Selasa, 1 Disember 2015

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


KEHADIRAN TUN M DI PAU 2015 DAN KEBUDIMANAN ZAHID HAMIDI

Posted: 01 Dec 2015 06:37 AM PST

shahbudindotcom

 

 
 
 
Tidak dipastikan sama ada Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor sudah menghantar surat jemputan atau belum kepada bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad untuk menghadiri Perhimpunan Agung UMNO tahun ini.

Kali terakhir Ku Nan bercakap mengenainya ialah pada 26 November lalu dengan mengatakan masih mempertimbangkannya.

Dalam masa yang sama, Ku Nan juga membuat andaian awal bahawa Tun Mahathir berkemungkinan besar tidak menghadirinya berikutan pendiriannya yang kerap menghentam parti kebelakangan ini.

Bagaimanapun, Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi kemudiannya mengatakan UMNO tetap akan menjemput Tun Mahathir untuk menghadiri Perhimpunan Agung UMNO kerana parti tetap menghormatinya.

Hari ini, tanpa mengira beliau dijemput secara rasmi atau tidak, Tun Mahathir memperakukan kehadirannya dengan mengatakan jemputan terbuka Zahid Hamidi itu sudah memadai untuk beliau menghadirinya.

"Saya tak terima lagi surat jemputan, tapi saya anggap kenyataan Zahid itu sebagai suatu jemputan dan tak hantar jemputan pun saya tetap akan pergi," kata bekas Perdana Menteri itu lagi.

Soalnya kenapa Ku Nan dan ibu pejabat UMNO terlalu perlahan dalam membuat kerja? Bukankah menjemput bekas Presiden UMNO seperti Tun Mahathir dan Tun Abdullah Badawi ke majlis perasmian Perhimpunan Agung UMNO merupakan suatu tradisi yang perlu dihormati dan dikekalkan?

Apakah Ku Nan sengaja melengah-lengahkan surat jemputan itu dengan harapan Tun Mahathir tidak menghadirinya?

Mujurlah masih ada pemimpin budiman dalam kepimpinan UMNO seperti Zahid Hamidi yang pantas memberikan kenyataan dan melakukan jemputan terbuka terhadap Tun Mahathir.

Di ketika Ku Nan seolah-olah tidak mahu Tun Mahathir hadir, banyak pemimpin lain hanya berdiam diri, manakala Najib mungkin lebih berharap agar bekas Perdana Menteri itu tidak menghadirinya, Zahid sebaliknya perlu dihargai atas sikap budimannya itu. 

Jika semasa perhimpunan nanti, tidak ada mana-mana pemimpin UMNO yang memperdulikan Tun Mahathir atau seperti tidak meraikan kehadirannya, Zahid Hamidi seharusnya sekali lagi menunjukkan kebudimanan hatinya ketika itu nanti.

Sebagaimana beliau mengakui turut mengunjungi Tun Mahathir di kediamannya sebaik dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri untuk meminta pedoman dan nasihat daripada bekas Perdana Menteri itu, Zahid sememangnya layak dihargainya atas sikap budiman dan hormatnya yang tidak luntur itu.
 
 
 

PAS bidas Mat Sabu yang 'keliru dan celaru'

Posted: 01 Dec 2015 06:28 AM PST

MALAYSIAKINI


 


PAS memulangkan 'paku buah keras' dengan membidas Parti Amanah Nasional (AMANAH) yang menyerang parti itu dengan mengaitkan PAS dengan pemikiran kumpulan pengganas Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS), menyebabkan Amanah ditubuhkan.

Pengarah Pusat Penyelidikan PAS (PPP) Mohd Zuhdi Marzuki berkata tuduhan terbaru Presiden Amanah Mohamad Sabu itu bertentangan momokan mereka sebelum itu bahawa PAS mahu bekerjasama dengan Umno membentuk kerajaan perpaduan.

Katanya, tuduhan cuba membentuk kerajaan perpaduan dan ISIS yang bersikap melampau terhadap pemerintah Muslim yang tidak sealiran serta mengangkat senjata tanpa jalan perdamaian, adalah paradoks.

"Jika PAS dituduh diserapi pemikiran ISIS, mengapa pula PAS dituduh mahu berkerjasama dengan pemerintah kerana pendekatan ini jauh berbeza dengan ISIS.

"Berdasarkan paradoks kedua-dua tuduhan itu, PPP melihat kepimpinan AMANAH lah sebenarnya yang semakin keliru dan celaru," katanya dalam satu kenyataan.

"Mereka tidak tahu, peluru mana yang mahu diguna untuk menyerang PAS. Mereka juga sedang mencari alasan memberikan jawapan kepada ahli-ahli mereka yang 'pening' bagi mewajarkan mengapa mereka keluar dari PAS."

Sehubungan, Mohd Zuhdi yang juga anggota jawatankuasa PAS pusat menasihatkan pemimpin Amanah menyelesaikan terdahulu kecelaruan mereka dan mencari titik persamaan supaya pelbagai aliran dalam parti itu dapat disetarakan pemikirannya.

Hari ini portal berita The Malaysian Insider melaporkan Mohamad sebagai berkata mendedahkan di antara punca Amanah ditubuhkan kerana PAS sudah diresapi pemikiran ISIS.

Beliau juga dilapor menuntut supaya siasatan terperinci dibuat pasukan keselamatan negara ke atas penyusupan pemikiran kumpulan itu yang menyebabkan suburnya budaya "takfiri". dalam PAS.

Laporan itu juga menyebut, budaya takfiri merujuk kepada tindakan mengkafirkan kumpulan yang berbeza pandangan dan menghalal pertumpahan darah.


FAM gantung pengadil perlawanan PKNS-Kedah

Posted: 01 Dec 2015 06:16 AM PST

SINAR HARIAN


Kedah minta penyokong kongsi video gol PKNS
Pengadil perlawanan, Samsudin Ibrahim (tengah) berbincang dengan penolong pengadil mengenai keputusan gol pada perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia antara PKNS FC dan Kedah di Stadium Majlis Perbandaran Selayang. - Foto Bernama
 

JAWATANKUASA Pengadil Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) membuat keputusan untuk menggantung empat pegawai perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia membabitkan pasukan PKNS FC menentang Kedah di Stadium Selayang pada 28 November lepas.

Pengadil perlawanan Samsudin Ibrahim, penolong pengadil 1 Busrah Eri dan pegawai keempat Khairul Rizal Ismail digantung sementara waktu sehingga satu tindakan lanjut diputuskan pada mesyuarat jawatankuasa akan datang, manakala penolong pengadil 2 Asmadi Noor digantung selama dua minggu.

Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin dalam kenyataan media berkata keputusan Jawatankuasa Pengadil itu dibuat berdasarkan analisis video dan juga laporan daripada penilai pengadil bagi perlawanan itu, Zainal Abidin Yaacob.

Hamidin berkata Samsudin, Busrah dan Khairul Rizal dikenakan hukuman itu kerana kesilapan dilakukan dalam melaksanakan undang-undang permainan berkaitan syarat permulaan semula permainan selepas gol dihasilkan.

Katanya, mereka bertiga jelas telah melakukan kesilapan dalam membenarkan pemain PKNS FC untuk melakukan sepak mula ketika dua pemain Kedah masih berada di kawasan pasukan lawan selepas gol kedua Kedah menerusi Sandro Da Silva pada minit ke-57.

[ARTIKEL BERKAITAN: Kedah minta penyokong kongsi video gol PKNS]

Susulan daripada situasi itu, PKNS FC berjaya menjaringkan gol pertama menerusi Mohd Faiz Isa pada minit ke-58 dan selepas perbincangan antara kesemua pegawai perlawanan berkenaan, gol PKNS FC tetap dikira sah lalu Samsudin meneruskan baki perlawanan.

Hamidin berkata Asmadi pula hanya digantung dua minggu kerana kedudukannya yang jauh dari tempat insiden berlaku tetapi tetap dianggap bersalah kerana tidak menggunakan konsep untuk membantu pengadil dalam membuat keputusan berkenaan.

"FAM memandang serius perkara ini dan terus mengambil tindakan serta-merta dengan membuat keputusan penggantungan ini tanpa perlu menunggu laporan atau aduan rasmi daripada pasukan terlibat," katanya.

Pada perlawanan suku akhir kedua Sabtu lepas, Kedah menewaskan PKNS FC 3-1 sekaligus melayakkan diri ke separuh akhir Piala Malaysia dengan agregat 4-2.

Menurut Hamidin, keempat-empat pegawai perlawanan ini akan dipanggil menghadiri kursus 'refreshment' dalam masa terdekat untuk pihak Jabatan Pengadil FAM menjelaskan lebih mendalam tentang undang-undang permainan kepada mereka.  

"Samsudin merupakan antara pengadil berpengalaman di negara ini dengan mengendalikan perlawanan penting Liga Malaysia termasuk final Piala FA 2014 antara Pahang dan Felda United.

"Keputusan dibuatnya pada perlawanan Sabtu lalu mungkin kerana beliau terlepas pandang serta terburu-buru dalam membuat keputusan," katanya.

Sementara itu, Hamidin berkata bagi memastikan pengadil FAM sentiasa dapat mengendalikan perlawanan dengan baik, FAM dari semasa ke semasa melakukan kursus 'refreshment' sebanyak dua atau tiga kali setahun yang dikendalikan instruktur Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) untuk menjelaskan undang-undang permainan dengan menggunakan klip video dari liga domestik supaya lebih dekat dengan situasi sebenar.

Dalam pada itu, Hamidin berkata Jawatankuasa Pengadil FAM memberi peringatan kepada pengadil yang akan mengendalikan dua perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia, malam esok supaya lebih fokus dalam melaksanakan tugas mereka bagi memastikan insiden seumpama itu tidak berulang.

Separuh akhir pertama Piala Malaysia malam esok menyaksikan pasukan Pahang menerima kunjungan Selangor di Stadium Darul Makmur, manakala Felda United menentang Kedah di Stadium Selayang. - Bernama


Belum ada keputusan bayaran letak kereta hospital

Posted: 01 Dec 2015 06:14 AM PST

SINAR HARIAN

Dr S Subramaniam
S Subramaniam. - Foto Bernama
 
 
KUALA LUMPUR - Kerajaan belum membuat keputusan sama ada bayaran letak kereta akan dikenakan di kawasan hospital awam, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam hari ini.

Beliau berkata, terdapat cadangan untuk menswastakan pengurusan kawasan letak kereta di beberapa hospital awam ketika ini, namun belum ada keputusan berhubung perkara itu.

"Memang ada cadangan seperti itu untuk memastikan tempat letak kereta boleh diurus dengan lebih baik, tetapi ia tidak akan dilaksanakan esok atau dalam tempoh terdekat. Selagi ia belum dilaksanakan, tak perlulah berasa cemas.

"Bagaimanapun, di beberapa hospital seperti Hospital Kuala Lumpur, kami bina tempat letak kereta bertingkat dan oleh kerana ia tempat letak kereta yang diswastakan, maka orang ramai perlu membayar," katanya kepada pemberita selepas merasmikan bengkel mengenai penyekatan pemasaran makanan dan minuman bukan alkohol tidak sihat kepada kanak-kanak di Pasifik Barat dan Asia Tenggara, di sini.

Beliau mengulas jawapan Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya di Parlimen semalam, bahawa Kementerian Kesihatan mengambil keputusan mengenakan caj letak kereta di kawasan hospital di zon tengah Semenanjung bagi mengelak penyalahgunaan kawasan letak kereta. 

Bengkel empat hari itu, bermula hari ini hasil anjuran bersama Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Kementerian Kesihatan, bertujuan melatih pegawai kesihatan awam, pakar undang-undang dan persatuan pengguna tentang pendekatan yang perlu digunakan untuk menangani pemasaran makanan kepada kanak-kanak.

Dr Subramaniam berkata oleh kerana tempat letak kereta berbayar di hospital merupakan isu besar, maka kerajaan perlu menelitinya sebelum membuat sebarang keputusan.

"Di Hospital Sultanah Aminah, Johor Baharu, misalnya, pengurusannya diswastakan kerana ada orang meletakkan kereta di situ untuk pergi bekerja di  Singapura dan mereka hanya pulang sehari kemudian untuk mengambil balik kereta mereka.

"Cuba anda bayangkan tempat letak kereta hospital dipenuhi kereta mereka yang pergi ke Singapura untuk bekerja, dan kami berpendapat kami perlu melakukan sesuatu untuk menghentikan perbuatan itu dan itulah sebabnya kami ambil keputusan tersebut," katanya. - Bernama

Primadona Mariani meninggal dunia

Posted: 01 Dec 2015 06:07 AM PST


Primadona Mariani meninggal dunia
Primadona Mariani
 

IBU kepada pelakon Melissa Saila, Mariam Ismail atau Mariani, 82 meninggal dunia di kediamannya di Sentul, malam tadi.

Perkara tersebut disahkan sendiri oleh Melissa melalui Twitter dan Facebook.

"Bismillahirohmanirahim..Ibu saya Mariam @ Mariani Bt. Ismail baru menghembuskan nafas terakhir beliau pada 7.32 mlm..Jenazah di 12A,Lorong Sentul Jaya 3,Taman Kosmo Jaya..Sentul. Rancangan pengkebumian akan diupdate kelak," kongsi Melissa.


Sikap DAP dalam PRN Sarawak tentu pendirian PAS dalam pakatan pembangkang - Tuan Ibrahim

Posted: 01 Dec 2015 06:05 AM PST

Oleh Muhammad Asyraf Azlan

 
Post Pic

 
KUALA LUMPUR: Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak akan menjadi penanda aras untuk menilai sikap DAP terhadap menghormati sekutunya dalam pakatan pembangkang.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata parti Islam itu menjadikan PRN Sarawak untuk memerhatikan segala tindakan DAP bagi menentukan masa hadapan PAS dalam pakatan pembangkang.

"Kita akan meneliti Pilihan Raya Sarawak ini saya fikir penting untuk lihat dari segi tindakan-tindakan DAP yang berlaku sehingga hari ini.
"Saya fikir dia bukan sahaja berkelahi dengan memutus hubungan dengan PAS tapi termasuk juga dengan rakan parti-parti lain.

Tuan Ibrahim berkata, pilihan raya negeri terdekat ialah Sarawak dan DAP sudah mengisytiharkan bertanding 30 kerusi dan ia kini sudah memutuskan hubungan bukan sahaja dengan PAS malahan juga PKR.

"Kita tengok macam mana, yang terdekat ini ialah Sarawak dan DAP sudah istiharkan bertanding 30 kerusi dan dia telah putus hubungan bukan dengan PAS sahaja malahan dengan PKR," katanya di sidang media di Ibu Pejabat PAS.

Ketika ditanya media mengenai penubuhan 'Pakatan Harapan Rakyat sebelum tibanya Pilihan Raya Umum ke-14, beliau menegaskan PAS berpendirian tidak akan menyertainya berikutan hubungannya dengan DAP sudah tidak wujud lagi.

"Saya ingat tanya DAP pun sama tidak setuju. Bagi kita, kita akan mengekalkan apa yang telah berlaku sekarang.

"Kita sudah membuat kenyataan kita hanya ada hubungan dengan PKR sahaja dan dengan Pakatan Harapan (PH) saya fikir PKR dah maklum bahawa kita sudah putus hubungan dengan DAP.

"DAP sudah putus hubungan dengan PAS dan tidak mungkin PAS akan sertai PH," tegasnya.

Mengenai Parti Amanah Negara (Amanah) yang ingin melahirkan 'anak sulung' mereka di Sarawak Tuan Ibrahim berpendapat adalah mustahil untuk Amanah menang di PRN itu.

"Kita tengok mengandung ke tidak. 

"Kita sudah bertanding banyak kali di Sarawak dan bukan mudah bagi satu parti baru untuk menang. Walaubagaimanapun bagi PAS kita akan bertanding kerusi-kerusi yang PAS akan buat keputusan," ujarnya.

Petani makin terabai walaupun Malaysia kian hampiri negara maju

Posted: 01 Dec 2015 06:02 AM PST



    
 


DETIK DAILY


Empat tahun lagi, seperti yang dirancang, Malaysia akan bertukar wajah daripada sebuah negara membangun kepada negara berpendapatan tinggi atau negara maju. Namun, ketika detik yang ditunggu semakin hampir, tindakan kerajaan pula kelihatan semakin songsang.

Dasar-dasar ekonomi yang dilaksanakan tidak membayangkan hasrat kerajaan untuk mempertingkatkan ekonomi rakyat secara menyeluruh, melainkan terfokus kepada  kelompok tertentu sahaja yang sudah kaya.

Kelompok yang perlu dibantu yang berada dalam golongan miskin seperi nelayan, petani, penoreh getah, pekebun kecil, boroh kasar dan peniaga kecil semakin terabai, menjadikan jurang antara golongan kaya dan miskin di negara ini semakin melebar.

Pembentangan Bajet 2016 oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Dato' Seri Najib Tun Razak di Parlimen pada 23 November lalu menjadi bukti nyata kepada realiti itu.

Hasil daripada pembentangan Bajet 2016 itu menyebabkan Kementerian Pertanian masih terus tidak menghiraukan keperitan para petani yang miskin di negara ini. Pesawah yang miskin dipotong subsidi padi sehingga RM65 juta. Tidak cukup dengan itu, dipotong pula subsidi harga padi sehingga RM80 juta.

Peliknya peruntukan untuk MAHA 2016 dinaikkan sehingga 100 peratus, daripada RM5 juta kepada RM10 juta. Kerajaan mahu memeriahkan lagi MAHA 2016 dengan memanggil artis-artis dari Amerika atau K-Pop dari Korea untuk menghiburkan pengunjung.

Apa yang ada dalam MAHA hanyalah pameran jentera-jentera pertanian yang canggih dan mahal-mahal yang tidak mampu dimiliki oleh petani-petani miskin.

Petani-petani miskin di negara ini masih juga tidak mendapat apa yang mereka ingin capai, malah terus terabai. Pada hal di negara maju, aspek pertanian turut diberikan penekanan penting oleh kerajaan. Malah para petani di negara maju turut berkemampuan meraih pendapatan lumayan sehingga turut berkeupayaan menyumbang cukai yang besar kepada kerajaan, berbanding para petani di negara ini yang terus kekal dalam kemiskinan.

Disebabkan pengabaian kerajaan dalam memajukan sektor pertanian, sesetengah petani di negara kita terpaksa berusaha sendiri untuk menghasilkan baja. Mereka terpaksa mengambil siput-siput gondang untuk dijadikan bahan-bahan baja. Mereka juga tidak diberikan bantuan teknikal dan lain-lain bantuan daripada pihak kerajaan secara serius. Proses nasihat dan rundingan kepada para petani hanya dibuat sambil lewa sahaja.

Ribuan hektar sawah kekeringan. Banyak tali air termasuk yang berada di bawah seliaan KADA hanya tinggal tali sahaja, tetapi tiada air. Ribuan petani terpaksa membeli pam air sendiri kerana masalah pengairan dan penyelenggaraan daripada pihak KADA yang tidak memuaskan.

Ketika Malaysia semakin hampir menjadi negara maju, kehidupan para petani semakin terhimpit sehingga semakin ramai yang menjadi penerima BR1M. Negara maju jenis apakah yang ingin ditempa oleh Malaysia? Apakah benar Malaysia negara maju jika majoriti rakyatnya miskin?~Editorial Harakah

Dr Mahathir kesal Perhimpunan Agung Umno kali ini kurang terbuka

Posted: 01 Dec 2015 05:55 AM PST



Tun Dr Mahathir Mohamad kesal Perhimpunan Agung Umno kali ini, dijadualkan berlangsung minggu depan, yang disifatkannya kurang terbuka dan menyeronokkan berbanding perhimpunan sebelum ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 1 Disember, 2015.Tun Dr Mahathir Mohamad kesal Perhimpunan Agung Umno kali ini, dijadualkan berlangsung minggu depan, yang disifatkannya kurang terbuka dan menyeronokkan berbanding perhimpunan sebelum ini. – Gambar fail The Malaysian Insider.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tun Dr Mahathir Mohamad kesal dengan Perhimpunan Agung Umno kali ini, dijadualkan berlangsung minggu depan, yang disifatkannya kurang terbuka dan menyeronokkan berbanding perhimpunan sebelum ini. 
 
 Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas perhimpunan tersebut serta sekatan yang dikenakan terhadap media yang tidak dibenar melaporkan perbahasan perwakilan sewaktu ia berlangsung.

"Saya kesal ia kurang terbuka. Seperkara tentang perhimpunan ini ialah ia sesuatu yang sangat menyeronokkan.

"Orang hadir, mencetuskan idea dan tahu yang mereka berbuat sesuatu untuk negara," katanya kepada media selepas acara di Proton Centre of Excellence di Subang, pagi ini. 
 
Semalam, portal The Rakyat Post memetik Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata sekatan dikenakan ke atas media online semasa perhimpunan agung itu bertujuan menjamin keharmonian negara ini dikekalkan.

"Saya minta media online dihadkan kerana mereka suka putar belit laporan, yang dilihat sebagai satu percubaan mengganggu keharmonian antara kaum di negara ini," katanya.

Malah, beliau sebelum ini mengumumkan semua media tidak dibenarkan membuat liputan perhimpunan itu tetapi larangan itu ditarik balik selepas ia mencetuskan tindak balas negatif daripada pengamal media dan perwakilan yang mahu liputan secara langsung


Soal siasat peguam Charles Morais ‘langgar hak asasi’, kata Ambiga

Posted: 01 Dec 2015 05:50 AM PST


THE MALAYSIAN INSIDER  



Polis tidak boleh menyoal siasat peguam Americk Sidhu berhubung perbuatan anak guamnya Charles Morais, kerana ia melanggar hak yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan, kata Presiden Pertubuhan Hak Asasi Manusia Malaysia Datuk Ambiga Sreenevasan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 1 Disember, 2015.Polis tidak boleh menyoal siasat peguam Americk Sidhu berhubung perbuatan anak guamnya Charles Morais, kerana ia melanggar hak yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan, kata Presiden Pertubuhan Hak Asasi Manusia Malaysia Datuk Ambiga Sreenevasan. – Gambar fail The Malaysian Insider.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Polis tidak boleh menyoal siasat peguam Americk Sidhu berhubung perbuatan anak guamnya Charles Morais, kerana ia melanggar hak yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan, kata Datuk Ambiga Sreenevasan hari ini. Presiden Pertubuhan Hak Asasi Manusia Malaysia (Hakam) itu berkata, Americk berhak mendapat 'effective legal representation' atau perwakilan undang-undang yang berkesan, termasuk hak untuk komunikasi terlindung.

"Jika tiada komunikasi terlindung, tidak akan ada 'effective legal representation'. Ini bermakna, setiap pegawai polis bertanggungjawab melindungi hak sedia ada ini," kata bekas presiden Majlis Peguam itu dalam satu kenyataan.

Ambiga berkata, "kenyataan fitnah yang tidak wajar" dibuat ketua polis negara terhadap Americk berbaur gangguan terhadap seorang peguam dalam menjalankan tugasnya. Tan Sri Khalid Abu Bakar dilapor The New Straits Times berkata, reputasi peguam itu tidak baik dalam hal akuan berkanun (SD) dan ini bukan kali pertama anak guamnya hilang selepas mengemukakan dokumen sebegitu.

Khalid merujuk kepada Charles, yang berlepas ke Amerika Syarikat pada Khamis selepas mengeluarkan SD yang mendakwa pembunuhan adiknya, Datuk Kevin Morais, ada kaitan dengan penyediaan kertas pertuduhan mendakwa seorang pemimpin politik berprofail tinggi berhubung rasuah.

Pada 2008, Americk menyediakan SD pertama untuk penyiasat persendirian P Balasubramaniam yang mengaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan beberapa individu lain dalam pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu pada 2006.

Keesokan harinya, Balasubramaniam menandatangani akuan ke-2 dan menarik balik SD pertama itu.

Dia dan keluarganya meninggalkan negara ini dan kembali pada 2013 tetapi Balasubramaniam meninggal dunia akibat serangan jantung tidak lama kemudian.

Ambiga hari ini berkata serangan peribadi ketua polis terhadap Americk dan Charles, yang sebelum ini dilabelnya pengecut, menimbulkan kebimbangan berhubung kegagalan Khalid bertindak bebas.

"Penting bagi ketua polis negara berundur dan membenarkan siasatan dilaksanakan seorang pegawai yang boleh bertindak tanpa rasa takut atau pilih kasih.

"Ini perlu bagi menegakkan kebebasan pasukan polis dan memberi jaminan kepada orang ramai siasatan menyeluruh dan tidak berat sebelah akan dijalankan ke atas dakwaan dalam SD itu," katanya.

Beliau juga menggesa Putrajaya memastikan peguam tidak ditakutkan, diganggu atau dicampuri dalam proses melaksanakan tugas profesional mereka.




2 bekas eksekutif 1MDB masih dicari Bank Negara

Posted: 01 Dec 2015 05:46 AM PST

THE MALAYSIAN INSIDER

Bank Negara masih mencari 2 bekas eksekutif 1MDB untuk membantu siasatan, kata Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz. – Gambar fail The Malaysian Insider, 1 Disember, 2015.  
Bank Negara masih mencari 2 bekas eksekutif 1MDB untuk membantu siasatan, kata Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz. – Gambar fail The Malaysian Insider. 
 
 
Bank Negara masih mencari 2 individu yang pernah menyandang jawatan eksekutif kanan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bagi membantu siasatan di bawah Akta Kawalan Pertukaran Asing 1953. 
 
Satu notis mengenai Casey Tang Keng Chee, 50, dan Jasmine Loo Ai Swan, 42, dimuatkan dalam laman sesawang amaran penipuan bank itu sejak Julai lepas.

"Kami belum dapat menghubungi mereka secara langsung," kata Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz kepada media selepas merasmikan Iclif Leadership Energy Summit Asia 2015 hari ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat tentang 2 individu itu boleh menghubungi Bank Negara melalui talian 03-26988044 sambungan 8554/7610 atau membuat laporan di balai polis terdekat, kata laman sesawang itu. – Bernama,


‘TPPA cabul hak asasi rakyat’

Posted: 01 Dec 2015 02:21 AM PST

QURNISHA HAMKA

 

tppa
Khaw (tiga dari kanan) menerima memorandum yang diserahkan wakil PH berhubung isu TPPA. - Foto TRP/ Qurnisha Hamka


KUALA LUMPUR, Pakatan Harapan (PH) menghantar satu memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), bagi mendesak ia menyemak kandungan rundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).


Menurut wakil PH, Charles Santiago, memorandum berkenaan antaranya menuntut Suhakam melakukan tiga perkara berhubung perjanjian tersebut.

"Kita minta pihak Suhakam lakukan tiga perkara, iaitu: Satu inkuiri terbuka, kajian mengenai hak asasi manusia melalui TPPA dan cadangan supaya isu TPPA ini dikaji dan dilaporkan setiap tahun.

"Sebab di dalam perjanjian ini, ia melibatkan banyak hak asasi manusia, salah satunya ialah kemudahan perubatan dan ubat-ubatan," katanya pada sidang media selepas selesai memberi penerangan kepada Suhakam hari ini.

Charles menyifatkan usaha kerajaan mendedahkan kandungan perjanjian perdagangan itu sebagai tidak telus.

Ini kerana, katanya, kandungan yang didedahkan itu, ditulis menggunakan bahasa Inggeris yang sukar difahami setiap lapisan masyarakat.

"Kandungan itu di dalam bahasa Inggeris dan banyak terma-terma perdagangan yang sukar difahami.

"Kami cadangkan sebelum ini untuk terjemah kepada bahasa Malaysia dan juga Mandarin, tetapi mereka tidak mengambil endah perkara itu.

"Ini semua mengarut, kerajaan tidak mahu pun sebenarnya rakyat memahami isu kandungan perjanjian TPPA itu," tambah Ahli Parlimen Klang itu.

Turut hadir dalam sesi penerangan bersama Suhakam itu adalah Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen dan Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli.

Menurut Wong Chen, kandungan TPPA dilihat memberi ancaman kepada hak asasi manusia, khususnya rakyat Malaysia.

Oleh itu, beliau berharap Suhakam dapat membantu pihaknya membuat pendedahan sebenar berhubung kandungan perjanjian itu yang berada di bawah seliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti).

"Ada cerita mengenai hak asasi manusia di sebalik perjanjian ini.

"Dan kami berusaha untuk melindunginya," katanya.

Memorandum itu diserahkan kepada Naib Pengerusi Suhakam, Datuk Dr Khaw Lake Tee di pejabat suruhanjaya itu.

Pada 5 November lalu, Miti mendedahkan kandungan perjanjian TPPA di laman web rasminya, susulan desakan ahli-ahli parlimen pembangkang.

Perjanjian itu yang merangkumi 30 bab, boleh diakses semua lapisan masyarakat untuk meneliti kandungan TPPA.

Peniaga vape di Muar perlu habiskan stok dalam sebulan

Posted: 01 Dec 2015 02:12 AM PST

BERNAMA

 

vape
Larangan penjualan vape akan dikuatkuasakan melalui Undang-undang Kecil Tred Perniagaan, Industri dan Profesion di bawah MPM.


MUAR,  Majlis Perbandaran Muar (MPM) memberikan tempoh sebulan kepada peniaga vape di daerah berkenaan untuk menghabiskan stok bahan itu di premis masing-masing, sebelum pengharaman penjualannya dilaksanakan pada 1 Januari nanti.


Yang Dipertuanya, Jamaludin A. Hamid berkata, pihaknya akan mengeluarkan notis mengenai perkara itu, dengan memberi amaran kepada peniaga vape yang ingkar akan didenda serta lesen perniagaan boleh ditarik.

"Denda sehingga RM2,000 boleh dikenakan, selain barang-barang mereka boleh dirampas. Sehingga tempoh itu, mereka perlu menjual stok sedia ada atau mencari alternatif untuk menghabiskan stok.

"Larangan penjualan vape nanti akan dikuatkuasakan melalui Undang-undang Kecil Tred Perniagaan, Industri dan Profesion di bawah MPM," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, kerajaan Johor memaklumkan akan mengeluarkan pekeliling baru untuk mengharamkan penjualan vape, menerusi undang-undang kecil pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam masa terdekat.

Langkah tersebut susulan titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada Ahad lalu yang mengarahkan produk vape diharamkan di negeri itu, mulai 1 Januari 2016.

Jamaludin berkata, selepas penguatkuasaan itu, MPM akan bekerjasama dengan bahagian farmasi dan jabatan kesihatan daerah untuk menyerbu dan merampas produk vape mengikut Akta Racun 1952.

Katanya, ketika ini, peniaga produk vape di daerah itu menggunakan lesen barangan serbaneka dan beliau berharap semua peniaga vape mematuhi peraturan baru itu.

Jelasnya, MPM boleh mendapatkan perintah mahkamah untuk menutup premis pengusaha yang masih ingkar mematuhi arahan itu.

Treler kabin salur makan kepada mangsa banjir

Posted: 01 Dec 2015 02:10 AM PST

HAZAWANI ARIFFIN

 

datuk seri rohani abdul karim (m)
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim bagi tujuan itu JKM telah mewujudkan lima depoh simpanan bekalan makanan di lima kawasan tumpuan utama bencana banjir. Foto fail TRP 


KUALA LUMPUR,  Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan menyediakan treler kabin sebagai initiatif terbaru dalam usaha untuk menyalurkan bekalan makanan yang mencukupi kepada kira-kira 1.6 juta mangsa banjir pada tahun ini.


Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim mengumumkan perkara itu selepas melancarkan World Disaster Report (WDR) 2015 di Ibu Pejabat Persatuan Bulan Sabit Merah Kebangsaan, hari ini.

Menurutnya, bagi tujuan itu JKM telah mewujudkan lima depoh simpanan bekalan makanan di lima kawasan tumpuan utama bencana banjir seperti Kedah, Selangor, Kelantan, Terengganu dan Muar.

"Bekalan makanan di lima depoh itu akan diedarkan ke semua 5,152 pusat pemindahan banjir di seluruh negara apabila berlakunya banjir nanti.

"Sebanyak 68 mini depoh juga disediakan berhampiran dengan tempat kejadian untuk menyenangkan dah mempercepatkan kerja-kerja menyalurkan bekalan terus kepada mangsa banjir," kata beliau pada sidang media Pelancaran World Disaster Report di ibu pejabat Persatuan Bulan Sabit Merah Kebangsaan, hari ini.

Sementara itu, dalam usaha menjaga kebajikan mangsa-mangsa bencana banjir terutama di kawasan pantai timur, JKM telah meningkatkan keperluan pembahagi mudah alih sebanyak 15,000 set untuk memudahkan mereka melakukan aktiviti seharian.

"Dengan pembahagi mudah alih yang disediakan mereka boleh menunaikan solat, serta mudah untuk melakukan aktiviti seharian buat kanak-kanak dan orang kurang upaya.

"Barangan asas lain seperti tikar untuk mengalas lantai simen yang sejuk ketika hujan turut diberikan selain daripada jaket keselamatan yang penting bagi sukarelawan bencana banjir," jelasnya.

Setakat awal November lalu, pihak JKM bersama badan bukan kerajaan yang lain telah mula menyalurkan bekalan makanan kering serta keperluan asas kepada lima kawasan tumpuan yang dilanda banjir yang mampu bertahan sehingga lima hari.

Malah seramai 22,000 tenaga sukarelawan telah bersedia dalam menghadapi bencana banjir pada tahun ini berikutan musim tengkujuh yang melanda Malaysia setiap hujung tahun.

Pembunuhan Kelvin Morais: Terpulang kepada KPN untuk panggil Gani Patail

Posted: 01 Dec 2015 02:06 AM PST

SM AMIN

 

nur jazlan (M)
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed mengakui tidak boleh menerangkan secara terperinci mengenai samada bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dipanggil atau tidak untuk diambil keterangan. Foto fail TRP 


KUALA LUMPUR,  Samada bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dipanggil atau tidak untuk diambil keterangan bergantung kepada siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM), kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed.


"Soal hendak panggil Gani atau tidak terpulang kepada siasatan polis. Saya tidak boleh terangkan di sini," katanya ketika menggulung Rang Undang-undang Perbekalan 2016 Kementerian Dalam Negeri peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat di sini.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Ahli Parlimen DAP-Puchong, Gobind Singh Deo samada kerajaan akan memanggil Abdul Gani untuk membantu siasatan terhadap kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya, Kevin Anthony Morais.

Ini ekoran pendedahan adik mendiang, Charles Suresh Morais, sebelum ini yang membuat akuan bersumpah (SD) mendakwa memiliki pen drive (pemacu pena) yang dikirim Kevin, melalui syarikat kurier, sebelum beliau dibunuh.

Charles dalam sidang medianya, sebelum ini dilaporkan mendakwa pembunuhan abangnya itu ada kaitan dengan kertas pertuduhan yang sedang beliau sediakan terhadap seorang "pegawai kanan kerajaan".

Bagaimanapun, Charles meninggalkan negara Rabu lalu melalui Johor Baru, selepas membuat pengisytiharan akuan bersumpah (SD) di pejabat peguamnya, Americk Sidhu di Kuala Lumpur.

Gobind sebelum itu meminta kerajaan menyatakan sama ada akan memanggil Gani untuk bantu siasatan kerana kes tersebut melibatkan personaliti besar.

"Kemungkinan besar kes ini melibatkan personaliti yang besar. Tugas diberikan secara khusus untuk mengendalikan isu kertas siasatan itu," katanya.

PAU 2015 PALING MEMBOSANKAN - PERASMIAN NAJIB, PENUTUP PUN HANYA NAJIB

Posted: 30 Nov 2015 08:37 PM PST

shahbudindotcom

 

 
 
 
Blog ini pada 25 November lalu ada menulis mengenai Timbalan Presiden UMNO, Muhyiddin Yassin, sekiranya tidak dipecat atau digantung keahliannya, kemungkinan besar akan turut dihalang daripada berucap pada majlis penutup Perhimpunan Agung UMNO pada 8 hingga 12 Disember ini.

Kebarangkalian itu dilontarkan berikutan keputusan MT UMNO pada 24 November yang memutuskan Muhyiddin tidak merasmikan Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri adalah semata-mata kerana Najib tidak mahu memberi ruang sama sekali kepada bekas Timbalan Perdana Menteri itu menyampaikan sebarang ucapannya.

Dengan melarang berucap merasmikan perhimpunan sayap-sayap, Najib dipercayai akan terus menutup semua peluang yang boleh memperlihatkan Muhyiddin mampu menonjolkan dirinya.

Ini adalah tradisi yang pertama kali dilanggari oleh UMNO dan ia hanya berlaku di bawah kepimpinan Najib Razak yang sering mendakwa beliau merupakan Pahlawan Bugis yang tidak takut berdepan apa juga cabaran, waima sehingga bumi berkeling dua sekali pun.

Dan kini Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor mula membayangkan ketidakperluan Muhyiddin berucap di majlis penggulungan Perhimpunan Agung UMNO tahun ini dengan alasan tiada peruntukan dalam perlembagaan parti seorang timbalan presiden harus berbuat demikian seperti kelazimannya.

Bagi saya Presiden UMNO seorang saja berucap sudah memadai, bagaimanapun terpulanglah kepada Najib dan MT memutuskannya, ujar Ku Nan semalam.

Tidak diraguikan lagi bahawa oleh kerana Ku Nan adalah "mulut kanan" kepada Presiden UMNO dalam hal-hal berkaitan perjalanan parti, tujuan dan kecenderungan beliau tidak lain ialah untuk membiarkan hanya Najib seorang saja yang berucap dalam perhimpunan kali ini.
 
 
 
 
Jika ini berlaku, bermakna sekali lagi tradisi UMNO, bukan saja dilanggari, tetapi juga telah dihancurkan semata-mata untuk melindungi seorang individu.

Kiranya hanya Presiden UMNO saja yang berucap saja dalam majlis penggulungan Perhimpunan Agung UMNO tahun ini, ia bukan saja menjadi acara perhimpunan tahunan parti yang paling membosankan kerana asyik-asyik Najib saja yang bercakap, bahkan semakin benarlah tanggapan Tun Mahathir Mohamad bahawa UMNO kini sudah menjadi parti Najib.

Di majlis perasmian Najib berucap, di sepanjang perbahasan puji-pujian serta sanjungan terhadap Najib akan sentiasa berkumandang dan acara penutup juga sekali lagi hanya Najib yang berucap. 

Semuanya dilakukan hanya kerana ingin melindungi serta untuk kepentingan Najib sahaja dan bukan untuk kebaikan parti.

Akhirnya, bukan saja Muhyiddin yang mahu dlarangnya berucap, bahkan semua pemimpin lain seolah-olah turut sama dilarang menonjolkan dirinya. Tentu saja yang paling kecewa dalam hal ini ialah Zahid Hamidi yang baru dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri kerana beliau juga tidak dapat menonjolkan diri, keupayaan dan ketrampilannya bersama jawatan barunya itu.

Tidakkah ini menunjukkan UMNO semakin sah menjadi - United Mohd Najib Organisation atau Untuk Mohd Najib Only? 


Rakyat tidak mahu Perdana Menteri yang jadi bahan lawak

Posted: 30 Nov 2015 08:11 PM PST

 
Negara dan parti boleh diselamatkan jika Najib Tun Razak berundur dalam waktu terdekat ini. 


rushdan 1


PETALING JAYA: Ketua-ketua UMNO cawangan seluruh negara menolak kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak kerana tidak mahu mempunyai Perdana Menteri yang menjadi bahan lawak di seluruh dunia.

Ketua UMNO Cawangan Rista Villa Perdana, Bahagian Sepang, Rushdan Mohamed berkata, rakyat akan menolak UMNO pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang kerana tidak mahu memiliki Perdana Menteri yang dihina oleh negara luar.

"Jika Najib terus menerajui UMNO dan BN, saya percaya rakyat akan menolak BN secara total dalam PRU-14 nanti.

"Siapa yang inginkan seorang Perdana Menteri dan Presiden parti yang dijadikan bahan 'lawak' dan dihina bukan sahaja di Malaysia tetapi seluruh dunia mentertawakan kita," katanya kepada FMT.

Katanya, tindakan ketua-ketua UMNO cawangan mendesak Perdana Menteri meletak jawatan ketika ini sangat berkait rapat dengan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang tidak mahu parti terbesar itu terkubur dalam pilihanraya nanti.

"Disebabkan kemungkinan ini (UMNO kalah PRU-14) jugalah kami ketua-ketua Cawangan seluruh tanah air menyatakan secara terbuka supaya Datuk Seri Najib berundur.

"Kalau Datuk Seri Najib berundur dalam masa terdekat ini, kerosakan yang telah dilakukan beliau sempat diperbetulkan seterusnya membawa kejayaan kepada UMNO dan BN menang dalam PRU-14," katanya.

Menerusi surat terbukanya kepada ahli UMNO yang disiarkan di blognya, Dr Mahathir meramalkan parti itu akan kalah pada PRU-14 berdasarkan kecenderungan UMNO yang dilihat mendukung kepimpinan Perdana Menteri dan melupakan perjuangan agama dan bangsa.

Pakaian wanita: Siapa yang pandang?

Posted: 30 Nov 2015 08:02 PM PST

FREE MALAYSIA TODAY
 
 
Kritikan dan pendapat yang berterusan terhadap fesyen wanita ini seolah-olah memperlihatkan kejatuhan maruah wanita adalah semata-mata salah wanita itu sendiri.
 
 
 
jubah

Oleh Wan Salman Wan Sallam


Di mana-mana sahaja kita berada, pakaian wanita ini pasti boleh menjadi topik panjang baik dari sudut fesyen mahupun kritikan mengenainya.

Kisahnya jadi lebih menarik kini dengan lebih ramai muslimah memilih untuk bertudung. Maka, fesyen pakaian wanita yang tidak pernah menunjukkan tanda-tanda untuk berhenti terus memecut pula dengan fesyen-fesyen terkini agar muslimah juga mampu terus dipandang `segar' dan `mengikut trend' wanita moden dekad ini.

Sungguhpun begitu, memakai tudung atau berkeputusan menutup aurat sepenuhnya mengikut syarak datang dengan "pakejnya" yang tersendiri, sama ada dari segi kritikan dan penghakiman berterusan orang-orang lain mahupun dari segi semangat sebenar penutupan aurat itu sendiri.

Umum mengetahui, fatwa syarak yang popular berkenaan penutupan aurat wanita ialah penutupan keseluruhan bahagian anggota tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan sahaja. Sungguhpun begitu, penutupan aurat ini, pada pandangan sivil dan `undang-undang' seharusnya penutupan aurat ini menjadi pilihan peribadi muslimah dan wanita-wanita lain juga akhirnya.

Selain itu, penutupan aurat ini tidak semata-mata hanya pada penutupan itu secara harfiahnya. Penutupan aurat ini hadir bersama tanggungjawab memelihara maruah diri serta menjaga kesederhanaan dalam amal-amal dan kerja-kerja (muamalat) seharian seorang muslimah itu.

Contohnya, dalam satu video BuzzFeed 4 (Women Wore Hijabs For A Day To See What Life's Like For Some Muslim Women) yang mengetengahkan 4 wanita bukan Islam untuk memakai tudung selama sehari di sekitar Hollywood di Los Angeles, salah seorang daripada mereka berasa bahawa apabila mula memakai tudung, dia serta-merta berasa perlunya bersederhana dalam perwatakannya di samping berasa nilai intelek mereka diangkat; mereka mula memandang diri mereka sendiri mempunyai lebih "pilihan" untuk apa yang mereka ingin lakukan tanpa perlu menjadi objek seks dan mainan lelaki semata-mata.

Oleh sebab itulah secara peribadinya, saya menyokong kenyataan dan panduan yang berimbang daripada Dr. Zaharudin Abd Rahman berkenaan garis panduan muslimah yang ingin berfesyen.

Hakikatnya seseorang wanita itu sepatutnya dinilai daripada nilai dirinya sendiri dan keilmuannya, bukannya semata-mata apa yang mereka pilih untuk disarung pada diri mereka (tanpa menafikan kepentingan kekemasan dalam berpakaian).

Sungguhpun begitu, kritikan dan pendapat yang berterusan terhadap fesyen wanita ini seolah-olah memperlihatkan kejatuhan maruah wanita adalah semata-mata salah wanita itu sendiri. Keadaan ini dilihat lebih tidak adil apabila kebanyakan yang mengkritik itu pula ialah pihak Adam yang syarat penutupan auratnya jauh lebih mudah.

Siapa dapat nafikan betapa mudahnya lelaki untuk menutup aurat, terutamanya dalam fesyen terkini, rehlah di pantai atau sungai, dan dalam bidang sukan?

Sementara itu, wanita yang sentiasa berusaha pula sentiasa dikritik tanpa mempertimbang kesusahan yang mereka perlu alami dalam menutup aurat di samping boleh mengekalkan persepsi awam terhadap imej diri dan keyakinan mereka.

Hakikatnya, dalam al-Quran sendiri, Allah telah memberi panduan tentang tanggungjawab lelaki beriman dalam hal ini (Al-Nur:30):

"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam Pengetahuan-Nya tentang apa yang mereka kerjakan."

Ayat 31 dalam surah yang sama merupakan panduan yang lebih panjang dan lebar pula untuk wanita beriman. Namun seorang lelaki yang beriman sepatutnya melihat lebih daripada sekadar kurangnya tanggungjawab mereka dalam penjagaan aurat dan penjagaan penglihatan.

Sebaliknya, lelaki beriman seharusnya menghayati ayat ini dengan lebih mendalam dengan menyedari bahawa apabila ayat ini hanya menerangkan tentang kepentingan lelaki menjaga pandangan dan hanya sedikit tentang menutup aurat bermakna secara fitrahnya, lelaki memang mudah sahaja untuk menjaga aurat. Masalah yang lebih besar buat kaum Adam ini hakikatnya menjaga pandangan mereka sendiri.

Benar, kaum muslimah mempunyai tanggungjawab yang lebih sukar dan berat untuk menjaga aurat mereka. Maka seharusnya, menghayati semangat ayat ini, lelaki tidak boleh dengan semena-mena menyalahkan cara wanita berpakaian apabila mereka menjadi mangsa gangguan seksual.

Suatu kebenaran yang pahit ialah trend fesyen yang menjadikan wanita hari ini sebagai objek boleh dilihat menjadi sebegitu rupa kerana secara fitrahnya lelaki suka melihat wanita itu sendiri. Maka akhirnya apabila wanita ingin mengikut trend, mereka juga akhirnya tanpa sedar terperangkap dalam perang psikologi ini walaupun mereka tidak berniat langsung untuk mencuri pandangan lelaki.

Dalam kata lain, "tuntutan" pandangan lelaki inilah yang menghasilkan apa yang terjadi pada fesyen dan kecenderungan menjadikan wanita sebagai objek hari ini.

Tambahan lagi, menghayati ayat ini juga, lelaki beriman, pada peringkat individu tidak sepatutnya bersoal banyak dan cepat menghukum mengapa seseorang itu berpakaian sebegini atau sebegitu rupa. Sebaliknya, lelaki juga harus bertanggungjawab terhadap apa yang mereka pandang memandangkan adanya suruhan langsung dari Allah agar lelaki menjaga juga kehormatan kaum berlainannya di samping perlunya menjaga nafsu mereka sendiri.

Memang benar, wanita ada yang memakai pakaian yang menarik perhatian malah mungkin mencolok mata.
Namun akhirnya, lelaki itu sendiri yang punya pilihan sama ada mahu mengganggu mereka atau membiarkan mereka; mahu merogol mereka atau menyelamatkan mereka.

Kesimpulannya, penjagaan kehormatan dan maruah individu dan gender bukan hanya terletak pada satu-satu gender sahaja. Masing-masing perlu menjaga imej diri dan profesionalisme dan masing-masing perlu menjaga pandangan dan memastikan nafsu sendiri berada dalam kawalan.

Hakikatnya, wanita punya pilihan untuk memakai berlebih-lebihan atau memakai secara sederhana manakala lelaki juga punya pilihan sama ada mahu memandang wanita sebagai objek seks mereka atau menghormati mereka sebagai manusia yang sama darjat dengan mereka di sisi Allah.

Akhirnya, perhitungan kita nanti berlaku pada peringkat individu jua. Kita tidak boleh beralasan menyalahkan apa yang wanita itu pakai atau apa yang lelaki itu mahu pandang. Anda juga bertanggungjawab terhadap tindakan dan kesan terhadap tindakan anda, di dunia mahupun akhirat.

*Wan Salman Wan Sallam ialah ahli Sekretariat Politik IKRAM Siswa Nasional

Siti mengandung dua bulan, sebelum keguguran

Posted: 30 Nov 2015 07:59 PM PST


Siti mengandung dua bulan, sebelum keguguran
 

PENYANYI nombor satu negara Datuk Siti Nurhaliza Tarudin membuat kenyataan terbuka mengenai rahsia sama ada  beliau mengandung atau tidak sebelum ini.

Hari ini,  semua spekulasi terjawab apabila penyanyi pujaan ramai itu melakar satu status bergambar menerusi laman sosial Instagram @ctdk miliknya sekaligus menjawab setiap persoalan yang berlegar-legar di fikiran peminatnya selama ini.

Dalam status yang dimuat naik sekitar pukul 10 pagi tadi, Siti berkata dia memang mengandung tetapi apakan daya kandungannya gugur, namun beliau reda dengan apa yang berlaku dan tetap bersyukur dengan anugerah indah yang dipinjamkan sementara buatnya.

"Ternyata ALLAH  SWT hanya pinjamkan anugerah ini untuk seketika sahaja. Hanya sempat selama dua bulan saya kandungkan dan saya keguguran.

"Saya redha dan jauh di sudut hati amat bersyukur kerana Allah SWT telah memberikan saya jawapan di atas setiap doa. Insya- ALLAH  ia permulaan untuk anugerah yang seterusnya," tulis Siti di akaun Instargamnya sebentar tadi.‎

Dalam pada itu, penyanyi yang popular dengan lagu Jaga Dia Untukku itu turut menyatakan kenapa beliau utuh dengan pendiriannya selama untuk mendiamkan diri buat seketika, ketika berita kehamilannya heboh diperkatakan rakyat Malaysia.

"Ada sebabnya Siti enggan mengiyakan atau menafikan berita kehamilan tersebut. Usia kandungan pada waktu itu masih terlalu "fragile" (rapuh) . Saya hanya menantikan waktu yang sesuai untuk mendedahkan berita gembira itu, namun takdir ALLAH telah tertulis," ujarnya.

Mengakhiri coretannya, Siti menzahirkan perasaan berterima kasihnya di atas doa dan kata-kata semangat daripada suami, keluarga, peminat dan masyarakat buat dirinya.

"Siti yakin pada perancang terbaik dalam hidup Siti iaitu ALLAH  SWT," katanya.

"Selepas habis berpantang, Siti akan menjalani jadual harian seperti biasa. Siti hanya ingin berehat buat masa sekarang. Saya pohon pengertian semua pihak bagi diberikan sedikit ruang untuk saya berehat sebelum mula bekerja seperti biasa." akhiri penyanyi itu.

Datuk Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, melangsungkan penikahan pada 21 Ogos 2006.


Permohonan Umno batal saman Anina diputus 7 Dis

Posted: 30 Nov 2015 07:53 PM PST

MALAYSIAKINI


 


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu bahawa kedudukan Anina Saadudin sebagai anggota Umno terbatal secara automatik apabila dia memfailkan saman terhadap Umno.

Peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun berkata, Anina telah melanggar perlembagaan parti dan sebagai anggota Umno, Anina terikat dengan peraturan dan undang-undang parti itu.

Beliau mewakili Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Setiausaha Kerja Umno, Datuk Ab Rauf Yusoh dalam saman yang difailkan anggota Wanita Umno Langkawi itu terhadap mereka.

"Ia bukan peruntukan undang-undang, tetapi peruntukan kontrak. Tidak kira apa pun peraturan parti, anggota terikat dengannya dari segi undang-undang. Kontrak ini dipersetujui dalam Umno.

Sekiranya seseorang itu melanggar undang-undang atau sebaik sahaja seseorang itu mengambil tindakan mahkamah, keanggotaannya gugur secara automatik," kata Mohd Hafarizam dalam hujahnya di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman S Nantha Balan semalam.

Mohd Hafarizam berkata Anina tidak boleh menggunakan peruntukan Perlembagaan Persekutuan bagi mencabar pemecatannya daripada Umno.

Semalam mahkamah itu mendengar permohonan Tengku Adnan dan Ab Rauf untuk mengetepikan saman yang difailkan Anina pada 28 Ogos lepas bagi mencabar pemecatannya sebagai anggota Umno.

Anina dipecat daripada Umno selepas dia memfailkan saman terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dan Ab Rauf, antara lain, untuk menuntut sebahagian daripada sumbangan RM2.6 bilion (US$650 juta) yang didakwa didepositkan ke dalam akaun peribadi presiden parti itu di Singapura.

Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla, yang mewakili Anina, pula dalam hujahnya berkata bahawa defendan pertama (Tengku Adnan) tidak mematuhi prosedur dalam Perlembagaan Umno berhubung dua surat untuk memecat plaintif daripada Umno.

Katanya, pendedahan surat itu, bertarikh 1 dan 2 September, kepada media dan orang ramai oleh Tengku Adnan, tanpa terlebih dahulu memaklumkan plaintif secara peribadi, adalah pincang dan melanggar undang-undang.

"Plaintif hanya mengetahui tentang pemecatannya daripada Umno selepas perkara itu menjadi viral dalam media sosial," katanya sambil menambah bahawa plaintif hanya mengetahui tentang surat itu apabila Tengku Adnan menyebarkannya kepada media dan orang ramai pada 1 dan 2 September 2015.

Beliau berkata adalah amalan lazim bagi orang atasan untuk memberi notis atau surat sebelum memecat atau menggugurkan orang bawahan.

Mohd Hafarizam membalas hujah itu dengan berkata perkara berkenaan hanya merupakan suatu formaliti.

Katanya, Umno adalah sebuah parti politik yang didaftarkan mengikut Akta Pertubuhan 1966, yang mana Seksyen 18C akta itu dengan jelas menyatakan bahawa mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar kes berkaitan hal-ehwal sesebuah parti politik.

Oleh demikian, kata beliau, mahkamah itu tidak mempunyai bidang kuasa untuk melayan saman Anina kerana isu yang dipertikaikan melibatkan suatu keputusan parti politik berdasarkan perlembagaannya.

Mahkamah menetapkan 7 Disember ini untuk memberi keputusan tentang permohonan Tengku Adnan dan Ab Rauf bagi mengetepikan saman Anina.

Dalam saman yang difailkan pada 5 Oktober, Anina, 40, memohon perintah agar dua surat pemecatan yang dikeluarkan Tengku Adnan itu adalah tidak sah dan tidak memberi kesan terhadap keanggotaannya dalam Umno.- Bernama


Kita tunggu AMANAH 'mengandung', sindir PAS 1 Shakira Buang 30 Nov 2015, 6:50 petang 30 Nov 2015, 8:45 malam PAS yakin mampu menewaskan calon Parti Amanah Negara (AMANAH) pada pilihan raya negeri Sarawak yang dijangka berlangsung tahun depan, kata Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Menurutnya lagi, sebagai parti baru seperti AMANAH - yang diluluskan oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 1 Oktober lalu - sukar bagi mereka untuk menang di pilihan raya negeri itu. "Kita tengok 'mengandung' ke tidak. Kita turun ke Sarawak," sindir Tuan Ibrahim dalam sidang media di ibu pejabat PAS petang ini. "PAS kita sudah bertanding banyak kali di Sarawak dan bukan mudah bagi satu parti baru untuk menang. "Bagaimanapun bagi PAS, kita akan bertanding kerusi-kerusi yang PAS akan buat keputusan," katanya lagi. Tuan Ibrahim mengulas hasrat AMANAH untuk melahirkan ‘anak sulung’ parti serpihan PAS itu pada pilihan raya negeri Sarawak akan datang. Pada Sabtu Presiden AMANAH Mohamad Sabu dilapor berkata parti itu bercadang meletakkan calon dalam pilihan raya negeri itu tetapi masih belum menentukan kerusi yang ingin ditandingi. "Kami akan cuba 'melahirkan' anak sulung kami di Sarawak. Jika kami ada satu, mereka akan panggil anak tumpang," kata Mohamad. Sementara itu, Tuan Ibrahim berkata pilihan raya negeri itu menjadi 'kayu pengukur' sejauh mana DAP boleh menghormati parti lain. "Kita akan meneliti pilihan raya Sarawak ini, saya fikir penting untuk lihat dari segi tindakan-tindakan DAP yang berlaku sehingga hari ini. "Saya fikir dia bukan sahaja berkelahi dengan memutus hubungan dengan PAS tapi termasuk juga dengan rakan parti-parti lain. "Bagi kami, kita akan tengok Sarawak ini sebagai contoh sejauh mana DAP boleh menghormati parti-parti lain.," katanya.

Posted: 30 Nov 2015 07:51 PM PST

Shakira Buang


 


PAS yakin mampu menewaskan calon Parti Amanah Negara (AMANAH) pada pilihan raya negeri Sarawak yang dijangka berlangsung tahun depan, kata Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Menurutnya lagi, sebagai parti baru seperti AMANAH - yang diluluskan oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 1 Oktober lalu - sukar bagi mereka untuk menang di pilihan raya negeri itu.

"Kita tengok 'mengandung' ke tidak. Kita turun ke Sarawak," sindir Tuan Ibrahim dalam sidang media di ibu pejabat PAS petang ini.

"PAS kita sudah bertanding banyak kali di Sarawak dan bukan mudah bagi satu parti baru untuk menang.
"Bagaimanapun bagi PAS, kita akan bertanding kerusi-kerusi yang PAS akan buat keputusan," katanya lagi.

Tuan Ibrahim mengulas hasrat AMANAH untuk melahirkan 'anak sulung' parti serpihan PAS itu pada pilihan raya negeri Sarawak akan datang.

Pada Sabtu Presiden AMANAH Mohamad Sabu dilapor berkata parti itu bercadang meletakkan calon dalam pilihan raya negeri itu tetapi masih belum menentukan kerusi yang ingin ditandingi.

"Kami akan cuba 'melahirkan' anak sulung kami di Sarawak. Jika kami ada satu, mereka akan panggil anak tumpang," kata Mohamad.

Sementara itu, Tuan Ibrahim berkata pilihan raya negeri itu menjadi 'kayu pengukur' sejauh mana DAP boleh menghormati parti lain.

"Kita akan meneliti pilihan raya Sarawak ini, saya fikir penting untuk lihat dari segi tindakan-tindakan DAP yang berlaku sehingga hari ini.

"Saya fikir dia bukan sahaja berkelahi dengan memutus hubungan dengan PAS tapi termasuk juga dengan rakan parti-parti lain.

"Bagi kami, kita akan tengok Sarawak ini sebagai contoh sejauh mana DAP boleh menghormati parti-parti lain.," katanya.


Kak Wan: Exco PAS kekal di S'gor jatuhkan BN

Posted: 30 Nov 2015 07:49 PM PST

MALAYSIAKINI

 


PAS akan kekal dalam pentadbiran di Selangor bersama-sama PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH) bagi menentang BN, kata Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah.

Katanya, dakwaan kononnya Menteri Besar Selangor Azmin Ali yang juga timbalan presiden PKR mahu menyingkirkan PAS adalah tidak benar, lapor Sinar Harian hari ini.

"Itu khabar angin sahaja, semalam Menteri Besar Selangor sudah kata kita (PKR, DAP, Amanah dan PAS) bersatu dalam usaha menjatuhkan kerajaan BN. Tidak benar (menyingkirkan PAS)," Wan Azizah dilaporkan sebagai berkata.

Sebelum ini khabar angin PAS akan disingkirkan dalam Kerajaan Selangor menjadi viral melalui aplikasi Whatsapp.

Menurut maklumat yang disebar itu, exco PAS akan digantikan ADUN dari AMANAH dan majlis akad sumpah akan diadakan selewatnya Khamis ini.

Laporan itu juga menyebut, Wan Azizah yang juga ketua pembangkang berkata isu tersebut sengaja dimainkan oleh sesetengah pihak termasuk blogger.

"Kalau (berita) itu dari blogger ini mungkin ada yang menjadi upahan (pihak tertentu). Kita tidak boleh mengambil apa yang mereka kata sebagai fakta," Azizah dilaporkan sebagai berkata.


'Tindakan wartawan Al Jazeera mudaratkan keselamatan negara’

Posted: 30 Nov 2015 07:47 PM PST

MALAYSIAKINI


 


PARLIMEN l-  Wartawan Al Jazeera Mary Ann Jolley tidak dibenarkan masuk ke negara ini kerana tindakannya boleh memudaratkan bahayakan keselamatan dan ketenteraman awam, kata Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi.

"Akta Imigresen 1959/63 memberi kuasa kepada Ketua Pengarah Imigresen menyekat kemasukan mana-mana warganegara asing ke Malaysia setelah mempercayai individu berkenaan boleh membawa kemudaratan kepada keselamatan negara," kata Zahid, yang juga adalah Menteri Dalam Negeri.

Jolley secara tiba-tiba dihantar pulang dari Kuala Lumpur pada 14 Jun, selepas Kementerian Dalam Negeri menganggap aktivitinya mempunyai 'kesan negatif terhadap imej negara'.

Zahid berkata demikian dalam jawapan bertulis di Parlimen menjawap soalan daripada Hee Loy Sian (PKR-Petaling Jaya Selatan) yang ingin tahu sebab Jolley tidak dibenarkan memasuki Malaysia.

Hee juga menyoal sama ada siasatan terhadap bekas komando polis Sirul Azhar ditutup sejak beliau melarikan diri ke Australia.

Zahid berkata, siasatan ke atas kes yang melibatkan Sirul telah selesai dan hukuman telah pun dijatuhkan oleh Mahkamah Persekutuan ke atasnya.

"Dengan itu, tidak timbul lagi isu berkaitan penutupan siasatan kes berkenaan," kata Zahid.

Jolley menghasilkan dokumentari 30 minit berjudul 'Pembunuhan di Malaysia', yang memaparkan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shariibuu.

Dokumentari itu menimbulkan persoalan bahawa pembunuhan Altantuya masih misteri dan banyak soalan yang belum terjawab.

Antara lain, dokumentari itu mendakwa bahawa Sirul, salah satu daripada dua bekas komando polis yang didapati bersalah membunuh Altantuya juga cuba memeras ugut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Ia memetik ahli keluarga yang tidak dinamakan kononnya Sirul berkata bahawa Abdul Razak Baginda yang menarik picu pistol yang membunuh Altantuya.

Ini membawa kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengarahkan siasatan terhadap wartawan yang berpangkalan di Australia itu.

Khalid juga tidak menolak tindakan terhadap mereka yang membekalkan Jolley dengan maklumat yang salah.


Hajat Yus mahu kahwin tak tercapai

Posted: 30 Nov 2015 07:39 PM PST


Yus Jambu


KANGAR - Jenazah pelawak Yus atau nama sebenar Yussry Edoo, 39, telah selamat dikebumikan kira-kira jam 2.45 petang semalam, di tanah perkuburan Islam Masjid Nurul Iman, Kampung Nesam, Bintong.

Ribuan peminat termasuk saudara mara, rakan artis turut melawat dan mengiringi jenazah ke tanah perkuburan tersebut.

Antara rakan artis yang kelihatan ialah Angah, Tauke (Jambu), Achey dan Abam (Bocey) Khairi Safwan, Ajak (Shiro), Roy Azman, R2 dan beberapa lagi artis Raja Lawak.

Yus anak bongsu dari tiga adik beradik merupakan anak yatim piatu dan hanya mempunyai seorang abang yang masih hidup.

Abang kepada Yus, Jaafar Edoo, 53, memberitahu bahawa adik bongsunya itu pernah menyatakan hasrat untuk berkahwin ketika mereka bertemu dua minggu lalu semasa dia pulang ke kampung tersebut.
Kata Jaafar, Yus tidak pernah memberitahu nama gadis itu namun arwah telah mengumpul duit untuk melangsungkan perkahwinannya.

"Selain itu arwah juga pernah merancang untuk membina rumah di kampung ini. Saya rasa terkilan hasratnya itu belum tercapai, bagaimanapun Tuhan lebih menyayanginya," kata Jaafar ketika ditemui di pekarangan Masjid Nurul Iman.

Tambah Jaafar, adiknya itu tidak pernah melupakan kampung halamannya malah sering tidur di rumah saudara mara termasuk rumah rakan-rakan sekampungnya apabila pulang.

"Yus selalu membantu saya malah jika saudara mara lain dalam kesusahan dialah yang banyak membantu," katanya lagi.

Sementara itu menurut Angah, sepanjang mengenali Yus sejak penyertaan mereka dalam pertandingan Raja Lawak 2007, Yus tidak pernah mengadu sakit.

Katanya Yus seorang yang pendiam namun memberi komitmen apabila berada di atas pentas atau semasa di set penggambaran.

"Dia juga tidak berkira soal wang ringgit malah selalu berkongsi hasil kerjanya dengan rakan-rakan lain, cuma apabila pernah diserang sesak nafas awal tahun lalu, dia sering menasihati saya supaya menjaga makan.

"Terlalu banyak kenangan saya bersama Yus, malah saya pernah tinggal serumah dengannya, baru-baru ini juga arwah ada mencadangkan supaya saya menerbitkan silent komedi, tetapi itu masih di peringkat cadangan, tak sangka sahabat saya ini akan pergi dulu "ujarnya.

Angah memberitahu dia mendapat berita mengenai kematian Yus kira-kira pada jam 11.30 malam kelmarin selepas dihubungi oleh Mie Raja Lawak yang dalam perjalanan ke Hospital Selayang.


Buka 10 rumah ngaji di‎ penjara

Posted: 30 Nov 2015 07:37 PM PST



Buka 10 rumah ngaji di‎ penjara
Guru agama memimpin penghuni membaca al-Quran dengan kaedah bacaan Al-Badar.


KAJANG - Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) dengan kerjasama Yayasan Warisan Ummah Ikhlas menyumbang kira-kira 10 buah Rumah Ngaji di penjara seluruh Malaysia.

Timbalan Presiden Kanan Kumpulan BPMB, Mohd Yazid Safuan berkata, usaha berkenaan bertujuan membantu penghuni penjara mendapatkan pengajian yang teratur bagi mendalami al-Quran.

"Tujuan kita untuk melahirkan lebih ramai penghuni penjara dapat  mendalami dan memahami al-Quran selepas mereka keluar nanti.

"Dengan ada sumbangan ini juga kami harap dapat merubah sikap dan sahsiah mereka terhadap masyarakat setempat nanti," katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu sidang akhbar Majlis Perasmian Rumah Ngaji Penjara Kajang di sini, semalam.

Hadir sama, Pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Datuk Hussamuddin Yaacub; Pengarah Penjara Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan, Darussalam Budin dan Timbalan Pengarah Penjara kajang, Halim Ma Hassan.

Katanya, kira-kira RM600,000 diperuntukkan oleh BPMB untuk membiayai pembinaan kesemua Rumah Ngaji yang dirancang.

"Sekurang-kurangnya RM10,000 hingga RM25,000 diperlukan bagi menanggung sebuah Rumah Ngaji dalam setahun. Kos merangkumi pembinaan tempat, latihan kemahiran, elaun guru dan kos operasi," katanya.

Menurutnya, Sekolah Integriti Kajang (Sik) adalah penjara pertama yang menerima Rumah Ngaji sebelum sembilan penjara lain menerimanya.

"Sembilan lagi penjara akan menerima Rumah Ngaji ialah Pengkalan Chepa, Marang, Bentong, Kota Kinabalu, Simpang Renggam, Tapah, Sungai Petani, Sungai Udang dan Puncak Borneo.

"Kami akan bina dan memulakan operasi secara berperingkat selama enam bulan dari sekarang," katanya.
Yazid berkata, pembinaan Rumah Ngaji di penjara sebahagian Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) BPMB di samping menjalankan mandat diberikan oleh kerajaan.

"Kami amat terbuka dan sedia bekerjasama dengan sesiapa sahaja dalam program yang mampu memberi faedah kepada masyarakat. Kami juga berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan Yayasan Warisan Ummah Ikhlas dan Penjara Malaysia," katanya.

Menguatkan program pemulihan

Dalam pada itu, Komisioner Jeneral Penjara Malaysia, Datuk Seri Zulkifli Omar berkata, pembinaan Rumah Ngaji mampu membantu menguatkan lagi program pemulihan dianjurkan penjara.

Katanya, spiritual penghuni dapat dibentuk dengan adanya pengajian al-Quran yang mendalam dan teratur.

"Mengaji al-Quran boleh meresap perasaan dan emosi serta mengubah seseorang menjadi insan yang baik. Saya kira Rumah Ngaji adalah satu program yang baik kerana boleh membentuk spiritual penghuni penjara," katanya.

Menurutnya, pembinaan Rumah Ngaji boleh membantu memperkasakan program sedia ada yang dijalankan oleh pihak penjara sebelum ini.

"Peruntukan di penjara ada tetapi tidak mencukupi dan hanya sesuai untuk program-program kasar dan amalan-amalan biasa sahaja. Jadi, Rumah Ngaji ini akan menjadi sebuah program luar biasa kerana mampu membina kekuatan penghuni yang ada," katanya.

Justeru, beliau berharap pembinaan Rumah Ngaji di penjara dapat memainkan peranan bagi melahirkan penghuni berilmu dan berakhlak selepas mereka dibebaskan kelak.

"Rumah Ngaji mungkin membantu mereka memulakan kehidupan baru yang bermula dari penjara. Siapa tahu selepas keluar nanti mereka boleh jadi hafiz atau guru agama yang boleh mendidik orang lain pula," katanya.

Lebih dari 1,000 penghuni Penjara Kajang akan mengikuti pengajian al-Quran dikelolakan Rumah Ngaji. Mereka adalah penghuni fasa kedua penjara yang sedang menjalani pendidikan spiritual.

Seramai tiga orang guru terlatih akan memimpin mereka melalui dua kaedah bacaan al-Quran iaitu Al-Badar dan Tadabbur At-Tasyakur. Penghuni turut menerima sumbangan berbentuk bahan bacaan bernilai RM2,000 daripada Yayasan Warisan Ummah Ikhlas.


Culik: Tujuh anggota polis antara ditahan

Posted: 30 Nov 2015 07:34 PM PST

SINAR HARIAN


Kes Culik
Gambar hiasan
 
 
KUALA LUMPUR - Seramai 15 individu termasuk tujuh anggota polis ditahan dipercayai terbabit dalam kes penculikan seorang ahli perniagaan warga Iran pada 23 November lepas.

Dalam kejadian kira-kira 6 petang itu, ahli perniagaan industri minyak dan gas itu telah diculik di Jalan Ampang Hilir di sini.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Law Hong Soon berkata, mangsa kemudiannya dibebaskan pada 25 November lepas.

"Tiada wang tebusan diminta," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata susulan itu, cawangan Jenayah Berat D9 Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur telah menahan 15 individu berusia antara 26 hingga 55 tahun.

"Seorang daripada suspek merupakan wanita dan mereka ini ditahan pada 25 dan 26 November. Motif kejadian dipercayai bersabit perbalahan mengenai hutang," katanya.

Hong Soon‎ berkata, kes berkenaan disiasat dibawah seksyen 363 Kanun Keseksaan  kerana menculik dan kini ditahan direman selama sembilan hari bermula tarikh tangkapan. - Bernama


Tiada ulasan: