Rabu, 30 Disember 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Tak ada adab dan tidak amanah dalam menghuraikan kitab ulama yang agong

Posted: 30 Dec 2015 02:57 AM PST

Ada seorang Mamat ni yang telah memetik dari kitab Nashoihul 'Ibad (karangan Syekh Nawawi Al-Bantany), muka surat lima, sepotong hadith Nabi SAW tentang larangan meninggalkan para ulama. 

Dia baca hadis, tersebut dengan cara berikut : "Nabi shallallahu alaihi wasallam bersabda:

 "Akan datang suatu zaman kepada umatku dimana mereka lari daripada para ulama' dan fuqaha', sungguh Nabi cerdik nuh, Nabi tau dah huh! Ni 1,400 tahun yang lalu Nabi sebut ni...rupanya duk jadi sungguh kat kita la nih! Tengok eh! Nabi kata, ulang sekali lagi....

 "Akan datang suatu zaman kepada umatku dimana mereka lari daripada para ulama' dan fuqaha', maka Allah akan menurunkan tiga jenis bencana keatas mereka :

Yang pertama Allah mencabut keberkatan daripada usaha mereka

Ingat yg pertama Allah mencabut keberkatan daripada usaha mereka. Bila Allah cabut keberkatan dalam erti kata apa dia? Allah tak tolonglah! Kan dah habak dah! Bila tak berkat, tak tolong! Bila berkat, baru Allah tolong!

Bila tak berkat maka Allah tak tolong, bila Allah tak tolong insya Allah depa tak tahan lama ehh! Insya Allah ehh, kita tunggu tengok ahh! sat Pilihanraya ke14 insya Allah yakinlah tuan-tuan ehh, dia habih macam tu saja ehh; insya Allah, pasai Allah tak tolong, dia memang tak boleh tahan ehh!

Kalau hak Allah tolong, insya Allah sampai la ni kita boleh bertahan; sebab dasar kita Islam. Hahahah, betul tak Pak Long?

Yang kedua Dia kuasakan penguasa yang zalim keatas mereka

Bila orang lari dari Ulama dan Fuqaha', dia dikuasakan penguasa yang zalim keatas mereka, Ha! Ha! Geng-geng ni bertindak atas arahan siapa? Atas arahan penguasa yang zalim. Siapa dia penguasa yang zalim? Orang yang hina Islam tulah… yang hina hukum hudud tu lah….Lim Guan Eng! DAP tu! Tulah zalim.

Zalim apa ustaz depa tak zalim. Eh! Hangpa tau tak erti zalim? Zalim ialah meletakkan sesuatu perkara itu tidak pada tempatnya, tu zalim. Ambik selain daripada Islam zalim. Hari ini, bukan ambil selain daripada Islam, perlembagaan dia sendiri, dasar dia sekular , DAP – hina Ulama, hina hukum Hudud, hina Islam! Nampak dak?? Zalim tak, zalimlah!

Tiba-tiba golongan yg zalim nih, tiba-tiba ada orang yang ikut pungkok dia, ha! Ha! Ha!... Ada orang yg ikut pungkok orang yang zalim ini…. Maka betuilah apa yg disebut Nabi SAW – dikuasakan penguasa yang zalim keatas mereka. Ha! 

Yang ketiga, yang pertama tadi boleh gagah lagi Pak Long eh! Yang kedua tadi tak pa, boleh gagah lagi kan? Walau teruk dah tu! Tapi yang ketiga, yang ni depa ajak, aku tak boleh nak pi! Yang ni yang aku tak boleh nak pii… Oii, dua tiga orang telepon oii…

"Ustaz Sarkhawi meh jadi penceramah kami, mau tak?"

Aha! Kalau aku pi, tak pasai-pasai orang benci kat aku! Mujok aku tak pi. Nak pi apa, kita faham Islam. Tok guru pesan dah, jangan lari dari Ulama. Kita ikut sunggoh, tak kira ulama nak buat apa pun, ikut saja! Tapi Ulama betoi lah…kan?

Yakinlah tuan-tuan oi! Dia telepon kita, nak ajak duduk ngan depa. Saya pun bukanlah benci kat depa, dak... kita habak elok-eloklah.Tak apalah, hangpa dengan cara hangpa, kami cara kami. Nak lawan bertekak, boleh bertumbuk kita ni hari ni! Oi, sepupu aku mai dirumah, gagah aku tak tumbuk! #%!!**^##@@++%%@@## Dia kata mai masuk PAN. 

Amboi aku kata, hang cermat sikit hah, mai rumah aku nak ajak aku masuk PAN, aku kata. Hang cermat sikit, hang tahu PAN tu apa dia?

Dia kata, apa dia?

Aku kata hangpa ni khianat! Keluak dari jemaah Islam!

Apa khianat? Hangpa yang khianat! Keluak dari Pakatan Rakyat! (-05:13)
(Kah! Kah! Kah korang dengak sendirilah nanti...)

-03:44 : Cuma apa pun kita berdoa, bedoa pada Allah mudah-mudahan adik beradik kita, kawan kita, pemimpin kita lompat pi, kembalilah ke pangkal jalan sebelum terlambat; malu kut esok ni. La takpa lagi la...ni esok dah jadi kupang tembaga, betui tak? Malu kut esok ni! Betul Pak Long, Malu kut...La ni tak lagi dan lagi sebelum pilihanraya ni; sebab lepas pilihanraya ni, insya' Allah, yakinlah, insya Allah PAN tidak ada kerusi dalam pilihanraya akan datang, insya Allah.

Yakinlah tuan-tuan, orang tengok parti mana hak besak nak bawa hak perkara yang boleh nak menyelamatkan Islam nak menyelamatkan orang Melayu, nak menyelamatkan rakyat.Orang nampak, orang cerdik orang bukan bodoh lani!9Saya taulah, PAN pi ceramah di Parit Buntar..ala..kesian aku.. Ha!Ha!Ha!Ha!Ha!Ha!Hu! Hu!Hu! Tak ada orang...kesian, bukan meluat, kesian. 

Tak ada orang! Orang tak mau. Padahal sikit punya hebat Salahuddin Ayub, Mat Sabu tuu...Tapi bila hang keluak pi, buat ceramah  orang tak dOOOOOook!

Tu kata janganlah, keluak parti pantang sangat. Keluak dari parti Islam ni.. Ha! Ha! Ha! Silap banyaklah!

Hang duk tengah buat kuliah, orang tak panggil dah lagi hang buat kuliah.Betul tak? Tengah buat kuliah, tiba-tiba tak ada kuliah dah.Satu kuliah pun orang dah tak bagi dah sebab hang duduk atas tapak yg tak elok.Hang duduk atas flatform tak betul, hang nak buat kuliah nak perbetulkan orang? Hang nak perbetulkan orang apa, hang sendiri tak betul! Nampak tak? Jangan cari penyakit lah! Ha!Ha! Hu! Hu! Ha! Ha! %#@*&+ 

Maksudnya apa, kita kena fahamlah, perjuangan kita apa dia, matlamat kita apa dia...

Yang Ketiga, yang hak ni yang kita takut. Yang ni ingat elok-elok, siapa yg lari dari Fuqaha dan Ulama, mereka meninggal dunia tanpa membawa iman. 

Hak ni jem..jem..Nabi sebut ni, Nabi sebut... bukan kita sebut! Tak bawa iman, maksud dia apa? Mati jahiliah!

Bila mati tak bawa iman, dia mati apa? Mati tak Islam, nampak tak? Kalau bahasa kasaknya, mati kapiak! Itu dia! Sebab itu ingat, ibu-ibu, ayah-ayah, malam ni, ana datang daripada jauh menyeru bahawa kembalilah kepada Islam, bukan benci kepada PAN, bukan benci kepada Umno, bukan benci kepada siapa-siapa pun sebab Islam ni rahmatan lil'alamin; membawa rahmat kepada sekalian alam kena kasih kena sayang sahabat kita, kawan-kawan kita, mai lah bersama dengan Islam, Insya Allah selamat di dunia, selamat di akhirat....

Kalian boleh mendengar rakamannya nya di sini

Korang boleh faham tak yang mana satu hadith? Yang mana satu syarah? Beginilah apabila orang menyampaikan ilmu dengan tidak amanah, dia akan menghuraikan ikut selera nafsu pemikirannya semata-mata.9Sewajarnya, mamat ni bacakanlah keseluruhan apa yang dikatakan hadith tu terlebih dahulu bukan bercampur aduk dengan pertuturannya sendiri.
Telah bersabda Nabi SAW, akan hadir suatu masa atas umatku, mereka menjauh dari para ulama dan fuqaha, maka Allah akan memberikan cobaan kepada mereka dengan tiga cobaan, 

1. Allah akan menghilangkan berkah dari rizkinya. 

2. Allah akan mengirim kepada mereka penguasa yang zalim 

3. Mereka akan keluar meninggalkan dunia tanpa membawa iman kepada Allah Ta'ala Na'udzubiLlahi min dzaalik.
Kemudian barulah disyarahkannya. Tapi apa yang mamat ni ulas pun amatlah pelik dan melucukan. Dia beranggapan bahawa mereka yang lari daripada para ulama' dan fuqaha' adalah mereka yang telah meninggalkan PAS.

Dalam penghuraiannya yang pertama mengenai "Allah akan menghilangkan berkah dari rizkinya" Mamat ni begitu optimis bahawa Amanah akan bungkus pada PRU 14 kelak sebab Allah cabut keberkatan daripada usaha mereka?

Apakah Umno/BN yang boleh bertahan sehingga kini  sebab dasar dia Islam?Hahahah, betul tak Pak Long? Ha! Ha! Ha! Apakah Singapura bertahan kerana dasarnya Islam? Amerika, Cina Kominis, Jepun..dan lain-lain tu mampu bertahan sehingga kini sebab dasarnya Islam? Betul tak Pak Long? Ha! Ha! Ha!

Dalam penghuraiannya yang kedua, bagaimana pula mamat ni boleh kata DAP tu sebagai penguasa yang zalim? Kah! Kah! Kah! betul tak Pak Long? Ha! Ha! Ha!

Apakah  arahan-arahan yang telah Amanah terpaksa lakukan selama DAP berkuasa di Penang? Waima Amanah baru berusia nak masuk 4 bulan sahaja penubuhannya...Waima ramai orang PAS yang bekerja makan upah dibawah pemerintahan DAP di Pulau Pinang...

Menurutnya DAP zalim sebab perlembagaan dan dasar dia sekular. Umno dan PKR yang PAS duk mahu bertahaluf itu bukan sekular perlembagaan dan dasarnya? Adus!  parok mamat nih!

Dia kata DAP hina Ulama, hina hukum Hudud, hina Islam ?? Apakah DAP yang menghalang tertegaknya Hudud di Kelantan? Apa kuasa DAP?9Penghuraiannya ketiga ni memang berat nanang! Mengkapiakan orang terus!9ana datang daripada jauh menyeru bahawa kembalilah kepada Islam, bukan benci kepada PAN ...."

Amboi dia ingat orang keluak PAS tu macam orang keluak Islam, tu yang dia mai nak seru suruk orang Amanah kembali semula kepada PAS, kembali semula kepada Islam supaya mati nanti jangan mati tak bawa imana, jangan mati jahiliah, jangan mati kapiak!

Mamat ni ingat Fuqaha dan Ulama hanya ada dalam PAS. Maka hanya bila bersama PAS, rezeki kita akan berkah, kita tidak akan dizalimi dan kita dijamin akan mati dengan iman??

Mamat ni masih tidak sedar lagikah  betapa Kelantan dibawah PAS itu sejak dari dulu lagi telah dizalimi oleh penguasa Umno/BN yang zalim? Begitu juga ketika PAS perintah Terengganu telah dizalimi oleh penguasa zalim ...Adakah DAP yang menzalimi kalian?

Tidak hairanlah PAS menyerang DAP siang malam, pagi petang sebab kini sudah tidak kenal musuh tradisinya sendiri.

Tiada ulasan: