Selasa, 29 Disember 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Dia anak jantan atau betina?

Posted: 29 Dec 2015 09:30 AM PST

Sewaktu Ust Ahmad Awang mencabar ayahnya, Hj Hadi sebagai presiden parti dalam pemilihan Muktamar PAS ke-61 lepas , ketika diwawancara Sinar Harian, ayahnya berkata, "Terserah kepada ahli (perwakilan) samada nak memilih calon (pimpinan) yang ditentukan oleh DAP atau sebaliknya" Kalian fikirlah sendiri apa maksudnya??

Ust Ahmad Awang hampir mengambil tindakan undang-undang terhadap Hj Hadi, namun beliau tidak jadi untuk meneruskannya. Mungkin tak sampai hati...

Tapi kali ini, anaknya dah agak melampau bila dilaporkan mentohmah AMANAH dengan ungkapan 'Amanah hanya akan dengar cakap DAP'.

So, anak Hj Hadi kena berikan bukti mengenai apa yang dikatakannya itu atau dia kena minta maaf sebagaimana tuntunan Pemuda AMANAH. 

Apakah anak Hj Hadi akan tunduk dengan tuntutan tersebut? Dalam masa dua minggu lagi kita akan tahu, samada dia anak  jantan atau anak betina?

HAZAYANI ZAKARIA
Pemuda PAS mohon maaf atau tindakan undang-undang diambil, kata Pemuda Amanah Naib Ketua Pemuda Amanah Nasional Mohd Fakrulrazi Mokhtar (kanan) mahu Pemuda PAS memohon maaf dalam tempoh dua minggu sebelum tindakan undang-undang diambil. 

Naib Ketua Pemuda Amanah Nasional Mohd Fakrulrazi Mokhtar mahu Pemuda PAS memohon maaf dalam tempoh dua minggu sebelum tindakan undang-undang diambil.

 Pemuda Amanah Nasional menuntut Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia Muhammad Khalil Abdul Hadi menarik balik tuduhan bahawa 'Amanah hanya akan dengar cakap DAP' atau berdepan tindakan undang-undang. Naib ketuanya, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar berkata, Khalil perlu memohon maaf secara terbuka kerana tuduhan tersebut bersifat jahat dan menyebabkan timbulnya persepsi buruk terhadap Parti Amanah Negara (Amanah).

 Beliau memberikan masa selama dua minggu dari tarikh sidang media hari ini untuk Khalil bersemuka dengan pihaknya.

 "Kami menegaskan bahawa kami bersedia untuk bersemuka dan behadapan secara harmoni atas dasar sifat jiwa besar dalam menangkis dakwaan tersebut.

"Sekiranya beliau yakin dan berpegang kepada dakwaannya itu, tidak menjadi masalah untuk beliau berhadapan dengan Pemuda Amanah.

 "Namun jika beliau enggan memberikan respons, kami menyerahkan kepada peguam untuk membuat tidankan selanjutnya," kata beliau pada sidang media di Wisma Amanah Negara, Jalan Kuching hari ini.

 Khalil pada 24 Disember lalu berkata kepada Sinar Harian Online: "Amanah terikat dengan DAP. Mereka hanya akan dengar cakap DAP sahaja. JIka DAP mahu mereka senyap, merak akan senyap. Kalau DAP mahu mereka buat bising, jadi bisinglah mereka,"

 Menjawab tuduhan yang disifatkan sebagai sangat berat itu, Fakhrulrazi menegaskan, Amanah tidak terikat kepada mana-mana parti sebaliknya perjuangan mereka berdasarkan prinsip dan pegangan.

 "Kenyataan ini sangat tidak berasas dan ia hanya sangkaan buruk terhadap Amanah iaitu parti Islam yang baharu bertapak dalam arena politik negara.

 "Dakwaan Khalil ini sangat berat seolah-oleh Amanah hanya pak turut kepada DAP sedangkan tidak berlaku sama sekali gambaran sedemikian," katanya yang juga bekas bendahari Pemuda PAS Malaysia. Menurut beliau, Khalil sebagai pemimpin pemuda parti yang meletakkan Islam sebagai dasar perjuangan tidak harus membuat tuduhan seperti itu.

 "Beliau seharusnya lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan, jangan kerana kebencian menghalalkan fitnah seperti itu. Seorang ahli parti Islam lebih mengetahui kaedah dan cara untuk mengenakan tuduhan dan hukuman," katanya lagi.

 Sementara itu, seorang lagi Naib Ketua Wan Anwar Wan Ibrahim menjelaskan, tindakan mahkamah adalah sesuatu yang normal sebagai pengajaran kepada orang yang membuat fitnah.

 "Kita beri peluang kepada Khalil untuk respons dan jika tiada kita tengok tindakan mana yang wajar dilakukan.

 "Kami tidak mahu terlalu membesarkan perkara ini tetapi kalau terlalu kerap kenyataan fitnah terhadap Amanah, kami kena ambil tindakan sebagai pengajaran dan ini suatu yang normal," katanya yang juga merupakan peguam. -malaysiadateline

Hendak bersama Umno - Jangan cakap tak ada....

Posted: 28 Dec 2015 09:00 PM PST

PAS dilanda sindrom penafian hendak bersama Umno. Bukan baru-baru ini saja PAS cuba menafikannya. Hingga kini masih ramai yang tuduh Ust Ahmad Awang pembohong bila dia kata PAS nak bersama Umno. 

Mereka kata Ust Ahmad Awang buat fitnah sahaja. Tidak mungkin PAS akan bersama Umno. Mana mungkin!! Demikian penafian mereka, hanya sekadar penafian yang tidak berasas!
Hendak bersama Umno - Jangan cakap tak ada. Kita tidak sepatutnya berfikir nak berpakat dengan UMNO. Sebaliknya kita perlu berusaha memperkasakan Pakatan Rakyat. Ada pihak perwakilan yang kata mana ada di antara kita yang nak pergi berunding atau bersama dengan UMNO. 
Saya nak beritahu bahawa ketika kami di Perak dah buat keputusan sungguh tegas untuk tidak bersama UMNO dan dah putus untuk bersama DAP dan PKR, kami dihubungi oleh pimpinan tertinggi, 
"Tak bolehkah kita kaji keputusan untuk bersama dengan UMNO?". 
 Ada saudara-saudara! Jangan cakap tak ada. Cuma saya tak nak sebut namanya. Tapi saya nak katakan ada. Sebab itu janganlah saudara-saudara terus buat keputusan seolah-olah semua orang dalam PAS tak ada yang berfikir begitu (yakni untuk bersama dengan UMNO). Ada! Tapi saya tak layan.".
~ Petikan ucapan Ustaz Ahmad Awang – Mantan Naib Presiden 3 ketika menyampaikan ucapan penggulungannya pada hari terakhir Muktamar PAS 55 di Shah Alam (1). [7 Jun 2009]

Tapi bila dah semakin menampakan kebenarannya, macam-macamlah PAS buat penafian yang pelik-pelik kerana tidak mahu tembelangnya pecah berderai yang menyebabkan akan ramai yang bertempiaran lari meninggalkan PAS.

Bila Ahmad Maslan buka mulut, ada sahaja yang melucukan kita semua...

Posted: 28 Dec 2015 06:19 PM PST

Bila Ahmad Maslan buka mulut, ada sahaja yang akan melucukan kita semua. Kenapa dia tidak masuk bertanding Maharaja Lawak? Tentu ramai peminatnya!

Yang terbaru ialah bila dia kata, dia sendiri melakukan tiga kerja dalam satu masa iaitu sebagai timbalan menteri, ahli parlimen dan ketua penerangan UMNO, apakah beliau sebenarnya kelihatan lebih cerdik dan hebat atau lebuh teruk daripada sebelumnya?

Kesian Mat Maslan...beliau nampaknya tidak tahu membezakan antara kerja dengan jawatan, kata Shahbudin 

Apa yang dimilikinya sekarang iaitu sebagai timbalan menteri, ahli parlimen dan ketua penerangan UMNO secara serentak adalah jawatan dan bukannya kerja, jelasnya lagi. 

Menurut Shahbudin, ramai kawan-kawan dalam UMNO bersungut mengenai kenyataan terbaru beliau dengan berkata, Ahmad Maslan lebih kelihatan sebagai seorang cerdik dan pandai apabila beliau mendiamkan diri berbanding jika mula berkata-kata.

 Kata mereka, wajahnya yang bersih dan rambutnya yang sentiasa basah dan bersisir rapi itu benar-benar memperlihatkannya sebagai seorang yang boleh diyakini jika belum mendengar kata-kata yang keluar daripada mulutnya.

 Namun, kata mereka, sebagaimana yang sudah banyak kali dibuktikan sebelum ini, sebaik saja mulutnya terbuka dan lidahnya berbicara, segala tanggapan awal mengenai dirinya akan musnah dengan sekelip mata.Baca tulisah Shahbudin  di sini

Sementara itu Lim Kit Siang pula berkata, orang yang paling mempunyai banyak pekerjaan di negara ini adalah tidak lain daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri.

Menurut LKS, Najib adalah Perdana Menteri, Menteri Kewangan (pada satu masa, Menteri Wanita dalam kabinet), Presiden UMNO, Presiden Barisan Nasional, Ahli Parlimen Pekan, akan menjadi Pengerusi Majlis Keselamatan Negara yang sangat dikritik, Pengerusi Penasihat lembaga yang banyak difitnah 1MDB - dan Pengerusi tidak terkira banyaknya berkaitan kerajaan, satu senarai yang Najib sendiri tidak akan dapat membaca begitu saja...

Beliau seterusnya berkata, tidak lama lagi, pelawak seperti Harith terpaksa berhenti kerja kerana Menteri dan Timbalan Menteri seperti Ahmad Maslan, Abdul Rahman Dahlan, Paul Low dan juga Najib akan mengambil alih tugas mereka!!

Tiada ulasan: