Ahad, 6 Disember 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Amanah tolak idea 2 pakatan pembangkang

Posted: 06 Dec 2015 08:00 AM PST

Parti Amanah Negara (Amanah) menolak idea 2 gabungan pembangkang bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata pengarah komunikasinya, Khalid Samad.

 Katanya, idea itu yang pernah digunakan pada tahun 90-an dahulu tidak perlu lagi digunakan pada masa kini.

 "Buat apa lagi kita hendak ada 2 gabungan pembangkang kalau kita sudah ada Pakatan Harapan?

 "Ia ibarat kita sudah ada ijazah universiti tetapi kita kembali ke sekolah untuk belajar lagi," kata Khalid pada sidang media hari ini.

 Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Ahli Parlimen Batu, Chua Tian Chang, yang dilaporkan The Malay Mail Online mencadangkan 2 gabungan pembangkang seperti Angkatan Perpaduan Ummah (APU) dan Gagasan Rakyat (GR) pada tahun 1990.

 "Satu-satunya cara adalah dengan PAS berada bersama kami (Pakatan Harapan) atau kita adakan perjanjian pilihan raya dengan PAS," kata ahli Parlimen Shah Alam itu. Baca seterusnua di sini

Komen al-Husseyn :

Satu cara yang dapat memastikan supaya hanya ada satu gabungan pembangkang sahaja untuk berdepan BN dalam PRU14 akan datang ialah mendaftarkan secara rasmi Pakatan Harapan. Maka dengan ini, calon pembangkang hanya akan menggunakan satu simbol yang unggul dan rakyat tidak akan keliru dengan adanya pelbagai lambang.

Perkara tersebut merupakan salah satu saranan PasMa melalui resolusinya yang menyatakan sokongannya terhadap Pakatan Harapan ketika berlangsungnya konvensyen ke-2 di Kepala Batas pagi kelmarin.

Ini juga akan dapat mengelakan pertembungan sesama ahli gabungan kerana terpaksa menggunakan simbol sendiri jika mahu juga bertanding tanpa persetujuan bersama. 

PAS tiada pilihan lain jika benar mahu menumbangkan Umno/BN dia kena bersama Pakatan Harapan.

Lebih mungkin, PAS jurucakap BN, kata DAP

Posted: 06 Dec 2015 04:00 AM PST

OLEH MELATI A. JALIL 
Menafikan dakwaan bahawa Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu adalah jurucakap DAP, Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng berkata, PAS lebih cenderung untuk menjadi wakil kepada Barisan Nasional (BN) memandangkan bekas timbalan presiden PAS telah dilantik untuk memimpin Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMM).

 Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, Mohamad Sabu, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, tidak dibayar oleh kerajaan selepas beliau meletak jawatan dari semua jawatan di negeri ini walaupun telah membantu pentadbiran dalam beberapa isu seperti industri halal.

 "Ini tidak seperti Nasharudin Mat Isa, yang telah dilantik oleh Perdana Menteri sebagai ketua pegawai eksekutif GMM.

 "Saya fikir ia adalah lebih cenderung bahawa PAS merupakan jurucakap Umno, MCA, MIC, Gerakan kerana Nasharudin telah dilantik oleh BN," kata Lim selepas merasmikan konvensyen negeri Wilayah Persekutuan DAP 'di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur hari ini.

 "GMM adalah di bawah kerajaan pusat," katanya.

 Semalam, Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, kenyataan Mat Sabu yang mengaitkan parti Islam itu dengan kumpulan militan di Syria, Negara Islam Iraq dan Syria (Isis), mengesahkan bahawa dia adalah seorang jurucakap DAP.

 Lim berkata adalah tidak benar Amanah adalah jurucakap bagi DAP, seperti yang didakwa oleh PAS.

 "Ini tidak benar. Saya Setiausaha Agung DAP, saya tidak boleh menjadi jurucakap Amanah. Mat Sabu bukan Setiausaha Agung DAP, ia tidak dapat menjadi jurucakap DAP. Dia hanya boleh menjadi jurucakap Amanah.

 "Apabila dia (Mat Sabu) dalam PAS, dia mendapat elaun tetapi apabila dia meninggalkan PAS, meletak jawatan jawatan dan membantu secara sukarela, dia tidak mendapat apa-apa dari negeri ini manakala Nasharudin semakin dibayar oleh kerajaan BN.

 "Saya tidak membuat apa-apa serangan," kata Lim, sambil menambah bahawa dengan pelantikan Nasharudin, MCA, MIC dan Gerakan bersekongkol dengan PAS dan begitu juga sebaliknya.

 Mat Sabu telah melepaskan semua jawatan dalam kerajaan pimpinan DAP Pulau Pinang, berikutan keputusan PAS untuk memutuskan hubungan dengan DAP awal tahun ini.

 Beliau pernah menjadi ahli lembaga pengarah Perbadanan Air Pulau Pinang dan juga pengarah Hab Halal Antarabangsa Pulau Pinang.

 Mustafa juga berkata semalam bahawa ia juga merupakan strategi DAP untuk terus menjatuhkan PAS.

 Untuk ini, Lim berkata DAP hanya akan mengkritik mereka yang mesra dengan BN kerana PAS kini seolah-olah menjadi lebih mesra dengan parti pemerintah.

 "Daripada pemerhatian kita, mereka mengkritik parti pembangkang lebih daripada (mereka mengkritik) BN," katanya. - 6 Dis 2015 ~ sumber

Pelajaran Percuma hanya temberang Umno/BN

Posted: 06 Dec 2015 01:00 AM PST

Umno/BN yang suatu ketika dulu di akhir 2002 dalam usaha untuk penutupan Sekolah Agama Rakyat (SAR), telah menghentikan Bantuan Perkapita kepada SAR.

 Mereka juga mencadangkan seluruh pelajar SAR akan diserapkan ke sistem Sekolah-Sekolah Kebangsaan atas alasan untuk untuk mengintegrasi dan menyeragamkan pendidikan dalam satu sistem pendidikan yang selaras untuk memenuhi aspirasi masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. 
 Tetapi kini tiba-tiba nak jadi penyelamat, bila Pengerusi BN Selangor Datuk Seri Noh Omar menjanjikan 'sekolah agama percuma' buat rakyat jika Umno/BN berjaya merampas semula negeri terkaya itu dari tangan gabungan pembangkang.

 Pengerusi BN Selangor Datuk Seri Noh Omar berikrar akan meyakinkan rakyat tentang janji mereka itu. 

 Macamana nak meyakinkan rakyat wahai Datuk Noh? Janji nak beri 'Pelajaran Percuma' ni sejak 1982 lagi tapi sampai kini masih belum menjadi realiti. Mohong adalah ….

Kenapa pula kali ini hanya nak beri 'sekolah agama percuma' waima dulu janji nak beri 'Pelajaran Percuma' kepada semua pelajar.

Utusan melaporkan di muka depan dengan tajuk besar 'Pelajaran Percuma Menjelang 1982'

Pada perenggan pertama  tertulis:

 "Semua murid-murid sekolah dikecualikan dari membayar yuran sekolah tahun 1982 berikutan dengan dilaksana sepenuhnya dasar pelajaran kebangsaaan, kata Menteri Pelajaran..."

 Bahawa kerajaan Umno/BN sudah berjanji untuk memberikan pendidikan percuma sejak 1982 lagi. Ini bermakna Kerajaan sudah hamper 34 tahun tidak menunaikan janjinya sejak dahulu lagi …

 Di era Tun Abdullah Badawi juga berjanji serupa tapi gagal melaksanakan janji untuk yuran persekolahan percuma sebagaimana ketika mengumumkan belanjawan 2008 pada 7 September 2007.

 Begitu juga Umno/BN berjanji semasa membentangkan Belanjawan 2012 di Dewan Rakyat, Najib Tun Razak mengumumkan yuran pendidikan Sekolah Rendah dan Menengah akan diimansuh..

 "Mulai sesi persekolahan 2012, bayaran ini akan dimansuhkan," kata Najib.

Pada masa itu pelajar masih dikenakan bayaran RM24.50 bagi sekolah rendah dan RM33.50 bagi sekolah menengah untuk bayaran ko-kurikulum, kertas ujian dalaman, yuran Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia, dan insurans takaful.

Tetapi bila sesi persekolahan baru bermula, ibu bapa dikejutkan oleh pengumuman kerajaan yang menggantikan yuran sekolah dengan tiga pakej bayaran tambahan (PBT). 

 Ibu-bapa juga perlu membayar yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang tidak kurang RM20 malahan ada yang mencecah RM100. 

Ini semua hanya temberang Umno/BN untuk modal pilihan raya sahaja. Hentikan pembohongan ini, kerana rakyat masih ingat pembohongan kerajaan Umno/BN.

PasMa sokong Pakatan Harapan

Posted: 05 Dec 2015 08:00 PM PST

Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) melalui 5 resolusi yang telah dicapai pada konvension kali ke-2 kelmarin  turut  menyatakan pendiriannya bahawa NGO tersebut akan menyokong Pakatan Harapan pada pilihan raya umum akan datang. 

Pakatan Rakyat Harapan disaran untuk mendapatkan pendaftaran rasmi sehingga dapat bertanding dalam pilihan raya umum di bawah satu simbol.

Resolusi itu mengingatkan Pakatan Harapan supaya tidak mengulangi kesilapan yang pernah dilakukan ketika dalam Pakatan Rakyat dulu yang tidak pernah dirasmikan sebagai sebuah parti politik.
 
Pakatan Harapan gabungan yang terdiri daripada PKR, DAP dan Parti Amanah Negara disaran supaya didaftar secara rasmi untuk memastikan bahawa calon-calon pembangkang boleh bertanding di bawah simbol pilihan raya tunggal, seperti Barisan Nasional.

 Resolusi lain yang diterima adalah untuk ketiga-tiga parti - DAP, PKR dan Amanah - secara kolektif bersetuju mengenai strategi dan arahtuju dasar Pakatan Harapan untuk kerajaan negeri Pulau Pinang; kerajaan negeri Selangor pimpinan PKR perlu mencontohi Pulau Pinang dalam membentuk kerajaan negeri Pakatan Harapan; dan Pulau Pinang akan menubuhkan Pusat Islam , untuk meneroka prospek pembangunan khazanah Islam di negeri ini, untuk menafikan persepsi orang ramai yang anti-Islam terhadap kerajaan DAP Pulau Pinang. 

Resolusi terakhir menggesa supaya Pasma bekerjasama dengan kumpulan masyarakat sivil pro-Pakatan Harapan untuk menghadapi pilihan raya negeri Sarawak yang akan datang .

Konvensyen PasMa Ke-2 Nasional telah diadakan pagi kelmarin,Sabtu, 5 Disember 2015 di Hotel Seri Malaysia,Kepala Batas, Pulau Pinang.

Tiga pemimpin tertinggi PASMA telah menyampaikan ucapan aluan iaitu Ustaz Taib Ahmad, Setiausaha Agung PASMA ; Zolkifly Md. Lazim, Pengerusi PASMA Pulau Pinang, dan Ucaptama Presiden PASMA, Datuk Ir. Phahrolrazi Mohd. Zawawi. 


Ustaz Muhammad Hussain (Timbalan Presiden PASMA /Timbalan Pengerusi AMANAH Kelantan) telah membentangkan satu kertas kerja bertajuk "PASMA Pemacu Perubahan Politik Malaysia."

Sementara Saudara Muhamad Hisomudin Bakar selaku pengerusi Kaji Selidik Ilham Centre membentangkan berkaitan dengan peranan PASMA dalam perubahan lanskap politik Malaysia .


Perwakilan/Ketua dari setiap negeri telah urut membahaskan kertas-kertas tersebut yang terdiri daripada Ustaz Mohd. Rizal Akhir (Pulau Pinang), Wan Zulkifli Wan Ibrahim (Kedah), Mohd. Saad Ismail (Perak), Cikgu Izham Ahmad (Selangor), Dr. Wahab Hasan (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur), Ustaz Aziz Abbas (Terengganu), Tengku Puji Tengku Abdul Hamid (Pahang), Rusydan Mustafa (Kelantan) dan Sheikh Umar Bagharib (Johor).
 Majlis telah meluluskan 5 Resolusi berikut :

Turut diadakan forum "Masa Depan Pakatan Harapan Dalam Politik Malaysia". Tiga  tokoh telah membahaskan tajuk tersebut  terdiri dari Datuk Seri Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin (AJK AMANAH Pusat), Prof. Ab. Aziz Bari (Pakar Perlembagaan / wakil DAP) & Dato' Abdul Malik Abul Kassim (Exco Agama Islam Kerajaan Pulau Pinang / wakil PKR) , manakala Sheikh Omar bertindak selaku moderator.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah bekas Ketua Muslimat PAS, Jamilah Ibrahim yang telah turut menyampaikan ucapan ringkas.

Penasihat Umum AMANAH, Tuan Guru Ahmad Awang telah merasmikan acara penutupan konvensyen tersebut.

Tiada ulasan: