Selasa, 22 Disember 2015

Biaqpila

Biaqpila


Cemburu cetuskan kebakaran kereta di stesen LRT

Posted: 21 Dec 2015 04:33 PM PST


Siasatan polis mendedahkan bahawa bekas suami yang cemburu mungkin punca serangan yang menyebabkan kebakaran yang memusnahkan beberapa kereta di tempat letak kereta stesen LRT Taman Jaya, Petaling Jaya petang ini.

Menurut sumber polis, mangsa yang keretanya dibakar itu mengendalikan sebuah kedai makan di kawasan itu.

Adalah dipercayai mangsa adalah kawan rapat bekas isteri suspek dan kedua-dua mereka mengenali antara satu sama lain sejak kecil.


"Ini bukan serangan pengganas di mana bahan letupan digunakan. Orang ramai perlu berhenti menyebarkan khabar angin itu," kata sumber polis kepada Malaysiakini.

Sumber itu berkata, suspek menghampiri kenderaan apabila mangsa dikatakan mahu pulang ke rumah.

"Suspek pada mulanya memakai topi keledar, tetapi dia kemudian membukannya. Ini membolehkan mangsa mengenalinya," katanya.

Suspek kemudian mencampakkan bom petrol ke atas kereta mangsa lalu ia terbakar.

"Mangsa berjaya melarikan diri dan cuba mengejar suspek tetapi gagal untuk menangkapnya," kata sumber itu.

Api kemudian merebak menyelubungi beberapa kereta lain yang berdekatan. Dua daripadanya musnah teruk.

Sumber itu juga berkata, polis sedang mengesan suspek.

Kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 435.

Malaysiakini

Tiada ulasan: