai pilihan raya negeri Sarawak.
 
Sementara itu, Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Mustapa Ali meminta wartawan untuk merujuk kepada kenyataan awal Hadi mengenai tawaran Umno untuk bekerjasama dengan PAS.
 
Pagi tadi, Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man melahirkan kesangsiannya mengenai keikhlasan Umno untuk mengikut syariat Islam dalam membangunkan Malaysia. 
 
"Umno adalah musuh tradisi PAS kerana prinsip syarak bukan kerana nama atau diri ahli parti itu lalu menolak kerjasama politik di antara dua parti berkenaan," kata beliau dalam satu kenyataan.  
 
Naib Presiden PAS Datuk Iskandar Abdul Samad turut mempertikaikan keikhlasan tawaran Umno itu. 
 
"Dulu masa 5, 10 tahun lalu ketika Umno kuat, kenapa tidak pernah tawar apa-apa kepada PAS?" kata ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri (exco) Selangor itu dalam satu kenyataan.
 
Dalam kenyataannya pada Khamis lalu, Hadi berkata PAS "berlapang dada" dengan hasrat yang dicetuskan oleh Datuk Seri Najib Razak namun menegaskan Umno perlu kembali kepada landasan Islam dalam mentadbir negara. 
 
Beliau juga berkata sebarang keputusan oleh PAS mengenai tawaran Najib itu akan diputuskan oleh Jawatankuasa PAS Pusat. 
 
"PAS selamanya berlapang dada dan bersikap terbuka terhadap hasrat perpaduan dalam bermasyarakat berteraskan syariat Allah dengan mana-mana pihak, sama ada Islam atau kalangan bukan Islam", kata Hadi.
 
"PAS juga ingin membuat seruan, betapa kini masa yang sangat sesuai untuk Umno kembali kepada Islam dan mengamalkan cara hidup Islam dalam segenap sendi perjuangannya, sama ada politik, sosial mahu pun ekonomi," kata Hadi dalam kenyataan itu.
 
Ketika merasmikan Perhimpunan Agung Umno 2015 Najib berkata Umno menghulurkan tali silaturahim kepada PAS untuk bersama-sama membina dan membangunkan negara ini mengikut syariat Islam selepas parti itu "disepak dan diterajang keluar" oleh rakan-rakan pembangkangnya.
 
 

Tambang ERL naik, PM salahkan Mahathir

Posted: 12 Dec 2015 03:06 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Datuk Seri Najib Razak menyalahkan perdana menteri keempat Tun Dr Mahathir Mohamad atas kenaikan tambang kereta api ERL dari Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang Antarabangsa KL di Sepang.

Najib memberitahu perwakilan Umno bahawa perjanjian itu sebenarnya ditandatangani pada 1997 lagi ketika era Mahathir – yang kini menjadi pengkritik lantangnya.

"(Daripada) RM35 naik kepada RM55. Tinggi.

"Tapi tuan-tuan tak tau, perjanjian ini ditandatangani pada 1997 lagi. Bukan setahun dua ini," katanya.

Berucap pada sesi penggulungan Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sebentar tadi, Najib mendakwa perjanjian konsesi jangka panjang ERL itu berat sebelah dan beliau menyekat kenaikannya sejak 14 tahun lalu.

"Dalam perjanjian dikuasai syarikat YTL itu - perjanjian yang saya

sifatkan berat sebelah - harga berdasarkan projectual traffic (trafik jangkaan). Harga bergantung kepada projectual traffic, lima tahun naik, lima tahun naik.

"Dah kerajaan tak benarkan. Saya jadi perdana menteri, saya kata jangan naik... 14 tahun tak naik, tapi pampasannya berapa? RM2.9 bilion," katanya.

Najib berkata lagi, Putrajaya telah berunding semula dengan syarikat konsesi berkenaan dan terpaksa menyambungnya selama 30 tahun lagi disebabkan terikat dengan perjanjian terdahulu.

"Sebab itu saya nak terangkan, saya terima legasi sebelum ini, tapi saya betulkan perkara ini sebab saya tahu rakyat marah. Dan untuk ERL ini, ada beberapa langkah yang kita akan ambil," katanya yang juga berkhidmat sebagai menteri kewangan.

Justeru, ujar Najib, bagi mengurangkan beban ditanggung rakyat beliau turut mengumumkan diskaun sebanyak 30 peratus diberikan kepada pelajar yang menggunakan kad Siswa 1Malaysia.

Tambah Najib, pihaknya juga akan meminta KTMB mengumumkan perkara tersebut.


Perwakilan risau kesan TPPA

Posted: 12 Dec 2015 03:03 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Meskipun kerajaan didakwa sudah menjawab persoalan berhubung Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) menerusi sesi beberapa siri penerangan, ia dilihat masih belum dapat meyakinkan rakyat.

Perwakilan dari Johor, Suhaimi Salleh berkata, rakyat beliau bimbang terhadap keupayaan Malaysia meramal dengan tepat impak jangka masa panjang TPPA terhadap masa depan negara dan ekonomi orang Melayu.

"TPPA bukanlah perjanjian yang biasa-biasa. Ia perjanjian perniagaan yang rumit, sangat kompleks dan tiada siapa - walau sehebat mana sekalipun pemikiran ekonominya - mampu menjangkakan dengan tepat keadaan pada masa akan datang.

"Dan saya juga tidak rasa kita mempunyai keupayaan mendalam untuk meramal dengan tepat impak jangka masa panjang TPPA terhadap masa depan Malaysia dan masa depan ekonomi orang Melayu," kata perwakilan Tanjong Piai itu semasa membahaskan usul ekonomi di Perhimpunan Agung Umno 2015, di PWTC.

Kata Suhaimi, penerangan dan penjelasan yang dibuat Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) tidak memadai.

"Kalau sekadar memaparkannya di laman web Miti, pasti tidak memadai. Siapa yang akan membaca dan memahami 6,000 muka surat perjanjian yang rumit tersebut? Bagaimana mungkin kita menyandarkan masa depan Malaysia dengan tidak mengambil kira pandangan kerisauan dan kritikan pelbagai pihak yang pasti akan merasa tempiasnya?

"Berilah pencerahan mendalam kepada seluruh masyarakat. Kenapa kita memerlukan TPPA ini, kenapa kita perlu menandatanganinya, apa yang kita runding dan apa yang kita mahu daripada semua ini?" kata Suhaimi.

Justeru, Suhaimi mahu kandungan perjanjian tersebut dibahaskan di Dewan Rakyat secara jelas dan mendalam.

"Bentangkan di Parlimen, perbahaskanlah, perdebatkanlah dan undilah di Parlimen Malaysia Kerana semua ini adalah tentang masa depan Malaysia dan bangsa ini.

"Kami adalah sebahagian daripada Malaysia ini, maka kalian harus tahu kami ada pandangan, kami juga ingin faham dan ingin tahu dan ingin dirujuk.

"Benar kami bukan entiti yang selayaknya atau kefahaman kami tentang ekonomi tidaklah muktabar, tetapi di negara kami dan kalian yang merunding perkara ini berada di sana kerana suara kami dan pilihan kami.
"Jadilah rakyat the true master to the political master," tegas Suhaimi.

Justeru, beliau menyarankan beberapa perkara seperti mewujudkan satu jawatankuasa khas yang akan berfungsi secara khusus untuk memberikan penerangan berkesan kepada seluruh rakyat tentang kesan TPPA mengikut kelompok pendengar.


Dihalau kerana laporan penyata kewangan Umno

Posted: 12 Dec 2015 03:01 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Wartawan Malaysiakini telah diusir dari Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini berikutan laporan mengenai penyata kewangan Umno.

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bagaimanapun berkata, kakitangan media portal itu pada mulanya telah diberi kebenaran untuk membuat liputan perhimpunan agung.

Bagaimanapun, beliau berkata Malaysiakini telah melaporkan kenyataan kewangan parti.

"Mereka mencuri dokumen itu, mereka sepatutnya memeriksa dengan kami terlebih dahulu.

"Mereka (wartawan) boleh datang ( PAU) tapi dengan penuh etikalah.

"Kenapa mereka putar belit perkara yang tidak benar dan laporkan separuh benar? Kami tahu apa yang kami buat itu OK," katanya kepada pemberita di PWTC hari ini.

Wartawan Malaysiakini dihalau dari Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur hari ini, didakwa atas arahan sekretariat Umno.

Turut diusir adalah petugas portal The Malaysian Insider.

Tengku Adnan mendakwa bahawa Malaysiakini dihalau daripada bangunan PWTC kerana melaporkan mengenai penyata kewangan Umno.

Malaysiakini bagaimanapun hanya memetik laporan The Malaysian Insider yang menulis mengenai penyata kewangan itu dan menyatakan dengan jelas sumber laporan itu.

The Malaysian Insider melaporkan Umno menerima sumbangan RM82 juta tahun lepas, seperti dinyatakan dalam laporan kewangannya di perhimpunan agung Umno.

Ia tidak sama dengan sumbangan RM2.6 bilion yang diterima Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak daripada penderma di Timur Tengah.

Kritikan kumpulan wartawan 

Sementara itu, sebuah kumpulan wartawan dan aktivis media bebas mengkritik cubaan Umno menghalau petugas media daripada membuat liputan dalam perhimpunan agung parti itu.

Gerakan Media Marah (GERAMM) berkata tindakan itu bertentangan dengan janji Presiden Umno Datuk Seri Najib Raazk sendiri yang pernah menjamin kebebasan media, seiring ikrar pemansuhan akta kontroversi lain.

GERAMM berkata, tindakan itu, ketika beberapa media dinafikan pas liputan dan kemudahan untuk membuat liputan, dengan sendirinya menunjukkan tahap ketelusan dalam parti itu sendiri.

Kumpulan itu berhujah, jika terdapat kecurian maklumat seperti didakwa oleh Umno, parti itu sepatutnya membuat laporan polis atau mengambil tindakan undang-undang.


Ali Tinju ganggu ketua cawangan lantang Umno

Posted: 12 Dec 2015 02:49 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Perkarangan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) kecoh seketika apabila sekumpulan penyokong Datuk Seri Najib Razak mengganggu sidang media sekumpulan ketua cawangan lantang Umno.

Sembilan pemimpin Umno Teluk Kemang, yang menuntut Datuk Seri Najib Razak berundur, hari ini mengadakan sidang media berhubung perkembangan terkini Perhimpunan Agung Umno 2015.

Bagaimanapun ketika jurucakap kumpulan itu bercakap kepada media di luar sebuah bilik, sekumpulan ahli Umno diketuai Ketua Melayu Bersara Angkatan Tentera Veteran Mohamad Ali Baharom mula menjerit pada mereka.

Mereka menjerit "Hidup Presiden Umno" dan "Hidup Najib".

Kumpulan tersebut juga turut menggesa kumpulan ketua cawangan lantang Umno itu keluar daripada parti sekiranya tidak menyukai kepimpinan Najib.

"Hidup presiden Umno. Tak sokong presiden keluar daripada parti. Pergi masuk PKR ke DAP. Balik! Balik!" kata salah seorang daripada mereka.

Dalam sidang media itu, jurucakap kumpulan tersebut ketua cawangan Umno itu Kamarulazman Habibur Rahman mendakwa Umno kini sedang sakit tenat.

Malah, Kamarulazman berkata persidangan yang berlangsung selama lima hari itu telah gagal mencari penawar.

"Perhimpunan agung kali ini akan diingati dalam sejarah sebagai perhimpunan yang meruntuhkan Umno," katanya.

Persidangan agung Umno 2015 masuk hari terakhir hari ini.


Tiada sebab munasabah mohon maaf, kata Muhyiddin

Posted: 12 Dec 2015 02:44 AM PST


Tiada sebab munasabah mohon maaf, kata Muhyiddin
Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak bersalaman dengan Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yasin ketika tiba pada hari terakhir Perhimpunan Agung UmnoKe-69 di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini. - Foto Bernama
 
 
KUALA LUMPUR - Tiada sebab munasabah untuk Tan Sri Muhyiddin Yassin memohon maaf kepada Datuk Seri Najib Tun Razak susulan kenyataannya yang dikatakan menyerang keperibadian Presiden Umno.

Muhyiddin menegaskan kenyataannya itu tidak menyalahi dan selari dengan perjuangan Umno kerana tegurannya itu semata-mata mahu parti Melayu itu terus kekal dan diyakini rakyat.

"Saya menyatakan sesuatu yang hak dan benar kerana saya amat cinta kepada Umno dan saya mahu Umno terus kekal diyakini dan dipercayai oleh rakyat.

"Sebab itu bagi saya tiada sebab berpatutan yang memerlukan saya memohon maaf kepada sesiapa dan saya harap ini tidak disalahtafsirkan," katanya kepada pemberita di lobi Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bahawa masih ada ruang untuk Muhyiddin dan Mohd Shafie memohon maaf kepada parti itu di atas keterlanjuran sikap mereka.

Hishammuddin berkata, ia bergantung kepada Timbalan dan Naib Presiden Umno itu untuk memohon maaf bagi merapatkan semula barisan kepimpinan tertinggi Umno seperti yang disarankan anggota parti.

Mengulas lanjut, Muhyiddin mengingatkan semua pihak agar tidak menyalahtafsirkan kenyataannya khususnya di akaun Facebook beliau.

"Jangan buat apa-apa andaian, saya akan terus hadir sampailah ke penghujung persidangan pada hari ini," katanya lagi.


'Aku bukan Petualang', Muhyiddin pertahankan diri

Posted: 12 Dec 2015 02:41 AM PST


'Aku bukan Petualang', Muhyiddin pertahankan diri
'Aku bukan Petualang', Muhyiddin pertahankan diri


KUALA LUMPUR - Sebuah buku setebal 28 halaman yang menceritakan peribadi Timbalan Presiden Umno, Tan Seri Muhyiddin Yassin diedar individu tidak dikenali hari ini.

Buku bertajuk 'Aku Bukan Petualang' itu turut mendedahkan mengenai perjuangan Muhyiddin sepanjang berada dalam Umno dan kerajaan.

Buku itu turut mempertahankan tindakan Muhyiddin dalam membawa isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menurut buku itu, ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri, pihaknya sentiasa mendokong dasar-dasar kerajaan yang dibawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Malangnya, apabila sudah tidak lagi menjawat jawatan itu, kedudukannya sebagai Timbalan Presiden Umno juga diketepikan.

Buku itu diedarkan kepada perwakilan oleh dua lelaki yang tidak dikenali di jejantas pejalan kaki yang terletak di antara Pusat Dagangan Dunia Putra dan Kompleks Sunway Putra sekitar jam 8.30 pagi.

Ada beberapa bab yang ditekankan buku itu antaranya, Fasa Kritikal Umno, Luahan Jiwa Anak Pagoh,  Bukti Bukan Petualang, Hidup Mati Tetap Bersama Umno, 1MDB Jatuh, BN terkubur, Apa Silap Saya dan Berani Kerana Benar.

Diakhir tulisan buku itu, Muhyiddin turut bersumpah yang beliau tidak berbohong mengenai apa yang didedahkan selama ini.

Boleh Sokong Tapi Kaji Jugalah Fakta

Posted: 11 Dec 2015 10:07 PM PST

APABILA seorang pemimpin tersepit berkata dia tidak akan menyerah kalah, ia bukan berita. Itu adalah reaksi biasa.Kalau dia berkata, dia menyerah kalah itu berita.

Mohd Najib berucap di PAU 2015
Jadi buat masa ini, perwakilan ke Perhimpunan Agung Umno (PAU), ahli Majlis Tertinggi Umno dan ketua-ketua Umno bahagian bolehlah menyokong dan mempertahankan Presiden mereka, (Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone) Mohd Najib Abdul Razak, hingga ke titisan darah terakhir.

Tetapi sebelum nyawa politik mereka tercabut dan mereka mungkin disumbat ke dalam penjara, eloklah mereka pertimbangkan fakta-fakta berikut:-

Ketika PRU 2013

 

1. Akibat tsunami Cina (mengguna-pakai istilah ciptaan Mohd Najib sendiri) undi popular Umno/Barisan Nasional jatuh kepada 48 peratus dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 2013.


2. Ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad masih menyokong kepemimpinan Mohd Najib dan turut  berkempen menyokong Umno/BN.

3. Tun Daim Zainuddin juga berkempen tetapi memberi amaran yang jentera pilihan raya BN lemah dan orang bukan Bumiputera, khususnya Cina, tidak menyokong BN.

4. Skandal 1MDB, SRC International/Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) dan duit derma/sedekah Arab sebanyak RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Mohd Najib belum terdedah.

5. Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang membebankan pengguna belum dilaksanakan dan ekonomi berada dalam keadaan yang memuaskan.

6. Tetapi rakyat jelata sudah mula merasa kesan kenaikan kos sara hidup akibat penghapusan berperingkat subsidi mulai era Tun Abdullah Ahmad Badawi.

7. Bagi mengambil hati pengundi, manifesto BN, antara lain, berjanji tidak menaikkan tol lebuh raya malah akan mengurangkannya secara berperingkat.

Menuju PRU 2018

 

1. Skandal 1MDB, SRC International/KWAP dan duit RM2.6 bilion dalam akaun Mohd Najib telah meledak dan menjadi skandal skala dunia.

2. Dr Mahathir, Daim serta ramai lagi veteran Umno tidak lagi menyokong Mohd Najib malah mahu beliau berhenti.

3. GST yang diperkenalkan April lalu menambah hasil kerajaan tetapi membebankan pengguna. Mohd Najib kata, GST penyelamat kewangan negara. Menang benar. Bagi tahun ini, kerajaan menganggarkan kutipan GST sebanyak RM21 bilion tapi dapat RM27 bilion. Tahun depan dijangka naik kepada RM39 bilion.

4. GST, pemansuhan subsidi, kenaikan tol dan tambang pengangkutan awam, kejatuhan nilai ringgit, pengangguran dan kemelesetan harga barangan utama sangat membebankan hidup rakyat jelata.

5. Bala, ujian dan balasan datang bertimpa-timpa – sebuah pesawat MAS hilang entah ke mana dan sebuah lagi ditembak jatuh, banjir besar, gempa bumi maut, jerebu dan macam-macam lagi.

Kesimpulannya, keadaan telah banyak berubah ke arah keburukan selepas PRU.
Jadi, adakah sokongan pengundi terhadap Umno/BN akan bertambah baik pada PRU akan datang berbanding PRU 2013?

Sudah dua PRU – 2008 dan 2013 - sokongan terhadap BN merosot.

Adakah logik mengharapkan sokongan kepada Umno/BN meningkat pada PRU akan datang dengan segala masalah dan bebanan yang berpunca daripada salah urus, penyelewengan dan pembaziran pentadbiran Mohd Najib?

Kalau Umno/BN kalah, tidak syak lagi kerajaan baru akan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja dan mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak-pihak yang bertanggungjawab mensabotaj ekonomi negara.

Wallahuaklam.


PAU 2015 labuh tirai hari ini

Posted: 11 Dec 2015 09:56 PM PST

SINAR HARIAN


PAU 2015 labuh tirai hari ini
PAU 2015


KUALA LUMPUR - Selepas tiga hari bersidang, Perhimpunan Agung Umno 2015 akan melabuhkan tirai hari ini, dengan presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak bakal menyampaikan ucapan penggulungan dan amanat kepada anggota parti.

Ucapan Najib, yang juga Perdana Menteri, pastinya dinanti-nantikan bukan sahaja oleh 2,654 perwakilan dari 191 Bahagian Umno, malah oleh ahli parti di seluruh negara.  

Buat julung kali, pentas Perhimpunan Agung Umno kali ini akan menyaksikan hanya presiden parti berucap pada sesi penggulungan, berbanding sebelum ini, timbalan presiden serta tiga naib presiden turut berbuat demikian.   

Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat khas Majlis Tertinggi Umno pada Rabu.  

Sebanyak 11 pembahas akan meneruskan perbahasan usul ekonomi bermula 8.30 pagi ini, selepas tiga orang berbuat demikian semalam.  

Ia kemudian, diikuti dengan pembentangan usul agama dan pendidikan yang dijangka dibahaskan oleh 14 wakil negeri-negeri, termasuk pergerakan Wanita, Pemuda serta Puteri.   

Semalam, usul ucapan dasar presiden diluluskan sebulat suara setelah 15 pembahas membentangkan hujah masing-masing sejak Khamis, selepas perasmian oleh Najib. - Bernama


Umno jadi musuh tradisi Pas kerana prinsip syarak

Posted: 11 Dec 2015 09:50 PM PST


Tuan Ibrahim Tuan Man
Tuan Ibrahim Tuan Man


SHAH ALAM - ‎Umno menjadi musuh tradisi Pas adalah kerana prinsip syarak bukan kerana nama atau diri ahli Umno.

Demikian respons Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengenai ucapan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak yang ingin 'menghulurkan tangan' kepada Pas untuk menjalinkan kerjasama politik antara Pas dan Umno.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata, Umno mempunyai tanggungjawab akidah dan syariat di atas bahunya kerana telah diberi amanah dan kekuasaan pemerintahan.

"Pas, sebagai parti pembangkang, akan tetap dengan dasarnya mengajak manusia dan mendesak mereka yang berkuasa untuk kembali kepada sistem yang diturunkan oleh ALLAH. ‎

"Kita tidak akan jemu mengajak, mendesak dan menyeru Umno agar meninggalkan dasar nasionalisme yang menjadi asas perjuangan mereka.

"Malangnya, akibat perbezaan dasar ini, Pas dan ahli Pas terus menerima tekanan dan penindasan, terutamanya di tangan Umno," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Tuan Ibrahim berkata, ribuan kakitangan awam yang menderita ditukar dan dikenakan pelbagai tindakan kerana mereka menyokong Pas.

Katanya lagi, Kelantan terus menderita dan ditindas dengan teruk sejak Datuk Abdul Nik Aziz Nik Mat menjadi Menteri Besar Kelantan di 1990.

"Meskipun begitu, sebagaimana yang diajar Islam, setiap orang diberi ruang bertaubat. Sejarah perjuangan Pas membuktikan Pas sanggup melupakan sejarah silam andainya mereka sedia menerima dasar Islam yang di bawa oleh Pas," katanya.

Sebagai contoh, katanya, Tengku Razaleigh Hamzah yang menjadi arkitek menumbangkan Pas di Kelantan diterima sebagai rakan politik Pas semasa beliau menerajui Semangat 46.

Demikian juga, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang hebat bertembung dengan Pas sewaktu bersama Umno diterima sebagai rakan sepasukan apabila menubuhkan PKR dalam Barisan Alternatif dan kemudian Pakatan Rakyat," katanya.

Bahkan katanya, DAP yang sangat sukar diterima di kalangan pengundi Melayu, mendapat keuntungan politik bilamana Pas menerima mereka sebagai rakan politik sebelum ini.

"Sebagai sebuah gerakan Islam, matlamat Pas ialah menyelamatkan manusia dan negara dari kerosakan. Kini, oleh kerana perjuangan Pas memberi fokus kepada syariat,

"Maka, Perdana Menteri tampil dengan cadangan gagasan pembinaan negara berteraskan syariat tatkala beliau terus lemas di dalam jawapan-jawapan yang semakin mengelirukan mengenai penderma RM2.6 bilion di akaun peribadi beliau sama ada daripada penderma, para penderma atau wakil-wakil penderma," katanya.


Pendirian Hadi jadi garis panduan parti

Posted: 11 Dec 2015 09:48 PM PST


Hadi Awang
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang


KUALA TERENGGANU - Pendirian yang disuarakan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung isu kerjasama bersama Umno menjadi garis panduan Pas di negeri ini.

Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas Terengganu, Hanafiah Mat berkata, kepimpinan Pas negeri ini akan menuruti apa yang disuarakan presiden iaitu Pas tetap bersama Pakatan Rakyat (PR) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

"Setakat ini apa yang presiden cakap menjadi garis panduan Pas Terengganu berkenaan apa jua perkara dibangkitkan berhubung kerjasama politik antara dua parti ini.

"Garis panduan itu termaktub pada apa yang diucap oleh presiden Pas iaitu akan tetap bersama dan bergading bahu bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam PRU14 nanti," katanya kepada Sinar Harian.

Hanafiah berkata, Pas Terengganu mempunyai keyakinan penuh dengan potensi sokongan rakyat yang ada sekarang menunjukkan sokongan berpihak kepada pembangkang.

"Kita miliki keyakinan penuh dengan 'mood' rakyat yang ada pada hari ini menunjukkan bahawa kita bersedia untuk ganti Umno dalam PRU akan datang.

"Keyakinan itu jelas dan pendirian kita serupa sama ada kepimpinan di peringkat negeri atau nasional," katanya.

Beliau berkata, isu kerjasama politik yang diperkatakan itu sudah sekian lama memandangkan talian hayat Umno kini bergantung pada Pas dan orang Melayu.

"Kita sedia maklum bahawa kaum Cina sudah tidak menyokong Umno dan Barisan Nasional (BN), dan kita juga telah menjalinkan Tahaluf Siyasi bersama PR bukan dalam tempoh yang singkat, jadi kerjasama politik antara Pas dan Umno tidak akan berlaku.

"Bukan itu sahaja, kita juga akan gerakkan jentera kita sehingga ke peringkat akar umbi untuk berjuang dalam PRU14 untuk menumbangkan Umno," katanya.


Tak perlu tunggu gabung laksana syariat Islam

Posted: 11 Dec 2015 09:43 PM PST


Muzakarah


SEREMBAN - Umno sebagai parti pemerintah boleh melaksanakan syariat Islam tanpa perlu menunggu bergabung dengan Pas.

Ketua Penerangan Pas Negeri Sembilan, Abdul Karim Shahimi berkata, pelawaan Umno untuk bergabung dengan Pas hanyalah rekaan dan retorik semata-mata.

"Biasanya Umno ini cakap lain, buat lain. Sebagai parti pemerintah, Umno boleh laksanakan syariat Islam tanpa menunggu Pas bergabung dengan Umno.

"Kenapa nak minta Pas bergabung dengan Umno baru boleh laksanakan syariat Islam? Ini menunjukkan Umno berpura-pura dan tak mahu laksanakan Islam," katanya di sini, semalam.

[ARTIKEL BERKAITAN: Pas serik pengkhianatan Umno]

Beliau berkata, kalau benar Umno mahu laksanakan syariat Islam, Umno perlu buat dahulu sebelum pelawa Pas bergabung.

"Buat dulu, kalau dah buat baru kita bincang tentang bergabung. Pas hanya mahu tunggu dan lihat.

"Kalau Umno laksanakan syariat Islam, maka tugas Pas sudah diambil Umno sepertimana kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa Pas boleh dibubarkan kalau ada parti yang laksanakan tugas Pas,"
katanya.

Abdul Karim bagaimanapun berkata, soal pergabungan Pas dan Umno itu, pihaknya menyerahkan kepada Pas Pusat untuk membuat sebarang keputusan.

"Pas di peringkat negeri akan menunggu keputusan Pas Pusat dan menyokong apa sahaja keputusan yang dibuat," katanya.

Ku Li akui Umno tak konsisten perjuangkan Islam

Posted: 11 Dec 2015 09:39 PM PST


Ada pihak sedang tepuk bahtera Umno
Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan ucapan dasar merasmikan Perhimpunan Agung Umno 2015 di Dewan Merdeka. - Foto Bernama


KUALA LUMPUR - Pemimpin veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah menegaskan walaupun parti Melayu itu mempelopori perjuangan Islam, namun ia tidak konsisten seperti Pas.

"Dalam politik ada kalanya baik, ada kalanya tak baik, ada kala kukuh, ada kalanya lemah, macam kita kadang kala sakit kepala.

"Islam tidak menggalakkan kita mewujudkan satu situasi yang menyebabkan berlakunya darurat, pergaduhan, perbalahan, pecah-belah pertumpahan darah, kita mahu harmoni, perpaduan dan keadilan," katanya kepada pemberita pada Perhimpunan Agung Umno 2015 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, hari ini.

Beliau mengulas ucapan dasar Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Khamis bahawa Umno sedia menjalinkan silaturahim dengan Pas.

[ARTIKEL BERKAITAN: Umno hulur tangan kepada Pas]

Beliau mengulas ucapan dasar Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Khamis bahawa Umno sedia menjalinkan tali silaturahim dengan Pas membina serta membangunkan negara ini mengikut syariat Islam sebenarnya.

Najib, yang juga Perdana Menteri melahirkan rasa gembiranya kerana Pas tidak lagi bersama pakatan pembangkang selepas "disepak dan diterajang keluar" oleh rakan-rakan pembangkangnya.

Walaupun Umno mendambakan perpaduan ummah namun Najib menegaskan, apa yang paling utama dan paling mustahak adalah untuk menyokong kesatuan serta solidariti dalam Umno itu sendiri terlebih dahulu.


Surat terbuka buat saudara Wakil Mahasiswa Nasional UMNO 2015

Posted: 11 Dec 2015 09:33 PM PST

FREE MALAYSIA TODAY


Tidakkah saudara juga mahu mencadangkan agar pensyarah-pensyarah yang menimbulkan sentimen menolak Pakatan Harapan dan parti-parti bukan komponen BN dipantau juga?
 
 
 
farhan
Oleh Wan Salman Wan Sallam


Ke hadapan saudara Muhammad Farhan Khairuddin,
 
Saya, Wan Salman Wan Sallam, sahabat mahasiswa saudara baru sahaja membaca sebuah laporan (Pantau pensyarah yang cenderung tolak kerajaan – Wakil Mahasiswa) daripada portal berita terkemuka Malaysia, Berita Harian yang memberitahu bahawa saudara mencadangkan agar pensyarah-pensyarah institusi pengajian tinggi (IPT) yang menimbulkan sentimen menolak Barisan Nasional (BN) dipantau agar tidak mempengaruhi pelajar lain.

Sebelum menyambung curahan hati saya tentang pandangan saudara ini, saya terlebih dahulu ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas kemenangan saudara dalam pilihan raya kampus Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) baru-baru ini selain dipilih sebagai Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UKM bagi sesi baru ini.

Malah saya juga cukup berbangga dengan saudara kerana diangkat sebagai ikon mahasiswa nasional untuk Perhimpunan Agung UMNO 2015 ini. Bukanlah sesuatu yang mudah untuk menjadi contoh teladan kepada mahasiswa lain dalam sebuah parti yang amat bersejarah dalam penubuhan Malaysia yang berbilang kaum ini.

Tidak cukup dengan itu, dalam ketika UMNO lebih banyak memperlihatkan muka lama, saudara diberi peluang menyinar dalam acara tahunan UMNO yang penuh gilang-gemilang ini. Sepatutnya, lebih ramai anak muda mencontohi saudara dalam mengetengahkan bakat mereka dalam aktivisme masyarakat dan politik kerana mahu tidak mahu, mereka juga yang bakal mengganti kepimpinan hari ini.

Sungguhpun begitu saudara Farhan, tahukah saudara bahawa betapa sukarnya jalan mahasiswa ini apabila mereka punya idealisme dalam isu-isu tertentu? Jalan mereka ini menjadi sukar kerana mereka memilih untuk berlainan pendapat dengan kebanyakan keputusan dan dasar kerajaan yang memerintah hari ini dan parti-parti mereka.

Saudara Farhan yang saya kasihi kerana Allah,

Benar, saya juga tidak bersetuju apabila ada pensyarah yang sewenang-wenangnya menggunakan pentas akademik dalam kuliah mereka untuk mempengaruhi mahasiswa untuk menolak satu-satu parti atau pihak. Mereka sebagai ahli akademik perlu profesional dan mengutamakan nilai dalam membicarakan idea, bukan sentimen dan pendapat peribadi yang tidak berasas semata-mata.

Namun begitu saudara, saya suka ingin mengajak saudara mempertimbangkan satu hal; tidakkah saudara juga mahu mencadangkan agar pensyarah-pensyarah yang menimbulkan sentimen menolak Pakatan Harapan dan parti-parti bukan komponen BN dipantau juga? Jika kita pertimbangkan premis di atas, seharusnya kita berlaku adil dalam menetapkan etika penyebaran idea-idea akademik; politik khususnya dalam hal ini. Tidak mengapa, saya serahkan kepada saudara sendiri untuk menjawabnya.

Selain itu saudara Farhan, tahukah saudara bahawa jalan saudara untuk berkempen dan berucap dalam parti yang disertai saudara jauh lebih mudah berbanding mereka yang memilih untuk berada pada jalan lain?

Saudara hari ini dengan bangganya bebas malah diangkat pimpinan parti untuk berucap atas nama anak muda, tetapi pimpinan teratas sebuah pertubuhan pelajar pula dipanggil oleh pihak atasan universiti mereka malah menggesa mereka menghentikan aktiviti mereka. Mereka belum pun sempat mengutarakan idea mereka, terus digesa berhenti melakukan sedemikian. Tidakkah saudara rasa ini sesuatu yang amat tidak adil malah menganiaya mahasiswa?

Tidak cukup dengan itu, sedarkah juga saudara bahawa tatkala pelajar luar negara boleh menyertai Kelab UMNO luar negara malah berbangga menyertainya, mereka yang menyertai parti lain terpaksa merahsiakan keahlian mereka kerana layanan berbeza terhadap mereka? Bilakah pernah kita mendengar adanya "Kelab PAS luar negara" yang boleh mempromosi aktiviti mereka seberani Kelab UMNO luar negara?

Jika benar mahasiswa tidak dibenarkan menyertai politik secara umumnya, mengapa UMNO boleh, yang lain pula tidak boleh?

Saudara Farhan yang saya sayangi,

Bukanlah niat saya di sini ingin menolak saudara secara totok, jauh sekali menimbulkan sentimen terhadap UMNO yang punya jasanya sendiri walau saya punya banyak percanggahan idea dengan parti itu.

Tetapi saudara Farhan yang saya anggap seperti "abang" dalam aktivisme mahasiswa, saya ingin melahirkan kebimbangan dalam lubuk sanubari saya yang terdalam terhadap kebebasan mahasiswa dalam beraktivisme dan kebebasan mereka memilih idea-idea tertentu selagi tidak melanggar Perlembagaan Persekutuan yang sepatutnya menjamin hak rakyat negara tercinta ini.

Sungguh, saya berasa amat bangga apabila akhirnya UMNO berani mengetengahkan anak muda seperti saudara untuk berucap di hadapan perwakilan parti segenap usia. Pencapaian saudara ini pastinya akan mengobarkan lagi semangat mahasiswa lain untuk mereka menyumbangkan tenaga mereka demi bangsa, agama dan negara mereka ke arah yang lebih baik.

Tetapi jika kelahiran idea mereka dihalang malah lebih teruk, mereka dipaksa menghentikan aktivisme mereka hanya kerana berlainan pendapat dengan parti pemerintah semasa, hal ini boleh menyebabkan terbunuhnya keberanian mahasiswa itu bagi memberi idea yang baik demi kesejahteraan negara.

Malah sekatan-sekatan seperti ini juga pastinya akan menyekat ruang dan peluang persaingan dan perkongsian idea yang sihat antara mahasiswa. perkongsian dan persaingan yang sihat berasaskan hujah yang fakta dan akademik inilah juga yang sepatutnya menjadi nilai dan pegangan mahasiswa, sesuai dengan status mereka di gedung ilmu yang bukan semata-mata tempat mencari cinta remaja dan ponteng kelas semata-mata.

Sehubungan itu saudara Farhan, saya dari Sekretariat Masyarakat Madani, IKRAM Siswa Nasional ingin mengajak saudara mempertimbangkan masalah-masalah yang dihadapi mahasiswa-mahasiswa ini.

Malah saya juga menjemput saudara untuk mengadakan perbincangan bersama kami dan juga Presiden dan JK Politik Kampus kami agar kita sama-sama dapat menyelesaikan kemelut ini agar karakter dan bakat mahasiswa tidak terbunuh dek sentimen murahan dan kepentingan peribadi pihak-pihak tertentu baik daripada golongan propembangkang mahupun prokerajaan.

Sekian sahaja coretan saya buat saudara untuk kali ini. Moga kita sama-sama berjaya memaksimumkan kesedaran aktivisme mahasiswa di kampus agar kepimpinan baharu negara ini dicorak dengan nilai dan adab serta idea yang mantap. Moga kita sama-sama sempat melihat Malaysia ini sembuh daripada konflik daln masalah walau pada jalan mana pun kita bergerak, Insya-Allah.

*Penulis ialah ahli Sekretariat Masyarakat Madani IKRAM Siswa Nasional

PAU: Krisis UMNO, GST punca peniaga rugi besar

Posted: 11 Dec 2015 09:26 PM PST

 
Sejak 10 tahun berniaga di Persidangan Agung UMNO, kali ini perniagaan di PAU alami kerugian paling buruk. 


gst UMNO


KUALA LUMPUR: Perniaga di Persidangan Agung UMNO 2015 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) mengalami kerugian besar, kesan daripada perlaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) oleh kerajaan.

Seorang perniaga,Nor Adina Shamsul Bhri, 27 berkata, kesan daripada GST perniagaan beliau rugi hampir 50 peratus berbanding tahun lepas.

"Tahun ini slow sangat. Antara punca (perniagaan tidak laku) mempunyai kaitan dengan GST. Tahun lepas lagi masuk dari segi keuntungan, malah kali ini kami susut 50 peratus berbanding keuntungan tahun lepas.

"Kalau boleh pihak kerajaan mansuhkan GST, kerana ia memberi kesan kepada pengunjung untuk membeli dan keadaan ekonomi negara biarlah stabil sebab rakyat berada dalam kesusahan sekarang bukan semua senang," katanya ketika ditemui FMT.

Sementara itu, bagi Mohd Syawal Zainal, 30, berkata, beliau menjangkakan perniagaan di Persidangan Agung UMNO 2015 akan memberi keuntungan yang lumayan, namun sebaliknya berlaku apabila dia tidak memperolehi keuntungan seperti yang diidamkan.

"Kami jangkakan perniagaan kami akan berjaya, tetapi apa yang berlaku perniagaan kami sangat slow.
Saya juga tidak menolak kemungkinan, faktor GST menyebabkan pernagaan kami kurang laku.

"Sebab tapak yang kami kena bayar 3,000 hingga 8,000 ribu, (malah keuntungan yang kami dapat) sangat tak berbaloi, kami nak bayar sewa pun memang tak lepas, jadi sangat susah bagi kami (peniaga)," katanya dalam nada yang kecewa.

Namun lain pula bagi, Bukharie Dollah, 33, katanya, selain faktor GST yang menjadi punca perniagaanya kurang menjadi, tetapi juga disebabkan faktor politik.

Katanya, beliau tidak menolak kemungkinan, kemelut yang berlaku dalam UMNO menyebabkan rakyat jadi muak untuk datang ke Persidangan Agung UMNO kali ini.

"Saya berniaga disini hampir 10 tahun , selama 10 tahun kami berniaga tahun ini paling slow perniagaan kami. Kalau tahun lepas pengunjung mula tidak putus bermula jam 7 pagi hingga 10 malam,

"Mungkin juga ini disebabkan faktor politik (kemelut yang berlaku dalam UMNO). Tahun ini pengungjung memang tidak ada, tahun lepas pengungjung terdiri daripada orang-orang kampung yang datang , sekarang ini semua yang datang kebanyakan dari AJK parti," katanya.

Cadangan beri BR1M RM500 setiap bulan, adakah wajar?

Posted: 11 Dec 2015 09:20 PM PST

 
Cadangan Shahaniza itu baik kerana mahu membela nasib golongan tertentu tetapi ia tidak dikaji secara mendalam
 
 
 
Shahaniza-Shamsuddin_br1m_600


Perbahasan dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2015 yang masuk hari ke empat semalam melihatkan para pembahas membawakan isu berkaitan rakyat.

Tidak kurang juga seperti perhimpunan-perhimpunan sebelum ini perkara-perkara yang berkaitan dengan kepimpinan parti Melayu itu turut menjadi perbincangan hangat para perwakilan.

Namun, sesuatu yang wajar dipuji ialah apabila wakil dari Pahang iaitu Datuk Shahaniza Shamsuddin membangkitkan isu kos kehidupan rakyat yang semakin meningkat terutama kesannya terhadap golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Ketika membangkitkan perkara itu, Shahaniza memberikan contoh dengan memasukkan elemen ekonomi yang berkait rapat dengan duit-duit poket rakyat marhaen yang tidak seberapa.

Tiba-tiba, terpacul daripada mulutnya satu cadangan agar kerajaan mengambil inisiatif memberikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada para penerima tetapnya pada jumlah sebanyak RM500 setiap bulan.

Bagi penerima BR1M, Shahaniza sudah pasti diangkat sebagai `hero'.

Jika dilihat dalam konteks yang lebih jauh, apa yang dicadangkan oleh Shahaniza itu seolah-olah mahu menjadikan penerima BR1M malas. Mereka tidak lagi perlu bekerja keras untuk menampung perbelanjaan kehidupan mereka. Bukankah apa yang diterima itu nanti dinamakan sebagai rezeki terpijak?

Kalau hendak diikutkan, langkah kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang memberikan BR1M sebelum ini telah menjadi pertikaian hebat terutamanya oleh golongan kelas pertengahan.

Golongan kelas pertengahan hanya mampu menggigit jari, lebih-lebih lagi dalam situasi negara dihimpit isu ekonomi yang saban hari menjadi tajuk perbualan sama ada di kedai-kedai kopi mahupun di pejabat-pejabat.

Dalam hal ini, penulis berpendapat, Shahaniza memberikan cadangannya itu tanpa membuat kajian terlebih dahulu tentang apa yang hendak disampaikan.

Mungkin juga, skrip yang dibacakan pada perhimpunan itu telah siap sejak beberapa bulan lalu.

Dalam hal ini, ingin saya memetik tentang laporan kewangan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Johari Abdul Ghani pada 3 Disember lepas yang menyatakan bahawa Kerajaan Persekutuan kini mempunyai hutang sebanyak RM623.3 bilion setakat 30 September 2015.

Nah, jika hutang negara sudah sebanyak itu masakan kerajaan mempunyai wang lagi untuk diberi kepada rakyat (penerima BR1M) yang boleh dianggap sebagai bonus bulanan.

Justeru, penulis ingin memberikan pandangan kepada perwakilan yang ingin berbahas di pentas PAU agar memilih perkara-perkara yang hendak dibincangkan dengan membuat kajian terlebih dahulu.

Jangan hanya mereka membawakan sesuatu perkara yang nampak hebat sedangkan ia hanya akan menjadi bahan ejekan sama ada daripada pendengar di PAU itu sendiri ataupun dihangatkan lagi di media-media sosial.

Tidak perlu membuang masa setengah jam dengan memberikan pendapat yang mungkin akan dibakul sampahkan sahaja.

UMNO kongkong ahli tapi salahkan DAP

Posted: 11 Dec 2015 09:12 PM PST

PAU

Roketkini.com


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching mengecam kenyataan Ketua Wanita UMNO, Shahrizat Abdul Jalil yang sembarangan menuduh DAP mahu memperguna orang Melayu.

Sebaliknya, beliau berkata, UMNO sebenarnya yang mengongkong minda ahlinya melalui saluran tidak betul supaya semata-mata untuk mendapat sokongan kepada Presidennya, Datuk Seri Najib Razak.

"DAP tidak ada niat untuk mengawal Melayu seperti mana UMNO mengawal Melayu. DAP tidak mahu mengawal sesiapa seperti mana Najib mengawal UMNO melalui wang sogokannya.

"Itu membuktikan lagi bahawa UMNO milik Najib, parti yang dijadikan 'tebusan' Najib kerana skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan derma RM2.6 bilion" katanya pada kenyataan media, semalam.

Nie Ching juga menyifatkan Perhimpunan Agong UMNO (PAU) berlangsung seakan-akan parti itu milik penuh Najib sehinggakan Timbalan Presiden pun dihalang memberi ucapan sedangkan ia tradisi parti berkenaan.

"Muhyiddin seakan-akan 'ghaib'. Tiada ucapan rasmi, tiada poster, orang kuat nombor dua parti tidak dibenarkan berucap di Perhimpunan Agong parti berkenaan hanya kerana tidak bersependapat dengan Najib," katanya.

Malah, beliau berkata, UMNO cuba menutup kelemahan parti itu dengan pengetahuan umum apabila bertindak menapis ucapan sebahagian kepimpinan parti yang tidak sehaluan dengan Najib.

"Lihat perhimpunan tahun ini, UMNO tidak berani menayangkan perbahasan yang berlangsung antara pemimpin sayap parti itu untuk ahlinya," katanya

MKN ‘raksasa’ kuasai negara tanpa proses Perlembagaan

Posted: 11 Dec 2015 09:11 PM PST

Aziz Bari

Oleh Fatih Hassan Nordin


KUALA LUMPUR : Pakar Undang-Undang, Aziz Bari menyifatkan usaha meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebagai terdesak kerana ingin menguasai negara tanpa melalui proses Perlembagaan.

"'Raksasa' yang dicipta kerajaan itu semata-mata untuk mengambil kuasa penuh terhadap kabinet," katanya sambil menambah, amalan kesetiaan kepada parti, bukannya rakyat antara sebab Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menyokong RUU itu diluluskan.

Beliau juga mempersoal RUU itu yang tidak jelas dalam menerangkan secara terperinci mengenai kawasan keselamatan yang menjadi salah satu intipati.

"Siapa berhak untuk menentukan di mana kawasan keselamatan itu? Ia boleh jadi di Parlimen, Dataran Merdeka, ia boleh berlaku di mana-mana," katanya dalam forum anjuran DAP bertajuk National Security Council Act: To Protes or To Opress di Petaling Jaya, malam tadi.

Antara ahli panel lain ialah Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang; bekas Pengerusi Bersih 2.0, S Ambiga; peguam, Hanipa Maidin dan pensyarah, Azmi Shahrom.

SUFI4153Berdasarkan RUU, MKN terdiri daripada Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri, Menteri Pertahanan, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Ketua Angkatan Tentera, Setiausaha Kerajaan dan Ketua Polis Negara.

RUU dikritik kerana memberi kuasa besar kepada Perdana Menteri dan memberi hak mutlak untuk menangkap sesiapa sahaja tanpa waran jika sesebuah lokasi itu diisytiharkan kawasan keselamatan.

Secara berseloroh, Aziz menyifatkan RUU itu sebagai 'kreatif' dan 'magis' di tengah-tengah kemelut skandal yang dihadapi kerajaan UMNO BN tetapi sangat berbahaya kepada segenap lapisan rakyat.

"Saya tidak pernah terfikir kita semua akan melalui keadaan seumpama ini. RUU itu sangat berbahaya, ahli parlimen yang mengundi meluluskannya tidak sedar bahayanya terhadap diri mereka sendiri," katanya.

Menyatakan Dewan Negara dan Yang Di-Pertuan Agong boleh menolak RUU itu tetapi mengakui keberangkaliannya amat tipis, beliau merayu Dewan Negara menangguh pelaksanaan RUU itu bagi membenarkan perbincangan awam.


Tak lalui proses Perlembagaan, MKN rampas ’empat kali ganda’ kuasa Agong

Posted: 11 Dec 2015 04:21 PM PST

SUFI4126

Roketkini.com

 
KUALA LUMPUR : Kelulusan Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Keselamatan Negara (MKN) umpama rampasan kuasa empat kali ganda kerana mengambil peranan Perlembagaan, Yang Di-Pertuan Agong dan Kabinet serta hak autonomi Sarawak dan Sabah.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, berkata ia berikutan Perdana Menteri mempunyai kuasa menentukan hala tuju pentadbiran negeri, selain boleh mengisytihar darurat tanpa perlu izin Yang Di-Pertuan Agong.

Beliau bimbang RUU itu akan wewujudkan kerajaan paralel yang ada rangka birokrasinya tersendiri tanpa melalui proses perlembagaan dalam menjalankan tangkapan dan pengisytiharan kawasan keselamatan.

"Saya bimbang akan berlaku salah guna kuasa jika RUU itu mendapat kelulusan Dewan Negara. Apatah lagi, ia diluluskan dengan tergesa-gesa bagai 'pencuri di malam hari' tanpa persetujuan negeri seperti Sarawak dan Sabah," katanya.

Beliau berkata demikian dalam forum yang bertajuk National Security Council Act: To Protect or to Oppress? di Petaling Jaya, malam tadi.

Ahli Panel lain ialah Pakar Undang-Undang, Dr Aziz Bari; Pengerusi Bersama Jawatankuasa Hak Asasi Manusia Majlis Peguam Malaysia, Andrew Khoo; Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin; Presiden Human Rights Society of Malaysia (HAKAM), Datuk Ambiga Sreenevasan, dan Profesor Undang-Undang Universiti Malaya (UM), Azmi Sharom.

Kit Siang juga menyifatkan RUU MKN itu sebagai melanggar hak asasi manusia kerana MKN memiliki kuasa untuk melakukan tangkapan sewenang-wenangnya tanpa alasan kukuh, sebaliknya bermotif politik.

Beliau memberi contoh pemerintahan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohammad yang menyaksikan ramai pemimpin pembangkang ditahan mengikut Akta Keselamatan Negeri (ISA) melalui Operasi Lalang pada 1987.


Sikap sebenar Umno pada demokrasi, kerjasama

Posted: 11 Dec 2015 04:09 PM PST

Iskandar Samad

 



ULASAN Gesaan perwakilan Umno Selangor pada perhimpunan agung Umno yang sedang berlangsung menunjukkan bahawa Umno tidak menghormati perlembagaan persekutuan.

Perwakilan tersebut, Datuk Nasaruddin M Zin dilaporkan menggesa kerajaan persekutuan tidak lagi membiayai infrastruktur dan pembangunan di Selangor kerana negeri itu tidak dikuasai oleh BN.

Seperti ramai pimpinan Umno yang lain, beliau gagal memahami tanggungjawab kerajaan persekutuan terhadap kerajaan negeri.

Beliau lupa menurut perlembagaan persekutuan terdapat peruntukan-peruntukan yang wajib diberikan oleh kerajaan persekutuan kepada kerajaan negeri.

Perkara 109 menetapkan kerajaan persekutuan hendaklah membuat pemberian tahunan untuk dua perkara.

Pertama adalah pemberian menurut kepala atau jumlah penduduk sepertimana Perkara 109(1)a.
Kedua adalah pemberian bagi penyenggaraan jalan sepertimana Perkara 109(1)b.

Negeri paling strategik

Nilai-nilai pembayaran tersebut juga dinyatakan dengan jelas pada Bahagian I dan Bahagian II Jadual Kesepuluh perlembagaan itu.

Di negara-negara lain seperti Australia dan Kanada yang mengamalkan sistem kerajaan yang sama seperti Malaysia, kerajaan pusat sentiasa menghormati hak-hak kerajaan negeri walaupun kerajaan negeri dikuasai oleh parti pembangkang.

Pimpinan Umno mesti memahami bahawa jika pembangunan di Selangor terhenti maka ia akan memberi kesan negatif kepada seluruh negara.

Berterima kasihlah kepada kerajaan negeri Selangor yang berusaha untuk memastikan pembangunan di negeri yang paling strategik di Malaysia ini berjalan lancar.

Jangan juga lupa lebih 20 peratus Keluar Dalam Negara Kasar (KDNK) negara adalah daripada negeri Selangor.

Walaupun gesaan ini dibuat oleh perwakilan dari sebuah negeri namun ia dibuat oleh perwakilan daripada negeri yang termaju di negara kita.

Maka tidak hairan jika ia juga merupakan pandangan Umno dari negeri-negeri lain.

Gesaan perwakilan Umno Selangor ini menzahirkan sikap sebenar Umno terhadap demokrasi dan kerjasama.

DATUK ISKANDAR SAMAD exco kerajaan negeri Selangor.

'Mukhriz seronok akhirnya boleh umum nama Muhyiddin'

Posted: 11 Dec 2015 04:06 PM PST

Shakira Buang


 


Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir malam ini meraikan penyokongnya serta perwakilan Umno negerinya dalam sebuah majlis ramah mesra di Kuala Lumpur.

Kira-kira 1,000 orang hadir dalam acara itu, yang rata-rata turut mengikuti perhimpunan agung Umno di ibu negara yang berlangsung sejak Isnin.

Secara sinis, pengerusi Perhubungan Umno Kedah itu berkata beliau begitu seronok kerana berpeluang mengumumkan kehadiran Tan Sri Muhyiddin Yassin – timbalan presiden Umno yang terpinggir kerana kelantangannya.

"Seronok dan pelik pula saya apabila dalam satu majlis boleh umum nama Tan Sri Muhyiddin Yassin," kata Mukhriz kepada hadirin sambil disambut sorokan 'hidup Tan Sri'.

Muhyiddin kali ini hadir dalam perhimpunan agung Umno dalam keadaan tidak langsung diberi peluang berucap kepada perwakilan.

Ini berlaku setelah beliau lantang mengkritik dalam isu 1MDB dan derma RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi perdana menteri.

Beliau dan Naib Presiden Datuk Seri Shafie Apdal juga digugurkan daripada kabinet Datuk Seri Najib Razak sebelum ini.

Muhyiddin dan Shafie turut hadir dalam acara itu, selain bekas perdana menteri keempat Tun Dr Mahathir Mohamad, yang juga bapa Mukhriz.

Menurut Mukhriz beliau menjangkakan majlis malam ini akan berlangsung seperti biasa namun ia menjadi luar biasa dengan kehadiran begitu ramai penyokong di luar jangka.

"Kita berkumpul malam ini demi darah daging kita. Meskipun saya mengambil risiko tetapi saya tidak mengutamakan jawatan kerana ia tidak boleh dibawa ke mana.

"Bila kita mati kita hanya akan bawa kain kafan dan doa anak-anak yang soleh," ujarnya.

Malah, Mukhriz menegaskan apa yang dilakukan ini bukanlah satu kesalahan.

"Dalam perlembagaan parti tidak menyatakan kita salah atau melanggar peraturan jika berkumpul sebegini. Maka bergembiralah anda semua selagi kita ada hak untuk berkumpul," katanya.

Bagaimanapun beliau tetap melahirkan perasaan bimbang jika hak dan kebebasan tersebut dirampas oleh kepimpinan parti.

Silap sekat Muhyiddin

Dalam ucapan Mukhriz juga beliau menyatakan tindakan menyekat Muhyiddin dari berucap adalah kesilapan.

"Keputusan ini satu kesilapan dan akan merugikan kita semua," tegasnya.

Mukhriz juga mengingatkan pengikutnya supaya tidak takut pada bayang-bayang sekiranya mahu parti yang memperjuangkan nasib Melayu itu terus kekal relevan.

"Kita kena tingkatkan tekanan kerana kalau kita seorang mungkin tak terkesan.

"Tetapi kalau setiap seorang daripada saudara dan saudari ini, dari seluruh negara ibarat titik-titik air yang jatuh di lautan. Setiap seorang daripada saudara saudari ini, daripada Kedah akan jadi arus, arus jadi gelombang, gelombang jadi tsunami yang begitu besar," tegasnya.

Turut kelihatan pada majlis ini sekumpulan Gerakan Ketua Cawangan Malaysia yang dikenakan tindakan tatatertib hari ini oleh lembaga disiplin.

Sembilan daripada mereka hilang kelayakan untuk memilih selama enam tahun berkuatkuasa serta merta.
Mereka juga hadir dengan memakai baju T tertulis 'Berani kerana benar'

Comments (0)

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT