Selasa, 1 Disember 2015

Biaqpila

Biaqpila


KHAIRUDDIN GESA ANWAR DIBEBASKAN

Posted: 01 Dec 2015 10:18 AM PST


Kawan itu menyifatkan, kehadiran Anwar akan menyemarakkan lagi arena politik negara kerana ketua umum PKR itu sudah pun menerima hukuman bagi kesalahannya yang lalu.

"Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah pun dihukum sebelum ini dan kini saya berpendapat beliau harus berada di luar penjara Sungai Buloh untuk menyemarakkan lagi landskap serta senario politik tanah air.

"Biar landskap politik tanah air kita bertambah warna-warni!! Apa yang harus kita gusarkan sekiranya mentadbir negara ini secara amanah," kata pengkritik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) itu dalam satu kenyataan hari ini.

Khairuddin berkata, amat wajar Anwar berada di luar bagi memainkan peranan sebagai ketua pembangkang yang efektif bagi "check and balance" kepada pentadbiran negara kita.

"Kini kita tidak boleh harap lagi pada pihak 'backbenchers' Barisan Nasional yang terlalu kuat mengampu secara membuta tuli dan tidak berani lagi membuat teguran-teguran membina ke atas pucuk kepimpinan tertinggi,"katanya yang terus mengatakan kaki pengampu pemimpin tidak akan menjana kepada kemajuan negara.

Beliau yang baru dibebaskan daripada tahanan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) (Sosma) 2012 berkata, teguran perlu berani dilontarkan demi kebaikan dan kepentingan parti.

Katanya, negara katanya memerlukan pembangkang yang efektif dan rasional untuk sama-sama memainkan peranan ke arah pembangunan negara.

"Sudah tiba masanya untuk kita bersatu dan jangan buat retorik politik lagi tetapi harus ikhlas membangunkan semula negara kita yang sedang berada diambang kejatuhan khususnya daripada perspektif politik dan ekonomi,"katanya. – 28 November, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/khairuddin-gesa-anwar-dibebaskan#sthash.RUaOlfNJ.dpuf


Tiada ulasan: