Khamis, 10 Disember 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Najib Razak Tidak Layak Lagi Jawatan Perdana Menteri Malaysia? Senarai Dalil dan Sebab Didedahkan!

Posted: 10 Dec 2015 07:08 AM PST

BERITA SEMASA


najib razak


Sebelum Najib Razak, Malaysia pernah ada Perdana Menteri Malaysia sebelum ini termasuklah pada era Tun Abdullah Badawi aka Pak lah dan juga Mahathir di era 90 an.

Terus terang Berita Semasa katakan di era Najib Razak Malaysia, pertumbuhan ekonomi Malaysia agak memberangsangkan yang pastinya melegakan seketika kalangan pelabur termasuk agensi penarafan antarabangsa yang memantau daripada jauh perkembangan ekonomi Malaysia.
Setakat ini, dua idea Najib Razak yang bagi Berita Semasa benar-benar memberikan sedikit sebanyak impak kepada rakyat Malaysia iaitu projek MRT dan penubuhan UTC yang memudahkan urusan berkaitan dengan agensi-agensi berkaitan dengan kerajaan. Idea yang boleh dipuji.

Di era Mahathir Mohamad dan Pak Lah, kita semua tidak boleh nafikan tiada langsung rompakan hasil negara, berdasarkan laporan dan aduan demi aduan mengenai salah laku dan rasuah kalangan yang berkuasa di atas sana. Tetapi, impaknya kos sara hidup kurang dirasai oleh rakyat di bawah kecuali pada ketika Pak Lah yang umum kenaikan harga minyak sehingga RM2.70 seliter.

Tetapi di era Najib Razak, laporan penyelewengan dan salah dikalangan pemimpin bertambah teruk. Dan bertambah buruk lagi, impaknya turut dirasai rakyat marhaen baganya apabila semakin terkesan dengan gelombang kenaikan kos sara hidup di bawah pemerintahan Najib Razak.

Dan belum pernah berlaku dalam sejarah Perdana Menteri, apabila Perdana Menteri dan isteri teruk dikritik oleh rakyat di bawah melihat gelagat dan tindak tanduk mereka yang mula menjadi buah mulut sejak Najib Razak menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia sehingga acapkali menjadi bahan jenaka di media sosial. Belum pernah lagi….

 

Najib Razak Tidak Layak Lagi Jawatan Perdana Menteri Malaysia?

 

Samada layak atau tidak, itu hak rakyat umumnya yang melantik yang di atas atas nama demokrasi, ahli umno yang melantik Najib Razak sebagai Presiden UMNO amnya.

Tetapi apa yang Berita Semasa boleh simpulkan di sini beberapa masalah tadbir urus di bawah Najib Razak sebagai perdana Menteri Malaysia antara lain ialah :
  1. Pengumuman had maksimum rumah PR1MA daripada RM220,000 kepada RM400,000 sehingga memberikan signal dan petunjuk kepada pemaju untuk membina rumah dan hartanah yang lebih mahal daripada itu sehingga nilai hartanah terus melambung tinggi
  2. Najib Razak telah membelanjakan pada kos yang mahal untuk mengurus dan membangunkan negara sehingga menyebabkan hutang kerajaan Malaysia telah naik lebih 50 peratus sejak mengambilalih jawatan Perdana Menteri Malaysia daripada Tun Abdullah
  3. Tidak berani berdepan dan berdialog dengan rakyat. Sememangnya ahli politik bukan hanya patut pandai bekerja sahaja, tetapi mesti pandai berkomunikasi dan menerangkan dan menjelaskan kepada rakyat bagi menenangkan mereka daripada sebarang kegusaran tanpa menggunakan ayat dan perkataan yang menjelekkan
  4. Najib Razak lebih gemar untuk menunjukkan kepada dunia angka ekonomi, hakikatnya limpahan ekonomi kebanyakannya berlegar di atas sana tanpa dirasai kebanyakannya di peringkat bawah dan golongan pertengahan
  5. Najib Razak tidak bijak dapat mengawal lambungan kos sara hidup di Malaysia
  6. Najib Razak mengambil pengampu dalam barisan menteri kabinet Malaysia termasuklah Rahman Dahlan, Ahmad Maslan, Salleh Keruak dan juga Ismail Sabri. Sepatutnya ramaikan lagi pemimpin yang bukanlah perfect di mata rakyat marhaen tetapi "boleh pakai" seperti Datuk Husni Hanadzlah, Datuk Johari Abdul Ghani, Datuk Jazlan, Dato Mustapa Mohamad
  7. Belum pernah lagi mana-mana isteri Perdana Menteri yang dikritik teruk oleh rakyat kecuali di era Najib Razak yang bernama Rosmah Mansor
  8. Belum pernah ada lagi Perdana Menteri dikaitkan begitu banyak skandal jenayah kecuali di era Datuk Seri Najib Razak
  9. Sambungannya anda boleh lihat pada video 51 dalil mengapa Najib razak sudah tidak layak jadi Perdana menteri Malaysia seperti di atas ini, yang mana dikongsikan oleh Facebook penyokong Tun Dr Mahathir Mohammad
Apa respon balas anda pula dengan prestasi Najib Razak semasa menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia untuk anda?


Najib ‘terdesak’ tawarkan kerjasama, kata pemimpin PAS

Posted: 10 Dec 2015 06:55 AM PST




Datuk Seri Najib Razak kelihatan sangat terdesak apabila terpaksa secara terbuka menawarkan kerjasama kepada PAS bagi menjamin kedudukannya dalam Umno dan Barisan Nasional (BN), kata wakil rakyat PAS Datuk Mahfuz Omar. – Gambar fail The Malaysian Insider, 10 Disember, 2015.Datuk Seri Najib Razak kelihatan sangat terdesak apabila terpaksa secara terbuka menawarkan kerjasama kepada PAS bagi menjamin kedudukannya dalam Umno dan Barisan Nasional (BN), kata wakil rakyat PAS Datuk Mahfuz Omar. – Gambar fail The Malaysian Insider.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Datuk Seri Najib Razak kelihatan sangat terdesak apabila terpaksa secara terbuka menawarkan kerjasama kepada PAS bagi menjamin kedudukannya dalam Umno dan Barisan Nasional (BN), kata wakil rakyat PAS Datuk Mahfuz Omar. 
 
Ahli Parlimen Pokok Sena itu mendakwa, tawaran Najib yang dikatakan bertujuan "menuju kesempurnaan membina sebuah Malaysia di atas syariatNya" itu dilakukan kerana Umno tidak memikirkan lagi undi orang bukan Islam.

"Ini kerana, bagi saya, Najib rasa BN tidak berupaya lagi mendapat lebih 20% undi bukan Islam," katanya.

Daripada 'bahasa badan' dan kenyataannya, jelas menunjukkan mereka mahu melonjakkan undi Melayu melalui bekerjasama dengan PAS, kata Mahfuz kepada The Malaysian Insider. Bekas ketua penerangan PAS itu berkata, Umno tidak mahu membiarkan undi Melayu pecah kepada 3 iaitu Umno, Pakatan Harapan dan PAS jika dibiarkan parti Islam itu bersendirian.

"Saya yakin, PAS tidak akan sertai Pakatan Harapan walaupun dipujuk PKR. Dan akhirnya PKR terpaksa pilih Pakatan, bukannya PAS.

"Ini kerana, kalau sertai Pakatan, orang akan dakwa PAS hipokrit, selepas sekian lama menolaknya," kata Mahfuz mengulas fenomena yang berlaku sekarang.

Oleh itu, katanya ia satu peluang cerah untuk Umno mendapatkan dukungan Melayu setinggi mungkin kerana Umno perlu mengecilkan perpecahan undi Melayu.

"Jadi, PAS kena bersama BN untuk mendapatkan limpahan undi Melayu daripada PAS, dan PAS mendapat limpahan undi Melayu daripada Umno bila bersatu.

"Inilah perkiraan Umno," katanya.

Bagi mencapai hasratnya ini kata Mahfuz, Umno juga sedang membina persepsi mengenai bahaya DAP.

"Umno sedang membina kebencian kepada DAP sepenuhnya untuk mendapat sokongan maksima daripada Melayu," katanya.

Najib dalam ucapan dasar beliau selaku presiden Umno pagi ini menyeru ahli parti itu menghulurkan salam ukhuwah dan silaturahim kepada PAS.

"Kita di dalam Umno, berasa lega malah gembira, apabila PAS kini tidak lagi bersama pakatan pembangkang.

"Dengan hati yang terbuka dan nubari yang merdeka, kita hulurkan tali silaturahim, kita hulurkan ikatan ukhuwah menuju kesempurnaan membina sebuah Malaysia di atas syariatNya," katanya di hadapan 2,654 perwakilan daripada 191 bahagian Umno seluruh negara di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Sementara itu, Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Mustafa Ali enggan menjawab isu ini dan menyerahkan kepada Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menjawabnya.

"Biarlah presiden yang menjawab isu ini," kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Sebelum ini, Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam respons kepada kenyataan Najib dalam isu yang sama sebelum ini berkata, PAS tidak akan membuat kerjasama politik dengan Umno.

Tuan Ibrahim berkata, kerjasama dengan Umno tidak mungkin berlaku kerana sejak Umno ditubuhkan hingga kini masih menjalankan penindasan dan kezaliman kepada ahli dan kepimpinan PAS.

Turut menolak tawaran Najib sebelum ini adalah Naib Presiden PAS Datuk Iskandar Abdul Samad yang mengatakan Umno melakukan terlalu banyak "dosa" terhadap PAS terutamanya kepada akar umbi parti itu.

Sementara itu, Pengarah Strategi Parti Amanah Negara (Amanah) Dr Dzulkefly Ahmad meminta kepimpinan PAS menyatakan dengan jelas sikap mereka terhadap tawaran terbuka Najib itu.

Katanya, ini kerana faktor itulah yang selama ini menjadi antara punca perpecahan dalam PAS sehingga membentuk Amanah.

"Inilah isu yang berlegar selama ini dalam PAS sehingga melahirkan golongan pemimpin yang selama ini turut bertanggungjawab mengangkat parti, bekerjasama senyap-senyap dengan Umno.

"Inilah selamanya 'duri dalam daging' dalam PAS," kata bekas ahli jawatankuasa PAS Pusat itu kepada The Malaysian Insider.

"PAS perlu secara berani nyatakan dengan jelas. Kalau bersetuju, kata bersetuju. Kalau tidak, katakan tidak.

"Kerana ia akan menentukan perjuangan Islam yang dibawa PAS merentasi semua atau terkongkong dalam kepentingan Melayu/Islam sahaja.

"Ini akan dapat memperjelaskan kedudukan PAS dalam kerjasama dengan parti lain, khasnya dalam Pakatan Harapan dan di penghujungnya, kerjasama dalam pilihan raya umum akan datang," kata Dzulkefly.


PAS arah pemimpin jangan keluar kenyataan komen pelawaan Najib

Posted: 10 Dec 2015 06:51 AM PST



Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengarahkan semua peringkat pimpinan parti tidak keluarkan kenyataan balas terhadap pelawaan kerjasama yang dibuat Datuk Seri Najib Razak pada Perhimpunan Agung Umno ke-69 hari ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 10 Disember, 2015. 
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengarahkan semua peringkat pimpinan parti tidak keluarkan kenyataan balas terhadap pelawaan kerjasama yang dibuat Datuk Seri Najib Razak pada Perhimpunan Agung Umno ke-69 hari ini. – Gambar fail The Malaysian Insider.
 
 
PAS mengarahkan semua pemimpinnya agar tidak membuat sebarang kenyataan berikutan ucapan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak yang mempelawa parti Islam itu bekerjasama hari ini. Menurut satu kenyataan yang disebarkan di kalangan pemimpin PAS, semua pimpinan di peringkat dewan dan negeri diarahkan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan balas terhadap pelawaan Najib yang dibuat dalam ucapan dasarnya pagi ini.

"Saya dihubungi Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkenaan ucapan Najib pada hari ini.

"Hadi mengarahkan agar semua peringkat pimpinan di dewan dan negeri/Wilayah Persekutuan untuk tidak keluarkan kenyataan balas terhadap ucapan Najib pada hari ini. 
 
 "Tunggu kenyataan pimpinan tertinggi nanti," kata Setiausaha Politik Presiden PAS, Dr Ahmad Samsury Mokhtar, dalam kenyataan itu.

Dua pemimpin PAS yang dihubungi, Timbalan Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Pengarah Pilihan Raya Datuk Mustafa Ali juga enggan membuat sebarang kenyataan mengenai ucapan Najib itu.

Mereka berkata, presiden PAS akan membuat kenyataan itu.

Namun, bekas ketua penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar yang dihubungi bagi mendapatkan komennya menyifatkan kepada The Malaysian Insider, Najib sedang terdesak berusaha menyelamatkan dirinya apabila menghulurkan kerjasama dengan PAS.

Najib, yang juga perdana menteri dan pengerusi gabungan parti pemerintah Barisan Nasional, dalam ucapan dasarnya menyatakan Umno dengan hati terbuka menghulurkan tali silaturahim dan ikatan ukhuwah "menuju kesempurnaan membina sebuah Malaysia di atas syariatNya.

Katanya, Umno gembira apabila PAS kini tidak lagi bersama pembangkang dalam Pakatan Harapan.
PAS tidak menyertai Pakatan, yang ditubuhkan bagi menggantikan Pakatan Rakyat yang terkubur selepas perselisihan antara PAS dan bekas sekutunya, DAP.

Hadi yang konservatif sering dilihat memainkan isu bekerjasama dengan Umno demi umat Islam dan orang Melayu, walaupun pendirian rasminya ialah tidak menyertai parti itu yang merupakan musuh tradisi PAS dalam merebut undi Melayu-Islam.

Dua pemimpin kanan PAS, timbalan dan naib presidennya, tegas menolak kerjasama dengan Umno apabila diminta mengulas cadangan kerjasama yang dihulurkan Najib sebelum ini.

 Tuan Ibrahim berkata, kerjasama dengan Umno tidak mungkin berlaku kerana sejak Umno ditubuhkan hingga kini, ia masih menjalankan penindasan dan kezaliman kepada ahli dan kepimpinan PAS.

Naib Presiden Datuk Iskandar Samad pula berkata, Umno terlalu banyak dosa untuk diterima akar umbi PAS.


Datuk Seri lupa cakap pasal 20 juta Melayu yang lain!

Posted: 10 Dec 2015 06:43 AM PST

 
Obses dengan perjuangan UMNO selama 69 tahun yang lalu dan 40 tahun penglibatannya dalam politik kepartian, Presiden UMNO mungkin terlupa untuk berkongsi hala tuju masa depan parti dan kaum Melayu yang lain dalam ucapan perasmiannya.
 
 
 
najib,malaysia


Saya bukan ahli UMNO. Ternyata bukan kerana saya menyokong pembangkang. Saya bukan ahli mana-mana parti pembangkang jua. Di sebalik pendirian saya tidak menyokong mana-mana parti, saya bukan ahli UMNO kerana saya bukan Melayu-Islam.

Tetapi sejak awal tahun ini, saya mula mengikuti rapat perkembangan parti politik Melayu, UMNO yang bakal menyambut ulangtahun ke-70 pada Mei tahun hadapan (2016). Sekali lagi bukan kerana obses dengan UMNO tetapi itu keperluan tugas hakiki saya selaku seorang penulis dan pembantu penyunting.

Walaupun baru berjinak, saya cukup ghairah melihat perkembangan politik dan sandiwara dalaman yang semakin hari semakin mengujakan, sehinggakan saya hilang minat pada parti politik terbesar kaum saya sendiri iaitu MIC.

Apa sahaja yang berlaku dalam MIC tak sampai 10 peratus pun daripada apa yang berlaku dalam UMNO. Jadi terdorong juga saya untuk mengikuti perkembangan UMNO hingga ke acara kemuncak pada hari ini: upacara perasmian Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2015 yang dirasmikan oleh presiden parti yang juga Perdana Menteri, Mr.Gentleman, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Malangnya, sebagai sebuah parti yang memperjuang hak dan semangat Melayu, saya tidak melihat atau mendengar apa-apa tentang kaum Melayu, tetapi ia lebih kepada seorang Melayu bernama Najib. Atau mungkinkah cukup sekadar bercakap tentang seorang Melayu untuk mewakili semua yang lain?

Sepanjang-panjang ucapan rasmi Najib tidak lari ke mana kecuali berdampingan dengan dirinya sendiri sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO.

Dengan turun naik suaranya yang penuh berirama dan dramatik, diselang-seli dengan rujukan surah al-Quran, speaking sana sini, tidak lupa juga mengingatkan semua akan darah Bugisnya, semua perkara yang dikongsikan dalam ucapan perasmian tidak menjurus kepada perancangan masa depan atau hala tuju parti untuk kaum Melayu di negara ini, sekadar memetik perkara yang sudah berlalu dan telah berlaku.

Daripada TPPA, BR1M, Klinik Rakyat 1Malaysia, Kedai Rakyat 1Malaysia dan projek-projek Perumahan Mampu Milik serta kenaikan gaji minima dan juga kenaikan gaji tahunan untuk penjawat awam….

…kepada kutipan GST yang digambarkan sebagai penyelamat rakyat, beberapa projek seperti pembinaan pelantar gas di Laut Kaspia, pengurusan lapangan terbang antarabangsa kedua di Istanbul, pelaburan gas syal yang merupakan pelaburan langsung asing atau FDI terbesar di Kanada (yang baru pertama kali saya dengar)…

Penyediaan perkhidmatan kesihatan yakni IHH Healthcare Berhad sebagai yang kedua terbesar di dunia, serta penyelenggaraan fasiliti stesen dan pengendalian Mekah Metro segalanya dibawa sebagai hasil perjuangan UMNO. (Semuanya di luar negara?)….

Jadi, Datuk Seri, apakah rancangan baharu di dalam negara yang dibentangkan dalam ucapan kali ini?
Atau adakah saya yang tertinggal sesuatu di sini? Apakah berita baik yang dikongsi oleh Datuk Seri kepada kaum Melayu dan ahli UMNO dalam ucapan yang dinanti-nantikan sejal awal lagi?

Bercakap tentang sejarah Melayu, kisah anak nelayan menjadi menteri, kisah orang Melayu makan nasi dan lauk ikan kembung suatu masa dahulu, perjuangan UMNO memartabatkan UiTM, kisah UMNO mempertahankan Lahad Datu (?) dan banyak lagi perkara yang dikongsi, seolah-olah semuanya berkaitan dengan UMNO sahaja, maka apa yang Datuk Seri ada untuk masa depan Melayu?

Bukankah itu yang kita mahu tahu?

Tunggu punya tunggu, sampai ke akhir ucapan, saya tak jumpa apa-apa. Jadi saya tak dapat tulis apa-apapun dengan tajuk, 'Najib menjanjikan …. untuk kaum Melayu', 'Melayu bakal ….. di bawah UMNO', 'PAU 2015 mahu lihat Melayu ……' dan sebagainya.

Semua yang saya mampu tulis, apa yang anda baca di atas sahaja.

Saifuddin: Pahlawan Bugis halang Muhyiddin berucap

Posted: 10 Dec 2015 06:39 AM PST

 
Najib sepatutnya memberi peluang Muhyiddin membuat pengulungan dan beliau boleh membidasnya habis-habis kerana Presiden berucap paling akhir.


saifuddin


PETALING JAYA : Sekiranya Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak bijaksana, Timbalan Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin seharusnya diberikan peluang untuk menggulung perbahasan dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) kali ke-69.

Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, Presiden akan menggulung paling akhir dan beliau boleh membidas Timbalan Presidennya habis-habisan.

"PAU kali ini nazak. Presiden berucap sebagai Pahlawan Bugis. Tapi halang Timbalan Presiden rasmi sidang sayap-sayap dan penggulungan.

"Kalau Presiden bijaksana, biarlah Timbalan Presiden menggulung. Sebab Presiden menggulung paling akhir… bidaslah Timbalan Presiden habis-habis," katanya menerusi status terbarunya di Facebook miliknya.

Beliau yang juga merupakan bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO berkata, UMNO di bawah pentadbiran Najib kini amat nazak.

Semalam, Majlis Tertinggi (MT) UMNO tetap dengan keputusan untuk tidak membenarkan Timbalan Presiden berucap pada sesi penggulungan.

Muhyiddin turut melahirkan rasa kecewa dengan pendirian MT.

"Saya masih tidak diberikan peluang untuk berucap. Saya tidak tahu atas alasan apa. Saya tidak boleh merasmikan, tidak boleh berucap. Mulut saya dikunci," kata Muhyiddin.

Tun M: Takkan saya nak hancurkan UMNO

Posted: 10 Dec 2015 06:37 AM PST

 
Tun M menasihatkan pemimpin dan rakyat tidak menyokong Najib Tun Razak membuta tuli sebaliknya menolak jika Perdana Menteri membuat dasar yang salah.


ringgit,-najib,-mahathir


KUALA LUMPUR: Pemimpin dan rakyat tidak boleh menyokong Datuk Seri Najib Tun Razak membuta tuli, tegas Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya, jika dasar negara yang dibuat itu salah, Najib perlu ditegur.

"Bantu maksud bekerjasama dan betulkan segala dasar yang salah… bukan sokong buta tuli.

"Kita boleh sokong kalau dia (Najib) buat benda baik," katanya ketika berucap di Auditorium Muzium Kesenian Islam.

Mengulas lanjut, Dr. Mahathir berkata Najib telah memutar belit fakta dalam ucapan perasmian Perhimpunan Agung UMNO (PAU) ke-69 di Pusat Perdagangan Dunia Putra (PWTC).

Katanya, berdasarkan analisis dibuatnya, ucapan Najib seperti mahu menuduh orang yang mengkritik itu mahu merosakkan UMNO.

"Ini tidak benar…. Dia seperti mahu berkata saya, Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Apdal mahu mengahancurkan UMNO.

"Jika saya nak hancurkan UMNO, saya dah buat semasa saya jadi Perdana Menteri lagi.

"Tapi saya tak buat… Saya lepaskan jawatan saya selepas semua dalam keadaan baik.. Dan saya tak ambil pun duit kerajaan… Takkan saya nak hancurkan UMNO," katanya lagi.

Justeru, Dr. Mahathir meminta ahli-ahli UMNO yang ada supaya memberanikan diri untuk mendesak supaya Najib berundur.

"Ini kerana kalau Najib masih kekal, dalam Pilihan Raya Umum ke-14 nanti BN/UMNO akan kalah," katanya.

Kes rogol di Malaysia berlaku setiap 35 minit

Posted: 10 Dec 2015 06:35 AM PST

 
Secara purata sebanyak 3,000 kes rogol dilaporkan di Malaysia setiap tahun.


Yap-Soo-Huey,rogol


GEORGE TOWN: Sebanyak 42,449 kes keganasan rumah tangga, 31,685 kes rogol dan 24,939 kes cabul dilaporkan dari tahun 2000 hingga 2013, kata Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang (PWDC) Yap Soo Huey.

Beliau berkata, berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Pusat Kesedaran Wanita Pulau Pinang (WCC), secara purata 3,000 kes rogol dilaporkan di Malaysia setiap tahun.

"Ini bermakna setiap 35 minit terdapat seorang gadis atau wanita dirogol di Malaysia. Kebanyakan kes rogol melibatkan mangsa berumur bawah 16 tahun, pada 2013, jumlah kes melibatkan remaja bawah umur adalah sebanyak 2,111 kes," katanya yang dipetik dari Bernama.

Soo Huey berkata, menurut Kementerian Dalam Negeri, sebanyak 28,741 kes rogol dilaporkan dari tahun 2005 hingga 2014 dengan 16 peratus (4,514 kes) dibawa ke mahkamah dan 2.7 peratus (765 kes) didapati bersalah.

KTMB: 7 tahun ke atas kena bayar penuh

Posted: 10 Dec 2015 06:34 AM PST

 
KTMB menyatakan pihaknya akan hanya memberi tambang perjalanan percuma kepada kanak-kanak dua tahun dan ke bawah. 


KTM


PETALING JAYA: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengenakan tambang penuh bagi kanak-kanak yang berusia tujuh tahun dan ke atas berkuatkuasa 2 Disember lalu.

Sebelum ini, kanak-kanak berumur tujuh hingga 11 tahun menerima diskaun 50 peratus.

Dalam satu kenyataan media, KTMB menyatakan pihaknya hanya memberi tambang perjalanan percuma kepada kanak-kanak dua tahun dan ke bawah.

Sebelum 2 Disember, kanak-kanak empat tahun ke bawah tidak dikenakan sebarang bayaran.

Struktur harga baharu yang berkuatkuasa pada 2 Disember lalu membabitkan perjalanan sektor Lembah Klang iaitu laluan Tanjung Malim ke Sungai Gadut dan Batu Caves ke Pelabuhan Klang.

Manakala perkhidmatan untuk KTM Komuter Sektor Selatan iaitu Sungai Gadut ke Tampin, dan sektor utara antara Kamunting ke Gurun, harga tambang tidak berubah.

Dalam pada itu, KTMB juga memperluaskan tambang diskaun 50 peratusnya kepada golongan pelajar sekolah rendah, menengah dan Institusi Pengajian Tinggi.

Tambang konsesi bagi warga emas dan orang kelainan upaya (OKU) dikekalkan kepada diskaun 50 peratus seperti sebelumnya.

"Struktur tambang baharu ini memberi kelebihan kepada mereka yang menggunakan KTM Komuter untuk perjalanan jarak jauh kerana kadar tambang lebih murah berbanding dengan perjalanan jarak dekat," kata kenyataan itu.

KTMB meminta orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Pusat Panggilan KTMB 1300-88-5862 atau melayari laman twitter @ktmkomuter.

Kertas siasatan Muhyiddin diserah pada JK disiplin

Posted: 10 Dec 2015 04:16 AM PST

Shakira Buang 







Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata pihaknya telah menghantar kertas siasatan berhubung kes Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada jawatankuasa disiplin.

"Saya telah hantar kertas siasatan kepada lembaga disiplin.

"Jadi kita tunggu sahaja," katanya kepada pemberita.

Beliau diminta mengulas mengenai perkembangan terkini kertas siasatan bekas perdana menteri itu di PWTC, Kuala Lumpur hari ini.

Naib Presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi lewat malam Rabu memaklumkan pengumuman berkaitan perkara itu akan dibuat oleh Tengku Adnan.

Zahid juga dilaporkan sebagai berkata mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno malam tadi tidak membincangkan perkara melibatkan jawatankuasa disiplin.

Sementara itu, mengulas mengenai ucapan dasar presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak, Tengku Adnan berkata, semua perkara telah disentuh.

"Apa yang penting, presiden mahu kita semua bersolidriti bersatu, bersetia dan berkhidmat.

"Saya rasa mesej ini sudah sampai kepada perwakilan dan kita mahu pastikan bahawa satu lagi mesej sampai adalah untuk capai kemenangan di PRU14 (pilihan raya umum ke-14)," katanya.

Beliau turut berkeyakinan bahawa perwakilan yang hadir pada perhimpunan agung Umno telah mendapat penjelasan mengenai segala tohmahan yang dibuat terhadap dirinya.


Anina rayu keputusan mahkamah kekal pemecatannya

Posted: 10 Dec 2015 04:13 AM PST

Hafiz Yatim


 


Bekas ahli Umno Langkawi Anina Saadudin hari ini memfailkan notis rayuan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap keputusan mahkamah itu pada hari Isnin yang mengesahkan pemecatannya daripada parti itu.

Notis rayuan itu difailkan di Mahkamah Tinggi pada jam 10.07 pagi ini untuk mencabar keseluruhan keputusan oleh Pesuruhjaya Kehakiman, S Nantha Balan.

Ia difailkan oleh peguam Anina itu, Haniff Khatri Abdulla.

Rayuan itu difailkan ketika perhimpunan agung Umno (AGM) masuk hari kedua hari ini dengan presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikanya pagi tadi. AGM Umno itu akan berakhir pada hari Sabtu.

Pada hari Isnin, Nantha Balan membenarkan permohonan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Setiausaha Kerja Datuk Abdul Rauf Yusoh untuk membatalkan saman yang difailkan oleh Anina terhadap mereka bagi mencabar surat bertarikh 1 September yang mengumumkan pemecatannya.

Beliau berkata mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa di bawah Seksyen 18C Akta Pertubuhan 1966 untuk mendengar permohonan Anina untuk mencabar pemecatannya.

Mahkamah, katanya, terikat dengan keputusan sebelum ini bahawa mana-mana ahli parti yang memfailkan tindakan mahkamah terhadap parti, tidak lagi menjadi ahli parti.

Haniff berkata salinan notis rayuan telah dihantar kepada Tengku Adnan dan peguam Abdul Rauf Mohd Hafarizam Harun.

Selain memfailkan saman terhadap Tengku Adnan dan Abdul Rauf, Anina sebelum ini juga memfailkan satu lagi saman terhadap Najib dan Abdul Rauf meminta RM2.6 bilion yang telah didepositkan ke dalam akaun peribadi presiden parti itu, dikembalikan kepada parti.

Najib dan Abdul Rauf juga memohon untuk membatalkan saman itu. Ia akan didengar pada hari Isnin.

Anina juga memfailkan injunksi mareva terhadap Najib untuk membekukan aset presiden Umno itu berikutan sumbangan RM2.6 bilion yang diterima daripada Timur Tengah.

Mahfuz: PAU Umno cuma medan kukus pau

Posted: 10 Dec 2015 04:03 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Kemeriahan majlis perasmian persidangan agung Umno (PAU) kali ini tidak seperti dulu dan ucapan dasar presidennya pula tidak menyatakan dengan jelas hala tuju perjuangannya, kata Datuk Mahfuz Omar.

"Kemeriahan majlis perasmian PAU kali ini hanya dapat dilihat pada warna merah yang menguasai persekitaran PWTC (Pusat Dagangan Dunia Putra).

"Tetapi tidak pada ucapan dasar presiden Umno," kata anggota parlimen Pokok Sena itu, merujuk ucapan Datuk Seri Najib Razak pagi tadi.

Bekas naib presiden PAS itu berkata, Najib hanya menjadikan medan itu untuk mempertahankan diri daripada persoalan kewibawaan dan integritinya.

Najib bagaimanapun, kata Mahfuz, gagal menjawab segala isu yang berbangkit dan berkaitan dirinya seperti dakwaan skandal 1MDB dan kemasukan wang RM2.6 bilion dalam akaunnya.

Mahfuz juga menyindir "pahlawan Bugis" itu yang didakwa membangkitkan kebencian terhadap timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam keadaan mulut "ditampal" dalam PAU.

Beliau percaya pendekatan itu terpaksa dilakukan untuk memastikan hayat politiknya dapat bertahan.
"Persidangan agung Umno (PAU) menjadi medan kukus kuih pau," katanya.


'Playboy' punca masalah Malaysia, kata Sanusi

Posted: 10 Dec 2015 03:53 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Mendakwa terhalang di Kedah, sebuah cawangan Umno dari negeri itu meraikan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu majlis di Kuala Lumpur hari ini.

Kira-kira 500 orang bernyanyi dan bersorak ketika bekas perdana menteri dan Presiden Umno itu tiba di Muzium Kesenian Islam ketika Tan Sri Sanusi Junid menyampaikan ucapan penuh bersemangat.

Sanusi diketahui salah seorang penyokong tegar Dr Mahathir dan pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Agung Umno serta Menteri Besar Kedah.


Kata Sanusi masalah yang sedang dihadapi negara ini "mudah saja" iaitu "kita mempunyai pemimpin yang tidak ada moral".

Tanpa berselindung Sanusi mendakwa "pemimpin" tersebut sebagai seorang "playboy yang susah untuk mengawal nafsu".

Kata Sanusi, 'penyakit' kedua yang dihadapi negara ini ialah "gila duit".

Kedua-dua masalah itu, katanya, mendorong pihak yang berkenaan mencari duit secara mudah.

"Penyelesaian kepada masalah ini ialah rakyat perlu bangkit. Kita terus membaca dan cuba memahami tetapi kita tak boleh lagi duduk berdiam diri.

"Kita orang Kedah, kita hidup di tengah-tengah sawah padi dan petani tidak tahu untuk bersembunyi," kata Sanudi mengulas mengenai kemelut semasa parti itu.

Seperti Dr Mahathir, Sanusi juga secara terang-terangan mengecam kepimpinan semasa Datuk Seri Najib Razak.

Majlis hari ini diadakan ketika lebih 2,000 perwakilan Umno berkumpul di Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur sempena perhimpunan tahunan parti berkenaan.

Menurut Sanusi, Najib kini tidak mampu mengenang nafsunya.

Dr Mahathir sebelum ini mengadu pihak yang cuba menganjurkan majlis penerangan membabitkan dirinya sukar mendapat tempat atas faktor tertentu.

Najib saran ahli Umno ‘hulur silaturahim’ kepada PAS

Posted: 10 Dec 2015 03:07 AM PST




Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak seru ahli parti Melayu itu menghulurkan salam ukhuwah dan silaturahim kepada PAS, lebih-lebih lagi parti Islam itu kini sudah meninggalkan pakatan pembangkang. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 10 Disember, 2015.Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak seru ahli parti Melayu itu menghulurkan salam ukhuwah dan silaturahim kepada PAS, lebih-lebih lagi parti Islam itu kini sudah meninggalkan pakatan pembangkang. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak menyeru ahli parti Melayu itu menghulurkan salam ukhuwah dan silaturahim kepada PAS, lebih-lebih lagi parti Islam itu kini sudah meninggalkan pakatan pembangkang. 
 
Najib dalam ucapan dasarnya sempena Perhimpunan Agung Umno hari ini berkata, sistem 2 parti juga tidak boleh diamalkan di negara ini, sebaliknya rakyat kini berdepan pilihan antara pakatan parti pemerintah Barisan Nasional (BN) yang diketuai Umno ataupun parti pembangkang yang diketuai DAP dalam Pakatan Harapan.

"Maka saudara dan saudari, kita di dalam Umno, berasa lega, malah gembira, apabila PAS, kini tidak lagi bersama pakatan pembangkang.

"Dengan hati yang terbuka dan nubari yang merdeka, kita hulurkan tali silaturahim, kita hulurkan ikatan ukhuwah menuju kesempurnaan membina sebuah Malaysia di atas syariat-Nya," kata Najib di hadapan 2,654 perwakilan dari 191 bahagian Umno seluruh negara di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini. 
 
 "Contoh yang sangat ketara sekarang, betapa DAP cuba 'menguasai' parti lain dalam pakatan pembangkang.

"Ini dapat kita lihat, bila mana ada di kalangan pemimpin mereka, yang menyatakan hasrat untuk bertanding di 8 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), yang dimenangi PAS di Selangor sebelum ini, pada Pilihan Raya Umum ke-14 kelak.

"Lebih-lebih lagi DAP di Sarawak, dengan angkuhnya memutuskan hubungan dengan PAS dan PKR, kerana ingin bertanding lebih banyak kerusi pada Pilihan Raya Negeri Sarawak nanti.

"Itulah dia DAP, yang tidak pernah setia dengan rakan gabungannya. Tahun 1990, mereka membentuk gabungan pembangkang. Lalu berpecah pada 1995. Bergabung semula pada 1999. Kemudian 2004, berpisah lagi," katanya.

Najib berkata, DAP juga cuba lagi untuk berpakat, pada 2008 dan 2013, dengan PAS dan PKR.

"Kalau nak ikutkan perumpamaan orang berkahwin, sudah 3 kali jatuh talak. Nampaknya, besok-besok, kalau pecah pula dengan Pakatan Harapan, tak taulah talak berapa nak pakai nanti."

Malah, Najib berkata, gabungan pembangkang tidak peduli apabila PAS disingkirkan daripada pakatan mereka.

"PAS disepak dan diterajang keluar daripada Pakatan, mereka macam itu saja."

Sehubungan itu, katanya, sistem 2 parti itu juga berbahaya kepada perjuangan Umno.

"Bersabit perkara ini, selagi saya memimpin, seruan saya kepada rakan dan saudara saudari seperjuanganku sekalian, kita sekali-kali tidak akan membiarkan individu tertentu bercakap sembarangan, kononnya kita perlu menjurus kepada sistem 2 parti.

"Mana boleh! Mana boleh perkara ini kita terima? Bukan atas dasar kita tidak faham pengertian demokrasi, tetapi, dari sudut falsafah dan perjuangan Umno itu sendiri, yang memartabatkan bangsa dan mempertinggi syiar Islam.

"Saya ingin bertanya kepada perwakilan dan ahli Umno semua, takkan kita tidak faham akan bahayanya, akibat seruan yang tidak bijaksana itu," katanya.

Najib berkata, realiti politik di Malaysia hari ini, rakyat hanya mempunyai 2 pilihan, sama ada satu gabungan parti politik yang dipimpin Umno atau satu lagi yang dipimpin atau didominasi DAP.

Sekiranya Umno ditolak, katanya, negara ini akan diperintah mereka yang anti perjuangan Islam serta menolak perjuangan Melayu dan Bumiputera.


Shafie: Buktikan RM2.6b digunakan untuk Umno

Posted: 10 Dec 2015 03:03 AM PST

Zikri Kamarulzaman  





Presiden Umno Datuk Seri Najib Abdul Razak perlu membuktikan bahawa sumbangan RM2.6 bilion yang diterimanya, telah digunakan untuk Umno, kata Naib Presiden parti itu, Datuk Seri Shafie Apdal.

"Beliau perlu membuktikannya. Berapa orang yang terima duit ini? Kalau untuk Umno, kenapa tak dibincangkan dalam Majlis Tertinggi Umno, apa kegunaan dan ke arah mana kita guna duit ini.

"Mungkin cara dia menggunakannya. Dia beranggapan dia presiden, maka ia untuk kebaikan Umno," kata Shafie dalam satu temu bual di pejabatnya di Mont Kiara di Kuala Lumpur, semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada menerima RM2.6 bilion dari sumber asing itu, sesuatu yang boleh diterima.

Katanya, ia bukannya persoalan sama ada boleh diterima atau tidak, tetapi ia adalah persoaalan mengenai akauntabiliti.

Najib telah berkata RM2.6 bilion itu adalah sumbangan politik kepada Umno dan program tanggungjawab sosial korporat.

Bagaimanapun, Shafie yakin bahawa RM2.6 bilion itu tidak ada dalam penyata akaun parti.

"Jumlah itu tidak ada dalam penyata akaun (Umno). Memang tak bentang pun.

"Ia tidak masuk ke dalam akaun Umno. Ia masuk dalam akaun beliau (Najib). Jadi, saya pasti ia tidak dalam akaun Umno," katanya.

Shafie yang digugurkan sebagai menteri pembangunan luar bandar dan wilayah pada bulan Julai, berkata beliau juga telah membangkitkan perkara itu dalam kabinet.

Bagaimanapun, katanya, beliau hanya diberitahu bahawa wang itu datang dari seorang "penderma Arab" dan setakat itu sahaja.

Zahid harap tiada 'ikan' mati bila sungai dibersihkan

Posted: 10 Dec 2015 03:01 AM PST

Zikri Kamarulzaman


 

 AGM UMNO | Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berharap tidak ada "ikan" yang akan mati apabila parti itu membersihkan "sungai" yang keruh.

"Pembetulan harus dimulakan supaya air tidak terus keruh.

"Diharap tidak ada ikan yang mati keracunan dalam kekeruhan air yang telah diracunkan," tambahnya.

Walaupun beliau tidak menyebut sebarang nama atau butiran, beberapa pemerhati berpendapat Zahid mungkin membayangkan tentang penyingkiran.

Kedudukan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalan presiden menjadi perhatian selepas beliau menyampaikan ucapan yang pedas terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada malam Isnin.

Zahid sahkan RM2.6b bukan dari seorang penderma

Posted: 10 Dec 2015 02:57 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi mengesahkan bahawa sumbangan RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak datang daripada lebih seorang penderma.

Ditanya sama ada ia penderma atau penderma-penderma, Zahid berkata: "Jamak".

Zahid sebelum ini berkata beliau sudah menemui seorang penderma.

Kekeliruan dalam isu derma ke akaun perdana menteri terus berpanjangan apabila timbul persoalan mengenai jumlah penyumbang yang didakwa dari Timur Tengah itu.

Dalam temubual dengan akhbar The Star yang diterbitkan hari ini, Najib sekali lagi mendakwa dana itu diterima daripada lebih seorang penyumbang yang mempunyai hubungan peribadi dengannya.

Shafie tak pernah abaikan tanggungjawab

Posted: 10 Dec 2015 02:42 AM PST


Mohd Shafie Apdal
Mohd Shafie Apdal - Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR - Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata beliau tidak pernah mengabaikan tanggungjawab dan tugasnya sebagai Naib Presiden Umno.

Beliau berkata, sepanjang perkhidmatannya itu, beliau bukan sahaja memberikan sokongan bahkan membuat teguran demi kebaikan parti.

"(Sokongan) bukan bererti bahawa semata-mata bagi menampakkan kesetiaan kepada Presiden Umno.

"Apa yang penting kepada kita parti ini kuat dan pemerintahannya kuat, kita perlu pertahankan kerajaan yang ada," katanya kepada pemberita di luar Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Beliau mengulas ucapan dasar Presiden Umno, Datuk Najib Tun Razak pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2015 yang membuat beberapa teguran dan peringatan khususnya kepada pimpinan kanan, parti itu.

Najib mengingatkan bahawa Timbalan Presiden dan Naib-naib Presiden perlu membantu Presiden Umno atau beliau dalam menguruskan parti.

Mengulas lanjut, Mohd Shafie juga berkata, dalam mempertahankan kerajaan, banyak cara dan pendekatan perlu dilakukan termasuk mengatasi banyak isu yang timbul.

"Itu pandangan presiden parti dan kita terima hakikat itu kerana kita tahu dalam politik ini, banyak perbezaan pendapat dari segi cara dan kaedahnya.

"(Kita perlu) saling hormat-menghormati tentang perbezaan pendapat, itu yang saya minta kita perlu berucap untuk beri pandangan kita," katanya.

Dalam pada itu, Mohd Shafie juga menghormati keputusan Majlis Tertinggi (MT) Umno yang membuat keputusan menghalang beliau dan Tan Sri Muhyiddin Yassin berucap pada PAU 2015 ini.

"Selaku ahli Umno, kita ambil iktibar untuk pastikan kekuatan parti perlu bagi kita. Yang penting kepada saya ialah kerajaan dan Umno perlu kita perkasakan," katanya lagi.


PDRM rakam kenyataan Justo di Bangkok 15 Dis

Posted: 10 Dec 2015 02:41 AM PST

SINAR HARIAN


Khalid Abu Bakar
Khalid Abu Bakar. - Foto Bernama


MELAKA - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan merakam kenyataan bekas eksekutif kanan PetroSaudi International (PetroSaudi) Xavier Andre Justo yang kini ditahan di Bangkok, Thailand, berhubung siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada Selasa depan (15 Disember).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, tarikh tersebut telah ditetapkan polis Thailand.

"Satu pasukan anggota PDRM yang diketuai Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan/Perundangan) Bukit Aman, Datuk Amar Singh Ishar Singh akan berangkat ke sana untuk menemu bual Justo," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Tahunan Polis Bantuan Malaysia ke-27 di sini, hari ini.

Turut hadir Presiden Persatuan Polis Bantuan, Baharuddin Othman dan Ketua Polis Melaka, Datuk Chuah Ghee Lye.

Justo, 49, dijatuhi hukuman penjara tiga tahun oleh Mahkamah Jenayah Bangkok Selatan di Thailand pada 17 Ogos lepas kerana memeras ugut bekas majikannya, PetroSaudi sebanyak 2.5 Juta Swiss Frane (RM11 juta) dengan menggunakan dokumen yang dicuri daripada syarikat berkenaan.     

Bernama pada 5 Disember lepas melaporkan rakaman kenyataan Justo berhubung isu 1MDB yang djadual pada Selasa lepas (8 Disember) tetapi terpaksa ditangguhkan pihak polis Thailand.

Dalam perkembangan lain, Khalid berkata, terdapat perkembangan baharu berhubung tangkapan kumpulan militan IS yang dilakukan semalam namun kenyataan berhubungnya akan dilakukan dalam masa terdekat.

"Memang ada tangkapan baharu semalam ... bila (siasatan) dah siap (selesai) nanti kita keluarkan kenyataan. Ada pertimbangan-pertimbangan sebelum kita mengeluarkan kenyataan kerana operasi belum selesai," katanya.

Sementara itu, beliau berkata, terdapat sebanyak 27,058 kekosongan bagi jawatan polis bantuan melibatkan 212 agensi yang telah diluluskan penubuhannya di seluruh negara.

Katanya kajian semula berkaitan peraturan polis bantuan juga akan dilakukan dari semasa ke semasa untuk kesejahteraan rakyat dan negara.

"Kita tidak dapat nafikan bahawa kehadiran polis bantuan ini membantu menurunkan jenayah terutama jenayah jalanan di negara ini," katanya. – Bernama


Kejayaan Malaysia kerana Umno, bukan pemimpin

Posted: 10 Dec 2015 02:38 AM PST


Kejayaan Malaysia kerana Umno, bukan pemimpin
Tun Dr Mahathir Mohamed diserbu media ketika hadir di Persidangan Perhimpunan Agung Umno 2015. - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM


KUALA LUMPUR - Bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui bahawa Umno berjaya membangunkan negara sehingga kini.

bagaimanapun berkata kejayaan itu dicapai oleh parti Melayu itu dan bukannya pemimpin Umno.

"Saya setuju dengan ucapannya bahawa Umno yang telah berjaya majukan negara kita ini sehingga ada doktor dapat jadi pakar, itu Umno, bukan pemimpin Umno," katanya kepada pemberita selepas perasmian Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, hari ini.

Beliau mengulas ucapan dasar Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa kedudukan Malaysia sangat memberangsangkan dalam pentadbirannya sejak 2009.

Beliau juga mengingatkan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa kejayaan Umno itu tidak boleh dianggap sebagai kejayaan peribadi.

"Umno berjaya tapi jangan lah ambil kredit kejayaan Umno itu seolah-olah itu kejayaan kita sendiri.
"Saya pun tak pernah ambil kredit," katanya lagi.


'Jangan Malaysia jadi macam Kelantan'

Posted: 10 Dec 2015 02:36 AM PST


'Jangan Malaysia jadi macam Kelantan'
Anggota Majlis Tertinggi Umno serta para perwakilan Umno melaungkan 'Hidup UMNO' pada perasmian Perhimpunan Agung Umno Ke-69 hari ini. - Foto Bernama


KUALA LUMPUR - Pemimpin tertinggi Umno diingat untuk berhenti berkelahi sesama sendiri kerana perkara itu sedang diperhatikan rakyat.

Wakil Kelantan, Datuk Md Alwi Che Ahmad berkata, kemelut yang melanda Umno perlu diselesaikan segera jika tidak mahu parti itu tewas dalam PRU akan datang.

"Kita tidak boleh bergaduh lagi, cukup. Mari damaikan pemimpin kita supaya parti kita jadi kuat.

"Orang luar sedang tengok kita," katanya sebagai pencadang usul ucapan dasar Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak, hari ini.

Menurut beliau, setiap pemimpin perlu ada sikap tolak ansur dan tidak memanjang perkara yang boleh memudaratkan parti.

Katanya, pendekatan psikologi perlu digunakan bagi mendamaikan pemimpin Umno.

Kemelut di dalam Umno tidak boleh berselindung apabila Najib menggugurkan dua orang penting parti itu, iaitu Timbalan Presidennya, Tan Seri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden, Datuk Seri Shafie Apdal daripada Kabinet.

Menurut Alwi, kemelut yang melanda menyebabkan perwakilan rasa tidak selesa dan bimbang akan perjalanan persidangan itu.

"Tolonglah, jangan (berucap) di khalayak ramai. Kita datang sini berdebar pemimpin dihasut jadi macam ni.

"Jangan ada lagi, Kelantan sudah rasa, jangan Malaysia jadi macam Kelantan," katanya.



Najib guna UMNO untuk ‘angkat’ diri sendiri

Posted: 09 Dec 2015 11:08 PM PST

 
Komen Dr Mahathir selepas mendengar ucapan perasmian Najib Tun Razak.


mahathir_najib_talk_600


KUALA LUMPUR: Pemimpin UMNO termasuk Datuk Seri Naib Tun Razak tidak seharusnya mengambil kredit atas kejayaan UMNO melahirkan ramai anak-anak Melayu yang berjaya di serata dunia untuk memuji diri sendiri.

"Saya setuju dengan ucapannya (Najib) bahawa UMNO telah berjaya memajukan negara. Sehingga ada Melayu dapat menjadi doktor pakar. Itu UMNO, bukan pemimpin UMNO.

"UMNO berjaya, tetapi jangan ambil kredit kejayaan UMNO seolah-olah itu kejayaan kita sendiri," kata Tun Dr Mahathir Mohamad selepas mendengar majlis Perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2015 oleh Najib di PWTC.

Jelas Mantan Perdana Menteri yang berkhidmat selama 22 tahun itu, beliau sendiri secara peribadi tidak pernah bertindak sedemikian.

"Saya pun tidak pernah ambil kredit," katanya lagi.

Dr Mahathir sewaktu melangkah keluar dari Dewan Merdeka telah dikerumuni oleh penyokong-penyokongnya sambil diiringi lagu 'Inilah Barisan Kita'.

Suasana menjadi hingar binggar hinggakan Dr Mahathir terpaksa meminta penyokongnya diam sebentar ekoran mengganggu beliau untuk bercakap dengan media.

JANGAN SUSAH HATI - INI PELUANG MUHYIDDIN, SHAFIE BUAT SATU LAGI HIMPUNAN BERASINGAN

Posted: 09 Dec 2015 11:02 PM PST

shahbudindotcom

 

 
 
 
Mesyuarat khas MT semalam sah membuat keputusan hanya Najib Razak seorang saja dibenarkan berucap pada majlis penggulungan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2015 tahun ini.

Bermakna, tidak lagi seperti tahun-tahun sebelumnya yang biasanya menampilkan seorang atau dua ahli MT, ketua-ketua sayap, Naib-Naib Presiden, Timbalan Presiden dan akhirnya sekali oleh Presiden untuk memberikan ucapannya, tahun ini tiada pemimpin lain diberi ruang berucap sebegitu rupa.

Merasmikannya Najib dan menutupnya pula hanya Najib. Tidak ubah PAU tahun ini diadakan semata-mata untuk Najib.

Keadaan ini berlaku tidak lain kerana wujudnya perbezaan pendapat antara Najib dengan Muhyiddin dan Shafie berkaitan isu 1MDB dan derma RM2,600 juta yang menyebabkan kedua-duanya diketepikan daripada kerajaan.

Dalam mesyuarat khas MT semalam, walaupun Muhyiddin dan Shafie membuat rayuan agar mereka dibenarkan menyampaikan ucapan sebagaimana biasa, tetapi ia tetap ditolak.

Ia akhirnya mengesahkan tanggapan Muhyiddin bahawa beliau hanyalah ibarat tunggul saja dalam perhimpunan tahun ini.

Sebelum ini, dengan tujuan untuk menyekat suara Timbalan Presiden itu, Muhyiddin juga dilarang daripada merasmikan Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO.

Bagaimanapun sekatan untuk perasmian itu tidak membuatkan Muhyiddin berdiam diri, sebaliknya memilih untuk mengadakan program "Bersama Timbalan Presiden UMNO" di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru pada 7 Disember lalu untuk menyampaikan amanatnya yang dihadiri oleh kira-kira 3,000 penyokongnya.

Setelah dilarang pupa berucap untuk majlis penggulungan ini, apakah pilihan untuk Muhyiddin dan Shafie?

Sebenarnya inilah peluang terbaik untuk Muhyiddin dan Shafie menganjurkan satu lagi himpunan untuk mereka menyampaikan ucapannya sebagai ganti majlis penggulungan yang tidak dibenarkan itu.

Oleh kerana majlis penggulungan ialah pada petang Sabtu, 12 Disember nanti, Muhyiddin dan Shafie boleh memilih untuk mengadakan program himpunan itu pada waktu yang sama atau pada sebelah malamnya.

Ia juga boleh diadakan sama ada sekali lagi di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru atau dewan lain yang bersesuaian sebelum para perwakilan pulang meninggalkan ibukota.

Perlunya Muhyiddin dan Shafie mengadakan program himpunan untuk menyampaikan ucapan mirip penggulungan ialah kerana sudah tentu kedua-duanya akan menjadi sasaran kritikan, serangan dan mungkin ejekan atau "boo" yang sengaja diwujudkan oleh kumpulan pro Najib untuk memalukan mereka.

Tetapi, oleh kerana mereka tidak berpeluang berucap di majlis penggulungan, bagaimana mahu menjawab segala kritikan dan serangan itu?

Adakah mungkin Najib akan bersikap terlalu baik untuk menjawab segala kritikan terhadap Muhyiddin dan Shafie itu?

Atau Najib akan menggunakan kesempatan Muhyiddin dan Shafie tiada ruang bercakap itu untuk menambah lagi serangannya kepada kedua-dua pemimpin yang sudah dianggap musuhnya itu?

Berdasarkan perkembangan semasa serta pelbagai sekatan bersuara terhadap Muhyiddin dan Shafie, sudah pasti program himpunan itu akan mendapat sambutan luar biasa daripada ahli-ahli UMNO sendiri untuk mendengar penjelasan daripada kedua-dua pemimpin itu.

Kepada Muhyiddin dan Shafie, sekarang adalah masa untuk melawan dan inilah kesempatan terbaik menganjurkan satu lagi himpunan besar seperti yang diadakan pada 7 Disember lalu.
 
 
 

Zahid: Dana RM2.6b sumbangan pimpinan negara Islam

Posted: 09 Dec 2015 10:58 PM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic


KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata pihak yang menyalurkan dana RM2.6 bilion kepada akaun peribadi Datuk Seri Najib Tun Razak adalah pimpinan sebuah negara Islam.

Zahid berkata identiti penyumbang itu terpaksa dirahsiakan dan dana itu adalah untuk memperkasakan agenda Islam yang diperjuangkan Umno.

"Orang yang beri ini bukan individu. Tetapi saya tidak mahu menyebutkan (sebab penderma tidak mahu didedahkan), belau dipetik berkata oleh Agenda Daily.

"Pimpinan kerajaan itu telah memberikan jumlah dana yang lebih besar dan banyak kepada negara Islam yang lain.

"Kenapa perlu dipertikaikan keikhlasan itu? Dan negara itu tidak minta kontrak atau projek daripada kita.
"Patutnya kita berterima kasih kerana negara itu tidak minta apa-apapun.

Zahid berkata sumbangan itu disalurkan kepada Najib sebagai pemimpin utama Umno di atas "kebolehpercayaan kepada Umno sebab Umno boleh membawa Islam, kerana Umno menentang mazhab-mazhab di luar Ahli Sunnah Wal Jamaah."

Zahid yang juga Naib Presiden Umno berkata sejak awal bila isu ini timbul pendiriannya konsisten yakin kepada Perdana Menteri.

Katanya, soal memperolehi dana politik ini dilakukan oleh semua parti politik.

Beliau kesal kerana ada pihak terus mempertikaikan sumbangan yang diterima itu.

"Seharusnya kita membantu, bukan mempertikaikan. Sudahlah kita tidak membantu, kita mempertikaikan pula orang yang memperolehi dana berkenaan dan memberikan pengagihan untuk memperkuatkan parti," katanya.

Menurut Zahid, sekalipun sudah diperjelaskan oleh Perdana Menteri tetapi oleh kerana ianya dipertikaikan maka persepsi itu terus membongkah dengan besar.

"Apabila kebencian itu ditanamkan, maka sebarang realiti dan kebenaran itu tidak diterima lagi. Dan inilah permasalahan yang timbul," katanya.

Awal minggu ini, Najib memberikan keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) mengenai dana itu yang dimasukkan dalam akaunnya oleh penderma berkenaan.

SPRM sebelum ini mengesahkan ia sudahpun mengambil keterangan daripada penyumbang Timur Tengah itu. Siasatan badan itu juga mengesahkan dana berkenaan bukan wang 1Malaysian Development Berhad (1MDB).

Kepada soalan mungkin orang terkejut ini pertama kali dengar sumbangan sebesar itu, Zahid membangkitkan kisah selepas Tun Dr Mahathir Muhamad meletakkan jawatan.

Katanya, bekas Perdana Menteri itu disebut dalam Transparency International sebagai berkata RM1.2 billion diserahkan kepada pengantinya Tun Abdullah Badawi.

"RM1 billion dalam bentuk aset dan RM200 juta dalam bentuk tunai. Kita pun boleh tanya dengan Dr Mahathir mana dia dapat duit itu?

"Lima kali pilihan raya di zaman beliau tentu orang pun boleh bertanya tetapi tidak mahu tanya sebab kita hormat."

"Kita serah pada dia sebagai pemimpin ketika itu. Dari sumber mana dia dapat, asalkan ia mengikut undang-undang dan tata-etika dan ini harus dihormati oleh semua," kata Zahid.

Isu khalwat G25: Diam tanda PAN setuju?

Posted: 09 Dec 2015 10:56 PM PST

Oleh Zainal Salleh

 
Post Pic
 
 
 
[ULASAN] Akhirnya bisul dendam golongan yang selama ini terkilan Islam menyekat 'kebebasan bersuara' dan tidak mengendahkan 'hak peribadi' mereka, pecah. Lantas mereka menggesa kerajaan "membetulkan" keadaan ini. 
 
Kumpulan pesara Melayu perkhidmatan kerajaan atau G25 ini menggesa kajian semula terhadap pelaksanaan undang-undang Islam yang menjadikan dosa peribadi, seperti berkhalwat, satu jenayah.
 
Jurucakap G25, Datuk Noor Farida Ariffin berkata, enakmen kesalahan jenayah syariah yang 'menceroboh ke dalam kehidupan peribadi rakyat' harus dikaji semula.
 
Lantas G25 mahu mewujudkan satu jawatankuasa konsultatif demi menghapuskan kekangan sedemikian yang menceroboh 'ruang kehidupan dan sfera peribadi rakyat'.
 
"Wujud masalah dalam pelaksanaan enakmen kesalahan jenayah syariah... kita perlu melihat kepada perkara ini.
 
"Kita perlu ahli jawatankuasa konsultatif itu untuk melihat perkara ini, dan di mana mereka sebenarnya melanggar Perlembagaan Persekutuan. 
 
"Untuk mencadangkan dan mungkin memansuhkan, atau meminda, dan juga untuk melihat kepada undang-undang yang menceroboh ke dalam kehidupan peribadi rakyat seperti undang-undang khalwat," kata Noor Farida.
 
Beliau berkata demikian pada satu sidang media di akhir forum dua hari "Islam dalam Demokrasi Berperlembagaan" di Kuala Lumpur minggu lalu.
 
Beliau menekankan bahawa hanya Malaysia sahaja yang mempunyai undang-undang mengenai khalwat dan ia bertentangan dengan ajaran Islam.
 
"Dalam Islam, Al-Quran kata anda tidak boleh menceroboh ruang peribadi seseorang. Oleh itu, kami katakan, ini bertentangan dengan Islam," kata Noor Faridah.
 
Beliau berkata jawatankuasa konsultatif mengkaji isu-isu ini penting bagi mengelakkan ketidakadilan masa depan terhadap umat Islam dan bukan Islam.
 
"Di bawah perlembagaan, mereka tidak mempunyai bidang kuasa ke atas orang bukan Islam. Tetapi sekarang, mereka juga mengambil tindakan terhadap orang bukan Islam. 
 
"Orang bukan Islam turut terlibat dengan keputusan mahkamah syariah dan undang-undang," kata Farida.
 
"Islam adalah agama keadilan, belas kasihan dan kasih sayang. Tetapi cara Islam dilaksanakan di bawah undang-undang syariah ketika ini, yang diluluskan penggubal undang-undang negeri, ia bukan undang-undang Tuhan.
 
"Ia tafsiran manusia tentang hukum Tuhan. Ia menyebabkan banyak ketidakadilan bukan sahaja kepada orang Islam, tetapi orang bukan Islam juga," katanya.
 
Ramai ulama yang bingkas bangun membidas kenyataan G25 yang dianggap melampau. 
 
Malah ahli politik seperti Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berpendapat perundangan sedia ada memadai untuk menguruskan kepentingan umat dan peraturan Islam. PAS pun demikian. 
 
Namun sedihnya pemain terbaru dalam politik Islam di Malaysia – Parti Amanah Negara (PAN) -- lembab sedikit menyatakan pendirian dalam isu dosa khalwat adalah persoalan insan dengan Allah sahaja.
 
Sayugia diingat sebelum ini PAN juga tidak menetapkan pendiriannya dalam isu melesterikan alam sekitar khususnya isu penambakan laut di Pulau Pinang. 
 
Sedihnya, G25 yang mewakili pesara perkhidmatan kerajaan yang selama ini "menderita" dek kesumat terhadap peraturan dan pengurusan Islam di negara ini hanya membisu ketika berkhidmat.
 
Adakah ini kerana mereka tidak mahu kedudukan dalam pentadbiran kerajaan akan tergugat? Kini apabila sudah "bebas" daripada peraturan dan kanun perkhidmatan awam, baru mereka bertindak?
 
Adakah keberanian ini timbul kerana ketika berkhidmat mereka berasa golongan yang sefahaman mereka adalah minoriti tetapi apabila sudah "bebas", mereka percaya kedudukan mereka "selamat" jika bersuara dalam sebuah NGO seperti G25?
 
Kini apabila sudah terjamin bayaran pencen, baru mereka berani mengambil kesempatan kemelut politik negara kini untuk meluahkan apa yang terbuku di dada?
 
Sayangnya, sikap membisu PAN yang mengaku berjuang atas landasan Islam agak menyedihkan. Kini peraturan Allah – amar makruf nahi mungkar – dipertikaikan; tetapi PAN membisu.
 
Apakah perhitungan PAN isu ini tidak menguntungkan di segi politik? Adakah ia lebih gusar kemungkinan hilang sokongan 25 pesara penjawat awam dan golongan sekular yang sependirian mereka? 
 
Atau, PAN masih menunggu isyarat daripada mentor mereka – Lim Guan Eng – menentukan sama ada isu ini merugikan atau isu populis yang akan menawarkan laba politik besar bagi pembangkang?
 
Apakah doktrin inklusif yang dilaungkan PAN selama ini meliputi perjuangan orang-orang pencen yang menuntut kawal selia atau kongkongan lebih ketat terhadap Islam? 
 
Atau, adakah meleraikan isu khalwat sebagai satu jenayah bermakna PAN terbuka menerima golongan yang agak kurang selesa dengan peraturan hidup Islam di Malaysia akan membuktikan ia sebuah parti politik yang inklusif?
 
Apa pandangan dua mantan Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia – Ustaz Ahmad Awang dan Ustaz Abdul Ghani Shamsudin – yang menjadi penasihat PAN? 
 
Wajarkah PAN menganut konsep dosa itu adalah soal peribadi di antara individu dan Allah sahaja? Maka bagi membuktikan ia berimamkan konsep inklusif, pemikiran G25 ditatang dalam PAN? 


Kekecohan ketika jualan tiket di Shah Alam

Posted: 09 Dec 2015 10:51 PM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Kekecohan tercetus di Stadium Shah Alam selepas lebih 3,000 penyokong Selangor menyerbu ke arah pegawai tiket meminta penjelasan berhubung penjualan tiket perlawanan akhir Piala Malaysia.
 
Tindakan dipercayai berpunca selepas semua 30,000 tiket perlawanan akhir habis dijual di kaunter tiket stadium tidak sampai sejam selepas kaunter dibuka jam 10 pagi tadi.
 
Kebanyakan penyokong juga tidak berpuas hati kerana gagal mendapatkan tiket selepas terpaksa beratur sepanjang 600 meter dan menunggu sejak dari jam 7 pagi lagi di perkarangan stadium.
 
Malah, mereka turut menuntut penjelasan daripada pegawai tiket yang berada di situ kerana seakan tidak logik 30,000 tiket habis dijual tidak sampai sejam.
 
Namun, pegawai tiket hanya berdiam dan tidak memberikan penjelasan kepada mereka berhubung penjualan tiket dan akhirnya penyokong bersurai 15 minit kemudian.
 
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Tiket dan Pintu Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk S Sivasundram berkata, sebanyak 20 kaunter tiket dibuka bagi memudahkan penjualan tiket kepada penyokong.
 
"Setiap kaunter menjual 1,500 keping tiket namun disebabkan begitu ramai yang datang mendapatkan tiket, ada kaunter yang ditutup awal selepas kehabisan tiket," katanya. Tinjauan pemberita mendapati penyokong mula berkumpul di perkarangan stadium sejak jam 7 pagi bagi mendapatkan tiket meskipun kaunter hanya dibuka jam 10 pagi.
 
 

Tiada ulasan: