Ahad, 20 Disember 2015

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


TUAN IBRAHIM HENTIKAN TEMBERANG!

Posted: 20 Dec 2015 12:30 AM PST

 Apakah yang telah di tegur secara berdepan oleh Hj Hadi keatas Najib?

1. Adakah Hj Hadi membuat teguran keatas ketirisan 1MDB RM42 Billion? 

2. Adakah Hj Hadi menimbulkan persoalan siapakah Pak Arab Gila (seperti dakwaan Dr Mahathir) yang telah menderma kedalam akaun peribadi Najib dan kemana perginya wang tersebut? Sedangkan umum mengetahui Hj Hadi beria-ria mempertahankan Najib mengenai isu tersebut. 

3. Adakah Hj Hadi mempersoalkan kos kenaikan harga minyak yang membebankan rakyat? 

4. Adakah Hj Hadi mempersoalkan kos kenaikan sara hidup dan kos perkhidmatan? 

5. Adakah Hj Hadi mempersoalkan kenapa RUU 'Private Bill' yang di dakwa hudud tidak dapat di bentangkan di dalam sidang Parlimen? 

6. Adakah Hj Hadi mempersoalkan kenaikan harga tol lebuhraya? 

7. Adakah Hj Hadi mempersoalkan kes pembunuhan Altantuya? 

8. Adakah Hj Hadi mempersoalkan kenapa kerajaan Malaysia tidak pernah memohon maaf di atas kejadian 'Tragedi Memali'? 

9. Adakah Hj Hadi turut mempersoalkan pembaziran yang di lakukan oleh Rosmah? 

10. Adakah Hj Hadi mempersoalkan kenapa sistem syariah tidak di jalankan oleh Umno di Malaysia? 

11. Adakah Hj Hadi mempersoalkan kenapa Anwar Ibrahim terpenjara? 

12. Berpuluh-puluh lagi dakwaan yang boleh diutarakan kenapa tidak di utarakan? 

Cukuplah dan hentilah berdolak dalih mempertahankan pemimpin anda wahai Tuan Ibrahim Tuan Man! Kami selaku rakyat jelata boleh berfikir dan bukannya menelan bulat-bulat setiap kenyataan atau pengakuan pemimpin.

 Pengikut yang taksub dengan parti serta pemimpinnya telah lama berlalu. Zaman mendoktrinkan pengikut dengan ketakjuban kepada pemimpin makin pupus di telan waktu.

 Jangan sampai rakyat meloya dan termuntah mendengar alasan anda. Belajarlah menerima hakikat dan ajarlah pengikut berkata benar walaupun ianya pahit untuk diterima.

 HAKIKAT SEBENARNYA PAS-UMNO

 'Hj Hadi dan Najib berpakaian sedondon diatas pentas Alumni Al-Azhar Malaysia kerana percaturan politik kerjasama Umno-Pas. Mereka perlu memikirkan masa depan politik peribadi dan parti masing-masing untuk PRU14. Itu lebih jelas'.

 Dalam konteks Najib dan UMNO, keperluan kepada kerjasama itu sangat mudah difahami berikutan serangan daripada Tun Mahathir Mohamad yang berterusan sejak sekian lama dan pelbagai isu yang melanda negara lebih memungkinkan parti itu bakal kehilangan kuasanya dalam pilihanraya akan datang ini.

 Berdasarkan perkembangan semasa, hanya dengan menjalin kerjasama bersama Pas sahajalah yang memungkinkan Najib dan UMNO boleh terus kekal menggenggam kuasa. Bagi Pas pula, perlunya kerjasama ini hanya dilihat untuk memulihkan imejnya yang berpecah dengan kumpulan progresif sehingga tertubuhnya Amanah dan juga berikutan keputusannya tidak mahu menyertai Pakatan Harapan yang ditubuhkan bagi menggantikan Pakatan Rakyat.

 Hj Hadi yang kepimpinannya paling dipertikaikan sejak kebelakangan ini sekurang-kurangnya dapat menunjukkan kepada musuh-musuhnya bahawa Pas yang diterajuinya masih lagi menjadi buruan dalam penentuan kuasa di negara ini. Beliau cuba hendak memperlihatkan Pas masih punya harga untuk memiliki cumbu rayu PKR dan terutamanya Umno di pentas politik.

 Cuma, dalam konteks keuntungan kepada Melayu dan Islam yang masih kedengaran pertikaiannya di mana-mana. Sementara ada yang mengatakan kerjasama itu akan melonjakkan maruah Melayu dan Islam, pihak lain agak skeptikal dengannya sambil menyatakan ia sesuatu yang masih kabur lagi.

Bukan Islam sangat yang akan di perjuangkan oleh kedua-dua belah pihak tetapi survival politik yang mesti di selamatkan. Jika Umno hendak melaksanakan Islam tentunya tidak memerlukan Pas untuk di laksanakan. Umno memiliki kuasa pemerintahan ditangan mereka. Tentulah mereka boleh mengerahkan para cendekiawan serta mengeluarkan arahan perlaksanaan jika mahu di jalankan.

Soal undi bukan boleh di lakukan dengan arahan mahupun mengerahkan para cendekiawan tetapi memerlukan rakyat untuk memangkah kertas undi. Ini lebih mudah ditafsirkan daripada berdolak dalih seperti yang cuba dipertahankan oleh Tuan Ibrahim untuk dirinya sendiri dan bosnya(Hj Hadi).

 Bekerjasama dengan Pas bukan saja memudahkan Najib bertindak terhadap musuh-musuhnya di dalam UMNO sambil dapat "menyucikan" dirinya, malah PRU-14 juga bakal memperlihatkan pengundi Melayu akan menjadi keutamaan baru setelah bukan Melayu iaitu kaum Tionghua telah mengecewakannya dalam PRU-12(2008) dan PRU-13(2013).

 Begitu juga Pas yang terdesak untuk mencari undi Melayu selepas memutuskan hubungan tahaluf siyasi bersama DAP ketika meluluskan usul tanpa bahas di dalam Muktamar PAS ke-61 2015. Tiada lagi sokongan dan undi kaum Tionghua buat Pas kerana telah mengecewakan mereka. Undi Melayu kini amat berharga buat Pas dan Umno.

 Harapan Pas untuk mendapat undi penyokong pembangkang dan orang Cina sudah berkubur apabila dengan sombongnya menolak untuk menyertai Pakatan Harapan kerana tidak sebulu dengan DAP dan Amanah, tetapi dalam masa yang sama kekal meneruskan pakatan kerjasamanya dengan PKR di Selangor.

Apakah jika memilih untuk "sandingkan" dengan UMNO, Pas sudah sedia berundur daripada semua kedudukan dalam kerajaan negeri pimpinan Azmin Ali, daripada jawatan Exco, jawatan di pelbagai anak syarikat GLC hinggalah ke peringkat ketua kampung yang sedang dipegangnya?

Jawapannya tidak kerana 5,000 jawatan yang ditawarkan di dalam kerajaan itu mempunyai nilai elaun untuk kos sara hidup. Atau dengan kata lain, jawatan adalah 'duit'. Pas pastinya tidak akan mengeruhkan suasana buat seketika untuk berkonfrontasi dengan PKR.

 Kesemua alasan yang telah di berikan diatas sudah cukup untuk menceritakan betapa terdesaknya Pas dan Umno terutama peribadi Najib untuk kekal berkuasa. Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia hanyalah bunga manggar untuk menghalalkan cara kerjasama Pas-Umno. Hakikatnya demi survival politik masing-masing.

 Admin
 ~UAA SUPPORTERS

IMAM NAWAWI, RM 2.6 BILLION DAN MELAYU

Posted: 19 Dec 2015 08:21 PM PST

Pada masa itu Syam (Syria) di ambang peperangan dengan tentera Tartar (Monggol). Keadaan ini memaksa Sultan Al-Malik Al- Zahir yang memerintah Syam pada masa melakukan persiapan peperangan untuk menghadapi tentera musuh ini.

 Sultan Al-Malik Al- Zahir berfikir keras bagaimana hendak mendapatkan dana bagi melakukan persiapan perang ini. Antara penasihatnya tentu sekali ialah ulama'.

 Telah pun berkumpul segala para ulama' dalam satu perhimpunan bagi membahaskan akan perkara ini. Maka para ulama' telah bersetuju bahawa salah satu caranya ialah dengan mengambil harta rakyat bagi tujuan persiapan perang ini.

 Semua para ulama' telah bersatu dalam hal ini demi kepentingan negara Syam.

 Namun baginda masih tak berpuas hati. Lalu bertitah " Masih ada lagikah orang lain ( ulama' lain yang tidak bersama bersatu dalam hal ini)? 

"Masih ada!- beliau ialah al-Syaikh Muhyiddin al-Nawawi" jawab seseorang.

Maka baginda bertitah supaya di jemput Imam Nawawi dan baginda ingin mendengar fatwa Imam Nawawi dalam hal mengambil harta rakyat bagi persiapan peperangan ini, samada beliau turut bersatu dan bersetuju sepertimana ulamak yang lain.

 Imam Nawawi sebagai seorang ulamak yang ikhlas bukan sekadar yang tidak mengharapkan apa-apa ganjaran dari Sultan seperti jawatan dan gaji yang mewah malah beliau sangat faham dan prihatin sangat dengan masalah rakyat marhaein.

 Pada masa itu, di Syam, rakyat sedang menghadapi krisis ekonomi yang buruk. Dimana mereka sedang menghadapi harga barang keperluan asas yang melambung tinggi.

 Oleh itu dengan tegas beliau menyatakan tidak setuju dengan pandangan ulamak yang lain. Baginda Sultan terus meminta penjelasan dari Imam Nawawi mengapa beliau tidak sependapat dengan ulamak yang lain. Imam Nawawi memberi jawapannya:

 " Ampun Tuanku, Adalah patik sememangnya mengetahui dengn sesungguhnya bahwasanya Tuanku adalah dahulunya seorang tawanan tidak ada sebarang harta. Tetapi pertolongan ALLAH telah dilimpahkan kurniaNYA kepada Tuanku dengan dijadikan Tuanku seorang raja.

 Ampun Tuanku!, adalah patik telah mendengar bahawa Tuanku ada memiliki seribu orang hamba tiap-tiap seorang ada mempunyai beberapa ketul emas. Manakala dua ratus orang khadam wanita milik Tuanku, masing-masing mempunyai baran-barang perhiasan yangbernilai.

 Andaikata Tuanku sendirian membelanjakan kesemua itu untuk keperluan perang sehingga mereka tidak lagi mempunyai barang itu, maka patik bersedia memberi fatwa untuk mengambil harta rakyat"

 Akibatnya, sepertimana dalam catatan sejarah, Imam Nawawi telah dibuang daerah dan diarah keluar dari Damsyik oleh Sultan.

WANG RM 2.6 BILLION.

 Nah! bukan kali pertama Sultan atau pemerintah, terpaksa menggunakan khidmat ulamak bila keadaan tersepit.

 Jelas juga bukan semua ulamak berpegang dengan ilmu yang mereka pelajari.

 Hanya ulamak yang ikhlas, berani dan memahami masalah rakyat saja boleh mampu bercakap yang benar dan hak dihadapan terutama sekali dihadapan pemerintah yang zalim.

Andainya Imam Nawawi juga tahu pemerintah pada masa itu mungkin mempunyai wang sejumlah wang bernilai RM 2.6 billion dan lain hasil-mahsul negara yang kaya seperti Malaysia, nescaya dia akan juga menyuruh pemerintah masa itu menggunakan wang dan harta tersebut sebelum rakyat marhein dikenakan cukai seperti GST dan seumpamanya.

 MELAYU

 "Kamu ini tak faham, ini masalah orang Melayu. Jangan disamakan dengan Imam Nawawi, itu dulu." Mungkin ada orang yang akan kata begitu.

 Malah beliau akan tambah kita orang Melayu kena bersatu. Memang pemimpin UMNO ada buat kesilapan tapi itu perkara kecil. Kita kena selamatkan UMNO, kalau UMNO kalah, Melayu akan kalah dan Islam akan kalah. Ini adalah khurafat!: mempercayai atau takut sesuatu yang tidak ada nas, dalil dan hujah yang benar. Sepertimana benda yang lain didunia ini, semuanya akan binasa. Begitulah juga UMNO. Sebelum wujud UMNO telah ada kumpulan atau parti yang membela Islam dan Melayu dahulunya.

  Begitulah juga sudah tentu akan parti atau kumpulan yang lain yang ALLAH akan turunkan untuk mengantikan UMNO untuk membela ISLAM dan Melayu sekiranya UMNO sudah sampai penghujungnya.

Saya juga seorang Melayu dan beragama Islam, saya juga mencintai Islam dan Melayu.

 Maaf, saya ini bukan lulusan A-Azhar dan Universiti yang lain dari timur tengah, tapi saya sangat ingat sepertimana di ajar oleh Ustaz-Ustaz di masjid dan surau tentang satu hadis Nabi:

 " Wahai Rasullah, adakah tergolong sebagai asibiyyah jika seseorang mencintainya kaumnya. Baginda bersabda, tidak, tetapi yang dikatakan asabiyyah jika seseorang menolong kaumnya pada perkara yang zalim"

abu hakim
Ahad , 20 Disember 2015

Tiada ulasan: