Rabu, 23 Disember 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Kerjasama atau hanya jadi 'barua'?

Posted: 23 Dec 2015 08:40 AM PST

Kerjasama atau hanya jadi barua?
Yang penat panjat dia, pi kendung buah pun dia....
dapat minum dan makan isi kelapa sebiji dua.....
begitulah kerjasama yg hanya menguntungkan
sebelah pihak sahaja...
Dalam konteks politik negara sekarang, amatlah jelas kepincangan UMNO-BN dalam memerintah dan mentadbir. 

Krisis ekonomi dan kepemimpinan berlaku kerana kelemahan dan kebobrokan mereka yang berkait dengan prinsip amanah, keadilan, kebenaran, tatakelola dan pertanggungjawaban.

Dalam apa-apa usaha dan tindakan, kerjasama sentiasa dianggap sebagai faktor penting dalam kejayaan. Kerjasama membawa maksud beberapa pihak terlibat secara bersama dalam mencapai sesuatu objektif yang dipersetujui bersama. 

Kerjasama ini boleh berlaku dalam banyak keadaan dan peringkat, sama ada sesama individu atau kumpulan, dalam perkara kecil atau besar. Dalam kalimah bahasa, kerjasama dalam perkara keburukan pun dianggap kerjasama.

 Namun berpandukan Al-Qur'an, ayat 2 Surah Al-Maidah, kerjasama mestilah berasaskan kepada melaksanakan kebaikan dan bukan kerosakan. Mafhum ayat tersebut ialah :
"…Dan tolong menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan. Bertakwalah kepada Allah, sungguh, Allah sangat berat siksaNya."
 Dalam sebuah Hadith Riwayat Bukhari Rasulullah S.A.W bersabda, "Bantulah saudaramu, baik dalam keadaan sedang berbuat zalim atau sedang teraniaya. Ada yang bertanya: 
"Wahai Rasulullah, kami akan menolong orang yang teraniaya. Bagaimana menolong orang yang sedang berbuat zalim?" 
Baginda menjawab: "Dengan menghalanginya melakukan kezaliman. Itulah bentuk bantuanmu kepadanya."
 Justeru, asas kerjasama wajib kepada prinsip-prinsip yang didokong yang membawa manfaat kepada umum, namun tidak boleh sama sekali bekerjasama dalam perkara dosa seperti berdusta dan perkara melampaui batas seperti pecah amanah dan kezaliman. Kepekaan dan kesedaran terhadap pendirian pihak yang terlibat dalam kerjasama amatlah penting supaya kita tidak terjerumus sama dalam membuat kerosakan.

 Dalam konteks politik negara sekarang, amatlah jelas kepincangan UMNO-BN dalam memerintah dan mentadbir. Krisis ekonomi dan kepemimpinan berlaku kerana kelemahan dan kebobrokan mereka yang berkait dengan prinsip amanah, keadilan, kebenaran, tatakelola dan pertanggungjawaban.

 Skandal hutang 1MDB, derma RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, pelaksanaan GST dan penggunaan undang-undang seperti akta hasutan sebagai ancaman adalah antara pelanggaran prinsip-prinsip tersebut oleh UMNO-BN yang akibatnya amat buruk buat rakyat.

 Sementara itu, dana awam yang kebanyakannya merupakan wang amanah orang Melayu dan Bumiputera turut dicemari dengan keputusan serta tindakan yang amat meragukan. Contohnya penggunaan dana Kumpalan Wang Amanah Pencen, Tabung Haji dan lain-lain untuk menyelamatkan 1MDB. Begitu juga dengan dakwaan penyalahgunaan dana dan aset MARA dalam pembelian hartanah serta salahguna dana amal jariah YaPEIM.

 Justeru, dalam konteks cadangan kerjasama di antara UMNO dan PAS yang masih lagi rakan tahaluf siyasi KEADILAN, saya ingin menegaskan pendirian Biro Politik KEADILAN bahawa bekerjasama tidak ada salahnya malah digalakkan dalam rangka usaha yang jelas ke arah mewujudkan kemakmuran ekonomi, menjamin keadilan sosial dan kepemimpinan yang amanah. Namun pertimbangan yang bijaksana perlu diambil apabila rakan kerjasama tidak serius malah menjadi penyumbang kepada kerosakan, penyelewengan, rasuah dan kezaliman.

 SYED IBRAHIM SYED NOH
 Ketua Penerangan KEADILAN

Nik Beduh kena sound Pak Mentua.....

Posted: 23 Dec 2015 06:35 AM PST

Kerjasama politik dengan umno tak perlu diperbesar besarkan kerana ianya telah lama wujud didalam Pas olih orang yg mempunyai KEPENTINGAN PERIBADI yg bersifat munafiq. 

Dihadapan umum nampak berlawan tapi dibelakang tabir terus dengan ajinda peribadi(BERBODEK). 

Jangan cuba belajar menari dihadapan orang yg sudah mahir menari. Sepanjang sejarah perjuangan Pas diMalaysia Pas tidak pernah menentang sabrono kebaikan yg dibuat olih umno.

 TAPI apa yg terjadi sebaliknya umnolah yg sentiasa menentang dan membangkang segala program Pas walau pun paling baik disisi Allah Taala, contoh yg terbaru ialah mempermain mainkan Kanun Jenayah Syariah 11(HUDUD). 

Pemimpin Pas tak perlu menyusahkan diri mengarah ahli dan penyukung Pas supaya menyukung kebaikan yg dibuat olih parti lawan(umno).

 ARAHLAH ahli dan penyukung Pas supaya patuh dan taat serya memberi tumpuan dan kerjasama segala program yg dubuat dan dianjurkan oleh parti kita(PAS) disetiap peringkat. Kenapa hanya kebaikkan yg dibuat olih umno kita hendak beri kerjasama sedangkan kebaikan yg dibuat olih parti2 politik yg lain kita tolak bulat2.

 Apakah parti yg ada kepentingan dengan kita sahaja kita memberi kerjasama dalam kebaikan sedang parti2 politik lain yg tidak ada kepentingan dengan kita kita abaikan mereka diatas segala urusan walau pun terdapat sekangkang kera kebaikan. 

Kerjasama politik dengan umno tak perlu diperbesar besarkan kerana ianya telah lama wujud didalam Pas olih orang yg mempunyai KEPENTINGAN PERIBADI yg bersifat munafiq. Dihadapan umum nampak berlawan tapi dibelakang tabir terus dengan ajinda peribadi(BERBODEK). 

Perubahan landskap politik Pas bukan terletak diatas perubahan uslub/aproach/pendekatan yg dibuat olih Pas tetapi sikap dan pandangan politik pemimpin pas itu sendiri menjadi asas perubahan landskap politik sebenarnya.

 Maju mundur sesuatu parti tinggi rendah marwah dan martabat pemimpin terletak diatas stratiji yg tepat didalam mengatur sesuatu perancangan kehadapan. 

Sekali lagi saya terpanggil untuk menyeru pemimpin Pas supaya menyatu tenaga menumpu kekuatan Pas dan jangan cuba membuat sesuatu yg bolih melemahkan semangat juang ahli dan penyukung Pas diperingkat akar umbi. 

Kepada Pemimpin kerajaan teruskanlah usaha pendekatan dan kerjasama antara kerajaan dengan kerajaan (G TO G). Selagi bolih menguntungkan rakyat.  ~ sumber

PAS mahu bersekongkol dengan penerima rasuah??

Posted: 22 Dec 2015 10:33 PM PST

Ana garu enta, enta garu ana pula nanti kan kan??
Ajaran Islam mana yang meminta orang Islam berpadu atas semangat Melayu dengan penerima rasuah? 

Bersekongkol dengan penerima rasuah, kemudian memaafkan pula dosa penerima rasuah itu terhadap rakyat dipetik dalilnya dari sumber mana?

Perasuah dan penerima rasuah dilaknat oleh Allah (lihat Abu Daud, at-Tirmizi dan Ibnu Majah). Malam tadi, dalam ceramahnya di Jitra, dua kali Presiden Amanah ulang hadith tentang jenayah rasuah.

 RM2.6b yang masuk akaun Najib adalah rasuah. Masakan ada Arab gila mana yang sanggup derma sebanyak itu tanpa imbalan. Atas apa alasan dan terma pun, seorang pemimpin yang menerima sesuatu pemberian secara sembrono, namanya rasuah.

 Pemimpin hanya boleh menerima habuan selayaknya mengikut peraturan yang termaktub secara sah. RM2.6b yang Najib terima ikut peraturan mana?

 Najib terima rasuah. Itu tak berapa pelik. Apa yang pelik ialah, ada parti yang berlabel Islam boleh bersedondon bersenyum simpul sepentas dengannya atas nama perpaduan Melayu Islam.

 Ajaran Islam mana yang meminta orang Islam berpadu atas semangat Melayu dengan penerima rasuah? Bersekongkol dengan penerima rasuah, kemudian memaafkan pula dosa penerima rasuah itu terhadap rakyat dipetik dalilnya dari sumber mana?

 Dosa rasuah adalah dosa dengan rakyat, bukan dosa peribadi seperti khalwat. Rasuah membinasakan negara, rakyat, langit dan bumi. Kalau tidak takkan Allah melaknat perasuah dan penerimanya.

 Bersedondon atas pentas dengan penerima rasuah atas nama perpaduan Melayu sangat memalu dan memualkan, apatah lagi apabila pelakunya adalah parti yang berlabel Islam.

 Carilah alasan apa pun, sorry to say, rakyat tak boleh terima parti sebegitu, biarpun berlabel Islam. Mampukah serban, jubah dan title tuanguru yang disipongangkan ke seluruh pelusuk buana itu menutup busuk dan hanyirnya bau tubuh pemimpin rasuah?

 ~ Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi

Jangan terpedaya dengan lakonan Idris Ahmad

Posted: 22 Dec 2015 05:00 PM PST

Di tengah-tengah isu keakraban Umno-PAS, Naib Presiden PAS Idris Ahmad menegaskan bahawa pandangan peribadi tidak boleh dipakai dalam isu itu.

 "Jika ada individu yang hendak bergabung dan teringin dengan Umno, maka individu itu sahaja yang pergi," katanya.

Beliau menegaskan PAS pernah kehilangan pemimpin-pemimpin kanannya sebelum ini, termasuk dua presiden – Ahmad Fuad dan Datuk Asri Muda (gambar) – tetapi PAS tidak lemah.

 "PAS tetap hebat, kerana dasar, bukan kerana individu. Siapa pun boleh pergi, Insya-Allah PAS berdiri gagah," katanya. ~ sumber

Komen al-Husseyn :

Deris berkata, individu yang hendak bergabung dan teringin dengan Umno, maka individu itu sahaja yang pergi.

Kenyataan ini mungkin sebagai reaksinya terhadap kenyataan "PAS Sedia Maafkan Umno" oleh SUA PAS Dato' Takiyuddin.

Menariknya bila dia membangkitkan dua nama bekas presiden PAS, Ahmad Fuad dan Datuk Asri Muda yang telah keluar parti dan menyertai Umno, Deris dilihat seolah-olah dia sengaja menyindir Presiden PAS yang ada sekarang ini, Hj Hadi. 

 Apakah mungkin, Deris tujukan kepada presidennya sendiri  Hj Hadi? 

Bila Deris ungkit mengenai dua bekas presiden PAS yang telah keluar parti itu, ianya seolah-olah nak suruh presiden yang ada sekarang ni bakal mengikuti jejak dua presiden PAS itu?

Ditambah pula bila Deris menyatakan bahawa pandangan peribadi tidak boleh dipakai dalam isu itu. Kebetulan pula, memang Hj Hadi gemar buat kenyataan peribadi yang sering 'overrule' apa saja keputusan parti sebelumnya. 

Pada muktamar yang lalu, usul yang begitu penting telah diluluslan tanpa bahas atas arahan Hj Hadi atas nama Presiden parti.

Almarhum TGNA ketika hayatnya dulu pun pernah menegur Hj Hadi mengenai perkara ini secara terbuka.

Almarhum begitu marah terhadap Hj Hadi kerana mengaku bahawa Unity Government lontaran ideanya itu telah dibincangkan dan dipersetujui di dalam dialog dikalangan kepimpinan Pas Pusat ; dan telah dipersetujui bersama oleh PKR dan DAP.

Tapi awas kalian semua. Jangan mudah terpedaya dengan lakonan ini semua. Lakonan ini hanya mahu mengelirukan ahli-ahli PAS yang bencikan Umno supaya tidak keluar dari PAS.Ramai yang menyertai PAS kerana mahu menentang Umno yang zalim. Maka jika mereka sedari PAS mahu bergabung dengan Umno, tentulah mereka tidak suka dan akan marah. Ini akan membuka lebih luas lagi ruang perpecahan dalam PAS sebagaimana yang diluahkan oleh Abdul Fatah.


Kegusaran Deris mengenai ini terlebih dahulu telah dinyatakan oleh Abdul Fatah yang telah mengingatkan Takiyuddin supaya berhati-hati dengan kenyataan seumpama itu kerana bimbanga akan memberi impak yang membahayakan parti.

Dosa umno kpd PAS bukan senipis kulit bawang. Pemimpin Pas berhak membuat kenyataan apa saja yg difikirkan perlu bagi kepentingan politik semasa. TAPI jangan lupa membuat kajian pendirian penyukung bawahan terlebih dahulu........

 Persoalan sama ada PAS akan bekerja dengan Umno yang rasuah demi penyatuan Melayu Islam atau bekerjasama dengan DAP dan PKR menentang pemerintahan Umno telah lama diperdebatkan. 

Sebenarnya, si Deris ini hanya mahu dilihat dirinya seolah-olah marah kepada sesiapa sahaja yang mahu menggabungkan Umno dan PAS. Dia mahu menafikan adanya komplot UG ini!

Kerana adalah tidak mungkin Deris tidak menyedari bahawa penggabungan Umno dan PAS inilah yang Hj Hadi dan Haron Taib usahakan selama ini hingga menyebabkan almarhum TGNA pernah mengusulkan supaya diadakan Muktamar Khas.

Kalau Deris benar-benar menentang penggabungan Umno dan PAS , sudah tentu Deris telah turut tersingkir sewaktu pemilihan dahulu bersama kelompok progresif yang telah bersunggoh-sunggoh mempertahankan PAS dari terjerumus ke dalam komplot UG.

Setelah ketiadaan almarhum dan terkeluarnya kelompok progresif dari PAS, maka tiada siapa lagi yang berani menghalang agenda UG yang kita semua dapat saksikan semakin rancak dilakukan. 

Penggabungan Umno-PAS bukan bererti PAS dimansuhkan lalu masuk Umno, atau Umno dilupuskan dan digantikan dengan PAS. Ini kerja gila namanya!

Bagi Umno, memadailah PAS tidak membangkitkan persoalan-persoalan besar yang boleh menggugat pengaruh dan kuasa Umno. Sebab itu, mulut PAS terkancing rapat daripada mempersoalkan skandal 'derma' RM2.6 bilion yang masuk kedalam akaun peribadi Najib, atau skandal 1MBD syarikat yang sarat dengan masalah hutang.


Reaksi Lim Guan Eng (LGE) lebih tegas dan jelas berbanding Deris dan Abdul Fatah ketika Hj Hadi mengeluarkan kenyataan yang dikatakan menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membabitkan isu Tabung Haji dan 1MDB, dengan menyuruh Hj Hadi supaya bergabung membentuk kerajaan perpaduan dengan Barisan Nasional (BN) dan UMNO secara terang-terangan sekiranya Presiden Pas itu berhasrat sedemikian.

Kenapa Deris dan Abdul Fatah tidak kata apa-apa pun bila Hj Hadi kata, "Kita sekarang mahu perbetulkan kerajaan, bukan mahu ikat kerajaan atau berebut jawatan. Kita sekarang bukan mahu jatuhkan Perdana Menteri tetapi mahu perbetulkan dasar yang dibawa. 

 "Pas sedia menghantar pasukan untuk berbincang dengan Umno baik mengenai isu berbangkit seperti GST, perumahan, kejatuhan ringgit dan sebagainya." 

PAS terkancing gigi daripada membangkitkan soal keadilan untuk Anwar yang sedang dipenjarakan, waima PAS menganggap PKR sebagai rakan tahaluf di Selangor.

PAS terkancing gigi untuk menyatakan ayat Allah yang dulu-dulu sering dikumandangkan di pentas-pentas ceramahnya, "La tarkanu ilalladzina dzalamu, fatamatsa kumunnar - Jangan kamu cenderung kepada mereka yg melakukan kedzaliman kelak kamu disambar api neraka...

Tiada ulasan: